Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:29 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Silap jika ada sesiapa persenda Mahathir - Kadir Jasin

Posted: 21 Sep 2016 10:12 PM PDT

Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bersungguh-sungguh atau berjenaka apabila berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad akan diberikan apa saja yang diperlukannya untuk menjatuhkan perdana menteri.
Kalau sebaliknya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu mempersendakan Dr Mahathir sebagai percubaan menyeronokkan bosnya, Datuk Seri Najib Razak, saya rasa dia tersilap besar.
Dr Mahathir pastinya tidak berjenaka apabila berkata beliau sedang berusaha menjatuhkan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau terpaksa berusaha menjatuhkan BN kerana parti gabungan itu enggan menyingkirkan Najib. Pada asalnya beliau tidak berhasrat menumbangkan BN. Beliau hanya mahu Najib berundur.
Tetapi apabila BN, khususnya Umno, terus taat kepada Najib sebagai ketua parti dan perdana menteri, beliau mengubah matlamat kepada mengalahkan BN pada PRU akan datang.
Bagi Nazri - kecualilah dia bebal kelas dedak - dia tentu tahu Dr Mahathir jarang berjenaka dalam hal-hal yang serius seperti kesejahteraan negara.
Berkenaan menghiburkan Najib pula, saya rasa amat sukar menyeronokkan beliau sekarang. Bayangkan, macam mana nak gembira kalau hendak ke Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pun tak selesa - takut ditanya bukan-bukan oleh kor media PBB atau kena ejek penunjuk perasaan di seberang jalan di hadapan bangunan PBB.
Lagi menggerunkan adalah kemungkinan dikunjungi agensi penyiasatan jenayah AS yang ingin berbual-bual dengan "Malaysian Official 1".
Tak cukup dengan itu, anugerah Unesco kepada isterinya, Rosmah Mansor, berkaitan projek PERMATA Negara biayaan kerajaan dibatalkan pula oleh penganjur bersamanya "kerana laporan Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT)".
Satu dunia sudah tahu pendedahan sensasi dua akhbar itu mengenai skandal berbilion ringgit membabitkan duit 1MDB.
Ramai orang tahu betapa besarnya pengorbanan Najib demi isterinya. Kita pun tahu juga pasangan Najib - Rosmah amat menggemari pertemuan global berprofil tinggi serta peluang beristirahat serta membeli-belah di butik-butik berjenama tinggi.
Tapi tahun ini mereka sudah ketinggalan dua persidangan besar dalam diari antarabangsa iaitu UNGA di New York dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland Januari lalu.
Secara kebetulan kedua-dua negara yang menjadi tuan rumah persidangan yang disebutkan itu - AS dan Swirzerland - adalah juga antara negara yang sedang menyiasat dan bertindak ke atas skandal 1MDB.
Seperti diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan, Najib adalah "Malaysian Official 1" (MO1) 1MDB.
Dr Mahathir tak lawak
Berkenaan Dr Mahathir, saya berasa saya boleh bercakap mengenai betapa sayang dan komitednya beliau kepada Umno.
Saya sangat yakin beliau pasti tidak meninggalkan Umno apatah lagi menentangnya kalau Najib mengundurkan diri atau disingkir.
Malangnya, seperti kita semua lihat, setiap hari yang berlalu Najib menjadi lebih kuat kerana dia serta konco-konconya bersedia menggunakan apa saja instrumen dan institusi negara untuk bergayut pada kuasa.
Harapan kita hanyalah PRU. Itu pun kalau tidak disabotaj, dikhianati dan diselewengkan oleh instrumen dan institusi negara, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan para penghasut pro-Umno/BN.
Sejak 1946 - ketika masih belasan tahun - Dr Mahathir komited dan sayangkan Umno. Tetapi hari ini komitmen beliau adalah mengalahkan Umno.
Seperti sering beliau ungkapkan, latihan perubatan mengajar beliau tidak terlalu emosi dan lebih praktikal. Kalau beliau perlu memotong kaki pesakit demi menyelamatkan nyawanya, itulah yang akan beliau lakukan.
Jadi kalau orang seperti Nazri berasa bahawa dengan mempersendakan Dr Mahathir mereka boleh melemahkan semangat beliau, mereka silap besar.
Meminjam ungkapan yang dipakai oleh Datuk Seri Tengku Adnan Mansor baru-baru ini, saya yakin ramai orang, termasuk pemandu teksi tahu punca dendam kesumat Nazri terhadap Dr Mahathir dan mengapa dia teramat sayang kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.
Nazri dan Najib sepatutnya sedar bahawa setiap cabaran dan sindiran yang mereka tujukan kepada Dr Mahathir mengukuhkan lagi iltizam beliau untuk berjuang. Perjuangan adalah sinonim dengan Dr Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

PRU14 satu lawan satu: Adakah ianya mungkin?

Posted: 21 Sep 2016 09:59 PM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berpandangan Pakatan Harapan, Bersatu dan Pas agak sukar untuk mengusahakan pertandingan satu lawan satu sekiranya Pas terus berpendirian mempertahankan kerusi yang pernah dimenangi parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Bahkan paling rumit kerelaan antara PKR, Amanah, DAP dan Pas untuk bersedia memberi laluan sesama sendiri pada kerusi yang pernah dimenangi dan ditandingi dalam pilihan raya umum lalu.
"Yang lebih rumit adalah mengusahakan satu lawan satu. Ini akan hanya tercapai apabila semua sepakat bahawa kerajaan perlu diganti. Sekiranya ada yang beranggapan pilihan raya ke-14 adalah seperti pilihan raya- pilihan raya sebelumnya, BN menang pun kita tetap boleh hidup, maka keadaan satu lawan satu tidak akan tercapai.
" Ini adalah kerana untuk ianya tercapai, semua parti mesti menyertai gabungan parti politik pembangkang dan bersedia juga untuk memberi laluan sesama sendiri.
"Dan ini dilakukan kerana diinsafi betapa buruknya kerajaan Umno-BN dan bagaimana kerjasama menjatuhkan Umno/BN akan menyelamatkan negara dan mengukuhkan semua parti pembangkang," ujarnya.
Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah dalam tulisan di blognya hari ini menjelas, Pakatan Harapan sanggup berbuat demikian kecuali Pas berdasarkan kepada tindakan parti itu sebelum ini.
Pas ujarnya dengan pemikiran baharu parti itu dahulu. Pas dahulu sanggup memberi laluan kepada PKR semasa parti itu baru ditubuhkan.
Mereka yang berhujah mendesak supaya Pas beri laluan kepada PKR dahulu hari ini digelar 'pengkhianat' dan 'lebih mementingkan Keadilan'.
Mereka dituduh sebagai pemimpin yang menyerahkan 'kerusi Pas' kepada pihak lain, 'musuh dalam selimut' dan sebagainya.
Persoalannya, dalam keadaan itu, bagaimana pimpinan Pas baharu,yang telah naik melalui serangan dan tohmahan sedemikian rupa terhadap pimpinan lama, boleh bersedia memberi laluan kepada parti Bersatu dan Amanah? Tidakkah tindakan sebegitu akan mengundang tuduhan sama terhadap
mereka pula?
"Saya melihat Pas sebagai parti yang paling banyak perlu memberi laluan. Ini adalah kerana kedua-dua parti baharu iaitu Amanah dan Bersatu ingin bertanding di kawasan Pas bertanding.
"Sedangkan Pas merupakan parti yang paling tidak bersedia memberi laluan.
"Ini adalah atas dua sebab. Pertama kerana Pas berpegang kepada tafsiran 'kerusi yang pernah ditandinginya adalah milik Pas'. Ini termasuk juga kerusi yang ditandingi PKRyang dianggap 'dipinjamkan' kepada PKR.
"Kedua kerana Pas baharu melihat Umno-BN "tidak sama seperti firaun", maka tidak jatuh pun tidak mengapa," tulisnya.
Read More / Baca Lagi >>

'Robert De Niro dikaitkan dengan 1MDB, pernah bertemu Najib-Rosmah di New York

Posted: 21 Sep 2016 09:25 PM PDT

DBKL bekerjasama dengan SPRM cegah rasuah

Posted: 21 Sep 2016 09:24 PM PDT

Mahathir Bukan Wakili Bersatu Tapi Serah Deklarasi Rakyat - Khairuddin Abu Hassan

Posted: 21 Sep 2016 09:24 PM PDT

Adakah perlu perubahan di Terengganu?

Posted: 21 Sep 2016 09:03 PM PDT

KEADAAN cuaca sekarang sememangnya tidak menentu dan sukar dijangka. Tidak semena-mena hujan lebat disusuli ribut melanda selepas panas menenangkan atau garing meresahkan yang adakalanya membawa musibah singkat atau kekal kesannya.
Namun, yang pasti cuaca politik tidak banyak berubah malah suhu terus meruap apabila di sana-sini rancak kedengaran bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.
Walaupun menghampiri musim tengkujuh, suasana politik kian membahang dengan pelbagai spekulasi dicetuskan, malah ada yang kembali mengitar semula apa yang pernah tersebar sebelum ini.
Ini termasuk soal beberapa orang menteri besar akan diundurkan termasuk Ahmad Razif Abdul Rahman di Terengganu.
Rasionalnya perubahan itu dikatakan untuk memastikan jentera terus kukuh dan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa.
Persoalan ini yang kembali diratibkan, menyegarkan semula impian mana-mana pihak yang tetap mencari laba politik untuk melonjak diri sendiri atau individu tertentu untuk berpayung dan mencari teduhan.
Ini digambarkan dengan pergeseran antara dua kem Ahmad apabila bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mahukan Ahmad Razif berundur sebelum mengambil langkah susulan untuk terus menggoncang kerajaan.
Sorotan pergolakan itu seakan mempunyai kaitan dengan percaturan politik di peringkat nasional dengan menjadikan Terengganu dan Ahmad Razif sebagai sasaran menjejaskan kepemimpinan Pusat.
Harapan Ahmad yang awalnya melalui usul undi tidak percaya disemarakkan lagi dengan penarikan balik semua darjah kebesaran Ahmad Razif termasuk gelaran Datuk Seri oleh Sultan Terengganu.
Istana cuba diheret dalam permainan ini, namun Ahmad Razif masih terus disambung hayat kepemimpinannya dengan kekal menjadi menteri besar serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Surat PMO Pertemuan Tun Mahathir-Agong: Tun Kena Beri Penjelasan

Posted: 21 Sep 2016 09:02 PM PDT


Terkejut tadi bila saya terima msg dari rakan2 berita dari astroawani yang memaparkan surat dari PMO ini –
Mengejutkan …..Tun Mahathir kena beri penjelasan dengan segera !
Kenapa Tun Mahathir tubuhkan sebuah parti baru bernama Parti Pribumi Perkasa Malaysia secara senyap2 ? ? ?
Bila masanya Tun Mahathir tubuhkan parti baru itu ? Adakah sebelum atau selepas penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ? Apakah ada kaitan dengan Perkasa ? Atau Tun buka parti baru khas untuk Perkasa ?
PBBM tu pulak parti mana ?  Okaylah, yang ini mungkin typo tapi tak mungkin perkataan Perkasa juga typo ? Jauh tu Perkasa dengan Bersatu !
Datangnya pula dari Pejabat Perdana Menteri …. MUSTAHIL PMO boleh keluarkan surat yang penuh dengan kesalahan fakta… BANGANG ke apa PMO ?
PS – Baru sat saya cek dengan Astro, rupanya laman yang ada surat itu dah dipadamkan. Hehehehe …. ni macai bangang mana punya kerja ni boleh buat kesilapan2 bodoh macam tu ? Boleh main ubah2 pulak …. Buat orang terkejut jer ingatkan Tun Mahathir buat satu lagi parti baru !

Robert De Niro nafi kaitan 1MDB selepas cerita hubungan dengan Jho Low

Posted: 21 Sep 2016 08:56 PM PDT

Ia selepas laporan mengaitkan anaknya Raphael dengan ahli perniagaan kontroversi Jho Low.
robert
PETALING JAYA: Pelakon Hollywood, Robert De Niro berkata beliau tahu anak lelakinya, Raphael berperanan sebagai ejen dalam jualan 2 hartanah di New York kepada Jho Low, ahli perniagaan Malaysia yang dikaitkan dengan kemelut 1MDB.
Bagaimanapun, De Niro menafikan apa-apa kaitan.
"Saya tidak peduli jika nama saya dikaitkan dengannya. Saya tidak buat apa-apa. Saya tahu mengenainya tetapi saya tidak peduli."
Portal The Hollywood Reporter (THR) memetik pemenang anugerah Oscar berusia 73 tahun itu sebagai berkata beliau tidak tahu bagaimana persahabatan Raphael dan Jho Low bermula.
De Niro juga mengesahkan kepada THR beliau pernah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor beberapa kali.
Pada 16 April 2010, De Niro merupakan antara tetamu dalam majlis yang dihadiri Najib dan Rosmah, ketika menerima Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa daripada Majlis Perniagaan untuk Persefahaman Antarabangsa.
Tiga bulan kemudian, De Niro berkunjung ke Malaysia dan bertemu Najib dan isteri.
Rosmah memberitahu media Malaysia pada masa itu, beliau memberikan jemputan peribadi kepada De Niro supaya pelakon itu "tidak mendengar perkara yang tidak betul" mengenai negara ini.
THR melaporkan kedua-dua hartanah New York itu terlibat dalam dakwaan penyelewangan seperti mana diperincikan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), dengan pangsapuri di Park Laurel ditukar milik kepada anak tiri Najib, Riza Aziz pada penghujung 2012.
De Niro berkata sebelum ini ada cakap-cakap beliau akan membintangi filem terbitan Red Granite, syarikat produksi milik Riza, tetapi ia tidak pernah berlaku.
Katanya, beliau bertemu Jho Low pada majlis hari jadi ahli perniagaan itu pada 2012 di Las Vegas. Menurutnya, Jho Low pada awalnya berminat membiayai filem The Irishman dengan De Niro dijangka sebagai pelakon utama.
"Tetapi itu sudah lama berlalu dan hanya cakap-cakap," katanya.
THR melaporkan, menurut Yayasan Jynwel yang bertanggungjawab menyalurkan derma bagi pihak Jho Low menerusi Jynwel Capital (DoJ turut mendakwa yayasan itu dipergunakan untuk membuat pelaburan hartanah di AS menggunakan wang 1MDB), menderma wang kepada Tribeca Film Institute milik De Niro, terutama bagi program Tribeca Teaches.
Read More / Baca Lagi >>

Shafie serah borang pendaftaran tubuh parti baharu

Posted: 21 Sep 2016 08:47 PM PDT

Datuk Seri Shafie Apdal ketika tiba di perkarangan ibu pejabat Pendaftar Pertubuhan  di Putrajaya pagi tadi.Datuk Seri Shafie Apdal ketika tiba di perkarangan ibu pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya pagi tadi.
Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  dilaporkan hadir di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya pagi ini, dipercayai untuk menyerahkan borang pendaftaran parti baharu.
Shafie tiba jam 9.35 pagi, bersama beberapa penyokongnya.
Shafie sebelum ini mengumumkan keluar daripada Umno pada 4 Julai , selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keahlian beliau pada 24 Jun lalu.
Setiausaha akhbarnya Zamri Maulan ketika dihubungi Malaysia Dateline memberitahu Shafie ke pejabat RoS untuk menukar nama sebuah parti di Sabah dengan nama baharu yang akan di terajui beliau di negeri bawah bayu itu. Tanpa mahu mendedahkan nama parti  di Sabah itu yang akan ditukar nama oleh Shafie .
Khabar angin bertiup sebelum ini Shafie dikatakan berhasrat untuk mengambilalih  Usno kemudian dinafikan oleh Presidennya Dullie Tiaseh, yang mengatakan berkemungkinan  Shafie akan mengambil alih  Parti Kebangsaan Sabah (PKS) yang telah diluluskan penubuhannya tiga tahun lalu tetapi tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya.
Ketika ini Shafie masih lagi berurusan dengan pegawai RoS.

'Pakatan Harapan tak perlu begitu obses dengan PAS'

Posted: 21 Sep 2016 05:02 PM PDT

Pakatan Harapan perlu bergerak terus mengatur strategi untuk berhadapan dengan Umno-BN dalam PRU14. Pakatan
Harapan perlu berani membuat keputusan strategik dan berimpak tinggi bagi memastikan sejarah PRU12 dan PRU13 tidak berulang. PRU14 harus dipastikan sebagai milik Pakatan Harapan.
Berdasarkan hakikat ini, Pakatan Harapan tidak perlu menunggu sesiapa, apalagi untuk membuka lorong kepada PAS. Pakatan Harapan tidak perlu begitu obses dengan PAS, memandangkan PAS bukan sahaja dilihat sukar diramalkan akan sikap, pemikiran dan tingkah lakunya, sebaliknya juga PAS dilihat tidak pernah teguh dalam setiap persepakatan dan persefahaman yang disertainya.
Pakatan Harapan tidak perlu menghabiskan masa untuk berunding berpakat dengan PAS. Pendirian PAS sudah jelas
apabila presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP dan dengan parti-parti yang bekerjasama dengan DAP, bermakna PAS tidak bersedia untuk bekerjasama dengan semua parti yang mempunyai hubungan kerjasama dengan DAP.
Realiti politik Malaysia, PKR, AMANAH dan PPBM, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung, mempunyai hubungan politik dengan DAP. Tentu sekali PAS tidak akan bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti ini. Apa yang pasti Pakatan Harapan itu sendiri terbina serta terbentuk di luar daripada kompromi dan persefahaman politik dengan PAS. Hanya Umno, sebagai parti politik aliran arus perdana, yang tidak mempunyai kerjasama politik dengan DAP.
Pakatan Harapan perlu memberikan tumpuan secara sepenuhnya untuk mendominasi PRU14. Bagi tujuan tersebut, Pakatan Harapan perlu merangka strategi politik yang lebih kukuh dalam usaha untuk memobilisasi gerakan rakyat, bertujuan untuk mempertingkat undi, khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar serta bertindak secara sinergistik untuk terus memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap wibawa perjuangan politik Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan perlu memperlihatkan komitmen yang tinggi dalam membanteras segala bentuk kepincangan politik dan
keruntuhan moral politik yang membawa bencana kepada masa depan kehidupan rakyat. Pakatan Harapan perlu memperlihat akan kewibawaannya dalam menegakkan politik berintegriti tinggi serta perjuangan yang mendasari hak dan kepentingangan rakyat.
Pakatan Harapan perlu mampu menjadi model dalam agenda memartabatkan politik merentasi sempadan bangsa dan agama, sebagai formula kepada realiti masyarakat Malaysia masa depan. Pakatan Harapan tidak perlu menunggu PAS dalam mencorak keputusan politik untuk mewujudkan cabaran politik terhadap Umno-BN.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi, Mahfodz pilihan terbaik PAS ganti Haron?

Posted: 21 Sep 2016 04:51 PM PDT

Susulan penolakan Datuk Ahmad Yakob semalam, timbul persoalan siapakah yang layak menggantikan allahyarham Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am PAS yang baru.
Tambahan lagi, tanggungjawab yang kosong dengan pemergian Haron – pendakwah, ahli akademik, sekali gus tokoh perubatan Islam itu – dilihat terlalu besar untuk sesiapa pun dalam PAS.
Kesulitan mencari pengganti pemimpin tertinggi dalam parti Islam itu bukan perkara baru.
Keadaan sama dirasakan ketika Datuk Nik Aziz Nik Mat, tokoh paling terkenal dalam sejarah enam dekad PAS, meninggal dunia pada 12 Februari tahun lalu.
Bagaimanapun, membandingkan jurangnya dengan Nik Aziz, kedudukan Haron tidak dirasakan terlalu jauh, lebih-lebih lagi mengambil kira latar belakangnya yang penuh warna-warni.
Keadaan ini berbeza dengan Ahmad, yang sentiasa dibayangi Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan sebelum beliau.
Beliau menjadi timbalan Nik Aziz di Kelantan selama sembilan tahun bermula 2004.
Justeru, imej pentadbir lebih melekat pada dirinya berbanding seorang pemimpin rohani sebuah parti Islam yang sudah berusia 65 tahun.
Persoalannya kini siapa yang layak menggantikan tempat itu? Persoalan ini mungkin sukar dijawab pemimpin kanan PAS sendiri.
Tambahan lagi PAS hari ini berdepan cabaran yang cukup berbeza daripada sebelum ini, dalam keadaan hampir bersendirian dan cuma bersekutu dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan bekas menteri Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Tak ada, belum ada, kata pemimpin
Pada masa yang sama, mursyidul am PAS yang baru nanti bakal berdepan tugas maha penting menentukan hala tuju barunya, sama ada menjadi "parti pantai timur" dan mesra Umno atau berganding bahu bersama pembangkang, walaupun tidak bergabung secara rasmi.
Perubahan daripada Nik Aziz kepada Haron sebelum ini, mahu tidak mahu, harus diakui mewujudkan wajah baru PAS.
Siapa sangka dahulu PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Siapa sangka muktamar PAS akan 'lebih Melayu' daripada parti Melayu Umno, dengan tanjak, tengkolok dan keris panjang sedepa.
Sementara itu, beberapa pemimpin PAS ketika dihubungi semalam masih tidak dapat menjawab siapakah yang layak menggantikan Haron. Malah, ada yang terkejut dengan penolakan Ahmad itu.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Ketua Dewan Ulama Nik Zawawi Salleh ketika dihubungi Malaysiakini hanya menjelaskan belum ada nama dan "tunggu mesyuarat" terlebih dahulu.
"Tidak ada," kata Idris.
Read More / Baca Lagi >>

Kisah puteri Anwar yang selalu 'terpisah’

Posted: 21 Sep 2016 04:42 PM PDT

KUALA LUMPUR - Menggamit semula memori ketika papanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ditangkap pada 20 September 1998 di rumah mereka, puteri keempat Anwar, Nurul Ilham menceritakan bagaimana dia sering tertinggal tatkala kejadian penting berlaku ke atas ayahnya itu.
Kisah puteri Anwar yang selalu 'terpisah' Berkongsi kisah itu di Forum Detik Reformasi semalam, Nuha berkata, kejadian pertama adalah ketika tarikh itu,dia tertinggal untuk mengikuti keluarganya menaiki sebuah van yang dibawa polis untuk membawa Anwar ke Balai Polis Bukit Aman.
"Saya selalu tertinggal iaitu ketika 1998....,masa papa dibebaskan pada 2004 dan pada kes 2008, pada 1998 saya tertinggal apabila saya turun sahaja keluar daripada rumah ayah sudah dibawa, pada 2004 saya sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM, dan pada 2008 saya berada di luar negara (menyambung pelajaran)," katanya.
Anwar ditangkap pada 20 September 1998, dan pada tahun 1999 beliau telah dijatuhkan hukuman  penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.
Pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan telah menggugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku, oleh itu beliau telah dibebaskan.
Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mana akhirnya pada 10 Februari 2015 lalu Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan tersebut.
Bercerita lanjut ketika kejadian pada 20 September 1998, Nuha yang ketika itu baru menginjak usia 11 tahun berkata, pada tarikh itu dia lihat mamanya (Wan Azizah) begitu tertekan.
"Saya tak pernah tengok muka mama sebegitu, saya tanya mama...papa nak pergi mana?, selepas itu kami hanya dapat berjumpa papa selepas dua minggu dia ditangkap," katanya.
Katanya ketika pertemuan itu, dia menangis kerana melihat mata papanya lebam.
"Saya menangis, saya tanya apa jadi pada papa....papa hanya kata jangan menangis, papa ok sahaja sambil mengelap air mata saya," katanya.
Sementara itu ketika menyentuh mengenai gelombang reformasi selepas kejadian yang menimpa Anwar itu, Ilham berkata, ayahnya hanya menjadi pencetus kepada gelombang tersebut.
"Selepas itu rakyat mula bangkit...rakyat mula berubah ada satu anjakan yang berlaku terhadap rakyat Malaysia," katanya.

MANA SATU YANG BETUL ATAUKAH NAJIB CUBA DIMALUKAN PMO?

Posted: 21 Sep 2016 04:35 PM PDT

Sejak lewat petang semalam telah tersiar berita di media dan portal dalam talian mengenai kenyataan Najib Razak berhubung pertemuan Tun Mahathir Mohamad dengan Yang Dipertuan Agong berkaitan Deklarasi Rakyat.

Dalam kenyataan media itu, Najib memberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong hanya mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir, tetapi tidak boleh mencampurinya.

Ini kerana, menurut Najib, deklarasi yang diusahakan itu tidak mengikut Perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya dilakukan menurut amalan lazim iaitu sama ada melalui Parlimen atau sistem pilihanraya yang melibatkan rakyat.

Membaca berita yang tersiar itu, ramai yang tertanya-tanya, mengapa Najib sendiri yang mengeluarkan kenyataan yang berkaitan usaha untuk menyingkirkannya?

Sudah tentu jika kenyataan seperti itu mahu dikeluarkan, ia lebih sesuai dilakukan oleh pihak Istana Negara sendiri. Namun, jika pihak Istana Negara tidak berbuat demikian dan oleh kerana  pemakluman mengenai pertemuan dengan Tun Mahathir itu dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong kepada Najib sendiri, ia lebih berupa pernyataan mengenai pendirian baginda kepada Perdana Menteri semata-mata.

Apakah ia perlu dijadikan kenyataan umum dengan Najib seolah-olah membela dan mempertahankan dirinya sendiri?

Tidakkah dengan Najib sendiri mengeluarkan kenyataan tersebut menunjukkan beliau begitu terdesak dan agak terganggu dengan pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong itu?

Dalam masa yang sama, di media-media sosial pula tersebar kenyataan media penuh empat perenggan yang dikeluarkan oleh Najib itu.
Meneliti kenyataan itu, ramai yang  perasan mengenai wujudnya beberapa kesilapan fakta dalam kenyataan media itu, antaranya:- 

- dalam perenggan pertama, PPBM disebut sebagai Parti Pribumi Perkasa Malaysia sedangkan namanya yang betul ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Pribumi Perkasa adalah NGO milik Ibrahim Ali.

- pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong dikatakan berlangsung di  Istana Bukit Malut, Langkawi walhal yang diberitakan sebelum ini ia berlaku di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

- jawatan sebenar Tun Mahathir ialah Pengerusi dan bukan Penasihat PPBM.

- dalam perenggan ketiga PPBM bertukar menjadi PBBM.

Benarkah ia surat asli yang dikeluarkan oleh Najib? 

Jika ia benar, mengapa berlaku kesilapan-kesilapan fakta yang besar seperti itu?

Bukankah ia sesuatu yang memalukan Najib dan Pejabat Perdana Menteri atau PMO?
Read More / Baca Lagi >>

GKCM sokong Bersih5: Selar tindakan Jamal, Ali Tinju

Posted: 21 Sep 2016 04:32 PM PDT


Kamarulazman Habibur RahmanKamarulazman Habibur RahmanGabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyokong perhimpunan Bersih 5 kerana berpandangan apa yang dilakukan Bersih adalah selari dengan perjuangan gabungan itu, kata Presidennya Kamarulazman Habibur Rahman.
Beliau berkata, GKCM menyokong Bersih 5 kerana antara yang diperjuangkan adalah ke arah pembersihan rasuah dan salah guna kuasa.
"Kita akan bersama-sama dalam usaha dilakukan Bersih atau mana-mana NGO lain selagi ia menjurus ke arah pembersihan rasuah dan salah guna kuasa.
"Bersih pada hakikatnya selari dengan perjuangan GKCM dan kita juga sokong bagaimana penaung kami (Tun Dr Mahathir Mohamad) menyokong
afidavit Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkaitan Akta MKN di mahkamah.
"Mana-mana pihak yang ingin lakukan kebaikan untuk masa depan negara GKCM akan sokong,"ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Mengenai tindakan Datuk Jamal Md Yunos dan Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) yang bertindak menentang Bersih 5 beliau berkata ia satu tindakan yang
kurang tepat dan tidak menunjukkan kematangan oleh dua NGO pro kerajaan
itu.
"Saya cuma melihat dua perkara sahaja apa yang cuba dilakukan mereka.
"Ia bukan bertujuan untuk menghalang huru-hara kononnya akan berlaku sekiranya Bersih5 diadakan, sedangkan merekalah yang menghuru-harakan
keadaan.
"Mereka cuba menghalang perhimpunan aman Bersih5 mengenengahkan masalah yang dihadapi dalam negara...hanya untuk menutup kepincangan dilakukan
pemimpin yang korup.
"Ini tindakan tidak tepat dan tidak matang," jelasnya.
(Dari kiri) Mohd Ali Baharom dan Datuk Jamal Md Yunos.(Dari kiri) Mohd Ali Baharom dan Datuk Jamal Md Yunos.Justeru katanya, mana-mana pihak perlu mengamalkan kebebasan bersuara dalam amalan negara berdemokrasi.
"Termasuklah lokasi di mana perlu berhimpun. Kita mengamalkan kebebasan bersuara sebaliknya diarah buat itu dan ini nak menyuarakan bantahan mesti di tempat tertentu.
"Itu tidak menunjukkan kebebasan selagi penganjur dan penyokong boleh menjaga keamanan semasa berhimpun,sepatutnya mana-mana lokasi harus dibenarkan,"ujarnya.
Kamarulazman yang Setiausaha Agung penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut menjelaskan, Bersatu masih belum lagi menetapkan
pendirian bersama terhadap perhimpunan Bersih5.
Read More / Baca Lagi >>

IGP: Malaysia tak akan jadi negara polis

Posted: 21 Sep 2016 04:30 PM PDT

Malaysia tidak mungkin menjadi sebuah negara polis memandangkan bidang kuasa Polis Diraja Malaysia juga tertakluk kepada
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan Perlembagaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dakwaan yang dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mempersoalkan sama ada Malaysia sudah menjadi negara polis apabila Khalid dikatakan seolah-olah tidak boleh ditegur, ternyata tidak berasas.
"Negara kita tidak boleh menjadi negara polis kerana jika kita tidak patuhi
undang-undang kita akan diambil tindakan. Macam mana negara ini menjadi negara polis, kami juga subjek kepada peraturan Perlembagaan dan undang-undang begitu juga Anggota Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Dialog Bersama Ketua Polis Negara: Peranan Mahasiswa Dalam Menangani Ancaman Keselamatan Negara di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok hari ini.
Semalam, Lim dalam sebuah portal berita mendakwa Khalid dengan angkuh memberi amaran kepada Teo Nie Ching yang mendesak polis menjalankan siasatan segera berhubung satu dakwaan ugutan terhadap pemimpin BERSIH 2 Maria Chin Abdullah, supaya tutup mulut.
Khalid berkata beliau bukannya menghalang Teo daripada bersuara, sebaliknya hanya bertanya kembali kenapa Anggota Parlimen Kulai itu tidak mempersoalkan tindakan beliau (Khalid) yang tidak menahan Maria Chin yang turut melanggar undang-undang.
"Nampak dia (Teo) cuba politikkan isu ini, kalau nak tegur membina saya
terima tapi kalau nak jatuhkan kita nak tuduh seperti berat sebelah itu saya tidak boleh terima," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata beliau tidak menafikan terdapat usaha merekrut mahasiswa untuk menyertai militan Daesh namun pihaknya melalui pasukan khas Bukit Aman sentiasa bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi dalam membanteras cubaan tersebut.
"Mereka (Daesh) akan pengaruhi sesiapa sahaja seperti mahasiswa dan mereka yang mempunyai masalah, kerana mereka ini selalu memerlukan bahu untuk bersandar, kalau mereka (Daesh) bagi macam-macam, dia (mahasiswa) akan terpengaruh dengan apa jua dakyah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Agong tak campuri urusan BERSATU, kata Najib

Posted: 21 Sep 2016 04:27 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menerima mengadap penasihat Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
Bagaimanapun perdana menteri berkata, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menjelaskan kepada Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat BERSATU.
"Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir.
"Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh PBBM," kata Najib dalam kenyataan media hari ini.
Perdana menteri berkata ini kerana deklarasi yang dibuat BERSATU tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya menurut amalan lazim iaitu melalui parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan mereka.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan Mahathir mengadap Agong di Istana Anak Bukit, Kedah pada 15 September lalu bagi menyerahkan petisyen Deklarasi Rakyat dalam satu pertemuan empat mata yang berlangsung kira-kira satu jam 15 minit.
Mahathir dilapor turut membawa dokumen Deklarasi Rakyat yang didakwa mengandungi tandatangan 1.3 juta rakyat Malaysia bagi menuntut Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Antara lain, Deklarasi Rakyat anjuran bekas pemimpin Umno, pembangkang dan NGO itu mendakwa Najib terbabit dalam skandal kewangan melibatkan syarikat pelaburan negara, 1MDB dan deposit sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadinya.

KENAPA INI BERLAKU DI DALAM NEGARA KITA ??

Posted: 21 Sep 2016 04:25 PM PDT

Rakyat miskin kelaparan mencuri didakwa TETAPI.. pemimpin kaya raya mencuri berbilion tak didakwa ..???

PE'EL LAKI BINI MEROMPAK DUIT RAKYAT MEMANG SERONOK !!!

APAKAH YANG SEBENARNYA DAH TERJADI ??!!

Posted: 21 Sep 2016 04:18 PM PDT

FAKTA: Peruntukan sbyk RM146.9 juta telah 'DILEBURKAN' pada ESSCOM yg telah ditubuhkan di era Najib memerintah.

TETAPI xtvt kemasukan PATI ke Sabah tetap begitu ketara wpon adanya ESSCOM.

Sejak Dapat 'TAN SRI', MAKIN KUAT FITNAH & PEMBOHONGANNYA..

Posted: 21 Sep 2016 04:16 PM PDT

TUDUH K'jaan S'ngor tiada satu pun projek PR1MA belum dapat dilaksanakan ??

Projek Rumah Selangorku di Cyberjaya ITU APA !! BUTA KA APA !!!

"Kalau setakat tuduh tanpa fakta terperinci, itu bukan standard menteri TAPI STANDARD KETUA UMNO CAWANGAN"

Makin dpt 'TAN SRI', MAKIN KUAT FITNAH & PEMBOHONGANNYA..

NAJIB MANA PERNAH CAKAP BOHONG..

Posted: 21 Sep 2016 04:14 PM PDT

"Kemakmuran M'sia untuk DIKECAPI & DINIKMATI OLEH SETIAP INDIVIDU..." -Najib, 14/5/2016

"Kemiskinan tegar telah berjaya dibasmikan" -Najib, 21/5/2015

DAP gesa polis dedah siasatan terhadap Ali Tinju

Posted: 21 Sep 2016 05:56 AM PDT


GEORGE TOWN, 21 SEP: DAP menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan kepada umum berhubung tindakan lanjut yang akan diambil pihaknya ke atas ugutan yang ditimbulkan Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, adalah penting untuk masyarakat mengetahui perkembangan di sebalik siasatan berkenaan kerana tingkah laku samseng dan membelakangi kedaulatan undang-undang Ketua Kumpulan Baju Merah itu tidak sewajarnya dibiarkan.
"Oleh kerana seriusnya dakwaan terhadap Ali Tinju itu, saya menyeru Ketua Polis Negara untuk mendedahkan kepada umum jika siasatan terhadap Ali Tinju itu menunjukkan wujudnya sebarang kesalahan di pihak beliau, dan sama ada beliau akan didakwa," katanya yang juga seorang peguam dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini yang mendedahkan perbualan wartawannya dengan Ali Tinju selepas bekas anggota tentera itu menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mengugut Maria Chin.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor serah surat kepada SPR 48 jam adakan pertemuan

Posted: 21 Sep 2016 05:49 AM PDT

Surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dihantar dalam tempoh 48 jam bagi mengadakan pertemuan berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pertemuan dengan SPR perlu agar Kerajaan Negeri mendapat maklumat terperinci asas mengenai persempadanan semula itu.
Katanya pertemuan itu diputuskan setelah Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) mengambil maklum cadangan SPR dan membantahnya.
"MMKN mengambil maklum dengan cadangan tersebut dan kita membantah cadangan dibuat SPR dan MMKN bersetuju mengambil langkah berikut.
"Saya keluarkan satu surat rasmi kepada SPR hari ini untuk mengadakan pertemuan dengan SPR supaya kita diberikan maklumat tentang asas mereka membuat sempadan tersebut.
"Apakah metadologinya, apakah sistemnya, apakah asas digunakan kerana cadangan dikemukakan SPR itu melanggari dua peruntukan besar dalam Perlembagaan Persekutuan setelah kita merujuk peguam," kata Mohamed Azmin.
Sebelum ini, Mohamed Azmin sekali lagi menolak saranan supaya Dewan Negeri Selangor (DNS) dibubarkan lebih awal bagi pilihan raya awal negeri.

Persempadanan dijadikan alat pemisahan kaum, kata Dr Hatta

Posted: 21 Sep 2016 05:47 AM PDT

Dr. Mohd Hatta Ramli anggap syor persempadanan semula akan hancurkan fabrik masyarakat MalaysiaDr. Mohd Hatta Ramli anggap syor persempadanan semula akan hancurkan fabrik masyarakat Malaysia
Syor persempadanan semula kawasan pilihan raya hanya akan menghancurkan fabrik masyarakat di negara ini, tegas Pengarah Pilihanraya Amanah Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli.
Menurutnya, cadangan persempadanan selepas kali terakhir dilakukan pada 13 tahun lalu itu dilihat tidak munasabah berbeza dengan langkah sebelum ini.
"Walaupun dulu kita tidak sepenuhnya berpuas hati tetapi ada satu jumlah besar yang kita anggap kawasan campuran. Kawasan inilah kita anggap citra atau imej Malaysia.
"Sekarang, ramai pengundi Cina dipindahkan ke parlimen yang mereka jangka kalah. Pengundi Melayu pula ditambah di kawasan yang dianggap berpotensi menang.
"Itu satu strategi yang saya anggap keterlaluan dan hanya menghancurkan fabrik masyarakat kita untuk jangka panjang. Kita tidak mahu persempadanan ini jadi alat untuk memisahkan kaum," katanya dalam wawancara ekslusif Malaysia Dateline di ibu negara hari ini.
Beliau berkata, persempadanan kawasan pilihan raya harus mewakili komposisi masyarakat negara ini tetapi BN pada masa ini ketara menganggap kawasan bercampur akan merugikannya.
"Kawasan-kawasan yang ketika PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) lalu, pengundi Melayu dan bukan Melayu dalam jumlah lebih kurang sama, sekarang dikikis," ujarnya.
Beliau yang juga salah seorang daripada sembilan anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya berkata, kawasan bercampur pada 2004 telah terbukti memberi kemenangan kepada BN.
"Untung rugi bergantung pada suasana, isu, kepimpinan dan prestasi kerajaan. Itu yang menentukan bukannya kedudukan kaum itu.
"Dari segi jangka panjang, kawasan bercampur membantu keharmonian kaum kita. Jangan anggap syor persempadanan pada masa sekarang sebagai ruang untuk menang sebaliknya fikirkan jangka panjang," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ahmad tolak jawatan bukan perkara baru, Nik Aziz, Haron Din juga pernah tolak

Posted: 21 Sep 2016 05:46 AM PDT

Kebiasaannya kerana pemimpin itu mahu memikirkan tawaran secara mendalam sebelum membuat keputusan, jelas Mahfodz Mohamed
ahmad-yakob_Ahmad-Yaakob_6001
PETALING JAYA: Keputusan Datuk Ahmad Yaakob menolak jawatan Mursyidul Am PAS bukanlah perkara baru kerana Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din juga pernah berbuat demikian.
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Datuk Mahfodz Mohamed menjelaskan kebiasaannya sikap itu diambil kerana pemimpin itu mahu memikirkan tawaran secara mendalam sebelum membuat keputusan.
"Pimpinan parti tawaduk (merendah diri dan taat), dulu Haron Din juga tidak mahu tetapi bila parti putuskan, beliau terima.
"Saya percaya Datuk Ahmad Yaakob macam itu juga. Beliau tidak mahu terima terus, beliau akan fikir dengan mendalam kerana tanggungjawab jawatan itu besar," katanya kepada FMT.
Mursyidul am menjadi penasihat kepada eksekutif parti dan menjadi rujukan dalam perkara dasar perjuangan. Ia tidak terbabit dalam pentadbiran eksekutif parti.
Nik Aziz di kedudukan itu antara individu penting dalam pembentukan Pakatan Rakyat, manakala Haron Din memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan antara PAS dan Umno.
Lidah rasmi PAS, Harakah Daily melaporkan Ahmad ingin kekal sebagai timbalan mursyidul am kerana mahu "beri laluan kepada orang lain yang lebih layak".
Read More / Baca Lagi >>

Jawatan Mursyidul Am Pas: Ahmad Yakob enggan ganti arwah Haron Din

Posted: 21 Sep 2016 05:44 AM PDT

Ahmad Yakob anggap dirinya tidak layakAhmad Yakob anggap dirinya tidak layak
Menteri Besar Kelantan yang kini Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob enggan menduduki tempat Allhyarham Datuk Haron Din yang kembali ke ramatullah minggu lalu.
Portal rasmi parti itu, Harakahdaily melaporkan Ahmad hanya ingin kekal jawatannya kini kerana mahu memberi laluan kepada orang lain yang lebih layak.
Beliau berharap perkara itu berlaku walaupun dalam perlembagaan parti membenarkannya menjawat jawatan itu.
"Kalau boleh saya mahu terus kekal menjadi Timbalan Mursyidul Am PAS.
"Setakat ini saya masih Timbalan Mursyidul Am dan pohon sahabat lain ambil jawatan itu, kerana masih ramai yang layak dalam kepimpinan PAS ini," ujarnya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung dirinya yang disebut bakal menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia, Jumaat lalu.
Ketika ditanya berkaitan penolakan itu beliau berkata, banyak tugasan lain yang telah disandangnya termasuk Menteri Besar Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)