Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:03 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Tambang 50% LRT, Monorel & BRT Mulai 16 September 2016 #RapidKL @azmiaziz60 @NajibRazak

Posted: 06 Sep 2016 05:00 AM PDT


Prasarana Malaysia Berhad, pemilik dan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang mengumumkan tambang diskaun 50 peratus kepada pengguna LRT dan monorel yang melakukan perjalanan sebelum waktu puncak pagi akan diperluaskan kepada pengguna BRT.

Mengulas lanjut mengenai pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika majlis pelancaran projek LRT3 pada Khamis lepas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato' Azmi Abdul Aziz berkata tambang diskaun 50 peratus akan ditawarkan kepada semua pelanggan yang menggunakan mod pembayaran tanpa tunai antara jam 6 pagi hingga 7 pagi pada hari bekerja bermula 16 September 2016 sehingga diberitahu kelak.

"Para pengguna Touch 'n Go, Kad MyRapid, MyRapid Smart 7, MyRapid Smart 30, warga emas, Pelajar, dan orang kelainan upaya dengan pemegang kad konsesi akan menikmati kadar diskaun dari harga semasa," kata Azmi.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam, dan Ketua Pegawai Perkhidmatan Infrastruktur Prasarana, Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin.

Azmi berharap tawaran diskaun 50 peratus ini dapat menggalakkan sebahagian pengguna yang menggunakan perkhidmatan pada waktu puncak pagi antara 7 pagi dan 9 pagi untuk menukar corak perjalanan mereka dengan memulakan perjalanan dengan lebih awal agar kesesakan waktu puncak pagi di beberapa stesen dapat dikurangkan.


"Kami mempunyai keupayaan sistem yang mencukupi secara keseluruhan. Bagaimanapun, terdapat faktor muatan penumpang yang tidak seimbang semasa waktu puncak pagi.

"Adalah penting bagi kami untuk menangani cabaran ini bagi memastikan penumpang kami boleh sampai ke tempat kerja tepat pada masanya," kata Azmi yang menjangkakan kira-kira 10,000 penumpang akan mengubah corak perjalanan mereka selaras dengan inisiatif menang-menang ini. Mengulas lanjut inisiatif berkenaan, Azmi berkata diskaun 50 peratus akan berkuatkuasa apabila pengguna menyentuh masuk kad bayaran di lorong masuk sebelum 7 pagi pada hari bekerja.

Azmi berkata 66 peratus daripada pengguna LRT dan monorel menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai di mana harga yang tambang yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding tambang bayaran tunai.

Pemegang Kad MyRapid juga boleh menikmati pelbagai faedah melalui program kesetiaan pelanggan MyRapid yang menawarkan diskaun sehingga 55 peratus di kedai-kedai dan tempat-tempat menarik yang terpilih.

Penyokong PKR Menyirap Azmin Jadi Orang Tengah Bawa Mahathir Jumpa Anwar

Posted: 05 Sep 2016 08:00 PM PDT


Apa cer?

Penat² dorang bangkit menentang kerajaan Mahathir bermula tahun 1998 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Turun berdemo, bertempur dan ditangkap Polis. Tidur lokap berhari² tapi akhirnya Azmin Ali bawa Mahathir bertemu dan bersama kembali dengan Anwar Ibrahim.


Kesian mereka yang bangkit menentang kerajaan ketika itu. Dah lah datang dari seluruh ceruk negara semata² untuk menyatakan keikhlasan berjuang atas nama 'keadilan' puiii !

Padan muka hahaha

Comments (0)