Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:33 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Jika benar Dr Mahathir melakukan onar............

Posted: 09 Sep 2016 05:42 PM PDT

Dari sekarang elok kita membuat keputusan dalam pemikiran kita yang isu 1MDB dan tindakan rasuah yang tidak terperi besarnya itu dilakukan oleh pimpinan kita yang bertanggungjawab keatas pengwujudan 1MDB itu. 1MDB itu seolah-olah sememangnya dari 'day one' telah wujud semata-mata untuk menyelongkar kekayaan negara kita untuk kepentingan kewangan dan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin yang mewujudkannya.
Tetapi sebesar mana sekali pun isu 1MDB ini kita perlu memahami yang negara kita telah tidak terurus dengan baik sejak  tiga dekad dahulu. 1MDB hanyalah kemuncak kepada onar dan kesalahan pimpinan sejak tiga dekad itu dalam memimpin negara dan sikap minum sambil menyelam untuk kekenyangan tompolok masing-masing. Ada pemimpin yang menggunakan rasuah untuk mengekalkan kepimpinan tetapi jika kita selidik dengan baik, ada pemimpin yang boleh dirasuah untuk melayakkan jawatan bagi kepentingan perasuah yang mengambil alih kepimpinan itu.
Sejak tiga dekad dahulu tidak ada lagi semangat untuk menjayakan misi 'nation building' dan disebaliknya istilah 'nation building' itu ditakrifkan pembangunan fisikal dengan bangunan tertinggi di dunia, jambatan yang panjang-panjang dan tiang bendera yang tertinggi serta gong yang paling besar didunia yang pernah wujud diperkarangan angkasapuri suatu ketika dahulu.
Tidak mereka dan rakyat yang menyokong mereka itu sedar bahawa pembangunan fisikal itu merupakan sebahagian kecil komponan dalam konsep 'nation building' itu. Oleh kerana itu kita sudah hampir hilang identiti sebagai bangsa-bangsa timur seperti bangsa Melayu. Mereka lebih mengutamakan pembangunan material sehinggakan bangsa Melayu sudah tidak dikenali lagi. Mereka mengambil sikap identiti bangsa itu tidak penting kerana yang lebih penting ialah pembangunan material yang besar kepada setiap orang khususnya bangsa Melayu itu.
Mereka tidak menyedari bangsa Jepun bertambah maju tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri bangsa Jepunnya. Budaya mereka tetap kekal walaupun sebesar mana sekali pun perubahan zaman dan waktunya yang melanda setiap manusia dari dulu hingga sekarang. Tetapi sebaliknya ciri-ciri Melayu kita sudah hilang hampir kesemuanya kerana mereka menganggapkan untuk maju kita perlu menghilangkan budaya dan ciri kemelayuan itu. Tetapi yang dicita-citakan untuk maju dalam segala bidang itu tidak juga tercapai dan sekarang bangsa Melayu masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain di negara ini. Akhirnya yang dikendung berciciran dan yang dicita-citakan tidak juga tercapai.
Yang jelas berkembang ialah budaya rasuah yang tidak terkawal kerana budaya baru untuk mengumpulkan kekayaan sudah menjadi budaya kita sekarang ini. Oleh kerana tidak ada kemampuan untuk menjadi kaya maka mereka menggunakan kuasa dan pengaruh politik yang mereka mahir untuk mengaut kekayaan itu tanpa memiliki moral dan nilai kemanusiaan yang baik walau kecil mana sekali pun. Memegang kuasa politik melalui parti politik tunggangan mereka sudah menjadi perkara yang sudah diterima dan dibudayakan oleh bangsa Melayu khususnya mereka yang mempunyai otot kuasa dan pengaruh besar dalam kerajaan. Kedudukan dalam kerajaan dan parti yang memerintah merupakan modal perniagaan mereka dan budaya rasuah itu adalah budaya yang sangat mudah bagi mereka mengaut dan membina kekayaan dan kuasa yang tidak terkawal itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak mapan bagi pemaju beri pinjaman - Menteri Kewangan II

Posted: 09 Sep 2016 05:41 PM PDT

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani menekankan cabaran yang dihadapai sekiranya pemaju perumahan diberikan lesen untuk memberi pinjaman kepada pembeli hartanah.
Walaupun Persatuan Pemaju Harta Tanah dan Perumahan (Rehda) melihat cadangan secara positif, Johari memberitahu Malaysiakini bahawa langkah sedemikian mungkin tidak mapan untuk pemaju.
Menteri itu menjelaskan bahawa pemaju perlu mendapatkan pinjaman dari bank untuk memulakan projek perumahan.
"Beritahu saya, yang pemaju di Malaysia mampu membina rumah dan menjualnya selepas selesai? Tidak, semua pemaju perlu menjual rumah berdasarkan kemajuan, kerana mereka tidak mempunyai wang.
"Ia kelihatan seperti model perniagaan yang sangat tidak mapan untuk pemaju untuk meminjam wang untuk menyiapkan projek itu dan pada masa yang sama memberi pinjaman kepada pembeli rumah," katanya.
Semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Noh Omar mengumumkan bahawa lesen pinjaman wang boleh disediakan kepada pemaju besar untuk memberi pinjaman kepada individu yang tidak boleh mendapatkan pinjaman bank-bank.
Noh berkata, kadar faedah maksimum bagi pembiayaan bercagar dihadkan kepada 12 peratus manakala mereka yang tidak mempunyai cagaran akan dihadkan kepada 18 peratus.
Bagaimanapun, cadangan itu mendapat kritikan daripada pembangkang, pihak berkepentingan dan orang ramai.

Ancaman IS bukan rekaan - Zahid

Posted: 09 Sep 2016 05:25 PM PDT

Datuk Seri Zahid Hamidi menasihati supaya sentiasa berwaspada semasa berada di tempat terbuka seperti pusat hiburan, rumah ibadat bukan beragama Islam dan tempat kunjungan ramai.
zahid-isisBAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata ancaman kumpulan militan IS di Malaysia bukanlah suatu manipulasi, publisiti atau sengaja diada-adakan.
"Saya ingin memberitahu rakyat ancaman IS ini memang benar," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati mereka supaya sentiasa berwaspada semasa berada di tempat terbuka seperti pusat hiburan, rumah ibadat bukan beragama Islam dan tempat yang menarik kunjungan ramai.
Katanya, kerajaan menerusi pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga bagi memastikan kawalan keselamatan negara terjamin.
"PDRM melalui Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas sentiasa melakukan pemantauan pelbagai kaedah termasuk melalui media sosial bagi membendung pengaruh ancaman IS di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan 130 lembu korban sempena Aidiladha untuk diagihkan kepada masjid, surau serta agensi kerajaan dalam Bagan Datoh.
Selain Zahid, lembu berkenaan juga disumbangkan beberapa syarikat antaranya HeiTech Padu Berhad, Naza Group dan MyEG Services Berhad.
Read More / Baca Lagi >>

DBKL: Penjaja warga asing mewah dengan peralatan

Posted: 09 Sep 2016 05:24 PM PDT

Jumlah peralatan perniagaan penjaja warga asing yang disita sepanjang Januari hingga Ogos hampir menyamai jumlah sitaan sepanjang tahun lepas
Mustafa Mohd. NorKUALA LUMPUR: Jumlah peralatan perniagaan penjaja warga asing yang disita sepanjang Januari hingga Ogos hampir menyamai jumlah sitaan sepanjang tahun lepas, menurut kenyataan DBKL.
Di sidang media di pejabat DBKL berhampiran Jalan Tun Razak petang tadi, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Mustafa Mohd Nor berkata peningkatan ini adalah hasil kempen pembanterasan yang agresif.
"Sepanjang Januari hingga Ogos 2016 sebanyak 4,154 barangan penjaja warga asing telah disita dan tahun 2015 sebanyak 5,057 disita.
"Peningkatan penangkapan ini menunjukkan DBKL benar-benar serius untuk membendung penularan peningkatan penjaja asing di Kuala Lumpur," katanya, dan menambah DBKL menjangkakan lebih 5,000 peralatan akan disita tahun ini.
Ditanya pemberita mengenai faktor penularan penjaja warga asing, DBKL percaya kini lebih ramai pemegang lesen warga tempatan menyewakan perniagaan mereka kepada pengusaha warga asing.
Pemerhatian DBKL mendapati kebanyakan warga Indonesia terbabit dalam kegiatan kedai runcit manakala warga India, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Thailand cenderung ke arah perniagaan makanan dan minuman.
Read More / Baca Lagi >>

Bersatu perlu dimiliki tiga karisma untuk kukuh - Dr Sivamurugan Pandian

Posted: 09 Sep 2016 05:21 PM PDT

Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang rasmi didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada hari ini perlu mempunyai tiga karisma utama untuk terus bertapak kukuh di negara ini.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM),  Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian menggariskan tiga karisma utama yang perlu dimilik parti tersebut untuk terus bertapak kukuh di hati anak muda.
Bersatu perlu dimiliki tiga karisma untuk kukuh Kata Sivamurugan, Bersatu sebagai sebuah parti baharu perlu mengetengahkan orang muda dalam barisan kepimpinan.
Selain memberi nafas baharu dalam arena politik negara, langkah itu juga mampu mengekalkan 'kesegaran' idea dan pendapat kepimpinan parti itu.
"Anak muda harus diberi peluang terlibat dalam kepimpinan utama parti itu. Keterbukaan itu secara tidak langsung akan menarik minat penyertaan anak muda dalam parti," katanya kepada Sinar Online.
Mengulas lanjut, katanya, Bersatu juga perlu memegang dan mempertahankan prinsip perjuangan parti.
"Ia bagi mengekal dan menambah pengaruh masyarakat di negara ini. Tapi yang penting Bersatu perlu tonjolkan apa kelainan partinya daripada parti-parti yang ada.. Sebab jika sama saja dengan parti lain maka sukar mendapat sambutan," katanya lagi.
Ujarnya lagi, Bersatu juga harus memperkenalkan idea dan mengetengahkan isu semasa berkaitan golongan muda.
Jelasnya, menerusi langkah itu, orang muda akan melihat Bersatu sebagai sebuah parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat.

Gabungan Tun M, Anwar bakal hasilkan tsunami besar

Posted: 09 Sep 2016 05:16 PM PDT

 Gabungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghasilkan gelombang besar Gabungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghasilkan gelombang besar
Gabungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghasilkan gelombang besar perubahan ke atas negara ini khasnya dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kali terakhir negara menyaksikan 'tsunami Melayu' adalah ketika Tun Mahathir selaku perdana menteri bertindak ke atas timbalannya Datuk Seri Anwar.
"Nah, adalah menasabah dan tidak mustahil untuk kali ini, ketika kedua mantan PM dan TPM bergabung pula dan kali ini demi 'Selamat Rakyat dan Negara' maka bukan sahaja segmen 'pengundi Melayu pro-perubahan' bahkan rakyat patriotik yang merentasi semua kaum, agama dan budaya bahkan afiliasi politik, akan mencetuskan satu gelombang besar perubahan," katanya kepada Malaysia Dateline.
Beliau mengulas pertemuan dan berjabat tangan erat antara Tun Mahathir dengan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 5 September lalu.
Ia diikuti dengan gabungan antara peguam kedua-dua pihak menentang Akta Majlis Keselamatan Negara yang dilaksanakan tanpa mendapat kelulusan dari Majlis Raja-raja Melayu itu.
Bagi beliau, pertemuan 5 September itu satu peristiwa ajaib yang tentunya menjanjikan satu permulaan baru buat naratif politik Malaysia.
Ia satu titik mula kembali bagi meneruskan gandingan kepemimpinan dua tokoh besar ini, katanya.
"Saya yakin rakyat teramai mahu menyaksikan pertautan dua tokoh negarawan ini, yang saling menunjukkan jiwa-besar mereka, demi mengangkat agenda memakmurkan rakyat dan menyelamatkan negara," kata Dr Dzulkefly.
Oleh itu, katanya, mereka tidak mempunyai waktu lagi untuk berlengah bagi membicara perihal 'titik-bengit kesilapan silam'
"Ya, sememang tidak mudah dipadamkan sejarah hitam yang juga satu tragedi buat kelangsungan kepimpinan negara.
"Pun begitu, apakah akan kita saksikan erti dan makna kata-kata hikmah orang-orang tua kita, 'Bidok Berlalu, Kiambang Bertaut?" soalnya.
Bagi beliau, yang terlebih penting dari kesemua peristiwa bersejarah ini adalah menterjemahkannya kepada satu perubahan.
"Ia yang amat dinanti-nantikan sebahagian besar rakyat Malaysia amnya dan segmen pengundi Melayu pro-perubahan khasnya, yang sangat mendambakan penanambahbaikan serta penamatan kepada segala kebobrokan kepimpinan yang tempang mutakhir ini," katanya.
Katanya, peristiwa ini berlaku ketika penguasa politik eksekutif sudah sampai kekemuncak keangkuhannya sehingga sanggup memperkosa dan menjerut segala cabang kuasa Judisiari dan Kehakiman, bahkan membelakangi Majlis Raja-Raja.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa 'Malaysian Official 1' ?

Posted: 09 Sep 2016 08:51 AM PDT

Demontrasi #TangkapMO1' yang diadakan  gabungan mahasiswa pada Ogos lalu.Demontrasi #TangkapMO1' yang diadakan gabungan mahasiswa pada Ogos lalu.
1. Adalah menarik untuk ambil perhatian kenyataan Menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menamakan Perdana Menteri Datuk Srei MohdNajib Razak adalah individu yang dimaksudkan sebagai "Malaysian Official 1" seperti dirujuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
2. Sekarang apakah yang DoJ katakan tentang"Malaysian Official 1" iaitu mengenai Najib, Perdana Menteri Malaysia?
I. Pada halaman 13 para 39 laporan itu menyatakan, "Setelah menjadi Perdana Menteri, "Malaysian Official 1"iaitu Datuk Seri Najib mengambil alih kedudukan kuasa 1MDB. Siapa "Malaysian Official 1" (Najib) mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan serta pelucutan Lembaga 1MDB. Di samping itu, sebarang hal ehwal kewangan 1MDB, termasuk pelaburan, yang berkemungkinan menjejaskan jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk manfaat 1MDB atau mana-mana dasar kerajaan Malaysia yang diperlukan perlu mendapat kelulusan "Malaysian Official 1" iaitu Najib.
"
II. Halaman 17 para 50. "Satu mesyuarat khas Lembaga 1MDB diadakan pada 26 September, 2009. Low (bukan ahli lembaga) turut menghadiri mesyuarat ini."
III. Halaman 11 para 29. "Aziz adalah saudara"Malaysian Official 1" (Najib) dan kawan Low."
IV. Halaman 55 para 178. "Apabila dana dipindahkan dari Aabar-BVI untuk Blackstone, ia digunakan untuk membuat bayaran kepada Qubaisi dan Husseiny, yang berkhidmat sebagai pegawai bagi Aabar dan Aabar-BVI untuk "Malaysian Official 1" (Najib) dan kepada Pegawai 3 1MDB.
"
V. Halaman 59 para 192. "Akaun Rundingan MB menerima satu lagi pemindahan AS$1.5juta daripada Akaun Blackstone pada atau sekitar 22 Januari 2013.
3. Blackstone memindahkan sekurang-kurangnya AS$30juta kepada Akaun milik "Malaysian Official 1" (Najib)."
VI. Halaman 59 para 193. "Blackstone juga memindahkan sekurang-kurangnya AS$30juta kepada akaun milik "Malaysian Official 1" (Najib) tidak lama selepas menerima dana daripada Aabar-BVI."
VII. Halaman 59 para 194. "Pada atau sekitar 30 Oktober 2012 - kira-kira tujuh hari selepas Blackstone menerima AS$75juta terus dari Aabar-BVI dan kira-kira enam hari selepas ia menerima AS$360juta tidak langsung daripada Aabar-BVI melalui Enterprise dan Cistenique - Blackstone memindahkan AS$5juta ke dalam akaun di Ambank Malaysia atas nama "AMPRIVATE BANKING MR."
VIII. Halaman 59 para 195. "Akaun bank "AmPrivate Banking MR" milik "Malaysian Official 1" (Najib) dan akaun sama yang menerima AS20juta dari PENGASAS PetroSaudi pada tahun 2011, beberapa hari penerimaan dana daripada Good Star oleh PENGASAS PetroSaudi, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen II.G."
IX. Halaman 59 para 196. "Pada atau sekitar 19 November, 2012 - kurang daripada dua minggu selepas Blackstone menerima AS$95juta dari Aabar-BVI melalui Enterprise - Blackstone memindahkan AS$25juta untuk akaun AmPrivate MR sama PERBANKAN-MR milik "Malaysian Official 1"(Najib).
X. Halaman 60 para 200. "Blackstone telah digunakan sebagai perantara untuk mengaburi kenyataan bahawa hasil bon 1MDB telah dihantar dari Aabar-BVI - di mana Qubaisi dan Husseiny adalah pengarah - untuk akaun yang dimilik oleh Qubaisi, Husseiny, "Malaysian Official 1" (Najib) dan Pegawai 3 1MDB."
XII. Page 60 para 202 . "Antara 18 Jun 2012 dan 4 November 4, 2012 AS$238juta telah dipindahkan terus daripada akaun Aabar-BVI Swiss ke akaun yang dikawal oleh Aziz saudara MALAYSIAN OFFICIAL 1 (Najib)."
XI. Halaman 60 para 201. "Dana yang dihantar ke akaun milik Qubaisi, Husseiny, "Malaysian Official 1" (Najib) dan Pegawai 3 1MDB, seperti yang dinyatakan di atas, adalah menyalahi undang-undang kerana menyalahgunakan dana dari 1MDB dan / atau IPIC."
XII. Halaman 60 para 202. "Antara 18 Jun 2012 dan 4 November 2012 duit sebanyak AS$ 238juta telah dipindahkan terus daripada Akaun Swiss Aabar-BVI ke akaun yang dikawal oleh Aziz, saudara Pegawai Malaysia No 1 (Najib)".
XIII. Halaman 67 para 229. "Dana yang dipindahkan kepada Akaun Tanore telah diagihkan untuk manfaat sekurang-kurangnya seorang pegawai awam yang berkaitan dengan 1MDB. Lebih khusus lagi, tidak lama selepas tawaran bon ditutup, sekitar 21 Mac 2013 dan 25 Mac 2013, AS$681 juta telah dipindahkan daripada Akaun Tanore untuk akaun milik PEGAWAI MALAYSIA 1 (Najib). Daripada jumlah ini, kira-kira AS$ 620,juta telah kembali kepada Akaun Tanore pada atau sekitar 26 Ogos 2013."
XIV. Halaman 71 para 242. "Tawaran pekeliling juga menyebut fakta penting yang"Malaysian Official 1" diperlukan untuk membuat representasi itu mengenai penggunaan bon hasil tidak mengelirukan, kerana ia gagal untuk mendedahkan bahawa individu-individu tertentu yang berkaitan dengan 1MDB, termasuk PEGAWAI MALAYSIA 1 (Najib), akan menerima beratus-ratus juta dolar daripada hasil jualan bon dalam masa beberapa hari penutupannya. Fakta ini akan menjadi bahan kepada transaksi bon, kerana ia akan dimaklumkan kepada pelabur untuk kemungkinan konflik transaksi faedah dan pihak berkaitan. Perwakilan yang ADMIC tidak ditentukan bagaimana semua hasil bon akan digunakan tidak merangkumi penggunaan dana tersebut, bermula serta-merta selepas terbitan bon, untuk faedah peribadi individu yang berkaitan dengan 1MDB dan sekutu mereka."
XV. Halaman 74 para 257. "Dana daripada Akaun Tanore dihantar ke akaun milik "Malaysian Official 1" (Najib), dan telah digunakan oleh TAN dan LOW untuk membeli seni. Dana daripada Akaun Tanore juga telah digunakan oleh LOW untuk mengambil alih kepentingan besar di sebuah hotel mewah di New York City. Penggunaan ini tidak konsisten dengan tujuan yang dimaksudkan daripada hasil bon seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling dan 23 April, 2013, siaran akhbar 1MDB."
XVI. Halaman 75. D. "AS$681 JUTA TELAH DIPINDAHKAN DARI AKAUN TANORE KE AKAUN MILIK "Malaysian Official 1"(NAJIB)."
XVII. Page 75 para 259. "Tidak lama selepas hasil jualan 2013 bon dialihkan ke Akaun Tanore, AS$ 681juta dihantar daripada Akaun Tanore ke akaun bank milik PEGAWAI MALAYSIA 1 (Najib)."
XVIII. Halaman 75 para 261. "Akaun milik"Malaysian Official 1" (Najib) dan akaun yang sama pada tahun 2011 menerima AS$20 juta daripada Pengasas Bersama PetroSaudi yang dikesan kepada akaun Good Star, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen II.G . Ia juga akaun sama yang pada tahun 2012 menerima sekurang-kurangnya AS$30 juta daripada Akaun Blackstone yang dikesan kepada Akaun Swiss Aabar-BVI dan hasil bon tahun 2012, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen III.E.3."
XIX. Halaman 75 para 262. "Pada atau kira-kira 26 Ogos 2013, AS$ 620.010.715 juta dipindahkan dari akaun yang lain di Ambank kepada Akaun Tanore. Akaun AmBank ini juga milik"Malaysian Official 1" (Najib), dan pemindahan itu mewakili dana daripada pembayaran AS$ 681juta yang dipulangkan kepada Tanore.
XX. Halaman 75 para 263. "Peguam Negara Malaysia secara terbuka menyatakan beliau telah menjalankan siasatan ke dalam pembayaran $ 681,000,00. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 26 Januari 2016, Peguam Negara Malaysia mengesahkan, "jumlah AS$681juta (RM2.08 bilion) [telah] dipindahkan ke dalam akaun persendirian"Malaysian Official 1" (Najib)] antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013, "dan bahawa," pada bulan Ogos 2013, sejumlah AS$620 juta (RM2.03 bilion) dikembalikan oleh"Malaysian Official 1" (Najib)] .... "Peguam Negara Malaysia akhirnya menyatakan pembayaran AS$ 681juta sebagai "sumbangan peribadi kepada "Malaysian Official 1" (Najib) dari keluarga diraja Saudi yang telah diberikan kepadanya tanpa sebarang balasan."
XXI. Halaman 76 para 264. "Rekod Bank yang berkaitan dengan Akaun Tanore menunjukkan TAN adalah pemilik benefisial Akaun Tanore, di mana pembayaran sebanyak AS$ 681juta dibuat ke dalam akaun"Malaysian Official 1" (Najib), dan Pegawai 3 1MDB ditambah sebagai Signor yang diberi kuasa bagi akaun Tanore kira-kira sehari sebelum pembayaran pertama AS$620juta dihantar daripada akaun Tanore ke akaun"Malaysian Official 1" (Najib).

Tun Dr Mahathir Mohamad

Kementerian Kewangan akan kaji cadangan Noh Omar

Posted: 09 Sep 2016 08:49 AM PDT

Ketua Setiausaha Perbendaharaan tidak dapat mengulas lanjut cadangan membenarkan pemaju menyediakan pinjaman perumahan.
PETALING JAYA: Kementerian Kewangan terlebih dahulu perlu mengkaji rancangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membenarkan pemaju menyediakan pinjaman perumahan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
"Kami perlu mengkajinya (cadangan itu).
"Saya membacanya di akhbar, dan tidak dapat mengulas lanjut," kata Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini, lapor Bernama.
Berkuatkuasa semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata pemaju boleh memohon kepada kerajaan supaya mereka boleh menawarkan pinjaman perumahan sehingga 100% kepada pembeli, termasuk pembeli rumah kedua dan permohonan mereka yang ditolak.
Menurut beliau, kadar faedah untuk pinjaman melalui skim ini tidak boleh melebihi 12% untuk pinjaman bercagar dan 18% jika tanpa cagaran, manakala kumpulan sasaran pembiayaan diserahkan kepada budi bicara pemaju.
Hari ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata keputusan kerajaan itu jika disingkap mendedahkan sikap tidak mengambil hirau harga rumah yang dipacu pemaju terbesar adalah diluar kemampuan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

APAKAH IBRAHIM ALI BAKAL MENINGGALKAN TUN MAHATHIR?

Posted: 09 Sep 2016 08:43 AM PDT

Semua orang tahu bagaimana hubungan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dengan Tun Mahathir Mohamad. Sejak meninggalkan Semangat 46 dan kemudian menyertai UMNO, beliau telah menukar dirinya bulat-bulat menjadi orang Tun Mahathir.

Ibrahim bukan saja antara yang paling lantang menyebelahi Tun Mahathir ketika kes pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, malah sebagai tanda keakraban, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga sedia menjadi Penaung Kehomat Perkasa yang ditubuhkan oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut.

Dalam pilihanraya 2013, setelah namanya tidak dipilih untuk bertanding atas tiket BN, dikhabarkan Tun Mahathirlah yang membantunya dengan menelefon Najib untuk memasukkan semula nama Ibrahim sebagai calon.

Calon BN yang telah diumumkan bertanding di Pasir Mas ketika itu, Johan Che Pa akhirnya  tidak mengemukakan kertas pencalonannya dan dengan yang demikian, dapatlah Ibrahim bertanding atas tiket Bebas tetapi disokong oleh BN. 

Sepanjang tempoh kempen pilihanraya, seluruh jentera UMNO dan BN Pasir Mas memberi sokongan penuh kepadanya, tetapi Ibrahim tewas kepada Nik Abduh Nik Aziz dari Pas.

Melalui Perkasa yang menjadi kenderaan perjuangannya, dalam banyak isu melibatkan kepentingan Melayu dan Bumiputera, Ibrahim kerap sekali berganding bahu dengan Tun Mahathir. Suara dan hatinya bukan saja senada dan seirama, malah tidak pernah Ibrahim berbeza pendapat dengan Tun Mahathir.

Dalam sebuah majlis makan malam tidak lama sebelum ini, Ibrahim ada menyebut, hubungan beliau dengan Tun Mahathir adalah kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Orang mungkin nampak saya mempergunakan Tun Mahathir, tetapi sebenarnya Tun Mahathir pun mempergunakan saya dan Perkasa juga, kata Ibrahim dengan ketawa berdekah-dekah yang tidak asing lagi bagi mereka yang rapat dengannya.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas Angkat Kaki: Saya memang patut bersara, kata Adnan Yaakob

Posted: 09 Sep 2016 08:42 AM PDT

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob membayangkan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.
Adnan berkata hasrat itu dibuat kerana beliau sudah lama membabitkan diri dalam politik iaitu lebih 30 tahun.
Bagaimanapun, katanya setakat ini beliau melihat belum ada calon yang sesuai untuk menggantikannya tempatnya sebagai menteri besar, lapor BH Online hari ini.
"Saya sudah lama berpolitik, kalau saya bersara pun patut," katanya ketika ditemui selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ketereh 2016 di Dewan Tun Abdul Ghaffar Baba Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat, Kota Bharu hari ini.
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Ketua Penerangan Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Ketereh, Mohd Azam Ismail.
Bagaimanapun Adnan berkata, beliau menyerahkan keputusan itu kepada pucuk pimpinan parti dan akan meneruskan gerak kerja memperkasakan Umno di Pahang dan seluruh negara.
Semalam, Adnan membuat kejutan dalam sidang Dewan Undang Negeri Pahang apabila mengangkat kaki dan mengepit pen menggunakan jari kakinya.
Tindakan itu dilakukan bagi menjawab dakwaan bahawa beliau mengalami masalah kesihatan.
"Saya berpendapat, walaupun kesihatan saya masih hebat, namun tidak ramai dapat melakukan begini," katanya dipetik dari rakaman audio yang diperoleh Malaysiakini.
Turut kedengaran ada ADUN wanita dalam dewan berkenaan beristighfar apabila Adnan bertindak di luar jangkaan.

Tony Fernandes layak jadi presiden FAM, kata bekas ketua jurulatih negara

Posted: 09 Sep 2016 05:16 AM PDT

Orang kenal Fernandes; dia kendali QPR yang berada dalam Liga Inggeris, dia ada kemahiran dan pengetahuan tentang bola sepak profesional.
PETALING JAYA: Kesudian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Negara Malaysia (FAM) sebagai presiden, disokong bekas ketua jurulatih negara, B Satianathan.
Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) itu berkata Fernandes mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.
"Ini satu berita baik. Orang kenal dia (Fernandes); dia kendali Queens Park Rangers yang berada dalam liga Inggeris, dia ada kemahiran dan pengetahuan tentang bola sepak profesional."
Menjelaskan ciri yang perlu pada peneraju badan induk bola sepak negara, Satianathan berkata calonnya mesti berwawasan dan mampu merangka rancangan pembangunan bola sepak yang menyakinkan.
Selain daripada pengalamannya di QPR, Satianathan percaya kepakaran perniagaan Fernandes akan membantu pembangunan bola sepak negara daripada aspek kewangan.
"Sekiranya dia boleh bawa dana, dia boleh bangunkan bola di peringkat akar umbi. Kita semua tahu dari zaman 80an sehingga sekarang tidak ada pembangunan bola di peringkat akar umbi.
"Kalau ada bukan secara menyeluruh, malah kalau ada yang sudi buat mereka akan minta dana dengan FAM, kalau tak ada dana tak jalan," jelasnya.
Terdahulu, memetik laporan FourFourTwo (FFT), Fernandes melahirkan kesediaannya untuk menerajui FAM sebagai presiden sekiranya mendapat sokongan ahli gabungan FAM pada kongres 2017 badan itu nanti.
Read More / Baca Lagi >>

‘Kalau kerajaan simpan duit, sekarang boleh digunakan’ – Ikram

Posted: 09 Sep 2016 05:14 AM PDT


'Kalau kerajaan simpan duit, sekarang boleh digunakan' - Ikram

Negara tidak dibebani masalah kewangan kritikal jika kerajaan sebelum ini mengamalkan pengurusan kewangan berhemah, kata Ketua Biro Penyelidikan IKRAM, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.
"Kalau selama ini kita simpan duit, sekarang dapat membantu, boleh pakai duit tabung itu. Sekarang ini rakyat tanggung sendiri. Kerajaan tidak ada duit.
"Hutang isi rumah sahaja 90 peratus daripada daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kalau campur (hutang) 1MDB lebih tinggi sebenarnya," ujarnya dalam Diskusi Awam bertajuk "Laporan Keadaan Isi Rumah Negara: Di Mana Kita?" di ibu negara malam tadi.
Beliau berkata, masalah ekonomi bukan sahaja wujud di negara ini bahkan merupakan fenomena yang berlaku di seluruh dunia termasuk negara maju.
"Bezanya reputasi pemimpin mereka tidak teruk. Di Amerika pun ada MO tapi Michelle Obama (isteri Presiden). Jepun pula ada GST daripada enam kepada lapan kemudian 10 peratus tapi kerajaan di sana telus," jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, langkah meningkatkan pendapatan tidak mampu untuk menyelesaikan isu hutang isi rumah.
"Tidak semudah itu. Di Singapura, pendapatan jauh lebih tinggi daripada kita tetapi tetap mengalami masalah. Krisis di Amerika Syarikat pun boleh berlaku.
"Kos hidup tinggi, harga rumah tinggi. Sebab sistem yang diamalkan buat orang susah dan galakkan orang berhutang," ujar Prof Dr Nazari.
Read More / Baca Lagi >>

Beri lesen pinjaman kepada pemaju, apa ganjaran yang Noh Omar dapat?

Posted: 09 Sep 2016 05:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 SEP: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar disoal sama ada beliau ada mendapat apa-apa 'faedah' atau 'keuntungan' daripada cadangannya untuk membenarkan pemaju memberi pinjaman perumahan kepada pembeli.
"Apa yang beliau (Noh Omar) dapat daripada perjanjian 'syaitan' dengan para pemaju ini?
"Cadangannya itu ternyata bertujuan membantu pemaju untuk menjual rumah mereka pada harga yang melampau tinggi kepada pembeli yang tidak layak," kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Menurut Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan itu, skim baru tersebut membenarkan pemaju berperanan sebagai 'ah long' berlesen, apatah lagi dengan kadar faedah yang tinggi, iaitu 12 hingga 18 peratus.
"Baru saja dua bulan kembali ke Kabinet, Noh Omar telah memperlihatkan agenda sebenarnya yang tidak peduli dengan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, serta mereka yang tidak mampu membeli rumah yang semakin mahal.
"Dengan mengambil alih peranan bank untuk menyediakan kemudahan pinjaman perumahan, adakah Noh Omar sedang bekerjasama dengan 'ah long' untuk menyediakan dana kepada pemaju yang sedang kesempitan wang?" soalnya, sinis.
Sehubungan itu, Lip Eng meminta Kabinet segera memberi respons berhubung cadangan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pasaran kewangan dan hartanah negara.
"Apa yang lebih penting lagi, adakah Kabinet menyokong cadangan ini?" ujarnya.
Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor semalam mengejutkan ramai pihak apabila mencadangkan agar pemaju perumahan diberi lesen pemberi pinjaman wang, kononnya untuk membantu pembeli rumah yang sukar membuat pinjaman bank.

Tony Fernandes sudi jadi Presiden FAM

Posted: 09 Sep 2016 05:12 AM PDT

Pemilik kelab Liga Inggeris Queens Park Rangers dan CEO Kumpulan AirAsia sedia ambil alih badan induk bola sepak negara jika mendapat sokongan ahli gabungan
Tony-Fernandes_fam_600
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia sedia terajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai presiden sekiranya diberi peluang, lapor portal berita sukan hari ini.
Kesudian Fernandes itu dilaporkan FourFourTwo (FFT) memetik temubual tokoh korporat dengan Astro Arena di satu majlis AirAsia di Bangkok semalam.
Fernandes, pemilik kelab Liga Inggeris Queens Park Rangers (QPR), bagaimanapun perlukan sokongan ahli gabungan FAM pada kongres 2017 nanti.
"Jika saya diminta untuk ambil alih jawatan presiden, saya sedia pertimbangkan," katanya kepada Astro Arena.
FAM sepatutnya mengadakan pemilihan pada 2018, selepas penggal jawatankuasa eksekutif 2014-2018 tamat. Namun hasrat Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk meletak jawatan sebelum tempoh penggalnya berakhir menyebabkan FAM terpaksa mengadakan kongres lebih awal.
Menurut FFT, exco FAM terima perletakan jawatan Tengku Mahkota Pahang tetapi memohon baginda supaya bertahan di kerusi panas itu sehingga tahun depan.
Semua exco lain akan turut meletak jawatan untuk mendapatkan mandat baharu mentadbir badan bola sepak kebangsaan.
Read More / Baca Lagi >>

DAP gesa siasat konspirasi pengubahan wang libatkan pegawai bank dan Jho Low

Posted: 09 Sep 2016 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 SEP: The Wall Street Journal (WSJ) dalam laporannya Selasa lepas mendakwa bahawa pegawai kakitangan Ambank telah bersubahat dengan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam melakukan pengubahan wang haram melibatkan berbilion ringgit dana terkait 1MDB.
Menurut laporan akhbar antarabangsa itu, wang haram berkenaan kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan bantuan Low Taek Jho atau Jho Low yang mendakwa dirinya sebagai pemegang amanah akaun berkenaan.
Melalui transkrip perbualan pesanan ringkas aplikasi Blackberry antara Jho Low dengan pegawai bank itu yang didedahkan WSJ dalam laporan berkenaan, ahli perniagaan yang juga sekutu Najib itu menekankan sensitiviti akaun terbabit dan kerahsiaan berkaitan dengannya.
"Apa sahaja yang kamu lakukan, jangan hantar penyata kad kredit ke rumah perdana menteri," demikian arahan Jho Low kepada pegawai bank terbabit seperti yang dipetik WSJ dalam transkrip perbualan itu.
Menyifatkannya sebagai mencemarkan reputasi baik institusi perbankan dan sistem kewangan di negara ini, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini justeru menggesa agensi penguatkuasaan berkaitan menyiasat dengan segera dakwaan jenayah berkenaan.
"Perbualan di atas (antara Jho Low dan pegawai Ambank) menimbulkan kebimbangan utama mengenai konspirasi peringkat tinggi untuk membolehkan transaksi wang haram berlaku tanpa disoal siasat atau dikesan.
Read More / Baca Lagi >>

Gandingan Anwar-Mahathir sebabkan Najib tak tidur malam

Posted: 09 Sep 2016 04:46 AM PDT

Pertemuan Anwar dan Mahathir di mahkamah mengejutkan banyak pihak.Pertemuan Anwar dan Mahathir di mahkamah mengejutkan banyak pihak.
Gandingan semula bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjanjikan blok pembangkang yang kuat untuk menghadapi BN.
Pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, seluruh rakyat Malaysia tidak dapat menafikan ketokohan dua individu ini dalam arena politik tanah air.
"Kita mengharapkan suasana yang baru ini di mana Mahathir dan Anwar dapat memperbaiki hubungan antara mereka, dapat mendatangkan satu lonjakan sokongan terhadap pembangkang supaya usaha menjatuhkan Umno dan BN mendapat gelombang baru," kata beliau pada sidang media di Wisma Amanah Negara di ibu negara.
Malah Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam memberitahu, beliau secara peribadi pernah mencadangkan kepada Mahathir agar memikirkan cara bagaimana untuk menarik sokongan PKR terhadap parti baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam mengukuhkan blok pembangkang.
"Perjumpaan yang terakhir di Yayasan Perdana dua tiga bulan lepas, saya sendiri bercakap dengan Mahathir, dia mesti memikirkan bagaimanana menarik sokongan PKR dalam Pakatan Harapan dan PPBM supaya Najib tak boleh tidur malam," katanya.

Ulama bukan raja, perlu berdepan rakyat

Posted: 09 Sep 2016 04:45 AM PDT

Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Datuk Dr Ahmad Farouk Musa berkata bercakap melalui orang ketiga boleh menimbulkan kecelaruan.
rozana-sisPETALING JAYA: Sisters in Islam (SIS) hari ini memberi amaran jurang antara golongan ulama dan rakyat akan bertambah luas sekiranya golongan itu enggan bercakap kepada media.
Pengarah Eksekutif SIS Rozana Isa berkata demikian mengulas cadangan seorang ahli akademi yang menggesa mufti dan ulama tidak bercakap secara langsung dengan media dan meniru cara raja yang menggunakan pembantunya.
"Mufti seharusnya lebih kerap menggunakan media dalam menyampaikan maklumat terutama untuk berinteraksi dengan rakyat. Institusi mufti mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat harus berubah mengikut peredaran zaman dan keperluan masyarakat.
"Kita juga harus mengubah tanggapan bahawa masyarakat Islam di Malaysia mudah keliru dan tergugat akidah apabila berhadapan dengan pendapat yang berbeza. Kita seharusnya menggalakkan budaya perbincangan supaya kita boleh lebih mendalami agama," katanya kepada FMT.
Portal pro-Amanah, Malaysia Dateline, sebelum ini memetik Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid yang mahu mufti dan golongan "ilmuan" meniru raja Melayu yang tidak mendedahkan diri secara langsung kepada media.
"Kita perlu meniru raja Melayu yang tidak bercakap sendiri. Raja akan bercakap melalui pembantunya," kata Mahmood, yang berkata mufti perlu hanya memberi kenyataan melalui majlis fatwa "kerana pengaruh mereka cukup besar dalam masyarakat".
Tegas Rozana, kredibiliti mufti itu dinilai berdasarkan pandangan yang dikeluarkan dan bukan pada pihak media sahaja.
"Cadangan Dr Mahmood akan mengekang interaksi antara para mufti dengan media untuk memberi maklum balas serta-merta berkenaan isu-isu penting dan isu-isu semasa," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Jika Khairy berani dedah skandal FAM, mengapa tidak 1MDB?

Posted: 09 Sep 2016 04:44 AM PDT

Teo Nie ChingTeo Nie Ching
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bertindak tepat apabila menyifatkan  maklumat yang terkandung dalam 'pendrive' melibatkan skandal rasuah Kesatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah lebih penting daripada siapa yang mendedahkannya.
Beliau dilaporkan berkata, apa yang lebih penting adalah untuk mengetahui maklumat yang didedahkan dan bukannya siapa yang mendedahkan maklumat tersebut.
Namun soal Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, adakah Khairy akan mengambil pendirian serupa dalam pendakwaan kepada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli di bawah akta Rahsia Rasmi yang mendedahkan laporan audit 1MDB.
Apa yang penting kata Nie Ching, adakah menteri Umno itu sedia untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menyahklasifikasi laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB itu dalam mesyuarat kabinet.
"Sama seperti peminat bolasepak yang kurang berminat untuk tahu siapa yang mendedahkan maklumat, rakyat Malaysia tidak kisah sekiranya maklumat yang didedahkan Rafizi itu adalah rahsia.
"Apa yang paling penting ialah maklumat tersebut," ujar Nie Ching dilapor Roketkini.
Justeru, daripada menzalimi Rafizi Ramli dengan akta zalim, gesa Nie Ching, apa yang perlu kerajaan BN lakukan adalah menyahklasifikasi laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB supaya ia boleh dinilai oleh rakyat.
"Malah, jika Rafizi telah menyebabkan kekeliruan umum atau telah memfitnah 1MDB, beliau boleh didakwa di bawah undang-undang lain yang berkaitan," jelasnya.

Lawyer: Wrong to compare Apandi with US AG

Posted: 09 Sep 2016 04:43 AM PDT

Lawyer and Pahang PKR Deputy Chairman Ahmad Nizam Hamid says the American AG is a Cabinet member under the US Constitution.
Ahmad Nizam Hamid.PETALING JAYA: It is wrong for lawyer Wan Azmir Wan Majid to compare Attorney-General (AG) Apandi Ali to his American counterpart, Loretta Lynch, says PKR lawyer Ahmad Nizam Hamid.
"To say US AG (Lynch) also appears together with President Barack Obama on the same stage (without anyone saying anything) is totally wrong."
He said this in response to Wan Azmir's statement today in Sinar Harian that calls for Apandi to step down for "dancing with ministers" is without basis.
Ahmad Nizam said under the American Constitution, their AG was a part of the presidential Cabinet and the position was appointed by the President.
"Our friend (Wan Azmir) does not understand the mechanisms of American administration," he added.
Wan Azmir had told the Malay daily today that those who asked Apandi to step down showed they had nothing else better to pick on.
He said Lynch had appeared on the same stage with Obama but this did not mean they had shared interests.
In a 26-second video, Apandi was seen dancing with a few ministers, namely Natural Resources and Environment Minister Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Communications and Multimedia Minister Salleh Said Keruak, Energy, Green Technology and Water Minister Maximus Ongkili as well as Ministers in the Prime Minister's Department Azalina Othman Said and Nancy Shukri during a Merdeka Day parade.
Former Batu Kawan Umno Deputy Chief Khairuddin Abu Hassan had said Apandi should resign as Apandi had "crossed a professional and ethical line" by dancing publicly with Cabinet members.
He submitted memorandums to the AG's Chambers and Prime Minister's Office calling on Apandi to quit.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar ekonomi: Secara teori negara boleh bankrap jika hutang melebihi 55%

Posted: 09 Sep 2016 04:41 AM PDT

'Tetapi Malaysia punyai sumber pendapatan yang agak kukuh dan tetap, maka tidak sesuai dibandingkan dengan situasi ekonomi Greece
kbarjoyi-bardai_dnk_ringgit_600
PETALING JAYA: Secara teori Malaysia boleh muflis sekiranya nisbah hutang semasa negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi 55%, namun hakikatnya ia bukan semudah itu, kata pakar ekonomi Prof Dr Barjoyai Bardai.
Beliau menjelaskan kadar 53%, yang diuar-uarkan melalui media sosial dan laporan media, sebenarnya titik potong (cut-off point) mengikut kebiasaan.
"Kalau naik terlampau tinggi melebihi 55% itu merupakan tanda-tanda awal negara akan mengalami masalah kewangan yang besar yang boleh menjadikan ia bankrap.
"Walaupun hutang negara semakin tinggi tetapi kita mempunyai sumber pendapatan yang agak kukuh dan agak tetap…maknanya tidak bergantung kepada satu-satu sektor.
"Kita pasti pertumbuhan 4% mampu dicapai seperti yang disasarkan iaitu KDNK negara akan melebih 1.2 trilion. Ini akan memberi kesan berganda untuk kita terus kukuh," kata pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) itu ketika dihubungi FMT.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyatakan nisbah semasa 53.4% bagi hutang berbanding KDNK masih terkawal walaupun lebih tinggi berbanding 2007 (40.1%).
Menurut Rahman, kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan kadar antara 1980 hingga 1985 apabila nisbah hutang berbanding KDNK melonjak daripada 44.0% kepada 103.4% dan kekal di tahap melebihi 55% sehingga tahun 1994.
"Jika kita tidak muflis ketika kadar 103.4% pada tahun 1985, bagaimana mungkin kita boleh menjadi bankrap pada kadar 55%?" kata menteri, menjawab beberapa mesej berkaitan ekonomi negara yang tersebar luas menerusi aplikasi sosial WhatsApp.
Read More / Baca Lagi >>

Kos RM650 juta Taman Tugu untuk 4 komponen, kata Khazanah

Posted: 09 Sep 2016 04:39 AM PDT

Tan Sri Azman Mokhtar berkata jumlah yang tinggi itu berfokus kepada komponen taman, pusat inovasi dan pembelajaran serta meningkatkan hubungan laluan di sekitarnya.
azman-mohktar
KUALA LUMPUR: Kos sebanyak RM650 juta untuk mewujudkan Taman Tugu meliputi 4 komponen termasuk penyenggaraan selama 10 tahun, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar.
Azman berkata kos tersebut tidak hanya difokuskan kepada komponen taman semata-mata sebaliknya ia juga termasuk pusat inovasi dan pembelajaran serta meningkatkan hubungan laluan di sekitarnya seperti yang dirancang.
"Kita akui ia satu jumlah yang besar. Kalau kita ambil kira kos untuk taman hanya suku saja daripada kos itu, manakala untuk pokok (penebangan dan penanaman semula pokok), 5% saja.
"Tetapi kita laburkan juga untuk komponen 'connector' (hubungan) yang kita rancang dan kos penyenggaraan untuk 10 tahun," katanya kepada pemberita selepas program 'Taman Tugu Public Engagement Sessions' di sini hari ini.
Kira-kira 300 peserta terdiri daripada orang awam menyertai sesi pertama yang diadakan di Mercu UEM, KL Sentral di sini, hari ini.
Projek Taman Tugu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Khazanah dalam mentransformasikan kawasan hutan sekunder di belakang Tugu Negara menjadi taman rimba kota.
Read More / Baca Lagi >>

RM650 juta bina Taman Tugu tak masuk akal, kata Khalid Ibrahim

Posted: 09 Sep 2016 04:37 AM PDT

"Lebih-lebih lagi apabila kos tanah langsung tidak wujud, diberi "percuma" oleh kerajaan pusat," kata bekas menteri besar Selangor
Khalid-Ibrahim_tugu_600PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai suara mengkritik cadangan projek Taman Tugu, kerana angka yang diperuntukkan terlalu tinggi.
"Jelas bahawa projek yang dijangka menelan belanja RM650 juta terlalu tinggi dan tidak munasabah hatta setelah diambil kira kos pembinaan infrastruktur dan bangunan seperti dalam perancangan.
"Jadi, tidaklah menghairankan jika ramai yang musykil dengan metodologi penilaian yang digunapakai oleh Khazanah Nasional Berhad dan Perbendaharaan Negara/Unit Perancang Ekonomi sehingga mewajarkan nilai yang begitu tinggi," katanya di Facebook.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan projek Taman Tugu, terletak di tanah seluas 26.7 hektar berhampiran Tugu Negara. Projek bertujuan mengangkat taraf Kuala Lumpur menjadi kotaraya bertaraf dunia.
Khazanah Nasional Berhad akan membiayai 75% (RM500,000) kos projek itu.
Khalid berkata: "…Untuk mendapat gambaran lebih jelas, saya telah menghubungi rakan lama, Dato' Haji Ali Ahmad yang mempunyai pengalaman luas 30 tahun dalam pembukaan dan pengurusan ladang di Guthrie."
"Menurut anggaran paling tinggi berdasarkan pengalaman beliau, saya difahamkan bahawa kos pembersihan dan perataan tanah, penanaman dan penjagaan pokok kelapa sawit dari tunas hingga penuaian adalah sekitar RM21 juta setiap 1,000 hektar atau hanya RM21,000 per hektar."
Justeru, kos keseluruhan pembinaan taman hutan hujan itu tidak sepatutnya semahal yang diumumkan.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas ketua Umno Pasir Puteh keluar parti, dijangka sertai PPBM

Posted: 09 Sep 2016 04:35 AM PDT

Kamarudin Md NorKamarudin Md Nor
Bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamarudin Md Nor hari ini menghantar surat berhenti menjadi ahli kepada Setiausaha Agong Umno sekaligus menguatkan desas-desus beliau akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Surat satu perenggan itu dihantar ke Ibu Pejabat Umno Malaysia di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.
"Saya menulis surat ini untuk memaklumkan kepada YB Dato' Seri selaku Setiausaha Agong Umno bahawa mulai hari ini saya telah keluar dari Umno dan telah berhenti menjadi ahli parti tersebut.
"Keputusan ini saya ambil dengan fikiran yang waras dan tanpa ada paksaan daripada sesiapapun," kandungan surat bertarikh 9 September 2016 itu dipetik.

Selain mengetuai Umno Bahagian Pasir Puteh, Kamarudin juga ialah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak, bekas Setiausaha Agung Abim dan bekas Setiausaha Agung WAMY (World Association of Muslim Youths) Asia Pacific yang beribu pejabat di Qatar.
Bekas menteri kabinet kelahiran Kelantan, Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini mendedahkan kemungkinan Kamarudin menyertai PPBM.
PPBM dan Amanah yang dipimpin Datuk Husam Musa kata Zaid, mampu mengambil alih Kelantan daripada Pas yang disifatkannya sebagai 'parti yang tidak lagi berguna'.
"Parti Bersatu di bawah Kamaruddin Mat Noor, Dr Zayadi Awang Noh dari Bachok dan Sazmi Miah dari Machang misalnya, boleh bekerjasama dengan Datuk Husam dan merampas Kelantan dari parti yang tak berguna ini. Selamat berjuang!" tulisan Zaid dipetik.
Surat pemakluman keluar daripada Umno oleh Kamarudin.Surat pemakluman keluar daripada Umno oleh Kamarudin.

Pemuda UMNO tidak kisah amal politik cara kampung

Posted: 09 Sep 2016 04:31 AM PDT

Azmin has no time for Noh Omar

Posted: 09 Sep 2016 04:30 AM PDT

Comments (0)