Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:56 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


BERSATU bukan parti serpihan UMNO

Posted: 28 Sep 2016 09:29 PM PDT

Kecoh, penonton dan Aziz bertekak mengenai perlembagaan DAP

Posted: 28 Sep 2016 09:23 PM PDT

Dalam Perlembagaan Agong boleh singkir PM, tegas peguam

Posted: 28 Sep 2016 09:22 PM PDT

Siapa Najib untuk bercakap bagi pihak Agong? - Aziz Bari

Posted: 28 Sep 2016 09:22 PM PDT

Pemimpin kini tamak, kejar duit - Ku Li

Posted: 28 Sep 2016 09:20 PM PDT

NAMA Tengku Razaleigh Hamzah, tidak dinafikan, cukup sinonim dengan dunia politik tanah air. Aura tokoh veteran politik ini masih kuat. Pandangan yang diberikan beliau dalam aspek politik, pembangunan, ekonomi dan lain-lain sentiasa diikuti dengan teliti. Malah karakter dan prinsipnya membuatkan beliau terus dihormati pihak kerajaan atau pembangkang. Ketua Biro Sinar Harian Kelantan, MOHD ZAILANI ABD RAHMAN dan wartawan, NOR AKMALIAH RAZAK berpeluang mendapatkan pandangan beliau, khususnya dalam konteks politik semasa. Ikuti wawancara yang diadakan di kediaman beliau di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini.
Tengku Razaleigh Hamzah
Apa pandangan Tengku terhadap senario politik di Kelantan khususnya selepas lebih 20 tahun diperintah Pas.
Orang Kelantan sudah nampak selesa dengan Pas, terutama sekali dengan pimpinan yang tidak memaksa dia buat sesuatu. Orang Kelantan amat bebas, amat berdikari pemikirannya. Amat selesa dalam Pas tetapi dia cepat jemu dengan Pas kerana sudah lama dalam keadaan begini tidak ada perubahan, tidak ada sesuatu perubahan.
Orang Kelantan juga memikirkan mengenai masa depan, terutama sekali pendidikan anak-anak mereka. Orang Kelantan ini mahu tengok kita lebih daripada orang lain. Jadi kalau dia tengok masa depan anak-anak dia, negeri dia, tidak sebagaimana yang diharapkan, dia akan berubah. Walaupun keadaan itu selesa dengan masa ini, kalau tidak meyakinkan, dia boleh berubah.
Sebab itu pada tahun 1977, apabila bergolak sedikit politik di Kelantan disebabkan krisis pemimpin Pas, orang Kelantan  mengambil kesempatan kerana sudah lama duduk dalam keadaan yang tidak menyenangkan dia.
(Akibatnya) dia bertindak mengubah keadaan. Apabila mereka rasa pihak pimpinan Pas ketika itu bermaharajalela, gadai kawasan balak dengan luasnya - 300,000 ekar lebih - kepada orang luar. Orang Kelantan marah.
Sebab itu orang Kelantan, walaupun dia tahu dia rugi dengan enakmen 'reservation'. Menyebabkan nilai tanah dalam kawasan rizab Melayu rendah daripada tidak dalam rizab Melayu, dia rasa selamat. Oleh kerana orang luar tidak boleh miliki tanah, orang Kelantan tahu jika dia tidak akan untung banyak, tetapi dia mahu kekal dalam keadaan ini. Tetapi kalaulah situasi itu memaksa dia ubah kerana kedudukan terancang, ia akan ubah. Dia tidak takut hendak hadapi risiko.

Bagaimana Tengku melihat perbezaan politik hari ini dengan zaman Tengku?
Orang mungkin tidak bersetuju dengan pandangan saya. Tengok sekarang ini banyak orang memikir kepada kepentingan diri lebih daripada kepentingan rakyat. Kita tengok pemimpin dulu semuanya mati tidak ada duit, tiada ada harta, Tengku (Abdul Rahman), begitu juga Tun Razak dan Tun Hussein Onn, selain pemimpin pembangkang, contohnya Datuk Asri Muda dan Ustaz Fadzil Noor.
Tetapi orang sekarang bertujuan lain sedikit. Biarlah, keadaan negara kita sudah berubah. Kita sudah maju sedikit dan sudah tentu hendak merasa juga kemewahan yang ada. Tetapi janganlah itu menjadi perkara utama mereka.  Menyertai parti politik (tujuannya) untuk teruskan perjuangan.
Tetapi nampaknya (ada yang) lebih materialistik daripada dulu-dulu. Macam saya dulu, saya masuk bukan niat nak jadi menteri. Kita masuk kerana hendak menyumbang  tenaga. Saya pilih Gua Musang, dulu  (dipanggil) Hulu Kelantan. Saya boleh pilih Kota Bharu (kerana ketika itu) saya jadi Setiausaha Perhubungan Umno Kelantan, Tunku Abdul Rahman menjadi pengerusi.
Saya boleh pilih hendak jadi ketua di mana-mana sahaja pun. Di Gua Musang saya terpaksa berjalan kaki berbatu-batu hendak pergi melawat kampung-kampung. Kenapa saya hendak pilih di sini? Kerana saya hendak berkhidmat. Malah rumah yang diduduki sekarang pun saya beli tanah, bukan saya ambil daripada kerajaan. Saya boleh ambil tanah daripada kerajaan, tidak ada siapa tahu pun. Tapi saya tidak ambil.  Ini soal prinsip. Kita buat bukan untuk kepentingan diri. Setakat yang termampu itulah kita lakukan.
Sekarang ini nampak orang yang hendak kepada harta pun bukan hendak satu bilion dua bilion, nak lebih daripada itu. Bukan ratus juta lagi. Mengapa jadi begitu? Kita utamakan lebih soal fizikal daripada soal utama yang kita patut berjuang. Islam tidak ajar kita begitu. Ibu bapa kita tidak ajar kita begitu. Jadi apabila kita sudah masuk dalam arena ini kita rasa tamak. Bagaimana kita hendak berjuang untuk orang kalau kita sudah tamak. Kita sudah tidak amanah ataupun kita sudah rasa tamak.

Pas Kelantan tidak lagi dalam keadaan terbaik selepas pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?
Read More / Baca Lagi >>

12,580 pengundi Pelabuhan Klang dipindahkan, kaum Cina paling terjejas

Posted: 28 Sep 2016 09:19 PM PDT

Seramai 11,814 pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dipindahkan ke DUN lain dalam Syor Cadangan Kajian Persempadan Semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Cadangan yang dipamerkan kepada umum bermula 15 September hingga 14 Oktober itu menjadikan jumlah terbaru pengundi DUN berkenaan berkurangan kepada 28,604 berbanding sebelum persempadanan seramai 40,418.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Azmizam Zaman Huri berkata, cadangan persempadanan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan yang dipindahkan adalah 12,580 orang termasuk 766 yang dipindahkan dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) yang diwartakan, pada Mac lalu.
20160928_143022"SPR sekali lagi menjadi boneka BN apabila mengumumkan Syor Cadangan Kajian Persempadanan Semula yang ternyata lebih memihak kepada BN pada pilihan raya akan datang.
"Di Selangor, hampir keseluruhan kerusi Parlimen dan DUN terutama dimenangi KEADILAN disabotaj apabila semua daerah mengundi dan lokaliti di setiap parlimen serta DUN disusun semula demi memastikan kemenangan berpihak kepada BN," katanya.
Azmizam yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat (MPP) berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Pelabuhan Klang, di Taman Pandamaran, di sini, semalam.
Katanya, seramai 7,560 atau 60 peratus daripada 12,580 pengundi yang dipindahkan itu berumur bawah 40 tahun yang dianggap sebagai golongan berfikiran lebih terbuka dan celik dengan perkembangan politik dan isu semasa.
Mengikut komposisi kaum pula, jumlah pengundi Cina paling ramai dipindahkan membabitkan 6,470 orang kebanyakannya ke tiga DUN berhampiran yang dikuasai DAP iaitu Kota Alam Shah, Pandamaran dan Sungai Pinang menjadikan jumlah pengundi Cina di Pelabuhan Klang selepas persempadanan kepada 5,194 orang berbanding sebelum persempadanan 11,664.
Keadaan ini, sekali gus menjadikan peratusan pengundi Cina di Pelabuhan Klang merosot kepada 18 peratus berbanding sebelum persempadanan, 28 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M singgung perasaan Jerman, kata menteri Umno

Posted: 28 Sep 2016 08:36 PM PDT

Kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pendukung perdana menteri dengan membandingkan mereka dengan menteri propaganda Nazi Joseph Goebbels menyinggung perasaan Jerman, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Lebih-lebih lagi, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, ia dilontarkan ketika Datuk Seri Najib Razak berada di negara itu.
"Beliau menimbulkan kebencian dan menyinggung banyak perasaan di Jerman - negara yang membawa kumpulan pelabur Eropah terbesar ke Malaysia tahun lalu," katanya.
Datuk Seri Najib Razak kini sedang menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel, kata pengarah komunikasi strategik BN itu.

Katanya, kedua-dua pemimpin sedang berusaha ke arah meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia serta rakyatnya.

Pelaburan keseluruhan Jerman bernilai AS$11.4 bilion.

Mahathir semalam secara sinis berterima kasih kepada pendukung Najib yang menurutnya memberi "berjaya menipu Najib bahawa kenyataan-kenyataan mereka berkesan".
Nama Rahman disebut langsung dalam kenyataan itu, selain beberapa menteri dan pegawai kanan perdana menteri.

DAP akan letak calon Melayu jika mahu menang mudah PRU, kata Umno Selangor

Posted: 28 Sep 2016 08:32 PM PDT


Datuk Mat Nadzari Ahmad DahlanDatuk Mat Nadzari Ahmad DahlanUmno menjangkakan DAP akan menang mudah banyak kerusi yang dipertandingkan di Selangor sekiranya meletakkan calon DAP Melayu di kawasan bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, tidak akan menyumbang kepada peratusan sokongan pengundi di setiap kawasan terhadap parti yang bertanding.
""Persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak boleh diharapkan sangat untuk mana-mana parti yang bertanding akan menang.
"Di Selangor contohnya kita lihat DAP boleh menang mudah dibanyak kawasan bukan Melayu.
"Tidak hairan nanti di kawasan ini DAP akan meletakkan calon Melayunya.
"Silap hari bulan, calon DAP boleh jadi Menteri Besar Selangor selepas ini," telahannya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan(IDE), Prof Datuk Dr Reduan Othman, pada Selasa, dipetik berkata, BN akan menang di Selangor jika pertandingan tiga penjuru berlaku di negeri itu.
BN juga akan menang sama ada sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya ataupun selepas persempadanan semula.
Justeru apa yang diperlukan untuk mempastikan BN boleh dikalahkan adalah dengan memastikan pertandingan dua penjuru antara BN dengan parti pembangkang berlaku.
Mat Nadzari yang juga Adun Batang Kali tidak bersetuju apabila dapatan analisis dilakukan itu menunjukkan BN di Selangor akan kalah jika berlaku pertandingan dua penjuru.
" Come on man... BN boleh kalah dengan Amanah dan Bersatu, dua penjuru?
"Itu rumusan mengikut data dan sampling mereka. Ini (analisis) sekadar hendak menyejukkan hati dan meyakinkan Amanah dan Pas saja," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM perlu hadir sekatan jalan bagi menghalang rasuah, kata C4

Posted: 28 Sep 2016 08:30 PM PDT

Ia susulan pelbagai tuduhan terhadap pegawai polis yang menerima rasuah di sekatan jalan, termasuk rakaman video yang dimuat naik di YouTube.
cynthia-macc-1
PETALING JAYA: Menempatkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekatan jalan boleh mengurangkan kegiatan rasuah, kata Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (Pusat C4).
Pengarah Eksekutif Pusat C4, Cynthia Gabriel juga mencadangkan kamera dipasang di sekatan jalan bagi memantau sebarang aktiviti mencurigakan.
Cynthia mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Majlis Penatua PKR, Robert Linggi, yang berkata polis perlu memantau pegawainya termasuk yang mengawal sekatan jalan, bagi menepis sebarang syak wasangka terlibat dalam penerimaan rasuah dari pendatang tanpa izin di Sabah.
Ia susulan pelbagai tuduhan terhadap pegawai polis yang menerima rasuah di sekatan jalan, termasuk rakaman video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan pegawai meminta suapan.
Cynthia berkata kehadiran pihak ketiga seperti SPRM akan menyukarkan amalan rasuah di samping menggalakkan ketelusan.
Beliau mengakui sumber SPRM yang terhad untuk menempatkan pegawai di setiap sekatan jalan, namun pemeriksaan secara rambang masih boleh dilakukan.
"Orang ramai juga boleh mengambil tindakan proaktif dan merakamkan bukti amalan rasuah seperti kejadian meminta dan membayar wang sogokan."
Katanya, seseorang yang memberi rasuah selepas diminta, tetapi menyerahkan rakaman kejadian itu kepada SPRM, kemungkinan besar dianggap saksi dan bukan suspek.
Awal tahun ini, Robert berkata terdapat dakwaan pegawai polis di Sabah menerima wang suapan antara RM50 dan RM300 daripada pendatang tanpa izin.
Ia susulan dakwaan pendatang tanpa izin Indonesia yang berkata mereka berjaya sampai ke Tawau menerusi rasuah, seperti dilapor media Indonesia.

Terengganu contohi Sarawak tuntut hak hasil minyak

Posted: 28 Sep 2016 08:25 PM PDT

Syed Azman akan melancarkan kempen 100,000 tanda tangan untuk dipersembahkan kepada raja Melayu.
syed-azman-1
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok dari Terengganu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mahu mengikut jejak Sarawak dalam menuntut pembayaran royalti hasil minyak, dengan melancarkan kempen mengumpul tanda tangan orang ramai.
Syed Azman berkata Terengganu perlu mencontohi negeri itu yang berjaya membawa Petronas dan kerajaan pusat ke meja rundingan.
Di bawah pentadbiran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, Sarawak berusaha mendapatkan hak yang lebih dalam hasil minyak dan gas.
Syed Azman berkata sejak 2000, Terengganu dinafikan hak menerima royalti 5%, yang ditarik balik kerajaan pusat dan digantikan dengan "wang ehsan" dari Putrajaya.
Tahun lalu, Petronas berkata ia tidak lagi perlu membuat pembayaran kepada negeri itu kerana telaga minyak yang terletak di luar lingkungan 3 batu nautika bukan di bawah Terengganu.
"Sebagai anak Terengganu, saya tidak boleh menerimanya. Saya mahu berusaha membawa perubahan," kata Syed Azman yang berkata usaha itu menerima sokongan 7 NGO dari negeri itu.
Menurutnya, kempen mengumpul tanda tangan akan dilakukan atas talian, dan menyasarkan 100,000 tanda tangan untuk dipersembahkan kepada raja Melayu.
Ahad lalu, dalam surat terbukanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Syed Azman menyenaraikan 10 resolusi bagi menyelesaikan tuntutan royalti minyak Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Amanah persoal elaun pelajar matrikulasi hanya RM500

Posted: 28 Sep 2016 08:22 PM PDT

Kegagalan kerajaan membayar penuh elaun pelajar matrikulasi merupakan tindakan yang tidak menghormati hak istimewa.Kegagalan kerajaan membayar penuh elaun pelajar matrikulasi merupakan tindakan yang tidak menghormati hak istimewa.
Menteri Pendidikan diminta menjelaskan tentang pembayaran elaun kepada pelajar matrikulasi yang hanya berjumlah RM500 bagi semester ini berbanding kelazimannya RM1,250.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, bayaran tersebut menjadikan kerajaan berhutang sebanyak RM750 kepada setiap pelajar matrikulasi yang dianggarkan hampir 30,000 di seluruh negara.
"Kerajaan hanya perlu berbelanja RM37.5 juta setiap semester bagi meringankan beban pelajar dengan bantuan kewangan kepada semua pelajar matrikulasi.
"Namun, jika elaun yang dijanjikan tidak ditunaikan, dibimbangi pelajar terpaksa mengikat perut dan keadaan ini pasti menjejaskan tumpuan kepada pelajaran, sedangkan pendidikan adalah sektor utama pembangunan negara," jelasnya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah elaun kepada pelajar matrikulasi itu tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan projek gajah putih kerajaan yang membazir.
Read More / Baca Lagi >>

Protes Umno hanya sandiwara

Posted: 28 Sep 2016 08:17 PM PDT

ALOR SETAR - Protes Umno terhadap persempadanan semula hanya sandiwara kerana parti itu didakwa memperoleh manfaat besar daripada kajian semula persempadanan itu.
Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kemungkinan akan berlaku sedikit perubahan akibat bantahan itu, namun syor perubahan itu akan tetap dilaksanakan.
Mukhriz Mahathir "Mungkin ada kalangan Umno memprotes, sebenarnya sekadar sandiwara. Itu semua hanya lakonan," katanya.
Mukhriz mengulas mengenai mesyuarat khas BN yang diadakan bagi membincangkan persempadanan semula yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman antara yang menolak syor persempadanan membabitkan kawasan itu yang menyaksikan hampir 5,000 pengundi dikeluarkan untuk mengundi di Parlimen Teluk Intan.
Mukhriz juga menyifatkan persempadanan semula sebagai tindakan tidak sihat kerana kesan daripada perubahan itu menyebabkan wujud lebih banyak polarisasi kaum antara pengundi.
"Kawasan di mana Umno bertanding, ditambah pengundi Melayu manakala kawasan yang berisiko BN kalah atau kawasan milik pembangkang ditambah pengundi kaum lain. Sebelum ini, pengundi pelbagai kaum tetapi selepas ini, sesuatu kawasan itu akan ada lebih Melayu dan kawasan lain pula akan lebih bukan Melayu," katanya.
Mukhriz bagaimana pun menegaskan tiada jaminan kawasan yang ditambah pengundi Melayu akan menjadi kawasan selamat buat Umno, dengan wujudnya Bersatu.
"Belum tentu calon Umno boleh menang sebab Bersatu juga parti berasaskan Melayu. Kami tidak kisah sekalipun ditambah majoriti di kawasan pengundi Melayu, letaklah lebih ramai Melayu kerana di situlah kami akan bertanding menentang Umno," katanya.

Umno peroleh manfaat kajian persempadanan semula, kata Mukhriz

Posted: 28 Sep 2016 08:15 PM PDT


Mukhriz Mahathir 3Mukhriz Mahathir 3Protes Umno terhadap persempadanan semula hanya sandiwara kerana parti itu didakwa memperoleh manfaat besar daripada kajian semula persempadanan itu.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kemungkinan akan berlaku sedikit perubahan akibat bantahan itu, namun syor perubahan itu akan tetap dilaksanakan.
"Mungkin ada kalangan Umno memprotes, sebenarnya sekadar sandiwara. Itu semua hanya lakonan," katanya lapor Sinar online.
Mukhriz mengulas mengenai mesyuarat khas BN yang diadakan bagi membincangkan persempadanan semula yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman antara yang menolak syor persempadanan membabitkan kawasan itu yang menyaksikan hampir 5,000 pengundi dikeluarkan untuk mengundi di Parlimen Teluk Intan.
Mukhriz juga menyifatkan persempadanan semula sebagai tindakan tidak sihat kerana kesan daripada perubahan itu menyebabkan wujud lebih banyak polarisasi kaum antara pengundi.
"Kawasan di mana Umno bertanding, ditambah pengundi Melayu manakala kawasan yang berisiko BN kalah atau kawasan milik pembangkang ditambah pengundi kaum lain. Sebelum ini, pengundi pelbagai kaum tetapi selepas ini, sesuatu kawasan itu akan ada lebih Melayu dan kawasan lain pula akan lebih bukan Melayu," katanya.
Mukhriz bagaimana pun menegaskan tiada jaminan kawasan yang ditambah pengundi Melayu akan menjadi kawasan selamat buat Umno, dengan wujudnya Bersatu.
"Belum tentu calon Umno boleh menang sebab Bersatu juga parti berasaskan Melayu. Kami tidak kisah sekalipun ditambah majoriti di kawasan pengundi Melayu, letaklah lebih ramai Melayu kerana di situlah kami akan bertanding menentang Umno," katanya.

SIAPA BLOGGER ‘TONG SAMPAH’ YANG DISEBUT OLEH TUN MAHATHIR?

Posted: 28 Sep 2016 08:13 PM PDT


Tersenyum saya membaca sindiran Tun Mahathir melalui artikel terbarunya di Che Det – PROPAGANDA, terhadap usaha propaganda di pihak Najib yang dilakukan oleh para macai dan balacinya.
Tun menamakan Menteri Propaganda Hitler, Joseph Goebbels sebagai contoh dan menggelar mereka yang mendalangi team propaganda Najib sebagai Goebbels kecil hahahahaha ….. saya gelarkan mereka sebagai Goebblets !
Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler
Propaganda yang dilakukan oleh Goebbels lebih kepada syok sendiri, hanya dipercayai dan diterima bulat2 oleh orang2 Nazi yang kita tahu memuja2 Hitler sebagai pemimpin mereka sedangkan dunia luar langsung tidak terkesan.
Mula2 memanglah ramai yang termakan dengan propa yang dilakukan tapi selama mana propa yang tidak memijak bumi mampu mempengaruhi minda rakyat Jerman sendiri ? Samalah dengan team propaganda Najib …. lama mana mereka mampu membohongi minda rakyat dengan bodekan2 terhadap Najib walaupun satu dunia mentertawakan Najib dengan derma pak Arabnya.
Tapi bezanya Goebbels punya kemahiran dan sistem dalam melaksanakan tugas propagandanya sementara Goebbels kecil atau Goebblets yang ada di sekeliling Najib main hentam keromo saja. Untuk seketika, Goebbels mampu menaikkan imej Hitler ke peringkat pujaan rakyat Jerman tapi Goebblets bukan saja tambah memusnahkan imej Najib di mata rakyat, dengan diri mereka sendiri menjadi bahan tertawa rakyat dengan hujah2 dangkal sehinggakan budak sekolah pun hanya mampu geleng kepala sukar untuk terima.
Tanyalah budak2 sekolah sekarang pandangan mereka mengenai Najib dan Rosmah kalau tak percaya  ……
Begitu juga propaganda melalui media milik kerajaan seperti Utusan dan TV3 …. kalau di kawasan bandar memang sudah ditolak bulat2. Cuma mungkin dikampung2 media2 ini masih lagi dilayan.
Read More / Baca Lagi >>

GEMBIRANYA PENYOKONG HISHAMMUDDIN DENGAN KELEMAHAN ZAHID HAMIDI, TAPI…

Posted: 28 Sep 2016 08:10 PM PDT


Sekali nampak macam kebetulan, dua kali diperhatikan seperti sudah bermulanya suatu gerakan. Itulah yang berlaku kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dalam sehari dua ini.
Mula-mula heboh diperkatakan mengenai ketidakfasihan sebutannya ketika berucap dalam bahasa Inggeris di Perhimpunan Agung PBB di New York. Di media sosial, ramai yang memperkatakan perkara itu dan tidak kurang yang memperlekehkannya.
Kemudian timbul isu satu kajian yang dilakukan Institut Darul Ehsan atau IDE yang melaporkan hasil dapatannya bahawa Hishammudin Hussein lebih menjadi pilihan berbanding Zahid Hamidi untuk menggantikan Najib Razak.
Hishammuddin dilaporkan mendapat 32 peratus undi manakala Zahid 31 peratus.
Semua orang tahu dan faham bahawa jika Najib memilih untuk mengundurkan diri, pilihan untuk menggantikan tempatnya ialah Hishammuddin, bukan Zahid. Zahid pun barangkali faham hakikat tersebut, tetapi pergantungan Zahid tentunya ialah popularitinya dalam UMNO selama ini.
Di dalam UMNO, rata-rata mengatakan hanya keajaiban atau sekiranya Najib mati mengejut saja yang membolehkannya menjadi Perdana Menteri. Hishammudin lebih dijadikan pilihan bukan saja kerana pertalian darah keluarga, tetapi juga disebabkan lebih dipercayai oleh Najib untuk melindungi tinggalan buruknya selepas tiada lagi kuasa dalam genggamannya.
Memang Zahid lebih popular dalam UMNO dan sering mendapat undi tertinggi, tetapi sejarah UMNO telah membuktikan berapa ramai pemimpin popular yang kecundang di tengah jalan kerana diketepikan oleh kuasa yang ada pada seorang Perdana Menteri.
Timbulnya isu ketidakfasihan sebutan bahasa Inggeris Zahid dengan hasil kajian IDE yang hampir serentak masanya mungkin secara kebetulan, tetapi yang menghairankan juga ialah bagaimana kajian yang seolah-olah senada dengan selera dan keinginan Najib itu boleh timbul sedangkan IDE adalah badan pemikir yang terletak di bawah kerajaan negeri Selangor?
Apakah selain membuat pelbagai kajian mengenai isu-isu yang menguntungkan kerajaan negeri Selangor, IDE secara halus sudah mula diresapi oleh unsur-unsur luar untuk kepentingan pihak-pihak tertentu?
Selain itu, bagaimana IDE boleh membuat kajian mengenai pengganti Perdana Menteri sedangkan Najib sudah berulangkali menyatakan sebagai Pahlawan Bugis, beliau tidak sesekali akan berundur daripada jawatannya dan tetap melawan sehingga bumi terbelah dua?
Kajian IDE yang mendapati Hishammuddin lebih popular berbanding Zahid seiring dengan "bencana" yang berlaku kepadanya di PBB, bagaimanapun ternyata amat menggembirakan penyokong-penyokong anak Tun Hussein Onn itu.
Nada kegembiraan mereka sehari dua ini seolah-olah kerusi Perdana Menteri selepas Najib sudah terkhusus khas untuk Hishammuddin serta makin menjauh daripada Zahid.
Ketidakfasihan sebutan Zahid bukanlah suatu kesalahan besar sebenarnya. Beliau hanya menyebut perkataan-perkataan Inggeris dalam slanga Melayu atau Jawa yang lebih pekat di lidahnya. Ia sama seperti orang Arab, orang Korea, orang Jepun atau bangsa-bangsa lain ketika bertutur dalam bahasa Inggeris.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 14 DIAWALKAN?

Posted: 28 Sep 2016 08:07 PM PDT

Di Berlin semalam, menurut laporan agensi berita Reuters, Najib Razak dilapor menyatakan tiada perancangan untuk mengadakan pilihanraya lebih awal sehingga tarikh akhirnya pada 2018.

Katanya, sebarang keputusan untuk mengadakan pilihanraya tidak sepatutnya dibuat berdasarkan sesuatu faktor tertentu.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, Najib membetulkan laporan tersebut yang dianggap tidak tepat.
Dalam penjelasannya kepada Bernama, Najib berkata, beliau tidak pernah menyatakan dengan pasti bahawa pilihanraya akan diadakan pada 2018 atau kemungkinan mengadakan pilihanraya lebih awal daripada itu.

"Saya tidak menyatakan bahawa pilihanraya akan diadakan pada 2018. Apa yang saya nyatakan pilihanraya tidak dijadual sehingga 2018, tetapi penentuan tarikh pilihanraya tidak bergantung kepada faktor tunggal, sebaliknya kepada beberapa faktor.

"Saya tidak menyatakan dengan pasti tarikh pilihanraya ialah pada 2018 dan tidak juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihanraya awal," jelasnya lagi.

Apakah makna penjelasan atau pembetulan laporan tersebut?

Mengapa Najib rasa begitu tidak selesa dengan laporan awal yang mengatakan beliau tidak perancangan untuk mengadakan pilihanraya lebih awal sehingga tarikh akhirnya pada 2018?

Apa perlunya dinyatakan semula bahawa beliau tidak menyatakan dengan pasti pilihanraya akan diadakan pada 2018 dan tidak juga lebih awal daripada itu?
Apakah ia bermaksud bahawa Najib memang ada perancangan untuk mengadakan pilihanraya lebjh awal atau secara mengejut di ketika parti-parti pembangkang belum ada kata sepakat mengenai pembahagian kerusi dan dalam masa yang sama pembentukan PPBM  juga masih belum tersusun rapi?

Jika tidak, kenapa Najib begitu pantas membetulkan laporan Reuters itu?

Zahid dan Dalang BERPISAH TIADA..

Posted: 28 Sep 2016 08:05 PM PDT

WALAUPUN DAH DAPAT RM660 juta utk Esscom & ESSZONE, masih kerap berlaku kes penculikan DAN DITUDUHNYA ADA 'DALANG' PLOK !!!

Senang bukan jadi KERAjaan, bila masalah negara xdpt diselesaikan, dipersalahkannya DALANG..

Najib mahu penjenayah MH17 diadili, netizen mahu MO1 ditangkap

Posted: 28 Sep 2016 08:02 PM PDT


Datuk Seri Mohd Najib RazakDatuk Seri Mohd Najib Razak
Laman rasmi Facebook milik Perdana Menteri terus dibanjiri cemuhan pengguna di media sosial ekoran status yang dimuat naik Datuk Seri Mohd Najib Razak kononnya akan bertindak tegas ke atas pihak yang menjatuhkan pesawat MH17.
"Malaysia mahu tindakan yang tegas diambil ke atas mereka yang terlibat dalam jenayah menjatuhkan pesawat MH17. Mereka mestilah dibawa ke muka pengadilan.
"Saya mahu negara yang terlibat untuk mengadakan perbincangan mengenai langkah selanjutnya yang perlu diambil kerana kita telah berjanji untuk menuntut keadilan bagi keluarga mangsa MH17.
"Ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh Malaysia, Belanda, Australia dan Ukraine," dipetik daripada kenyataan Najib di Facebook, tengah malam tadi.
Walau bagaimanapun, pengguna Facebook, Shuhaimi Idris berpendapat rakyat juga mahu tindakan tegas ke atas kes 1MDB manakala Kaswadi Muhd juga mengingatkan, "Tindakan tegas juga perlu diambil ke atas MO1. Jangan lupa."
Menurut netizen Joe Yongwei Lee pula, rakyat Malaysia mahu tindakan tegas dikenakan ke atas MO1 memandangkan individu terbabit terjebak dalam korupsi 1MDB serta pengubahan wang haram.
Pada masa sama, tidak kurang juga netizen yang menganggap ketegasan Najib itu sekadar "sembang" kerana tidak disusuli dengan tindakan sewajarnya.
"Cakap macam hero. Sendiri pun bermasalah," ulas Halid Kiman manakala Mohd Aliff Haiqal berkata, "cakap lebih. No action."
Pemerhatian Malaysia Dateline selepas dua jam status Najib itu dimuat naik turut mendapati sebahagian netizen hanya meninggalkan kata "sembang" seperti Ctkamariah Mokhtar dan Zulhaimi Philippe.

Rakyat tak kisah siapa PM, asalkan takut tuhan

Posted: 28 Sep 2016 07:59 PM PDT

Rakyat kini tidak kisah siapa yang akan menjadi perdana menteri yang seterusnya asalkan pemimpin itu tidak rasuah dan takutkan tuhan.
Perkara itu diluahkan oleh sebilangan warga kota dalam tinjauan Malaysiakini selepas parti BERSATU, menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala PKR pula meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri seandainya kerajaan baru ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU).
Suri rumah Yee Fong Heng tidak kisah siapa yang harus menjadi perdana menteri asalkan mereka tidak mementingkan diri sendiri serta berusaha memulihkan ekonomi negara yang menurutnya kian merudum.
"Saya tak kisah siapa yang menang asalkan takut tuhan, tidak ambil rasuah dan tak pentingkan diri sendiri.
"Sebagai pemimpin dia perlu pentingkan negara melebihi diri sendiri. Kita tak mahu pemimpin yang diberi kuasa tapi makan duit rakyat," kata wanita berusaia 52 tahun yang mendakwa negara "sudah macam hilang berkat".
Pekerja swasta Ruebendran Amarjitsingh pula berkata beliau sukar menamakan siapa calon yang benar-benar layak sehinggalah mereka memegang jawatan berkenaan.
Bagaimanapun, beliau mahukan pemimpin baru yang boleh mengubah ekonomi negara ke arah yang lebih baik berbanding sekarang.
"Saya tak nak menamakan siapa perdana menteri seterusnya tapi apa yang saya nak adalah ubah Malaysia kerana ekonomi kita jatuh teruk.
"Kita nak muka baru yang ubah negara. Di berita, kita baca berita setiap hari dan kuasa sosial media sangat besar. Kita tak kisah siapa (perdana menteri) asalkan boleh ubah negara ini.
"Semua orang ada pendapat peribadi sebab kita tak tahu siapa yang layak sehingga mereka dah ada jawatan," kata Amarjitsingh yang berusia 34 tahun itu.
Manakala pekerja swasta Ganneesh Ramaa pula berpandangan Anwar adalah individu yang paling layak mengisi jawatan perdana menteri.
Malah katanya, Anwar berupaya berbahasa Inggeris dengan baik sekaligus boleh meyakinkan negara luar mengenai polisi negara ini.
"Kita pilih Anwar kerana dia berupaya bercakap dalam bahasa Inggeris bagi meyakinkan dunia mengenai Malaysia. Saya tak mahu perkara yang sama jadi seperti (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) di United Nation berulang.
"(Seperti Muhyiddin) saya tak rasa dia ada kebolehan kerana dia sebelum ini menteri besar Johor dan Johor tidak ada peningkatan seperti di Selangor dan Penang di bawah pembangkang," katanya.
Menurutnya, jika Anwar tidak berupaya memimpin, rakyat boleh menukar kerajaan lain dalam PRU15.
Read More / Baca Lagi >>

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

Posted: 28 Sep 2016 07:58 PM PDT

Undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, "kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak," ujar Haniff Khatri.
haniff
SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri.
Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, "kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak," kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
"Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan.
"Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri.
"Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan individu yang digantung sedemikian," kata Haniff, memetik perlembagaan.
"Oleh itu, jawapannya ada di sana, tetapi kita tidak melihatnya. Apabila kita tidak melihatnya, maka kita tidak akan tahu," kata pakar undang-undang itu dalam satu forum yang diadakan di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian membalas kenyataan Barisan Nasional (BN) yang menolak percubaan pergerakan Selamatkan Malaysia melibatkan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk menjatuhkan Najib.
Ini susulan kenyataan BN yang berkata Agong tidak mempunyai kuasa menjatuhkan perdana menteri dan satu-satunya cara untuk menggulingkan "pemimpin yang dipilih secara demokrasi dan menerusi kerajaan" adalah pilihan raya umum.
Read More / Baca Lagi >>

Pas akan perkasakan blok Gagasan Sejahtera, sindir rakan tahaluf

Posted: 28 Sep 2016 07:56 PM PDT


"Serangan dari kawan yang masih bertahaluf pun tidak kurang juga hebatnya, kata Tuan Ibrahim."Serangan dari kawan yang masih bertahaluf pun tidak kurang juga hebatnya, kata Tuan Ibrahim.
Pas akan memperkasakan muafakat dengan rakan yang sedia menerima dasar yang dibawa oleh parti itu dan akan membina kekuatan blok Gagasan Sejahtera walaupun menerima pelbagai cemuhan.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya berkata, bagi PAS, ia lebih senang berpakat dengan yang jujur dari yang hanya ingin mengambil kesempatan dalam muafakat.
Tanpa menyebut pihak yang hanya ingin mengambil kesempatan dalam muafakat itu, Tuan Ibrahim berkata, Pas akan membawa rahmat kepada semua dengan Islam.
Pas mahu membawa rahmat kepada semua, kata Tuan Ibrahim Tuan Man .Pas mahu membawa rahmat kepada semua, kata Tuan Ibrahim Tuan Man ."PAS terus melangkah ke hadapan dengan matlamat membawa rahmat kepada semua dengan Islam," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya itu yang menjadi tanda tanya kerana ia sama dengan tema Amanah, Rahmat Untuk Semua.
Perjuangan Pas juga, katanya, bukan hanya ingin menjatuhkan seorang pemimpin dan mengekalkan sistem yang korup, rasuah yang merompak jatidiri rakyat Malaysia.
"Perubahan sistem bukan hanya berlegar kepada sistem sekular yang sama, yang hanya menukar nama. PAS inginkan perubahan kepada sistem yang beraksi kepada kebenaran dan keadilan sebagaimana yang diwahyukan Allah," katanya.

SERANGAN RAKAN TAHALUF
Menurut beliau, ketika PRN Sarawak, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pas diserang dengan hebat dari pelbagai penjuru.
Read More / Baca Lagi >>

Menyusun pembangkang menjelang PRU14

Posted: 28 Sep 2016 07:55 PM PDT

Takdir Tuhan jualah yang menjadikan parti-parti pembangkang hari ini berada dalam keadaan paling kuat untuk berdepan dengan Umno-BN. Tak siapa selama ini terbayang, setelah 18 tahun, akhirnya Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan Anwar Ibrahim.
Babak Jabat tangan itu juga satu petanda buruk kepada Umno-BN, iaitu parti yang dahulunya kedua tokoh berkenaan hidup dan perkasakan. Tinggal Abdullah Badawi sahaja mantan perdana menteri yang masih berada di dalam Umno, selain Abdul Razak Hussein yang meninggal dunia sewaktu beliau masih sebagai PM. Kini Mahathir mengikuti jejak Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan pendiri Umno, Onn Jaafar yang meninggalkan Umno.
Sekiranya diamati sejarah, dalam pilihan raya umum pertama pada 1955, Umno kerahkan seluruh kekuatan untuk membunuh karier politik Onn. Beliau bertanding di Parlimen Batu Pahat. Selain persiapan rapi dengan jumlah jentera yang ramai, beratus-ratus biji kereta juga dikerah mengangkut pengundi pada hari mengundi bagi memastikan Onn kalah teruk.
Daripada gerak kerja, wang dan kerahan yang dilakukan, Umno waktu itu bukan sahaja mahu mengalahkan Onn, tetapi tak kurang hendak memalukan tokoh itu di kubunya sendiri. Diketahui Onn yang juga anak jati Johor adalah mantan pegawai daerah Batu Pahat.
Beliau banyak jasa di sana, terutama apabila mendamaikan amukan kumpulan Melayu "Selimpang Merah". Bagi orang Batu Pahat, Umno juga dikatakan ditubuhkan di sana meski secara rasmi foto bergambar di tangga istana besar Johor Bahru. Besarnya jasa Onn kepada orang Batu Pahat dan Johor sehingga ramai yang menyebut namanya beserta gelaran "Dato'".
Menyebutkan nama Onn tanpa pangkat "Dato'" agak janggal di telinga. Dari sudut lain, kejayaan Umno mencabut akar politik Onn di Batu Pahat adalah gambaran psikologi Umno itu sendiri yang dari dahulu gerun dengan bayang-bayang mantan pemimpin mereka yang meninggalkan parti.
Nasib politik Onn tidak begitu baik apabila beliau terpaksa berdepan dengan komplot membunuh karier politik oleh kawan-kawan sendiri yang pada mulanya menyokong beliau menubuhkan Umno. Dalam kata mudah, Onn dikeroyok keseorangan.
Bayangkan andai ketika itu ada bersama Onn politikus seperti Dr Mahathir, Anwar, Muhyiddin Yassin dan mungkin juga tokoh-tokoh pemimpin lebih muda seperti Azmin Ali, Shafie Afdal mahupun Mukhriz Mahathir, saya tak fikir Umno boleh menumpaskan Onn. Tak kiralah sama ada di Batu Pahat mahupun di Kuala Terengganu Selatan dalam PRU 1959. Menjentik hujung songkok Onn pun Umno takkan termampu.
Barisan pembangkang terkuat
Hari ini, nama yang tidak ada dalam senarai perjuangan bersama blok pembangkang hanya Onn itu sendiri. Sayangnya beliau hidup di era yang lain. Selain Onn, nama seperti Dr Mahathir iaitu mantan presiden Umno, Anwar dan Muhyiddin yang keduanya pernah menjadi timbalan presiden, Shafie yang merupakan mantan naib presiden, bahkan Mukhriz mahupun Azmin yang keduanya berpengalaman di dalam pentadbiran negeri di Selangor dan Kedah memperlihatkan blok baharu pembangkang jauh lebih kuat.
Bahkan, buat masa kini, inilah barisan pembangkang terkuat pernah wujud sepanjang sejarah 59 tahun Malaysia merdeka. Undi popular kepada BN yang hanya sekitar 48 peratus dalam PRU lalu tak boleh dibohongi.
Kehadiran sebegini ramai tokoh di blok pembangkang sudah tentu menggerunkan Umno. Ia jauh lebih menggerunkan berbanding usaha Umno untuk mematahkan tengkuk Onn di Batu Pahat, 61 tahun lalu; atau ketika parti itu berdepan dengan serpihan Parti Melayu Semangat 46 (S46) di hujung dekad 1980-an sekalipun.
Saya rumuskan begini kerana tokoh-tokoh Umno yang kini bersama pembangkang adalah di kalangan mereka yang tak pernah kecundang dalam pertarungan dalaman Umno. Dr Mahathir berjaya menumpaskan Tengku Razaliegh dan Musa Hitam dalam drama "Tim A" dan "Tim B" dahulu.
Begitu juga PM Najib Razak hanyalah 'anak buah' kepada Dr Mahathir dan Anwar ketika keduanya menjadi PM dan TPM. Bahkan semua "Tim Wawasan" daripada Anwar, Muhyiddin dan Mohd Muhammad Taib juga kini sudah bersama pembangkang.
Barisan tokoh utama yang ramai ini tidak boleh dilepaskan pembangkang sebagai kesempatan untuk meyakinkan rakyat yang mereka siap ke Putrajaya. Hari ini, perlawanan politik bukan lagi urusan peribadi atau batang tubuh Anwar. Ia telah benar-benar menjadi perlawanan antara pakatan rakyat lawan Umno-BN.
Rekod kejayaan menawan lima negeri dan menafikan majoriti dua-pertiga BN pada PRU 2008 perlu dijadikan asas termasuk di kalangan mereka yang baru sahaja menyeberang ke sebelah pembangkang, termasuklah Dr Mahathir. Tidak ada rahsia kejayaan lebih besar selain daripada kemampuan satu-lawan- satu di kesemua kerusi sama ada parlimen mahupun DUN.
Maknanya, faktor tokoh berpengalaman sahaja tidak memadai. Semua pemimpin pembangkang harus selalu waspada bahawa Umno-BN dalam pelbagai cara tetap berusaha untuk memecah-belahkan mereka dan tidak mahu sampai wujudnya pertandingan satu-lawan-satu.
Sifir politik
Usaha menghuru-hara dan memecah-belahkan Pakatan Rakyat dapat terhidu sudah lama. Mungkin sejurus PRU 2008 lagi. Terkesan sejak menjadi PM, Najib Razak khususnya segera bergerak ke arah tersebut. Beliau tahu, kerja untuk memperkuatkan Umno akan hanya berjaya sekiranya dalam waktu sama Pakatan Rakyat dapat dipecah-belah.
Atas kesedaran ini, maka Umno pun menyusup masuk dan cuba mengambil hati segelintir pemimpin pembangkang selain memasang dadu di kalangan individu tertentu di dalam pembangkang supaya menyerang sesama sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Najib di malukan di Milan

Posted: 28 Sep 2016 07:34 PM PDT

MB Johor sudah tak syok dengan PM Najib

Posted: 28 Sep 2016 07:33 PM PDT

Tak kisah siapa PM, asal takut Tuhan tak ambil rasuah

Posted: 28 Sep 2016 07:28 PM PDT

Comments (0)