Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:05 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pembangkang tak akan dapat sebarang manfaat

Posted: 25 Sep 2016 09:46 PM PDT

Persempadanan semula
Pembangkang tidak akan memperoleh sebarang manfaat sekiranya menggunakan isu persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya mengejut.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, isu persempadanan semula juga dilihat tidak dekat dengan rakyat dan hanya dibicarakan di kalangan pemimpin sahaja.
"Sekiranya ingin mengadakan pilihan raya mengejut, ia bergantung kepada isu dan agenda yang dibawa supaya dekat dengan rakyat serta masyarakat.
"Kemenangan dalam pilihan raya itu bergantung kepada isu serta agenda yang dibawa oleh setiap parti," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Sebelum ini, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong mendakwa, DAP akan mempergunakan syor persempadanan semula bahagian pilihan raya oleh SPR untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri ditadbir pembangkang.
Dalam pada itu, Marthada berkata, isu pelaksanaan pilihan raya mengejut adalah merupakan satu retorik memandangkan cadangan persempadanan semula oleh SPR itu tidak akan terlaksana tanpa mendapat kelulusan daripada Parlimen.
"Ini (persempadanan semula) hanya di peringkat cadangan dan ia belum lagi dilaksanakan malah mana-mana pihak yang tidak bersetuju boleh membantah di parlimen selepas ini," katanya.
Tambah beliau, buat masa ini, isu pilihan raya mengejut dan persempadanan semula masih terlalu awal untuk dikaitkan antara satu sama lain memandangkan ia hanya berada di peringkat cadangan sahaja.

Setuju wujud Barisan Rakyat

Posted: 25 Sep 2016 09:44 PM PDT

Setuju wujud Barisan Rakyat
Salahuddin
SHAH ALAM – Cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mewujudkan satu gabungan besar parti pembangkang mendapat reaksi positif.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyambut baik idea tersebut dan berharap ia mampu direalisasikan.
Menurutnya, cadangan menggabungkan parti-parti pembangkang dengan menggunakan satu nama dan logo merupakan usaha pembangkang sejak sekian lama.
"Sewaktu dalam PR dulu pun, kita pernah kemukakan permohonan kepada pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk gunakan satu logo parti sahaja, namun tidak berjaya," katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sesi dialog mengesyorkan semua parti pembangkang membentuk satu barisan baharu yang bernaung di bawah satu logo untuk mengalahkan BN pada PRU14.
Salahuddin memberitahu, cadangan tersebut bakal berjaya sekiranya ROS meluluskan permohonan menggunakan satu logo pada PRU akan datang.
"Sekarang ini halangan terbesar adalah mendapat kelulusan ROS. Kita harap ROS lebih terbuka meluluskannya kali ini.
"Di pihak Amanah, kita sedang menggembleng tenaga memastikan perkara ini berjaya.
"Dengan kehadiran Bersatu, saya yakin kita makin kuat untuk menumbangkan BN," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi memaklumkan parti itu turut menyambut baik syor daripada Mukhriz.
"Itu memang yang kita cadangkan sekian lama. Saya berterima kasih kepada Bersatu kerana mengambil sikap yang sama.
"Dari awal lagi kita nak lihat parti-parit pembangkang bersatu dan ini yang diimpikan.
""Diharapkan ia membawa kejayaan," katanya.
Beliau turut menyarankan agar parti-parti pembangkang yang lain untuk turut serta dalam gabungan terbesar itu.
"Prinsip satu lawan satu boleh dikatakan telah dipersetujui semua parti pembangkang, mungkin kita boleh bersetuju dengan gabungan ini pula," katanya.

PKR: Keengganan SPR bertemu buktikan persempadanan tak berasas

Posted: 25 Sep 2016 09:44 PM PDT

Surat Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat lalu adalah bukti bahawa persempadanan semula yang dicadangkan adalah tidak berasas, dakwa timbalan ketua PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin.
Dalam satu kenyataan, Zuraida berkata SPR menolak permintaan Azmin untuk mendapatkan sesi pembentangan serta dialog dengan kerajaan negeri mengenai perkara itu.
Cadangan persempadanan semula SPR baru-baru ini mengundang pelbagai kontroversi dengan pihak pembangkang mendakwa BN bakal mendapat manfaat. Walau bagaimanapun, Umno dan Gerakan dilaporkan juga tidak berpuas bhati dengan cadangan itu.
Perjumpaan itu, kata Zuraida, dibuat berdasarkan nasihat pengamal undang-undang bahawa Azmin atas kapasitinya sebagai menteri besar perlu mendapatkan penjelasan tentang rasional, asas, prinsip dan mekanisma di sebalik cadangan persempadanan semula, sebelum memulakan bantahan.
"Kesemua usaha ini tidak mendatangkan sebarang hasil apabila SPR dalam surat jawapannya pada Jumaat lepas menjawab bahawa kesemua jawapannya boleh didapati di laman web SPR.
"SPR tidak wajar melihat dirinya sebagai sebahagian daripada jentera BN apatah lagi seolah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kemenangan BN.
"SPR sepatutnya tidak berpihak dan bertindak saksama bagi kepentingan seluruh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Ampang.
Zuraida juga menggesa Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah untuk meletakkan jawatan, jika beliau gagal untuk memahami peranannya dalam memastikan pilihan raya yang bebas dan adil.
"Dia (Mohd Hashim) sewajarnya melepaskan jawatan dan melantik Puan Maria Chin Abdullah sebagai pengganti beliau.
"Dengan cara ini, tidak ada lagi manipulasi sempadan pilihanraya," katanya sambil menyatakan
sokongan kepada perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November depan.
Kerajaan Selangor sebelum ini telah menolak cadangan pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu sebelum SPR melengkapkan persempadanan semula yang dicadangkan itu.
Azmin, ketika itu, berkata kerajaan negeri akan menghormati mandat rakyat, dan akan menggunakan saluran yang sah untuk menyatakan bantahan mereka.

'Saya tak nampak kejayaan Bashah setelah saya berundur' - Mukhriz

Posted: 25 Sep 2016 09:34 PM PDT

'Di mana ada ramai Melayu, di situ tempat kami bertanding' - BERSATU

Posted: 25 Sep 2016 09:33 PM PDT

Posted: 25 Sep 2016 09:30 PM PDT

Warkah buat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggamatkan kehangatan penganjuran Siri Jelajah Penerangan 1MDB di negeri tiang seri Umno, Johor.
Warkah disampaikan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Juzi itu mengimbau pengorbanan Anwar sejak 1998 untuk terus bangkit menetang kezaliman rejim Umno Barisan Nasional.
Bukan sekadar itu, bait warkah juga turut mengenang keadaan Anwar yang kini meringkuk di penjara atas pertuduhan fitnah zalim terhadap diri pejuang rakyat terbabit.
datuk-idris-jauzi-i"Kami berdoa hendaknya Anwar berada dalam keadaan sihat dengan membayangkan beliau sudah menjamu selera walaupun keadaan penjara tidak sempurna seperti di luar yang pernah kita nikmati bersama.
"Penjara tetap penjara, namun apakah erti pembebasan di luar selama mana, jika rakyat tidak dimerdekakan?" tulis warkah suara akar umbi kepimpinan pembangkang Johor itu.
Kandungannya juga turut menyentuh prinsip kesaksamaan dan keadilan yang perlu diperjuangkan seluruh rakyat demi perubahan Malaysia yang lebih cemerlang.
Pengisiannya juga turut tertumpu kepada nilai keterbukaan dan semangat untuk melakukan reformasi di Johor sebagai sebuah negeri yang pernah dikenali antara kubu terpenting Umno.
"Kami yang hidup terpenjara di luar ini lebih kusut dengan sifat goyah ekoran pemerintah penguasa politik yang dikhianati dan ruang ekonomi mencerut tulang rakyat.
"Kerana itulah perlunya reformasi dengan penggeraknya harus diulangi seperti 1998 lalu," tulis warkah itu.
UMNOBNSebelum ini, kubu kuat sokongan Umno mengalami perubahan ketara pada Pilihan Raya Umum lalu yang menyaksikan beberapa kerusi Dewan Negeri dan Parlimen negeri itu berjaya dimiliki komponen pembangkang.
Lebih mengejutkan, tembok kekuatan Umno di Batu Pahat berjaya dipecahkan selepas calon BN, Dr Mohd Puad Zarkashi tewas kepada Idris dengan 38,667 undian.
Komponen pembangkang juga menang di Parlimen Kluang, Bakri, Gelang Patah, Kulai dan tewas dengan majoriti tipis di Pasir Gudang dengan majoriti kurang 2000 undi.
Mengulas perkembangan positif itu, Idris optimis kubu kuat Umno di Johor bakal dikuburkan pada pilihan raya akan datang.
"Umno bermula di Batu Pahat dan kita berjaya kalahkan sarang Umno di sana. Saya percaya tidak lama lagi, Umno akan kita talkinkan di Johor dan Putrajaya," katanya.

Johor hadapi gelombang perubahan besar

Posted: 25 Sep 2016 09:29 PM PDT


Salahudin dan Muhyidin kini menggugat Johor.Salahudin dan Muhyidin kini menggugat Johor.
Setelah berlangsung dengan meriahnya sambutan ulangtahun parti Amanah di Bakri, Muar, ramai yang menjangkakan suatu perubahan politik yang besar akan berlaku di negeri selatan semenanjung itu.
Walaupun ia dinggap kubu kuat Umno/BN selama puluhan tahun tetapi dengan perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini menunjukkan negeri itu bakal menyaksikan perubahan politik, terutama dalam pilihan raya umum yang akkan datang.
Parti Amanah Johor yang sedang berkembang pesat diberi peluang menjadi tuan rumah sambutan setahun parti itu yang lahir di Muar Johor.
Tahniah kepada Amanah Johor yang dipimpin oleh Aminul Huda Hasan serta para pendukung Amanah yang bertungkus lumus membuat persiapan sambutan tersebut yang penuh makna.
Momentum yang dilihat dalam majlis tersebut sangat memberansangkan, menghantar isyarat bahawa tembok kebal Umno/BN di Johor itu bakal runtuh, memandangkan sokongan kuat dari rakyat Johor Sendiri.
Salahudin berucap di depan Muhyidin yang memberi jaminan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu.Salahudin berucap di depan Muhyidin yang memberi jaminan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu.Seperti kata Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub, Negeri Johor akan menjadi destinasi politik yang menarik untuk pakatan pembangkang menerajui negeri itu selepas Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
Katanya, kecenderungan pakatan pembangkang untuk merampas negeri Johor itu disokong dengan tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Bermakna ada gandingan dari Amanah (Salahudin Ayub) dan Bersatu (Tan Sri Muhyidin Yasin).
Semua petanda ini adalah positif untuk membawa perubahan di negeri itu.
Memang senario politik di Johor sudah melalui beberapa proses krisis kepimpinan di kalangan pemimpin utama Umno negeri itu dan terkini, krisis bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pernah menjawat jawatan menteri besar Johor (1986-1995).
Kata Salahudin: "Di Johor ada satu perkara yang kita boleh 'ride on' kalau kita mengkaji sejarah bangsa Johor. Ia bukan sifat kenegerian yang akan memisahkan Johor dan Persekutuan tetapi kemunculan bangsa Johor itu dalam konteks berdepan dengan isu semasa seperti 1MDB dan kemungkaran politik perdana menteri."
Memang Negeri Johor bakal jadi destinasi politik yang menarik kerana apa yang berlaku di Johor menuntut kita melalui proses kematangan dan kebijaksanaan untuk Pakatan Harapan dan Bersatu merampas negeri itu.
Masyarakat Melayu di negeri itu selama ini memang sangat rapat dengan Umno. Dari segi sejarah penubuhan Umno itu yang bermula di Johor dan krisis politik yang berterusan hingga kini.
Salahudin melihat, antara Parti Bersatu dan Pakatan Harapan boleh bekerjasama lengkap melengkapi untuk cetuskan gelombang politik baharu di Johor. Ini, katanya, Johor satu destinasi politik yang dinamik.
Read More / Baca Lagi >>

Sekali lagi, pekerja AAM ‘ditipu’, gaji masih tak dapat

Posted: 25 Sep 2016 09:28 PM PDT

Pekerja AAM sepatutnya menerima gaji pada 15 September, tetapi ditunda 23 September sebelum pengurusan syarikat memaklumkan gaji akan hanya dibayar pada 30 September.
aamPETALING JAYA: Pekerja Persatuan Automobil Malaysia (AAM) sekali lagi rasa 'tertipu' apabila masih belum menerima baki gaji, walaupun selepas 2 kali tarikh pembayaran itu ditunda iaitu pada 15 September dan 23 September.
Kakitangan AAM Mohamad Tajuddin Jailani berkata pihak pengurusan syarikat memaklumkan yang bayaran gaji ditangguhkan lagi sehingga 30 September tanpa memberi alasan munasabah.
Seorang lagi kakitangan, Saiful Sallehuddin berkata setakat ini sebahagian daripada kakitangan sudah berhenti kerja kerana terlalu kecewa dengan AAM yang gagal menunaikan janji.
"Mereka tidak beri alasan ia ditunda dan kini semakin ramai kakitangan berhenti kerana kecewa AMM tidak menunaikan janji untuk bayar gaji ikut waktu, malah pihak pengurusan langsung tidak berbincang dengan kami," katanya.
Saiful mendakwa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga dalam proses menyaman AAM kerana hampir setahun tidak membuat bayaran caruman kepada kakitangan.
Selepas menerima gaji Mei, pada 18 Ogos lepas, mereka sepatutnya menerima 3 bulan gaji pada 15 September.
Timbalan Pengerusi AAM Wan Zaharuddin Wan Ahmad sebelum ini berkata pihaknya berjanji akan melunaskan 2 bulan gaji tertunggak pada 23 September.
"Kita sudah keluar kenyataan, ada kelewatan sedikit dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada kakitangan AAM sebab pembiayaan kami masuk lambat. Kita berjanji akan bayar 2 bulan gaji pada 23 September ini," katanya ketika dihubungi FMT.
Read More / Baca Lagi >>

Bukankah halal sudah memadai, soal peguam aktivis

Posted: 25 Sep 2016 09:27 PM PDT

Art Harun mempersoalkan sama ada cadangan sijil tambahan halal satu lagi cara menjaja agama di kalangan orang Melayu
art-harun-halal-logoPETALING JAYA: Langkah sebuah badan bukan kerajaan berganding bahu dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperkenalkan sijil baru halal dikritik peguam aktivis Azhar Harun, yang mempersoalkan keperluan sebuah lagi piawaian halal.
"Kini kita ada halal dari bukan Islam, dan halal dari orang Islam! Tidak cukupkan halal sahaja?" tanya Azhar, blogger yang juga dikenali sebagai Art Harun, kepada FMT.
"Adakah hanya orang Islam boleh menghasilkan produk halal? Atau apakah halal dari orang Islam lebih tinggi grednya daripada halal oleh bukan Islam?"
Sabtu lepas, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) dan Risda dilaporkan bakal melancarkan logo halal baharu awal tahun depan khusus bagi produk keluaran Muslim
Menurut Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin, ia bertujuan mengesahkan produk itu keluaran usahawan Muslim selepas, sebagai tambahan kepada sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Azhar berkata sijil halal yang sedia wujud mempunyai niat baik tetapi hanya menjadi faktor memecah belah masyarakat di samping terlalu menjurus ke arah keuntungan.
Read More / Baca Lagi >>

Pemandu teksi-Uber bertembung di Sabah

Posted: 25 Sep 2016 09:20 PM PDT

Sekumpulan pemandu teksi di perhentian tumpuan ramai di Kota Kinabalu bersemuka dengan pemandu Uber dan beri amaran sehingga memaksa penumpang keluar dari kereta Uber berkenaan.
uber-carPETALING JAYA: Perkhidmatan Uber di Kota Kinabalu, Sabah yang dilancarkan beberapa bulan lalu turut berdepan masalah, sama seperti dihadapinya di bandar lain di Malaysia, dan juga seluruh dunia.
Dalam minggu lalu, 2 video dikongsi di media sosial menunjukkan pemandu Uber diberi amaran keras oleh pemandu teksi.
Kedua-dua video yang mungkin dirakamkan di perhentian teksi di kawasan popular di sana pada waktu malam, menunjukkan pemandu teksi membuka pintu sebelah pemandu dan berdepan dengan pemandu Uber.
Dalam kedua-dua kejadian, ia berlaku selepas penumpang masuk dan duduk di dalam kereta pemandu Uber.
Pemandu teksi datang bersemuka dan memberi amaran keras jangan mengambil penumpang di situ tanpa menggunakan bahasa kasar.
Mereka memberitahu pemandu Uber yang itu kawasan mereka dan memberi amaran jangan mengambil penumpang di situ. Salah seorang pemandu teksi itu juga berkata "Uber haram di Sabah", kepada pemandu Uber dan pemandu berkenaan meminta maaf dan setuju untuk mendengar amaran pemandu teksi.
Pemandu teksi terbabit kemudian menyasarkan penumpang, mengarahkan mereka keluar dari kereta Uber itu.
Pemandu Uber dalam video itu kelihatan merayu supaya pemandu teksi tidak mengapa-apakan mereka dan penumpang.
Klip video itu, dipercayai dirakam salah seorang pemandu teksi yang turut serta berkonfrontasi dengan pemandu Uber itu tamat tiba-tiba dan tidak diketahui sama ada berlaku keganasan atau tidak.
Laporan berita tempatan memetik polis Sabah sebagai berkata tidak ada laporan dibuat mana-mana individu yang diancam keselamatan mereka oleh pemandu teksi di bandar itu.

'Sekadar Melayu-Islam tak cukup untuk dapat sijil halal'

Posted: 25 Sep 2016 09:19 PM PDT

Cadangan logo halal khusus untuk barangan buatan orang Islam disambut curiga oleh aktivis hak-hak pengguna.

Bekas timbalan presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohamed Shaani Abdullah berkata pendekatan itu boleh mewujudkan persaingan tidak adil dalam perniagaan.

"Saya tidak nampak sebarang asas terhadap cadangan itu. Kamu sebenarnya cipta pembahagian kelas.

"Kamu tak boleh diskriminasi dan (cadangan ini) nyata sebuah diskriminasi," kata Shaani yang kini berkhidmat sebagai penolong setiausaha di Pertubuhan Hak Asasi Manusia (Proham).
Shaani berkata, sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dianugerahi berdasarkan standard-standard tertentu dan diterima di seluruh dunia.

"Setiap sijil mesti tertakluk pada standard ini.

"Dalam kes ini, kamu boleh semak (standard Malaysia) MS-1500 berkaitan makanan halal.
Katanya, menjadi pengeluar Melayu-Islam sahaja tidak ukup untuk mendapatkan sijil halal, katanya ketika ditemui di sebuah forum di Petaling Jaya semalam.

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) dengan kerjasama Risda semalam dilapor akan melancarkan logo halal baru khusus bagi produk keluaran Muslim, awal tahun depan.
Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata logo itu bertujuan mengesahkan produk berkenaan keluaran usahawan Muslim selepas memperoleh sijil halal Jakim.

Protes Uber, GrabCar, 100 pemandu teksi berarak di KL

Posted: 25 Sep 2016 09:07 PM PDT

Pemandu teksi berkata meskipun kerajaan meluluskan perkhidmatan Uber dan GrabCar, mereka enggan menerimanya dan akan terus membantah hingga 'keadilan ditegakkan'.
uber-grab-teksi-protes-1
KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 pemandu teksi dari seluruh semenanjung Malaysia berkumpul hari ini berhampiran Jalan Duta dan berarak ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan perkhidmatan pemandu Uber dan GrabCar.
Pemandu dari beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Melaka dan Johor datang ke Jalan Duta menaiki bas disediakan Jawatankuasa Bertindak Persatuan Teksi se-Malaysia yang turut menyediakan sarapan untuk mereka.
Ketika ditanya mengapa mereka membantah perkhidmatan pemandu berkenaan, beberapa pemandu teksi berkata kerana ia menyalahi undang-undang.
"Ini bukan perkara baru. Sudah banyak kali kami cakap, ia bertentangan dengan undang-undang. Bagaimana PM boleh benarkan sesuatu yang menyalahi undang-undang," kata seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifly kepada FMT.
teksi-uber
Seorang lagi pemandu teksi, Steven Kok yang datang dari Pulau Pinang berkata mereka tidak akan berdiam diri sehingga perkhidmatan pemandu Uber dan Grab Car diharamkan.
Ketika ditanya mengapa pemandu teksi tidak mahu menjadi pemandu Uber atau GrabCar, Steven berkata kerana ia menyalahi undang-undang, dan pemandu teksi sudah mengeluarkan banyak wang untuk memandu teksi.
Read More / Baca Lagi >>

DAP mahu Umno Johor ambil langkah berani lakukan perubahan

Posted: 25 Sep 2016 09:06 PM PDT


(dri kiri) Sheikh Omar Ali dan  Mahdzir Ibrahim(dri kiri) Sheikh Omar Ali dan Mahdzir IbrahimAhli Jawatankuasa DAP Johor mendesak pemimpin Umno Johor mengambil langkah berani untuk lakukan perubahan besar-besaran bagi melawan kleptokrasi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Dalam satu kenyataan bersama oleh Sheik Omar Ali dan Mahdzir Ibrahim berkata, senario hari ini melihatkan gelombang besar rakyat dan kesepakatan parti-parti politik sahaja mampu menyelamatkan negara.
"Penghijrahan ahli-ahli Umno ke parti Bersatu di Johor dilihat bakal menyumbang kearah merealisasikan negeri Johor sebagai 'engine head' kepada perubahan politik Malaysia sepertimana yang pernah diungkapkan oleh Ahli Parlimen Gelang Patah setahun yang lalu.
"Kami optimis gelombang perubahan akan berlaku di Johor menjelang PRU 14 khususnya dikalangan orang Melayu. Melayu tidak pekak telinga, buta mata atau hati dari melihat skandal yang berlaku hari ini yang mencemar dan memundurkan negara.
"Pada masa sama, kami harap Umno Johor di bawah pimpinan Datuk Seri Khaled Nordin turut mengambil langkah berani untuk lakukan perubahan besar-besaran bagi melawan kleptokrasi Najib. Hanya gelombang besar rakyat dan kesepakatan parti-parti politik sahaja mampu menyelamatkan negara.
" Oleh itu, kami mendesak agar Khaled Nordin selaku Ketua Perhubungan Umno Johor menunjukkan sikap, memberi respon dan menyatakan pendirian terhadap perkembangan terbaru ini (penghijrahan figura-figura U Johor menyertai Bersatu)," ujar kenyataan itu.
Menurutnya lagi dalam konteks bangsa Johor yang bersatu padu, unik dan tersendiri, mereka melihat bahawa Umno yang dikuasai Najib ujarnya, tidak lagi boleh menjadi tulang belakang kepada politik bangsa Johor.
"Johor perlu mencetuskan politik baharu dengan formula yang baharu. Johor perlu menjadi negeri paling hadapan (front liner) kepada penjajaran semula (political realignment) politik di peringkat nasional.
"Setiap individu dan parti di Johor yang ingin mengembalikan Malaysia ke landasan yang tepat, harus bersatu untuk menentang Umno di negeri paling selatan ini," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Rakyat kena sedia berubah’

Posted: 25 Sep 2016 09:05 PM PDT

PARTI Bersatu sah bergelar parti politik di negara ini tanggal 8 September. Walaupun baru lebih dua minggu didaftarkan, sambutan rakyat terhadap parti baharu diterajui Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan di luar jangkaan.
Fenomena politik ini seakan memberi nafas baharu kepada dunia politik negara yang sebelum ini hanya diwarnai BN dan Pakatan Harapan.
Mukhriz Aura beberapa bekas pemimpin Umno yang kini menerajui kepimpinan Bersatu seolah memberi tamparan hebat kepada Umno. Kepada wartawan, ROSLINDA HASHIM, Naib Presiden Bersatu, Datuk
Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan misi dan hala tuju parti itu.Apa tujuan Bersatu ditubuhkan? Benarkah mahu membawa suara hati rakyat atau semata-matu ingin membalas dendam terhadap Umno?
Bersatu tidak mahu sekadar menjadi pembangkang selamanya, walaupun kita membawa suara rakyat, kita serius mahu tubuhkan kerajaan baharu di Malaysia. Saya harap rakyat mempersiapkan diri mengubah minda mereka untuk bersedia hadapi pertukaran kerajaan di peringkat Pusat kerana kami nekad mahu selamatkan negara ini daripada pelbagai kemelut. Kita bukan rakus kuasa atau jawatan, sebaliknya jelas dalam perlembagaan parti, kami menolak rasuah dan salah guna kuasa. Ini bukan sekadar cakap kosong atau mahu pancing sokongan, disebabkan itu pemimpin Bersatu dikenakan syarat sumpah jawatan dengan memegang al-Quran.
Sambutan terhadap parti ini dikatakan luar biasa. Apakah faktor penerimaan rakyat, adakah disebabkan rasa simpati kepada pemimpin 'bersih' yang dipecat atau rakyat memang dahagakan perubahan?
Saya akui ramai yang serahkan borang keahlian sejak pendaftaran dibuka, khususnya kalangan muda. Pada peringkat awal mungkin itu antara sebabnya, namun selepas tragedi itu, kami perlu serius tunjukkan bahawa Bersatu adalah alternatif yang boleh diyakini, bukan hanya kerana parti dibarisi tokoh politik berpengalaman seperti Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal atau dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya kerana kami berupaya tarik golongan yang sebelum ini tidak terlibat politik. Antaranya, bekas pegawai tinggi kerajaan yang boleh menyumbang dalam aspek pentadbiran, selain pakar ekonomi yang boleh berkongsi idea untuk atasi kemelut ekonomi. Kami beroleh sokongan pelbagai lapisan masyarakat yang mahukan perubahan. Dalam tempoh beberapa bulan sebelum PRU14, Bersatu akan tonjolkan kerajaan bayangan yang boleh meyakinkan rakyat, inilah barisan kepimpinan yang akan terajui kerajaan supaya rakyat dapat lakukan perbandingan dengan barisan Kabinet sedia ada. Saya akui dari aspek kualiti, beberapa pemimpin kerajaan sedia ada menunjukkan ketidakmatangan mereka dalam mengeluarkan kenyataan pelik seolah-olah memberi gambaran mereka tidak layak menang PRU lalu, tambahan pula kalangan mereka ada berjawatan menteri.
Bersatu diterima baik di Kedah. Dalam konteks negeri ini, adakah dek simpati kerana Datuk Seri dicantas daripada jawatan menteri besar secara paksaan atau stigma rampasan kuasa oleh pimpinan Umno Kedah menyebabkan rakyat Kedah memberontak?
Mungkin itu antara faktor penerimaan Bersatu di Kedah, namun saya tidak boleh mengharapkan simpati itu akan kekal hingga PRU14. Kami perlu tunjukkan Bersatu mampu bina kerajaan yang akan membela nasib rakyat lebih baik berbanding kerajaan sekarang. Ketika saya terajui Kedah selama dua tahun sembilan bulan, dibandingkan dengan tempoh kepimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (Menteri Besar), saya tak nampak apa kejayaan yang dicapai? Walaupun saya disuruh undur atas alasan gagal mentadbir dengan baik, adakah kepimpinan sekarang lebih baik daripada pentadbiran saya. Saya tidak nampak alasan digunakan untuk paksa saya lepaskan jawatan itu beri kekuatan kepada kerajaan  sedia ada. Saya percaya sebelum ini manifestasi penolakan (rampas kuasa) berlaku dalam Stadium Darul Aman apabila Ahmad Bashah diboo, kini penolakan itu beralih dalam bentuk rakyat mendaftar sebagai ahli Bersatu.
Benarkah ramai bekas pimpinan terkenal Umno kini ahli Bersatu?
Ada yang berjawatan dalam Umno sertai Bersatu, ada yang serah borang senyap-senyap kerana menunggu masa sesuai untuk umum. Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian pun ada sertai kami, ini petanda positif. Kita tidak paksa sesiapa, ini atas keinginan mereka yang mahukan perubahan. Ramai kalangan rakan-rakan lama dalam Umno pun berminat, mereka mesra Bersatu tetapi belum daftar.
Rakyat kini semakin berani bersuara menyatakan bantahan terhadap pemimpin setelah Tun Dr Mahathir mula mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka. Situasi ini  tidak dapat dilihat sebelum ini. Apa petandanya?
Jika pemimpin itu tidak berani mengkritik atau tegur kesalahan pemimpin atasan, kerana takut diambil tindakan atau dibuang kerja atau dianiaya, sampai bila-bila pun kita terima nasib sama. Walaupun mungkin rakyat tidak memihak pada kerajaan sedia ada, tak kan kita mahu tunggu PRU untuk bertindak perbetulkan keadaan. Atas sebab cemas itulah, saya dan Tun Mahathir bersuara kerana mahu perbetulkan keadaan dalam parti, namun kami yang terima akibatnya. Malah Majlis Raja-Raja pernah bertitah minta kerajaan selesaikan isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) agar keyakinan rakyat dapat dipulihkan terhadap kerajaan (BN), supaya rakyat kekal sokong kerajaan namun titah tidak diendahkan, teguran itu tidak diberi perhatian. Pemimpin perlu ambil risiko bertindak, baharu rakyat berani berubah.
Sebagai sebuah parti bongsu, adakah Bersatu sudah bersedia berdepan cabaran PRU14?
Kami sedang mempersiapkan diri! Bersatu akan bertanding sebanyak mungkin kerusi Dun dan parlimen, namun untuk capai hasrat itu parti perlu tambahkan keahlian secukupnya. Sasaran kami untuk capai 500,000 ahli menjelang hujung tahun ini. Dengan jangkaan PRU14 akan diadakan antara enam bulan hingga tempoh setahun, paling awal Mac 2017, Bersatu perlu siap sedia dalam semua aspek. Saya yakin hasrat kami untuk bina kerajaan baharu tercapai jika mendapat sokongan padu dan rakyat mendaftar sebagai ahli. Saya sendiri akan mengetuai Bersatu di Kedah (Pengerusi Bersatu Kedah), malah saya juga akan bertanding di Kedah, kawasan mana biarlah dirahsiakan dahulu. Telahan konon saya akan bertanding di Putrajaya oleh pihak tertentu adalah silap. Saya pilih Kedah!
Sebelum ini Datuk Seri tegaskan, pembangkang perlu elakkan pertandingan tiga penjuru, supaya berlaku satu lawan satu dengan BN pada PRU14. Bagaimana dengan kehadiran calon bebas yang kelak akan pecahkan undi di kawasan?
Read More / Baca Lagi >>

Tambah 4 Parlimen, 16 Dun di Terengganu kata PAS

Posted: 25 Sep 2016 08:18 PM PDT

Tambah 4 Parlimen, 16 Dun di Terengganu
Ariffin Deraman
KUALA TERENGGANU – Sekurang-kurangnya empat kawasan parlimen dan 16 kawasan Dun baharu perlu diwujudkan di negeri ini berdasarkan faktor asas termasuk jumlah bilangan pengundi.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Terengganu, Ariffin Deraman berkata, perkara itu sepatutnya dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandangkan sudah 23 tahun tidak berlaku persempadanan semula melibatkan pertambahan kerusi dengan pertambahan kali terakhir berlaku pada 1993.
Berdasarkan cadangan baharu bagi persempadanan semula negeri ini khususnya, Ariffin berkata, ia sekadar melibatkan pecah sempadan pilihan raya iaitu perubahan masuk dan keluar peti undi dalam kawasan Dun atau Parlimen yang dilihat lebih bersifat politik.
"Sudah 30 tahun pertambahan Parlimen dan Dun tidak dibuat. Menjadi tugas SPR mencadangkan supaya tambah Dun dan Parlimen dan bantahan itu serahkan kepada kami iaitu orang politik (untuk membahas) khususnya di peringkat Dun.
"SPR tidak sepatutnya keberatan kerana khuatir tidak dapat sokongan dua pertiga daripada kerajaan atau pembangkang (jika pertambahan kerusi disyorkan). Kami berasa kesallah usul di Terengganu sudah 30 tahun dan kalau 10 tahun akan datang tetap begini, maknanya 40 tahunlah persempadanan tidak akan berlaku… dan satu-satu Dun akan mengalami jumlah pengundi yang besar. Di Dun mungkin mencapai 30,000 hingga 50,000 pengundi manakala Parlimen mungkin sampai 150,000 pengundi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini.
Ariffin yang juga Adun Alor Limbat turut mencadangkan SPR lebih berani memberi cadangan pertambahan kerusi dan tidak memikirkan kesukaran mendapatkan sokongan dua pertiga khusus di Terengganu kerana ia menjadi tanggungjawab ahli-ahli politik untuk membahaskannya di sidang Dun.
Jelasnya, menerusi usul persempadanan oleh SPR ketika ini, jumlah bilangan pengundi yang dikenal pasti di satu-satu Dun menjadi tidak seimbang dan di Wakaf Mempelam memperlihatkan pertambahan pengundi sehingga kira-kira 31,000 orang.
"Kalau tengok Dun Bukit Besi kira-kira 12,000 orang, Paka 24,000, Sura menjadi 25,000. Kenapa Bukit Besi sampai tinggal 12,000 orang? Sepatutnya purata 18,000 hingga 20,000. Jumlah bilangan yang munasabah," katanya.
Beliau berkata, pertambahan kerusi Dun dan Parlimen bertujuan mengelak kesulitan dan menyelesaikan masalah di sempadan daerah yang ketika ini wujud satu Dun dalam daerah dan Parlimen berasingan.
Sebagai contoh katanya, Dun Teluk Pasu berada dalam daerah Kuala Terengganu tetapi berada dalam Parlimen Kuala Nerus, Dun Alor Limbat (Parlimen Marang, daerah Kuala Terengganu) dan Jabi (Parlimen Setiu, daerah Besut).

Amanah kuasa politik baharu di Johor

Posted: 25 Sep 2016 08:14 PM PDT


Setelah menyaksikan sendiri sambutan rakyat Kelantan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) setelah Husam Musa secara rasmi berada dalam parti itu ia merujakan saya untuk melihat macam mana pula senarionya di negeri Johor Darul Takzim. Apakah ledakan semangat di Salor akan melantun ke Johor?
Setakat ini saya mengira sambutan terhadap Amanah di Kelantan (yang saya bataskan dalam zon Pantai Timur) cukup memberangsangkan. Semangat rakyat khasnya anak-anak muda yang sedikit sejuk dan semacam "tumpul nafsu" sebelum ini bertukar 360 darjah. Kelewatan Husam mengambil sikap menyebabkan mereka menjadi dingin dan rasa "putus angin".
Perkembangan berlaku di Kelantan memberi isyarat awal kepada parti agama (Pas) di negeri itu. Pas tidak lagi boleh meremehkan parti berusia setahun itu dan juga pemimpin de facto nya di Kelantan Husam Musa. Mungkin Pas boleh membuat semakan semula kepada sikap "agah" dan "angin"nya selama ini yang enggan menjeling Amanah walaupun dengan sebelah mata.
Di Pantai Timur Pas oleh bertahan dan berpuasa hati dengan pengaruhnya di Terengganu dan sedikit di Pahang. Amalan politik dan sifat "Terengganusime" masih boleh mampu mengukuhkan kedudukan parti itu selagi masih ada saki baki pimpinannya yang menerima kuliah dari "Kubang Lembek".
Tetapi untuk Kelantan Pas kena beringat kalau pun mahu melupainya terus. Ini adalah pandangan di luar keanguhan dan rasa hebat diri. Terpulang.
Gara-gara itu maka apabila Amanah mengadakan kernival dan kemuncak sambutan ulang pertama penubuhannya di Sungai Abong Muar Johor, tanggal 23 dan 24 September 2016 ia merujakan saya untuk menyaksikan sendiri apa yang berlaku.
Apakah majlis itu bakal mengwujudkan gelombang baharu di Johor sebagai sambungan kepada gema di Kelantan? Apakah "geruk" (guruh) yang sudah "berkokok" (berbunyi) di Kelantan itu akan menurunkan hujan lebat di Johor?
Saya jadi berminat untuk menyaksikan sendiri, kerana seperti mana diketahui gagasan atau cetusan menubuhkan Amanah ia bermula di Bakeri Muar Johor rentetan terbentuknya Gerakan Harapan baharu (GBH).

Di bumi itulah terbenihnya Amanah yang kini sudah melembagakan sebuah pokok yang dahan dan akarnya menjalar ke seluruh negara hingga Sabah dan Sarawak.
Semasa himpunan GHB di Bakeri dipelopori 18 pemimpin Pas yang dibuang dalam muktamar dua tahun lepas itulah terbenihnya Amanah. Di situlah tercetusnya idea untuk mengagaskan sebuah gerakan atau wadah baharu bagi mereka yang terbuang itu meneruskan perjuangan membela rakyat dan menumbangkan politik "sengkekisme" UBN.
Pada majlis itu saya tidak hadir atas sebab dan alasan tersendiri. Saya tidak mahu bersubahat memberi sokongan moral kepada penbubuhan gerakan untuk menentang Pas. Bagi saya tidak wajar ada satu fraksi baharu dalam Pas kerana itu boleh melemahkan parti agama itu.
Tindakan itu juga menyedihkan kerana pada saat Pas diharap menjadi parti alternatif kenapa ia harus terbelah dua. Saya berpendapat pemimpin yang kalah patut memberi ruang kepada pimpinan baharu menunjukkan keupayaan mereka dan meminimakan rasa dendam. Sebab itu pada awal saya berpendapat penubuhan GHB – Amanah sesuatu yang kurang wajar.
Itu sebab saya tidak hadir. Jadi apabila majlis sambutan ulang tahun itu di buat di daerah sama, saya mahu tonton apakah semangat sambutan kepada Amanah sama atau melebihi daripada apa yang berlaku setahun lalu itu.
Mengagahi diri
Makanya walaupun dalam keadaan diri masih belum sihat sepenuhnya saya mengagahi diri juga untuk sampai ke majlis itu. Jaraknya dari rumah saya sejauh 187 km. Inilah perjalanan berkereta dalam negeri paling jauh saya tempuhi sejak sembilan bulan lalu.
Saya ke sana bukan apa kerana saya tidak mudah percaya kepada gambaran-gambaran dan cerita menerusi media sosial mengenai sambutan terhadap Amanah dewasa ini. Saya seorang yang tidak mudah percaya kepada cerita sekadar "dengar-dengar" tetapi harus melihatnya dengan mata kepala sendiri. Saya berpegang kepada prinsip menulis tentang sesuatu yang kita alami, lihat dan berada dalam sesuatu event itu.
Sepanjang perjalanan saya itu ada sesuatu yang menunjal-nunjal dalam diri saya apabila terkenang kepada zaman Pas merangkak di Johor akhir tahun persis 70-an dahulu.

Betapa susahnya Pas untuk mengembangkan sayap dan berdiri tegak di Johor ketika itu. Kerana teringat itu menyebabkan saya terfikir apakah Amanah dapat bergerak lancar tanpa halangan dan kerenah politik tahun 70-an.
Johor adalah lubuk dan kubu Umno. Betapa seksanya Pas untuk bergerak ketika itu. Walaupun Pas sebuah parti Islam (agama), namun bukan mudah rakyat Johor untuk meninggalkan Umno parti nasionalis itu.
Read More / Baca Lagi >>

REPRISE: Penyamaran Polis dalam BERSIH 3.0, bukti Polis provokasi rusuhan

Posted: 25 Sep 2016 08:11 PM PDT


steadyaku47 comment – I just came across these images and article today. Interesting reading and something we should all know about how PDRM conduct themselves…not against terrorists but against our own brothers and sisters in Bersih.
1. Polis menyamar sebagai peserta BERSIH, memakai baju biasa dan sengaja memecah pagar halangan (dibiarkan oleh polis lain) supaya peserta BERSIH masuk meluru ke dalam Dataran Merdeka. Polis ini tidak memakai baju BERSIH.  Provokasi ini menyebabkan orang ramai masuk ke dalam Dataran Merdeka, dan polis mempunyai sebab untuk serang rakyat yang tidak berdosa. Semuanya kerana gara-gara polis yang menyamar.  Inilah tektik kotor kerajaan Barisan Nasional yang dirancang rapi.

2. Polis Malaysia etnik India merusuh dan memukul polis (dia adalah SB, special branch), boleh lihat lilitan getah pada lengan kiri, penanda atau kod beliau adalah anggota polis yang menyamar jadi peserta BERSIH 3.0). Polis menyamar ini cuba nak menimbulkan provakasi agar menjadi sebab FRU dan Polis serang balas. Tujuannya bagi menimbulkan persepsi negatif pada BERSIH. Kononnya BERSIH ganas dan bawa huru-hara. Inilah tektik kotor Barisan Nasional yang didominasi oleh UMNO.

Polis Malaysia etnik India yang sama menukar pakaian dan bertugas sebagai polis menahan peserta BERSIH.

3. Penyamaran polis SB dalam serangan ke atas kereta polis dan menjadi "sebab" untuk terbabas dan kemudian sengaja melanggar orang awam dengan tujuan mencedera dan membunuh di depan SOGO.
Apa pun mengapa pemandu itu sudah siap sedia pakai topi keledar? Siapa pula yang peluk pemandu dan bawa pemandu keluar dan kemudian menghilangkan diri? Mengapa pemandu itu tidak dipukul oleh orang awam? Apakah tidak mustahil ini satu lakonan SB yang diupah oleh BN, yang menyerang, pemandu dan penyelamatnya?
4. Polis pakai baju BERSIH tapi polis yang menyamar juga memakai gelang atau getah atau ribon di tangan kiri atau kanan. Mereka bersifat "lebih sudu dari kuah" dan sengaja menimbulkan provokasi. Inilah satu lagi tektik jahat BN. Klik pada foto untuk saiz besar.
5. Wajah-wajah polis menyamar sebagai peserta BERSIH. Lihat gelang atau lilitan pada tangan mereka. Jahat punya BN yang menjadikan sebahagian polis sebagai kaldai mereka. Polis menyamar inilah yang mencetuskan huru hara sehingga wanita, orang tua, kanak-kanak, dan OKU cedera di dalam Himpunan BERSIH yang asalnya adalah  aman.

6. Polis menyamar pakai baju BERSIH dan tutup muka, memotong dawai kawat berduri, kononnya dipotong oleh peserta BERSIH. Satu fitnah jahat Barisan Nasional dengan menggunakan polis. Apabila dawai ini sudah dipotong, ada pula SB lain yang menyamar mengajak orang ramai masuk ke dalam kawsasan Dataran Merdeka. Kemudian polis jadikan alasan bahawa peserta langgar peraturan, sebab itu mereka simbah aiir asid. Memang jahat tektik Yahudi ini. Klik foto untuk saiz besar.
7.  Menurut maklumat dari orang dalam, ada 2000 SB (special branch atau siput babi) yang ditugaskan  merayap dalam kumpulan BERSIH. Mereka ini bergerak secara terancang. Mereka pakai lilitan kuning pada lengan mereka. Kalau polis bertembung dengan kumpulan ini, polis tahu orang itu juga polis.  Siapa di belakang perancangan jahat menggunakan SB ini dalam menjatuhkan nama baik BERSIH?  Siapa lagi kalau tidak pakar perisik urat saraf dan propgranda UMNO BN…cuba tanya bekas tentera bernama "Wan Bakar"  jika beliau mahu nafikan perkara di bawah ini. Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak mengesahkan polis terlibat menyamar dalam  kumpulan BERSIH.
Read More / Baca Lagi >>

Balaci Najib Bersorak Riang Bila Matthias Husam Tarik Balik Saman Untuk Kembalikan Harta Rakyat Malaysia

Posted: 25 Sep 2016 08:09 PM PDT

Dari semalam gegak gempita para balaci dan macai bersorak meraikan 'kemenangan' bila dilaporkan Matthias dan Husam menggugurkan saman mereka ke atas mereka yang dinamakan dalam saman DOJ @ harta haram 1MDB ( Mkini )
"NOTIS PEMBERHENTIAN SUKARELA Menurut Kaedah 41 (a) (1) (A) (i) Prosedur Sivil Peraturan Persekutuan, plaintif (atau plaintif-plaintis) dan atau penasihat mereka, dengan ini memberi notis bahawa tindakan diatas secara sukarela digugurkan, TANPA prejudis terhadap defendan Goldman Sachs Group Inc, Debra Whelan Johnson, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Metropolis IX Capital Advisors, LLC, Red Granite Inc, Riza Shahriz Abdul Aziz , Low Taek Jho. Dokumen difailkan oleh Husam Musa, Matthias Chang. (Burke, Louis)."
Para macai riuh mendakwa mahkamah di US telah menolak kes itu padahal jelas ditulis yang peguam kedua mereka yang telah gugurkan kes.
Kemudian Husam keluarkan kenyataan yang tindakan itu dibuat supaya dapat diadakan pengubahsuaian –  "Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan (terbaru) ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB. ( MKini )
Dikatakan ada satu lagi filem terbitan Red Granite selain dari filem lucah Wolf of Wall Street yang terbabit dalam penyitaan iaitu Friends With Kids.  Jadi kenalah diubahsuai saman itu supaya 'matching' dengan saman DOJ. Kemudian boleh kemukakan saman semula.
Sebenarnya, saya hairan dengan reaksi para macai dan balaci …. Apa yang mereka gembira sangat ? Tindakan tarik balik saman itu tidak ada kesan sedikit pun kepada tindakan saman DOJ.
JUGA …. sebenarnya saya juga hairan dengan tindakan saman oleh Husam dan Matthias dari awal lagi ( makanya saya tidak layan berita itu ) …. Apa tujuan mereka filekan  saman yang serupa dengan DOJ ?
Bukankah sudah disebut oleh AG Amerika yang DOJ akan memulangkan semula harta2 rampasan kepada rakyat Malaysia selepas semuanya selesai ? Bagi saya, tidak relevan saman oleh Husam Matthias itu. Saman mereka hanya menunggang / riding tindakan DOJ. Kira2 macam tumpang semangkuk la ….
Makanya pada pendapat saya, kedua mereka saman ke, atau tarik balik saman ke, atau saman semula selepas tarik balik ke, atau kemudian tarik balik saman yang kedua untuk diubahsuai kepada saman yang ketiga pula …. semuanya tidak beri kesan kepada kes utama iaitu saman DOJ ke atas harta haram 1MDB.
KALAU masih tetap nak saman juga di Amerika, kenapa tidak tunggu saja selesai kes DOJ itu, dan buat notis tuntutan atas nama rakyat Malaysia ke atas harta rampasan. ( Tapi bukankah DOJ sendiri dah kata akan pulangkan balik kepada rakyat Malaysia ? )
Tak pun, usahakan satu memorandum rakyat untuk diserahkan kepada kerajaan Amerika supaya diberi keutamaan agar kes DOJ @ harta haram 1MDB itu dipercepatkan prosidingnya.
Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu tidak akan merujuk pemimpin di KL, kata Shafie

Posted: 25 Sep 2016 08:07 PM PDT

Bekas menteri dari Sabah itu berkata demikian dalam pertemuan pertama dengan penyokongnya selang beberapa hari menyerahkan borang permohonan parti baharu.
shafie-afdal
PETALING JAYA: Selepas menyerahkan borang permohonan parti baharu yang bakal berpengkalan di Sabah, bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata pentas politik baharu itu bakal mempunyai acuan sendiri bebas daripada pengaruh Semenanjung Malaysia.
"Kita akan putuskan dasar parti, siapa yang menjadi calon dan hala tuju dengan acuan sendiri dan tidak merujuk dengan mana-mana pemimpin di Kuala Lumpur," katanya berucap pada Majlis Sambutan Aidiladha di Kampung Damai Tawau, Sabtu lepas.
Majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Mayog, Terrence Siambun, Presiden Kadazan Dayak Murud Malaysia, Datuk Peter Anthony dan bekas naib presiden PKR, Darell Leiking.
Darell yang mengisytiharkan keluar PKR minggu lalu mengumumkan sokongan untuk parti baharu Shafie, yang yang belum diumumkan namanya.
Menurut Darell, beliau mahu meneruskan apa yang diperjuangannya melalui PKR selama ini dengan menyertai parti berlandaskan rakyat Sabah.
Dalam ucapannya, Shafie berkata parti yang bakal ditubuhkan itu akan mengalu-alukan keahlian semua kaum di Sabah.
Beliau yang juga ahli Parlimen Semporna berkata tidak berniat memusuhi sesiapa.
"Perjuangan parti ini bukan untuk menanam kebencian kepada pemimpin sedia ada atau bersifat politik kenegerian sebaliknya ianya bagi memperjuangkan hak rakyat dan akan mengubah landskap politik Sabah.
"Kita percaya dengan kuasa rakyat dalam menentukan kerajaan," katanya.
Shafie dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin merupakan 2 menteri yang mengkritik Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB, sehingga membawa kepada penyingkiran mereka daripada kabinet.

TIDAK BOLEHKAH SPR MEMPERLIHATKAN DIRINYA BENAR BEBAS DAN BERKECUALI?

Posted: 25 Sep 2016 08:03 PM PDT

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia atau SPR adalah sebuah badan bebas. Kerja mereka ialah menguruskan perjalanan pilihanraya dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya

Antara perkara lain berkaitan pilihanraya yang menjadi tugas SPR ialah mendaftar pengundi dan melakukan persempadanan semula kawasan-kawasan Parlimen dan juga DUN.

Berbanding menguruskan perjalanan pilihanraya atau melakukan pendaftaran pemilih, melakukan persempadanan atau melukis semula kawasan-kawasan pilihanraya seringkali menimbulkan bantahan serta rungutan.

Mengikut undang-undang, persempadanan  kawasan pilihanraya perlu dilakukan pada setiap lapan hingga sepuluh tahun sekali. Ia bertujuan mengelakkan ketidakseimbangan pengundi berikutan kemungkinan berlakunya pertambahan penduduk dalam tempoh tersebut.

Kali terakhir persempadanan semula peringkat Parlimen dilakukan ialah pada 2003, di Sabah pada 2005 dan di Sarawak pada 2015 yang lalu.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya yang biasanya menyaksikan jumlah kerusi Parlimen turut ditambah, memerlukan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat. Itulah yang berlaku sebelum ini seperti yang dilakukan SPR pada 2003, 1994 dan tahun-tahun sebelumnya.

Dalam persempadanan yang dicadangkan SPR kali ini, ia tidak melibatkan pertambahan jumlah kerusi Parlimen, sebaliknya hanya kawasan-kawasan pilihanraya itu dilukis semula atau dipecah-pecahkan.

Oleh kerana ia tidak melibatkan pertambahan jumlah kerusi Parlimen, maka kelulusan dua pertiga di Dewan Rakyat adalah tidak diperlukan. Persempadanan kali ini hanya memerlukan undi majoriti mudah daripada Ahli-Ahli Parlimen saja.

Banyak isu timbul dalam persempadanan kali ini. Antara yang paling diperbualkan ialah kawasan Melayu dikecilkan, manakala kawasan yang majoriti bukan Melayu dibesarkan lagi. Lantaran itu, lukisan baru kawasan pilihanraya ini dilihat seolah-olah untuk memberi kelebihan kepada UMNO memenangi banyak kerusi Parlimen dalam PRU 14 akan datang yang menyaksikan "pertarungan hidup atau mati"  bagi karier Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu Sabah ke arah hala tuju lebih baik, bukan politik kebencian

Posted: 25 Sep 2016 07:54 PM PDT


Shafie ketika berucap di Tawau berazam jadikan parti baharu itu kelak mempunyai hala tuju lebih baik daripada BNShafie ketika berucap di Tawau berazam jadikan parti baharu itu kelak mempunyai hala tuju lebih baik daripada BN
Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pengambilalihan parti baharu di Sabah kelak, bukan membangkitkan salah laku mana-mana pemimpin tetapi bagi melahirkan hala tuju yang lebih baik dari parti kerajaan sedia ada.
Beliau yang masih enggan menyatakan nama parti berkenaan berkata, perbincangan mengenai pengambilalihan parti yang telah ditubuhkan itu, telah lama dibincangkan dengan terperinci bersama beberapa pemimpin yang menyokong dan berada di landasan sama.
"Saya tubuhkan parti bersama dengan rakan-rakan bukan membangkitkan salah laku mana-mana pemimpin tetapi bagi melahirkan hala tuju yang lebih baik dari parti kerajaan sedia ada.
"Parti ini parti tempatan dan untuk semua kaum di negeri ini dan kita akan putuskan dasar parti, siapa yang menjadi calon dan hala tuju dengan acuan sendiri dan tidak merujuk dengan mana-mana pemimpin di Kuala Lumpur,"katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidiladha di Kg. Damai Tawau semalam.
Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna ini berkata, dengan pengambilalihan parti berkenaan yang dijenamakan semula itu akan dapat membawa pembangunan yang lebih baik kepada negeri ini secara keseluruhan.
"Perjuangan parti  ini, bukan untuk menanam kebencian kepada pemimpin sedia ada atau bersifat politik kenegerian sebaliknya ianya bagi memperjuangkan hak rakyat dan akan  mengubah landskap politik Sabah.
"Kita percaya dengan kuasa rakyat dalam menentukan kerajaan dan kita yakin dengan sambutan dan sokongan luar biasa yang diterima setakat ini termasuk kerjasama dengan parti-parti yang menyatakan kesediaan bersama kita"katanya lagi.
Turut hadir dalam majlis yang dihadiri 5,000 penyokong itu Ahli Parlimen Penampang Deirell Leiking, Ahli Dewan Undangan Negeri Mayog, Terrence Siambun dan Presiden Kadazan Dayak Murud Malaysia, Datuk Peter Anthony.
Read More / Baca Lagi >>

Ramai ahli Pas duduk dalam gelap dengar ceramah Amanah

Posted: 25 Sep 2016 07:53 PM PDT


 Kehadiran penduduk tempatan melimpah di luar khemah bahkan ramai terus mengikuti ceramah dalam gelap. Kehadiran penduduk tempatan melimpah di luar khemah bahkan ramai terus mengikuti ceramah dalam gelap.
Program ceramah sempena pelancaran Amanah Parlimen Larut malam tadi rupa-rupanya turut dihadiri ramai ahli dan penyokong Pas.
Demikian diakui Ketua Amanah Taiping, Mohd Saad Ismail berhubung sambutan hangat dalam program dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Batu Kurau.
"Saya pergi jumpa sahabat lama daripada Pas, bersalam juga peluk mereka. Baru tahu ramai yang duduk dalam gelap.
"Maklumlah Parlimen Larut ini kawasan menantu Presiden Pas. Ustaz Akmal Kamaruddin
anak kepada Ustaz Kamaruddin Awang Basir iaitu besan Haji Hadi Awang," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata, kehadiran kira-kira 1,000 penduduk setempat agak memberangsangkan bagi kawasan seperti pekan Batu Kurau.
"Soal sokong atau tidak perkara kedua. Kesediaan mereka duduk dan mendengar sampai habis memberikan satu harapan baru kepada Amanah khususnya dan Pakatan Harapan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Penduduk tempatan di Batu Kurau mengambil peluang mengisi borang keahlian Amanah.Penduduk tempatan di Batu Kurau mengambil peluang mengisi borang keahlian Amanah.
Sehubungan itu, beliau berharap agar kerjasama Pakatan Harapan akan terus kukuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.
"Tahniah kepada Amanah, PKR, DAP dan Bersatu yang nampak mantap kerjasama semalam," tambah Saad lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Dituduh seksis pada Rosmah, aktivis jawab 'saya sizeist'

Posted: 25 Sep 2016 07:50 PM PDT

Aktivis Hishamuddin Rais dikritik kerana menyerang isteri perdana menteri Rosmah Mansor, berbanding menumpukan kepada dakwaan salah laku suaminnya Datuk Seri Najib Razak.

Untuk itu, Hishamuddin didakwa cenderung membuat kenyataan berunsur seksis, kata seorang hadirin dalam acara forum membincangkan jenaka sebagai alat protes, "The Art of Mockery" di ibu negara semalam.
Seorang anggota panel Farah Rani yang juga pelakon cenderung berpandangan sama dan merasakan Hishamuddin membuat lawak yang tidak sesuai berkaitan berat badan Rosmah.

Katanya, Hishamuddin patut lebih fokus pada Najib sebagai perdana menteri dan subjek-subjek lain yang lebih menegsakan.

"Saya sizeist, bukan seksis," jawab Hishamuddin.

"(Tetapi) saya terima (kritikan). Saya akan buat lebih banyak lawak pasal dia (Najib)," kata penulis, pengarah dan pelawak solo itu.

Acara itu sebahagian pengisian dalam acara jualan seni Arts for Grabs di Petaling Jaya semalam.

SANGAT JELAS!! Najib Semakin Goyang, Lebih Ramai Ahli Umno AKan LOMPAT Parti

Posted: 25 Sep 2016 07:40 PM PDT

Siri Jelajah Penerangan 1MDB | Pasir Gudang ,Johor 25-9-2016

Posted: 25 Sep 2016 07:39 PM PDT

Comments (0)