Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:55 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Lawan tiga penjuru bergantung kpd faktor PAS - Husam Musa

Posted: 24 Sep 2016 09:21 PM PDT

2 Tahun Membangun Bangsa

Posted: 24 Sep 2016 09:14 PM PDT

AMANAH adalah parti masa hadapan - Husam Musa

Posted: 24 Sep 2016 08:59 PM PDT

Setahun berlalu Mat Sabu berpuas hati dgn AMANAH

Posted: 24 Sep 2016 08:58 PM PDT

Keadilan kini sudah ada 30 MP setelah dicerca UMNO semasa penubuhan - Saifudin Nasution

Posted: 24 Sep 2016 08:58 PM PDT

Bantah persempadanan semula agar Noh Omar tidak jadi Menteri Besar Selangor

Posted: 24 Sep 2016 08:56 PM PDT


Pengundi di Selangor akan melihat Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai Menteri Besar sekiranya cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dibantah sekeras-kerasnya.
Setiausaha Eksekutif (Publisiti) Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP, Muhammad Shakir Ameer berkata warga Selangor tentu tidak mahu Noh Omar menjadi pemimpin kerajaan tertinggi di negeri itu.
"Adakah rakyat Selangor ingin seorang ketua yang tidak memberi keutamaan kepada pendidikan anak-anak kita?
DUN_Selangor"Atau adakah rakyat Selangor ingin seorang pemimpin yang memberi cadangan tak masuk akal dengan sistem pinjaman yang akan membebankan rakyat serta generasi masa depan?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sambil merujuk kepada cadangan Noh Omar baru-baru ini agar Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah mencari dana sendiri dan tidak lagi bergantung kepada peruntukan dari kerajaan.
Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga turut mencadangkan agar pemaju perumahan dibenarkan memberi pinjaman kepada pembeli rumah dengan kadar faedah tinggi walaupun ia akan hanya membebankan pembeli dengan hutang yang mendadak.
"Cadangan beliau itu dikritik keras oleh pelbagai pihak, termasuk Fitch Ratings dan Kementerian Kewangan. Ia tidak akan menyelesaikan masalah pemilikan rumah, sebaliknya hanya menguntungkan pemaju.
"Rakyat Selangor tidak memerlukan seseorang yang tidak berhati perut sebagai pemimpin mereka," tegas Shakir yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak, khususnya warga Selangor membantah persempadanan semula yang dicadangkan oleh SPR itu bagi mengelakkan sebarang dasar yang membebankan dikenakan ke atas rakyat.
"DAP juga akan membantah melalui kerajaan tempatan serta kerajaan negeri dengan kerjasama oleh parti-parti dalam Kerajaan Negeri Selangor," jelasnya.

Persempadanan pilihan raya cabuli keharmonian rakyat

Posted: 24 Sep 2016 08:53 PM PDT

Cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas mencabuli keharmonian rakyat Malaysia.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia dibuat berdasarkan konteks kaum dan menghapuskan kerusi campuran sedia ada.
"Semestinya kita kesal dengan cadangan berkenaan yang memecahkan dasar keharmonian rakyat berbilang kaum.
"Walaupun dengan persempadanan ini, saya percaya tak mudah juga bagi pembangkang untuk mengambil balik Selangor," katanya kepada SelangorKini.
Terdahulu, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata tindakan undang-undang dipertimbang selepas SPR gagal menjawab isu dibangkitkan.
Antaranya, SPR gagal memberi penjelasan mengenai kesahan perlembagaan berkaitan cadangan persempadanan semula itu.
Cadangan SPR bukan sahaja mengundang bantahan Pakatan tetapi turut menerima bantahan parti komponen Barisan Nasional (BN).
MCA menyifatkan syor itu sebagai petanda tidak baik bagi sebuah negara berbilang kaum dan agama sementara MIC turut mengakui tidak gembira dengan cadangan SPR.
Selain itu, Gerakan juga mendakwa persempadanan semula bakal menyaksikan peluang parti itu untuk menang terjejas di beberapa kawasan.

Bajet 2006 janji nak bina hospital Pendang, lepas 10 tahun bayang pun tak nampak

Posted: 24 Sep 2016 08:50 PM PDT

sempadan Pendangsempadan Pendang
Kerajaan Umno dan BN sememangnya pandai membuat janji menjelang pilihan raya umum.
Seringkalinya janji yang dibuat hanyalah sebagai pemanis kata bagi meraih sokongan pengundi.
Ini terbukti apabila Hospital Pendang yang dilaung-laungkan sejak bajet 2006 pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi masih lagi belum menjadi realiti hingga kini.
Sedangkan penduduk dalam kawasan Parlimen Pendang amat mengharapkan hospital yang menelan kos projek RM200 juta tersebut dapat menjadi kenyataan.
Asmirul Anuar ArisAsmirul Anuar ArisKetika kajian separah penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), beberapa projek besar termasuk Hospital Pendang terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan dana dan kewangan.
Projek ini kemudian dimasukkan pula ke dalam RMK10 menerusi kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta atau PFI.
Pada peringkat awalnya rancangan projek tersbut juga akan mempunyai 108 katil dengan 28 katil di wad lelaki, 28 katil di wad perempuan, 28 katil di wad bersalin, 4 katil di wad kecemasan serta 2 katil di wad bedah.
Namun begitu, setelah 10 tahun menanti, bayang hospital pun tidak kelihatan sehingga menjelangnya pula pilihan raya umum ke 14 tidak lama lagi.
Menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris, kerajaan Umno dan BN sudah sebati dengan seribu satu janji menjelang pilihan raya.
"Sebuah kerajaan sepatutnya menitikberatkan tiga keutamaan dalam pemerintahan sesebuah negeri maupun negara.
"Kerajaan seharusnya menjaga dan mengawal perbendaharaan negara serta ekonomi dengan baik supaya negeri dan negara menjadi maju.
"Mereka semestinya menyediakan perkhidmatan hospital dan kesihatan kepada rakyat seperti mana janji untuk membina Hospital Pendang ini menjadi kenyataan, " jelasnya lagi.
Tegasnya lagi, sikap acuh tidak acuh kerajaan untuk membina hospital yang pernah dilaung-laungkan selama ini untuk dibangunkan hanyalah untuk mendapat undi dan sokongan menjelang pilihan raya.
"Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Helmi Yahaya bahawa kerajaan tiada dana pada waktu ini cukup memalukan, sedangkan peruntukan untuk bajet membina Hospital Pendang telah pun diluluskan.
"Slogan BN Menang, Kedah Senang merupakan antara retorik Umno dan BN Kedah bagi mengaburi mata rakyat negeri ini sejak PRU yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tekan Thailand kekal penjarakan Justo, dakwa Sarawak Report

Posted: 24 Sep 2016 08:48 PM PDT


Sarawak Report mendakwa Najib masuk campur untuk kekalkan Justo di Thailand.Sarawak Report mendakwa Najib masuk campur untuk kekalkan Justo di Thailand.
Thailand mengesahkan 'percutian' Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Bangkok baru-baru ini bukanlah secara kebetulan.
Laporan Sarawak Report itu bertajuk: 'Held Hostage! Najib Pressures Thailand to keep Star Witness Xavier Justo Jailed' yang memetik sumber mendakwa,  Najib ke Bangkok telah mengubah keputusan pihak berkuasa negara itu untuk membatalkan keputusan baki hukuman penjara tiga tahun Xavier Justo yang sepatutnya di hantar pulang ke Switzerland pada 1 September lalu.
Sebelum ini, jaminan tidak rasmi telah pun diberikan kepada pihak berkuasa Switzerland dan Amerika Syarikat yang mana kes tersebut hanya memerlukan beberapa formaliti untuk ditandatangani.
Sebaliknya pada 31 Ogos lalu, sumber diplomatik menjelaskan apabila Najib dijadual akan melawat Thailand pada awal September, agar tidak akan menjadi tajuk berita utama mengenai kes kleptokrasi global beliau, tiba-tiba keputusan itu ditunda, lapor laman yang berpusat di London itu.
Walau bagaimanapun, sebelum itu Laura Justo memberitahu Sarawak Report bahawa dia bimbang Malaysia akan menekan Thailand untuk menjaga saksi dalam kes 1MDB daripada memberi keterangan kepada pengawal selia global terhadap Najib dan bekas rakan-rakannya di PetroSaudi.
Apa yang dibimbangkan Laura ternyata benar. Satu mesyuarat rasmi menangguhkan pemindahan Justo sehingga 16 September selepas perdana menteri dan isterinya kembali ke Malaysia.
Peguam Justo mengesahkan dokumen di bawah konvensyen antara Thailand dan Switzerland bagi pemindahan segera Justo, sudah ditangguhkan.
"Mereka berada di sana (Thailand) untuk menggunakan setiap pengaruh mereka, kuasa, wang, tawaran dan kerjasama, untuk menahan Justo.
Read More / Baca Lagi >>

Amaran dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Posted: 24 Sep 2016 08:42 PM PDT

APA KORANG NAK KATA...

"Atas sebab-sebab keselamatan, hanya polis dibenarkan guna 'drone' semasa perhimpunan.

Orang lain termasuk organisasi media dilarang guna dron semasa perhimpunan."

Bersih 2.0 minta Umno kawal ahlinya yang beri imej gangster

Posted: 24 Sep 2016 08:28 PM PDT


Menurut Maria Chin, beliau memang takut dicederakan oleh mereka.Menurut Maria Chin, beliau memang takut dicederakan oleh mereka.
Umno diminta mengawal ahlinya agar bertindak lebih bertamadun dan tidak merosakkan imejnya, kata pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Menurut Maria, tindakan Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju, yang berkata berkata "kaki dia ke atas, kepala dia ke bawah" dan Maria "tidak akan berjalan di atas bumi" tidak boleh diterima.
"Saya bimbang, kenapa Umno dan kerajaan membenarkan perangai gangster mewarnai imej parti itu. Ali ahli Umno, Datuk Jamal Yunus pun ahli dan pemimpin Umno," kata Maria kesal.
Maria menolak bahawa media telah tersalah petik kenyataan mereka sebelum ini.
Maria ChiMaria Chi"Kenyataan bahawa ia salah petik oleh media saya tidak berapa yakin. Saya percaya ia laporan yang betul oleh media," kata Maria kepada Malaysian Dateline.
Menurut Maria, beliau memang takut dicederakan oleh mereka samaada kepada beliau sendiri atau keluarganya.
"Saya takut. Saya memang takut. Saya ada 3 anak. Mereka kata nak serang saya, di rumah, di kedai atau di mana saja. Ia ugutan ke atas saya. Bukan kepada saya saja tetapi juga jawatankuasa saya dan juga peserta perhimpunan," kata Maria.
Maria mengaku belum membuat laporan polis terhadap ugutan ini namun telah meminta polis mengambil tindakan terhadap ugutan ini. Namun pihak lain telah membuat laporan polis, katanya.
"Jika mereka (polis) boleh arah (ahli parlimen DAP) Jeff Ooi menyerah diri, mengapa tidak Ali Tinju, (yang mengeluarkan) ugutan bunuh terhadap saya?" katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis sedang menyiasat Mohd Ali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah.
Maria diugut selepas memaklumkan Bersih 5 akan mengadakan perhimpunan mereka 19 November ini di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Sebelum itu, mulai 1 Oktober Bersih akan melancarkan kempen untuk perhimpunan kali ini dengan mengadakan konvoi ke Kuala Lumpur dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Bersih 5 akan memfokaskan tiga isu utama iaitu skandal 1MDB, persempadanan semula kawasan pilihan raya dan isu-isu tempatan.
Read More / Baca Lagi >>

APAKAH SIJIL HALAL JAKIM TIDAK CUKUP HALAL?

Posted: 24 Sep 2016 08:24 PM PDT

Satu lagi cerita "karut" daripada Risda. 

Dulu cerita "karut"  Risda ialah nak tanam dan eksport ketum ke luar negara, kali ini Risda dengan kerjasama Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia atau Ikiam  "mengarut"  lagi dengan mahu mengeluarkan satu lagi logo halal baru.

Logo halal yang mahu dikeluarkan Risda dengan kerjasama Ikiam  ini ialah khas untuk produk keluaran Muslim  sahaja.
Menurut Pengerusi Risda, Zahidi Zainul Abidin, logo halal baru itu bertujuan mengesahkan produk berkenaan keluaran usahawan Muslim selepas mereka memperolehi sijil halal Jakim.

"Keperluan menambah satu lagi logo halal adalah bagi membezakan produk keluaran Muslim dengan bukan Muslim.

"Ia juga bertujuan meredakan keraguan segelintir masyarakat mengenai isu halal berkenaan," kata Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, Perlis.

Memang ini kerja "mengarut" oleh Risda. Buat apa nak dikeluarkan satu lagi sijil halal yang khas untuk usahawan Muslim?

Jika mereka sudah ada sijil halal Jakim, apa yang perlu diragui lagi dengan kehalalan produk itu?

Bukankah Jakim sebuah jabatan kerajaan yang diiktiraf untuk mengesahkan halalnya sesuatu produk?

Apakah sijil halal Jakim tidak cukup halal sebenarnya? Atau Risda sendiri meragui sijil halal Jakim itu?

Setelah sijil halal untuk produk Muslim, sijil halal apa lagi mahu diperkenalkan selepas ini?

Mungkinkah nanti akan ada pula produk halal Melayu, produk halal pinjaman bank tanpa riba, produk halal bantuan kerajaan UMNO atau macam-macam lagi?
Read More / Baca Lagi >>

AMANAH sepakat dengan BERSATU jatuhkan kjaan Najib

Posted: 24 Sep 2016 08:17 PM PDT

PH bersedia lawan 3 penjuru dgn BN dan PAS

Posted: 24 Sep 2016 08:16 PM PDT

NAK LAWAN CARA MANA NI USTAZ, DUA PENJURU ATAU TIGA PENJURU?

Posted: 24 Sep 2016 11:11 AM PDT

Sabar dulu...jangan cepat gembira dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi ini.

Dalam kenyataannya, beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, Pas tidak sesekali akan bergabung dengan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang, malah telah menetapkan pendirian akan bertanding di mana-mana kerusi yang ditandinginya.

Sekali baca memang nampak cantik kenyataan itu, tetapi apakah maksud sebenar kata-kata beliau itu?

Adakah ia bermaksud Pas sedia berunding dengan rakan-rakan pembangkang lain untuk merealisasikan pertandingan satu lawan satu atau tekad berlawan di semua kerusi UMNO itu bertujuan supaya berlakunya pertandingan tiga penjuru?

Kalau nak lawan UMNO tetapi dalam masa yang sama tidak mahu berpakat dan menjadikan satu lawan satu sebagai kenyataan, ia juga bermaksud mahu memberi kelebihan atau memenangkan pihak lawan.

Lawan memang banyak lawan, ada lawan betul-betul, ada lawan main-main dan ada juga lawan untuk sengaja bagi pihak lawan menang.

Lagi pun kata-katanya bahawa Pas akan bertanding di semua kerusi UMNO banyak maksud tersiratnya.

Buat apa Pas umum nak bertanding di semua kerusi UMNO? Bukankah Pakatan Harapan dan PPBM juga akan bertanding di kerusi UMNO sama?

Yang mana satu ni ustaz, nak lawan UMNO dua penjuru atau tiga penjuru?

PRU14: Pas tetap lawan Umno - Nasrudin Hassan

Posted: 24 Sep 2016 11:08 AM PDT

Nasrudin Hassan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mengulangi pendirian parti Islam itu tidak akan sesekali bergabung dengan Umno dalam PRU akan datang.
Malah katanya, Pas telah menetapkan pendirian untuk kekal melawan Umno di mana-mana kerusi yang ditandinginya.
"Pendirian jelas Pas ini sudah diketahui, difahami dan diterima oleh ahli-ahli Pas dan orang awam khususnya dalam kalangan kaum Melayu dan beragama Islam.
"Sikap Pas terhadap pelbagai pihak termasuk BN serta kerajaan pula yang berasaskan kepada 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)' juga mendapat reaksi positif dan sokongan oleh rakyat bervariasi kaum dan agama di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membidas laporan berita dari sebuah akhbar Cina yang mendakwa Pas dan Umno telah bergabung untuk merampas Selangor daripada pihak pembangkang.
Mengulas mengenai tajuk berita berkenaan, Nasrudin berkata, laporan berita itu hanya ditulis berdasarkan kenyataan pemimpin DAP, Liew Chin Tong dan ia bukan daripada sumber yang tepat.
Katanya, kenyataan pemimpin DAP itu hanya berniat untuk menyebarkan keraguan dan meruntuhkan keyakinan orang awam terhadap Pas.
Chin Tong dikatakan mengulas mengenai gabungan antara Pas dan Umno bagi memenangi Selangor pada pilihan raya akan datang.
Pendapat Chin Tong disiarkan dalam tajuk "Umno-Pas cooperation to win power in Selangor: a pact not to fight each other" pada 18 September lalu.
"Suka saya tegaskan bahawa bukannya pendirian dan sikap politik Pas yang tidak jelas, sebaliknya cara dan matlamat berpolitik DAP lah yang sudah tidak lagi relevan.
"Kenyataan berasaskan persepsi dan propaganda jahat bukanlah cara yang sihat dalam berpolitik. Namun, adalah amat dikesali apabila cara itu masih digunapakai sebahagian pimpinan DAP bagi melaraskan peluru dendam terhadap Pas," katanya lagi.

Umno, BN lebih realistik menangi hati pengundi, kata Najib

Posted: 24 Sep 2016 11:08 AM PDT

Umno-BN cuma perlu mempersiapkan aktivis muda mereka dengan ilmu keharmonian, kemahiran insani, kepimpinan dan kekuatan perangkaian.
najib_umno_bn_600
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) lebih realistik dengan pengundi, berbanding 'pihak lain' yang hanya bermain politik kebencian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam amanatnya kepada Puteri Umno hari ini, Najib berkata "belah sana" – dipercayai merujuk kepada pembangkang – hanya bercakap soal politik, berbeza dengan Umno yang membawa agenda yang diterima rakyat.
"Kita sudah melangkaui soal politik dan lebih realistik daripada dapatkan undi mereka," kata Najib di Karnival Wanita Muda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
"Kita mesti fikir, burukkan orang lain tak bawa kita ke mana-mana. Kalau kita ada agenda yang lebih baik untuk negara, barulah negara akan maju."
BN menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak dalam apa yang dikata analisis kesan daripada keyakinan pengundi kepada agenda Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun lepas, pendekatan berasaskan keperluan komuniti memastikan kemenangan BN walaupun pembangkang membawa isu 1MDB serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam siri ceramah mereka.
Membina atas kekuatan itu, Najib berkata cabaran sekarang adalah menyiapkan aktivis muda BN dengan kemahiran yang perlu untuk berdepan cabaran masa akan datang.
"Seperti ilmu keharmonian, kemahiran insani (soft skill), kepimpinan dan kekuatan perangkaian (networking)," katanya.

Parti Shafie, Muhyiddin bakal kerjasama?

Posted: 24 Sep 2016 11:06 AM PDT

Shafie ApdalParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mungkin bekerjasama dengan parti politik yang akan ditubuhkan semula oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Sabah.
Kata Ketua Kluster Politik, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, kerjasama itu didorong oleh hubungan baik yang terjalin antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohd Shafie.
"Semua orang tahu yang Muhyiddin dan Mohd Shafie ada hubungan baik. Saya rasa untuk pilihan raya akan datang, kedua parti itu akan bekerjasama untuk memenangi hati pengundi di Sabah," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kerjasama yang mungkin terjalin antara kedua parti itu.
Mohd Shafie dilaporkan mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.
Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Mohd Shafie bagaimanapun enggan mendedahkan nama baharu serta nama parti yang telah diambil alih itu bagi menghormati beberapa pihak dan pengumuman hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada ROS.
Cabaran buat Umno, BN Sabah
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan BN dan Umno Sabah untuk tidak pandang rendah terhadap kredibiliti Mohd Shafie.
Ini kerana menurutnya, Mohd Shafie merupakan ahli politik yang popular dan dikenali di negeri di Bawah Bayu itu.
"Beliau orang lama dalam politik Sabah dan tahu tentang selok-belok di negeri itu. Jangan ambil ringan terhadap Mohd Shafie dan parti baharunya.
Read More / Baca Lagi >>

PH cadang hadkan penggal PM terlebih dahulu daripada PPBM

Posted: 24 Sep 2016 11:05 AM PDT

PKR berpendapat hanya tempoh penggal PM yang perlu dihadkan ketika ini kerana kuasa menteri besar dan ketua menteri lebih terhad berbanding perdana menteri.
tian-chua-saifuddin-nasutioPETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengehadkan penggal perkhidmatan perdana menteri bukan satu perkara yang baharu.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata Pakatan Harapan (PH) pernah mengutarakan perkara itu sebelum ini dan cadangan PPBM menunjukkan parti baharu itu yang bersetuju dengan PH.
"Ia cadangan asal PH dan kami sememangnya menyokong sekali lagi apabila ia dibawa oleh PPBM kerana sistem itu memberi manfaat kepada negara," katanya kepada FMT.
Manakala Datuk Saifuddin Nasution dari PKR pula memetik cadangan pemimpin utama PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu jawatan perdana menteri dan menteri kewangan tidak dipegang oleh orang sama juga pernah diutarakan oleh PH sebelum ini.
"Saya menyokong jika cadangan itu konsisten dengan kemahuan PH," kata Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR.
Pada 22 September lalu, Naib Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan untuk mengehadkan penggal khidmat perdana menteri kepada dua penggal iaitu tidak lebih 10 tahun seperti mana amalan negara maju.
Katanya, pelaksanaan cadangan itu perlu bagi mengelakkan krisis pengurusan dan salah guna kuasa seperti yang dilihat dalam pentadbiran BN.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Parlimen kamu dicuri Dr M, kata Rahman Dahlan kepada Azmin

Posted: 24 Sep 2016 11:05 AM PDT

"Mari kita tengok Azmin Ali masih mahu bermesraan dengan Dr Mahathir," kata Pengarah Komunikasi Strategik BN di Twitter
rahman-dahlan_azmin-ali_mahathir
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan tertanya sama ada Azmin Ali tetap sudi bermesraan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Darell Leiking meninggalkan partinya.
Menteri Umno itu mengaju soalan itu selepas menuduh bekas perdana menteri itu "mencuri" Darell – Ahli Parlimen Penampang – di depan mata Azmin, timbalan presiden PKR.
"Mari kita tengok Azmin masih mahu bermesraan dengan Tun M walaupun Tun dan kumpulannya mencuri Ahli Parlimen partinya," kata Rahman di Twitter.
Orang nombor dua PKR itu bersama pimpinan pembangkang lain menandatangani Deklarasi Rakyat pada Mac, inisiatif yang dipelopori Dr Mahathir untuk menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir kemudian menyertai blok pembangkang apabila menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama bekas pemimpin Umno lain, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Sayang sekali. Ketika Azmin terpesona dengan permainan Tun, rakan Tun di Sabah perdaya PKR dan mencuri ahli Parlimen di depan matanya!" kata Rahman.
Shafie, yang meninggalkan Umno pada 4 Julai lalu, menyertai Jemaah Menteri Dr Mahathir sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan pada 1999 dan kemudian sebagai timbalan menteri pertahanan.
Read More / Baca Lagi >>

Tarik balik saman secara sukarela, dibenarkan fail semula

Posted: 24 Sep 2016 11:03 AM PDT


Husam, Matthias dan Zainur Zakaria, peguam mereka di Kuala Lumpur.Husam, Matthias dan Zainur Zakaria, peguam mereka di Kuala Lumpur.
Penarikan balik saman secara sukarela terhadap lapan defendan di Amerika Syarikat untuk membawa balik wang 1MDB adalah untuk membolehkan ianya difailkan kembali ekoran perkembangan terkini, kata Datuk Husam Musa.
"Apa yang berlaku adalah penarikan balik secara sukarela atau VOLUNTARY DISMISSAL di bawah Rule 41(a)(1)(A)(i) of the Federal Rules of Civil Procedure, Amerika Syarikat, tanpa prejudis.
"Ini bermakna kami dibenarkan untuk memfailkan semula kes ini," kata Husam Musa dalam kenyataannya bagi menjelaskan kenapa beliau bersama Matthias Chang menarik balik saman itu sebagaimana dilaporkan Holywood Reporter hari ini.
Hollywood Reporter melaporkan hari ini, Husam dan Matthias menarik balik saman ke atas penerbit filem The Wolf of Wall Street dan tujuh defendan yang lain.
Sebab Husam dan Matthias membatalkan tindakan undang-undang tidak jelas, lapor portal hiburan terkenal itu.
Red Granite Pictures dinamakan dalam dokumen Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengaitkan filem ini dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Husam dan Chang memfailkan saman di mahkamah New York pada 11 Ogos lalu, selepas DOJ menyeret syarikat itu dalam isu penyelewengan dana 1MDB.
Mereka menuntut ganti rugi dari lapan defendan itu kerana menyebabkan kerugian ke atas rakyat Malaysia dan skandal 1MDB.
Menurut laman hiburan terkenal dari Amerika itu, Jabatan Kehakiman (DOJ) masih menyiasat sumber kewangan syarikat filem itu namun membenarkan ia meneruskan aktivitinya kerana fokus hanya diberikan kepada filem The Wolf of Wall Street.

Menurut Husam, antara lain tindakan ini diambil kerana perkembangan terbaru berkait kes DOJ termasuk Red Granite yang telah bersetuju memasukkan permohonan bersama DOJ untuk menghadkan pembekuan akaun dan pendapatan Red Granite kepada filem The Wolf of The Wall Street dan Friends With Kids sahaja.
Akaun keseluruhan Red Granite dan pendapatan Red Granite dari filem lain adalah dilepaskan.
Menurut Husam, filem Friends With Kids adalah pertama kali diketahui ada kaitan dengan wang berasal dari 1MDB, seperti kenyataan dalam permohonan bersama antara Red Granite dan DoJ itu.
"Permohonan bersama ini menunjukkan Red Granite, untuk satu tahap tertentu mengakui dua filem ini ada sebab untuk dinamakan oleh DOJ dalam saman mereka," kata Husam.
Hakim Mahkamah Central District of California, Western Division pada 16 Ogos 2016, telah memberikan perintah seperti permohonan bersama itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tarik balik saman 1MDB, Dr M gagal lagi, kata Salleh

Posted: 24 Sep 2016 11:02 AM PDT

Saman Matthias dan Husam yang difailkan di AS terhadap 1MDB pada bulan Ogos lalu ditarik balik semalam
salleh-keruak_mahathir_6001
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi gagal "menggulingkan demokrasi Malaysia" selepas laporan saman terhadap 1Malaysia Deveopment Berhad (1MDB) ditarik balik, kata menteri Umno.
Dalam satu kenyataan diblognya, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak juga menegaskan rancangan Dr Mahathir untuk mensabotaj 1MDB dan merosakkan ekonomi Malaysia bagi menyingkirkan kerajaan yang dipilih secara demokratik akan terus gagal.
Bekas Ketua Menteri Sabah berkata adalah lebih baik jika Dr Mahathir berundur secara hormat daripada terus mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Dr Mahathir tentu kecewa apabila setiap percubaannya untuk meruntuhkan demokrasi Malaysia gagal. Mereka akan terus gagal. Satu daripada kehebatan seseorang pemimpin sebenar ialah tahu bilakah beliau patut berundur secara diam-diam," katanya.
Jelasnya lagi saman Matthias Chang dan bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa yang difailkan di Amerika Syarikat (AS) terhadap 1MDB pada bulan Ogos mewakili "semua rakyat Malaysia" terhadap Red Granite dan prisipalnya Joey McFarland dan Riza Aziz, yang juga anak tiri Najib ditarik balik semalam.
Saman tersebut dibuat ekoran tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS pada 20 Julai yang menyatakan lebih AS$3.5 bilion dilencongkan daripada dana 1MDB yang diasaskan Najib pada 2009 selepas menjadi perdana menteri.
DoJ memfailkan saman sivil di Los Angeles untuk merampas AS$1 bilion aset yang dibeli dengan dana didakwa digelapkan dari 1MDB dan dipindahkan ke AS menggunakan syarikat kosong.
Hollywood Reporter memetik fail dokumen mahkamah semalam yang menyatakan kedua-dua pihak menolak saman secara sukarela.
Read More / Baca Lagi >>

Husam: Saman di AS perlu diubah suai

Posted: 24 Sep 2016 11:00 AM PDT

Datuk Husam Musa berkata dakwaan bahawa saman yang dikemukakannya bersama Matthias Chang untuk membawa pulang aset serta wang diselewengkan dari dana 1MDB ditolak adalah tidak benar.
Kata bekas exco kanan Kelantan itu apa yang berlaku adalah penarikan balik saman berkenaan secara sukarela dan ia boleh dikemukakan semula pada masa depan.
"Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan (terbaru) ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB.
"Usaha ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.
"Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka bergembira wang negara hilang dan berharap kes penyelewengan wang negara ditutup begitu saja," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Malaysiakini melaporkan saman difailkan Husam serta Chang - bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad - pada Ogos lalu digugurkan dari mahkamah di AS.
Saman itu difailkan peguam mereka pada 11 Ogos.
Berikut adalah kenyataan penuh Husam berhubung isu berkenaan.
PENJELASAN PENARIKAN BALIK SAMAN SECARA SUKARELA*
Respon segera Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia memeranjatkan saya.
Ia menunjukkan saman kami untuk membawa pulang aset dan wang yang diselewengkan dari 1MDB meninggalkan kesan ke atas kerajaan.
Namun begitu, kenyataan bahawa saman kami ditolak adalah tidak tepat.
Apa yang berlaku adalah penarikan balik secara sukarela atau VOLUNTARY DISMISSAL di bawah Rule 41(a)(1)(A)(i) of the Federal Rules of Civil Procedure, Amerika Syarikat, tanpa prejudis.
Ini bermakna kami dibenarkan untuk memfailkan semula kes ini.
Antara lain kerana perkembangan terbaru berkait kes DOJ (Jabatan Kehakiman AS) termasuk Red Granite telah bersetuju memasukkan permohonan bersama DOJ untuk mengehadkan pembekuan akaun dan pendapatan syarikat itu kepada filem The Wolf of The Wall Street dan Friends With Kids sahaja.
Akaun keseluruhan Red Granite dan pendapatan Red Granite daripada filem lain adalah dilepaskan.
Friends With Kids pertama kali diketahui ada kaitan dengan wang berasal dari 1MDB seperti kenyataan dalam permohonan bersama itu.
Permohonan bersama ini menunjukkan Red Granite, untuk satu tahap tertentu mengakui dua filem ini ada sebab untuk dinamakan oleh DOJ dalam saman mereka.
Hakim Mahkamah Central District of California, Western Division pada 16 Ogos 2016, telah memberikan perintah seperti permohonan bersama itu.
Antaranya, hanya akaun dan pendapatan dari kedua filem itu yang dimasukkan ke akaun khas sementara menunggu keputusan perbicaraan penuh.
Oleh itu, kenyataan Red Granite bahawa saman kami adalah fractious adalah tertolak.
Jika tidak, mengapa Red Granite memasukkan permohonan bersama dengan DOJ selepas DOJ memasukkan permohonan ex parte ke atas Red Granite sebelum itu.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah Terengganu tidak berdaulat?

Posted: 24 Sep 2016 10:59 AM PDT

Ke hadapan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
Assalamualaikum wmt wbt,
Saya sentiasa mendokan Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Semoga Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada Allah SWT.
Warkah ini saya nukilkan kepada Datuk Seri di tengah keheningan kita menyambut detik kemerdekaan negara tercinta Malaysia. Semoga negara dan rakyat Malaysia juga sentiasa mendapat kerahmatan dan perlindungan daripada Yang Maha Berkuasa.
Datuk Seri,
Saya sebagai anak Terengganu warga Malaysia amat terpanggil untuk mengutuskan surat terbuka ini kepada Datuk Seri apabila saya membaca kenyataan rasmi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri bersama dengan CEO Petronas Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin di pejabat perdana menteri di Putrajaya beberapa hari yang lepas.
Pertemuan itu diadakan setelah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan kerajaan negeri membeku semua permohonan baru permit kerja kakitangan Petronas dari luar Sarawak khususnya semenanjung yang berkuat kuasa serta-merta.
Apa yang menarik perhatian saya adalah tujuh rangka 'amicable agreements' yang telah termeterai antara Datuk Seri sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Adenan dan pihak Petronas sendiri.
  1. Antaranya adalah:
  2. Pelantikan anak tempatan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas yang bakal diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
  3. Sebanyak 192 jawatan kosong dalam syarikat itu pada masa sekarang akan diiklankan dalam akhbar tempatan dan diisi oleh rakyat Sarawak. Pihak Petronas perlu berunding dengan kerajaan negeri jika anak tempatan tidak sesuai bagi pekerjaan tersebut.
  4. Petronas juga akan menyediakan 50 tempat untuk anak Sarawak melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas, memberi latihan teknikal secara intensif dan mendaftar lebih kemasukan untuk rakyat Sarawak di pusat latihan syarikat itu di seluruh negara.
  5. Petronas juga komited menyokong dua industri petrokimia yang kini di peringkat akhir rundingan serta menyokong industri petrokimia dan hiliran lain secara joint study dengan kerajaan Sarawak.
  6. Petronas bersama kerajaan pusat akan mempertimbangkan hasrat kerajaan Sarawak untuk terlibat dalam kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi manfaat negeri
  7. Menerima pelan kerja Petronas untuk meningkatkan jumlah pekerja di kalangan anak Sarawak dalam bahagian pengurusan, pengurus, eksekutif dan bukan eksekutif menjelang 2020. Ianya adalah seperti berikut:
  • Pengurusan: Daripada 33 peratus kepada 60 peratus
  • Pengurus: Daripada 41 peratus kepada 60 peratus
  • Eksekutif: Dariada 48 peratus kepada 75 peratus
  • Bukan eksekutif: Daripada 65 peratus kepada 95 peratus
Tuntutan kerajaan Sarawak memohon royalti minyak dinaikkan daripada lima kepada 20 peratus. Perkara tersebut akan dibincangkan kemudian.
Datuk Seri,
Syabas saya ucapkan kepada ketua menteri Sarawak serta seluruh rakyat negeri itu. Namun setelah meneliti terma 7 amicable agreements ini, saya sebagai anak Terengganu berasa amat tercabar dengan perkembangan terbaru ini.
Namun berbanding dengan Sarawak, kami di Terengganu kini telah kehilangan segala hak kami! Kebanyakan rakyat Terengganu pula terpaksa berhadapan dengan kekangan hidup yang amat perit sedangkan negeri ini merupakan pengeluar minyak dan pernah dikenali sebagai 'Kuwait Malaysia'.
Kemelut ekonomi Terengganu juga sedang membelit seluruh kehidupan rakyat sehingga ke pundak. Rakyat Terengganu - khususnya anak muda - ramai tiada sumber pekerjaan tetap termasuk mahasiswa yang menjadi penganggur.
Untuk makluman Dato Seri, bermula dari 1978, di bawah fasal 2 Perjanjian Royalti seperti yang telah dipersetujui oleh semua pihak, kerajaaan Terengganu telah menerima bayaran royalti dengan bayaran sulungnya sebanyak RM5.7 juta daripada Petronas.
Perjanjian ini adalah seperti dikehendaki Akta Kemajuan Petroleum 1974, yang telah diluluskan kerajaan pimpinan ayahnda Datuk Seri, Tun Abdul Razak Hussein di Parlimen pada 15 November 1974.
Almarhum menegaskan bahawa: "Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerimaa 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual Petronas atau agensi atau kontraktornya."

Malangnya, pembayaran wang royalti secara tunai kepada Terengganu menurut perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 telah dimansuhkan pada 5 September 2000 dan digantikan dengan "wang ehsan" yang dikendalikan terus oleh pusat.
Lebih malang lagi Petronas juga memaklumkan secara rasmi pada 25 September 2015 bahawa: "Petronas tidak lagi terikat secara undang-undang untuk membuat sebarang bayaran tunai kepada Terengganu di bawah Perjanjian Pembayaran yang ditandatangani Petronas dengan kerajaan Terengganu".
Ini berdasarkan terma di dalam negeri bahawa "kerajaan Terengganu tidak lagi berhak menuntut hasil wang royalti kerana segala penemuan telaga minyak adalah di luar tiga batu nautika yang diukur dari garis air surut persisiran pantai negeri".
Menurut tafsiran diatas, kerajaan Terengganu kini tidak mempunyai sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak dan gas yang terletak di perairan negeri. Semua telaga minyak yang ditemui selama ini dan terletak di perairan Terengganu bukan lagi menjadi milik 'sah' kerajaan Terengganu kerana kedudukannya di luar dari tiga batu nautika.
Datuk Seri,
Negeri Terengganu telah meyumbangkan hasil minyak dan gas kepada kerajaan persekutuan sejak hampir 40 tahun dengan pengeluaran hasil bernilai ratusan bilion ringgit untuk sama-sama membangunkan ekonomi negara kita cintai ini.
Hal ini dilakukan oleh kerajaan negeri dengan penuh beramanah mengambil semangat perjanjian bersama yang telah ditandatangani pada 1975.
Namun, apakah wajar royalti sebanyak 5 peratus yang diterima kerajaan Terengganu dari 1978 hingga kini terbatal sepenuhnya dan dianggap sebagai "ihsan" dan "dana khas" daripada kerajaan persekutuan?
Read More / Baca Lagi >>

Jangan Politikkan Liberalisme - Dr Faisal Syam

Posted: 24 Sep 2016 10:51 AM PDT

Comments (0)