Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bersih 5.0: Bantah kepincangan sistem pilihan raya

Posted: 08 Sep 2016 09:06 PM PDT

Perhimpunan Bersih 5.0 yang dijangka pada November depan boleh dijadikan penanda aras bantahan rakyat terhadap kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, rakyat perlu menggunakan kesempatan itu, lebih-lebih lagi negara kini berdepan pelbagai kemelut juga skandal.
"Saya menyokong Bersih 5 diadakan pada November ini untuk memberi kesedaran kepada rakyat berkenaan kepincangan sistem pilihan raya yang sepatutnya bersih dan adil tetapi dinodai pelbagai penyelewengan.
"Ia termasuk memindah pengundi secara haram sekali gus bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Negara," katanya kepada SelangorKini.
Pada masa sama, Suee Lim berkata, perhimpunan itu turut dijadikan medium bagi rakyat terus menyatakan bantahan terhadap kepincangan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Terdahulu, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan himpunan Bersih 5.0 akan diadakan pada November depan.
Bagaimanapun, katanya, tarikh himpunan itu akan diumumkan kemudian.

Cadangan pindaan Akta 355 dari sudut legislatif

Posted: 08 Sep 2016 09:04 PM PDT

Pelbagai pihak melontarkan pandangan yang sinis dan tidak kurang mencaci dalam satu laporan yang keluar di Sinar Harian pada 5 September baru-baru ini.

Laporan itu berkenaan kenyataan saya yang menegur Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ekoran rencana yang ditulis dalam Bayan Linnas terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertajuk "Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat".

Kenyataan saya itu adalah melalui perbualan telefon dalam soal jawab yang diajukan oleh salah seorang wartawan Sinar Harian yang menghubungi saya.
Pertama sekali saya memohon maaf jika laporan itu menyinggung pihak tertentu, khususnya Datuk Mufti namun biarlah saya jelaskan bahawa gaya laporan itu di luar kawalan saya.

Apa yang penting ialah semangat dan intisari kenyataan terhadap kenyataan 'ahli parlimen Muslim wajib menyokong' yang saya anggap mempunyai implikasi berbeza berbanding penulisan orang awam atau NGO lain.
Niat kenyataan saya bertujuan semata-mata memberi pandangan atas isu teknikal dan pentadbiran yang ada kena mengena dengan kedudukan saya sebagai ahli legislatif dan kedudukan Datuk Mufti dalam pentadbiran agama.

Tidak ada niat untuk memandang rendah institusi mufti jauh sekali menghina ulama tetapi di atas kedudukan mufti sebagai sebahagian daripada pentadbir agama.
Saya menganggap teguran saya sebagai penggubal undang-undang ada asasnya kerana yang diminta 'wajib menyokong' itu adalah saya dan saya terpanggil untuk menyatakan pandangan saya sebagai respons kepada kenyataan 'wajib sokong' pindaan 355 itu dalam artikel Datuk Mufti.

Saya juga mengambil kira bahawa yang mengeluarkan artikel itu adalah Pejabat Mufti yang tertakluk dengan prosedur pentadbiran dan kerana itu saya mengambil inisiatif untuk menjelaskan keadaan tentang gesaan 'wajib sokong' dari perspektif ahli penggubal undang-undang negara.
Saya tidak menyatakan saya tidak akan menyokong usul pindaan 355 kerana ia masih jauh untuk saya berbuat demikian pada tahap ini, hupun sikap saya akan menyokongnya.

Tetapi saya merakamkan kekesalan saya pada artikel tersebut yang menyatakan pendirian awal tanpa mengambil kira keperluan usul pindaan tersebut diperincikan, dibahas dan diperbaiki seolah-olah Datuk Mufti telah berpuas hati hanya dengan teks usul semata-mata.

Kaedah ini bagi kami anggota parlimen agak pelik kerana kami dilantik oleh rakyat untuk berbahas, meneliti dan melihat implikasi lebih besar pada kerangka perlembagaan yang kami bersumpah untuk mempertahankannya.

Sebagai pentadbir agama, prosedur ini perlu difahami dengan jelas.
Saya sama sekali tidak mempertikaikan semua keperluan yang disebut dari sudut maqasid dan keperluan taqnin undang-undang, itu bukan isunya tetapi artikel itu dilihat mendahului perbahasan sedangkan anggota Parlimen Marang sebagai pembawa usul belum pun lagi membahaskan dan memperincikan hujah-hujahnya dalam dewan parlimen yang mulia di hadapan 222 anggota parlimen.

Jika gesaan itu datang secara individu mahupun NGO, mahupun orang politik, kami menganggap ia perkara biasa.

Tetapi sebagai pentadbir dan penasihat agama rasmi, saya menganggapnya sebagai luar biasa kerana kami sendiri belum mengetahui perincian apa yang hendak disokong.
Sekali lagi saya memohon maaf kerana kurang bersetuju cara Datuk Mufti Wilayah Persekutuan membuat rumusan awal yang akan saya terangkan di bawah nanti implikasinya kepada 'kehangatan' tajuk ini kepada orang awam yang terdiri dari mereka yang sokong atau tidak menyokong.

Saya hanya bertindak sebagai anggota parlimen Muslim yang perlu membuat penjelasan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai sebahagian pentadbiran agama, posisi dan sikap saya dari sudut teknikal dan pentadbiran demokrasi berparlimen supaya tidak mudah kita membuat satu rumusan tanpa menelitinya terlebih dahulu.
Perspektif berbeza
Read More / Baca Lagi >>

Tun M: 'Kalau Kit Siang boleh, mengapa tidak Anwar?'

Posted: 08 Sep 2016 09:00 PM PDT

"Kalau saya boleh bekerjasama dengan (Lim) Kit Siang, kenapa saya tak boleh kerjasama dengan Anwar?" kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu menjawab pertanyaan wartawan yang menemuinya di Putrajaya hari ini.
Terdahulu Dr Mahathir ditanya sama ada beliau ada bincang untuk mengadakan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan PKR ketika bersemuka dengan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak berbincang isu itu dengan Anwar.
"Saya tidak berbincang, tetapi kalau saya boleh bekerjasama dengan Kit Siang, kenapa saya tak boleh kerjasama dengan Anwar?" katanya.
Kedua-dua mereka bukanlah presiden bagi mana-mana parti namun Dr Mahathir bertindak sebagai Pengerusi BERSATU manakala Anwar sejak sekian lama dianggap pemimpin sebenar PKR.
PRK kini diketuai isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

BERSATU sah berdaftar tapi logo berubah

Posted: 08 Sep 2016 08:58 PM PDT

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendapat kelulusan rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menjadi pertubuhan politik sah di negara ini.
Kelulusan tersebut diberi oleh ROS selepas menerima penjelasan secara langsung daripada pimpinan parti berkenaan sebentar tadi.
Antara penjelasan yang diberikan kepada badan pengelola pertubuhan di negara ini ialah peranan dua jawatan tertinggi BERSATU, iaitu presiden dan pengerusi.
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tujuan mereka memasukkan dua jawatan berkenaan pada perlembagaan adalah sebagai mekanisme menjadikan parti berkenaan berada dalam keadaan telus.
"Tujuan kita masukkan jawatan presiden dan pengerusi dalam perlembagaan parti adalah untuk mengadakan satu check and balance supaya parti kita agak telus, dan segala perjalanan parti dibuat atas dasar check and balance.

"Kedua, ia membolehkan parti dilihat sebagai parti yang mengikut kehendak rakyat," katanya kepada media.
Bekas timbalan perdana menteri itu sebelumnya berjumpa dengan pegawai ROS bagi memberikan penjelasan lanjut berhubung kandungan perlembagaan BERSATU.
Turut hadir bekas perdana menteri yang juga Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad.
Muhyiddin juga menjelaskan mereka membuat sedikit pindaan pada logo BERSATU.
Katanya pindaan itu dibuat atas permintaan ROS.

'Kecewa tidak dapat guna akronim BERSATU, syukur parti dilulus secara rasmi' - TSMY

Posted: 08 Sep 2016 08:54 PM PDT

"'Kenapa tak boleh kerjasama dengan Anwar?" soal Tun M

Posted: 08 Sep 2016 08:31 PM PDT

Satu tindakan tidak bijak dari PM - Tuan Ibrahim

Posted: 08 Sep 2016 08:30 PM PDT

Tindakan memusatkan kuasa kepada tangan perdana menteri, seorang ahli politik berpentingan untuk parti dan dirinya, terutamanya ketika perdana menteri dipalit dengan pelbagai skandal, adalah tindakan yang silap dan sangat tidak bijak.
Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, orang politik tidak boleh diberi kuasa mutlak seperti berlaku pada Akta Majlis Keselamatan Negera (MKN) 2016 termasuklah dalam menentukan darurat, kerana ada konflik kepentingan yang jelas.
Katanya, kelulusan Yang di-Pertuan Agong wajib diperlukan dalam apa juga keadaan sebelum darurat boleh diisytiharkan.
"Orang politik cenderung mencipta alasan untuk mencampuradukkan kepentingan politik dan partinya dengan kepentingan negara.
"Apakah ada jaminan MKN tidak disalahguna atas nama keselamatan negara kalau ada pemimpin tertinggi rasa dirinya terancam kerana penyelewengan seperti terlibat dalam penggubalan wang haram yang didedah di peringkat antarabangsa?," katanya, semalam.
Isnin lalu, bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 dengan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Akta MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat itu didakwa menghina peruntukan Perkara 38 (4), menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong.
Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan untuk meluluskan akta ini sebagai undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah tidak sangka Dr Mahathir bersalaman dengan ayah

Posted: 08 Sep 2016 08:28 PM PDT

Anak sulong ketua umum PKR itu tidak menjangkakan Dr Mahathir akan memberikan sokongan seperti itu dengan hadir di mahkamah.
Nurul IzzahPETALING JAYA: Nurul Izzah Anwar akui terkejut apabila Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin dan bertegur sapa dengan ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anak sulong Anwar itu berkata sikap dan keterbukaan kedua-dua bekas pemimpin tertinggi negara itu membuktikan mereka lebih mengutamakan isu negara berbanding peribadi.
"Tidak menjangkakan Dr Mahathir akan datang memberikan sokongan kepada usaha dilakukan bapa saya untuk memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara.
"Malahan, apabila ayah sendiri bersalaman serta mengukirkan senyuman, saya rasa ia simbolik untuk kita terus maju ke hadapan mengukuhkan Malaysia daripada menumpukan isu peribadi," katanya dalam wawancara bersama badan penyiar Australia, ABC News.
Anwar, 68, yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun, dibawa pegawai penjara menghadiri permohonannya menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Anwar mendakwa Akta MKN 2016 tidak berperlembagaan dan tidak sah kerana ia dikuatkuasakan menurut Fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menuntut deklarasi Akta MKN tidak berperlembagaan dan terbatal serta perintah injunksi menghalang penguatkuasaan MKN.
Pertemuan Dr Mahathir dan Anwar pada 5 September merupakan yang pertama selepas 18 tahun Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri.
Anwar dipecat Dr Mahathir pada 2 September, 1998 selepas dituduh menyalah guna kuasa dan salah laku seks. Pemecatan beliau mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur.
Nurul Izzah berkata tidak mudah untuk mereka sekeluarga yang melalui era reformasi melupakan peristiwa Anwar meringkuk di dalam penjara.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Roboh tugu helang tak jadikan Melayu lebih Islam

Posted: 08 Sep 2016 08:26 PM PDT

Dr Mahathir berkata beliau yakin umat Islam zaman ini tidak akan menyembah tugu helang di Langkawi.
Bahasa, tugu helang, Dr Mahathir, langkawi, Mufti Perak, patung, IslamPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan gesaan beberapa pihak supaya patung dan tugu dirobohkan kononnya kerana melanggar hukum Islam, dan berkata tindakan itu tidak akan menjadikan umat Islam lebih warak.
"Umat Islam zaman ini lebih bijak. Mereka tidak akan menyembah lukisan atau tugu. Mereka tahu ia bukan tuhan," katanya sebagai respon beberapa kenyataan yang dibuat pihak berkuasa agama.
Baru-baru ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata pembinaan tugu adalah haram, selepas timbalannya Zamri Hashim mempersoalkan kewajaran mengekalkan tugu helang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi.
Alasan yang diberikan adalah pembinaan patung dan tugu adalah haram di sisi Islam dan berunsur syirik (menyekutukan Allah).
Pembangunan Pulau Langkawi merupakan sesuatu yang rapat dengan Dr Mahathir, yang kerap memantau pelbagai projek di pulau peranginan itu ketika meneraju kerajaan. Ini termasuk patung helang setinggi 12 meter di Dataran Lang, sebagai simbol asal usul nama Langkawi daripada burung helang.
Dr Mahathir berkata beliau yakin umat Islam tidak akan menyembah tugu helang itu.
"Bila mana umat Islam meletakkan kayu colok dan melutut di depan Helang di Langkawi, maka pada hari itu mereka perlu diberitahu yang mereka tidak menuruti Islam.," katanya.
"Sehingga kini, tidak ada orang Islam yang bersembahyang atau menyembah tugu helang di Langkawi. Merobohkannya tidak menjadikan orang Melayu lebih Islam."
Read More / Baca Lagi >>

PAS perlu bersedia dikenang sebagai parti pengkhianat rakyat, tegas Mejar Zaidi

Posted: 08 Sep 2016 08:25 PM PDT


 Zaidi Ahmad Zaidi Ahmad"Pas perlu bersedia dikenang sebagai parti pengkhianat rakyat  kerana  bersekongkol dengan kezaliman dan jenayah rompakan terbesar dalam sejarah negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konco-konconya."
Itu kritikan bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad terhadap Pas sekiranya parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu masih terus memakan 'umpan' yang ditaburkan Umno-BN.
Kecaman pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu berlaku selepas bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim memanggil Pas sebagai parti politik Melayu yang tidak berguna.
Zaidi menyifatkan isu Rang Undang-Undang (RUU) persendirian mengenai pindaan Akta 355 yang dimainkan adalah 'senjata' agama selepas isu hudud bagi memusnahkan perpaduan pembangkang yang paling ditakuti Umno seperti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Haji Hadi tak ikut saranan Dr Yusuf Qardawi; perundangan Islam bukan keutamaan. Tarbiyah dan penerangan adalah lebih utama. Bagaimana nak jalankan tarbiah dan penerangan jika belum jadi pemerintah?
"Sebab itu keutamaan sekarang ialah bersatu tak kira bangsa dan agama untuk jatuhkan kerajaan Umno-BN yang zalim dan merompak berbilion-bilion wang rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berpendapat perpaduan pembangkang berantakan apabila Pas menyambar 'umpan' yang dihulurkan Umno-BN iaitu pembentangkan pindaan RUU 355 itu.
Read More / Baca Lagi >>

Parti sudah lulus, peluang PPBM kotakan janji bawa budaya politik baharu

Posted: 08 Sep 2016 08:24 PM PDT

Permohonan Ahli Jawatankuasa protem Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjadi sebuah parti politik kini sudahpun diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.Permohonan Ahli Jawatankuasa protem Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjadi sebuah parti politik kini sudahpun diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melahirkan rasa gembira kerana Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam meluluskan penubuhan parti politik baharu itu dan membolehkan parti itu mengotakan janji untuk membawa budaya politik baharu di negara ini.
Setiausaha Agung protem PPBM Kamarulazaman berkata, dengan tertubuhnya PPBM telah menolak banyak andaian dibuat oleh Umno terhadap usaha bekas ahli-ahlinya untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu.
"Tertubuhnya parti ini kerana desakan dari akar umbi ahli Umno, walaupun ada melabelkan penubuhan parti baharu ini dipelopori dikalangan ahli Umno yang kecewa.
"Memang betul kami kecewa... tetapi kecewa kami dengan keadaan tahap hidup rakyat, kecewa dengan kesan kepimpinan Umno, kami kecewa dengan
perdana menteri PM, kami juga kecewa dengan persepsi dunia terhadap negara ini.
"Tetapi kami bukannya kecewa kerana tiada dapat jawatan ini kerana barisan jawatankuasa protem parti ini bukan dikalangan mereka yang gilakan jawatan ketika mereka dalam Umno.
"Jadi kami yang kecewa atas sebab itu, berusaha untuk lakukan 'pembersihan Umno'. Kami yang 'bersih' ini sebenarnya yang telah meninggalkan 'kekotoran' di dalam Umno kerana yang kotor dalam Umno hari ini tidak mungkin akan dapat dibersihkan lagi," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau turut melahirkan rasa gemira kerana RoS juga mengotakan janji mereka untuk meluluskan pertubuhan parti politik baru itu dalam tempoh sebulan yang ditetapkan walaupun RoS meluluskan parti itu  dengan mengunakan singkatan akroname PPBM.
"Kami gembira kerana RoS sudah luluskan parti yang mahu kami tubuhkan ini walaupun ia tidak disebut 'Bersatu'.
"Sekarang kami  mempunyai peluang untuk kita mengotakan janji akan membawa budaya politik baharu dan akan mengamalkan politik bersih.
"Jika kami diberi peluang kami akan berusaha bersunguh-sungguh ke arah itu kerana usaha menubuhan parti ini bukan dibuat oleh pemimpin tetapi atas desakan ahli akar umbi Umno," ujar Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) ini.
Semalam pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia  diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nama singkatan PPBM.
Penubuhan parti baharu  itu telah diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan didaftarkan pada 9 Ogos lalu.
Read More / Baca Lagi >>

TANDA MB PAHANG LEBIH TIDAK SIHAT...LEPAS NI DIA LUMBA RENANG DENGAN IKAN PATIN DITEMERLOH..!!!

Posted: 08 Sep 2016 08:23 PM PDT

Untuk membuktikan dirinya  sihat, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mencipta rekod yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin iaitu menanggalkan kasut, mengangkat kaki ke muka dan kemudian meletakkan pen di celah-celah jari kakinya.

Melakukan aksi tersebut sambil duduk di persidsngan Dewan Undangan Negeri Pahang,  Adnan yang sudah 18 tahun menjadi Menteri Besar dan 30 tahun sebagai ADUN, turut bertanya jika ada mana-mana wakil rakyat lain boleh melakukan aksi sepertinya.
Merujuk aksinya itu, Adnan berkata ia sebagai membuktikan dirinya benar-benar sihat dan untuk menepis dakwaan yang tersebar mengenai masalah kesihatannya.

Perlakuan Adnan ini bukan saja janggal dan pelik dalam konteks Malaysia, malah juga tidak pernah dilakukan olen mana-mana pemimpin lain di dunia ini.

Untuk apa Adnan mempamerkan aksi sedemikian untuk membuktikan dirinya benar-benar  sihat?

Apakah tidak ada cara lain lagi untuk memperlihatkan kesihatan dan segar tubuh badannya?

Pemimpin yang sihat tubuh badan dan tiada gangguan kejiwaan, pasti tidak sanggup berbuat aksi seperti itu. Budak-budak sekolah rendah yang nakal juga belum tentu sampai ke tahap itu perlakuannya.

Dalam hal ini, mungkin Adnan kelihatan sihat dari segi fizikal, tetapi dalamannya jelas ada masalah.

Dengan perlakuan sedemikian, beliau secara langsung telah menunjukkan kepada umum ketidaklayakannya untuk terus menjadi pemimpin.

Rakyat dan pengundi Pahang, dengan yang demikian, punya asas yang lebih kukuh untuk menolak beliau dan kerajaan yang dipimpinnya.

Pilihan raya umum seawal Mac tahun depan?

Posted: 08 Sep 2016 08:19 PM PDT

Penganalisis tidak pasti sama ada rancangan Najib mengadakan PRU seawal tahun depan sesuatu yang baik untuknya.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengadakan pilihan raya umum (PRU) lebih awal daripada 2018, menurut Bloomberg memetik beberapa sumber rapat dalam Umno.
Malah, Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mac, menurut sekurang-kurangnya 2 sumber parti.
"Mengapa tidak. Pembangkang tidak sehaluan. Kami bersedia sepenuhnya menghadapi pilihan raya," laporan itu memetik seorang pemimpin Umno bahagian.
Najib dan beberapa pemimpin kanan Umno juga menjelajah di seluruh negara menghadiri mesyuarat parti dan menggesa ahli melipatganda usaha menarik sokongan generasi muda, menurut laporan Bloomberg, yang menganggap kemenangan PRU untuk Najib boleh mematahkan segala spekulasi beliau akan gagal mengharungi dakwaan skandal yang membuatkan pelabur asing tertanya-tanya mengenai masa depan politiknya.
Penganalisis bagaimanapun tidak pasti sama ada rancangan Najib mengadakan PRU seawal tahun depan sesuatu yang baik untuknya, di sebalik masalah berkait 1MDB dan ekonomi merudum.
"Sebaik-baiknya, mereka mahu mengadakan pilihan raya apabila rakyat mula merasakan mereka lebih selesa dari segi kewangan," kata Sholto Byrnes dari Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa.
Menurutnya, mengadakan PRU ketika harga minyak dan bahan mentah lain pada paras rendah di samping nilai ringgit yang turun naik merupakan tindakan yang amat berisiko.
PRU yang terakhir diadakan ketika hampir tamat mandat Barisan Nasional (BN) pada Mei 2013. Ia menyaksikan BN memenangi 133 kerusi dan Pakatan Rakyat 89.
Read More / Baca Lagi >>

Bukannya mudah Anwar salami Mahathir - Nurul

Posted: 08 Sep 2016 08:18 PM PDT

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim 'mengetepikan' penderitaan dialaminya dengan berjabat salam dengan tokoh yang didakwa menjadi punca kesengsaraan itu baru-baru ini bukan sesuatu yang mudah.
Kata Nurul Izzah Anwar pertemuan berkenaan antara bapanya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berlaku dan membayangkan perlunya bergerak ke depan demi mengukuhkan demokrasi di negara ini.
Bercakap kepada media Australia Nurul Izzah berkata bapanya mengutamakan negara melebihi penderitaan peribadi yang ditanggungnya selama ini.
"Hakikat bahawa bapa saya bersalaman dan mampu tersenyum mesra adalah simbol pentingnya bergerak ke depan untuk memperkuatkan demokrasi Malaysia berbanding memfokuskan kesengsaraan peribadi," katanya dipetik ABC's News 24.
Nurul Izzah adalah anak sulung Anwar.
Dr Mahathir menyingkirkan Anwar daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada 1998 atas tuduhan salah laku seks dan rasuah.
Anwar dan keluarganya secara konsisten menafikan tuduhan berkenaan.
Pada hari terawal penahanannya di Bukit Aman Anwar dibelasah Tan Sri Rahim Nor yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Polis Negara. Rahim sudah didapati bersalah atas tindakan itu dan meletak jawatan pada Januari 1999.
Pemecatan Anwar juga menandakan berakhirnya hubungan baik antara beliau dengan Dr Mahathir yang sebelum itu dilihat begitu akrab.
Penyokong Anwar dan sebahagian rakyat melihat Dr Mahathir adalah punca kepada pelbagai tuduhan dan pendakwaan dilakukan ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.
Bagaimanapun pada 5 Septembur lalu kedua-dua mereka bertemu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas 18 tahun tidak dilihat bersemuka.
Dr Mahathir hadir ke situ untuk menunjukkan sokongannya kepada permohonan Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 yang memberi kuasa kepada sebuah badan diketuai perdana menteri jika berlaku darurat.
Selain Anwar, keluarga beliau dilihat menjadi antara pihak paling terkesan dengan pendakwaan serta hukuman yang dikenakan ke atas bekas anggota parlimen Permatang Pauh berkenaan.
Ketika ini Dr Mahathir bersama penyokongnya menggerakkan sebuah pertubuhan baru - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan bekerjasama dengan pembangkang untuk mencabar kerajaan BN diketuai Datuk Seri Najib Razak.

Accept emergence of Bersatu and don't fight, says Pak Lah

Posted: 08 Sep 2016 08:09 PM PDT

Persatuan Peguam Muslim setuju pindaan Akta 355

Posted: 08 Sep 2016 08:37 AM PDT

TAK SANGKA!! Pesara Tentera MENGAMUK Selepas TERKENANG Janji-Janji PALSU Kerajaan

Posted: 08 Sep 2016 08:21 AM PDT

SIAP SEDIALAH UMNO!! Pesara Tentera Akan TENTANG HABIS-HABISAN Umno BN

Posted: 08 Sep 2016 08:19 AM PDT

BONGKAR!! Giliran TENTERA Jadi Mangsa, 1MDB Hutang 400Juta Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Posted: 08 Sep 2016 08:17 AM PDT

AYUH PAS!! Kembali Kepada PKR Untuk Tumbangkan Najib dan Umno

Posted: 08 Sep 2016 08:15 AM PDT

Kleptokrasi: Najib Perlu Beri Jawapan Kukuh

Posted: 08 Sep 2016 08:13 AM PDT

Adnan kepit pen guna jari kaki kejutkan DUN Pahang

Posted: 08 Sep 2016 08:08 AM PDT

Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini dikejutkan apabila menteri besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob menanggalkan kasut dan mengangkat kaki ke mukanya.
Adnan kemudian meletakkan pen di celah jari kaki ketika kakinya diangkat dan bertanya sama ada anggota di dalam dewan boleh melakukan perkara yang sama, lapor Sin Chew Daily.
Menteri besar Pahang itu membuat aksi pelik itu bagi menunjukkan dia berada dalam kesihatan yang baik.
"Saya berpendapat, walaupun kesihatan saya masih hebat, namun tidak ramai dapat melakukan begini," katanya dipetik dari rakaman audio yang diperoleh Malaysiakini.
Terdapat kalangan ADUN wanita dalam dewan beristighfar apabila Adnan bertindak sedemikian.
Beliau dilapor berkata, sepanjang 18 tahun menjadi menteri besar dan 30 tahun menjadi ADUN, kesihatannya sangat baik namun terdapat dakwaan beliau tidak sihat baru-baru ini.
Adnan berkata beliau hairan dengan khabar angin itu dan memberi jaminan berada dalam keadaan sihat.
Merujuk kepada aksi mengepit pen menggunakan jari kaki itu, Adnan berkata ia membuktikan kesihatannya baik.
ADUN Bilut, Chow Yu Hui, ketika dihubungi berkata beliau hairan dengan tingkah laku menteri besar berkenaan.
"Saya tidak pernah menyangka dia akan melakukan sesuatu seperti itu. Ia adalah mengejutkan dan tidak dijangka," katanya.
Sebelum itu, Adnan mensasarkan PKR kerana menuduhnya rasuah atas penjualan kompleks beli-belah Kuantan Parade, yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Beliau memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk memulakan saman fitnah terhadap mereka yang membuat tuduhan sedemikian.
Adnan juga menafikan salah laku berkenaan dan mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara itu.

Biar Gambar Berbicara..

Posted: 08 Sep 2016 06:50 AM PDT


JADI KE AMERIKA NAK BUNUH MELAYU?

Posted: 08 Sep 2016 05:27 AM PDT


Semalam, semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN di Laos, Najib Razak bersama isterinya, Rosmah Mansor turut berkesempatan berbual mesra dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika majlis makan malam diadakan.

Najib sendiri memuat naik gambar pertemuan itu di laman sosial miliknya.

Agaknya, jadi atau tidak Amerika nak bunuh Melayu seperti yang digembar-gemburkan oleh Ketua Menteri Melaka, Idris Haron selepas pertemuan Najib - Obama itu?

Siasatan institut akauntan ke atas juruaudit 1MDB masih berjalan

Posted: 08 Sep 2016 05:22 AM PDT

CEO Institut Akauntan Malaysia tidak mahu beri garis masa bila siasatan akan selesai.
Dr-Nurmazilah-MahzanPETALING JAYA: Institut Akauntan Malaysia (IAM) masih menyiasat aduan terhadap juruadit luar yang dilantik 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ketua Pegawai Eksekutif Dr Nurmazilah Mahzan mengesahkan perkara itu kepada The Edge Financial Daily hari ini.
Beliau tidak mahu beri garis masa bila siasatan akan selesai.
Wakil rakyat pembangkang Tony Pua membuat aduan kepada IAM terhadap KPMG dan Deloitte Malaysia pada Mac dan Jun tahun lepas, mendakwa firma terbabit gagal mengambil usaha wajar secara sengaja atau cuai dalam audit 1MDB.
Beliau mendakwa ia menyebabkan pemfailan penyata kewangan tahunan 1MDB yang meragukan.
Susulan tuntutan sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk mendapatkan semula harta bernilai AS$1 bilion yang didakwa digelapkan daripada 1MDB, Deloitte berkata laporan audit olehnya yang berkaitan dengan penyata kewangan 1MDB tahun 2013 dan 2014 tidak dijadikan sandaran.

Comments (0)