Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:42 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Najib minta Puteri Umno tinggalkan 'dosa besar'

Posted: 23 Sep 2016 10:17 PM PDT

Datuk Seri Najib Razak berkata Umno dan BN tetap mengetengahkan agenda yang lebih baik ketika pihak pembangkang mengambil pendekatan politik kebencian.
Kata perdana menteri mudah untuk mengamalkan politik sebegitu tetapi "berdosa besar" dan tidak membawa mereka ke mana-mana.
"Tapi kita mesti ingat, memburuk-burukkan orang lain tidak bawa kita ke mana-mana.
"Kalau kita ada agenda lebih superior, barulah negara kita lebih maju dan wanita lebih berjaya," katanya di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.
Najib berucap di majlis Perhimpunan Wanita Muda anjuran Puteri Umno.
Dalam ucapannya Najib juga meminta anggota Puteri Umno melakukan dua perkara untuknya.
Pertama kata perdana menteri Puteri Umno terus berjuang bersungguh-sungguh supaya generasi muda menganggap wadah perjuangan terbaik untuk mereka.
Katanya Umno memperjuangkan agenda pembangunan dan transformasi walaupun pihak "di sebelah sana" hanya bermain politik, politik kebencian dan memburuk-burukkan musuh mereka.
"Apabila kita memburukkan orang lain itu senang walaupun ia dosa paling besar," katanya.
Kedua kata Najib beliau mahu Puteri Umno menyediakan generasi muda untuk menghadapi segala cabaran termasuk yang melangkaui soal politik.
"Maknanya kita lebih idealistik daripada soal nak dapatkan undi mereka," katanya.

Syor persempadanan semula jelas berat sebelah, tidak profesional

Posted: 23 Sep 2016 10:12 PM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya
Kami membantah syor persempadanan semula kawasan pilihanraya kerana ia jelas tidak adil dan tidak professional. Ini berdasarkan kepada :
Ianya adalah untuk kepentingan politik BN. Sebagai contoh Dun Bukit Baru yang dimenangi oleh PAS pada PRU 13 dipecah-pecahkan di mana 2 PDM(Pusat Daerah Mengundi) iaitu Kg Ku Sayang dan Taman Tun Rahah dikeluarkan dari Dun Bukit Baru. Manakala 4 PDM yang dimenangi oleh BN dalam Dun Bachang iaitu Pengkalan Batu, Bukit Palah, Bukit Piatu dan Seri Siantan dimasukkan ke dalam Dun Bukit Baru.
2) Melebarkan semangat perkauman di mana pengundi sesatu kaum dilonggokkan di sesuatu Dun atau Parlimen. Contohnya Dun Bachang yang majoritinya pengundi Cina dimasukkan ke Parlimen Kota Melaka dan Dun Alai (Dulu Telok Mas) yg sekarang pengundi Melayunya lebih 80% dimasukkkan ke Parlimen Bukit Katil. Malah 2 PDM dalam Dun Ayer Keroh yang pengundi Cinanya iaitu lebih 60 % dipindahkan ke Dun Bachang yang diletakkan dalam Parlimen Kota Melaka
erdapat Parlimen yang jumlah pengundinya terlalu besar yang sudah pasti menyukarkan Ahli Parlimennya untuk berkhidmat seperti Parlimen Kota Melaka yang pengundinya berjumlah 105, 067 dan Parlimen Bukit Katil yang mempunyai pengundi seramai 96,165 orang. Kedua-dua Parlimen ini wajar dipecahkan dan dibentuk 1 Parlimen baru.
SPR sepatutnya menambah 1 atau 3 Dun lagi di Melaka supaya jumlah Dun di Melaka menjadi ganjil. Ini penting bagi memastikan tidak ada kemungkinan parti-parti yang bertanding menang jumlah kerusi yang sama pada masa akan datang. Sekarang ini Dun Melaka mempunyai jumlah kerusi genap iaitu 28 kerusi. Malah memamg wajar Dun ditambah khususnya di Parlimen Kota Melaka, Bukit Katil dan Tangga Batu di mana terdapat 9 Dun yang pengundinya melebihi 20,000. Sedangkan pengundi di Dun Tanjung Bidara, Lendu dan Taboh Naning berjumlah kurang dari 10,000. Malah Dun Ayer Keroh dan Bukit Baru mempunyai pengundi masing-masing 25,491 dan 25,773 orang. Kedua - dua Dun wajar dipecahkan menjadi 3 Dun
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas amatlah wajar SPR mengkaji semula dan menarik balik syor yang dikemuka dan dipamerkan pada 15 September sehingga 14 Oktober 2016.
Langkah ini penting bagi membuktikan SPR adalah professional, telus dan tidak berpihak.
Mohd Sofi Abdul Wahab adalah Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Melaka

APA YANG TIDAK KENA DENGAN "INVOKE" RAFIZI?

Posted: 23 Sep 2016 10:05 PM PDT

Apabila YB Rafizi Ramli mengusahakan satu gerakan yang dipanggil "INVOKE", yg bertujuan untuk menjatuhkan Najib, rejim Umno/Bn dan mengajak anak2 muda untuk sama2 berjuang menyelamatkan negara ini demi masa depan mereka, maka kita seharusnya memberikan sokongan tanpa ada perasaan buruk sangka.

Ada di antara pimpinan yg mengkritik bahkan ada yg memperolokkan usaha Rafizi dengan hujah bahawa Rafizi sepatutnya menggunakan nama dan jentera parti untuk kerja2 sedemikian.  Sehingga ada yg mempertikaikan dari mana Rafizi dapat RM 300K yg disuntik untuk menyusun gerak kerja INVOKE ini.

Bagi aku, ada banyak cara dan strategi boleh kita usahakan untuk berdepan dengan rejim yg mempunyai segala kekuatan dan jentera kerajaan yg mereka miliki.  Tidak cukup dengan jentera parti yg kadangkala mudah dibaca oleh musuh, kita seharusnya banyak memikirkan kaedah atau strategi lain asalkan tidak berlawanan dengan prinsip serta perjuangan parti.

Mengapa tidak gunakan jentera parti?  Harus kita sedar, tidak semua yg benci kepada rejim Umno/Bn itu berminat dan tertarik dengan parti kita.  Maka, kita terpaksa gunakan kaedah yg sesuai untuk mendampingi mereka tanpa menekan mereka untuk menyertai parti kita.   Sebelum ini, kita ada banyak cara kita berlawan dengan rejim dan tidak semuanya diprogramkan oleh parti.

Dari mana datangnya duit Rafizi sejumlah RM300K?   Bagi aku, itu tidak menghairankan kerana Rafizi telah pun mengistiharkan hartanya sebelum ini.  Dari Tabung Haji beliau sahaja, tersimpan RM 1 Juta lebih tidak termasuk dari tabungan lain.  Jika beliau memperolehi wang dari sumber yg salah, gila apakah Rafizi mahu istiharkan hartanya dengan sukarela tanpa tekanan mana2 pihak?  Sepatutnya, kesemua Wakil Rakyat dan pemimpin mengikuti jejak langkah Rafizi.   Ada tuduhan Rafizi dapat dedak dari Najib untuk hancurkan Keadilan dari dalam melalui INVOKE.  Masuk akalkah Najib mahu beri dedak kepada gerakan atau #projekbuangnajib?

Cukup-cukuplah kita bersangka buruk kepada mana2 pihak yg masing2 ada strategi tersendiri untuk merealisasikan impian parti dan impian rakyat untuk melihat rejim yg ada ini tumbang.  Bayangkan dengan gabungan tenaga dan jentera dari parti serta NGO dan gerakan2 dari dalam dan luar parti menghalakan senjata ke arah rejim Umno/Bn, apakah ini disenangi oleh rejim?

WFAUZDIN NS

Muhyiddin Seru Rakyat Tolak UMNO@BN Pada PRU 14

Posted: 23 Sep 2016 09:55 PM PDT

Presiden Parti pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyeru rakyat untuk tolak UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang ini dan menyatakan dengan tegas beliau tidak akan sertai semula UMNO selepas ini.

Beliau membuat seruan dan kenyataan tegas itu di dalam ucapannya di majlis Sambutan Setahun AMANAH anjuran Pati Amanah Negara di Bakri Muar malam tadi.

Menurutnya UMNO sudah rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi. Budaya UMNO sudah jauh berbeza akibat dari perbuatan Presidennya Dato Seri Mohd Najib Razak yang dianggapnya sebagai orang paling korup dan menyalahgunakan kuasanya sehingga sistem di dalam negara kita tidak dapat berfungsi (dysfunctional).


Jentera dan agensi kerajaan yang sepatutnya membela rakyat tetapi kini menjadi senjata kepada Najib untuk menahan dan menangkap para pengkritik dan penentangnya.

Beliau menegaskan bahawa parti-parti pembangkang perlu bersatu dan ketepikan perbezaan ideologi politik bagi menghadapi UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Muhyiddin juga mengucapkan tahniah kepada AMANAH yang menyambut setahun kelahirannya dan menyatakan PPBM akan terus bersama AMANAH dan parti-parti politik di dalam Pakatan Harapan di dalam memperjuangkan kebenaran dan menumbangkan UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Dewan Y Connexion Muar yang boleh memuatkan 1,000 orang penuh sesak sehingga ramai yang terpaksa berdiri di bahagian belakang dan di luar dewan untuk mengikuti pidato para pemimpin AMANAH dan PPBM.

Diantara yang berucap malam tadi termasuklah YB Aminolhuda Hassan, ADUN Parit Yaani selaku tuanrumah, Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN), YB Dr. Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Presiden AMANAH, Tn Hj. Salahuddin Ayub.

Hari ini pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena karnival Setahun AMANAH seperti Senamrobik, pelancaran Keluargaku AMANAH, Pertandingan Memancing, Sukan Futsal, Derma Darah, Food Festival, Tarian Singa, Zapin, Pertandingan Kolum Kaum India, Catur Cina, Kaligrafi Arab, Auto & Motor Show, Kompang Berirama, Pesta Tanglung dan Gema AMANAH menutup tirai pada sebelah malamnya.

'Naikkan gaji pekerja atasi kos sara hidup dan masalah rasuah'

Posted: 23 Sep 2016 09:52 PM PDT

Sudah sampai masanya para majikan bagi semua sektor dalam negara kita untuk mempertimbangkan bagi menaikkan kadar gaji para pekerja.
Dengan menghadapi suasana ekonomi semasa dalam dan luar negara yang kurang menentu serta masalah kenaikkan kos sara hidup sudah pasti ia sedikit sebanyak memberi tekanan kewangan kepada semua pihak.

Umum juga mengetahui, pihak kerajaan juga sedang giat menjalankan kempen bagi membanteras rasuah.
Pelbagai langkah boleh diambil bagi mengatasi maslah rasuah dalam negara seperti melalui proses pendidikan sepanjang masa bagi melahirkan kesedaran dikalangan semua pihak mengenai bahaya rasuah.
Usaha penguatkuasaan undang-undang sedia ada juga dilihat penting bagi mengatasi masalah rasuah dalam negara kita.
Tindakkan keras yang diambil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka yang terlibat dengan gejala rasuah dilihat penting bagi memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak memandang ringan terhadap budaya rasuah.
Selain daripada itu, usaha pembanterasan rasuah juga boleh dibuat dengan mengenal pasti punca utamanya serta mengambil langkah bagi mengatasi punca berlakunya gelaja rasuah berkenaan.
Antara punca utama yang boleh menyebabkan seseorang itu terjebak ke kancah rasuah adalah disebabkan faktor kurangnya punca pendapatan sedia ada serta faktor keadaan ekonomi atau kos sara hidup yang meningkat.
Faktor-faktor berkenaan sudah pasti menyebabkan seseorang itu terpaksa melibatkan diri mereka ke dalam kancah rasuah bagi memenuhi pendapatan mereka serta menghadapi suasana keadaan ekonomi semasa yang kian mencabar.
Oleh itu, sudah sampai masanya pihak-pihak yang berkaitan untuk duduk berbincang bagi mempertimbangkan untuk menaikkan gaji para pekerja dalam negara selari dengan kenaikan kos sara hidup yang dihadapi pada masa kini.
Dengan kenaikkan kadar gaji semasa maka seseorang pekerja itu tidak akan mudah untuk terjerumus ke kancah amalan rasuah.
Pada masa yang sama, pihak-pihak yang berkaitan juga perlu mengambil langkah sampingan bagi membendung masalah kenaikkan kos sara hidup yang dihadapi kini.
Read More / Baca Lagi >>

Deklarasi Rakyat: Perdana Menteri seolah-olah rampas kuasa Agong

Posted: 23 Sep 2016 09:48 PM PDT

Tindakan Najib Razak mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha Deklarasi Rakyat yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata kenyataan tersebut bersifat 'ultra vires' dengan kuasa Perdana Menteri di bawah Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Agong bertindak atas nasihat PM.
"Apabila Perdana Menteri sendiri bertindak mengeluarkan kenyataan bagi pihak Agong, maka tindakan tersebut adalah melanggari Perlembagaan kerana seolah-olah Perdana Menteri mendahului Agong dan melebihi bidang tugasnya sebagai penasihat.
"Kenyataan tersebut seolah-olah bertindak merampas kuasa Agong," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau yang juga peguam berkata, Najib tidak sesuai untuk terus menjadi Perdana Menteri jika perlembagaan dan kuasa Agong pun tidak lagi dihormati.
"Corak pentadbiran yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan adalah satu corak pentadbiran diktator," tegas Faiz lagi.
Najib dalam kenyataannya, 21 September lalu berkata, Agong telah menjelaskan kepada Tun Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat parti Bersatu.
Menurut Najib, deklarasi dibuat parti Bersatu itu tidak mematuhi perlembagaan dan sebarang amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.

1.3 juta peminjam PTPTN mungkin tidak boleh buat pinjaman bank

Posted: 23 Sep 2016 09:46 PM PDT

Peminjam PTPTN yang tidak atau gagal membayar pinjaman tepat pada masanya disenarai hitam CCRIS
PTPTN borrowersPETALING JAYA: Seramai 1.3 juta pemintan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin tidak boleh membuat pinjaman bank atau memohon sebarang kemudahan kredit daripada institusi kewangan, lapor The Star.
Ini kerana peminjan terbabit disenarai hitam oleh Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) kerana tidak atau gagal membayar pinjaman pengajian, menyebabkan mereka dikelaskan sebagai "pembayar hutang yang teruk", menurut akhbar Inggeris itu.
CCRIS adalah pangkalan data yang digunakan institusi kewangan untuk menilai mereka yang memohon pinjaman.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid memberitahu The Star semua peminjam PTPTN akan dimasukkan dalam senarai CCRIS apabila tiba masanya untuk membayar pinjaman, kebiasaannya enam bulan selepas tamat pengajian.
Mereka yang membayar pinjaman dengan tetap tidak perlu bimbang, katanya.
"Jika mereka pembayar hutang yang baik, permohonan pinjaman mereka di masa depan akan diluluskan."
Mastura mendedahkan sejak PTPTN menggunakan CCRIS pada 2015, lebih ramai peminjam ingkar tampil merundingkan kaedah pembayaran yang kurang ketat.
Sejak ditubuhkan pada 1997 hingga Julai tahun ini, PTPTN memberikan pinjaman kepada 2.49 juta pelajar.
Selain CCRIS, PTPTN turut bekerjasama dengan imigresen untuk menghalang peminjam ingkar daripada meninggalkan negara.
Read More / Baca Lagi >>

CAMNO NAK JADI PM?

Posted: 23 Sep 2016 06:51 PM PDT

Calon bakal Perdana Menteri, Hishammuddin Hussein nampaknya tidak setuju dengan cadangan Mukhriz Mahathir yang mengatakan jika PPBM bersama Pakatan Harapan memenangi PRU 14 akan datang, tempoh perkhidmatan Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal saja.

Kata beliau, cadangan tersebut tidak berasas dan boleh dipersoalkan kewajaran Mukhriz mengemukakannya.

"Dia (Mukhriz) kena jawab balik kenapa ayahnya memerintah selama 22 tahun? Mengapa tidak dicadangkan ketika ayahnya memimpin kita selama 22 tahun?

"Sekarang bila ayah dia tidak lagi memimpin, macam-macam cadangan. Tetapi kalau dia ikhlas, cadangan itu mesti dibawa semasa ayahnya menjadi Perdana Menteri dahulu," kata Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO.
Mengapa Hishammuddin begitu pantas menyatakan tidak setuju sedangkan ia adalah cadangan yang baik untuk  kebaikan negara serta  rakyat oleh PPBM dan Pakatan Harapan yang bakal mengambil alih pentadbiran negara?

Tidakkah beliau sedar isu menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri lebih meruncing sekarang berikutan onar yang telah ditunjukkan oleh Najib berbanding sebelum ini?

Sebelum ini, meskipun Perdana Menteri sering diasak untuk meletakkan jawatan, mereka tidak pernah terkait dengan apa-apa skandal kewangan mega yang akhirnya memperlihatkan keinginan mempertahankan jawatan itu lebih bertujuan melindungi kesalahan yang telah dilakukan, bukan kerana ingin terus berkhidmat kepada rakyat serta negara.

Melalui apa yang telah ditunjukkan oleh Najib dalam masa yang singkat memegang kuasa, hanya menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dapat membendung kelakuan buruk seorang pemimpin daripada terus berleluasa, selain memastikan urus tadbir yang lebih baik untuk negara.
Read More / Baca Lagi >>

SEJAK BILA Umno & SPR tidak sebulu !!!

Posted: 23 Sep 2016 06:41 PM PDT

Umno tak sependapat dgn SPR??
Persempadan semula bukan utk kepentingan pihak tertentu??

INGAT, rakyat bodoh ka nak percaya kata2 mereka !!!.., Dgn MAKCIK PAKCIK Felda boleh la kamu kelentong..

Tidak kembali kepada Umno walaupun Najib berundur, kata Muhyiddin

Posted: 23 Sep 2016 06:37 PM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin di pidato sambutan setahun Amanah di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong malam tadi. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Tan Sri Muhyiddin Yassin di pidato sambutan setahun Amanah di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong malam tadi. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan penyingkiran beliau daripada Umno sebagai suatu hikmah.
Beliau berkata, Allah telah mengeluarkannya daripada kumpulan yang disifatkan sebagai munafik.
Bercakap dalam pidato sambutan setahun Amanah di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong malam tadi, bekas timbalan presiden Umno itu berkata beliau telah melaksanakan tanggungjawab menegur kesalahan pemimpin parti itu.
"Suatu hikmah Allah asingkan saya keluar daripada kumpulan-kumpulan yang dikatakan munafik.

"Supaya saya tidak dipersoalkan lagi. Saya dah jalankan tugas, saya dah bercakap. Tapi akhirnya saya dipecat, saya terima," katanya di hadapan hampir seribu hadirin yang memenuhi dewan.

Muhyiddin juga menegaskan, beliau tidak akan kembali kepada Umno sekalipun perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengundur diri kerana yakin kerosakan dalam parti itu tidak dapat diselamatkan lagi.
"Ada orang tanya saya adakan saya akan kembali kepada Umno jika Najib berundur dan jawapan saya, saya tak akan balik kepada Umno kerana saya yakin Umno tak boleh lagi dibaiki," katanya.
Justeru beliau memberi komitmen untuk bekerjasama dengan Amanah, PKR, DAP termasuk Pas untuk melawan Barisan Nasional secara satu lawan satu.
"Apa nak buat selepas tubuhkan Bersatu? Sistem demokrasi berparlimen iaitu pilihan raya.
"Saya sokong seratus peratus saranan Amanah untuk kita bersatu menentang BN.
"Bersatu bekerjasama dengan PKR, DAP, Pas untuk menggabungkan semua parti untuk menang pilihan raya dengan syarat bersatu hati dan mengenepikan perbezaan.
"Prinsip kita, pembangkang mesti bertanding satu lawan satu menentang BN," katanya.

Salahuddin yakin PPBM kukuhkan impian rakyat jadikan Najib PM terakhir BN

Posted: 23 Sep 2016 06:36 PM PDT


Salahuddin Ayub dan Tan Sri Muhyiddin Yasin di Pidato Perdana AmanahSalahuddin Ayub dan Tan Sri Muhyiddin Yasin di Pidato Perdana Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) mengulangi sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan akan bekerjasama dengan parti itu bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14.
Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selain PKR dan DAP, PPBM juga merupakan parti yang penting untuk menyelamatkan Malaysia walaupun umurnya baru beberapa hari.
"Parti PPBM umurnya belum setahun tapi kita merasakan parti ini penting untuk negara.
Tan Sri Muhyiddin Yassin di pidato sambutan setahun Amanah di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong malam tadi. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh."Tua ataupun muda yang penting kita sinergikan kekuatan kita," kata beliau dalam pidato sambutan setahun Amanah di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong malam tadi.
Pidato tersebut merupakan pembukaan kepada program sambutan setahun Amanah yang akan berlangsung sepanjang hari ini.
Turut bersama dalam pidato tersebut ialah presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Salahuddin juga berkata, beliau yakin semua pemimpin pembangkang dan rakyat bercita-cita untuk menjadikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri terakhir.
"Saya pernah mencadangkan sebaik mana pun perdana menteri jangan lebih dua penggal.
"Saya mencadangkan supaya pentadbiran negara biar cukup lima tahun satu penggal.
"Kita ada perdana menteri yang rompak duit rakyat tapi tak boleh dibuat apa-apa," katanya.

Umno, DAP akan jadi lebih kuat

Posted: 23 Sep 2016 06:34 PM PDT

SETELAH  isu cadangan peta persempadanan semula diumumkan, semua komponen parti sama ada BN mahupun pembangkang secara terus terang menyatakan ia tidak memihak kepada mereka, sebaliknya lebih menguntungkan lawan.
Sekiranya mengambil kenyataan semua parti ini, semuanya tidak puas hati dan parti mana pula yang akan dapat manfaat?
Penganalisis politik merangkap Timbalan Pengarang Sin Chew Jit Poh, Tay Tian Yan menulis, rakyat seharusnya jangan percaya kenyataan daripada pemimpin politik ini kerana ia cuba mengaburi mata pengundi.
"Apa yang perlu diberi perhatian dan diutamakan ialah bakal wujudnya polarisasi kaum hasil daripada persempadanan semula ini. Apabila wujud keadaan ini, sesebuah parti yang berasaskan perkauman pastinya akan meraih kemenangan lebih besar berbanding dengan parti-parti yang mengharapkan undi pelbagai kaum," kata Tian Yan.
Beliau menulis, parti-parti yang didukung oleh sesuatu kaum akan mendapat kelebihan daripada persempadanan semula yang dicadangkan oleh SPR ini.
"Sebagai contoh, Umno yang disokong oleh pengundi Melayu akan terus mempertahankan kawasan Melayu yang ditandingi mereka. Begitu juga dengan DAP akan terus menjadi juara di kawasan majoriti Cina dan bakal terus memperluaskan pengaruh mereka.
"Sebaliknya, parti-parti seperti PKR, MCA dan Gerakan bakal menjadi mangsa kepada persempadanan semula ini. Ini adalah kerana PKR walaupun dipimpin oleh kaum Melayu, namun ia menerima sokongan kuat daripada pengundi Cina.
 "Manakala MCA dan Gerakan walaupun adalah parti yang berlatarbelakangkan parti Cina, namun kedua-dua parti ini tetap memperoleh banyak undi dari kaum Melayu," katanya.
Beliau meramalkan setelah kawasan campuran semakin kurang, parti-parti yang akan bertambah kuat pastilah Umno dan DAP yang masing-masing mempunyai sokongan daripada Melayu dan Cina.
Akhir sekali, beliau bertanyakan apakah masa depan politik Malaysia akan menjadi lebih bersifat perkauman sekiranya cadangan peta persempadanan semula ini diluluskan di parlimen.
Jelaskan di mana kesilapan Pas
Persatuan Hokkein Malaysia perlu menjelaskan akta manakah yang telah dilanggar Pas setelah parti itu berhasrat membentangkan pindaan Akta 355 di parlimen bulan depan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU14: BN akan menang besar - IDE

Posted: 23 Sep 2016 06:29 PM PDT


Dr Mohammad Redzuan Othman Persempadanan semula bahagian pilihan raya bakal memberi kemenangan besar kepada BN pada PRU14.
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, setiap kali persempadanan semula dilakukan, BN akan menang besar.
"Kemenangan yang dicapai BN pada 2004 adalah kerana persempadanan semula yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Faktor Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) terlalu kecil.
"Kekalahan DAP di lima kerusi di Sarawak juga adalah kerana faktor persempadanan semula dan bukan kerana berkurangnya sokongan pengundi kaum Cina," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, ia terbukti pada pilihan raya pada 1974, 1986 dan 2004 apabila persempadanan dibuat, didapati BN mencapai kemenangan besar.
"Bahkan kerusi yang dipegang pembangkang seperti Lembah Pantai, Titiwangsa dan Bandar Tun Razak boleh hilang ke tangan BN kerana persempadanan semula ini," katanya.
Bagaimanapun, masyarakat kini boleh mengemukakan bantahan kepada SPR sekiranya tidak bersetuju dengan persempadanan semula.
"Saya melihat, rakyat kini sudah tahu hak-hak mereka. Lebih-lebih lagi apabila persempadanan di buat berdasarkan kaum. Ini tidak sihat," katanya.
Sebelum ini SPR memaklumkan akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu berlandaskan peruntukkan Fasal 2 Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.
SPR juga akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Sabah selaras dengan pindaan Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang telah diwartakan pada 18 Ogos 2016.

Siapa pemimpin Islam yang tak boleh ditentang

Posted: 23 Sep 2016 06:27 PM PDT

Turki adalah sebahagian daripada Empayar Constantinople yang ditawan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453 yang dipimpin oleh Sultan Muhammad al-Fatih.
Sejak itu Turki berada bawah sistem monarki kerajaan Uthmaniyyah hingga digulingkan oleh Kamal Ataturk pada tahun 1923.
Banyak iktibar daripada penggulingan ini, antaranya selepas 500 tahun Sultan Muhammad al-Fatih 'mengislamkan' Turki daripada Kristian, sultan-sultan selepasnya yang memerintah Turki moden pada abad ke-19 sudah lupa kepada tanggungjawab.
Siapa Sultan Muhammad al-Fatih?
Difahamkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera."
Para sarjana Islam dan ulama merujuk hadis itu kepada kelahiran Sultan Muhammad al-Fatih lebih kurang 800 tahun selepas itu.
Ini kerana ciri-ciri 'raja yang sebaik-baik raja' ada pada anak muda yang menakluki Constantinople pada usia 21 tahun itu.
Dengan kekuatan bala tentera lebih kurang 150,000 orang, khalifah ketujuh kerajaan Uthmaniyyah ini membuktikan usia bukan penentu sesuatu kejayaan, apa lagi perjuangan membebaskan Islam.
Sultan Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 30 Mac 1432 dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 berjaya menghancurkan Empayar Byzantine dan menduduki takhta pemerintahan selama 30 tahun.
Baginda bukan sahaja mengangkat martabat kerajaan Islam Uthmaniyyah tetapi juga memuliakan Islam walaupun tidak ditugaskan sebagai ketua agama Islam di Constantinople.
Selepas menawan Constantinople, baginda menjadikan sebuah gereja terbesar, St Sophies yang dibina tahun 537 masihi sebagai masjid dan diberi nama Hagia Sophia.
Masjid ini sejak sekian lama menjadi simbol kejayaan Islam dan juga bukti seorang sultan yang melangsungkan tugas menjaga agama Islam dengan penuh amanah dan ikhlas.
Inilah ciri-ciri pemimpin Islam yang tidak boleh ditentang atau dijatuhkan waima melalui sistem demokrasi moden pada masa ini.
Bagaimanapun tidak semua pemimpin Islam mempunyai ciri-ciri Muhammad al-Fatih.
Saranan sekerat-sekerat
Kerana itu jangan keliru dengan saranan sesetengah alim ulama yang dipetik sekerat-sekerat oleh media bahawa pemimpin Islam tidak boleh ditentang atau diturunkan.
Media berkenaan tidak menyiarkan saranan penuh tentang ciri-ciri pemimpin Islam yang tidak boleh ditentang.
Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu di Sabah perkara biasa tapi...

Posted: 23 Sep 2016 06:21 PM PDT

Penganalisis politik menyifatkan pengambil alihan sebuah parti di Sabah oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai perkara biasa.
Ini kerana menurut Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib, polarisasi dan corak politik di Sabah berbeza dengan Sarawak dan Semenanjung.
Mohd Shafie Apdal "Di Sabah, sebarang penubuhan atau pembubaran dalam negeri itu dianggap sebagai perkara biasa. Apa yang dapat kita lihat, rakyat di Sabah lebih mementingkan soal ketokohan berbanding parti itu sendiri.
"Mereka di Sabah lebih kepada soal politik dalam negeri Sabah itu sendiri. Yang penting adalah penerimaan rakyat Sabah terhadap Shafie dan tampuk kepimpinannya nanti. Itu yang perlu dikaji," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Mohd Shafie dilaporkan mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.
Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan.
Mohd Shafie bagaimanapun enggan mendedahkan nama baharu serta nama parti yang telah diambil alih itu bagi menghormati beberapa pihak dan pengumuman hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada ROS.
Md Shukri berpendapat, apa yang dilakukan oleh Mohd Shafie hanyalah untuk membuktikan survivalnya dalam arena politik tanah air.
Katanya lagi, sekiranya Mohd Shafie berjaya menghimpunkan pemimpin-pemimpin kanan dari pelbagai parti, tidak mustahil Mohd Shafie akan menggugat Umno di Sabah.
"Dia pernah jadi Naib Presiden Umno dan berada dalam ranking ketiga di Umno, ini polemik survival dan maruahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Darell Leiking nafi terima RM5j untuk tinggalkan PKR

Posted: 23 Sep 2016 06:19 PM PDT

Bekas naib presiden itu berkata tajuk berita sebuah portal beri gambaran seolah beliau bayar atau terima RM5 juta untuk melompat parti
ChegubardPETALING JAYA: Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking menafikan beliau membayar atau terima RM5 juta untuk meninggalkan PKR.
"Orang yang kenal saya tahu saya bukan jenis orang yang main politik wang," katanya kepada FMT semalam.
Bekas naib presiden itu menyangkal laporan yang tersiar di portal berita Sayang Sabah yang memuatkan tajuk berita: "Naib Presiden PKR Kena Bayar RM5 Juta Lompat Parti?"
Laporan tersebut diambil daripada portal Agenda Daily, berdasarkan kepada catatan Facebook Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard.
Chegubard menulis calon PKR yang menarik diri sebelum hari penamaan atau melompat parti selepas memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Umum 2008 perlu bayar ganti rugi RM5 juta.
Maka dia persoalkan adakah Darell membayar RM5 juta untuk meninggalkan parti.
Darell berkata tajuk berita itu beri gambaran sama ada beliau dibayar untuk melompat parti atau membayar untuk meninggalkan PKR.
"Saya harap Sayang Sabah boleh jernihkan suasana, jika tidak saya terpaksa ambil tindakan undang-undang."
Beliau menambah secara teknikal dirinya belum melompat kerana parti yang diusahakan bersama bekas menteri Umno Datuk Seri Shafie Apdal belum diumum secara rasmi.
Wakil rakyat itu menambah beliau dan PKR berpisah secara baik, menegaskan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan sahaja terima peletakan keahlian, bahkan memahami alasannya berbuat demikian.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Parti Progresif Sabah Datuk Seri Yong Teck Lee membela Darell dengan berkata beliau tidak perlu didenda kerana meninggalkan PKR.
"Beliau masih Pembangkang, bersama parti tempatan di Sabah, berjuang untuk Sabah," katanya di Twitter.

Kematian Haron Din tidak ubah hala tuju PAS

Posted: 23 Sep 2016 06:18 PM PDT

Penganalisis politik berkata hala tuju PAS kini dipengaruhi agamawan muda yang terdapat dalam kepimpinan parti, seperti Nik Abduh dan Nasrudin Hassan.
Dr Maszlee MalikKematian bekas mursyidul am PAS Datuk Dr Haron Din tidak akan membawa perubahan besar kepada hala tuju parti itu, kata penganalisis politik Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata selain Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hala tuju PAS kini juga dipengaruhi agamawan muda yang terdapat dalam kepimpinan parti.
"Agamawan muda ialah mereka yang berusia bawah 50 tahun, seperti Ketua Pemuda Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Penerangan Nasrudin Hassan dan yang sebaya dengan mereka," katanya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, katanya walaupun jawatan mursyidul am – antara kedudukan tertinggi dalam PAS – dipegang pemimpin baharu, ia tidak akan mengubah pendekatan semasa parti itu.
Sepanjang menjadi mursyidul am, bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara tokoh yang kuat mempertahankan kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Selepas jawatan itu diambil alih Haron, PAS keluar daripada kerjasama pembangkang dan dilihat semakin terbuka dengan Umno.
Read More / Baca Lagi >>

COUNTDOWN SAMBUTAN SATU TAHUN AMANAH

Posted: 23 Sep 2016 06:16 PM PDT

Portal Hiburan Antarabangsa panggil Rosmah sebagai 'Imelda Marcos of Malaysia".

Posted: 23 Sep 2016 08:56 AM PDT

Imelda Marcos adalah isteri kepada diktator Filipina, yang terkenal dengan sifat boros dan gemar bermewah-mewahan. President Marcos akhirnya digulingkan oleh rakyat Filipina.

Semakin famous Rosmah anak beranak, portal hiburan yang selalu menyiarkan kisah hiburan pun berminat laporkan kisah boros Rosmah.

Had penggal PM bantu terap urustadbir baik

Posted: 23 Sep 2016 08:53 AM PDT

Model Amerika Syarikat yang hanya mengizinkan presiden memegang kuasa selama dua penggal terbukti berkesan, kata bekas Presiden Majlis Badan Peguam
kuthubulKUALA LUMPUR: Bekas Presiden Majlis Badan Peguam Datuk Kuthubul Zaman Bukhari menggesa orang ramai supaya menyokong cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menghadkan penggal perkhidmatan perdana menteri.
Katanya ia membantu penerapan urustadbir yang baik.
"Model Amerika Syarikat hanya mengizinkan presiden memegang kuasa selama dua penggal, atau lapan tahun, dan terbukti berkesan."
Beliau berkata seseorang perdana menteri tidak sepatutnya dibenarkan memegang kuasa selama 22 tahun, merujuk kepada pengasas PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian di sesi wacana "Kebebasan Institusi Dalam Demokrasi" di Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia.
Semalam, Naib Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir, anak kepada Mahathir, mencadangkan penggal khidmat perdana menteri dihadkan seperti amalan negara maju.
Beliau mencadangkan maksimum dua penggal lima tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa Gani Patail tak cabar penyingkirannya

Posted: 23 Sep 2016 07:42 AM PDT

Saya terikat dengan Perintah Am, katanya dalam satu wacana undang-undang
ghaniKUALA LUMPUR: Lebih setahun selepas disingkirkan, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini berkata beliau tidak mencabar penamatan khidmatnya kerana terikat dengan Perintah Am.
"Peguam Negara dianggap sebagai seorang penjawat awam, bukan seperti hakim atau Ketua Audit Negara," kata Gani menjawab soalan daripada peguam Syahredzan Johan.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut.
Gani dijemput sebagai speaker di sesi wacana "Kebebasan Institusi Dalam Demokrasi" bersempena Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia.
Beliau menjelaskan pada tempoh awal selepas kemerdekaan, kerajaan mahu melantik ahli politik sebagai Peguam Negara dan Perlembagaan direka untuk membolehkan Perdana Menteri menyingkir mereka.
"Perlembagaan tidak diubah apabila penjawat awam dilantik Peguam Negara. Jadi terpulang pada Perdana Menteri untuk menyingkirkan Peguam Negara jika dirasakan perlu."
Dua ahli politik, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf dan Tan Sri Hamzah Abu Samah, menggalas tanggungjawab Peguam Negara.
Sejak Tan Sri Abu Talib Othman, hampir semua penasihat undang-undang kanan merangkap pendakwa raya adalah daripada perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.
Gani berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun sejak 2003 dan perkhidmatannya ditamatkan secara mendadak pada 27 Julai tahun lalu.
Pada masa itu beliau terbabit dalam pasukan bertindak khas pelbagai agensi yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Seorang lagi speaker, Kuthubul Zaman Bukhari, berkata Zaid wajar membawa hal penamatan khidmat ke mahkamah.
"Ini supaya hak kamu dilindungi," katanya, menambah badan kehakiman berperanan sebagai semak dan imbang kepada badan eksekutif.
Pengganti Gani, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata penyingkiran Gani dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Katanya Perkara 145(5) berkata Peguam Negara memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

2 universiti S’pura antara 100 terbaik dunia, Malaysia selepas tangga 600

Posted: 23 Sep 2016 07:41 AM PDT

Universiti tempatan sekali lagi gagal menduduki kedudukan 100 teratas.
top-u
PETALING JAYA: Dua universiti Singapura mendahului negara Asia Tenggara yang lain dalam penyenaraian penarafan bertaraf dunia Times Higher Education (THE) World University Ranking 2016-2017 yang baru diumumkan, manakala universiti Malaysia yang tersenarai hanya mampu dalam lingkungan tangga 600-800.
THE World University Rankings meletakkan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) mendahului pusat pengajian tinggi Asia dan Asia Tenggara yang lain pada kedudukan ke-24, iaitu kenaikan satu tahap daripada kedudukan tahun lalu, iaitu 25.
Sebuah lagi universiti Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, mencatatkan peningkatan kedudukan daripada 61 kepada 54 tahun ini.
Universiti tempatan masih gagal menduduki senarai 100 teratas.
Sebaliknya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) kesemuanya disenaraikan selepas kedudukan 600.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2017: Najib teliti 8,352 cadangan rakyat

Posted: 23 Sep 2016 07:25 AM PDT

Bajet 2017 KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan meneliti setiap cadangan yang dikemukakan orang ramai berhubung Bajet 2017.
Daripada 8,352 cadangan yang telah dikemukakan di bajet2017.najibrazak.com itu, terdapat lima kategori (daripada 15 kategori) menerima jumlah cadangan paling banyak.
"Lima kategori iaitu Pekerjaan; Pendidikan; Pengangkutan Awam & Infrastruktur; Percukaian, Perniagaan & Kewangan; serta Perumahan & Kehidupan Bandar menerima paling banyak jumlah cadangan.
"Saya akan membaca dan meneliti setiap satu cadangan ini tidak lama lagi. Terima kasih kepada semua yang menyumbang," kata Najib menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini.
Laman itu mula membuka peluang untuk orang ramai mengemukakan cadangan berkaitan Bajet 2017 sejak 5 Sept hingga Rabu lepas.
Antara kategori lain yang terdapat di laman cadangan Bajet 2017 itu ialah Budaya dan Pelancongan; Alam Sekitar dan Pertanian; Kemudahan Awam; Kebajikan Sosial, orang kurang upaya (OKU)  dan Kurang Bernasib Baik; Belia dan Sukan; Keselamatan Awam dan Ketelusan; Pembangunan Ekonomi; Pembangunan Desa; Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan; dan Kos Sara Hidup.
Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini.

Bersih boleh berhimpun jika bukan jatuhkan pemimpin negara, kata KPN

Posted: 23 Sep 2016 07:23 AM PDT


 Khalid ABu Bakar Khalid ABu Bakar Pihak polis membenarkan perhimpunan aman sekiranya ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Malah, Khalid juga berkata, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan aman diminta memaklumkan dalam tempoh 10 hari bagi membolehkan polis menjalankan tugas.
" Kami tak larang selagi sebab perhimpunan itu dibenarkan undang-undang dan perlembagaan. Tetapi sebarang perhimpunan untuk menjatuhkan pemimpin negara, itu sama sekali tak dibenarkan.
"Akta Perhimpunan Aman adalah akta untuk berhimpun secara aman dan kami yang sepatutnya memudahkan perhimpunan itu.
"Jadi beri kami masa 10 hari supaya boleh bantu merancang perhimpunan itu agar berjalan dengan aman," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini seperti dilapor Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung perhimpunan BERSIH 5.0 yang akan diadakan November depan.
Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya pertembungan kumpulan BERSIH dan kumpulan Baju Merah pada perhimpunan tersebut, Khalid berkata beliau akan memastikan perkara berkenaan tidak akan berlaku.
"Kita tak akan membenarkan sebarang pertembungan sedemikian. Apa pun kita perlu lihat permohonan mereka.
"Kita akan ambil tindakan bila sampai masanya," katanya lagi.

Zaid ulangi pendirian hina orang agama bukan hina Islam

Posted: 23 Sep 2016 07:21 AM PDT

Beliau menjawab kritikan Isma yang menggelarnya tidak faham manusia dan tidak pintar.
zaid-ibrahim
PETALING JAYA: Selepas dibidas PAS dan Isma kerana mempersoalkan tindakan polis menyamakan mereka yang mengkritik ulama sebagai menghina Islam, Datuk Zaid Ibrahim hari ini menjemput kedua-dua pertubuhan itu berbincang dengannya secara terbuka mengenai perbezaan agamawan dan orang politik yang menjual agama.
"Isma dan PAS boleh menjawab dan membahas isu ini secara terbuka. Inilah cara Islam yang sebenar dalam menyelesaikan perbezaan pendapat," kata Zaid dalam penulisan di blognya.
Beliau mengulas reaksi Isma yang berkata Zaid "tidak pintar" kerana menganggap penghinaan terhadap pemimpin agama dan politik tidak sama dengan menghina Nabi Muhammad.
Ia susulan tindakan polis menangkap Sidek Kamiso, selepas bekas wartawan itu dituduh "menghina Islam" kerana kiriman Twitter berkenaan kematian Datuk Dr Haron Din, mursyidul am PAS yang meninggal dunia di Amerika Syarikat pada 16 September.
Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata Zaid perlu faham orang yang dihormati tidak boleh dihina.
"Dia (Zaid) peguam tapi tak nampak kepintarannya," kata Abdullah
Sementara Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata cara kritikan terhadap orang "soleh" perlu berbeza.
"Kritikan kepada orang yang soleh dan berilmu mestilah dengan ilmu juga dan lebih beradab berbanding kritikan kepada orang biasa yang kurang berilmu," katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Zaid hari ini mempertahankan pendiriannya yang seseorang itu bukan kebal kritikan hanya kerana digelar "Tok Guru".
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)