Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:55 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


[Video] Siri #BombaHero Akan Mula Ditayangkan Malam Ini

Posted: 05 Sep 2016 05:00 AM PDT


Bila tengok trailer drama siri Bomba Hero ni nampak macam menarik dan 'berkhasiat' untuk ditonton seisi keluarga.

Harap² takda terlalu sarat dengan unsur² percintaan.


Selamat menonton.
Tv2
9 Malam

Kapten Tren Warga Arab Saudi Ada Keturunan Darah Dari Muar, Johor #Makkah #RapidKL

Posted: 04 Sep 2016 11:50 PM PDT


Seorang warganegara Arab Saudi dan fasih berbahasa Malaysia, Abdullah Ahmad Abdul Aziz Muar adalah salah seorang daripada 27 Kapten Tren tempatan yang akan bersama-sama memikul tanggungjawab untuk memacu tren-tren untuk operasi haji Al Mashaaer Al Mugadassah Metro Southern Line di Tanah Suci Mekah tahun ini.

Muar pada hujung namanya bukan sekadar nama keturunan; tetapi turut mengaitkan anak muda berusia 34 tahun itu bandar Seri Maharani Muar di Johor Darul Takzim, Malaysia.
"Moyang saya, Abdul Aziz Bakar berasal dari Muar. Dia dulu tinggal di Sungai Mati, Muar; tetapi berhijrah ke sini kira-kira 200 tahun lepas untuk menetap di Mekah. Kami sekarang dah jadi orang tetap Arab Saudi. Saya dilahirkan di sini. Tetapi, kami masih terus mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia. Malahan, ibu saya adalah orang Perlis.

"Saya pernah ke Muar dan amat menggemari makanan-makanan tempatan. Paling saya suka adalah Mi Bandung Muar. Tetapi, saya lebih kerap ke Perlis kerana keluarga ibu saya masih ada di sana. Ayah saya sudah lama tiada," kata Abdullah, sambil menambah bahawa nama Muar akan terus kekal untuk keturunannya.

Menurut Abdullah, beliau fasih berbahasa Malaysia kerana selalu bertutur dalam bahasa kebangsaan itu dengan ibunya, Radiyah Haji Osman, yang kini berusia 70 dan menetap di Reazaker di Mekah.

Pernah berkhidmat dengan operasi haji Al Mashaaer Al Mugadassah untuk tiga musim pada tahun 2011, 2012 and 2013 ketika dikendalikan oleh kontraktor terdahulu, China Railway Construction Limited (CRCC), Abdullah berkata beliau terkilan kerana tidak dapat berkhidmat pada musim lepas kerana kengkangan masa dan mempunyai urusan lain.

"Saya rasa kerja ini adalah ibadah besar. Kita membantu para jemaah untuk memudahkan urusan haji mereka," kata Abdullah, yang menerima latihan di Akademi Rel LRT Laluan Ampang bersama-sama 26 rakan senegara beliau yang lain.

Ketika kunjungan di raja Gabenor Kota Suci Mekah, Putera Mahkota Khalid Faisal Abdul Aziz Al-Saud ke MMMSL baru-baru ini untuk meninjau persiapan untuk operasi haji musim ini, Abdullah dan rakan-rakan Kapten Tren dari Arab Saudi telah diperkenalkan kepada tetamu di raja itu.


"Ia adalah saat yang paling membanggakan buat kami. Saya rasa Prasarana telah menjalankan kerja yang baik di Tanah Suci Mekah ini. Saya amat gembira untuk bekerja bersama-sama dengan Prasarana sekarang. Saya rasa lebih mudah kerana kami lebih memahami antara satu sama lain," kata Abdullah, yang bertugas sebagai pengurus platform semasa berkhidmat dengan CRCC.

Pengurus perkhidmatan tren MMMSL, Hamdan Mat Isa, yang menjadi salah seorang pengajar para pemandu tren dari Arab Saudi, berkata kelebihan Abdullah untuk berbahasa Malaysia banyak memudahkan pembelajaran beliau semasa di Ampang.

"Bagi saya, Abdullah adalah antara pelajar yang terbaik di kalangan pelatih-pelatih Kapten Tren dalam kumpulan ini. Sebenarnya, mereka datang dalam tiga kumpulan dan Abdullah di dalam kumpulan yang terakhir seramai 10 orang.

"Saya suka dengan sikap dan komitmen beliau sepanjang tempoh latihan selama sebulan di Ampang. Malahan, semua para pelatih daripada Arab Saudi ini mempamerkan prestasi yang baik. Saya yakin perkhidmatan MMMSL akan berjalan lancar tahun ini," tambah Hamdan.

Beroperasi selama tujuh hari tetapi diselenggarakan sepanjang tahun, MMMSL kini sedang menjalani operasi percubaan 24 jam sehari sehingga 5 September sebelum memulakan operasi sebenar pada awal pagi 9 September yang bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1437H.

Menggunakan 15 tren 12-gerabak dengan laluan sepanjang 18.1km dan sembilan stesen, MMMSL menyediakan perkhidmatan kepada jemaah dari negara-negara Timur Tengah dan Asia Selatan dan menampung penumpang sehingga 350,000 sehari pada hari-hari puncak.



Ekonomi Negara Dikatakan Merundum - Fitnah Berleluasa Tanpa Kawalan

Posted: 04 Sep 2016 08:59 PM PDT


Info yang perlu kita tahu ;

1. Dakwaan kononnya Maybank & CIMB menutup cawangan disebabkan ekonomi negara tidak baik adalah fitnah semata-mata.

Mereka menutup cawangan disebabkan pengguna semakin berkurangan mengunjungi cawangan-cawangan bank ini. Kerana e-perbankan (online) jauh lebih memudahkan urusan pengguna / pemilik akaun.


2. Dakwaan Tesco bakal menutup beberapa cawangan perniagaannya di Malaysia pun disebabkan ekonomi negara yang dikatakan merundum jatuh. Setakat ini tiada jawapan rasmi mengenainya diterima cuma khabar angin saja.

Persaingan perniagaan memang perkara yang kita lihat berlaku hari ini. Awal-awal dulu pasaraya Makro menutup perniagaan mereka disebabkan 2 faktor,
i. Pengguna tidak suka konsep members card sahaja boleh membeli belah.
ii. Carefour mula memasuki pasaran.

Kemudian Carefour terpaksa menjual perniagaan mereka kepada Aeon selepas Tesco mula meluaskan perniagaan mereka di Malaysia.

Hari ini sekiranya benar Tesco menutup cawangan mereka, maka memang benar mereka tidak mampu bersaing dengan pasaraya-pasaraya yang kini lebih dekat dan murah barangan jualannya tapi masih mengekalkan kualiti hampir serupa namun dengan kos utiliti premis yang jauh lebih murah. Antaranya ;

1. Mydin
2. Giant
3. AEON Big
4. Jusco
5. Penama
6. KK
7. Kedai Rakyat 1Msia
8. Ou
9. Speedmart
10. NSK dan pelbagai lagi pasaraya.

Di pihak pengguna seperti kita, ia sepatutnya tidak menjadi hal kerana kita membeli di mana-mana pasaraya yang menawarkan harga yang menjimatkan dengan kualiti yang serupa.

Kegagalan perniagaan bukanlah jenayah tetapi ia adalah kegagalan mengurus tadbir dan bersaing dengan baik.


UPDATE - 10 am (5 Sept 2016)


UMNO Buat Kerja, MCA Jadi Calon Semata² Di Bandar Tun Razak

Posted: 04 Sep 2016 06:51 PM PDT


Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak (PPUBTR) tidak terkejut dengan kenyataan balas daripada Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong bahawa parti tersebut tidak mahu memberi peluang kepada UMNO bertanding pada kerusi di parlimen ini.

Kajian semula pembahagian kerusi ini adalah berasaskan komposisi pengundi mengikut kaum. PPUBTR mohon pucuk pimpinan Barisan Nasional mengambil kira peratusan pengundi mengikut kaum. Sekiranya kawasan parlimen tersebut melebihi 55% peratus pengundi Melayu, maka kerusi calon tersebut perlu diberikan kepada UMNO.
Perjuangan membawa nama wakil UMNO sebagai calon Pilihanraya Umum (PRU) telah lama diperjuangkan oleh PPUBTR dan ia merupakan usul yang saban tahun diterima daripada peringkat akar umbi sepanjang Persidangan Tahunan UMNO Cawangan seluruh Bandar Tun Razak berlangsung.

Menyedari sekiranya calon UMNO perlu diletakkan sebagai calon Barisan Nasional di Bandar Tun Razak, maka kami telah mula bekerja mendekati pengundi dan membaiki persepsi selepas keputusan PRU 13 diumumkan. Bahkan sehingga ke hari ini, UMNO masih lagi berusaha membaiki kelemahan dan meningkat keyakinan rakyat terhadap kerajaan Persekutuan umumnya.

Pada PRU 13 yang lepas, keputusan menunjukkan bahawa calon MCA sendiri gagal mendapat keyakinan daripada pengundi kaum Cina walaupun calon yang mewakili Barisan Nasional merupakan anak muda dari parti tersebut.

Soal kuota kerusi parti perlu dikekalkan di parlimen-parlimen tertentu kini dirasakan sudah tidak relevan diamalkan. Sekiranya MCA merasakan mereka layak, maka mereka perlu bekerja keras dari awal untuk mencari sokongan. Jangan hanya pandai menumpang majlis dan program anjuran UMNO sahaja.

Dari segi struktur UMNO Bandar Tun Razak mempunyai 79 buah cawangan UMNO aktif dengan keahlian hampir 20,000 orang berbanding MCA.

PPUBTR ingin bertanya, sekiranya MCA benar-benar mahukan kerusi calon di Bandar Tun Razak, berikan 5 alasan UMNO tidak layak bertanding di sini.

PPUBTR tegas dengan ketetapan mahukan calon daripada UMNO mewakili Barisan Nasional bertanding pada PRU akan datang dan berharap kepimpinan parti dapat membuat keputusan yang tepat dalam hal ini.

MOHD AMIR BIN ABD HALIM
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Bandar Tun Razak

Comments (0)