Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:08 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


‘Salahkan 1MDB, bukan aduan daripada rakyat’ - Rafizi

Posted: 29 Sep 2016 09:17 PM PDT

Daya saing global Malaysia menjunam tujuh tangga adalah disebabkan oleh 1MDB, dan bukannya aduan daripada orang ramai seperti yang didakwa oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Beliau merujuk kepada Laporan Daya Saing Global (GCR) 2016-2017 Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang mendedahkan bahawa Malaysia daripada 138 buah negara telah jatuh ke tempat ke-18 daripada tangga ke-25 tahun ini,.
"Adalah semula jadi bagi Malaysia kehilangan daya saing secara berterusan selepas kucar-kacir 1MDB.
"Toksik daripada skandal 1MDB merebak di seluruh spektrum secara mendatar dan menegak - semua sektor terlibat dari pembuatan ke seni, dan setiap orang terjejas daripada yang kaya kepada yang miskin," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi yang juga adalah setiausaha agung PKR mendakwa dana awam yang sepatutnya untuk sekolah dan hospital digunakan untuk membayar hutang 1MDB, menyebabkan penurunan kualiti perkhidmatan dalam pendidikan awam dan penjagaan kesihatan.
Ini, katanya, akan menakutkan pelabur, mencetuskan tindak balas berangkai yang mengakibatkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, hasil kerajaan yang lebih kecil, dan pemotongan bajet selanjutnya.
Ong, semalam berkata aduan rakyat Malaysia adalah antara sebab kedudukan ranking Malaysia menurun.

Mereka ingat boleh main silap mata, kata Guan Eng

Posted: 29 Sep 2016 09:11 PM PDT

Perbicaraan kes rasuah Guan Eng ditetapkan 6 Disember

Posted: 29 Sep 2016 08:41 PM PDT

Ahli Umno tidak kejar kemewahan kata pemuda

Posted: 29 Sep 2016 08:38 PM PDT

SHAH ALAM - Ahli Umno berjuang demi rakyat dan bagi memastikan agenda perjuangan dicapai, bukan kerana mengejar kemewahan.
Exco Pemuda Umno, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz berkata, mana-mana pemimpin Umno yang menghabiskan masanya berkhidmat untuk rakyat dan pada masa sama fokus pada kerjaya atau perniagaan sudah tentu mendapat ganjaran dari segi wang ringgit.
Keratan akhbar Sinar Harian "Tetapi untuk mengatakan ahli Umno masuk politik kerana duit atau mahukan kemewahan, itu salah, tidak benar sama sekali.
"Tanyalah mana-mana ahli Umno di peringkat akar umbi, cawangan mahupun bahagian. Kami tidak dapat wang ganjaran selain daripada memastikan agenda umno tercapai," katanya.
Semalam, dalam wawancara dengan Sinar Harian, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ramai pemimpin masa kini lebih memikirkan kepentingan diri daripada rakyat.
Dalam pada itu, Tengku Zuhri turut menyangkal dakwaan bahawa cara kepimpinan Umno sekarang menyebabkan berlaku perpecahan dalam parti.
Menurut Tengku Zuhri, Umno terbukti masih kekal bersatu dan kukuh. Ini terbukti hasil kemenangan pada dua PRK di Sungai Besar dan Kuala kangsar apabila parti itu peroleh kemenangan dengan majoriti lebih besar.
"Dalam mana-mana parti politik perbezaan pendapat biasa berlaku dan itu adalah hak demokrasi setiap ahli parti. Parti pembangkang juga berpecah. Perpecahan bukan perkara baharu dalam parti.
"Tengku Razaleigh juga pernah keluar dari Umno dan menubuhkan parti Semangat 46. Namun, akhirnya kembali bertaut kepada Umno. Ini membuktikan Umno masih relevan," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menafikan dakwaan Ku Li yang mengaitkan kepimpinan Pas sebagai penyebab perpecahan dalam kalangan Melayu.
"Ini kerana perpecahan dalam parti boleh berlaku atas banyak faktor. Umno sendiri pernah berpecah beberapa kali.
Read More / Baca Lagi >>

Tak sokong IS tak bermakna anda ‘sederhana’, kata Nazir Razak

Posted: 29 Sep 2016 08:31 PM PDT

Nazir berkata imej 'sederhana' yang cuba ditonjolkan sesetengah pihal adalah palsu.
Nazir RazakKUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Razak semalam mempersoalkan mereka yang menggelar diri mereka sebagai golongan sederhana tetapi masih tidak bertolak ansur dengan pihak yang mempunyai perbezaan pendapat.
Bercakap pada majlis pelancaran buku "Kesederhanaan" semalam, pengerusi Kumpulan CIMB yang juga adik kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata golongan ini berfikiran tertutup dan tidak mencerminkan apa yang didakwa.
"Kita perlu menjelaskan dengan mempunyai kawan dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak menyokong IS, tidak semestinya menjadikan anda seorang yang sederhana.
"Sebenarnya, tingkah laku anda yang menentukannya," katanya dipetik Bernama.
Nazir juga berpendapat Majlis Raja-Raja perlu menaungi Majlis Perundingan Negara (Mapen), entiti yang ditubuhkan di bawah pentadbiran ayahnya, Tun Abdul Razak pada 1970 selepas rusuhan kaum 1969.
Nazir pada tahun lalu pernah mencadangkan majlis yang sama ditubuhkan bagi menangani kemorosotan hubungan kaum akhir-akhir ini. Ia bagaimanapun disambut dingin beberapa pertubuhan sivil yang menganggap usaha perpaduan itu akan gagal sekiranya tidak ada semangat politik di pihak kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi gesa SPR baiki sistem pendaftaran

Posted: 29 Sep 2016 08:28 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membaiki khidmat pendaftaran pengundi baharu.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, banyak aduan diterima mengenai ketidakcekapan sistem pendaftaran SPR yang mengecewakan orang ramai.
"Sejak Isnin lalu, Invoke (Sukarelawan Keadilan) menerima banyak aduan mengenai dua kelemahan. Pertama adalah borang SPR tidak ada ada di pejabat-pejabat pos Malaysia dengan alasan borang sudah kehabisan.
"Ada kes yang mana orang ramai terpaksa berulang ke pejabat Pos Malaysia tiga hari sebelum borang ada kembali. Masalah kedua ialah sistem atas talian (online) SPR yang selalu tergendala menyebabkan proses mendaftar undi tidak dapat dibuat," katanya dalam kenyataan, semalam.
Rafizi berkata, SPR perlu mengusahakan sistem membolehkan pemohon mendaftar secara online untuk menangani kapasiti permohonan besar.
"Ini ambil kira sistem manual mengikut borang di pejabat pos yang ada sekarang tidak cekap dan mengecewakan.
"Sistem online akan memastikan pendaftar mendapat pengesahan serta merta tanpa menunggu enam bulan seperti sekarang," katanya.
Dalam pada itu Rafizi berkata, seramai 483 pengundi baharu telah mendaftar hasil dari  inisiatif program #UntungDaftar yang dikendalikan Invoke, sejak Isnin lalu.

Tolak pemimpin bermasalah bukti demokrasi berjalan baik

Posted: 29 Sep 2016 08:20 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad Penyingkiran pemimpin tertinggi yang bermasalah bukan sahaja tidak bermakna menolak demokrasi tetapi sebenarnya menjadi bukti demokrasi sedang berjalan dengan baik kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berpendapat selagi Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, selama itulah negara ini tidak demokratik dan melaksanakan pemerintahan kuku besi yang tidak berlandasakan undang-undang.
Menulis di blognya hari ini Dr Mahathir menegaskan, perdana menteri seperti Datuk Seri Mohd Najib Razak juga pernah berperanan dalam usaha penyingkiran Tun Abdullah Badawi sebelum tamat tempoh perkhidmatannya.
"Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai Perdana Menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun," ujarnya.
Beliau menyenaraikan beberapa tindakan Najib membabitkan kumpulan perniagaan, kontraktor, akhbar, wartawan selain membelakangkan sama sekali hak rakyat dibicarakan.

"Jika rakyat atau anggota keselamatan terbunuh, "inquest" iaitu pemeriksaan akan sebab kematian oleh Majistret tidak boleh diadakan. Persoalan di mahkamah berkenaan kes juga tidak dibenar.
:Baru-baru ini apabila komen dibuat oleh seseorang berkenaan kematian seorang tokoh politik, polis menangkap orang itu tanpa waran, menyoalnya selama 12 jam, sebelum dilepas. Ketua Polis Negara dakwa bahawa waran tangkap tidak diperlukan. Siapa sahaja boleh ditangkap oleh polis tanpa waran.
"Semua ini adalah bukti jelas dan terang bahawa Najib sudah hapuskan demokrasi di Negara ini.
"Yang patut ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana mensabotaj demokrasi di Malaysia ialah Najib," tulis beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Strategi politik pemimpin Umno bila tidak kisah ahli keluar parti

Posted: 29 Sep 2016 08:19 PM PDT

Kenyataan pemimpin Umno yang seolah-olah tidak kisah ahlinya keluar menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanyalah merupakan strategi politik, kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat.
"Setiap parti apabila ahlinya keluar, mereka akan risau sebenarnya. Tapi mereka tidak boleh menunjukkan kerisauan sebab situasi akan nampak lagi buruk kalau mereka tunjuk risau.
"Mereka cuba menunjukkan kepada ahli-ahli, yang nak keluar terpulang kepada mereka.
"Mereka guna istilah pembersihan, buang penyakit, buang buruk dan sebagainya supaya menampakkan parti tidak memerlukan ahli-ahli yang tidak setia. Kalau dari satu aspek, ada kebenarannya pendekatan itu," katanya seperti dipetik Sinar online hari ini.
Namun katanya, Umno tidak boleh mengelak hakikat bahawa partinya sedang mengalami perpecahan dan kemerosotan ahli.
"Kita boleh lihat sejauh mana peningkatan keahlian Bersatu dalam jangka masa enam bulan ini. Di situ kita akan lihat kesannya kepada Umno.
"Tapi ia akan mengambil masa sebab itu, formula adakan pilihan raya dalam masa terdekat itu akan menguntungkan Umno," katanya.
Beliau dalam kenyataan sama juga menyebut Bersatu bakal menerima nasib sama seperti parti serpihan Umno, Semangat 46 yang ditubuhkan pada 1988, yang bertahan hanya lapan tahun.
Katanya, dua parti serpihan itu wujud berdasarkan kepada protes terhadap kepimpinan Umno sekarang antara sebab parti baharu tidak kekal lama.
"Kerana itu parti ini tidak akan kekal lama. Parti ini akan jadi macam Semangat 46. Akhirnya kembali kepada Umno," ujarnya seperti dipetik.

Ranking tadbir urus korporat M'sia jatuh kerana 1MDB

Posted: 29 Sep 2016 08:16 PM PDT

Skandal 1MDB skandal mengheret Malaysia turun dua anak tangga ke tempat keenam dalam kedudukan Corporate Governance (CG) Watch 2016 di kalangan 11 buah negara Asia Pasifik.
Malaysia mendapat 56 mata, di belakang Singapura (67), Hong Kong (65), Jepun (63), Taiwan (60), dan Thailand (58), lapor The Edge, dengan memetik data yang dikeluarkan oleh kumpulan perbankan pelaburan CLSA dan Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia (ACGA) semalam.
Akhbar harian kewangan itu berkata ia ekoran kemerosotan 11 mata di bawah bahagian "politik dan kawal-selia", yang menafikan tujuh mata di bawah penguatkuasaan.
Dalam laporan dwitahunan tu, Pakar perunding ACGA, Benjamin McCarron berkata sementara pihaknya menaik taraf Malaysia tahun ini bagi penguatkuasaan kesalahan pasaran modal dan beberapa perubahan kawal selia dan dasar yang baik, namun krisis 1MDB telah memberi kesan sebaliknya kepada persekitaran politik dan kawal selia tadbir urus awam dan korporat.
Ini, katanya, menyebabkan penurunan yang sederhana dalam skor secara keseluruhan.
Penurunan skor 'politik dan kawal-selia' dilaporkan kerana "kekurangan dasar kerajaan yang jelas, konsisten dan kredibel mengenai CG; persepsi kurangnya keberkesanan di pihak bank pusat dalam menjalankan kuasanya; kedalaman kemahiran media dan kebebasan dalam melaporkan CG; kebebasan suruhanjaya anti-rasuah; dan sama ada kerajaan telah membuat kemajuan dalam meningkatkan standard tadbir urus awam. "
Laporan Tadbir Urus Korporat adalah berdasarkan kepada kaji selidik 95 soalan yang meliputi lima bidang: peraturan dan amalan CG; penguatkuasaan; persekitaran politik dan kawal selia; perakaunan dan pengauditan; serta budaya CG.
Setiausaha Agung ACGA, Jamie Allen dipetik oleh The Edge sebagai berkata Malaysia boleh melakukannya "lebih baik" sekiranya tidak ada isu 1MDB, dan mampu mendapat skor sama seperti Thailand.
"1MDB telah memberi kesan kepada persepsi pasaran modal Malaysia. Orang ramai bimbang tentang apa yang sedang berlaku. Apabila standard tadbir urus awam jatuh dalam tempoh jangka masa sederhana hingga jangka panjang, ia mempunyai kesan ke atas keputusan (pelaburan," kata Allen.
Sementara itu McCaron juga menulis bahawa walaupun terdapat kesan daripada krisis 1MDB di Malaysia, tetapi impak terus kewangan daripadanya, dilihat dapat dikawal.
Read More / Baca Lagi >>

RUU Akta 355 untuk penuhi tuntutan politik

Posted: 29 Sep 2016 08:14 PM PDT


Prof MadyaDr Shamrahayu Abdul Aziz (kiri) dan Dr Zukqarnain Lukman ketika bercakap mengenai RUU  di USIM baru-baru ini.Prof MadyaDr Shamrahayu Abdul Aziz (kiri) dan Dr Zukqarnain Lukman ketika bercakap mengenai RUU di USIM baru-baru ini.
Rang Undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat lebih kepada tuntutan politik berbanding tuntutan syariah.
Peguam syarie, Dr Zulqarnain Luqman berkata, tindakan membaca usul berkenaan tanpa dibahaskan serta menangguhkan perbahasan selama lima bulan menimbulkan kontroversi dan perdebatan hangat dalam masyarakat.

Malah katanya, tindakan agamawan yang menyeru orang ramai menyokong Akta 355 adalah tidak masuk akal kerana ia belum pun dibahaskan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Datuk Seri Abdul Hadi Awang "Penyokong YB Marang memang bergerak aktif untuk ceramah di masjid-masjid, memberikan penerangan tentang Akta 355.

"Sehingga ada ustaz yang kata kalau Wan Azizah tidak sokong (RUU355) jatuh iman. Nanti tanam di jirat cina. Ini kan tak bagus. Ia masih dalam perdebatan di parlimen.

"Apa relevannya pergi ceramah RUU 355 di masjid-masjid? Ceramah di sini pun tak relevan pun sebenarnya sebab awak semua tak mengundi pun dalam Dewan Rakyat.

"Tapi sebab ini dah jadi kecoh. Kalau tidak sokong dituduh kafir," katanya dalam forum RUU355: Matlamat Politik atau Tuntutan Syariat di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Nilai pada Rabu.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kontroversi kuliah Yang Dipertua Pas Padang Serai Shaharuddin Ibrahim yang menyifatkan ahli parlimen yang tidak menyokong RUU 355 sebagai 'jatuh akidah' (rosak akidah) dan layak dikebumikan di jirat (tanah perkuburan Cina).
Shaharuddin bagaimanapun telah menarik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Shamrahayu Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak bersetuju terhadap hukuman yang tidak ditetapkan seperti yang terkandung dalam seksyen 2A yang hendak dipinda.
Read More / Baca Lagi >>

LGE supporters, detractors clash briefly at graft hearing

Posted: 29 Sep 2016 08:04 PM PDT

Guan Eng hadir di mahkamah diiringi ramai penyokong

Posted: 29 Sep 2016 07:59 PM PDT

Konvoi Bersih 5 tidak gentar, sedia bertembung kumpulan baju merah

Posted: 29 Sep 2016 07:17 PM PDT


Maria Chin akan melancarkan konvoi Bersih 5 di lokasi Kota Bahru esok.Maria Chin akan melancarkan konvoi Bersih 5 di lokasi Kota Bahru esok.
Bersih 2.0 tidak gentar  dan mengingatkan kumpulan baju merah dalam kempen Merah V2  tidak melakukan kekecohan  yang dijangka akan turut sama berdemontrasi balas terhadap konvoi Bersih 5 yang bermula esok.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, jika berlaku pertembungan diharapkan kedua pihak tidak menimbulkan kekacauan kerana konvoi yang dilakukan ini secara aman.
" Konvoi Bersih 5 hingga kemuncaknya pada 19 November depan dilakukan secara aman dan mendapat permit berhimpun.
"Saya harap dia (Jamal Md Yunos) dan kumpulan baju merahnya tidak akan buat kacau bilau terhadap peserta Bersih di Lumut dan lokasi-lokasi konvoi lain kerana kami berhimpun secara aman. Jadi mereka pun kenalah berhimpun secara aman dan  tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap peserta yang berhimpun," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Jamal dan kumpulan baju merah dijadualkan akan berada di Perak jam 4 petang ini dan keesokkan pagi kumpulan ini akan bergerak ke pekan Lumut dan ke Teluk Intan.
Kumpulan baju merah ini pernah menangguhkan perhimpunan balas Bersih 4 pada 2015 kerana nasihat daripada pihak polis bagaimanapun dalam Bersih 5, beliau mahu mengabaikan sebarang nasihat diberikan polis, untuk turun berhimpun dalam  konvoi dan acara kemuncak Bersih 5 diadakan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Nasib Bersatu sama macam Semangat 46?

Posted: 29 Sep 2016 07:14 PM PDT

Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka bakal menerima nasib sama dengan parti serpihan Umno, Parti Melayu Semangat 46.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, ia berdasarkan hakikat parti itu wujud atas dasar protes kepada kepimpinan Umno sekarang.
"Kerana itu, parti ini tidak akan kekal lama. Parti ini akan jadi macam Semangat 46. Akhirnya, ahli parti ini akan kembali kepada Umno.
Logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) "Ini protes dalaman jadi mereka memberi teguran secara tidak langsung kepada parti bahawa kalau parti tidak melakukan perubahan, maka ahli Umno akan berkurangan," katanya kepada Sinar Online.
Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah ditubuhkan tahun 1988 dan sempat bertahan selama lapan tahun apabila ia dibubarkan pada Mei 1996 dan beliau kembali bersama Umno.
Sementara, Bersatu yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ditubuhkan awal bulan ini selepas kira-kira sebulan membuat permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Dalam pada itu, menurut Samsu Adabi, kenyataan pemimpin Umno yang seolah-olah tidak kisah ahlinya keluar menyertai Bersatu hanyalah merupakan strategi politik.
"Setiap parti apabila ahlinya keluar, mereka akan risau sebenarnya. Tapi mereka tidak boleh menunjukkan kerisauan sebab situasi akan nampak lagi buruk kalau mereka tunjuk risau.
"Mereka cuba menunjukkan kepada ahli-ahli, yang nak keluar terpulang kepada mereka.
"Mereka guna istilah pembersihan, buang penyakit, buang buruk dan sebagainya supaya menampakkan parti tidak memerlukan ahli-ahli yang tidak setia. Kalau dari satu aspek, ada kebenarannya pendekatan itu," katanya.
Namun katanya, Umno memang tak boleh mengelak hakikat bahawa partinya memang sedang mengalami perpecahan dan kemerosotan ahli.
"Kita boleh lihat sejauh mana peningkatan keahlian Bersatu dalam jangka masa enam bulan ini. Di situ kita akan lihat kesannya kepada Umno.
"Tapi ia akan mengambil masa sebab itu formula adakan pilihan raya dalam masa terdekat itu akan menguntungkan Umno," katanya.

Agong tiada kuasa pecat PM, kata bekas peguam negara

Posted: 29 Sep 2016 07:12 PM PDT

Beliau tidak setuju pendapat peguam Dr Mahathir yang berkata Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan kuasa Agong untuk melantik dan melucutkan PM.
Mohamed Haniff Khatri AbdullaKUALA LUMPUR: Perdana menteri tidak boleh dilucutkan oleh Agong, sebaliknya ia perlu melalui proses Parlimen yang sedia ada atau keputusan mahkamah, menurut bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.
"Sama ada perdana menteri kekal atau tidak diputuskan majoriti wakil rakyat," katanya kepada FMT, menjawab tafsiran perlembagaan peguam Haniff Khatri Abdulla baru-baru ini.
Dua hari lalu. Haniff, peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan kuasa Agong untuk melantik PM "termasuk kuasa untuk pecat".
Kenyataan Haniff itu sebelum ini turut disanggah Datuk Seri Nazri Aziz yang pernah memegang portfolio menteri undang-undang.
Nazri berkata Agong hanya boleh memecat PM sekiranya hilang sokongan majoriti di Parlimen.
Abu Talib berkata undi tidak percaya perlu diadakan di Parlimen bagi tujuan menyingkir PM.
Menurutnya, PM juga boleh disingkir sekiranya majoriti ahli Parlimen memaklumkan kepada Agong mereka tidak lagi menyokong kepimpinan PM.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M dakwa Najib 'sabotaj demokrasi'

Posted: 29 Sep 2016 07:08 PM PDT

Tatkala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa lawannya cuba untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi, pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata apa yang berlaku sekarang ialah Najib menolak demokrasi
"Najib mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi. Dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.
"Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara," kata Mahathir dalam catatan di blognya semalam.
Bekas perdana menteri itu berkata ini dilihat berlaku di Australia, AS, UK dan Brazil di mana pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya.
"Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai perdana menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun," kata Mahathir.
Beliau mendakwa antara contohnya ialah ketiadaan pemisahan kuasa kerana Najib kini kuasai legislative (perundangan), eksekutif dan kehakiman (judiciary), manakala ahli Parlimen didakwanya terpaksa akur dengan kehendak perdana menteri.
Ini mengakibatkan ketidakupayaan untuk membawa undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen.
Beliau mendakwa bahawa pegawai eksekutif seperti pentadbir, polis dan tentera serta media tidak bebas menjalankan tugas mereka kerana Najib mengikat tangan mereka atau berdepan dengan akibatnya.
Mahathir juga berkata bahawa Akta Keselamatan Negara 2016 yang baru diperkenalkan, tidak membolehkan inkues diadakan sekiranya seorang warganegara atau seorang anggota pasukan keselamatan terbunuh.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin temui Hadi, yakin boleh jinakkan PAS

Posted: 29 Sep 2016 07:03 PM PDT

Muhyiddin dijangka menyertai program PAS esok, walaupun pendirian parti itu masih samar sama ada mahu bekerjasama dengan PPBM.
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin beliau boleh menjadi "glue" (pengikat) agar PAS bersama dengan pakatan pembangkang, dalam usaha memastikan pembangkang tidak terlibat dalam perlawanan 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin baru-baru ini mendedahkan beliau menemui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membincangkan perkara itu.
"Kita yakin boleh menjadi 'glue' kepada PAS agar terus bersama melawan BN dalam pilihan raya nanti," katanya dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin PPBM Kelantan baru-baru ini.
Esok, bekas timbalan presiden Umno itu dilaporkan akan tampil di atas pentas PAS buat julung kalinya, dalam program anjuran PAS Terengganu.
Muhyiddin dijadual menyampaikan ceramah pada program "Himpunan Harapan Semua" itu bersama Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali.
Walaupun rata-rata Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah bersetuju bekerjasama dengan PPBM, pendirian PAS dilihat masih samar, dengan tiada keputusan jelas dari pucuk pimpinan sama ada ia akan mengadakan kerjasama dengan parti yang berusia kurang sebulan itu.
PAS dilihat kurang senang dengan kehadiran DAP dan Amanah, sementara masih menjalinkan hubungan dengan PKR.
PKR juga terus berusaha memujuk PAS agar terus bersama pembangkang bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum yang perlu diadakan pada 2018.
Kontroversi yang dicetuskan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah peta pilihan raya, yang dilihat pembangkang satu langkah memenangkan BN, turut mendatangkan kesan kepada PAS.
Ini kerana walaupun PAS dilihat semakin mesra dengan Umno, kepentingan politiknya akan terjejas sekiranya persempadanan semula SPR diluluskan, termasuk di kawasan yang diwakili Hadi di Marang, Terengganu.
Pusat kajian di bawah kerajaan Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini berkata BN boleh dikalahkan pada pilihan raya dengan syarat pembangkang berdepan satu lawan satu.
Timbalan Pengerusi IDE, Datuk Dr Redzuan Othman berkata pertandingan 3 penjuru akan menguntungkan BN walaupun dengan peta pilihan raya sedia ada.
PPBM Kelantan
Read More / Baca Lagi >>

GE14 - Najib confident, Ambiga also confident (1MDB, Malaysia, Election)

Posted: 29 Sep 2016 06:54 PM PDT

SALAH SIAPA!! Rakyat Johor DIPERBODOHKAN,Beli Air Pada SINGAPURA

Posted: 29 Sep 2016 10:50 AM PDT

BUKAN BOHONG!! Najib Pernah TUNJUK Bil BOTOX ROSMAH 1Juta Pada Muhyiddin

Posted: 29 Sep 2016 10:48 AM PDT

Selepas Najib - Anwar / Muhyiddin / Zahid Hamidi

Posted: 29 Sep 2016 10:47 AM PDT

PAS desak tukar pengerusi Felda sebelum lebih parah

Posted: 29 Sep 2016 10:21 AM PDT

Kantung Felda sudah menyusut, semua projek dalam keadaan tergantung dan Felda juga gagal membuat pembayaran hasil sawit kepada peneroka, dakwa Tuan Ibrahim Tuan Man
tuan-ibrahimPETALING JAYA: Kegagalan urus tadbir pengurusan tertinggi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyebabkan peneroka tertekan dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad perlu ditukar sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Felda mula menghadapi masalah selepas Isa dilantik.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersama Pengerusi Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Roslan Md Isa.
Mereka mengulas wawancara Isa dengan New Straits Times semalam yang melaporkan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) "tergendala sedikit" kerana belum mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.
"Malapetaka Felda bermula apabila (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dengan mudah menyerahkan Felda ke tangan Isa Samad. Tindakan menyenarai Felda Global Ventures (FGV) ke Bursa Malaysia yang kononnya dijamin keuntungan kini membawa padah.
"Kegilaan Isa Samad berbelanja untuk projek mega dan pembelian kondominium mewah menjerat Felda ke tanah gersang dan kontang dalam aspek pengurusan kewangan," kata mereka hari ini.
Semalam, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman menggesa supaya Kerajaan Pusat mengambil alih projek PBGF yang dilihat berdepan masalah.
Kata Mazlan, kerajaan yang sepatutnya mengendalikan projek ini manakala Felda pula selaku pemudahcara untuk peneroka mendapatkan rumah.
Read More / Baca Lagi >>

Syarikat Azizan Osman ambil serius penafian UM

Posted: 29 Sep 2016 10:20 AM PDT

Richworks International Sdn Bhd memohon penjelasan lanjut Universiti Malaysia (UM) susulan penafian institut pendidikan itu bahwa penceramah motivasinya Azizan Osman tidak pernah dianugerahkan gelaran ijazah kehormat doktor keusahawanan.
"Merujuk kepada kenyataan akhbar dari Universiti Malaya, kami ingin memaklumkan bahawa kami mengambil perkara ini secara serius.

"Kami juga telah memohon untuk penjelasan lanjut dan sebaik sahaja proses ini berakhir, kami akan memaklumkan secara umum," menurut kenyataan Richworks sebentar tadi.
Susulan perbincangan hangat di media sosial, UM hari ini menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah kehormat doktor keusahawanan kepada Azizan.
Universiti itu berharap penjelasan diberikan dalam menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat.

Dalam laman web syarikatnya, Azizah diperkenal sebagai pemilik "PhD (Hon) Entrepreneurship (UM)".
Richworks turut berkata pihaknya kesal atas kesulitan yang mungkin berlaku dan menegaskan mereka akan tetap komited "memberikan nilai yang tertinggi kepada pelanggan dan rakan sekutu kami".
"Kami sangat menghargai kesetiaan dan sokongan mereka dan kami akan menangani perkara ini dengan sebaik mungkin," menurut kenyataan itu lagi.

Azizan turut terkenal sebagai usahawan dan penulis.
Malah, beliau dikatakan pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar motivasi terbesar di Malaysia.

Sabotaj bekalan air, kakitangan Air Selangor digantung

Posted: 29 Sep 2016 10:13 AM PDT

Pekerja tersebut digantung daripada tugas pada 6 September lepas berhubung kejadian bekalan air terjejas pada 1 September lalu.
air-selangor-2KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menggantung seorang pekerjanya kerana disyaki terlibat dalam perbuatan khianat yang menyebabkan gangguan bekalan air hingga menjejaskan 340,000 pengguna di Klang dan Petaling 1 September lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman berkata pekerja tersebut digantung pada 6 September lepas manakala laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 9 September lalu.
Katanya, laporan siasatan juga dikemukakan kepada Suruhjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Gangguan itu menjejaskan lebih 39,000 akaun di 24 kawasan di Klang dan 29,000 akaun di 27 kawasan di Petaling, terutamanya di kawasan Sime UEP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekalan air kembali pulih pada 2 September lalu.
Suhaimi berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin atau memecat pekerja yang didapati terlibat dalam perbuatan khianat.
Air Selangor akan memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan mengelakkan sebarang kejadian gangguan bekalan air akibat kecuaian pekerja, katanya.

Rafizi kata fundamentalisme agama di Malaysia bukan salah Anwar

Posted: 29 Sep 2016 10:11 AM PDT

Mereka yang menuduh Anwar sebagai penyebab fundamentalisme agama jahil fakta, kata Setiausaha Agung PKR itu
rafizi-anwar
PETALING JAYA: Rafizi Ramli menepis dakwaan seorang aktivis yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab untuk penularan fundamentalisme agama di Malaysia, lapor Malay Mail Online.
Sebaliknya, Setiausaha Agung PKR itu bertanggungjawab untuk "pandangan Islam yang tidak melampau" di negara ini.
"Saya tidak bersetuju dengan pandangan (aktivis) itu kerana jelas ketiadaan kepimpinan Islam yang tidak melampau dalam masyarakat pada ketika ini membuka ruang kepada versi yang berkonfrontasi atau kurang inklusif.
"Sebenarnya, lantaran tiada lagi pertemuan dan kepimpinan Islam gaya Anwar yang menyebabkan kita dalam keadaaan sekarang ini," kata Rafizi menurut laporan itu.
Ahli Parlimen Pandan menjawab dakwaan aktivis dan peguam Siti Kasim minggu lepas yang mendakwa Anwar bertanggungjawab membawa Islamisasi ke Malaysia.
Malah, Siti Kasim akui beliau adalah "orang paling gembira" apabila Anwar "ditangkap".
Rafizi menegaskan Anwar seorang Islamis sederhana yang kekal dalam pendirian toleransi walaupun Revolusi Iran 1979 menguja pemikiran yang lebih keras terhadap Amerika Syarikat dan bukan Islam dalam kalangan penganut Islam seluruh dunia.
Anwar, katanya, menonjolkan jenama kepimpinan Islam yang tidak berkonfrontasi dan menerima perbezaan pandangan.
"Orang yang mengatakan Anwar bertanggungjawab untuk keadaan hari ini jelas jahil fakta dan latar belakang zaman itu," katanya menurut MMO.

Comments (0)