Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:32 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Menteri Pertahanan @HishammuddinH2O Jawab Luahan Balu Tentera Hanyut Banjir Di Amerika Tidak Terbela

Posted: 02 Sep 2016 02:33 AM PDT


Awal pagi ini viral satu isu melalui laman portal Siakap Keli mengenai luahan seorang balu tentera yang dikatakan nasibnya dan anak-anak tidak terbela selain menerima elaun bulanan kurang RM1,000. 

Berikut kenyataan daripada Menteri Pertahanan sendiri yang menerangkan jumlah yang diterima beserta beberapa bayaran lain termasuklah insurans berkelompok yang dibayar.

Tahniah YB Menteri sanggup berusaha membantu ahli keluarga Allahyarham sekiranya bantuan yang diterima masih tidak mencukupi.

KENYATAAN MENGENAI IMBUHAN & BAYARAN YANG DITERIMA BALU ALLAHYARHAM KAPTEN HASMAN

Berhubung kenyataan Balu kepada Allahyarham Kapten Hasman, Pn. Hazwani yang mendakwa beliau tidak menerima imbuhan yang setimpal daripada pihak ATM, saya ingin memaklumkan bahawa ATM telah menjelaskan bayaran dan imbuhan yang sepatutnya berdasarkan syarat perkhidmatan arwah suami beliau selama 8 tahun.

Sejak awal tahun lalu, jumlah yang telah diterima oleh Pn Hazwani ialah sebanyak RM274,542.49. Ini termasuklah pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan tunggakan pencen serta Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR).*Selain itu, beliau turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan* (pencen terbitan bulanan).

Bagaimanapun, sekiranya imbuhan dan bayaran yang diterima masih belum mencukupi, saya sedia mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga termasuk pihak industri pertahanan bagi membantu beliau dan anak-anak.

Sesungguhnya, isu kebajikan anggota sangat dekat di hati saya. Semoga segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.


HISHAMMUDDIN HUSSEIN
Menteri Pertahanan Malaysia | 2 Sept 2016

Mahasiswa Sibuk Berpolitik Tangkap MO1 Tapi Pelajaran Hancur

Posted: 02 Sep 2016 01:30 AM PDT



Keluarga hantar masuk Universiti untuk belajar pandai-pandai dan jadi manusia berguna. Nak tangkap MO1 tu bukan a part of syllabus pembelajaran.

Sumber : Jeneral M

Pulau Pinang Banjir, Adakah Rasuah Puncanya? #BukanTanahBapaHang

Posted: 01 Sep 2016 11:00 PM PDT


Hujan lebat awal pagi ini di Pulau Pinang menyebabkan kebanyakan jalan raya di sini ditenggelami air. Lebih memburukkan keadaan apabila ianya terjadi sewaktu orang ramai berpusu² menuju ke tempat kerja.



Adakah ia diakibatkan dari pembangunan yang tidak dirancang dengan baik oleh kerajaan negeri. Disebabkan terlalu banyak beri muka kepada developer² besar yang korup, akhirnya penduduk Pulau Pinang kini terpaksa hidup dalam keadaan yang teruk dan ketakutan.

Kerana bimbang banjir lagi besar bakal melanda negeri itu akan datang.




Tidak hairan hal ini boleh terjadi kerana kerajaan DAPig gila kuasa di negeri ini, telah menDUITkan segala tanah, bukit, laut dan apa sahaja yang boleh dijual kepada developer² untuk keuntungan berbillion Ringgit Malaysia.

Persoalanya, siapa yang untung hasil ini?
Adakah rakyat Pulau Pinang?




#BukanTanahBapaHang

Sultan Selangor Diumumkan Telah Berkahwin Pada Tarikh Kemerdekaan Negara

Posted: 01 Sep 2016 08:46 PM PDT


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah dikhabarkan melalui Kenyataan Akhbar daripada Istana Selangor telah pun melangsungkan majlis pernikahan beliau bersama seorang wanita bernama Norashikin Abdul Rahman di Istana Alam Shah, Klang pada 31 Ogos 2016 yang lepas.

Majlis ijabkabul tersebut turut disaksikan oleh Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Majlis diadakan secara sederhana di Masjid Istana DiRaja, Istana Alam Shah.

Berikut Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor.


DAULAT TUANKU 

Comments (0)