Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:22 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Akta MKN: Peguam Anwar sedia bekerjasama dengan peguam Dr M

Posted: 07 Sep 2016 10:15 PM PDT

Tindakan Dr Mahathir mengarah peguamnya Haniff Khatri Abdulla untuk bekerjasama dengan peguan Anwar dilihat sebagai satu perkembangan positif untuk politik tanah air dan rakyat.
Haniff-Khatri-Abdulla_Surendran_600
PETALING JAYA: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad mengarah anak guamnya membantu mereka mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Peguam N. Surendran menyifatkan tindakan Dr Mahathir melalui peguamnya, Haniff Khatri Abdulla untuk menyokong dan bekerjasama dalam hal berkenaan sebagai satu perkembangan positif arena politik negara.
"Saya rasa ia satu perkembangan yang amat positif untuk politik negara khususnya dalam keadaan politik semasa negara.
"Ia juga perkembangan yang amat baik bagi rakyat. Kita mengalukan kerjasama ini dan yakin bantuan yang dihulurkan oleh Dr Mahathir dalam mencabar Akta MKN adalah telus," katanya kepada FMT.
Sebaik pertemuan antara Dr Mahathir dan Anwar di mahkamah kelmarin, Haniff menerima arahan untuk mengusahakan satu pertemuan dengan peguam Anwar.
Haniff pula akui sedang merancang pertemuan yang dijangka dibuat sebelum minggu depan.
Ahli Parlimen Padang Serai menambah, beliau dan barisan peguam Anwar yang lain iaitu Eric Paulsen dan Latheefa Koya akan duduk semeja bersama peguam Dr Mahathir untuk berbincang.
Malah, N Surendran juga tidak menafikan bantuan daripada Dr Mahathir akan memudahkan lagi urusan ketua pembangkang itu mencabar Akta MKN.
Pada 2 Ogos lalu Anwar memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan MKN melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Soho, Sovo: MB Selangor jangan tipu rakyat kata Noh

Posted: 07 Sep 2016 09:39 PM PDT

Mufti Besar Arab Saudi Gelar Pemimpin Iran Kafir

Posted: 07 Sep 2016 09:29 PM PDT

Pendaftaran BERSATU diluluskan, dikenali sebagai PPBM

Posted: 07 Sep 2016 09:28 PM PDT

"Tugas ahli politik lebih besar dari ulas pertemuan Tun M dan Anwar" - kata Rafizi

Posted: 07 Sep 2016 09:28 PM PDT

Abai kebajikan pesara tentera, Rafizi cabar Hishammuddin berdebat

Posted: 07 Sep 2016 09:27 PM PDT

"Ini lakonan Hindustan," kata Noh ulas 'salam' Tun M-Anwar

Posted: 07 Sep 2016 09:26 PM PDT

Pindaan Akta 355: Apa nak risau?

Posted: 07 Sep 2016 09:24 PM PDT

Pindaan Akta 355: Apa nak risau?
Dari kanan: Ping Sieu, Seng Giaw, Jamil Khir dan Takiyuddin ditemani moderator, Dr Yusry (kiri) selepas wacana selesai.
WACANA Sinar Harian ke-41 yang berlangsung petang Isnin lalu, bertajuk 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi', sesungguhnya antara siri wacana yang berjaya - merungkai persoalan dan mendamaikan persengketaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, dua panel jemputan ternyata tidak menghampakan memberi penerangan dengan bahasa yang cukup mudah dan jelas untuk difahami.
Manakala dua panel lagi iaitu Gan Ping Sieu (Ketua Pasukan Perlaksanaan Dasar dan Undang-undang Syariah, MCA Pusat) dan Dr Tan Seng Giaw (Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat) turut menggunakan platform yang diberikan untuk meluahkan perasaan terpendam oleh masyarakat bukan Islam mengenai isu yang dibincangkan.
Tatkala parti-parti politik tanah air sedang bergolak dalam keadaan bercelaru dan tidak tenteram, kehadiran keempat-empat panel yang berlainan parti untuk sedia duduk berwacana secara ilmiah seharusnya dipuji.
Topik ini pada peringkat awal dipercayai sensitif dan didakwa boleh mencetuskan keadaan tegang dan 'panas' dalam dewan, semua panel ini bagaimana pun ketika sama ada menyediakan jawapan mahupun melontarkan persoalan, menunjukkan mereka adalah pemimpin politik yang berfikiran matang dan tidak beremosi.
Terbukti Wacana Sinar kali ini, dengan dikendalikan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Yusri Mohamad sebagai moderator mencipta kejayaan tersendiri yang tidak harus dinafikan oleh mana-mana pihak.
Isu pindaan Akta 355 ini mula menjadi perhatian apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan usul atau notis bagi membawa RUU Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang mampu memperluas bidang kuasa mahkamah syariah terhadap pesalah jenayah di Dewan Rakyat, 26 Mei lalu.
Namun Abdul Hadi sendiri memohon untuk menangguhkan perbahasan usul tersebut ke sidang Dewan Rakyat bersidang 17 Oktober depan.
Apa yang menjadi kontroversi dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan parti-parti bukan Islam ialah cadangan menangguhkan usul Hadi itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong pula oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
RUU yang dibawa Abdul Hadi itu didakwa parti-parti bukan Islam sebagai 'jalan' untuk membenarkan pelaksanaan hukum hudud di negara kita. Semua pemimpin parti komponen bukan Islam dalam BN memberikan kenyataan secara terbuka bahawa mereka akan melepaskan jawatan dalam kerajaan sekiranya RUU yang dibawa Presiden Pas itu diluluskan oleh Parlimen.
Begitu juga dengan DAP yang mendakwa BN dan Pas bekerjasama untuk membentangkan usul tersebut bagi tujuan politik malahan mencabar MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak - untuk menyatakan pendirian dan mencabar mereka meninggalkan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Pertemuan Dr M-Anwar ‘lakonan Hindustan’ lucu - Noh Omar

Posted: 07 Sep 2016 09:21 PM PDT

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar melahirkan rasa lucu dengan 'lakonan Hindustan' oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertemu dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, Noh turut mempersoalkan kewajaran Mahathir berbuat demikian memandangkan negarawan itu sebelum ini pernah mengeluarkan pelbagai kenyataan mencerca Anwar dan memecatnya daripada jawatan timbalan perdana menteri serta timbalan presiden Umno.
"Saya ketawa tengok lakonan. Kita nak tanya Tun (Dr) Mahathir, yang mana betul kenyataan dia pasal Anwar? Adakah waktu dia jadi perdana menteri dulu sehingga Anwar dipecat atau sekarang?
"Mana satu yang betul? Dulu dia (Mahathir) kata Anwar tak betul sampai dia dipecat. Ini dia nak jadi partner pula.
"Saya ketawa tengok lakonan ni. Ini lakonan Hindustan," kata Noh sambil ketawa.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan forum perumahan dan hartanah di Petaling Jaya hari ini.

SPRM dedah ada butiran individu baharu terlibat seleweng dana buku

Posted: 07 Sep 2016 09:18 PM PDT

Azam berkata individu yang akan dikenakan tuduhan itu bergantung kepada pertimbangan timbalan pendakwa raya.
azam bakiKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan ada lagi individu yang didakwa berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai hampir RM15 juta.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata kesemua butiran pihak yang terlibat diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
"Saya tidak menolak kemungkinan ada lagi pihak yang akan dituduh dalam tempoh terdekat tetapi saya tidak boleh mendedahkan butiran mengenai bila dan siapa individu terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Azam berkata individu yang akan dikenakan tuduhan itu bergantung kepada pertimbangan timbalan pendakwa raya.
Beliau berkata pihaknya telah mengumpulkan bukti-bukti sedia ada dan hanya menunggu keputusan dibuat oleh timbalan pendakwa raya.
Pada 25 Ogos lepas, SPRM menahan 8 orang termasuk Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Abd Razak bagi membantu siasatan kes itu, manakala Pengerusi bank itu, Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan pada 29 Ogos, ketika tampil memberi keterangan di pejabat SPRM.
Mustafha dan Abdul Aziz yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat membabitkan peruntukan kumpulan perbelanjaan pemasaran berjumlah RM14,991,283.20 juta, Mac lepas, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

RUU 355: Mujahid dan Amanah ke pejabat Mufti Wilayah Persekutan hari ini

Posted: 07 Sep 2016 09:15 PM PDT


Dr Mujahid Yusof
Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pagi ini untuk berdialog dan merapatkan hubungan antara mereka.
Delegasi Amanah akan diketuai naib presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa bersama naib ketua Pemuda, Shazni Munir Mohd Ithnin serta pimpinan Amanah yang lain.
Sesetengah pihak akhir-akhir ini mengecam Dr Mujahid yang menegur tulisan Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung Rang Undang-undang (RUU) 355.
Ini berikutan saranan Dr Zulkifli agar semua Ahli Parlimen khususnya yang beragama Islam menyokong RUU 355 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, Oktober ini.
Seruan itu dipetik dari tulisan terbaharu beliau dalam Bayan Linnas bertajuk 'Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat' di portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Dr Zulkifli berpendapat, RUU 355 itu mesti disokong kerana dibentang oleh wakil rakyat yang membawa aspirasi para pengundi Islam yang mahukan pemerkasaan Mahkamah Syariah di Malaysia dan menunjukkan tanggung jawab seorang ahli Parlimen yang juga mewakili keperluan dan kebajikan rakyat beragama Islam.
Ekoran itu Dr Mujahid mengingatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri agar tidak menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak berkaitan urusan undang-undang.
Sebelum ini, dalam kenyataannya, Pemuda Amanah berpendirian bahawa jalan dialog adalah langkah terbaik untuk memahami konteks sebenar pandangan yang telah dikemukakan pihak mufti.
Ketua Pemuda Nasional, Sany Hamzan berkata, bagi tujuan itu satu pertemuan akan diaturkan melibatkan Pemuda Amanah dan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan pandangan Mufti tentang pembentangan RUU 355.
Read More / Baca Lagi >>

DIA BUNYI LAGI...

Posted: 07 Sep 2016 09:14 PM PDT

Dah terang2 dlm Islam, apa sahaja benda hidup, kecuali pokok, tidak boleh dibina (dilarang sama sekali) sebagai replika atau tugu jika ia dibuat dalam keadaan yang lengkap semua anggota.

SEMEMANGNYA WAJIB KESEMUA TUGU-TUGU/ REPLIKA YANG MENYERUPAI BENDA HIDUP (lengkap sifat anggotanya) DI SELURUH MALAYSIA DIROBOHKAN !!!

Kenapa ia tidak terjadi (dirobohkan) wpon dah berlalu berpuluh2 tahun lamanya?? MUFTI-MUFTI YANG DIBAYAR GAJI OLEH 'TAXPAYER' RAKYAT KAMU BUAT APA !!! TIDOR MAKAN GAJI BUTA KA !!

BERSATU: NAMA TAK PENTING, YANG PENTING PPBM BAKAL JADI KERAJAAN MENGGANTIKAN UMNO

Posted: 07 Sep 2016 09:08 PM PDT

Pendaftar Pertubuhan, sebagaimana yang dijanjikan oleh Zahid Hamidi,  meluluskan parti baru yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir Mohamad dan diketuai oleh Muhyiddin Yassin hari ini iaitu genap sebulan selepas pendaftarannya dikemukakan pada 9 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak dibenar menggunakan singkatan nama BERSATU, sebaliknya akan dikenali sebagai PPBM.

Tambah Zahid, nama BERSATU tidak dibenar untuk digunakan kerana sudah terdapat enam parti dan organisasi lain yang menggunakan nama "Bersatu" pada nama pertubuhan mereka.
Walaupun mungkin ada yang kecewa dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan tidak membenarkan penggunaan nama BERSATU itu, sekurang-kurangnya kini sudah ada wadah yang sah yang untuk menyertai pilihanraya dan menggiatkan lagi usaha menyingkirkan Najib Razak.

Apa pun nama tidaklah sepenting PPBM itu sendiri yang sudah diluluskan. Apa juga nama boleh disebut dan dikenali, tetapi yang penting ialah perjuangan yang dibawanya.

Tidak guna mempunyai nama yang indah dan baik-baik jika akhirnya menjadi penyangak atau penjenayah. Kadang-kadang nama yang terlalu  indah juga boleh menjadi  suatu tekanan. Baik kepada parti atau manusia, nama yang biasa-biasa sudah memadai sebenarnya.

Asalkan nama yang diberi atau diluluskan itu tidak terlalu buruk dan maksudnya pula tidak mengelirukan, PPBM harus diterima seadanya.

UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC, PBS dan lain-lain parti juga menggunakan singkatan berdasarkan nama penuhnya. Maka, tidak ada yang peliknya dengan nama PPBM yang diluluskan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2017: Bukan sekadar gimik dapatkan pungutan suara atas talian

Posted: 07 Sep 2016 09:06 PM PDT


Steven SimSteven SimPelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk masyarakat menyumbang saran dalam merangka Bajet 2017 yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober nanti dibimbangi menjurus kepada tindakan gimik semata-mata.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mengakui bahawa idea bajet penyertaan (participatory budget) seumpama itu adalah baik dalam mewujudkan kesedaran masyarakat, namun ia tidak seharusnya dihadkan kepada pungutan suara secara atas talian.
Beliau yang berpengalaman dalam memperkenal, mempromosi dan menggerakkan Bajet Gender Responsif dan Penyertaan (GRPB) di Pulau Pinang, justeru mencadangkan supaya Najib yang juga Menteri Kewangan mengambil iktibar daripada beberapa rangka kerja projek itu.
Jelas Steven Sim, kerajaan Persekutuan perlu menyediakan akses kepada maklumat berkaitan bajet negara bagi membolehkan rakyat membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut.
"Mesti ada peluang untuk penilaian dasar, iaitu bagaimana sesuatu keputusan belanjawan akan memberi kesan kepada matlamat tertentu, contohnya kesaksamaan gender dan pengedaran mengikut kelas sosial," katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik dari Roketkini.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M bantu Anwar cabar Akta MKN

Posted: 07 Sep 2016 09:05 PM PDT

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan peguamnya untuk berurusan dengan pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cara terbaik untuk menyokong permohonan bekas ketua pembangkang itu bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Tun M bantu Anwar cabar Akta MKN Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata,  beliau diberikan arahan itu kelmarin, sehari selepas bekas Perdana Menteri itu hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan cubaan Anwar mendapatkan injunksi menghalang pelaksanaan akta itu.
"Saya diarahkan untuk berhubung dengan peguam Anwar dan mempertimbangkan bagaimana Tun (Dr Mahathir) boleh menyokong permohonan afidavit  untuk mencabar Akta MKN ini.
"Saya akan berhubung dengan mereka (peguam Anwar) selewat-lewatnya  minggu depan, dan apa-apa perkembangan mengenainya  saya akan maklumkan dari masa ke semasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Haniff berkata , pihaknya sedang berusaha ke arah itu dan pihaknya  berlapang dada sedia membantu barisan peguam Anwar.
"Kita bincang,,,lihat pada keperluan, selepas itu baru boleh susun gerak kerja berikutnya," katanya merujuk kepada peguam Latheefa Koya,N. Surendran dan Eric Paulsen yang bertindak bagi pihak Anwar dalam kes itu.
Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini  pernah memohon maaf atas pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.
Tegas  Mahathir, Akta MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat itu telah menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
"Jelas sekali Akta MKN ini menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan untuk meluluskan akta ini sebagai undang-undang,
Read More / Baca Lagi >>

Ideas: Puak anti-Mahathir dalam PKR sukar terima jabat tangan

Posted: 07 Sep 2016 08:56 PM PDT

Susulan pertemuan Dr Mahathir dan Anwar itu, akan wujud pihak yang menuduh Azmin cuba menunjukkan pengaruh dan kuasanya dalam PKR, kata Wan Saiful.
IDEASPETALING JAYA: Pihak dalam PKR yang bermusuhan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan sukar menerima tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjabat tangan di mahkamah kelmarin.
Badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata perkara itu akan mendatangkan kesan terhadap PKR.
"Dalam PKR ini ada yang betul-betul bermusuhan (dengan) individu macam Dr Mahathir dan dia mungkin ambil masa untuk boleh bersalam seperti mana Anwar buat," kata Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan, kepada FMT.
Isnin lepas, Dr Mahathir tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada bekas timbalannya yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Kedua-dua pemimpin yang pernah bersama memimpin negara pada 1990-an itu dilihat bertegur sapa dan bersalaman, dalam pertemuan pertama selepas genap 18 tahun dan tiga hari Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah beberapa pemimpin tertinggi PKR, termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, yang sebelum ini mengakui mengekalkan persahabatannya dengan Dr Mahathir walaupun membela Anwar.
Wan Saiful tidak menolak susulan pertemuan Dr Mahathir dan Anwar itu, akan wujud pihak yang menuduh Azmin cuba menunjukkan pengaruh dan kuasanya dalam PKR.
"Saya tak terkejut sekiranya ada tuduhan seperti ini," tambahnya.
Bagaimanapun, Wan Saiful berkata Dr Mahathir dan Anwar tidak akan bergabung dalam satu platform yang sama.
"Apa yang mungkin akan berlaku dia mungkin akan bergabung pakatan politik," katanya.
Bersatu semacam malas
Wan Saiful berkata Barisan Nasional (BN) masih ternanti-nanti apa yang bakal dilakukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) naungan Dr Mahathir, yang menunggu kelulusan permohonannya.
Read More / Baca Lagi >>

Pengundi veteran lebih terkesan isu Mahathir-Anwar

Posted: 07 Sep 2016 08:55 PM PDT

Mahathir Anwar
Pertemuan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memberikan kesan yang cukup mendalam kepada pengundi muda.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani Berkata, ini kerana pengundi muda tidak melihat pergolakan reformasi yang berlaku pada tahun 1990-an terdahulu.
Katanya,pertemuan itu sebaliknya lebih memberi kesan kepada pengundi berumur 40 tahun ke atas yang menyaksikan sendiri drama politik di antara Mahathir dan Anwar.
"Pertemuan tersebut tidak akan beri kesan kepada orang muda. Mereka tidak nampak kepentingan mereka menerusi pertemuan tersebut.
"Sebaliknya orang muda akan lebih berminat dengan apa yang Mahathir dan Anwar akan tawarkan (sekiranya ada) kepada mereka," katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, kehadiran Mahathir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikatakan sebagai tanda sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 menarik perhatian banyak pihak apatah lagi kedua-duanya bersalaman selepas 18 tahun bermusuhan.
Ketika diminta mengulas soal kehadirannya ke persidangan itu, Mahathir menafikan soal berbaik-baik namun mengulang beberapa kali kehadirannya ada kaitan dengan akta tersebut.
Azizuddin ketika mengulas perkara sama berkata, BN sepatutnya risau dengan pertemuan yang diadakan antara Mahathir dan Anwar memandang mereka mempunyai pengaruh mereka tersendiri.
"Saya tak rasa mereka akan tergugat tetapi mereka perlu risau kerana keduanya bawa dasar perjuangan yang mahu jatuhkan BN.
"BN perlu ambil perhatian dan rangka strategi untuk menawan kerajaan menjelang PRU yang akan datang," katanya lagi.

Skandal 1MDB: Putrajaya khianati amanah pesara tentera

Posted: 07 Sep 2016 08:54 PM PDT

WANGSA KERAMAT, 8 SEPT : Amanah wang pesaraan pesara tentera dikhianati pentadbiran Umno Barisan Nasional, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, akta yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan kebajikan pesara dinafikan, ekoran skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Wang pesaraan tentera ini amanah sangat besar dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan pesara tentera.
"Atas kepentingan itulah pada 1973 dibentuk Akta Tabung Angkatan Tentera untuk menjaga ruang ekonomi pesara tenteta dan kebajikan mereka.
"Namun amanah itu dikhianati pemimpin negara kerana kerakusan mereka membabitkan skandal kewangan 1MDB," katanya pada Majlis Dialog Prajurit, Wangsa Keramat di sini, malam tadi.
1MDB-1024x731Sebelum ini, satu dokumen rahsia didedahkan KEADILAN berhubung dana RM288 juta diseleweng bagi tujuan pemindahan wang kepada syarikat 1MDB untuk membayar faedah hutang pinjaman syarikat cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
Bagaimanapun, pemindahan wang tersebut didapati tidak melalui proses tepat atas dasar kegagalan 1MDB mendapat kelulusan Lembaga Pengarah untuk memindahkan wang tersebut.
1MDB juga kononnya telah membuat penafian atas dakwaan tersebut dan meminta senarai nama dikeluarkan terhadap individu yang didakwa menerima kelewatan pembayaran wang pesaraan.
Sehingga kini, seramai 110 penama disenaraikan KEADILAN, susulan kelewatan bayaran kenaikan pencen perkhidmatan yang dilaporkan sejak 2013 lalu.
Dalam perkembangan itu, Perdana Menteri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan kelewatan itu.

Pendidikan, kesihatan mangsa ‘rakus’ skandal 1MDB Najib

Posted: 07 Sep 2016 08:53 PM PDT

WANGSA KERAMAT, 8 SEPT: Kemajuan sistem pendidikan dan kesihatan negara terhalang susulan skandal kewangan dan tanggungan liabiliti membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata peruntukan pembangunan pendidikan dan kesihatan dipotong, hanya untuk membayar hutang 1MDB.

NAJIB-1MDB"Dalam keadaan ekonomi menyedihkan hari ini, bagaimana peruntukan bidang pendidikan dan kesihatan yang cukup penting untuk rakyat dimangsakan.
"Ini membuktikan skandal 1MDB memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa kecuali tetapi yang 'enjoy' berbilion cuma Najib dan Rosmah.
"Sementara rakyat Malaysia pula yang terpaksa menanggung dan membayar hutang-hutang itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Prajurit, Wangsa Keramat di sini, malam tadi yang turut dihadiri Laksamana (B) Imran Abd Hamid, dan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Sebelum ini, wujudnya pendedahan berkaitan tanggungan hutang 1MDB mencecah RM50 bilion hasil daripada pelaburan meragukan, syarikat cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Terdesak untuk membayar faedah hutang 1MDB, pentadbiran Putrajaya dikatakan memotong pelbagai peruntukan dan pengambilalihan kewangan agensi kerajaan seluruh negara.
Antara terkesan, Lembaga Tabung Haji (LTH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM).
Bercakap lanjut, Nik Nazmi yang juga Exco Pendidikan Selangor berkata, Putrajaya disifatkan gagal memacu pertumbuhan ekonomi negara susulan pelbagai dakwaan integriti Perdana Menteri.
"Kepimpinan Najib gagal apabila kepentingan pendidikan dan kesihatan rakyat digadai pentadbiran Umno-Barisan Nasional," katanya.

Elaun RM16 sehari kakitangan tentera, pesara tuntut penyelarasan pencen

Posted: 07 Sep 2016 08:53 PM PDT

WANGSA KERAMAT, 8 SEPT : Penyelarasan pencen dan elaun pesara tentera veteran perlu dilaksanakan demi kepentingan dan kebajikan golongan ini.
Bekas Pegawai Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamil, berkata wujudnya ketidakadilan pembayaran skim pencen dan elaun tentera membabitkan golongan itu.

Lebih mengecewakan katanya, ada kalangan tentera menerima pembayaran rendah pada kadar RM16 sehari, walaupun bertugas di luar kawasan.
"Menteri bertanggungjawab didesak mengambil inisiatif untuk mewujudkan penyelarasan seimbang supaya elaun lebih tinggi sekurang-kurangnya RM100 sehari diberikan kepada mereka.
"Adakah berbaloi bagi tentera bertugas mempertaruhkan nyawa mereka mendapat imbuhan RM16 sehari walaupun bertugas di kawasan berbahaya yang jauhnya 100 hingga 200 batu jauh dari tanah besar?" soalnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Prajurit, Wangsa Keramat di sini, malam tadi yang turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Terdahulu, wujudnya rungutan daripada pesara dan kakitangan tentera yang terpaksa menerima pembayaran elaun rendah, disamping masalah kelewatan pembayaran wang pesaraan.
Masalah tersebut dipercayai berpunca daripada penyelewengan dana RM288 juta bagi tujuan pemindahan wang kepada 1MDB untuk membayar faedah hutang pinjaman syarikat cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
Mengulas perkara tersebut, Imran yang juga Ahli Parlimen Lumut, berkata perkara tersebut membuktikan ketidaksungguhan Kerajaan Persekutuan terhadap isu kebajikan tentera.
"Kementerian Pertahanan perlu mengambil langkah berkesan supaya penyelarasan boleh dilakukan demi manfaat dan kebajikan kakitangan tentera dan pesara," katanya.

‘Roboh tugu, jangan ikut Taliban dan IS’ - Wan Ji

Posted: 07 Sep 2016 08:51 PM PDT

Taliban dan IS terkenal dengan tindakan mereka memusnahkan peninggalan sejarah seperti tugu dan makam atas alasan agama.
Wan Ji Wan HussinPETALING JAYA: Malaysia tidak boleh mengikut jejak langkah kerajaan Taliban dan militan IS yang memusnahkan monumen dan peninggalan sejarah, kata pendakwah Wan Ji Wan Hussin.
"Hanya ada dua kerajaan yang berusaha meruntuhkan patung, iaitu Taliban dan IS. Malaysia tidak perlukan fikrah mereka," kata bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor itu kepada FMT.
Pada 2001, kumpulan Taliban yang pernah memerintah Afghanistan menerima kecaman antarabangsa selepas meletupkan beberapa tugu Buddha yang dibina sejak 1,500 tahun dulu di Bamyan di utara Kabul.
Kumpulan militan IS juga terkenal dengan tindakannya memusnahkan peninggalan sejarah seperti tugu dan makam, contohnya di Hatra, Iraq pada April tahun lalu.
Wan Ji berkata ketika insiden Bamyan, Taliban dikecam ulama Islam terkemuka termasuk Yusuf al-Qaradawi, yang menyertai delegasi rundingan dengan kumpulan itu agar membatalkan hasrat mereka.
Alasan yang diberikan golongan yang menyokong pemusnahan binaan berupa makhluk adalah ia boleh membawa kepada syirik, iaitu menyekutukan Allah dengan berhala.
Wan Ji bagaimanapun berkata ia tertakluk kepada interpretasi.
"Memang ada hadis tentang larangan melukis atau membuat sesuatu menyerupai makhluk, tetapi ia dibahas panjang lebar ulama Islam. Ada yang melarangnya secara mutlak, ada yang tidak.
"Al-Quran juga menyebut tentang patung dalam istana Nabi Sulaiman. Maka ada ulama berpandangan hadis itu hanya melarang jika ia membawa kepada syirik, dan tidak terpakai jika sekadar perhiasan dan dijamin tidak akan menjadi sembahan," kata Wan Ji yang menyertai PKR tahun lalu.
Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim baru-baru ini berkata tugu helang di Datarang Lang, Langkawi, adalah haram di sisi Islam. Ia disusuli gesaan beberapa agamawan yang mahu binaan yang sekian lama menjadi mercu tanda pulau lagenda itu dimusnahkan.
Pandangan Zamri dipersetujui Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang berkata prinsip sama juga terpakai terhadap Tugu Negara di Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

'Grand Coalition' perlu disusun jitu jika mahu berjaya, kata penal Majlis Dakwah Negara

Posted: 07 Sep 2016 08:49 PM PDT

'Grand Coalition' pakatan pembangkang itu akan disertai Pakatan Harapan, Pas dan Bersatu dalam usaha untuk meraihkan sokongan rakyat dalam menghadapi pilihan raya  akan datang.'Grand Coalition' pakatan pembangkang itu akan disertai Pakatan Harapan, Pas dan Bersatu dalam usaha untuk meraihkan sokongan rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
'Grand Coalition' dalam pakatan pembangkang dilihat akan menuju matlamatnya jika penggerak dan penyokong terhadap parti-parti politik dalam gabungan itu mempunyai sasaran yang sama dalam memenuhi cita-cita politik.
Tanpa mengambil kira pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU), Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, 'grand coalition'  akan berhadapan pertentangan ideologi sekiranya tidak digerakkan secara jangka panjang dan jitu.
Grand Coalition adalah idea yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggabungkan semua parti pembangkang termasuk Pakatan Harapan dan Pas serta parti Bersatu (yang akan ditubuhkan kelak).
Ia dicadangkan oleh Dr Mahathir sebelum pertemuan bersejarah antara beliau dengan Anwar pada 5 September lalu  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Bagi Prof  Mohamad,  cabaran besar kepada grand coalition adalah ideologi parti-parti yang mahu bergabung itu.
"Semua tokoh dan parti politik akan berhadapan kesukaran kerana ideologi tidak lagi berfungsi selari sekiranya 'grand coalition' yang mereka ciptakan itu tidak jitu.
"Ini boleh terjadi jika masing-masing mewujudkan suasana untuk menang dipihak sendiri sama ada secara berkelompok (pakatan) atau persendirian," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau mengulas usaha pakatan pembangkang untuk mewujudkan satu gabungan parti-parti politik di bawah gabungan besar 'Grand Coalition' bagi menentang parti kerajaan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Prof Datuk Mohamad Abu BakarProf Datuk Mohamad Abu BakarBeliau sebelum itu pada Selasa, membincangkan kertas kerjanya bertajuk 'Grand Stategy'- Gubahan Ummah dan Gagasan Perpaduan pada Persidangan Pendakwah Kebangsaan yang bertemakan:'Peranan Pendakwah dalam Perpaduan Ummah dan Pembangunan Negara di Bangi.
Mengenai gabungan yang digembling oleh pakatan pembangkang yang disertai lima buah parti utama di bawah Pakatan Harapan, Pas dan Bersatu itu, beliau berkata, masalah yang dihadapi oleh 'Grand Coalition' yang mahu diwujudkan itu adalah sukar untuk menentukan siapa lawan dan kawan.
"Ibarat kata, musuh kepada musuh ku adalah sahabatku, sahabat kepada musuhku adalah musuhku.
"Keadaan parti-parti yang berlainan ideologi dan tokoh politik yang menunjanginya bergerak sebegitu rupa, sukar untuk menentukan siapa lawan siapa dan mereka tidak memberitahu niat sebenar walaupun terbentuknya gabungan bersama itu.
"Kalau pada masa dulu kita tahu, ideologi akan lawan ideologi, parti akan lawan parti, tapi hari ini ia tidak lagi sebegitu caranya," ujarnya.
Beliau berkata 'Grand Strategy' yang disebutkan beliau hanya akan berlaku sekiranya ada gabungan jitu dan terarah kepada satu tujuan dan berjangka panjang.
Dalam hal ini beliau lebih melihat 'grand coalition' yang dibawa oleh pakatan pembangkang masih lagi ditahap jangka pendek.
Sebagaimana mengulangi kata-kata beliau, apabila realiti umat Islam khasnya di Malaysia ini perpaduan lebih bersifat 'fire fighting', 'one off', sementara, mee segera dan hangat-hangat tahi ayam.
"Jika mahu dibandingkan konsep 'Grand strategy' yang saya maksudkan itu, dengan 'Grand Coalition' hanya pada 'coalition'nya sahaja.

"Ternyata 'coalition' pakatan pembangkang itu hanya ditentukan oleh dua faktor besar antara parti-parti itu untuk membentuk `grand coalition' mereka.
"Pertamanya untuk mengubah kerajaan dan keduanya mengantikan perdana menteri dengan calon mereka.
"Sama ada tersemat dalam hati setiap pemimpinnya untuk membina negara bangsa dalam jangka panjang, ia masih lagi tidak dijana lebih jelas pada masa ini, apatah lagi tokoh-tokoh pemimpin didalam gabungan ini dilihat tidak duduk bersama di dalam satu gabungan walaupun mereka di lihat seakan mahu bersama membentuk `grand coalition' mereka itu,
'Masih terlalu awal kita melihat hala tuju mereka untuk dijelmakan dalam satu sistem politik negara keseluruhannya," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Bangsa Kelantan tak suka dibuli dan akan ajar PAS

Posted: 07 Sep 2016 08:48 PM PDT

Rakyat Kelantan tidak disuka dibuli, dan pilihan raya akan datang, mereka akan bersatu bersama kepimpinan Amanah di bawah Datuk Husam Musa.
zaid-ibrahim
Oleh Zaid Ibrahim
Orang Melayu sebenarnya lebih bangga apabila mereka dikenali sebagai orang negeri dari mana mereka berasal. Mereka tidak begitu bangga dipanggil orang Malaysia, tapi suka disebut orang Johor, Perak dan sebagainya.
Orang Johor bangga dengan ciri keunikan Bangsa Johor; Pulau Pinang dengan keunikan budaya campuran, makanan mamak , "hawker food" dan sebagainya.
Orang Kelantan pun ada keunikannya, yang bangga dengan loghat dan kebudayaannya. Ciri yang paling terserlah ialah kesanggupan mereka melawan arus politik demi mempertahankan pendirian dan pandangan mereka. Mereka "gedeber", kata orang.
Selama 25 tahun mereka mengundi PAS kerana mereka tidak rela Umno, pembuli besar, menjadi parti yang terus-menerus membuli mereka.
Walaupun PAS tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi rakyat, mereka bertahan dengan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, demi maruah politik Kelantan yang tidak boleh dibeli dengan "dedak" dan tidak serik atau takut kepada penindasan.
Hari ini mereka sudah tidak ada lagi Tok Guru Nik Aziz untuk memberi rangsangan dan semangat kapada mereka. Perjuangan "spiritual" dan etika sudah lesap.
Hari ini PAS adalah parti politik Melayu yang tidak berguna lagi kapada orang Kelantan. Mereka tidak ada pemimpin yang memperjuangan sesuatu yang murni; dan yang lebih teruk ialah tidak ada juga pemimpin teknokrat, yang telus, yang boleh menyelesaikan masalah ekonomi dan kesengsaraan rakyat.
Mereka tidak tahu bagaimana nak selesaikan masalah banjir, lalu mereka cuba menyediakan tugu peringatan banjir.
Mereka tidak mampu mengutip sampah, dan tidak mampu menyediakan air bersih yang cukup, lalu mereka jual agama Islam seperti mahukan "hudud" dan tangkap wanita cantik berbaju kemas.
Mereka tidak tahu membangunkan negeri, lalu mereka jual balak kepada tauke-tauke Cina.
Mereka adalah sebenarnya parti yang tak berguna.
Sebab itulah saya meramalkan rakyat Kelantan jati akan bangkit sekali lagi menentang arus. Mereka tidak lagi mahu terus dipermainkan.
Dalam pilihan raya akan datang saya percaya mereka akan bersatu bersama kepimpinan Amanah di bawah Datuk Husam Musa dan kepimpinan parti Bersatu untuk merubah dan menggantikan pemimpin PAS yang ada dengan mereka yang boleh memberi pembelaan kapada rakyat jelata.
Malah saya meramalkan PAS yang dipimpin oleh mereka yang hanya boleh berceramah dan berfatwa, akan menjadi parti yang tewas teruk pada pilihanraya akan datang.
Kelantan memerlukan orang politik yang boleh menyelesaikan soal ekonomi dan sosial rakyat. Mereka sudah tentunya perlu memahami keperluan agama, tetapi tidak cukup jika kita mahu memerintah negara dengan menjual hadis dan ayat Al-Quran.
Read More / Baca Lagi >>

Kesan pertemuan Anwar, Dr M masih samar - Rafizi

Posted: 07 Sep 2016 08:44 PM PDT

Tidak dapat dipastikan sama ada pertemuan dua seteru politik di mahkamah baru-baru ini akan membawa kesan yang ketara, kata Rafizi Ramli.
Menurut setiausaha agung PKR itu sebelum ini pun ada beberapa siri peristiwa mengejut berlaku namun bagaimana ia memberi kesan kepada masyarakat dan perkembangan politik agak rencam.
"Saya pernah melalui pengalaman itu di (pilihan raya kecil) Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya kepada media selepas menghadiri majlis dialog bersama veteran tentera di Kuala Lumpur malam tadi.
Sebelum itu Rafizi diminta pandangannya mengenai pertemuan 'mengejut' antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah tinggi pada Selasa lalu.
Anwar pernah dilihat begitu akrab dengan Dr Mahathir dalam kerajaan dan parti dan dilihat bakal dilantik menjadi perdana menteri selepas ahli politik dari Kedah itu meletak jawatan.
Bagaimanapun pada 1998 Anwar disingkirkan daripada Umno dan kerajaan atas dakwaan salah laku seks dan rasuah.
Perkembangan itu mencetuskan gerakan reformasi dan kedua-dua mereka menjadi seteru yang seolah-olah tidak dapat didamaikan.
Enggan buat spekulasi
Bagaimanapun selepas 18 tahun Anwar dan Dr Mahathir bersemuka serta bersalaman di mahkamah pada 5 September dan mencetuskan pelbagai spekulasi.
Dr Mahathir kini menjadi antara tokoh penting di belakang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang ditubuhkan oleh bekas ahli serta pemimpin Umno yang tidak berpuas hati dengan Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum ini Dr Mahathir turut berkempen untuk calon Pakatan Harapan di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar namun ia gagal mengalahkan calon BN di kedua-dua kerusi berkenaan atau menambah jumlah sokongan ketara untuk pembangkang
Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata beliau adalah orang yang suka melihat sesuatu berdasarkan kepada bukti kukuh.
Read More / Baca Lagi >>

Akta MKN: Peguam Dr M diarah bantu Anwar

Posted: 07 Sep 2016 08:44 PM PDT

Arahan itu dikatakan dibuat oleh Dr Mahathir supaya pihaknya dapat menyokong Anwar dalam kesnya menghalang pelaksanaan akta MKN.
mahathir_anwar_mkn_600
PETALING JAYA: Selepas pertemuan bersejarah antara Tun Dr Mahathir Mohamed dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, kini peguam kedua-dua tokoh itu pula dijangka bekerjasama membantu ketua pembangkang itu mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Arahan itu dikatakan dibuat oleh Dr Mahathir supaya pihaknya dapat menyokong Anwar dalam kesnya menghalang pelaksanaan akta tersebut.
Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata, sebaik menerima arahan beliau mengusahakan pertemuan dengan peguam Anwar selewatnya pada minggu depan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan.
"Kita bincang, kita lihat keperluan, selepas itu baru boleh susun gerak kerja berikutnya," jelas Haniff seperti yang dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.
Hanif merujuk kenyataan itu kepada peguam Anwar, Latheefa Koya, N.Surendran dan Eric Paulsen.
Terdahulu, Dr Mahathir memohon maaf atas pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.
Beliau juga menafikan tanggapan bahawa MKN sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang pernah digunakannya dulu.
Bukan seperti MKN yang mengenepikan suara Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong, beliau berkata ISA mendapat keizinan Agong.
Menurut Mahathir MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan tiada undang-undnag yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Pada 2 Ogos lalu Anwar memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan MKN melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)