Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:49 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Tindakan MRCB Saman Warga Emas Adalah Tepat - Bloggers

Posted: 21 Sep 2016 02:20 AM PDT


KUALA LUMPUR, 21 Sept - Seorang warga emas bakal berdepan tindakan saman malu daripada pihak Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) disebabkan sebuah kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial miliknya.

Beliau yang merupakan Strategic Planner di Malaysia Blue Ocean Strategy Institut dikatakan rela sekiranya UMNO tewas dan tidak memimpin negara.

"Jika UMNO, kalah memerintah Malaya (Malaysia), aku akan desak Kerajaan yang memerintah masa itu akan siasat dan kaji semula tanah2 dan projek yang diberikan kepada MRCB", ujarnya.


Bagi kebanyakan bloggers, tindakan MRCB menyaman Zaharin Mohd Yassin ini adalah satu tindakan yang amat tepat dan sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada warga emas teresebut yang begitu lantang seperti tin kosong di dalam Facebook sehingga menjejaskan sokongan ramai terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Menurut seorang pengguna media sosial yang enggan dikenali memberitahu, tindakan Zaharin kebelakangan ini dianggap sebagai satu tindakan populist hanya semata² mahu dirinya dilihat dan dikenali oleh sebahagian besar perwakilan UMNO dari seluruh negara yang bakal berhimpunan di PWTC, hujugn bulan November akan datang ini.

"Dia nk cari simpati dan sokongan ramai lah tu. Kan dekat PAU ni, so ada yang simpati bagi dia 'zakat' utk tanggung kos saman MRCB".

Seorang netizen yang tidak mahu dikenali juga berpendapat semoga pihak MRCB dapat memberi pengajaran berguna kepada Zaharin.

"Elok kena saman, biar dia tahu langit tinggi rendah", ujarnya.

Blogger The Kuala Lumpur Chronicle juga turut menyampaikan ucapan penuh takzim kepada Zaharin di dalam blog.

"#PadanMuka Warga Emas disaman kerana fitnah MRCB".

Comments (0)