Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:05 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Demi survival politik Umno selesa lihat bangsanya terus 'Me-Layu'

Posted: 05 Sep 2016 09:25 PM PDT

 Beranikan diri kita menjauh dari Melayu (Umno) yang akan terus membiarkan bangsanya 'me-layu' demi survival politik lapuk mereka. Beranikan diri kita menjauh dari Melayu (Umno) yang akan terus membiarkan bangsanya 'me-layu' demi survival politik lapuk mereka.
Ada orang melayu dan Umno marah bila ada yang meletakkan melayu dalam premis yang sering terkait dengan rasuah.
Hingga ada yang mempertikai ada bangsa lain yang terlibat memberi dan menerima dalam urusan rasuah orang melayu.
Pokoknya siapa yang terlibat dalam isu rasuah sama ada pemberi dan penerima tetap bersalah.
Lihat yang terkini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengganas dengan beberapa tangkapan dan majoriti yang ditahan mereka berbangsa melayu.
Maka apakah kita perlu tinggal dalam kepompong sindrom penafian apabila ia melibatkan melayu.
Perlu juga difikrkan mengapa rasuah itu boleh berlaku. Penguatkuasaan undang-undang secara terpilih, tahap ekonomi yang rendah disamping kos kehidupan yang mencanak tinggi.
Sikap ketelusan itu semakin menapis dalam negara kita akibat semua rakyat terhimpit dengan keperluan mendesak.
Maka hari ini apa yang perlu ialah orang melayu itu sendiri membuktikan mereka perlu keluar dari tempurung ketakutan kesan indoktrinasi golongan bangsawan negara bahawa hanya mereka dan parti mereka saja yang boleh memastikan keberlangsungan hayat bangsa melayu itu dijamin.
Sementelah itu merekalah sebenarnya petualang yang menjual serta mengadai nasib anak bangsa melayu.
Melayu perlu segar dan mekar dengan idea dan sikap agresif bersama adunan bangsa lain agar tidak dilihat eksklusif hingga memencilkan kewujudan bangsa lain. Beranikan diri kita menjauh dari Melayu (Umno) yang akan terus membiarkan bangsanya 'me-layu' demi survival politik lapuk mereka.

Malaysia harus malu samseng serang duta Sri Lanka

Posted: 05 Sep 2016 09:19 PM PDT

Adalah sesuatu yang memalukan buat Wisma Putra dan pasukan keselamatan KLIA yang dilihat sambil lewa dalam menangani insiden serangan ke atas seorang diplomat asing.
Ibrahim-Sahib-AnsarOleh Edwin Michael
Klip video serangan sekumpulan individu yang menyerang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah insiden serangan kedua melibatkan pihak yang mempunyai kaitan dengan Sri Lanka, selepas ketua sami kuil Buddha yang turut menjadi sasaran.
Persoalan paling penting sekarang ialah atas justifikasi apa kumpulan samseng ini tidak ditahan pihak keselamatan KLIA sedangkan serangan ini melibatkan seorang diplomat asing?
Adalah sesuatu yang memalukan buat Wisma Putra dan pasukan keselamatan KLIA yang dilihat sambil lewa dalam menangani insiden serangan ke atas seorang diplomat asing.
Andai kata klip video berkenaan tidak didedahkan, kemungkinan untuk mana-mana pihak tampil bertanggungjawab adalah cukup tipis.
Siapakah kumpulan samseng ini?
Polis harus membentangkan laporan siasatan kepada umum mengenai insiden ini. Siapakah kumpulan samseng ini dan apakah motif mereka dalam menyerang seorang diplomat asing secara terbuka tanpa mempedulikan pasukan keselamatan KLIA?
Apakah mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas puak pemisah Sri Lanka Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) yang berkemungkinan sudah pun bertapak di negara ini dalam usaha untuk menguatkan propaganda perjuangan mereka menentang kerajaan Sri Lanka?
Penglibatan seorang pemimpin pembangkang di negara ini dengan kumpulan pengganas LTTE ini tidak boleh dinafikan apabila si politikus berkenaan pernah menjadi ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE pada 2003. Apakah insiden ini mempunyai hubung kait dengan pemimpin pembangkang ini?
Insiden ini bukan sahaja melibatkan isu diplomatik antara 2 buah negara serta kelemahan pasukan keselamatan di KLIA tetapi juga perlukan penjelasan daripada pihak polis dan Wisma Putra, sama ada kita sedang berdepan dengan pengganas LTTE seperti kumpulan IS, ataupun ini satu jenayah kebencian terhadap rakyat Sri Lanka.

NGO Switzerland gesa DiCaprio pulangkan wang 1MDB

Posted: 05 Sep 2016 08:48 PM PDT

BMF berkata, beberapa surat dihantar 10 hari lalu untuk mengingatkan DiCaprio dan yayasan beliau yang mereka menerima dana disalurkan 1MDB.
DiCaprio-under-pressure-on-1MDB-ScandalKUALA LUMPUR: Tabung Bruno Manser (BMF) menggesa Leonardo DiCaprio dan yayasan pelakon terkenal itu memulangkan semua wang yang diterima daripada 1MDB kepada rakyat Malaysia.
Badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Switzerland itu juga mahu DiCaprio dan yayasannya mendedahkan hubungan kewangan mereka dengan 1MDB.
BMF turut menghantar sepucuk surat kepada Julius Baer, bank utama yang dikaitkan dengan Yayasan Leonardo DiCaprio untuk mempersoalkan kewajaran menerima sumbangan daripada Politically Exposed Persons (PEPs) di Malaysia.
BMF turut mendedahkan, beberapa surat dihantar 10 hari lalu untuk mengingatkan DiCaprio dan yayasan beliau yang mereka menerima dana disalurkan 1MDB.
Surat itu menyatakan urusan mereka dengan Low Taek Jho (Jho Low), Tan Kim Loong dan Red Granite Pictures yang dimiliki Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Gesaan kami dilaporkan pelbagai media di seluruh dunia," kata BMF dalam satu kenyataan.
Ia termasuk The Hollywood Reporter, The Guardian, Fox News, CBS News, El Pais, La Repubblica dan Milliyet.
Stesen televisyen Perancis, TF1 menyiarkan satu laporan khas selama 8 minit. Ia boleh diakses melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=xJtA-WfmFu0
BMF berkata, DiCaprio dan yayasan beliau tidak sepatutnya menerima dana yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah di Malaysia.
Menurutnya, pengalaman jangka panjang di Borneo, seperti yang digariskan dalam buku "Wang Pembalakan l ", (www.money-logging.org) menunjukkan rasuah adalah punca utama kemusnahan hutan hujan di Asia Tenggara.
BMF berkata, ia mengiktiraf peranan penting Yayasan Leonardo DiCaprio dalam menyokong perlindungan hutan hujan dan hak Orang Asli.
Pada 20 Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil untuk menyita aset berjumlah AS$1 bilion (RM4 bilion) yang didakwa digelapkan daripada dana 1MDB dan disalurkan ke Amerika Syarikat melalui syarikat kosong.
Aset itu termasuk rumah agam di Beverly Hills, hotel, emper di New York, pesawat jet peribadi dan beberapa karya seni.
DoJ juga mahu merampas perolehan masa depan filem Wolf of Wall Street yang dilaporkan meraih AS$390 juta (RM1.5 bilion) dalam box office dan masih menerima royalti daripada televisyen serta sumber lain.
Media sebelum ini turut melaporkan Jho Low mendermakan jutaan dolar yang dikatakan dicuri daripada 1MDB kepada Yayasan Leonardo DiCaprio.

Teka Teki Baru Politik Bumi Cik Siti Wan Kembang

Posted: 05 Sep 2016 08:40 PM PDT

Oleh Hayar Hassan
Dalam kemeriahan rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan Ke 59 baru-baru ini, termuat juga berita separuh sensasi bagi sesetengah pengamat politik tanahair. Di malam menyambut ambang Hari Kebangsaan itu , ahli-ahli Parti Amanah Negara(PAN) berkumpul  di Cyberjaya untuk meraikan Dato' Husam Musa yang membuat keputusan untuk menjadi ahli PAN.

Keputusan DHM itu sememangnya telah dijangka. Namun yang menariknya,  majlis makan malam tersebut adalah bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke 59 dan ianya di adakan di Cyberjaya, bukan di Kelantan Darul Naim. Sesungguhnya majlis itu penuh erti tersembunyi dan punya strategi yang tersendiri yang hanya dimaklumi oleh penganjurnya.

Nama Dato' Husam Musa kebelakangan ini amat terserlah di seluruh Negara ekoran daripada tindakan berani dan nekadnya bersama-sama dengan Setiausaha Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang untuk memulakan proseding saman terhadap lapan individu yang dinamakan oleh "DOJ" dalam skandal berkaitan 1MDB di Mahkamah Daerah New York, Amerika Syarikat.

Tindakan berani mereka berdua ini membuatkan nama mereka telah dikenali oleh ramai rakyat Malaysia. Umumnya, ramai yang mengkagumi tindakan mereka ini. Jarang sekali rakyat Malaysia yang terfikir dan mampu untuk memulakan sebarang tindakan mahkamah di Negara Uncle Sam itu. Datuk Abdul Kadir Jasin, wartawan berpengalaman  menyifatkannya sebagai suatu tindakan patriotik. Dato' Husam Musa dan Matthias Chang dianggap sebagai wira tulen menyelamatkan wang Negara. Dato' Husam Musa telah meletakkan dirinya sebagai tokoh di peringkat nasional, bukan sekadar ADUN Salor sahaja.

Lebih menarik lagi, dalam kesibukannya sebagai seorang ahli politik dan memberikan perkhidmatan di DUN Salor, Kelantan Darul Naim, Dato' Husam Musa masih sempat menukilkan bait-bait puisi yang penuh puitis tentang apa yang dirasakannya semenjak dipecat oleh partinya.  Puisinya berjodol " SALOR TEGAK BERDIRI " menambahkan lagi minat orang ramai terhadap sosok ini. Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, menyifatkan Dato' Husam Musa sebagai seorang yang cerdik dan kreatif.  Idea-idea Dato' Husam Musa banyak membantu Almarhum Tuan Guru Nik Aziz semasa menerajui pentadbiran Kelantan Darul Naim selama 23 tahun !  

Kalau kita kembali menyorot sejarah politik  Kelantan Darul Naim semenjak Merdeka, terdapat dua (2) insiden pertukaran parti yang menerajui pemerintahan Kelantan Darul Naim. Pada tahun 1973, pemerintahan Kelantan Darul Naim telah jatuh kepada Barisan Nasional. Sebelumnya PAS telah memerintah Kelantan Darul Naim selama 14 tahun ( daripada 1959 – 1973 ). Tokoh yang mengepalai pertukaran tampok pemerintahan ketika itu adalah Allahyarham Dato' Mohamed bin Nasir yang asalnya adalah aktivis PAS juga. Allahyarham Dato' Mohamed Nasir akhirnya menjadi Presiden BERJASA.

Pada tahun 1990 pula, tampok pemerintahan Kelantan Darul Naim sekali lagi telah bertukar semula kepada PAS. Tokoh yang mengepalai kejayaan PAS ketika itu adalah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Persoalannya sekarang, " Bolehkah PAS memenangi pilihanraya DUN Kelantan dalam PRU ke 14 nanti ? " Bolehkah pemimpin-pemimpin PAS Kelantan yang sedia ada sekarang ini melakarkan kemenangan untuk PAS ?. Siapakah tokoh-tokoh PAS yang boleh disandarkan oleh PAS Kelantan  untuk terus menempah kejayaan itu.

Pada mata rakyat dan pengundi-pengundi Kelantan Darul Naim, tokoh tersebut sekurang-kurangnya mestilah sehebat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Pertukaran parti yang bakal memerintah Kelantan Darul Naim, sepertinya sudah tidak dapat dielakkan lagi. Untuk pusingan ini, PAS telah memerintah Kelantan selama 26 tahun, suatu tempoh masa yang agak panjang !

Cerita-cerita ketidakpuasan rakyat kepada pemerintahan PAS sudah bermunculan disana sini. Semasa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat masih menjadi Menteri Besar, rintihan dan rungutan rakyat telah dapat disantuni dengan baik dan penuh hikmah. Menjelang PRU ke 14 ini keadaannya sudah berbeda. Rakyat dan pengundi-pengundi Kelantan Darul Naim mahukan suatu perubahan.

Atas faktor-faktor di atas, saya berpandangan bahawa Dato' Husam Musa dan rakan-rakannya seperti Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Pengerusi PAN Kelantan  sedang mengatur langkah-langkah strategik untuk meraih undi rakyat Kelantan darul Naim. Kenyataan PAN untuk bertanding sebanyak 30 kawasan DUN adalah suatu yang wajar. Tiga puloh (30) kerusi adalah merupakan 2/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi DUN Kelantan Darul Naim. Jumlah keseluruhan kerusi DUN adalah empat puloh lima (45).
Read More / Baca Lagi >>

RUU 355 – SEBARANG KECACATAN, KEGAGALAN AKAN DILETAKKAN DI BAHU UMNO/BN...

Posted: 05 Sep 2016 08:38 PM PDT


"Mengapa PAS yang bentang RUU ini bukan kerajaan? Ada persepsi PAS dengan UMNO sudah bersama...Lebih membimbangkan bukan Islam apabila ia dibentangkan oleh PAS kerana di Kelantan dan Terengganu ada enakmen Hudud."
Tarikh untuk bentang Rang Undang-undang (RUU) 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 di Dewan Rakyat semakin dekat.
Bacaan kedua bagi RUU355 itu dijangka bakal berlaku pada sesi sidang Dewan Rakyat bulan depan selepas bacaan pertama, Mei lalu.
Di sebalik tarikh yang semakin hampir, perjalanannya dijangka masih jauh. Silap pendekatan akan menjadi 'duri dalam daging' kepada Barisan Nasional (BN).
Bagi PAS, ia boleh mendakwa suatu kejayaan baginya kerana berjaya menunaikan janji untuk membentangkannya.
Selebihnya terserah kepada kerajaan untuk melaksanakannya. Sama ada dari segi tugas membuat penjelasan, mahupun pelaksanaan dan penguatkuasaannya.
Bagaimana jika gagal atau tersekat-sekat? Akhirnya kerajaan BN juga yang akan menanggung bebannya.
Jika berjaya, PAS akan mengambil kredit dengan mengatakan segala usaha adalah daripadanya.
PAS boleh mengatakan tiada apa yang pelik dengan pindaan Akta 355, yang dibawa usul oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.
Namun sejauh ini pendirian parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan beberapa parti lain dari Sarawak dan Sabah, termasuk PBS belum jelas.
Isu RUU 355 adalah persoalan yang agak berat dan masih mengelirukan bagi masyarakat bukan Islam.
Malah, perbahasan di kalangan masyarakat Islam juga tidak terkecuali.

Pintu belakang bagi pelaksanaan Hudud?
Seperti disebut Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw bukan Islam dan bukan Melayu mempunyai persoalan sama ada RUU 355  ini merupakan pintu belakang bagi pelaksanaan hudud di negara ini.

"Soal hari ini bukan soal RUU sahaja. Kita mesti pandang ke seluruh negara tentang apakah perasaan masyarakat bukan Islam ke atas RUU ini. Sebelum kita bahas tentang RUU, ia sudah pun tersebar luas di seluruh negara menerusi media sosial.  Adakah RUU ini pintu belakang (pelaksanaan) hudud?," tanya beliau.
Perkara itu ditimbulkan olehnya pada Wacana Sinar Harian 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi' di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam semalam.
Isu RUU yang dibawa oleh PAS ini diakui telah menimbulkan persepsi tertentu terhadap kerajaan dan PAS.
Antara pertanyaan ialah,  mengapa PAS yang bentang RUU ini bukan kerajaan? Berikutan itu ada persepsi PAS dengan UMNO sudah bersama. Itulah persepsi yang timbul sekarang," kata Seng Giaw.
Sebagai pihak yang lebih berpengetahuan dalam soal RUU, kata Seng Giaw, PAS mesti tahu bagaimana hendak mententeramkan hati yang gelisah tentang pelaksanaan RUU.
Persoalannya berjayakah PAS memberikan penerangan yang jelas dan lengkap?
Menyulitkan suasana kerana wujud kalangan  ahli politik menggunakan isu agama ketika membincangkan cadangan pindaan itu dan menyemarakkan sentimennya sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Perlu diingat bahwa kalangan orang bukan Islam mempunyai  latar belakang yang berbeza sejak merdeka dan memburukkan keadaan, ada kalangan ahli politik daripada pelbagai parti menggunakan isu agama dan perkauman.
Lebih membimbangkan bukan Islam dan sensitif bagi mereka apabila ia dibentangkan oleh PAS kerana di Kelantan dan Terengganu ada enakmen hudud.
Juga persoalan yang ditimbulkan ialah, wujud persoalan tentang hak bukan Islam selepas RUU itu dipinda selain tanda-tanya sama ada akta ini adalah strategi awal PAS untuk melaksanakan hukum hudud.
Sehingga ini semua persoalan itu belum terjawab dan bagaimana boleh dielakkan prasangka dan emosi seperti itu di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia?
Lihat sahaja MCA, ia menyatakan pendiriannya akan  kekal untuk menolak pindaan RUU 355  yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Ketua pasukan perlaksanaan Dasar dan Undang-undang Syariah, MCA Pusat, Gan Ping Sieu berpendapat, pindaan tersebut dipertikai masyarakat bukan Islam memandangkan terdapat agenda tersirat yang dibawa berhubung pelaksanaan itu.
"Bukan saja persepsi tapi secara realitinya, ini satu yang membimbangkan keseluruhan rakyat kita," katanya.
MCA menyatakan terkilannya  dengan cadangan pelaksanaan pindaan akta tersebut yang diawalkan tanpa pengetahuan daripada parti kompenan BN yang lain.
Gan...kecewa tiada rundingan dalam BN.
Malah, beliau memaklumkan tiada sebarang rundingan atau perbincangan dibuat sebelum ini di platform Kabinet mahupun parti berhubung perkara tersebut.
"Antara sebab kita bantah dan tak setuju dengan pindaan RUU 355 ini adalah berhubung agenda di sebalik pelaksaannya selepas ini sama ada ia akan bercanggah dengan Artikel 8 iaitu hak kesaksamaan sesama rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Perjanjian Pakatan Harapan - Ke Mana Hala Tujunya ?

Posted: 05 Sep 2016 08:36 PM PDT

Oleh ZULHAZMI BIN SHARIFF
Pada 9 Januari 2016 suatu Perjanjian Pakatan Harapan telah ditandatangani oleh ketiga-tiga pihak mewakili parti masing-masing. Majlis menandatangani Perjanjian telah disempurnakan dengan gilang gemilang dan ketiga-tiga pihak mewakili parti masing-masing berikrar bahawa "Mewakili KEADILAN, DAP dan AMANAH, kami berjanji bahawa persetujuan-persetujuan ini akan dihormati, didokong dan dilaksanakan bersama oleh parti-parti kami selagi perjanjian ini berkuatkuasa dan persetujuan-persetujuan di dalamnya adalah mengikat ketiga-tiga parti"

Pengumuman sempurnanya permeterian Perjanjian dipropagandakan kepada seluruh negara bahawa inilah suatu Pakatan yang akan memacu usaha menjatuhkan Umno/BN dalam pilihanraya dan seterusnya menyelamatkan Malaysia dari kerosakan yang dilakukan oleh Umno/BN. Bermula dari tarikh tersebut, Pakatan Harapan (PH) digambarkan akan bergerak secara bersesama dalam apa jua tindakan ke arah mencapai matlamat bersama iaitu menjatuhkan Umno/BN dan menyelamatkan Malaysia. Walau bagaimana pun mutakhir ini kelihatan bahawa Perjanjian tersebut sebenarnya tiada apa-apa nilai malah ianya hanya tidak lebih daripada retorik politik semata-mata. Beberapa tindakan parti-parti tertentu dilihat dan memperlihatkan bahawa segala persetujuan yang ditandatangani hanya sampah.
Pilihanraya Umum Negeri Sarawak (PUNS) memperlihatkan bagaimana KeADILan telah bertembung dengan DAP di beberapa kerusi yang mengakibatkan kekalahan kedua-dua parti kepada calon BN.
Fasal 5.2 dengan jelas menyatakan bahawa Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat. Calon tersebut akan dipilih oleh parti masing-masing yang diberi kepercayaan oleh Majlis Presiden untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam pilihanraya tersebut.
Persoalannya ialah bagaimana pertembungan sesama sendiri masih boleh berlaku? Tidakkah perkara ini dibincangkan di dalam Majlis Presiden? Apa keputusan Majlis Presiden?
Fasal 1 Perjanjian Pakatan Harapan memperjelaskan bahawa apa saja keputusan hendaklah secara bersama melalui Majlis Presiden yang akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua (2) bulan atau mana-mana tempoh yang dipersetujui bersama. Setiap keputusan yang diambil hendaklah secara konsensus sebulat suara dan mengikat ketiga-tiga parti. Jika sudah ada keputusan dari Majlis Presiden siapa akan bertanding mewakili Pakatan Harapan, bagaimana pertindihan masih boleh berlaku? Siapa yang ingkar keputusan Majlis Presiden?
Naib Presiden KeADILan, YB Puan Nurul Izzah Anwar pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian pertindihan kerusi tersebut akan disiasat tetapi sehingga hari ini tiada sebarang keputusan yang dimaklumkan. Adakah telah disiasat? Sudahkan ada keputusan siasatan? Apakah puncanya?
Sekarang kita sedang menghampiri Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangkakan pada tahun 2017. Segala gerak-kerja strategi dan tindakan sewajarnya dilakukan secara bersama berpandukan Perjanjian Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>

Saya Hanya Borak Panjang Dengan Anwar - Dr Mahathir

Posted: 05 Sep 2016 08:34 PM PDT

PETALING JAYA: Tanpa mengesahkan sama ada beliau sudah berdamai dengan musuhnya itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana berminat dalam kes mahkamah yang dimulakan oleh pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Ini adalah mengenai Akta MKN (Majlis Keselamatan Negara). Seperti yang anda tahu, saya menulis mengenai akta ini dalam blog saya dan dia melakukan perkara yang sama - cuba untuk menghentikan akta itu.

"Jadi, saya bertemu dia dan berbual panjang dengannya mengenai apa yang dia lakukan," kata Dr Mahathir kepada pemberita di luar mahkamah di Jalan Duta pada Isnin.

Ditanya sama ada beliau sudah berdamai dengan Anwar sejak kes pada 1998, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau hadir untuk bercakap dengan Anwar kerana berminat dalam kes itu.

Dr Mahathir juga enggan menyatakan sama ada beliau dan Anwar kini adalah kawan atau rakan kongsi dalam pakatan pembangkang.

"Saya tidak tahu tentang kawan. Saya bercakap dengan dia, itu sahaja. Saya menyokong tindakan beliau terhadap akta MKN," kata Dr Mahathir.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu adalah kali pertama dalam tempoh 18 tahun selepas Dr Mahathir memecat Anwar sebagai Timbalan Menteri Perdana pada 2 September 1998.

Pertemuan Mahathir - Anwar - Biduk Lalu Kiambang Bertaut

Posted: 05 Sep 2016 08:32 PM PDT

Oleh Abu Hassan Adam
 Pertemuan kedua orang tokoh ini amat bermakna bagi banyak orang terutama bagi mereka yang sentiasa mengimpikan sebuah bangsa Malaysia yang maju sebagaimana yang pernah diimpikan tiga puluh tahun yang lampau. Seolah-olah 'mimpi' itu terbantut selepas tahu 1998 apabila Saudara Anwar 'diketepikan'.
Bagaimana harapan dan mimpi itu akan direalisasikan, terserahlah kepada kekuasaan Allah, Tuhan yang maha berkuasa. Pertemuan yang sedang berlaku kini juga adalah perencanaan Allah juga. Tidak ada siapa yang boleh menahan perancangan Tuhan itu. Tepat peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa, 'biduk lalu kiambang bertaut'. Dan mungkin sejarah Kesultanan Melaka akan juga berulang apabila Sultan Melaka 'tenggelam punca' disebabkan Hang Jebat mengamuk. Lantas teringatkan, sekiranya Hang Tuah masih ada…'. Dan secara kebetulan Hang Tuah tidak meninggal tetapi sebaliknya disembuntyikan di Hulu Melaka.
Pertemuan Mahathir-Anwar amat besar ertinya. Mungkin akan diperkecil danperlekehkan oleh ahli UMNO yang buta sejarah atau yang tidak dapat mengenali erti politik yang sebenar. Kesannya amat penting dan boleh mengubah senario politik tanah air dalam sekelip mata. Tun Mahathir tahu hal ini. Dan begitu juga Saudara Anwar nampak kesannya.
Kesan yang paling besar ialah pemulihan semangat pejuang-pejuang bangsa yang selama ini 'bertapa' setelah Anwar Ibrahim diainaya. Kini setelah kelihatan cahaya yang samar-samar, para pejuang yang pernah bersama Anwar akan tampil semula di medan perjuangan. Senjata perang akan diasah semula demi untuk berjuang di medan perjuangan dalam bentuk baru.
Semangat golongan ini masih membara hanya menunggu masa untuk digerakkan.
Matlamatnya tidak lain untuk menegakkan bangsa Malaysia yang bermaruah dipersada antarabangsa.

Hormatilah gencatan senjata Dr Mahathir - Anwar

Posted: 05 Sep 2016 08:31 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pertemuan dan jabat salam antara Dr Mahathir Mohamad dengan bekas timbalannya Anwar Ibrahim hari ini suatu peristiwa mengejutkan. Keterkejutannya apa yang tersaksi hari ini sama dengan peristiwa 18 tahun lalu di saat Dr Mahathir mengumumkan Anwar dipecat dari Umno dan jawatan timbalan perdana menteri


Walaupun getaran rasa keterkejut itu hampir sama, tetapi ia membawa nada berlainan serta sebak yang berbeza kandatipun air mata yang tumpah berwarna sama - putih bersih dan dingin. Rakyat khasnya penyokong Anwar sebak dan menangis apabila Dr Mahathir bertindak memecat Anwar dulu. Banyak air mata yang gugur dan ada yang karam di hati bertahun-tahun mengenang kesengsaraan dilalui Anwar.

Keterkejutan mendengar berita Anwar dilucutkan jawatan TPM dan dipecat daripada Umno September 1988 ia mendukacitakan. Banyak orang mengalir air mata sedih dan pilu atas apa yang berlaku. Mengapa tidak Anwar yang diharap dan diimpilkan bakal menjadi pengganti Dr Mahathir, akhirnya terkanjak dari posisi itu.

Genta rasa terkejut peristiwa hari ini, tentu berbeza dengan apa yang dirasakan ketika itu. Walaupun peristiwa petang ini, Mahathir berjumpa Anwar tidak memberi atau memenuhi harapan untuk kita melihat Anwar jadi PM dalam waktu terdekat, tetapi genta rasa keterkejutan hari ini membahagiakan semua orang. Hari ini air mata yang menitis bukan sedih dan pilu lagi tetapi sebak bahagia dan bangga. Ramai yang bersyukur atas apa yang berlaku hari ini.

Hari ini apabila kedua mereka yang terpisah sejak 18 tahun bertemu (dalam keadaan mengharukan), tentu ada yang menitis air mata sebak dan bangga. Pertemuan mereka di dalam mahkamah merupakan satu simbolik seolah-olah Dr Mahathir datang menziarahi Anwar dan memberi sokongan kepada perjuangannya. Ia juga boleh ditafsirkan satu apologis Dr Mahathir terhadap Anwar dengan apa yang dilakukan? Atau ia juga boleh disifatkan kedatangan Dr Mahathir untuk membebaskan Anwar? 

Lewat petang ini Dr Mahathir hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai mengiringi (sekali gus berjumpa dengan) Anwar yang datang ke mahkamah memfailkan bantahan beliau terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN). Anwar membantah akta berkenaan dari perspektif perlembagaan.

Bekas PM 22 tahun itu yang juga bersependapat dengan langkah Anwar itu, tidak bersetuju akta berkenaan dilaksanakan kerana ia memberi kuasa kepada Perdana Menteri dan menyapu kuasa Yang di-Pertuan Agong. Bekas PM itu menyenaraikan 14 kuasa berpusat kepada PM menerusi akta berkenaan. Penentangan terhadap akta berkenaan oleh mereka berdua menunjukkan mereka sehaluan dalam hal ini, dan tidak merelakan Najib terus bermaharejala dan meratah kuasa rakyat. 

Tentunya pertemuan kedua mereka itu tidak sangat dilihat kepada kebersamaan berhubung akta berkenaan, walaupun itu alasannya, tetapi ia disuluh dan ditinjau dari sudut lebih jauh dan penting daripada itu. Apakah kesediaan Dr Mahathir berjumpa Anwar dan menyokong tindakan Anwar itu sebagai simbolik mereka akan bersatu untuk menjatuhkan Najib?  Itulah makna dan hakikat dari pertemuan itu kerana kalau tidak ada mengada tempua tidak akan bersarang rendah. Kunjungan Dr Mahathir itu juga satu pengorbanan besar untuk Anwar. Ini perlu difahami dan diterima dengan baik oleh pentaksub Anwar.

Itulah yang disuluh umum dan akan diulas secara negatif oleh pendokong Najib selepas ini. Apa pun realitinya pertemuan kedua negarawan itu mengejutkan banyak pihak. Bukan sahaja rakyat tetapi mungkin ia juga tidak diduga oleh Najib dan Rosmah Mansor sendiri. Barang kali Najib ketika ini sudah memanggil biduandanya untuk membuat analisa dan telahan lanjut apa yang bakal berlaku dan dilakukan oleh kedua orang itu dan perlu membina kubu lebih utuh?

Boleh jadi juga pertemuan antara mereka berdua hari ini menganjatkan proses kelulusan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Tentu Najib membuat perhitungan panjang untuk meluluskan pendaftaran parti berkenaan?
 
Read More / Baca Lagi >>

Saya bersyukur jadi saksi sejarah, kata Saifuddin Nasution

Posted: 05 Sep 2016 08:23 PM PDT

Saifuddin Nasution IsmailSaifuddin Nasution Ismail
Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Nasional (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata perasaannya tidak boleh digambarkan apabila terpilih menjadi saksi bersejarah permulaan perseteruan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 2 September 1998 dan pertemuan semula mereka berdua semalam.
"Kiranya inilah pertemuan pertama DSAI-Tun M selepas peristiwa 2 september 1998 yg menggemparkan dan sekaligus mengubah suasana politik malaysia.
"Hari ini 5 september 2016. Saya yang menjadi sebahagian daripada peristiwa sejarah ini, hari ini menjadi saksi pertemuan DSAI-Tun M, mendengar sendiri butiran perbincangan," tulis beliau dalam satu coretan yang viral di media sosial.
Namun yang lebih menarik dan menyayat hati katanya, ialah teriakan dua cucu DSAI..Sulaiman dan Yahya," reformasi reformasi ..free papa tok, free papa tok". gelagat anak kecil ini sungguh mencuit hati mengiringi papa tok yang dibawa keluar untuk kembali ke "istana sungai buloh".
Berikuti disiarkan tulisan penuh beliau:
Semalam saya di Kuantan, Pahang. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pilihanraya parti zon timur dan selatan.
selesai jam 6.30 petang dan bergegas memandu balik ke Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan, terima panggilan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah.
Beliau minta saya ikut hadir ke mahkamah hari ini.
Kes permohonan interim oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke atas akta NSC.
selalunya di mahkamah, akan ada peluang untuk berjumpa dan berbincang dengan DSAI.
Petang tadi saya tiba awal di mahkamah jalan duta. Jam2.45 petang.
DSAI dijangka sampai 3 petang. Dr Wan Azizah tiba 2.55 petang dan terus ke bilik saksi bersebelahan kamar mahkamah.
saya segera menyertai Dr Wan Azizah.
Dalam bilik saksi berkumpul anak-anak dan cucu-cucu DSAI dan Dr Wan Azizah.
semua menunggu ketibaan DSAI. Cucu-cucunya memanggil beliau "papa tok".
Jam 3.15 DSAI tiba. beliau dibawa terus ke kamar mahkamah. Tun Mahathir yang duduk di"public gallery" ikut bangun dan bersalaman dengan DSAI.
Saya masih di bilik saksi. DSAI kemudian dibawa oleh pengawal penjara masuk ke bilik saksi. beliau bersalaman dan peluk cium anak-anak dan cucu-cucunya.
Tidak lama kemudian peguam masuk dan memberitahu Tun Mahathir ingin berjumpa DSAI.
Tun M kemudian masuk diiringi Menteri Besar Selamgor YAB Dato Seri Azmin Ali. Tun Mahathir dan DSAI sekali lagi bersalaman.

Perbincangan berkisar tentang Akta NSC yg memberikan kuasa penuh kepada Perdana Menteri untuk isytihar darurat. akta ini telah berkuatkuasa walaupun tidak diperkenan oleh YDP Agong.
DSAI memohon perintah interim. Tun M ingin membuat afidavit sokongan terhadap usaha DSAI.
Hampir 45 minit perbincangan. Di selang seli bertanya khabar kesihatan dan keluarga masing-masing.
Keadaan bilik meriah dengan suara cucu-cucu Anwar. selesai berbincang tun m beredar diiringi mb dan peguam sivarasa.
Kiranya inilah pertemuan pertama DSAI-Tun M selepas peristiwa 2 september 1998 yg menggemparkan dan sekaligus mengubah suasana politik malaysia.
Hari ini 5 september 2016. Saya yang menjadi sebahagian daripada peristiwa sejarah ini, hari ini menjadi saksi pertemuan DSAI-Tun M. mendengar sendiri butiran perbincangan.
Namun yang lebih menarik ialah teriakan dua cucu DSAI..sulaiman dan yahya," reformasi reformasi ..free papa tok, free papa tok". gelagat anak kecil ini sungguh mencuit hati mengiringi papa tok yang dibawa keluar untuk kembali ke "istana sungai buloh".
Sementara itu media utama dan media sosial rancak memuat dan mentafsirkan darihal pertemuan itu ...

Industri muzik tempatan semakin 'tenat' - Saari Amri

Posted: 05 Sep 2016 08:21 PM PDT

Saari Amri Saari Amri
Industri muzik tempatan ketika ini berada pada tahap kritikal berikutan kemunculan laman web yang menyediakan pautan muat turun lagu atau album secara percuma kepada orang ramai.
Komposer dan penulis lirik, Saari Amri menyifatkan ledakan teknologi menerusi lambakan laman web yang memberi kemudahan kepada orang ramai memuat turun karya pemuzik tempatan itu menyebabkan jualan album pada masa kini mengalami kemerosotan mendadak.
Katanya, jualan album di pasaran kini hanya mencecah jualan tidak kurang 10,000 unit berbanding pada era 90-an dengan kebanyakan album mampu terjual sebanyak ratusan ribu unit.
Bercakap kepada Bernama, Saari berkata situasi itu ternyata memberi impak buruk kepada industri muzik tempatan dan mendorong kebanyakan syarikat rakaman hanya menerbitkan single kerana tidak berani melabur untuk menghasilkan album baharu untuk penyanyi tempatan.
"Jika dahulu, album yang diterbitkan saya untuk kumpulan Ukays bertajuk Bisa Berbisa mampu merekodkan jualan tertinggi sebanyak 400,000 unit namun realitinya berubah pada masa sekarang.
"Dulu kalau album itu hanya mencatat jualan 10,000 unit, dianggap gagal, namun sekarang nak cecah jualan sebanyak itu pun 'sakit', malah banyak kedai muzik terpaksa menutup premis mereka kerana orang ramai tidak berminat lagi membeli album di pasaran," kata Saari.
Pencipta lagu 'berhantu' Gerimis Mengundang oleh kumpulan Slam, pada tahun 1996 itu berkata lebih menyedihkan, perkembangan itu juga menghimpit pemuzik tempatan yang tidak menerima sebarang royalti bagi karya mereka apabila dimuat turun orang ramai melalui laman web yang menawarkan muat turun lagu secara percuma.
Oleh itu, beliau yang pernah terbabit menghasilkan lagu untuk penyanyi dan band terkenal seperti Ziana Zain, Nike Ardilla dan Umbrella berharap pihak berwajib perlu memperkenalkan lesen kepada laman web itu dalam memastikan pemuzik, komposer dan penulis lirik menerima ganjaran berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Obama batal pertemuan dengan Duterte selepas dipanggil "anak haram"

Posted: 05 Sep 2016 08:20 PM PDT

Obama mendapat tahu mengenai perkara itu ketika berada di sidang kemuncak Group of 20 di Hangzhou, China.
obama-duterteVIENTIANE: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama membatalkan pertemuan dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte, selepas Duterte didakwa menggunakan kata kesat ke Obama, kata jurucakap White House semalam.
Duterte, yang terkenal dengan kenyataan populis dan kempen menentang dadah sehingga membunuh beribu-ribu orang, menyifatkan Obama "anak haram " dalam satu temuramah dengan pemberita pada Isnin, sehari sebelum mesyuarat sidang kemuncak di Laos yang disertai pemimpin Asia Selatan.
Obama mendapat tahu mengenai perkara itu ketika berada di sidang kemuncak Group of 20 di Hangzhou, China.
Susulan itu, Obama meminta pembantunya menghubungi pegawai Filipina bagi mengesahkan jika ini masa yang sesuai untuk kedua-dua pihak mengadakan perbincangan konstruktif dan produktif sekaligus menimbulkan keraguan jika mesyuarat itu akan diteruskan seperti yang dirancang.
Terbaru, Obama merancang bertemu Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada Selasa, kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Ned Prince.
Pertemuan itu pula dijangka membincangkan tindak balas kepada ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara.
Ketibaan Obama di Vientiane merupakan lawatan pertama presiden AS itu ke Laos.
Beliau dijangka memberi ucapan mengenai kepentingan Asia Tenggara dalam dasar luar dan polisi ekonomi sepanjang 2 penggal beliau dalam jawatan yang akan berakhir pada 20 Januari.
Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata Obama tidak merancang untuk bercakap mengenai pencabulan hak asasi manusia di Filipina jika bertemu Duterte.
Read More / Baca Lagi >>

Pertemuan Tun M dan Anwar permulaan perpaduan dan pengukuhan parti politik

Posted: 05 Sep 2016 08:18 PM PDT

Saya dan rakyat Malaysia gembira menyaksikan Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir Mohamad bertemu kembali setelah 18 tahun terpisah.
IMG_2944Pada 5 September 2016, kedua tokoh besar ini bersalaman tepat pada jam 3.09 petang dalam Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa – Kuasa Khas, Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Apa yang disaksikan oleh dunia pada saat itu adalah bukan sekadar dua insan bersalaman tetapi dua negarawan yang sanggup mengenepikan perbedaan dan kegetiran masa lampau demi masa depan negara dan rakyat Malaysia yang lebih terjamin.
Dato' Seri Anwar Ibrahim hadir ke mahkamah bagi menfailkan injunksi bagi menghalang Perdana Menteri meneruskan pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Beliau juga memohon pengisytiharan bahawa Akta MKN tidak berperlembagaan dan tidak sah kerana ia dikuatkuasakan menurut Fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.
Pertemuan ini membuktikan kedua tokoh memiliki jiwa besar tatkala negara berdepan dengan krisis kepimpinan dan memerlukan satu hala tuju untuk menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi.
Seperti yang disebut oleh Dato' Seri Anwar di mahkamah, kehadiran Dr. Mahathir membuktikan bahawa beliau bersedia menerima agenda reformasi.
Saya yakin ini satu permulaan ke arah perpaduan umat dan pengukuhan parti – parti politik yang progresif sebagai persiapan untuk Pilihan Raya Umum ke 14.
Dr. Mahathir berpeluang bertemu dengan Anwar selama lebih 30 minit secara tertutup untuk membincangkan proses perundangan termasuk beberapa isu – isu lain. YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah dan saya turut hadir dalam perbincangan tersebut.

* DATO' SERI MOHAMED AZMIN ALI

Drama romantik komedi di Mahkamah Tinggi

Posted: 05 Sep 2016 07:18 PM PDT

Ia bukan kisah melankolik seperti dalam buku Iakah Salmah karangan Ahmad Rashid Talu atau Hikayat Faridah Hanom ilham Syed Sheikh al-Hadi. Jauh sekali menyamai Syair Siti Zubaidah.
Namun pertemuan bertentang mata dua tokoh yang pernah mencorakkan negara secara langsung dalam kerajaan pada 5 September 2016 adalah salah satu babak cerita romantik komedi yang baru berkembang plotnya.
Tanpa dijangka banyak pihak Tun Dr Mahathir Mohamad boleh bersalaman, dan memberikan senyum mesra kepada bekas protege beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka pernah amat akrab sebelum menjadi musuh ketat. Kini tiba-tiba kedua-dua manusia itu seolah-olah sedang membuka lembaran baru untuk bersahabat.
Dunia memang berkembang dengan ironi. Justeru kedua-dua tokoh 'terbuang' berkenaan bersemuka selepas 18 tahun di kamar mahkamah dalam suasana ironi juga.
Sekadar mengulangi sejarah, mahkamah jugalah yang menjarakkan kedua-dua tokoh berkenaan sejak 1998.
Mahkamah pernah menjadi tempat Anwar muncul dengan sebelah mata lebam. Mahkamah jugalah yang menjadi pentas tilam dan seluar dalam diusung ke sana sini sebagai bahan bukti.
Cuma bezanya Anwar berada di kandang tertuduh, manakala Mahathir berada dalam 'kandang' dunianya yang tersendiri.
Selebihnya adalah sejarah.
Saya katakan di atas tadi, cerita di mahkamah Kuala Lumpur pada 5 September itu ialah drama romantik komedi yang sedang berkembang plotnya. Mengapa?
Ia sebuah cerita lawak kerana komen-komen yang melatari kejutan itu sangat klise, hambar dan membosankan.
Dengar atau lihat saja bagaimana profesor-profesor negara menjelaskan pertemuan itu. Hujah yang dijaja mereka ialah "tiada musuh dan rakan abadi dalam politik" atau "politik ialah seni serba mungkin".
Satu lagi hujah untuk menjustifikasi pertemuan yang dilihat tidak dirancang itu ialah "musuh kepada musuhmu adalah rakan kamu".
Ia mungkin hujah dan penjelasan segar jika diungkapkan pada zaman orang British seperti Sir Gerald Temple masih berkereta ke sana sini dalam negara ini. Atau ketika perdana menteri Malaysia ialah Tun Abdul Razak.
Kita sekarang berada di zaman 2016. Zaman dunia seolah-olah tiada sempadan. Zaman hampir semua orang boleh memaki perdana menteri di media sosial (tetapi kesan daripada caci maki itu, sila tanggung sendiri).
Pernah rapat dengan Mahathir
Read More / Baca Lagi >>

HANYA KEAJAIBAN BOLEH MENYELAMATKAN NAJIB

Posted: 05 Sep 2016 07:13 PM PDT

Beberapa jam setelah berlangsungnya pertemuan bersejarah antara Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim semalam, walaupun ketika itu berita dan gambar kedua-dua tokoh berkenaan bersalaman telah tersebar luas di media sosial, pemimpin UMNO dan penggiat media sosial berbayar yang selama ini aktif, kelihatan senyap sunyi dan seakan terdiam seketika.

Hanya menjelang malam, barulah terdengar banyak komen, reaksi dan ulasan mereka mengenai pertemuan tersebut. Kemudian satu demi satu pemimpin-pemimpin UMNO mula mengulas berkenaan detik Tun Mahathir dan Anwar yang kini bertemu, bersalam dan berbaik semula setelah terpisah selama 18 tahun 3 hari lamanya.

Rata-rata pemimpin dan penggiat media sosial UMNO menganggap pertemuan itu sebagai tindakan terdesak Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Ada juga yang menganggap bekas Perdana Menteri itu kini umpama "menyembah" Anwar demi mencapai cita-cita politiknya. 

Selebihnya, komen-komen yang diberi lebih berbentuk cecehan yang menggambarkan "jiwa kacau" dan "resah gelisah" yang semakin menggelodak dalam diri mereka. Kesian....

Sementara Anwar membuktikan dirinya seorang pemimpin berjiwa besar, tidak berdendam dan pemaaf yang tiada duanya di antara kita, pertemuan itu juga memperlihatkan Tun Mahathir seorang negarawan tulen yang sanggup bekerjasama serta berurusan dengan sesiapa saja demi menyelamatkan negara ini.

Jika tidak kerana angkara dan kerosakan lebih besar kepada negara yang diakibatkan oleh kepimpinan Najib, tiada sebab untuk kedua-dua mereka saling tertaut hati untuk bertemu serta menjalin semula hubungan demi kebaikan dan masa depan negara.

Pertemuan ini adalah langkah pertama ke arah banyak langkah-langkah lain yang akan digarap selepas ini. Ia juga mengingatkan kita bagaimana gandingan Tun Mahathir - Anwar suatu waktu dahulu yang pernah menggemilangkan negara dan menjadi kebanggaan kita, sedang menjelma menggamit semula memori lama,

Secara langsung juga, di pihak pembangkang sekarang sudah ada seorang bekas Presiden dan dua bekas Timbalan Presiden UMNO yang sedang bekerjasama erat untuk menyingkirkan Najib Razak.

Muhyiddin Yassin yang sebelum ini diberi pesanan oleh Anwar agar lebih agresif menggerakkan parti baru BERSATU, sudah pun mula turun padang menjelajah ke seluruh negara berkaitan kepincangan 1MDB bersama Dr Wan Azizah, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Sinergi Dua Gergasi

Posted: 05 Sep 2016 06:32 PM PDT


*Demi Malaysia*: pertautan dua tiang seri politik Malaysia sangat dialukan.

Saya sudah impikan dua tokoh yang bersalingan selama 19 tahun untuk kembali duduk sebaris.
Saya nyatakan 'mimpi' saya itu dalam ucapan saya di depan Tun dalam majlis ceramah Tun yang pertama di atas pentas Pakatan di Pandan, awal Mac tahun ini.
YB Rafizi menjadi tuan rumah ceramah tersebut dan ia adalah ceramah Tun yang pertama selepas secara rasminya Deklarasi Rakyat dilancarkan.
Tun M dan Tun Hasmah hanya tersenyum.
Saya hanya memberanikan diri dan berharap ia menjadi katalis Tun dan Kak Wan untuk menerimanya. Kak Wan tidak ada dalam majlis pada malam itu tetapi saya berharap kata-kata itu sampai ke pengetahuan beliau.
Itu yang saya mampu lakukan untuk melihat dua elemen yang dulunya sangat serasi tetapi kemudian bertentangan atas pengaruh keadaan, untuk kembali mencari _'sinergi ying dan yang'_ politik Malaysia.
Keadaan negara masa kini sangat memerlukan sinergi itu.
Malaysia telah kehilangan proses pergantian pemimpin mengikut jalur natural untuk satu tempoh yang panjang.
Ini juga yang telah membawa kepada politik Malaysia yang bersimpang siur kini.
DSAI adalah _'natural successor'_ yang masih aktif. Ku Li dan Tun Musa telah berada di tepi gelanggang atas sebab tersendiri. Keguguran mereka antara lain telah mencipta _'vacuum'_ kepimpinan. Tun Ghafar pula telah pergi.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Benarlah, tiada musuh kekal abadi

Posted: 05 Sep 2016 06:30 PM PDT

Penganalisis politik melihat salam Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas 18 tahun bermusuhan benar-benar membuktikan tiada musuh yang kekal abadi dalam politik.
Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Profesor Madya Lt Kol Ahmad Ghazali Abu Hassan melibat apa yang berlaku menggambarkan perkembangan sihat dan kematangan demokrasi.
"Pada saya ia perkembangan sihat. Ini pucuk-pucuk bunga-bunga kematangan demokrasi. Walaupun punyai perbezaan pendapat politik, tetapi mereka bersatu atas dasar kepentingan negara.

"Tidak bermakna sudah tidak wujud perbezaan politik. Mereka masih ada perbezaan politik.
"Perjumpaan ini saya lihat berkaitan maruah negara, bukan lebih pada politik. Saya rasa kalau mereka bersatu dan boleh bekerja demi kepentingan negara, itu kita telah capai tahap kematangan politik," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Semalam Dr Mahathir hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Bekas perdana menteri yang memecat Anwar pada 1998, ketika itu timbalannya, diiringi oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Langkah itu dilihat sebagai sokongan moral terhadap Anwar kerana kedua-dua pemimpin itu kini senada menentang akta itu dan menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Ahmad juga melihat perkembangan itu sebagai tanda-tanda penyatuan baru politik.
"Apa yang mereka perlu buat mereka sekarang mungkin nak bersatu dan tunjuk mesej jelas kepada rakyat (tapi) saya rasa yang pentingnya semua orang perlu tampil dengan pendirian sendiri dengan mengetepikan perbezaan politik," katanya sambil menegaskan ia peranan peribadi beliau.

Simbolik lupakan sejarah silam
Sementara itu, Ketua Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MKN Profesor Madya Datuk Seri Dr Mustafa Ishak pula menyifatkan pertemuan tersebut adalah simbolik bagi melupakan sejarah silam masing-masing.
Katanya dengan pertemuan seperti ini, BN perlu melihat ini sebagai satu cabaran yang besar dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Pertemuan itu simbolik berkemungkinan mereka dah sedia lupakan permusuhan silam dan buka lembaran baru kerjasama mereka, sebab dulu cakap nak kerjasama dalam Pakatan Harapan nak lawan BN.
"Mereka mulakan satu politik baru yang tak boleh diambil ringan oleh Umno dan BN dan mereka (Umno BN) harus lihat ini sebagai satu cabaran besar menghadapi PRU dalam suasana politik negara selepas ini," katanya.
Kata Mustafa, beliau melihat dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal abadi, sebaliknya yang ada hanyalah rundingan.
"Dengan itu membawa keuntungan atas kepentingan politik. Seteru, kawan dan lawan boleh berubah dalam sekelip mata untuk bolehkan capai dan jayakan kepentingan mereka," katanya.
Mustafa menambah, apa yang berlaku tidak memeranjatkan kerana dalam politik segalanya boleh dijangka, namun tindakan kedua tokoh ini pasti akan membawa kesan yang besar dalam politik tanah air.
Read More / Baca Lagi >>

Netizen: Adakah Tun benar-benar ikhlas?

Posted: 05 Sep 2016 06:16 PM PDT

Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim,
Gambar bersalaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi viral di media sosial.
TIDAK semua respons pelayar laman sosial berkenaan salam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah positif.
Tinjauan Sinar Online mendapati ramai pelayar yang mempunyai syak wasangka dan menganggap terdapat 'permainan' tersembunyi di sebalik adegan itu.
"Kita hanya mengetahui satu perkara saja, iaitu DSAI sudah lama memaafkan Tun. Perkara yang masih belum sahih dalam pengetahuan kita pula ialah, adakah Tun benar-benar ikhlas dan insaf dengan kesilapan yang dilakukannya masa lalu," kata seorang pelayar laman Facebook.
"Kita tidak tahu selindung di balik tabir. Kita tengok agenda politik seterusnya, kita boleh dengar, tapi percaya kena fikir," kata Shahrizan di laman sosial sama.
"PKR lahir kerana perbuatan buruk Mahathir pada Anwar. Jika Anwar bekerjasama dengan Mahathir. Apa lagi perjuangan untuk PKR?," soal Azman pula.
Namun begitu terdapat sebilangan besar yang mendoakan kerjasama antara kedua-dua tokoh yang dikagumi ramai berkenaan.
"Sebak rasa di hati ni, semoga ALLAH beri kekuatan pada kedua-dua pemimpin," doa Zainal.
"Moga Melayu bersatu kembali,!" tulis Meor bersemangat.
Jelas sekali bahawa aksi bersalaman Tun M-Anwar membawa impak yang besar, tidak kira di luar atau di dalam media sosial.
Selain bersalaman, Mahathir juga kelihatan menepuk bahu Anwar ketika beliau menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan tujuan menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Pas ambil tempoh sebulan untuk ‘pecah tembelang’?

Posted: 05 Sep 2016 06:13 PM PDT

Harakah ambil masa sebulan untuk pecah tembelangHarakah ambil masa sebulan untuk pecah tembelang
Selepas sebulan akhbar Amanah mengketengahkan laporan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pas mungkin baharu tergerak untuk menyatakan sikap terhadap tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat pada 20 Julai lalu.
Melalui akhbar rasmi parti diterajui Abdul Hadi Awang itu, ungkapan "Pecah tembelang" menjadi tajuk muka depan Edisi Isnin, 5-8 September.
Menariknya, tajuk sama juga bagi isu sama telah terlebih dahulu menghiasi muka depan lidah rasmi Amanah pada keluaran 31 Julai-6 Ogos lalu.
Namun, berbeza dengan Harakah, tuntutan rampasan harta sebanyak AS$1 bilion (RM4 bilion) berkenaan di akhbar Amanah adalah dalam laporan penuh di halaman dua keluaran Bil. 10 itu.
Sebaliknya, Harakah Bil. 2178 tersebut sekadar menyertakan lima catatan termasuk masih bertanyakan, "Apakah betul duit 1MDB yang masuk ke akaun Perdana Menteri dan cerita daripada dermawan Arab dongeng semata-mata?"
Pas sebelum ini dilihat banyak pihak sebagai tidak 'garang' dalam menyerang Umno-BN ekoran skandal 1MDB yang turut berkait dengan jenayah pengubahan wang haram.

MEMANG BETOL!! MAJORITI RAKYAT Nak Najib Masuk PENJARA - Husam Musa

Posted: 05 Sep 2016 06:10 PM PDT

RAFIZI BONGKAR!! Kenapa Selama ini PAS Tidak LAWAN Kes SCANDAL 1MDB Najib

Posted: 05 Sep 2016 06:08 PM PDT

SANGAT PELIK!! Kenapa RAYKAT Masih MENYOKONG Dengan PENYELEWENGAN Najib

Posted: 05 Sep 2016 06:08 PM PDT

Anwar Ibrahim tidak lagi hebat sejak di dalam penjara kata Lokman Adam

Posted: 05 Sep 2016 06:06 PM PDT

'Sedia lawan Husam, kalah menang bukan alasan' - Takiyuddin

Posted: 05 Sep 2016 06:05 PM PDT

JIWANYA BESAR .....

Posted: 05 Sep 2016 08:54 AM PDT

Anwar pernah diherdik dan tidak dilayan sebagai tetamu sewaktu berkunjung ke tempat 'ulama dunia'  suatu ketika dulu.

Sebaliknya Anwar menyambut baik Dr M yang menfitnah dan menyeksanya serta keluarga sejak 18 tahun lalu ....

Hanya pemimpin berjiwa besar layak memimpin negara ....

Comments (0)