Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:22 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Paul Low diingatkan janji bebaskan SPRM

Posted: 03 Sep 2016 10:02 PM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low diingatkan mengenai janjinya tahun lalu untuk membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Low, semasa Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya September lalu juga berkata terdapat rancangan untuk meletakkan pejabat Ketua Audit Negara di bawah parlimen.
"Setahun sudah berlalu, kita tidak pernah mendengar apa-apa berita mengenai kedua-dua janji itu," kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dalam satu kenyataan hari ini.
"Adakah Paul Low ditipu bosnya sendiri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila beliau (mungkin) menolak cadangan untuk mengukuhkan kebebasan kedua-dua institusi penting negara itu?
"Jika tidak, apakah ada apa-apa kemajuan dalam rancangan yang beliau katakan?," soal ahli parlimen DAP itu.
Pada persidangan itu, Paul Low berkata satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk meneliti rancangan tersebut.
Paul dilapor berkata untuk menjadikan SPRM sebagai perkhidmatan berasingan memerlukan pindaan perlembagaan dengan sokongan majoriti dua pertiga anggota Parlimen,
Lim mengingatkan Low bahawa beliau mempunyai sedikit masa untuk mencadangkan perubahan itu bagi diluluskan di parlimen dan sebagai bekas presiden Transparency International-Malaysia, beliau perlu memberikan jawapan kepada orang ramai.
"Malah, sebagai tambahan kepada kedua-dua cadangan, saya juga berminat untuk mengetahui apa yang Paul Low telah lakukan pada hari ke 365 mulai 2 September 2015 (apabila pengumuman itu dibuat)?
"Sebelum perbahasan bajet 2017 bermula di parlimen bulan depan, Low mesti menjelaskan kepada orang ramai mengapa dia harus dibenarkan terus menjadi menteri dan menerima sebahagian daripada bajet negara untuk jawatannya," kata Lim.
Low dipilih dalam kabinet Najib selepas pilihan raya umum ke-13 dengan cara dilantik sebagai senator.

Replika helang haram: Mufti Kedah akan bincang dengan jawatankuasa fatwa

Posted: 03 Sep 2016 09:27 PM PDT

Marwazi berkata, hasil perbincangan itu akan diserahkan kepada PBT berkaitan untuk tindakan lanjut.
helang-langkawi
PETALING JAYA: Mufti Kedah akan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa fatwa jika ada gesaan untuk merobohkan replika burung helang yang terkenal di Dataran Lang, Langkawi.
Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin yang dipetik Malaysiakini berkata, hasil perbincangan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk tindakan lanjut.
"Kami belum melihat perkara ini, tetapi jika ada (gesaan dikemukakan), kami akan bincang secara rasmi. Buat masa ini, mufti tak kata apa lagi dan isu ini sudah lama.
"Pihak kami akan buat perbincangan dengan majlis jawatankuasa fatwa, di situlah kita lihat apa yang sesuai dan patut untuk dikemukakan pada PBT," katanya kepada portal berita itu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim dalam Berita Harian yang berkata, pembinaan replika sedemikian adalah haram dan patut dirobohkan kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.
Zamri membangkitkan perkara itu ekoran surat rasmi sebuah PBT yang ingin tahu hukum membina replika burung helang.
Marwazi berkata, ketika membina mercu tanda itu, pihak berkaitan tidak merujuk Jabatan Agama Negeri Kedah dan sekarang jika mahu ia dirobohkan, rundingan perlu diadakan terlebih dahulu.
Patung helang setinggi 12 meter yang dinamakan Tugu Lang di Dataran Lang adalah mercu tanda Langkawi.
Nama Langkawi ialah kombinasi "Lang" dan "Kawi", di mana "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu, iaitu helang yang boleh didapati di pulau bebas cukai itu.

Undi protes tidak jejas BN - Nawi

Posted: 03 Sep 2016 09:20 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Sikap pembangkang yang gagal membentuk kerjasama mantap dijangka memberi kelebihan kepada Umno dan BN khususnya di negeri ini untuk menang di banyak kerusi pada PRU14.
Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad berkata, berbanding PRU lepas dengan kelebihan dua kerusi mengatasi pembangkang, BN yang disifatkan 'nyawa-nyawa ikan' dijangka mampu meraih kecemerlangan berdasarkan kekuatan yang ada dan kelemahan di pihak pembangkang.
Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad Sekalipun berlaku undi protes terhadap BN berdasarkan beberapa isu yang dikaitkan dengan pimpinan di peringkat nasional, beliau percaya keadaan itu tidak mampu menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada lebih-lebih lagi kerjasama antara pembangkang dilihat rapuh.
"Sekalipun undi protes, undi itu mungkin berpecah. Kalau katakan Pas bersama Parti Bersatu, undi itu mungkin akan pergi kepada pihak tersebut atau mungkin juga kepada Amanah. Jadi tiada peluang kepada pembangkang dan Umno masih kekal.
"Kalau berlaku pertandingan tiga penjuru pun ia akan tetap beri kelebihan kepada Umno, ruang lebih terbuka untuk kita," katanya.
Mengulas kenyataan pemimpin Parti Bersatu yang mahu Pas atau Pakatan Harapan memberi kerusi kepada pihaknya bagi membolehkan bertanding pada PRU14, Nawi memberitahu bahawa pihaknya bersedia menentang mana-mana pihak.
Menurutnya, Umno dan BN sudah lama berpengalaman dalam politik negara dan pernah berhadapan banyak parti termasuk parti serpihan Umno dalam usaha mengukuhkan kedudukannya.
"Bagi Umno, sesiapa pun yang hendak lawan, kita tengok kepada sokongan akar umbi. Kalau tengok kepada sambutan, insya-ALLAH kita masih kuat," katanya.
Beliau turut meminta mana-mana pihak tidak sesekali membuat persepsi berhubung sokongan rakyat terhadap BN sebaliknya menilai dari sudut realiti berdasarkan perkembangan politik negara.
Berdasarkan PRN Sarawak dan dua PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar katanya, ramai pihak menjangkakan kejutan dan tanggapan negatif khususnya sokongan rakyat terhadap BN.
Sebaliknya beliau berkata, apa yang berlaku adalah hasil yang positif di pihak kerajaan.
"Kita tidak terjejas pun, tiada masalah, sebaliknya undi kita makin besar. Kita harap perkembangan ini berterusan di semua tempat sehingga PRU14," katanya.

'Tok Guru akan hanyutkan AMANAH dari Salor' - Nik Abduh

Posted: 03 Sep 2016 09:17 PM PDT

Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata jika almarhum bapanya masih hidup bekas menteri besar Kelantan itu pasti mengajak rakyat negeri berkenaan menghanyutkan Parti Amanah Negara (AMANAH) dari Jamabatan Salor ke Laut China Selatan.
Jelas mengulas kenyataan bekas exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa, Nik Abduh berkata Nik Aziz adalah seorang tokoh yang berpegang teguh kepada prinsip dan istiqamah dalam perjuangannya.
Kata anggota parlimen Pasir Mas itu, nilai seseorang yang "telah pergi" adalah berdasarkan kepada "akhir hidupnya."
Jika dia tetap dengan PAS, kata Nik Abduh, menjadi hak ke atas orang yang masih hidup untuk terus menjulang dan menyebut istiqamahnya.
"Jika ada anak buah yang berkata sebaliknya, itulah seburuk-buruk anak buah," katanya dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Salor adalah nama kawasan yang diwakili Husam ketika ini.
Husam pernah ini rapat dan menjadi setiausaha akhbar dan politik Nik Aziz sebelum diketepikan selepas bekas menteri besar itu meninggal dunia.
Dia yang pernah dipilih PAS menjadi naib presiden kemudian disingkirkan beramai-ramai oleh perwakilan parti itu dalam muktamar mereka tahun lalu.
Pada 30 Ogos lalu Husam kemudian mengumumkan penyertaannya ke dalam AMANAH, diikuti sehari kemudian merasmikan hampir 20 cawangan baru parti itu di Kelantan.
Husam juga dilaporkan berkata Nik Aziz pasti akan bersamanya jika beliau masih hidup kerana apa yang diperjuangkan parti lamanya itu kini lari daripada apa yang pernah diperjuangkan bekas mursyidul am PAS berkenaan.
"Tok Guru Nik Aziz membawa pas berinteraksi dengan masyarakat bukan Melayu (Islam). PAS kini sudah meninggalkan masyarakat buka Melayu atas alasan-alasan yang tidak kukuh," katanya.
Sementara itu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pula berkata Nik Aziz adalah seorang tokoh yang komited pada perjuangan parti dan bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan negeri itu.
"Saya masih ingat bagaimana arwah Tok Guru pernah menangis ketika majlis solat hajat kerana mahu mempertahankan kerajaan sedia ada.
"Jika Tok Guru sanggup berbuat demikian, takkan beliau nak sokong part lain, selain PAS," katanya juga dilaporkan Sinar Harian.

Tiada Bukti Penyelewengan Dalam Pendrive - Tunku Ismail

Posted: 03 Sep 2016 07:39 PM PDT



PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata isi kandungan dalam pemacu pena atau pendrive yang diterimanya sebelum ini bukanlah bukti penyelewengan yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Sebaliknya, Tunku Ismail menjelaskan ia adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak professional dan exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.
Susulan itu, beliau berkata tindakannya menyerahkan pemacu pena itu kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin adalah bertujuan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda dan bukannya menghukum FAM.
"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, isi kandung dalam 'pendrive' yang saya terima adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak professional dan exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.
"Saya berikan kepada Khairy Jamaluddin untuk menyelesaikannya bukan untuk menghukum FAM dan menggantung FAM. Sekiranya kita menggantung FAM, ia akan menjejaskan liga.
"Saya hanya menasihatkan kepada individu-individu tersebut untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu yang lebih layak menjalankan tugas-tugas tersebut," katanya menerusi satu kenyataan dalam laman Facebook Johor Southern Tigers (JDT) pada Sabtu.
Pada masa sama, Tunku Ismail mendakwa beliau mengetahui Presiden FAM, Setiausaha Agung dan siapa ketua jurulatih pasukan kebangsaan untuk tahun depan.
"Saya mengetahui siapa Presiden FAM, Setiausaha Agung dan siapa ketua jurulatih pasukan kebangsaan untuk tahun depan. Tetapi perlukah saya berkongsi maklumat ini dengan penyokong bolasepak tanahair?
Read More / Baca Lagi >>

Parlimen dan mahkamah hilang keagungannya

Posted: 03 Sep 2016 07:32 PM PDT


Parlimen_Berjerebu


Semasa sebuah persidangan serantau di Kuala Lumpur baru-baru ini, saya telah berbual santun dengan orang yang duduk di sebelah saya.
"Jadi saudara dalam jawatankuasa parlimen yang mana?" soal rakan baru saya, yang baru saya ketahui merupakan ketua sebuah institut penyelidikan kerajaan Vietnam. Dia tertanya-tanya tentang peranan saya sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia.
"Itu satu soalan yang baik," jawab saya. "Kami sebenarnya tidak ada jawatankuasa pilihan parlimen (parliamentary select committee) yang aktif, selain daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara." Menyedari raut kebingungan di wajahnya, saya menambah lanjut.
"Sebenarnya, terdapat beberapa cadangan baru-baru ini untuk memperkenalkan jawatankuasa yang saudara maksudkan itu sebagai sebahagian daripada inisiatif pembaharuan yang diterajui kami di pihak pembangkang. Malangnya, Kabinet tidak bersetuju dengan pembentukan jawatankuasa pilihan."
Kerut kening kenalan baru saya itu semakin tampak apabila kebingungannya tadi berubah kepada seakan tidak percaya. "Maafkan saya, kamu katakan Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan Parlimen untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan? Tetapi mengapa Kabinet yang harus menentukan urusan Parlimen?"
Maka timbulnya situasi yang sungguh ironi – apabila saya disoal oleh ahli kerajaan sebuah negara komunis mengenai rasional campur tangan eksekutif dalam hal ehwal badan perundangan tertinggi Persekutuan. Saya hampir hilang punca, kerana saya tahu soalan mudah beliau itu seakan merumuskan semua yang tidak kena dengan institusi-institusi tertinggi negara kita.
Perampasan kuasa oleh eksekutif
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tadbir urus negara kita dibahagikan kepada tiga cabang utama iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman. Setiap cabang ini bertujuan untuk menjadi kuasa yang berasingan dan bebas daripada dua cabang yang lain. Aturan ini dibentuk sedemikian rupa untuk memastikan kewujudan mekanisme semak dan imbang bagi mengelakkan monopoli kuasa oleh mana-mana satu cabang.
Keseimbangan inilah yang dinamakan sistem tiga pihak (tripartite system), satu gelaran yang dicipta oleh ahli falsafah Perancis abad ke-18, Baron de Montesquieu. Malangnya, eksekutif Malaysia terbukti tidak berapa mempedulikan pendapat Montesquieu ini.
Berbekalkan kuasa tidak terkawal selama lima dekad sebelum kehilangan majoriti dua pertiga pada tahun 2008, kerajaan persekutuan BN telah secara semberono meminda Perlembagaan dan undang-undang persekutuan lain bagi mengurangkan kuasa badan perundangan dan kehakiman. Pada masa yang sama, lebih banyak kuasa telah ditumpukan di tangan eksekutif.
Berakhirnya kebebasan kehakiman
Dengan berteraskan tradisi undang-undang common law yang diwarisi British, badan kehakiman Malaysia telah menjadi antara kebanggaan bagi Persekutuan. Malangnya, tidak ramai yang masih memandang tinggi institusi tersebut.
Kebanyakan akan merujuk kepada krisis kehakiman 1988 sebagai punca kepada segala yang tidak kena dengan badan kehakiman kini. Pergelutan yang bermula dengan beberapa keputusan mahkamah yang tidak menguntungkan pemerintah – termasuk pembatalan pendaftaran UMNO – akhirnya berkembang menjadi perbalahan besar antara badan kehakiman dan eksekutif.
Maka tercetuslah pertempuran epik ala Shakespeare yang menyaksikan adegan pengkhianatan, manipulasi besar-besaran dan pada penghujungnya, kejayaan antagonis yang bersifat Machiavelli. Akhirnya, tersungkurlah badan kehakiman dengan pemecatan Ketua Hakim Negara bersama dua hakim Mahkamah Agung yang lain. Menurut mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, negara kita masih belum pulih daripada tamparan hebat ini.
Read More / Baca Lagi >>

Ekonomi menguncup, rakyat salahkan GST punca barang naik

Posted: 03 Sep 2016 07:26 PM PDT

Pemborong dan peruncit menyalahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 sebagai punca kenaikan harga barangan sehingga menyebabkan golongan miskin tidak mampu membeli makanan berkhasiat.
Pegawai komunikasi Elitway Sdn Bhd yang membekalkan bahan makanan mentah dan kering, Hanafi Talib berkata, pengguna tidak boleh menyalahkan pemborong kerana harga barangan mengalami kenaikan bermula di peringkat pengilang lagi.
"Sejak pelaksanaan GST, semua barang memang naik harga. Kami sebagai pemborong memang boleh claim (tuntut balik), jadi tidak terkesan sangat. Kesannya memang pada pengguna.
"Contohnya tepung. Kami ambil dari pengilang sekotak berharga RM13, pemborong jual RM13.20. Untung 20 sen sahaja. Kalau ikutkan, kami hendak bayar kos penghantaran termasuk minyak, tol dan gaji pekerja lagi, apa yang kami untung?
"Berniaga zaman sekarang dah tak macam dulu. Segalanya memang sudah naik," katanya yang 'lali' dengan rungutan peruncit dan pengguna ketika dihubungi FMT hari ini.
Hanafi berkata, 'perkhidmatan orang tengah' yang meraih keuntungan besar juga tidak wujud lagi sekarang dan beliau tidak menyalahkan pengilang dalam isu kenaikan harga barangan.
"Bagi sektor ayam dan daging, itu kena tanya penternak. Mereka bagi alasan dedak pun dah naik harga. Harga ayam sejak Hari Raya Aidilfitri belum turun lagi," katanya yang masih menunggu penurunan harga ayam diumumkan kerajaan.
Mohd Annuar Mohd Saman yang mewakili peruncit Desa Subang juga bersetuju pelaksanaan GST adalah punca kenaikan ketara harga bahan mentah, khasnya makanan berkhasiat.
"Untuk penjualan makanan berkhasiat, sebelum ada GST pun dah mahal, apa lagi selepasnya," katanya sambil menambah hanya individu berkemampuan boleh membeli makanan organik.
Beliau turut menggesa kerajaan melakukan pemantauan berterusan untuk menghalang pemborong dan pembekal menaikkan harga bahan mentah sesuka hati.
Selasa lalu, Institut Kajian Khazanah (KRI) dalam laporan terbaharu keadaan isi rumah yang dipetik Astro Awani menunjukkan makanan kekal sebahagian besar perbelanjaan kebanyakan keluarga dengan kadar kenaikan harga makanan berada di tahap membimbangkan.
Read More / Baca Lagi >>

Pengurusan kewangan cemerlang, Rizab Selangor lepasi paras RM4.1 bilion

Posted: 03 Sep 2016 07:21 PM PDT

BANGI, 4 SEPT: Disebalik keadaan ekonomi tidak menentu dan pengurusan kewangan lemah di peringkat Kerajaan Persekutuan, Selangor sebaliknya terus mengukuhkan rizabnya apabila mencatatkan rekod terbaru dengan melepasi RM4.1 bilion.
Azmin-RakyatDato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pertambahan rizab Kerajaan Negeri itu berlaku disebabkan amalan pentadbiran negeri mengekalkan kecemerlangan pengurusan kewangan dan ekonomi negeri termaju itu.

"Saya dengan pimpinan termasuk Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Timbalan Speaker, Mohd Shafie Ngah dan ADN lain sedang merangka Belanjawan 2017 bagi melihat bagaimana Kerajaan Negeri dapat membantu meringankan bebanan rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup begitu tinggi.
"Kita mampu menjayakan program ini (Belanjawan 2017) kerana kedudukan kewangan Negeri Selangor yang kukuh dan sudah melepasi RM4.1 bilion pada bulan yang lalu," kata Mohamed Azmin.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tautan Ukhwah Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang diadakan di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi di sini, malam tadi.
Jelasnya, pimpinan Kerajaan Negeri menganggap rizab dikumpulkan itu harus dibelanjakan dalam bentuk pembangunan dan bukan untuk menampung kos operasi.
Katanya, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada projek pembangunan Anjung Rahmat dijalankan WADAH pada Belanjawan 2017 nanti.

Bajet 2016: Kewangan Kerajaan Pusat genting

Posted: 03 Sep 2016 07:19 PM PDT

Bajet 2016
SALAH satu ciri belanjawan yang diidam-idamkan oleh semua negara di dunia dan dituntut oleh badan-badan kewangan antarabangsa adalah keseimbangan di antara hasil dan perbelanjaan.
Inilah yang disebut sebagai belanjawan seimbang. Tetapi ia lebih berupa impian daripada kenyataan bagi kebanyakan negara. Dalam keadaan biasa pun ia sukar dicapai apatah lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang.
Antara matlamat dan ikrar utama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila mengambil alih teraju Kementerian Kewangan pada akhir tahun 2008 ialah menghapuskan defisit belanjawan secara berperingkat.
Kemudian sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 beliau menjadikan belanjawan seimbangan sebagai salah satu matlamat penting Program Transformasi Nasional. Beliau berhasrat mencapai idealisme itu menjelang tahun 2020.
Secara amnya, dasar itu menampakkan kemajuan. Defisit belanjawan, iaitu perbezaan antara hasil dan perbelanjaan, dapat dikurangkan daripada 6.7 peratus pada tahun 2009 kepada 3.2 peratus tahun lalu.
Bagaimanapun, dalam tempoh itu juga hutang kerajaan melambung kerana meminjam dengan banyak untuk membiayai pembangunan. Akibatnya jumlah terkumpul hutang kerajaan naik dari RM250 bilion pada tahun 2010 kepada RM656 bilion pada akhir Jun lalu.
Ini adalah angka rasmi yang disiarkan di internet oleh Bank Negara dan dikemaskinikan pada 30 Ogos iaitu sehari sebelum ulang tahun Hari Kebangsaan ke-59.
Jumlah ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah negara dan mencecah had pinjaman yang Mohd Najib sendiri tetapkan iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pada tahun 2008, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan Kementerian Kewangan kepada Mohd Najib, hutang kerajaan berbanding KDNK adalah 41.24 peratus. Nisbah ini lebih rendah pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Keadaan menjadi tambah meruncing sejak sembilan bulan terakhir sehingga Jun tahun ini. Dalam tempoh itu, hasil kerajaan lebih rendah daripada belanja mengurus. Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Dalam bahasa yang mudah, hasil yang kerajaan pungut tidak pun cukup untuk membayar gaji kakitangan awam, menyelenggarakan harta awam dan membayar balik hutang. Hatta pungutan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pun telah jatuh di bawah jumlah yang dianggarkan kerana pengguna tidak lagi berbelanja seperti dulu.
Hasil kerajaan pada umumnya hanya cukup untuk belanja pengurusan. Kos pengurusan tinggi kerana bilangan kakitangan awam ramai dan gaji yang mereka terima boleh dikira lumayan berbanding jumlah penduduk dan hasil kerajaan. Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan subsidi pun datang daripada sumber yang sama. Untuk membangunkan negara kerajaan terpaksa berhutang. Akibatnya hutang kerajaan sangat besar.
Dalam kedua-dua aspek perbelanjaan ini – pengurusan dan pembangunan – berlaku pembaziran yang besar akibat kelemahan pentadbiran, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Satu lagi tanda bahawa kewangan kerajaan semakin meruncing ialah apabila kerajaan mula bermain dengan pengubahsuaian teknikal bagi memberi gambaran bahawa hasil meningkat dan hutang berkurangan.
Read More / Baca Lagi >>

Husam mula rasmi dua cawangan di Salor, nasihatkan penyokong kekal ‘cool’

Posted: 03 Sep 2016 07:14 PM PDT


Kehadiran Husam selepas menyertai Amanah dilihat mendapat sambutan hangat masyarakat Kelantan.Kehadiran Husam selepas menyertai Amanah dilihat mendapat sambutan hangat masyarakat Kelantan.
Selepas tiga hari menyertai Amanah, Datuk Husam Musa meminta agar penyokongnya bertenang terhadap pihak yang dilihat semakin galak menyerangnya.
"Saya suka menasihatkan penyokong atau peminat saya untuk kekal 'cool'. 'Cool' adalah indah. Tanda kematangan. Bekal kejayaan.
"Tidak satu pun yang dilakukan oleh makhluk di muka bumi ke atas makhluk lain yg tidak akan dibalas," ujarnya dalam kenyataan hari ini dipercayai ekoran kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengganggapnya sebagai jahil agama.
Penduduk di Kampung Salor, Pasir Mas dalam majlis bersama Husam malam ini.Penduduk di Kampung Salor, Pasir Mas dalam majlis bersama Husam malam ini.Menyebut Amanah sebagai "Parti Islam Amanah", Husam sedar keputusannya menyertai parti yang bakal genap setahun usianya bulan ini telah memarakkan serangan peribadi yang semakin sengit.
"Saya menasihati diri saya untuk memerima realiti politik Malaysia yang penuh dengan perseteruan bersifat peribadi dan kalah menjadi abu.
"Hatta bagi yang melaungkan mereka membawa panji Islam yang murni dan politik matang lagi sejahtera, tidak terlepas dari kerasnya menembus larangan agama.
"Sejak agak lama, serangan ke atas saya oleh teman bekas wadah perjuangan saya adalah bersifat peribadi, tanpa fakta, tikaman belakang, bertopeng, semborono dan jauh dari akhlak mulia yg kita kenali," ujar bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini.
Sehubungan itu, Husam yang dipecat daripada Pas April lalu mengingatkan supaya tidak memberikan perhatian terlalu banyak terhadap pelbagai bentuk serangan tersebut sebaliknya fokus kepada Kelantan.
"Tumpukan kepada usaha merangka pelan menjadikan Kelantan sebagai model berkerajaan Islam yang moden, makmur, maju, berkebajikan, telus, berakauntabiliti, memelihara akhlak dan mensyukuri semua anugerah Allah untuk Kelantan dengan sebaik-baiknya.
"Dalam rangka itu, mari bersama kita mengembangkan Parti Islam Amanah untuk muncul berketrampilan. Sedikit sebanyak bakat kerdil yang ada pada saya selama memaju dan mempertahankan Pas selama ini, Insya-Allah saya akan gunakan untuk Amanah, sekalipun kita hanya mungkin berjaya sepuluh atau dua puluh tahun akan datang," ujarnya.
Cerminan Pas
Tambah Husam, Amanah perlu memunculkan diri menjadi cerminan untuk Pas bersaing meningkatkan prestasi dirinya sebagai parti dan kerajaan Islam di bawah konsep 'fastabiqul khairat'.
"Atau kita menjadi angkatan yang selalu disebut oleh Al Qur'an, 'wayas tabdil qauman ghairakum'- Allah menjadikan kita angkatan baru menggantikan angkatan lama atas sebab mereka telah hilang kelayakan melangsungkan keunggulan generasi bertaqwa yang cemerlang," ujarnya lagi.
Sekembalinya Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu ke Kelantan, beliau giat dengan siri jelajah termasuk usaha menubuhkan cawangan Amanah di negeri Serambi Mekah itu.
Malam tadi contohnya, Facebook 'Dato Haji Husam Musa' memuatkan beberapa foto tokoh tersebut sekitar mesyuarat penubuhan Cawangan Amanah Wakaf Hj Abdullah dan Gaung Kota, Salor.
Husam sebelum ini memberitahu penyertaannya dalam Amanah adalah kerana percaya parti itu merupakan platform baginya meneruskan perjuangan asal Pas yang telah dikhianati, sekaligus yakin Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz jika masih hidup pasti akan bersama-sama berjuang dengannya.
Walaup bagaimanapun, Hadi dilihat jelas tidak menyenangi kenyataan Husam itu.
"(Kenyataan Husam) Itu kenyataan orang yang jahil agama. Saya lebih rapat de­ngan Tok Guru daripada dia. Kalau tidak percaya, tengok kaset arwah, tengok apa dia komen tentang saya," kata Hadi.

Mengenang Anwar sebagai mangsa kebobrokan sistem pemerintah

Posted: 03 Sep 2016 04:23 PM PDT

OLEH : NURUL IZZAH ANWAR
Pada malam 10 Ogos lalu, saya sempat merenung jauh ke tembok Penjara Sungai Buloh yang suram – menyembunyikan genggaman rindu serta sayu – tinggalan sejarah reformasi yang juga disulami realiti terkini.
Malam itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ayahanda kepada kami enam beradik menyambut kelahirannya yang ke-69, walau jeriji besi 13 lapisan memisahkan kami buat masa ini. Seakan-akan deja vu melihat wajah sahabat, taulan, kenalan, teman, keluarga, semuanya seperjuangan.

Zaman silih berganti, namun sesiapa saja yang lantang berprinsip dalam menegakkan kebenaran menentang kezaliman masih lagi diperlakukan tanpa keadilan oleh parti pemerintah.
Ayah saya merupakan salah seorang mangsa kebobrokan sistem. Kali pertama ketika beliau diperlakukan dengan tidak adil, yang kekal terpahat sebagai memori hitam adalah pada tahun 1998.
Ayahanda telah ditahan di bawah akta ISA tahanan tanpa bicara, disusuli dakwaan palsu yang menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun lamanya.
Yakni, setelah saban tahun berlalu, diakui bahawa dakwaan palsu tersebut merupakan konspirasi politik berskala mega. Kerana lantang bersuara dalam mendedahkan salah urus tadbir negara, beliau sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun di Sungai Buloh.
Pengalaman terdahulu, bermula dengan hampir 2 tahun ditahan di Kamunting semasa zaman mahasiswa – mengetuai protes di Baling pada tahun 1974, menjadikan jumlah beliau dipenjarakan di Malaysia adalah 13 tahun.
Tiga belas tahun merupakan tempoh yang signifikan sebagai fasa transisi pembelajaran. Bayangkan tempoh pengajian bermula dari pra sekolah 5 tahun sehingga tamat pengajian menengah pada umur 17 tahun.
Bahkan, analogi yang lebih universal adalah tempoh 13 tahun itu sudah melebihi jumlah diperlukan untuk planet Jupiter mengelilingi Matahari!
Read More / Baca Lagi >>

Hisham: Muhyiddin mungkin emosi, nak publisiti

Posted: 03 Sep 2016 11:20 AM PDT

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman beliau mungkin bersandarkan emosi dan mahukan publisiti.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan bekas timbalan perdana menteri itu mungkin mahu meraih perhatian orang ramai dengan isu yang mahu dibangkitkan.
"Dia (Muhyiddin) kena buktikan kenyataannya ada asas, sebelum sesiapa hendak menafikan dan membawanya ke mahkamah.
"Apa gunanya kalau sekiranya sesuatu perkara itu dibawa ke mahkamah tetapi tiada asas dan fakta berhubung kait dengan perkara yang dibangkitkan awal-awal lagi.
"Jadi, mungkin (tindakan) itu sesuatu (yang disebabkan) dari segi emosi,
dari segi harapan untuk dapat publisiti dan dapat tumpuan orang ramai.
"Kadangkala, pergi ke mahkamah, ia (perkara yang dibangkitkan) akan dapat tumpuan ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan turut mengingatkan sebelum sebarang tuduhan dilemparkan sesetengah pihak, ia perlulah bersandarkan kepada fakta, asas dan bukti.
Dua hari lepas, Muhyiddin mencabar untuk bertindak menyaman jika dakwaan rasuah melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilontarkannya tidak benar.
Sementara itu, berhubung kenyataan Muhyiddin semalam mengenai 67 kerusi Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan risiko kalah, Hishammuddin berkata ia sekadar andaian semata-mata.
"Kita tak layan andaian. Yang penting kita dalam parti, di Bahagian
masing-masing kena jaga jentera supaya apa yang jadi andaian dan ramalan mereka tidak akan jadi satu kenyataan," kata beliau.
Semalam, Muhyiddin turut dilaporkan berkata sekiranya empat peratus sahaja pengundi beralih angin, 45 kerusi daripada 67 kerusi BN itu boleh menjadi milik pembangkang.

Hari ini, 7 tahun yang lalu

Posted: 03 Sep 2016 10:59 AM PDT

Hari ini, pada tahun 2009 menjadi titik tolak kepada perubahan secara menyeluruh kepada penulis selepas menerima warkah 'keramat' penamatan perkhidmatan secara paksaan dan serta-merta oleh sebuah syarikat akhbar berbahasa Melayu milik Umno.
Melalui detik-detik 'cemas' dibuang kerja secara serta-merta, penulis ketika itu mengharungi liku-liku tersebut dengan penuh istiqamah dengan dipapah oleh Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu dan NUJ Malaysia yang membantu sedikit sebanyak dalam meringankan beban kewangan.
Walaupun pahit pada dasarnya, 'tragedi' September itu tetap menyajikan elemen-elemen manisnya dengan cucuran dan limpahan sokongan moral dan kerja-kerja yang menjana pendapatan dari rakan-rakan dalam syarikat, kesatuan dan pihak-pihak luar yang bersimpati dan menaruh kepercayaan atas perjuangan penulis ketika itu.
Bagaimanapun, pengalaman mengharungi pekerjaan sebagai wartawan yang pernah diberikan amanah untuk mengendalikan wawancara bersama tokoh-tokoh negara seperti bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetap menjadi kenangan yang berharga.
Banyak juga ilmu pengetahuan dan pengalaman menarik yang dapat dikutip semasa menemubual tokoh-tokoh lain antaranya Gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Merican yang pernah menerajui firma petroleum negara, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Tan Sri Tajudin Ramli di samping menjelajah ke banyak negara demi tugasan.
Hanya tinggal kenangan
Walaupun semua itu kini hanya tinggal kenangan, namun pengalaman selama hampir 10 tahun itu menjadi wartawan akhbar Umno itu sedikit sebanyak telah mematangkan dan mendidik penulis untuk berdepan realiti kehidupan terutama politik tempatan setelah menceburi kerjaya itu sebaik sahaja tamat pengajian.
Namun, kerana berkeras untuk berjuang mempertahankan hak-hak kakitangan bukan eksekutif Utusan dan menaikkan gaji ahli-ahli NUJ semata-mata, akhirnya curahan tenaga dan keringat selama hampir 10 tahun itu terus terpadam dalam rekod pencapaian kakitangan syarikat itu.
Lebih malang lagi, penulis terus menerima pelbagai label dan tanggapan antaranya ejen pembangkang dan 'hantu' DAP oleh macai-macai dalaman syarikat akhbar itu tanpa langsung mengenang sumbangan selama hampir sedekad gara-gara memilih untuk berjuang bersama NUJ.

Melangkah ke depan, setelah 'dikhianati' oleh syarikat akhbar milik Umno itu, penulis bertemu sinar baru dengan menerima tawaran untuk membantu pasukan editorial parti dalam menerbitkan Roket, makalah bulanan keluaran DAP selepas satu pertemuan dengan Lim Kit Siang.
Tidak cukup itu, parti yang sering dituduh cauvinis dan perkauman melampau itu terus menghulurkan peluang kepada penulis berdasarkan bakat dan keperluan dengan menawarkan jawatan pegawai khas di pejabat ketua menteri Pulau Pinang, negeri kelahiran penulis untuk menjaga hal-ehwal kebajikan Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Isytihar harta, jangan bagi alasan, kata Ideas

Posted: 03 Sep 2016 10:57 AM PDT


Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan

SHAH ALAM - Tindakan mengisytiharkan harta tidak menjadikan seseorang penjawat awam itu sasaran penjenayah sebaliknya ia satu tanggungjawab demi menunjukkan kewibawaannya kepada pengundi.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, memberi alasan keselamatan seolah-olah menghina kewibawaan pihak polis.
"Jangan gunakan polis sebagai alasan untuk kita menyembunyikan maklumat daripada umum. Polis dah buat tugas mereka sekian lama dan tak pernah gagal jaga keselamatan. Saya yakin mereka akan meneruskan tugas terbaik mereka dengan menyediakan kawalan keselamatan diperlukan," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan melahirkan kebimbangan keluarganya mungkin menjadi sasaran penjenayah jika beliau bertindak mengisytiharkan harta kepada rakyat.
Isu itu timbul selepas pembangkang membuat tuntutan agar beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Abd Aziz mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat dengan kadar segera selepas Adnan memaklumkan setiap jabatan di bawah kementeriannya telah diarahkan untuk meneliti semula pengisytiharan harta pegawai bagi membendung gejala rasuah.
Ini ekoran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pegawai tinggi DBKL bergelar 'Datuk Seri' bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.
Dalam pada itu, kata Wan Saiful, mengisytiharkan harta tidak menjadikan pegawai kerajaan itu sasaran pencuri, penculik dan perompak.
Read More / Baca Lagi >>

"TUHAN JUGA TAHU SAMA ADA NAJIB BENAR2 TAKUTKAN ALLAH ATAU IA HANYA SEKADAR KATA2"

Posted: 03 Sep 2016 10:56 AM PDT

Kalau mendengar Najib Razak berucap atau bertempik di depan audien UMNO yang diketahuinya mereka adalah kelompok yang akan mengangguk dan mengiakan 110 peratus segala kata-katanya, lebih-lebih lagi secara sehala,  memang boleh meremang segala bulu-bulu yang ada di badan dibuatnya.

Bahkan, burung yang sedang terbang juga boleh jatuh dan terhempas ke bumi kerana mendengar "ghau" tempikan beliau ketika menyampaikan ucapannya. 

Malah, mendengar betapa semangatnya Najib mahu mempertahankannya jawatannya, tidak gentar sehingga bumi berkeping dua, gajah pun boleh terbang dan bertukar menjadi jet pejuang.
Di penggulungan Mesyuarat Perwakilan UMNO Pekan hari ini, dengan penuh semangat Najib mengumumkan untuk kesekian kalinya bahawa beliau tidak gentar menghadapi sebarang musuh serta tidak sesekali akan berundur, meskipun menerima tentangan bertubi-tubi dari dalam dan luar negara.

Berbekalkan perjuangan yang dipacu oleh semangat kebersamaan, perpaduan dan sokongan semua pihak, kita akan bangkit semula. Lawan tetap lawan. Saya tidak takut pada sesiapa, saya hanya takut kepada Allah sahaja, kata Najib lagi.

Meskipun Najib mengatakan tidak takut kepada sesiapa, temasuk Tun Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun, kita semestinya belum lupa bagaimana beliau tidak berani turun ke program NothingToHide di PWTC semata-mata kerana bekas Perdana Menteri itu sudah menunggunya di sana.

Selain itu, jika benar tidak takut sesiapa, mengapa cabaran berdebat oleh Tun Mahathir mengenai rasuah 1MDB tidak berani dijawab sampai sekarang?

Jika benar tidak takut kepada sesiapa juga, ingin ditanyakan sama kepada Pahlawan Bugis itu mengapa tidak berani menghadirikan diri dalam persidangan anti rasuah antarabangsa tidak lama sebelum ini?

Bukankah persidangan anti rasuah antarabangsa itu merupakan medan terbaik untuk menjawab segala isu berkaitan rasuah yang dipalitkan kepada dirinya jika benar tidak takut sesiapa dan hanya Allah yang ditakutinya?

Sebagai umat Islam, memang semua orang yang beriman takutkan Allah. Tidak takut kepada mana-mana manusia dan hanya takut kepada Allah adalah 100 peratus sifat terpuji. Ini kerana Allah itu sifatnya maha agung, maha mendengar, maha mengetahui, bahkan maha kepada segala-galanya.

Tetapi, manusia selalunya memang mudah mengucapkan kata-kata hanya takut kepada Allah apabila dalam keadaan tersepit atau ketika dalam keadaan bersalah. Ketakutan kepada Allah bukan boleh dinilai melalui kata-kata atau jerit pekik yang dilaungkan, tetapi melalui amalan dan perbuatan seharian.
Read More / Baca Lagi >>

Tutup cawangan bank selaraskan operasi, kata penganalis ekonomi

Posted: 03 Sep 2016 10:54 AM PDT


Penutupan banyak cawangan bank baru baru ini berkaitan dengan langkah bank dalam menyelaraskan operasiPenutupan banyak cawangan bank baru baru ini berkaitan dengan langkah bank dalam menyelaraskan operasi
Isu penutupan banyak cawangan bank baru-baru ini berkaitan dengan langkah bank dalam menyelaraskan operasi mereka, kata satu sumber penganalisis ekonomi serantau.
Catatan beliau yang mulai viral di media sosial memberitahu, banyak berlaku pertindihan cawangan ketika penggabungan sejumlah bank di Malaysia sebelum ini antaranya Hock Hua Bank dan Ban Hee Lee Bank.
"Bank-bank tersebut menjadi CIMB, Maybank dan sebagainya. Jadi, ada kawasan terdapat dua atau tiga cawangan bank yang sama dalam kawasan kilometer radius yang kecil," ujarnya.
Menurutnya, Bank Negara mensyaratkan bank-bank berskala besar supaya tidak menutup cawangan terbabit untuk beberapa tahun.
"Waktu tersebut dah tamat, maka sekarang Maybank dan CIMB menyatukan semula cawangan tapi di kawasan yang terlalu banyak pelanggan dan menguntungkan, bank boleh pilih untuk kekalkan cawangan. Contohnya di Taman Tun Dr Ismail KL, ada dua cawangan Maybank," jelasnya.
Sumber itu juga menyebut kerajaan yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir ketika itu mengarahkan bank-bank digabungkan pada 1998 bagi mengukuhkan sistem perbankan negara dan mengelak wang pendeposit di bank berskala kecil daripada terjejas.
"Jadi, dalam masa berbelas tahun sejak penggabungan bank, CIMB dan Maybank sudah ada pemerhatian dan perancangan. Cawangan mana harus ditutup, bagaimana nak menempatkan semula pekerja dan sebagainya," jelas sumber itu.
Turut dinyatakan kedudukan Maybank sebagai anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang merupakan salah satu penyumbang dividen kepada sejumlah saham di Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020).
"Maka baguslah mereka menyelaraskan operasi mereka. Kita sebagai pendeposit ASB, ASN dan lain-lain akan terus dapat dividen yang baik," jelasnya lagi sambil menyifatkan isu penutupan cawangan bank ini tidak perlu dipolitikkan.
Read More / Baca Lagi >>

JANGAN BERLAGAK!! Zahid Hamidi, Kau Juga Dalam BAHAYA - Zuraida Kamarudin

Posted: 03 Sep 2016 10:40 AM PDT

AYUH MALAYSIA!! Tinggalkan Saja Najib Dan Umno, Sertai BERSATU...!!

Posted: 03 Sep 2016 10:38 AM PDT

MEMANG BETOL!! Orang UMNO Dulu Kuat JILAT Mahathir, Tapi Sekarang?? - Mahfuz Omar

Posted: 03 Sep 2016 10:37 AM PDT

Umno bukan 'Bursa Saham' kaut untung

Posted: 03 Sep 2016 05:28 AM PDT


Dr Ahmad Zahid Hamidi

ALOR SETAR - Semua anggota dan pemimpin Umnodiminta tidak menggunakan parti itu sebagai 'Bursa Saham' untuk mengaut keuntungan dan kepentingan peribadi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno berkata mereka yang menggunakan peperangan politik untuk mendapatkan 'ghanimah' (harta rampasan perang) hanya akan membawa kehancuran kepada parti.
"Dalam peperangan politik, apa diperlukan setelah menang ialah ghanimah yakni pulangan politik. Jika ghanimah tidak diperoleh dalam peperangan, maka pengikut akan melakukan protes senyap yang boleh menyebabkan organisasi rosak.
"Apabila kepentingan peribadi jadi keutamaan dan organisasi politik jadi pentas untuk ghanimah dicapai, tunggulah ketikanya kehancuran datang tanpa dihancurkan daripada luar, (sebaliknya) kita yang izinkan kehancuran berlaku dari dalam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Umno‎ bahagian itu Datuk Ariffin Man.
Justeru itu, beliau mengingatkan ahli Umno bahawa parti berusia 70 tahun itu bukanlah bursa saham yang boleh diperdagang untuk mengaut keuntungan, sebaliknya ia adalah sebuah institusi sosial untuk orang Melayu serta tulang belakang Barisan Nasional memperjuang kepentingan masyarakat majmuk.

Sebuah Realiti Politik Yang Akhirnya Hancur.

Posted: 03 Sep 2016 05:27 AM PDT

Badai UmnoSaya hanya pembawa analogi. Anda pula semestinya pembac politik yang sangat tajam.
Jika ketajaman anda tidak cukup, anda hanya sebagai pembaca. Merugikan masa anda, saya yakin sepenuhnya. Persiapkan diri anda sebelum menghadami tulisan ini.
Beberapa abad dahulu, apabila saya menganaloginya, ia ternyata benar semuanya. Tentang lima jari tangan kita. Saya mengandaikanya sebagai Umno.
Sebuah parti yang mempunyai segala kecukupan. Duit, pengundi, pemimpin dan kuasa. Mereka mula pecah apabila salah satu daripada jarinya patah. Saya mengandaikan ia sebagai jari kelingking. Jari yang paling tidak berguna.
Kemudian dua jarinya yang paling utama iaitu MCA dan MIC yakni jari hantu dan jari tengah mula patah dan tak bermaya. Tuan Guru Nik Aziz mengandaikannya sebagai tongkat. Namun saya lebih suka dengan jari.
Apabila kedua jari utama ini patah, Umno sudah jadi paling tidak bermaya. Pakatan Rakyat ketika itu sudah mula memikirkan siapa yang menjadi Perdana Menteri, berapa orang Timbalan Perdana Menteri dan berapa lagi duit yang tertinggal selepas di balun oleh BN.
Tiba- tiba Pakatan Rakyat runtuh. Tidak diketahui kenapa. Enjinnya berhenti, kaku, rosak di mana-mana dan para nakhoda bercakaran. Kapal terumbang- ambing dipukul ombak. Akhirnya ia dihanyutkan. PAS terlebih dahulu terjun bersendirian.

Kini kedua- dua kapal itu sedang berlayaran tanpa arah. Tidak mempedulikan rakyat dan pengundi. Samun menyamun terhadap kedua kapal semakin berlarutan. Terutama kapal BN yang masih banyak harta di dalamnya.
Rakyat di daratan melihat adegan ini tanpa berkelip. Ramai yang sudah mula tertidur tidak menghiraukan kedua kapal itu. Anak muda terutamanya mula mencari buluh untuk dijadikan kail. Ada yang sedang mencuri- curi menjeling minah Mat Salleh yang berjemur hampir telanjang di pinggir pantai.
Hasil daripada kehancuran dan ketidaktentuan kedua-dua kapal besar itulah, lahirnya dua sosok baru.
Dikatakan keduanya ialah jari-jari yang di bina daripada getah. Ia ciptaan teknologi yang baru. Seumpama jari. Nampak macam jari. Boleh bergerak macam jari sebenar. Cukup sifat jarinya.
Namun, ia masih dipersoalkan di kedai kopi di daratan, benarkah ia jari dan mampukah ia berfungsi sebagai pelampias nafsu seandainya perempuan kedatangan haid.
Tak faham? Dari tadi saya katakan ianya adalah analogi yang sangat berat. Baca perlahan- lahan. Saya yakin akhirnya anda akan ketawa berdekah- dekah. Kah Kah Kah.
Saya analogikan tentang dua jari ciptaan baru ini nanti. Selamat pagi dan Assalamualaikum warga Pulau semua!

HJ OSAMA

Derma mungkin pembelaan terbaik dalam mahkamah

Posted: 03 Sep 2016 05:26 AM PDT


Tindakan memberikan amaran awal beberapa hari sebelum memulakan operasi menahan dilihat sebagai sesuatu yang positif.Tindakan memberikan amaran awal beberapa hari sebelum memulakan operasi menahan dilihat sebagai sesuatu yang positif.
Sejak negara mempunyai penyapu baru, pelbagai tangkapan dan tahanan reman telah dilakukan terhadap pelbagai pihak yang mempunyai kedudukan tinggi.
Kepanikan dan kerisauan keluarga suspek suspek VIP berkenaan kerana terdapat amoun tunai yang kurang munasabah dalam akaun peribadi masing masing serta harta yang dikira terlampau mewah melampaui kemampuan asal mereka yang makan gaji sekalipun berkedudukan tinggi.
Jawapan yang amat mudah mungkin derma sama ada daripada Arab Saudi, Zimbabwe ataupun daripada individu terkenal seperti Warren Buffet, Bill Gates ataupun Syawal Biras kepada Muharram dan Safar dalam filem Ahmad Albab ataupun Ellie Palestin yang dulunya pernah nak derma lebih RM1billion pada sebuah NGO yang berkaitan pencegahan kanser di negara kita yang mana Ellie Palestine barangkali kini tenang berehat di Tanjung Rambutan.
Dipetik Laporan Gulf Times sepuluh tahun lalu.
"From Gulf Times of Tuesday, 10 January, 2006
KUALA LUMPUR: Malaysian officials were scratching their heads yesterday over a $275mn (RM1.07 billion) charity pledge from a Lebanese businessman whose credibility has been questioned in the media.
The massive "donation" to the National Cancer Council from Malaysia-based businessman Elie Youssef Najem made front-page news over the weekend after a press conference held by delighted charity officials.
But the headlines were replaced yesterday with a series of complaints from people who said he had cheated them out of their wages and out of large sums owed for everything from flowers to furniture. Reports said that charges for criminal breach of trust had been lodged with police against Najem, who claims to be worth $46bn. Malaysia's health minister Chua Soi Lek also cast doubt on the credibility of the businessman who reportedly lives in a modest apartment in Kuala Lumpur.
"I find it hard for it to be true because it's a huge amount," Chua was quoted as saying in the New Straits Times. The newspaper said a number of former workers and contractors had complained about Najem.
"I had my doubts when he claimed to be a lord in Canada and a prince in Lebanon," said Farizatul Akma, who quit work after one day after seeing the businessman's cheques bouncing.
"We know who this individual is and he has been investigated previously for cheating and alleged criminal breach of trust," city commercial crimes chief Assistant Commissioner Aris Ramli told the newspaper. Najem, 45, could not be reached for comment but has insisted he is a bone fide businessman.
"I come from a very important family in the Middle East and my donations to the National Cancer Council involve people high up in Malaysian society," he was quoted in the Star daily yesterday. - AFP
Seterusnya para suspek dalam kes terkini dalam negara kita perlu mendapatkan saksi yang dah berjumpa penderma dan tengok dengan mata sendiri wang dermaan si penderma tanpa mengira faktor penderma mungkin meninggal dunia selepas itu.
Memandangkan terdapat 'precedent', menerima derma tidak menyalahi undang undang sekalipun memegang jawatan dalam kerajaan mahupun institusi swasta maka, InshaaAllah ada rezeki mungkin satu sidang akhbar akan di adakan bagi membersihkan nama mereka yang berkenaan dan kes mereka akan diarah tutup.
Akta SPRM 2009 yang dengan jelas mendefinasikan suapan termasuk derma tidak lagi terpakai sekalipun sepatutnya Akta yang diberikan keutamaan daripada kenyataan rasmi yang bukan bersifat undang-undang Untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu siasatan pelbagai negara terhadap syarikat hutang negara ada pelbagai cara lain selain daripada meneruskan tindakan terhadap mereka mereka yang berjawatan tinggi.
Contohnya jika salah seorang daripada ahli keluarga terdekat pemimpin ataupun pasangan berlari di tengah pembahagi jalan di Bukit Bintang sambil menyanyikan lagu Aku Anak Kampung tanpa berpakaian mungkin boleh membuatkan rakyat lupa seminggu kes syarikat hutang negara dan mungkin rakyat boleh terus ketawa bertahun tahun lamanya.
Cara lain untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada membincangkan isu syarikat hutang negara mungkin dengan si penyapu baru mengambil keputusan untuk 'menembak' dirinya sendiri justeru mungkin menambah sehari dua lagi untuk rakyat tidak membincangkan hal syarikat hutang negara.
Mungkinlah pengorbanan dan jasa sebegini melayakkan beliau mendapat pelbagai anugerah dan pujian kelak.
Tindakan memberikan amaran awal beberapa hari sebelum memulakan operasi menahan supaya mereka yang berkenaan menyerah diri supaya dapat di pertimbangkan kes mereka sebagaimana di lapor media secara meluas mungkin di lihat sebagai tindakan yang positif di mata rakyat amnya.
Namun sebenarnya tawaran berkenaan cuma terletak dibawah bidang kuasa jabatan lamanya iaitu Pejabat Peguam Negara dan kini beliau bukan lagi bekerja di sana justeru kuasa berkenaan ada pada ketua lamanya sahaja dan bukannya pada beliau melainkan beliau masih menganggap beliau masih bekerja di pejabat lamanya.
Sebenarnya, segala perbuatan kita bergantung kepada niat kita sepertimana sabda Nabi Muhammad saw, "Sesungguhnya setiap amalan(perbuatan) bergantung kepada niat'' (Hadith Sahih Bukhari/Muslim) dan keikhlasan cuma dapat di nilai oleh Allah swt sepertimana yang di bincangkan secara tidak langsung sepanjang 2 jam dalam filem Indonesia, "Kiamat sudah dekat'' yang boleh di tonton di youtube.
Justeru, apa sebenarnya motif penahanan mereka mereka yang berkenaan. Apakah benar benar untuk membanteras rasuah? Jika benar benar ikhlas, bagaimana pula dengan kes kes berprofil tinggi yang berlambak lambak termasuk yang telah kembali menjadi menteri selepas terpaksa meninggalkan kabinet sedikit masa lalu kerana kes yang melibatkan siasatan SPRM(BPR)?
Read More / Baca Lagi >>

Najib Hanya Takut Allah, Bukan Individu Umur 92 Tahun......

Posted: 03 Sep 2016 05:19 AM PDT

Najib MO1 dan Duit 1MDB Biayai Empayar Hiburan

Posted: 03 Sep 2016 05:17 AM PDT

Oleh A Kadir Jasin
 
BUAT kali kedua Pengarah Strategik Barisan Nasional, (Datuk) Abdul Rahman Dahlan dilaporkan telah menamakan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, sebagai orang yang digelar "Malaysian Official 1" (MO1) oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Ahli Parlimen BN Langkawi, Nawawi Ahmad, misalnya cuba mengabui mata rakyat jelata dengan mengaitkan MO1 dengan Yang di-Pertuan Agong. Dia kemudian memohon maaf atas perbuatan bodohnya setelah menyalahkan orang lain kononnya menyalahtafsirkan kenyataan beliau.
Tetapi pengesahan Abdul Rahman ini bukan calang-calang pengesahan. Ia adalah pengesahan taraf  Kabinet dan standard global oleh salah seorang pembela terulung Perdana Menteri.
Ia bukan pengakuan lawak standard Ahli Parlimen Langkawi. Ia pengesahan rasmi yang dibuat bukan kepada media arus perdana tempatan yang boleh diperkotak-katikkan tetapi kepada penyiar global – British Broadcasting Corporation (BBC). Bukan sebarang orang boleh dapat "airtime" di BBC. (Baca/tonton di sini).
Jadi, akibat pengesahan Abdul Rahman itu bertambah kuat dan jelaslah bukti yang selama ini cuba dipertikaikan iaitu Najib adalah numero uno – orang nombor satu – 1MDB.
Atau adakah Abdul Rahman juga akan buat macam Ahli Parlimen Langkawi dengan mengatakan kenyataan beliau diputarbelitkan atau disalah takrif? Boleh buat tapi sudah terlambat.
Masih Tak Percaya?
Soalnya, dengan pengesahan kepada BBC oleh Abdul Rahman bahawa MO1 adalah Najib, masih adakah lagi konco, macai dan balaci pemakan dedak akan cuba putar-belit dan adakah lagi pihak yang tidak percaya?
Ini termasuklah para ulama dan agamawan PAS. Berpandukan pengalaman lalu, saya rasa segelintir mereka akan terus tidak percaya walaupun pengakuan itu dibuat oleh menteri Najib sendiri.
Kita sudah lihat macam mana Presiden PAS, (Datuk Seri Tuan Guru) Haji Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am (Datuk Tuan Guru) Haron Din dengan keras menafikan pembabitan Najib dalam dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan 1MDB.
Malah mereka kini menjadi kayu penongkat mahligai politik Najib yang condong dan goyang.
Tetapi penafian Abdul Hadi dan Haron menjadi semakin sukar dipercayai dan dipertahankan dengan semakin banyaknya pendedahan baru yang sangat sensasi mengenai penipuan dan penyelewengan duit 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Menanti PM Najib menyatakan Siapa MO1

Posted: 03 Sep 2016 05:15 AM PDT


OLEH DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
1.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri perlu tampil menyatakan siapakah Malaysia Official 1 (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.Ini bagi mengelak dari tanggapan yang PM Najib tidak seberani Datuk Abd Rahman Dahlan Menteri di JPM. Mana mungkin PM Najib lebih penakut dari Rahman Menteri di JPM.



2.Selagi PM Najib tidak membuat penjelasan siapa Malaysian Official 1 (MO1) ini akan memperlihat ada menteri yang takut hendak menyatakan siapakah MO1, walaupun ada menteri yang terkeluar cakap dan menyatakan MO1 itu ialah Perdana Menteri Najib. Ini akan mempamerkan kabinet tidak sekata.

3.Sebagai pahlawan Bugis,Najib sepatutnya tampil dengan berani menyatakan siapakah MO1.Najib tidak boleh membiarkan ada Menteri yang cakap dan menyatakan MO1 ialah Perdana Menteri Najib dan ada pula Menteri yang tak berani mengaku bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Najib. Saya tidak pasti Menteri dan peguam negara yang tak berani menyatakan PM Najib  adalah MO1 adalah orang bodoh.Yang jelas Rahman Dahlan menyatakan hanya orang yang bodoh saja tak tahu siapa itu MO1.Malah ada Ahli Parlimen yang biadab dengan mengaitkan Tuanku Yang Di Pertuan Agong sebagai MO1.

4.Saya yakin PM Najib bersetuju bahawa rakyat ingin melihat Perdana Menteri  yang berani dan bertanggungjawab.  Berani bertanggungjawab adalah ciri pahlawan Bugis yang pernah kita baca. Kita tak mahu rakyat melihat PM Najib seperti yang selalu dilihat orang di Bugis Street.Oleh itu PM Najib perlu menampilkan watak kepahlawanan Bugisnya  menyatakan siapa MO1.

5 Kepada Menteri  Kabinet dan Peguam Negara perlulah sepakat sama ada mereka bersetuju atau tidak pengakuan Datuk Rahman Dahlan yang PM Najib adalah MO1.Ini adalah babak penting dalam episod mencari jawapan tentang wang berjumlah AS681 juta (RM2.6) bilion berakhir ke dalam poket (akaun) MO1.

#SingkirMO1
#SingkirKabinetMangkukHayun
#SelamatkanMalaysia

Comments (0)