Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:59 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Persempadanan semula sekat kemaraan pembangkang - PAS

Posted: 27 Sep 2016 09:20 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu berkemungkinan hilang beberapa kerusi daripada 15 kerusi Dun yang dimenangi dalam PRU14 sekiranya persempadanan semula kawasan pilihan raya sebagaimana yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diluluskan.
Adun Chukai, Hanafiah Mat berkata, cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu dilihat bertujuan menyekat kemaraan pembangkang di beberapa kerusi pada PRU akan datang memandangkan kebanyakan kawasan terlibat dengan persempadanan semula dibuat secara tidak adil, sebaliknya berpolitik dengan tujuan memenangkan BN.
Sebagaimana di Chukai katanya, cadangan persempadanan semula yang dibuat di kawasan terlibat dianggap pelik dan SPR dilihat tidak mengambil perkiraan berdasarkan faktor munasabah.
"Unit peti undi (UPU) Bakau Tinggi dalam Dun Chukai dipindahkan ke Bukit Kuang dalam Dun Kijal. Apa yang pelik, SPR kata persempadanan tertakluk kepada sungai tetapi UPU tersebut dipisahkan oleh sungai selebar kira-kira 400 meter. Ia adalah sungai besar yang merupakan tempat penyelenggaraan kapal.
"Begitu juga dengan UPU Bandar Baru Cheneh dalam Dun Air Putih dipindahkan ke Dun Chukai. Sedangkan jaraknya 25 kilometer dari bandar Chukai. Kalau hendak dikira UPU Mak Chili dan UPU Bukit Mentok lebih dekat dengan Dun Chukai. Kenapa dua UPU itu tidak dimasukkan dalam Dun Chukai?
Read More / Baca Lagi >>

Daya Saing Global: Malaysia jatuh dari tangga 18 ke 25

Posted: 27 Sep 2016 09:17 PM PDT

Laporan Daya Saing Global (GCR) 2016-2017 menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi turun daripada tangga ke-18 pada tahun lalu tetapi kekal sebagai ekonomi paling kompetitif dalam kalangan negara membangun Asia.
Laporan diumumkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) menunjukkan daripada segi skor, prestasi negara turun daripada 5.23 kepada 5.16 daripada maksimum 7.
Bagaimanapun, Malaysia kekal berada di hadapan ekonomi seperti Korea, Iceland dan China dalam ranking terbaharu ini tetapi diatasi oleh Belgium, Austria, Luxembourg, Perancis, Australia, Ireland dan Israel, menurut laporan itu.
globalSementara itu, negara dan wilayah yang turut turun daripada ranking mereka termasuklah Jerman, Jepun, Hong Kong SAR, Finland, Kanada, Perancis, Thailand, Indonesia dan Filipina.
GCR ialah laporan tahunan yang dikeluarkan oleh WEF berdasarkan kepada Indeks Daya Saing Global (GCI) menggabungkan 114 petunjuk yang menyepadukan kedua-dua aspek daya saing ekonomi makro dan mikro.
Petunjuk ini dikumpulkan menjadi 12 tonggak terdiri daripada Institusi, Prasarana, Persekitaran Makroekonomi, Kesihatan dan Pendidikan Utama, Pendidikan Tinggi dan Latihan, Kecekapan Pasaran Barangan, Kecekapan Pasaran Buruh, Pembangunan Pasaran Kewangan, Kesediaan Teknologi, Saiz Pasaran, Kecanggihan Perniagaan dan Inovasi.
GCI itu berdasarkan kepada data perangkaan daripada organisasi dikitiraf antarabangsa bagi 30 peratus atau 34 petunjuk.
Read More / Baca Lagi >>

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, kerajaan BN Kedah auta lagi

Posted: 27 Sep 2016 09:15 PM PDT


kxp.transformed
Rakyat negeri Kedah masih lagi ternanti-nanti bila agaknya kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau Kulim International Airport (KXP) yang dilaung-laungkan sejak pilihan raya 2013 lagi akan menjadi kenyataan.
 
Rata-rata mereka percaya dengan adanya kemudahan ini ia akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan juga ekonomi negeri Kedah.
 
Namun begitu setelah hampir empat tahun, rakyat Kedah sudah dapat merasai bahawa ini semua merupakan janji-janji pilihan raya yang tidak mungkin dapat dilaksanakan walaupun Datuk Seri Mukhriz telah digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar.
 
Asmirul Anuar ArisAsmirul Anuar ArisMenurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Asmirul Anuar Aris, selepas Mukhriz ditolak oleh Najib dengan meletakkan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baru, projek yang kononnya direstui oleh Perdana Menteri itu didakwa akan diteruskan.
 
Namun begitu sehingga kini, status pembinaan lapangan terbang tersebut masih menjadi tanda tanya samada ia adalah fakta atau auta.
 
"Apakah kerajaan BN Kedah mampu menampung kesemua kos pembinaan sedangkan kita tahu bahawa kerajaan negeri mengalami masalah kewangan yang amat teruk.
 
"Sehingga kini hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat mencecah hampir RM2bilion unutk pembinaan dan projek-projek di negeri Kedah sebelum ini.
 
Read More / Baca Lagi >>

‘Daripada kecoh usul SPR, lebih baik Selangor selesai isu air’ - Irmohizam Ibrahim

Posted: 27 Sep 2016 09:12 PM PDT

Kerajaan Selangor diselar sebuah pertubuhan pro-BN yang menuduhnya tidak pernah serius menangani masalah bekalan air.
Datuk-Seri-Irmohizam-Ibrahim
KUALA LUMPUR: Majlis Belia Selangor berkata kerajaan negeri perlu menghentikan polemik isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dan menumpukan masalah bekalan air.
Presidennya Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak boleh berlengah dalam menyelesaikan isu bekalan air yang membebankan rakyat kerana ia mengganggu rutin harian dan produktiviti mereka.
"Jika benar kerajaan negeri bertindak dalam menyelesaikan perkara ini, mustahil gangguan bekalan air masih berulang lagi. Hal ini jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak pernah serius dalam menangani permasalahan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Irmohizam yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor berkata kerajaan pusat terbuka dalam memberi sokongan kepada penjualan konsesi air kepada Selangor bagi menjaga kebajikan rakyatnya.
Beliau berkata dalam tahun ini sahaja, isu bekalan air di Selangor berlaku 3 kali berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.
"Penutupan loji itu disebabkan pencemaran air mentah dan melihat situasi di sekeliling Sungai Semenyih, tidak mustahil pencemaran ini terjadi berpunca daripada kawasan industri yang diwujudkan berhampiran dengan sungai berkenaan," katanya.

Putrajaya diseru ambil alih projek perumahan daripada Felda

Posted: 27 Sep 2016 09:10 PM PDT

Felda perlu kembali fokus kepada tanggungjawab utamanya iaitu survival peneroka, kata Mazlan Aliman
felda-1
KUALA LUMPUR: Kerajaan pusat perlu mengambil alih projek Perumahan Generasi Baharu Felda yang kini berdepan masalah daripada agensi itu, kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya yang mengendalikan projek ini, dan Felda hanya bertindak menjadi pemudahcara untuk warga Felda mendapatkan rumah.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam wawancara bersama New Straits Times semalam yang mendedahkan projek itu "tergendala sedikit" kerana belum mendapat pinjaman institusi kewangan.
"Dengan ratusan juta sudah dibelanjakan dan banyak terbengkalai, saya harap ia tidak diteruskan. Maka sempena pembentangan belanjawan akan datang, saya minta Datuk Seri Najib Razak umumkan mana-mana agensi kerajaan yang terbabit untuk ambil alih projek ini.
"Dan Felda boleh kembali menjalankan tanggungjawab asalnya seperti menjamin agar peneroka hidup selesa dan mendapat pendapatan munasabah," kata Mazlan kepada FMT.
Katanya lagi, Felda tidak mampu lagi menambah hutang baharu di saat pendapatannya semakin berkurang, terutama selepas tanah Felda Plantations dipajakkan oleh Felda Global Ventures (FGV).
"Sepatutnya Isa memberi perhatian kepada isu utama Felda – survival peneroka, daripada fikir hal yang bukan tanggungjawab Felda tetapi kerajaan pusat," katanya lagi.
Pada 2011, ANAK mendedahkan tindakan Felda membuat pinjaman RM6 bilion dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Read More / Baca Lagi >>

Susah nak jumpa pengundi Cina sokong BN

Posted: 27 Sep 2016 09:03 PM PDT


SHAH ALAM – Rata-rata pengundi Cina yang ditemui sebagai responden dalam kajian Institut Darul Ehsan (IDE) pada 26 Ogos hingga 30 Ogos lalu meliputi 1,761 orang pengundi menyokong parti pembangkang.
Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, perkara itu dapat dilihat susulan rata-rata pengundi Cina hari ini agak mudah untuk didekati berbanding sebelum tahun 2008.
"Selepas 2008, membuat kajian itu tidak susah sangat sebab masyarakat agak lebih terbuka. Sebelum ini agak sukar untuk mendekati pengundi Cina tetapi sekarang tidak begitu sukar terutama dalam kalangan yang berpendidikan.
"Kita tanya, mereka jawab terus terang siapa mereka undi. Kalau DAP, mereka cakap mereka sokong DAP. Tapi payah nak cari pengundi Cina yang menyokong BN. Memang kebanyakannya menyokong pembangkang," katanya ketika sesi pembentangan penyelidikan survei IDE: Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, semalam.
Katanya, sikap masyarakat yang lebih terbuka bukan sahaja kaum Cina memudahkan lagi pihaknya menjalankan kajian.
"Maknanya mereka terus terang. Tidak lagi sembunyi-sembunyi mereka sokong parti mana. Mereka secara terbuka menyatakan pendirian mereka.
"Sebelum ini kita tak boleh tanya parti apa mereka sokong tapi sekarang mereka boleh beritahu kita. Kalau sokong DAP, cakap DAP. Kalau sokong Pas cakap Pas. Kalau tidak sokong mana-mana parti, dia beritahu. Tak pasti dia cakap tak pasti," katanya.
Dalam kajian tersebut, seramai 78 peratus pengundi menyatakan keterujaan menanti tarikh pilihan raya diumumkan sekali gus menepis dakwaan sebelum ini di mana rakyat dikatakan sudah tidak berminat dengan politik.

Tiada pilihan raya sebelum 2018, sembang Najib

Posted: 27 Sep 2016 09:02 PM PDT


Kami bergantung sepenuhnya atas prestasi kerajaan, kata Datuk Seri Najib RazakKami bergantung sepenuhnya atas prestasi kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak spekulasi yang mengatakan beliau akan mengadakan pilihan raya mengejut seawal Mac tahun depan sebelum tamat tempoh pada 2018.
Menurutnya, beliau tidak akan berbuat demikian dan buat masa ini tidak ada sebarang sebab untuk berbuat demikian.
"Kami bergantung sepenuhnya atas prestasi kerajaan, dan akan terus meyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah yang terbaik," katanya kepada badan berita antarabangsa, Reuters di Berlin, Jerman.
Khabar angin yang mengatakan pilihan raya akan diadakan seawal Mac tahun depan katanya, adalah tidak berasas.
Beberapa laporan yang memetik sumber dari dalam kerajaan bagaimanapun menyebut kemungkinan diadakan pilihanraya mengejut berasaskan keadaan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang dikatakan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) yang memerintah.
Beberapa parti komponen BN turut mengeluarkan kenyataan kesediaan mereka untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa,

'Anwar calon paling layak ganti Najib' - Amanah

Posted: 27 Sep 2016 09:01 PM PDT

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu paling layak menjadi perdana menteri.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir berkata, negara memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai idealisme dan yakin membawa perubahan secara menyeluruh dalam sistem pentadbiran negara.
"Sejak kebangkitan reformasi 1998, kita lihat tiada individu selain Anwar layak mengambil alih pucuk pimpinan negara.
"Tidak kisahlah berapa kali beliau dipenjara. Anwar pemimpin paling tepat menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri untuk memperbetulkan negara," katanya.
Mengulas kenyataan Tun Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, Anuar berkata, ia pandangan peribadi bekas perdana menteri itu.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, hasil kajian Institut Darul Ehsan, membuktikan majoriti rakyat Selangor yakin dan terima pimpinan PKR.
"Anwar adalah pemimpin PKR dan mencerminkan keyakinan rakyat Selangor terhadap parti untuk memerintah negara," katanya.
Beliau berkata, parti pembangkang harus bekerjasama menjatuhkan Najib.
"Dalam negara demokrasi, kita menerima suara majoriti siapa menjadi perdana menteri," katanya.

Malaysia kena bersedia hadapi kerugian jika TPP gagal dimeterai

Posted: 27 Sep 2016 08:58 PM PDT

Kedua-dua Hillary dan Trump menentang TPP, dan sekiranya ia gagal diluluskan kongres, industri sawit Malaysia adalah antara sektor yang akan rugi.
tppa
PETALING JAYA: Dengan kedua-dua calon presiden Amerika Syarikat menentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) melibatkan 12 negara, Malaysia kini berusaha mengurangkan kerugian yang mungkin dialami sekiranya perjanjian itu dibatalkan Washington selepas pilihan raya presiden November ini.
Menurut majalah Forbes, industri minyak sawit Malaysia bakal menerima kesan langsung daripada sebatang keputusan membatalkan TPP.
Malaysia sebelum ini sudah pun mula mengorak langkah menggubal undang-undang bagi memberi laluan kepada TPP walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak.
TPP selama ini giat dilobi Presiden Barack Obama bagi memperkasakan pengaruh Amerika dalam berdepan kemaraan China.
Bagaimanapun, calon Republikan Donald Trump dan seterunya Hillary Clinton jelas menentang TPP, dan Kongres perlu memberikan kelulusan terhadap perjanjian itu sebelum tarikh akhir pada Februari tahun depan.
Forbes melaporkan industri minyak sawit Malaysia yang bernilai RM63.2 bilion mendapat faedah daripada TPP, kerana negara pengeluar minyak sawit lain akan dipaksa menggugurkan cukai import, iaitu salah satu syarat keanggotaan TPP.
Tanpa TPP, industri sawit Malaysia perlu terus bersaing sengit dengan Indonesia.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin jangka pakatan baharu pembangkang akhir tahun

Posted: 27 Sep 2016 08:56 PM PDT

Beliau berkata pakatan itu menyasarkan untuk menyingkir perdana menteri dan gabungan parti pemerintah.
muhyiddin_bersatu
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti pembangkang akan membentuk pakatan baharu menjelang akhir tahun ini apabila semakin ramai ahli daripada parti diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bertukar 'kapal'.
Pakatan itu menyasarkan untuk menyingkir Najib, yang kekal teguh memegang kuasa meskipun berdepan tekanan meletak jawatan susulan skandal kewangan berbilion dolar, serta menyingkirkan gabungan parti pemerintah, diketuai Umno.
"Parti itu berdepan sokongan yang semakin berkurangan dan ramai tidak pasti sama ada Umno akan bertahan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang," kata Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri.
Ramai juga melihat beliau sebagai bakal perdana menteri daripada pihak pembangkang.
PRU akan datang dijangka sebelum hujung 2018 dan Najib, ketika lawatannya di Berlin berkata, beliau tidak bercadang mengadakan PRU lebih awal.
Dalam temu bual bersama Reuterus, Muhyiddin tidak menyatakan mana-mana pemberontak dalam Umno yang berpotensi menyertainya memandangkan parti baharunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), baru 2 minggu didaftarkan.
"Ramai pemimpin Umno berminat menyertai PPBM kerana tidak selesa dengan masalah dihadapi parti pemerintah kerana imej Najib yang tercemar," kata Muhyiddin.
Najib menafikan sebarang salah laku.
Seorang jurucakap kerajaan menolak kenyataan Muhyiddin yang menyatakan ia hanya helah untuk membangkitkan semula kariernya.
"Sudah lebih setahun Muhyiddin dakwa yang pemimpin Umno, dan rakyat Malaysia hendak masuk parti itu.
"Ini membuktikan ia hanya angan-angan, dengan BN memenangi semua 3 PRU dan parti itu semakin bersatu," kata jurucakap itu.
Parti baharu itu dipengerusikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Anaknya, Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah, juga menjadi ahli parti itu.
Pemimpin pembangkang sedar mereka perlu bekerjasama untuk mengelak pertandingan banyak penjuru yang boleh memecahkan undi dalam PRU, kata Muhyiddin.
"Saya mahu lihat pakatan ini ditubuhkan tidak lama lagi, sebelum akhir tahun," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Depan Umno DOJ Adalah Dajal: Depan Wartawan Asing, Kita Akan Beri Kerjasama Penuh – Munafiknya Manusia Ini..!!!

Posted: 27 Sep 2016 08:55 PM PDT


"Kami sama-sama mengambil berat tentang tadbir urus yang baik di Malaysia dan kedaulatan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Canselor Jerman Angela Merkel, apabila ditanya mengenai siasatan antarabangsa itu.
"Jadi dalam lingkungan tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang, Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk bekerjasama dan melakukan apa yang perlu," katanya seperti dilapor Reuters. –Mkini.
Hahahahaha …. Lawak beb !
Di depan orang Umno, di depan orang kampung Najib cakap apa bab siasatan DOJ Amerika ? Campurtangan asing !  Usaha luar nak jatuhkan kerajaan Melayu Islam !
Sekor tu siap kata Amerika nak bunuh orang Melayu !
Tapi bila berada di luar negara dan ditanya wartawan mengenai siasatan DOJ, apa kata Najib ? – Kita akan lakukan yang terbaik untuk bekerjasama dan melakukan apa yang perlu !
Hahahahahaha …… Kalau bukan HIPOKRIT atau MUNAFIK, tak tahulah apa lagi label yang sesuai.
Kenapa tak gunakan kesempatan itu untuk hentam DOJ dan anasir2 luar yang kononnya mahu menghancurkan negara kita ? Tunjukkanlah keberanian anda wahai Najib.
Walau petir menyambar bumi …… hahahahahahaha …… Piiiiiraaaaah !
Satu lagi point lawak – Macamana nak beri kerjasama kalau semua maklumat yang sudah disemak dan disiasat oleh Ketua Audit Negara dijadikan rahsia kerajaan di bawah OSA ?
Nak berpandukan laporan kewangan yang sudah diaudit, pihak juruaudit Deloitte sendiri bagi kata laporan yang mereka tandatangan itu tak boleh pakai.
Takkanlah dalam negara sendiri maklumat 1MDB dirahsiakan tapi untuk pihak luar negara, maklumat itu diberikan ?
Nampak tak permainan Najib ? Cakap berbelit2 …..
Kemudian ada hati pula nak bandingkan dirinya dengan Tun Mahathir ….. hahahahaha …..

Walaupun satu undi Hishamuddin boleh rempuh Zahid

Posted: 27 Sep 2016 08:54 PM PDT

Hari ini Institut Darul Ehsan (IDE) Selangor mengemukakan hasil kajian persepsi pengundi di Selangor berhubung siapakah tokoh dalam Umno yang popular menjadi pengganti Najib Razak. Saya dijemput sama untuk mengikutinya tetapi kerana ada kematian kawan terpaksa batal.
Empat tokoh diletakkan IDE untuk ditinjau dari kalangan 1,761 respondan. Mereka ialah Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Mustapa Mohamed dan Annuar Musa.
Kajian itu mendapati Hishamuddin paling popular dengan mendapat 32 peratus undi didikuti oleh Zahid mendapat 31 peratus undi. Bezanya hanya satu undi sahaja. Disebabkan negara kita menerima kaedah (undi pendahulu) maka Hishamuddin dikira menang. Besar makanya satu peratus itu bagi Hishamuddin pada saat dia sedang "beragun" (berlawan) dengan Zahid.
Dari tahap usia respondan yang memilih Hishamuddin berumur 31 hingga 50 tahun. Ertinya orang pertengahan usia sukakan kepada anak bekas PM ke-3 itu. Yang memilih Zahid pula respondan berusia 51 hingga 61 tahun. Gambaran yang diperolehi itu kedudukan Hishamuddin untuk jadi pengganti Najib selesa sekiranya ramai (menjadi perwakilan G7) dalam perhimpunan agung Umno berumur dibawa 51 tahun.
Tahap usia memilih Khairy pula 21 hingga 30 tahun. Ini menjelaskan naluri anak muda mereka lebih serasi dengan tokoh sebaya dengan mereka. Fenomena ini tidak akan berpihak kepada Khairy kerana biasanya yang menjadi perwakilan Umno mereka berusia lanjut. Ahli Umno sukar untuk memberi laluan kepada orang muda sebagai perwakilan sebab itu ada sesetengah perwakilan sudah menghadiri perhimpunan lebih 12 kali dan semua gigi sudah luruh. Hehe..
Kedudukan sama dengan perwakilan dalam parti agama. Ada perwakilan sudah menghadiri muktamar lebih daripada 15 kali sampai serban sudah jadi macam pembugkus kacang butir carit marit, berlubang-lubang macam jala, tetapi masih jadi muktamir. (Maaf).
Inilah cara orang Melayu main politik. Politik semacam dadah pula tidak boleh ditinggal dengan waras. Perwakilan pula akan menentukan pemimpin tertinggi mereka.
Dalam kajian itu 26 hingga 30 Ogos lalu itu Mustapa mendapat 6 peratus melebihi 2 peratus berbanding Annuar mendapat 4 peratus. Peletakan dua tokoh dari Kelantan ini saya kira saja-saja untuk meramaikan calon undian sahaja atau sebagai sengaja untuk merendah-rendahkan mereka khasnya Annuar. Annuar yang akhir-akhir ini banyak bercakap membela Najib Razak ternyata tidak mendapat undi banyak. Perolehan sebanyak 4 peratus itu tidak berbaloi dengan kerja-kerja membodek dan mendolor pongek Najib sehingga menampakkan akan ketololannya.
Mungkin faktor usia dan keusangan dalam Umno menyebabkan keduanya tercorot. Mustapa sudah berusia melebihi 67 tahun manakala Annuar pula dianggap sudah usang berusang dalam Umno bukan kerana usia tetapi disebabkan penglibatan beliau dalam Umno dan menjadi wakil rakyat sejak dari remaja lagi.

Seorang kawan saya dalam Umno bertanya jawatan apa lagi yang Annuar tidak pegang, semua dirembatnya, menjadi Adun, MP, senator, menteri, pengerusi Kada, pengerusi Umno negeri dan sebagainya, kini pengerusi Mara pula. Itulah maksud keusangannya.
Walaupun kajian persepsi badan dipimpin Prof Mohamed Redhuan Othman itu terbatas kepada pengundi di Selangor tetapi ia menggambarkan kilau persepsi pengundi dalam Umno di seluruh negara. Apa yang berlaku di Selangor itu, itulah lakaran untuk seluruh negara. Hari ini pun daripada cakap-cakap di kedai mamak, coffe house dalam whatsat grup, nama Hishamuddin berada di atas untuk menjadi pengganti Najib. Hishamuddin banyak disebut bakal menjadi PM berbanding dengan Zahid.
Read More / Baca Lagi >>

SEMUA SENADA UNTUK NEGARA

Posted: 27 Sep 2016 08:52 PM PDT

Jika semua ini berjalan mengikut apa yang dirancang, sudah tentu ia merupakan berita baik untuk kita semua.
Pada 1 Oktober, Muhyiddin Yassin akan berada sepentas dengan pemimpin-pemimpin Pas dalam satu program ceramah di Pekan Kemasik, Kemaman, Terengganu.

Ini adalah program julung kali antara PPBM dengan Pas di sebalik ketidaktentuan pendirian parti itu sejak kebelakangan ini.

Pada 2 Oktober pula di Simpang Kepayang, Bera, Pahang, dalam program ceramah mengenai 1MDB, Tun Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail juga dikhabarkan akan duduk bersama di atas pentas buat pertama kalinya.
Walaupun Tun Mahathir sudah menjalin hubungan baik dengan PKR, bertemu dengan sebahagian besar pemimpinnya, termasuk bersalam dengan Anwar Ibrahim baru-baru ini, tetapi pada 2 Oktober ini adalah pertemuan julung kali beliau dengan Dr Wan Azizah.

Ia sudah tentu susulan terjalinnya semula hubungan baik antara Tun Mahathir dengan Anwar yang bermula detiknya di Mahkamah Tinggi pada 5 September lalu.

Semua in tentunya untuk negara dan demi usaha menyingkirkan Najib Razak menjadi kenyataan akhirnya.

Malaysia jatuh 7 anak tangga senarai daya saing global

Posted: 27 Sep 2016 08:51 PM PDT

Malaysia diatasi oleh Belgium, Austria, Luxembourg, Perancis, Australia, Ireland dan Israel, menurut laporan itu.
mustapa-malaysia
KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi, turun daripada tangga ke-18 tahun lepas tetapi kekal sebagai ekonomi paling kompetitif dalam kalangan negara membangun Asia.
Menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) 2016-2017, yang diumumkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) hari ini, dari segi skor, prestasi negara turun daripada 5.23 kepada 5.16 daripada maksimum 7.
Bagaimanapun, Malaysia kekal berada di hadapan ekonomi seperti Republic of Korea, Iceland dan China dalam ranking terbaharu ini tetapi diatasi oleh Belgium, Austria, Luxembourg, Perancis, Australia, Ireland dan Israel, menurut laporan itu.
Sementara itu, negara dan wilayah yang turut turun daripada ranking mereka termasuklah Jerman, Jepun, Hong Kong SAR, Finland, Kanada, Perancis, Thailand, Indonesia dan Filipina.
Dalam kenyataan hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penting untuk diambil perhatian semua negara yang berada di kedudukan di atas Malaysia adalah negara maju dan berpendapatan tinggi.
GCR ialah laporan tahunan yang dikeluarkan oleh WEF berdasarkan kepada Indeks Daya Saing Global (GCI) menggabungkan 114 petunjuk yang menyepadukan kedua-dua aspek daya saing ekonomi makro dan mikro.
Petunjuk ini dikumpulkan menjadi 12 tonggak terdiri daripada Institusi, Prasarana, Persekitaran Makroekonomi, Kesihatan dan Pendidikan Utama, Pendidikan Tinggi dan Latihan, Kecekapan Pasaran Barangan, Kecekapan Pasaran Buruh, Pembangunan Pasaran Kewangan, Kesediaan Teknologi, Saiz Pasaran, Kecanggihan Perniagaan dan Inovasi.
GCI itu berdasarkan kepada data perangkaan daripada organisasi dikitiraf antarabangsa bagi 30 peratus atau 34 petunjuk.
Bagi 80 petunjuk selebihnya, penilaian kualitatif itu dibuat berdasarkan Kaji Selidik Pendapat Eksekutif Forum Ekonomi Dunia.
Menurut GCR, laporan itu secara keseluruhannya, menyenaraikan Switzerland sebagai ekonomi paling kompetitif di dunia untuk tahun kelapan berturut-turut, mengatasi Singapura dan Amerika Syarikat dan diikuti Belanda serta Jerman.
Mustapa berkata, Malaysia disenarai pada kedudukan 50 teratas bagi setiap daripada keseluruhan 12 teras biarpun mencatat penurunan dalam 8 teras berkenaan.
Malaysia mencatat prestasi paling kukuh dalam teras Kecekapan Pasaran Barangan (tempat ke-12) dan Pembangunan Pasaran Kewangan (ke-13) manakala teras Kesediaan Teknologi, Malaysia melonjak empat tempat ke tempat 43 dan teras Saiz Pasaran pula naik dua kedudukan ke tempat 24, katanya.
Mustapa menyifatkan sebahagian besar punca penurunan kedudukan Malaysia adalah disebabkan faktor luaran di luar kawalan penggubal dasar.
"Ketidaktentuan ekonomi global, pengukuhan dolar Amerika Syarikat, kejatuhan harga komoditi serta kelembapan ekonomi China adalah di luar jangkauan kita.
"Isu persepsi juga timbul berikutan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang terus menyebarkan tuduhan tidak berasas mengenai perkembangan politik dalam negara serta keadaan ekonomi kita," katanya.
Hakikatnya, tegas Mustapa, Malaysia kekal stabil baik dari segi politik manakala asas ekonominya juga kukuh.
Sehubungan itu, katanya, isu persepsi berkenaan perlu dipandang serius dan kerajaan akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi menangani perkara itu.
Beliau berkata biarpun kedudukan terbaharu itu mengecewakan, ia sebaliknya mengukuhkan lagi pendirian kerajaan untuk mengambil pendekatan sewajarnya pada kadar lebih pantas dalam usaha mempertingkat daya saing Malaysia.
Malah, sebagaimana ditegaskan pihak WEF bagi negara-negara pesat membangun, aspek seperti penambahbaikan amalan perniagaan dan pelaburan dalam inovasi kini sama pentingnya dengan infrastruktur, kemahiran dan kecekapan pasaran.
Kerajaan akan menangani kekurangan yang ditekankan dalam laporan tersebut, dan menyatukan usaha semua kementerian ke arah mengekalkan status Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

SIRI PEMBOHONGAN WAJIB DITERUSKAN..

Posted: 27 Sep 2016 08:49 PM PDT

Menteri Kewangan M'sia.. NAJIB !!
Perdana Menteri M'sia.. NAJIB !!
Kuat Menipu Rakyat.. NAJIB !!

Inilah kebijaksanaan & kelebihan yg ada pada Perdana Menteri M'sia dan Punahsihat #1MDB..

Kadar GST tidak akan dikurangkan dalam Bajet 2017 - Menteri Umno

Posted: 27 Sep 2016 08:43 PM PDT

Pembuangan pekerja Petronas diluar kawalan kerajaan - Menteri Umno

Posted: 27 Sep 2016 08:43 PM PDT

Rafizi: Tiada parti dapat sokongan padu pengundi muda Melayu ketika ini

Posted: 27 Sep 2016 07:51 AM PDT

Sampel menunjukkan kecenderungan pengundi muda Melayu mirip pengundi Melayu atas pagar yang menolak BN, DAP dan PAS
rafizi
PETALING JAYA: Pada ketika ini tiada parti mendapat sokongan padu pengundi muda berbangsa Melayu, kata Setiusaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Pengumuman itu berdasarkan kepada kaji selidik atas talian yang dibuat sejak 23 September 2016 melibatkan 711 pengundi muda Melayu dan 35 pengundi muda bukan Melayu.
"Sampel adalah mirip kepada pengundi Melayu atas pagar kerana sementara mereka menolak BN, mereka juga menolak DAP.
"Malah peratusan yang cenderung mengundi PAS pun tidak tinggi mana pada 35.5%," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi berkata kewujudan parti politik yang lebih banyak kali menyebabkan pecahan peratusan sokongan pengundi Melayu.
Beliau percaya dalam pilihan raya akan datang pengundi akan cenderung menyokong parti yang paling kurang kontroversi, atau parti yang tidak mengalami perpecahan seperti PKR.
"Parti-parti lama yang mengalami perpecahan sehingga tertubuhnya parti baru seperti PAS, Amanah, Umno, Bersatu terkesan dari perpecahan ini," katanya.
Melihat kepada perkembangan itu, Rafizi menggesa komponen Pakatan Harapan (PH) supaya mencari titik pertemuan agar pilihan raya umum akan datang menyaksikan pertembungan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN).
Read More / Baca Lagi >>

Salleh dedah matlamat politik sebenar Mahathir

Posted: 27 Sep 2016 07:49 AM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya cuba menepis cakap cakap bahawa beliau mahu anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri akan datang, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Salleh Said Keruak Merujuk kepada laporan dalam The Star Online hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, dengan menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir ingin menyatakan bahawa bukanlah anaknya yang akan menyandang jawatan itu.
"Bagaimanapun, itu tidak bererti Mukhriz tidak boleh dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Muhyiddin pula hanya menjadi Perdana Menteri sementara," kata Salleh dalam catatan terbaru dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my.
Salleh berkata, laporan itu mengesahkan apa yang diperkatakan banyak orang bahawa Muhyiddin, bukan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Kata beliau, Dr Mahathir akhirnya melenyapkan persoalan penting tentang orang yang berada dalam fikirannya untuk mengggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sekiranya Perdana Menteri digulingkan atau Barisan Nasional diketepikan, yang merupakan objektif utama Dr Mahathir menubuhkan parti baharunya, PPBM".
Read More / Baca Lagi >>

Walau terpenjara, rakyat tetap mahu Anwar jadi PM

Posted: 27 Sep 2016 07:36 AM PDT

Majoriti rakyat Selangor berpendapat bahawa Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim perlu menerajui kepimpinan
negara bagi mengembalikan kecemerlangan Malaysia.
Gambar Anwar di mahkamah sebelum ini Dapatan ini diperolehi hasil tinjauan badan pemikir Kerajaan Negeri Selangor - Institusi Darul Ehsan (IDE) ke atas pengundi di 56 kawasan pilihan raya di negeri itu.
Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Dr Redzuan Othman ketika membentangkan kajian tersebut berkata, sebanyak 40% responden bersetuju Anwar diangkat sebagai ganti Perdana Menteri berbanding 31% tidak setuju manakala hanya 29% tidak pasti.
Redzuan berkata, walaupun Anwar berada dalam tahanan ekoran kes Fitnah 2, ternyata bekas Ketua Pembangkang itu masih mempunyai pengaruh cukup besar di kalangan rakyat terutama di Selangor.
"Kita dapati bahawa kepimpinan beliau masih diperlukan. Sejak beliau ditahan, hampir kesemua tinjauan kita akan melibatkan saudara Anwar untuk kita mengetahui sejauh mana pengaruh beliau.
"Ini satu perkara yang akan mengingatkan bahawa walaupun beliau berada dalam tahanan, tetapi beliau masih mempunyai pengaruh kuat di kalangan masyarakat terutama para pengundi," katanya pada sidang media pembentangan kajian itu di Hotel Carlton, di sini.
Tinjauan yang dilakukan IDE pada 26 Ogos hingga 30 Ogos itu melibatkan 1,761 pengundi.
Selain itu, 51% responden juga mengakui Anwar dizalimi dan perlu dibebaskan segera. Majoriti 57% pengundi terlibat adalah dari kaum Cina, diikuti India (55%) dan Melayu (47%).
Mereka juga turut menyokong Anwar sebagai pemimpin Malaysia membelakangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Yang paling tinggi adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (30%) diikuti dengan Mahathir (24%). Ada yang mengatakan jika digabungkan Anwar dan Mahathir, membolehkan Malaysia diperintah Perdana Menteri baru," jelas Redzuan.
Tinjauan itu juga mendapati majoriti 59% pengundi Selangor menyokong Pakatan Harapan di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, berbanding Barisan Nasional yang hanya memperoleh 29% sokongan.

FAKTA: Kebodohan Tidak Boleh Didakwa...

Posted: 27 Sep 2016 05:34 AM PDT


DUA INSAN YANG BERBEZA..!!!!

Posted: 27 Sep 2016 05:32 AM PDT

Apa kebijaksanaan & kelebihan yg ada pada Perdana Menteri M'sia dan Punahsihat #1MDB ??!!

APA NAK HERAN...PENEROKA TETAP SETIA..!!!

Posted: 27 Sep 2016 05:30 AM PDT

TAK MUSTAHIL jika ada peneroka masih kata..
"...SYUKUUUURR..!! POKOK SAWIT MASIH BERBUAH.
BN MENANG, RAKYAT SENANG..."

"Kerajaan tidak bercadang kurangkan GST," kata Johari

Posted: 27 Sep 2016 04:55 AM PDT

83% Pengundi Muda Dan Pengundi Kali Pertama Menolak BN, Sokongan Kepada Pakatan Harapan & Pembangkang Berbeza-Beza

Posted: 27 Sep 2016 04:52 AM PDT

Ucapan saya di Pulau Pinang minggu lalu menjadi bahan polemik apabila saya mengutarakan pandangan mengenai sokongan pengundi Melayu terhadap Umno. Saya mempersoalkan keyakinan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Umno bahawa sokongan pengundi Melayu masih berpihak kepada Umno sehingga menjadi asas persempadanan semula yang dibuat mengikut garis perkauman.
Pandangan itu sudah tentu dimomokkan oleh penyokong Umno yang merasakan bahawa undi Melayu tetap berpihak kepada mereka.
Pandangan saya itu dibuat berdasarkan pelbagai interaksi dengan pelbagai kumpulan pengundi Melayu termasuk satu kajiselidik di atas talian yang dibuat sejak 23 September 2016 melibatkan 746 responden. Dari jumlah itu, 711 (95% responden) adalah pengundi muda Melayu dan 35 (5% responden) bukan Melayu.
53% belum mendaftar untuk mengundi dan kumpulan umur yang paling besar ialah pengundi kali pertama (antara 21 hingga 24 tahun) iaitu 45% dari responden dan pengundi kali kedua (antara 25 hingga 28 tahun) iaitu 24% (itu pun jika mereka mengundi dalam PRU13).
Mengambil kira bahawa 95% dari responden adalah pengundi Melayu dan 69% adalah dalam lingkungan umur belum pernah mengundi atau hanya mengundi sekali, dapatan dari kajiselidik ini boleh memberi gambaran pola sokongan pengundi muda Melayu kepada parti-parti politik.
Mengambil kira juga kebarangkalian berlaku pertembungan 3 penjuru, kajiselidik ini mengukur sokongan berdasarkan jalur pada kayu ukur 30% (bukan "Ya" atau "Tidak") iaitu:
Kecenderongan 0 – 30% untuk mengundi parti X: Tidak akan mengundi parti ini baik dalam pertandingan satu lawan satu atau 3 penjuru
Kecenderongan 30 – 50% untuk mengundi parti X: Atas pagar dan mungkin akan mengundi mengikut keadaan
Kecenderongan 50 – 100% untuk mengundi parti X: Kemungkinan besar menyokong parti ini walau dalam pertandingan 3 penjuru
Dapatan mengikut pecahan data dan jalur sokongan ditunjukkan seperti di bawah (laporan kajiselidik disertakan bersama di lampiran):
poll-umur
poll-xsokong
poll-ataspagar
poll-sokong
Sementara ramai pihak yang akan mempertikaikan ketepatan angka sokongan kerana saiz sampel dan sumber sampel dari atas talian, yang lebih penting bukanlah angka sokongan tetapi pola (atau trend) sokongan. Saya boleh senaraikan beberapa pemerhatian seperti berikut:
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)