Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:38 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mahkamah denda Rahim Thamby Chik kes tuduh Raja Muda murtad

Posted: 19 Sep 2016 10:31 PM PDT

Peguam bekas ketua menteri Melaka itu meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya kepada negara sepanjang berada dalam kerajaan.
Rahim-ThambySHAH ALAM: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,900 atau 3 bulan penjara ke atas Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, selepas bekas ketua menteri itu mengaku bersalah menuduh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah murtad pada tahun lalu.
Rahim memutuskan untuk membayar denda.
Beliau mengaku bersalah di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung kiriman di Facebook.
Sebelum ini, pihak pendakwa diketuai Nik Suhaimi Nik Sulaiman memutuskan tidak meneruskan pendakwaan atas kesalahan sama di bawa Akta Hasutan.
Rahim, 66, turut memohon maaf kepada Raja Muda Selangor dalam kenyataan yang dibaca di mahkamah oleh peguamnya, Ahmad Al-Hadi Abdul Razak.
Peguam Rahim, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin juga meminta mahkamah mempertimbangkan jasa Rahim kepada negara sepanjang berada dalam kerajaan.
"Beliau pernah menjawat ketua menteri dan bekas timbalan menteri dalam negeri," Firoz memberitahu hakim Slamat Yahya.
Rahim mengaku tidak bersalah menerbitkan kiriman Facebook berunsur hasutan pada 25 September, 2015, mendakwa Tengku Amir Shah murtad.
Ia dinafikan Dewan diRaja Selangor yang menganggap kenyataan itu berbaur hasutan "dan mempunyai unsur-unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor".
Rahim sebelum ini sudah pun mengemukakan permohonan maaf kepada Tengku Amir Shah menerusi akaun Facebook dan Twitter.

Penyingkiran Rosmah adalah kerugian negara ampu portal pro-Umno

Posted: 19 Sep 2016 10:03 PM PDT

Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menerima anugerah 'Lead by Example' di New York pada Khamis ini berhubung program bidang pendidikan awal kanak-kanak PERMATA, cetusan ilhamnya.
Bagaimanapun, namanya dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah pada saat-saat akhir.
Dan portal pro-Umno mendakwa ini adalah sabotaj oleh mereka yang tidak mahu melihat Malaysia atau isteri Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak menerima pengkitirafan.
MyKMU.net berkata jawatankuasa panel penasihat antarabangsa terpaksa mengeluarkan PERMATA dari senarai selepas soalan dibangkitkan mengenai pembiayaannya.
Jawatankuasa itu, katanya, mereka tidak tahu mengenai sebarang salah laku tetapi pada masa yang sama, akibat kesuntukan masa dapat menyemak sumber dana PERMATA.
"Pihak media, terutama media barat cuba mengimplikasikan bahawa sumber pembiayaan PERMATA datang daripada sumber yang tidak sah walhal PERMATA sebenarnya mendapat dana daripada kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Portal itu juga membekalkan dana yang diperuntukkan kepada PERMATA sejak 2013:
2013: RM20.59 juta
2014: RM32.39 juta
2015: RM34.46 juta
2016: RM36.34 juta
Dana yang diperuntukkan, kata MyKMU adalah daripada bajet tahunan kerajaan yang digunakan untuk gaji kakitangan, perkhidmatan dan bekalan, pembelian aset atau dalam erti kata lain untuk membiayai operasi PERMATA.
Tidak benar untuk mengatakan bahawa sumber dana untuk PERMATA tidak dapat disahkan sedangkan dokumen-dokumen kerajaan berkenaan perbelanjaan dan butir-butirnya telah dibentangkan, berada di dalam domain awam dan mudah diakses," katanya.
Menurut portal itu, program PERMATA telah membawa banyak manfaat untuk kanak-kanak, remaja, kanak-kanak kurang upaya serta juga pelajar pintar.
Read More / Baca Lagi >>

Pihak berkuasa Switzerland kesal Thai enggan ekstradisi Justo

Posted: 19 Sep 2016 09:10 PM PDT

Pihak berkuasa Switzerland kesal dengan keputusan Thailand untuk tidak mengekstradisi rakyatnya yang juga adalah bekas pegawai PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.
"Jabatan Persekutuan Luar Negeri (FDFA) Switzerland ambil maklum dan kesal dengan keputusan pihak berkuasa Thai yang bertanggungjawab berhubung permohonan pemindahan itu.
"FDFA memberi keutamaan utama kepada keselamatan dan integriti warga Switzerland dan akan terus memantau kes ini dengan teliti dan aktif," kata jabatan itu, seperti dilaporkan oleh The Malay Mail Online semalam.
Walau bagaimanapun, mereka juga berkata mereka masih belum secara rasmi dimaklumkan mengenai penolakan peermohonan ektradisi daripada pihak berkuasa Thailand.
Menurut jabatan berkenaan mereka telah melakukan segala usaha untuk berunding dengan pihak berkuasa Thailand dan juga menyatakan bantahan terhadap tindakan Thailand baru-baru ini.
"FDFA mengambil langkah-langkah di pelbagai peringkat sebelum keputusan itu," kata mereka.
Sebelum ini, Menteri Keadilan Thailand, Jeneral Paiboon Koomchaya berkata keputusan mereka mengenai Justo dibuat "mengikut undang-undang Thai".
Beliau juga berkata bahawa mengikut undang-undang negara itu, sesiapa yang memohon untuk memindahkan baki hukuman penjara mesti mempunyai baki "tidak kurang daripada satu tahun" dalam hukuman penjaranya.
Read More / Baca Lagi >>

HERO UMNO: PORTFOLIO BARU BAGI NAZRI – MENGHINA & MENGHENTAM DR M?

Posted: 19 Sep 2016 08:00 PM PDT

Sekali lagi Nazri Aziz berteriak, "Apa lagi Tun M mahu….?"
Nazri Aziz adalah seorang menteri yang sungguh tak sesuai memegang jawatan itu kerana dia seringkali mengeluarkan kenyataan yang memalukan. Menghina orang lain dengan menggunakan kata-kata kesat adalah "trademark" dia.
Tidak ada menteri di dunia maju yang melakukan apa yang dilakukan oleh beliau. Kerajaan lain akan merasa malu dan tidak menjadi popular kerana rakyat akan marah dengan telatah menteri yang sedemikian. Saya tahu rakyat Malaysia ini ada lagi yang bangga dengan sikap pemimpin seperti Nazri Aziz, Ali Tinju dan Jamal Md Yunos dan Tan Keng Liang, lalu mereka terus dengan cara mereka yang luar biasa itu.
Ini akan berubah tidak lama lagi. Setiap kumpulan manusia akan berubah dari sikap primitif dan "barbaric" ke arah satu budaya tamadun dan bersopan. Ia memakan masa. Manusia tidak akan kekal bodoh dan sombong. Dengan pelajaran dan perubahan dunia mereka akan menjadi lebih "civil", bertanggungjawab dan menghormati orang ramai.
Menghentam dan menghina Tun Mahathir telah menjadi portfolio baru bagi Nazri Aziz. Saya masih ingat suatu masa dulu ada desas-desus bahawa satu tindakan akan diambil terhadap Nazri mengenai penglibatannya dengan permit teksi. Tun Mahathir waktu itu sudah mahu bersara, lalu beliau dikatakan menyuruh pegawai penyiasat menyerahkan perkara itu kapada PM baru iaitu Pak Lah.
Dia sudah mahu berhenti, jadi tidak elok untuk membuat apa-apa keputusan besar. Dari episod ini Nazri sepatutnya insaf dan sedar bahawa ada juga jasa Tun Mahathir kepada beliau. Kalaulah tidak kerana hal itu pun, beliau sepatutnya mesti berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana mengekalkan dia sebagai menteri begitu lama. Tapi itulah pemimpin UMNO, tidak ada langsung ingin mengenang jasa mereka yang telah banyak menolong.
Soalan yang sama sepatutnya dikemukakan oleh Nazri ialah kepada Najib. Apa lagi Najib mahu? Setelah mengambil berbilion-bilion dari 1MDB, setelah wang KWAP sebanyak RM4 bilion tak tahu ke mana, setelah ratusan juta wang SRC hilang dan sebahagiannya masuk ke akaun Najib, sepatutnya Nazri bertanya kpada Najib, "Boss, apa lagi you mahu?
Read More / Baca Lagi >>

HUBUNGAN SEMULA TUN M - ANWAR TIDAK PERLU LAGI KATA2 MAAF

Posted: 19 Sep 2016 07:38 PM PDT

Setelah bertemu dan bersalaman pada 5 September lalu selepas 18 tahun bermusuhan, Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sekali lagi membuat kejutan dengan mengeluarkan kenyataan media bersama berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Dalam kenyataan bersama satu mukasurat yang mengecam Najib Razak kerana melaksanakan Akta Majlis Keselamatan Negara itu, tandatangan Tun Mahathir dan Anwar terpampang sebelah-menyebelah di atas sehelai kertas, suatu keadaan yang tidak dijangka akan dilakukan oleh kedua-dua tokoh itu.

Dengan seorang di luar dan seorang lagi dalam penjara, kenyataan bersama beserta tandatangan masing-masing itu seperti memperlihatkan gandingan Tun Mahathir dan Anwar sedang berpadu tenaga semula, bukan saja untuk menyingkirkan Najib, tetapi juga memulihkan imej negara.

Dua langkah besar Tun Mahathir dan Anwar, bertemu serta bersalam dan kemudian mengeluarkan kenyataan secara bersama beserta saksi tandatangan masing-masing, ia seharusnya menutup sama sekali semua cerita-cerita lama penuh duka antara mereka.

Sebelum Tun Mahathir mengunjungi Anwar, bekas Ketua Pembangkang itu sudah acapkali mengatakan beliau telah lama memaafkan kesalahan bekas Perdana Menteri itu selepas pemecatannya pada 1998 dahulu.
Melalui kunjungan ke mahkamah, bertemu, bersalam dan turut mengadakan perbincangan selama 30 minit, Tun Mahathir sebenarnya sudah dianggap bermaaf-maafan dengan Anwar. Genggaman erat tangan Anwar menyambut salam Tun Mahathir juga bererti Anwar sekali lagi menunjukkan kepada umum bahawa beliau sudah memaafkan dan melupakan sejarah lalu.

Perbuatan yang ditunjukkan jauh lebih bermakna daripada ungkapan maaf yang diluahkan melalu kata-kata.

Lagi pun kedua-dua mereka,  Tun Mahathir dan Anwar adalah pemimpin hebat. Tiada duanya seperti mereka di negara kita ini. Kepentingan negara yang ada dalam jiwa mereka sentiasa mengatasi dendam peribadi. 

Semalam Anwar sekali lagi melahirkan penghargaan kepada Tun Mahathir, tidak saja kerana sokongannya berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara, tetapi juga mengenai reformasi untuk negara.
Read More / Baca Lagi >>

Bangsa Malaysia: Aspirasi dan Wawasan

Posted: 19 Sep 2016 06:54 PM PDT

Buku terbaru dari IDEBuku terbaru dari IDE
Setelah 59 tahun merdeka, kita masih bertanya apakah "bangsa Malaysia" dalam erti yang sebenarnya sudah wujud secara nyata dan tuntas? Memang ironis, tetapi demikianlah kenyataannya, selama berdekad-dekad kita hanya dapat berbicara tentang warga negara Malaysia dan tentang perpaduan kebangsaan atau integrasi nasional, tetapi masih belum dapat dengan yakin dan pasti berbicara tentang "bangsa Malaysia" sebagai suatu realiti.
Tentu ada alasannya apabila Rustam A.Sani, seorang intelektual rakyat menulis pada tahun 2006, "Political events in Malaysia during the last few years have convinced me that Malaysia is just a state without nation -or at least, a state with several competing nations". (Rustam A.Sani, 2008:59). Wawasan 2020 yang diungkapkan pada tahun 1991 meletakkan pembentukan bangsa Malaysia di puncak urutan sembilan cabaran yang harus ditangani. Hanya tinggal lapan tahun sahaja lagi untuk kita menyaksikan terlaksana atau tidaknya wawasan pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu,"…sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut".
Harus diakui, membentuk bangsa memang tidak mudah, apa lagi dalam konteks Malaysia dengankemajmukan masyarakatnya yang berpangkal dari dasar "pecah-perintah"; era penjajahan Inggeris.
Latar sejarah yang sedemikian menjadikan integrasi nasional yang dipupuk selepas kemerdekaan suatu yang sangat rapuh. Hubungan antara kaum banyak diasaskan pada politik akomodasi dan kompromi.
Bagaimanapun pendekatan ini tidak selamanya dapat dilaksanakan dengan lancar kerana politik tawar-menawar antara kaum itu selalu dilatari prasangka dan kecemburuan ras yang tebal.
Kesedaran tentang keperluan penggagasan faham berbangsa dan bernegara dalam konteks kemajmukan sebenarnya telahpun tumbuh seawal tahun-tahun 1940an lagi. Gabungan PUTERA-AMCJA dapat dirujuk sebagai wadah gerakan politik pelbagai kaum yang dengan serius menangani isu bangsa dan negara Malaya. Gerakan kerakyatan tersebut telah menghasilkan Perlembagaan Rakyat (1947), sebuah gagasan bersama yang mencerminkan kesepakatan rakyat pelbagai kaum tentang kehidupan berbangsa dan bernegara pada masa hadapan, dan sekaligus penolakan kolektif terhadap perlembagaan Malayan Union tajaan penjajah. Antara yang perlu dicatat sebagai pencapaian penting era tersebut ialah penggagasan nation of intent, bangsa Malaya seluruhnya disebut Melayu.
Petikan dari buku Pembinaan Bangsa: Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan, oleh Prof. Dato Dr. Siddiq Fadzil terbitan Institut Darul Ehsan (IDE).
Mengenai isu kebangsaan Melayu tersebut Dr.Burhanuddin al-Helmiy, pemikir dan pejuang politik yang serius, telah mengemukakan faham kebangsaan Melayu sebagai ideologi nasional, ideologi pemersatu rakyat pelbagai kaum. Sebagai ideologi nasional, faham kebangsaan Melayu dalam konteks ini tidak bersifat eksklusif, terbatas hanya untuk kelompok baka Melayu sahaja. Sebaliknya, ia bersifat inklusif, meliputi golongan bukan dari baka Melayu yang telah putus hubungan dengan kebangsaan asal. Ideologi nasional pembentuk kesatuan bangsa sebagaimana yang diungkapkan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmiy itu ternyata memiliki kekuatan idea dan kekentalan semangat yang terumus dalam lima "rukun jiwa kebangsaan " i. Ketuhanan Yang Maha Esa, ii. Kebangsaan, iii. Kedaulatan Rakyat, iv. Persaudaraan Sejagat, dan v. Keadilan Masyarakat. (Kamaruddin Jaffar, 1980:113-121).
Sayang sekali, pemikiran tentang gagasan bangsa yang terhasil dari perahan otak, kerjasama, toleransi dan tentunya juga pengorbanan pelbagai golongan rakyat pejuang kemerdekaan itu tidak sempat teraktualisasi akibat tindakan supresif penjajah yang mempunyai agenda sendiri, kepada siapa kemerdekaan akan diserahkan, dan bagaimana rupa masyarakat yang akan mereka tinggalkan.
Memang demikianlah kenyataannya, Inggeris mewariskan masyarakat pelbagai kaum korban dasar pecah-perintah yang sangat fragile, rapuh, terpisah-pisah dan terkurung dalam kepompong budaya kaum masing-masing.
Pembentukan satu bangsa terasa suatu yang masih terlalu jauh. Yang dapat dilakukan hanya sebatas mewujudkan perpaduan antara kaum yang disebut integrasi nasional melalui beberapa dasar integratif seperti Bahasa Kebangsaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan kemudiannya Rukun Negara.
Dasar-dasar tersebut pada umumnya memang memiliki kekuatan integratif yang boleh menjadi landasan proses pembinaan satu bangsa, tetapi ketegasan pelaksanaannya yang musim-musiman menjadikannya kurang berkesan. Dari semasa ke semasa sikap dan perilaku racist atau perkauman sempit terus menggejala dan akhirnya memuncak pada peristiwa tragik 13 Mei 1969.
Pembinaan bangsa dalam konteks Malaysia harus berasaskan formula kepelbagaian dalam kesatuan. Kita harus dapat bersikap positif, melihat dan menerima kepelbagaian kaum, agama dan budaya bukan sebagai sumber konflik, sebaliknya sebagai aset kekuatan, kekayaan, kreativiti dan dinamika kemajuan.
Bangsa tidak dapat dibina menerusi formula melting pot atau kawah besar peleburan. Tidak ada golongan yang rela jati dirinya dilebur. Kebinekaan atau keragaman budaya tidak menjadi masalah, andainya ia diletakkan dalam bingkai keekaan atau kesatuan. Formula kepelbagaian dalam kesatuan adalah selaras dan serasi dengan fitrah dan sunnatulLah. Tema inilah yang dihuraikan dengan cukup menarik oleh Dr.Muhammad `Imarah dalam bukunya, al-Islam wa al-Ta`addudiyyah: al-Ikhtilaf wa al-Tanawwu` fiItar al-Wihdah (Islam dan Pluralisme: Perbezaan dan Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan).
Segala kewujudan yang kita saksikan pada alam dan kehidupan semuanya memancarkan hakikat kepelbagaian dalam kesatuan -- keesaan Pencipta dengan kepelbagaian makhluk ciptaan-Nya; kesatuan keinsanan dengan kepelbagaian bangsa, warna dan bahasanya; kesatuan agama Allah dengan kepelbagaian syari`atnya; kesatuan syari`at dengan kepelbagaian fiqh, mazhab dan ijtihadnya.
Fitrah sunnatuLlah berupa kepelbagaian dalam bingkai kesatuan itulah yang diaplikasikan oleh Rasulullah s.`a.w. dalam pembinaan ummah negara Madinah sebagaimana yang tercermin dalam perlembagaan ulung Sahifah Madinah sebuah perlembagaan yang dilatari kepelbagaian kabilah, agama dan budaya warganya. Lewat Sahifah tersebut Rasulullah s.`a.w.  telah membentuk ummah:ummah diniyyah (umat keagamaan) dan ummah siyasiyyah (umat politik).Ummah diniyyah bersifat eksklusif dan terbatas hanya untuk kaum Muslimin (annahum ummatun wahidatun min dunin-nas), sementara ummah siyasiyyah bersifat inklusif meliputi kaum Muslimin dan orang Yahudi (wa anna Yahuda Bani `Awfummatun ma`aminin). Kata kunci dalam ungkapan pembentukan ummah politik ini ialah kata ma`a (bersama) iaitu orang Yahudi bersama kaum Muslimin membentuk satu umat (umat Madinah). Ungkapan ma`a al-Muslimin (bersama kaum Muslimin), bukan min al-Muslimin (sebahagian daripada kaum Muslimin), bererti bahawa masyarakat Yahudi tidak menjadi bahagian daripada umat (keagamaan) Islam, tetapi menjadi bahagian daripada umat (politik) Madinah bersama dengan umat Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan raya kampus UM 2016: Politik baru mahasiswa

Posted: 19 Sep 2016 06:53 PM PDT

Pilihan raya Kampus ini merupakan salah satu titik tolak ke arah menghidupkan fungsi sebenar universitiPilihan raya Kampus ini merupakan salah satu titik tolak ke arah menghidupkan fungsi sebenar universiti
Hari ini, 19 September 2016 merupakan hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya (PRKUM) bagi pemilihan kepimpinan mahasiswa sesi 2016/2017. Uniknya PRKUM pada kali ini adalah dari segi politik baru yang dibentuk oleh mahasiswa, iaitu konsep multi-parti berbanding tahun-tahun sebelumnya yang menyaksikan persaingan dwi parti sahaja.
Sebagai salah seorang mahasiswa yang melibatkan diri secara aktif dalam Pilihanraya Kampus UM pada kali ini, saya melihat bahawa kepelbagaian yang dicorak melalui 5 parti mahasiswa ini adalah satu bentuk persaingan yang sihat dan mewajahkan lanskap politik kampus yang lebih dinamik.
Dalam persaingan 5 parti mahasiswa yang mewarnai PRKUM pada kali ini, Angkatan Mahasiswa merupakan satu-satunya parti yang muncul mengangkat nilai-nilai teras universiti. Agenda utama yang dibawa antaranya adalah penyatuan mahasiswa melalui pengamalan 10 nilai teras universiti iaitu :
1. Integriti
2. Hormat
3. Kebebasan akademik
4. Berfikiran terbuka
5. Kebertanggungjawaban
6. Profesionalisme
7. Meritokrasi
8. Semangat Kerja Berpasukan
9. Kreativiti
10. Tanggungjawab Sosial
Mahasiswa harus sedar bahawa mereka adalah 'stakeholder' atau warga terbesar dan terpenting bagi sesebuah universiti. Tanpa mahasiswa, tiadalah universiti. Oleh itu, mahasiswa punyai hak untuk mengangkat suara mereka serta memastikan tiada pihak yang boleh menindas hak mahasiswa sewenangnya.
Seterusnya, Angkatan Mahasiswa punyai visi untuk menyemai kesedaran dan tanggungjawab sosial melalui pendidikan politik kepada mahasiswa agar mahasiswa berpandangan jauh dalam memainkan peranan mereka sebagai penuntut ilmu yang bukan sahaja memajukan diri sendiri, bahkan mampu berbakti kepada masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

Persempadanan pilihan raya berniat jahat, selar Pemuda Amanah

Posted: 19 Sep 2016 06:52 PM PDT

Faiz Fadzil berkata syor ini bercanggah dengan inti pati utama Perlembagaan PersekutuanFaiz Fadzil berkata syor ini bercanggah dengan inti pati utama Perlembagaan Persekutuan
Pemuda Amanah Nasional menyifatkan syor persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tertumpu kepada kerusi-kerusi disandang parti pembangkang adalah tindakan berniat jahat (mala fide).
Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, hal ini kerana prinsip yang digariskan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan hanya mengkehendaki faktor kewujudan kesulitan kepada pemilih dan pentadbiran dalam sesuatu bahagian pilihanraya diambil kira bagi tujuan tersebut.
"Syor persempadanan semula oleh SPR bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Dalam konteks pembangunan dan kemudahan pengangkutan yang wujud pada hari ini, tiada sebarang kesulitan timbul dalam pilihan raya lalu yang mewajarkan untuk persempadanan semula," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kebanyakan kerusi campuran dikecilkan sehingga wujudnya peningkatan jumlah kerusi sama ada majoriti kaum Melayu atau bukan Melayu jika dilihat pada syor persempadanan semula yang diumumkan, 15 September lalu.
"Syor ini bercanggah dengan inti pati utama Perlembagaan Persekutuan yang merupakan kontrak sosial antara kaum dalam negara ini.
"Sebarang proses persempadanan bahagian pilihan raya tidak harus membentuk lokaliti perkauman bagi setiap bahagian pilihanraya," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Hayatilah Konsep Rukun Negara

Posted: 19 Sep 2016 06:52 PM PDT


Saya selaku rakyat Malaysia yang berpegang kepada Rukun Negara kita, ingin mengingatkan kembali Rukun Negara kita yang ke-lima: Kesopanan dan Kesusilaan.
rencana_hayatirukunnegaraPada bulan ini sahaja,kita sudah melihat kebiadaban ISMA mencetuskan sentimen perkauman lalu menyerang secara peribadi kepada DAP dan Jeff Ooi yang dikatakan mencetuskan amarah orang ramai yang beragama Islam. Belum lagi dikisahkan mengenai kematian mendiang Karpal Singh yang disindir oleh Zulkifli Nordin dan orang Islam sendiri kebanyakan meraikan. Bukankah ini perbuatan yang tidak ada sopan?
Bukan sahaja perkataan yang mengguris hati orang ramai,tapi perbuatan itu sendiri juga boleh menjadi dendam kepada segelintir masyarakat. Belum lagi menyentuh perkataan kurang ajar/berlaku biadap ketika netizen Malaysia apabila menyentuh sesuatu isu politik dalam negara tercinta ini.Betapa hipokritnya kita mengangkat ikrar kononnya berjiwa Malaysia tetapi tidak menghayati untuk mencapai keharmonian dalam negara bermasyarakat majmuk ini.Maka, jelaslah, kita sebagai rakyat Malaysia, kebanyakan masih tidak memahami konsep rukun negara yang kelima ini.
Walaupun rukun negara ini diletakkan sebagai pengakhiran,tapi ini adalah satu simbolik besar bagi kita semua. Rukun Negara yang kelima ini menyatakan bahawa sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Namun,apakah yang mengecewakan saya ialah apabila individu hilang rasa sopan kerana pertentangan ideologi politik dan perkauman. Rukun Negara ini dihasilkan untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum dan agama. Persaingan yang sihat,maksud saya, perdebatan idea tanpa berhujah yang mengeluarkan perkataan kesat kepada pihak lawan. Bagaimana kita mahu mencapai Wawasan 2020 sekiranya kita tidak bertoleransi antara perbezaan idea,kaum dan agama?Kita seharusnya peka dengan sensitiviti yang berada di sekeliling kita selagi tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Asal usul Malaysia: Menyatu dan menggembleng, bukan memecah dan mengasing

Posted: 19 Sep 2016 06:51 PM PDT

Tanggal 16 bulan September 1963, Tunku Abdul Rahman Putra telah mengisytihar dan memasyhurkan bahawasanya Malaysia akan "kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini".
sabah_sarawak_malaysia_600Ia menjadi titik tanda penyatuan di antara empat wilayah berdaulat. Pada tarikh ini 53 tahun lalu, Borneo Utara, Sarawak, Singapura dan Malaya yang baru merdeka daripada taklukan penjajah; rakyatnya serta pemimpin nya telah mempersetujui sesuatu persekutuan yang cukup beraspirasi.
Ada yang menyifatkan agenda tunggal nenek moyang kita yang berbilang keturunan, dalam memperjuangkan pertubuhan Malaysia merupakan agenda melawan penjajah dan komunis dan ancaman-ancaman yang sejajar dengan zaman. Bagi saya, itu sesuatu yang tidak tepat, walaupun kuasa penjajah dan gerakan komunis pada waktu itu sememangnya dinyahkan.
Secara sejarahnya, perjuangan dan usaha menubuhkan Malaysia, adalah berdasarkan gabungan beberapa 'States' (wilayah yang berpemerintahan derdaulat) dan beberapa 'Nations' (bangsa yang berkongsi ruang geo-politik dan impian sosio-ekonomi walaupun berbilang keturunan).
Oleh demikian, Malaysia adalah suatu negara bangsa (Nation state) yang diwujudkan demi penyatuan dan penggemblengan keseluruhan warganya dari semua keturunan, agama dan kelas sosio-ekonomi; demi satu impian kebangsaan yang sama, melalui kebebasan, keadilan, solidariti and kesaksamaan.
Read More / Baca Lagi >>

Perkara Yang Tidak Gembirakan Kabinet Najib

Posted: 19 Sep 2016 06:48 PM PDT

Oleh Haikal Hakimi
Pendedahan Menteri Kewangan ke11 Datuk Ahmad Husni mengenai sebab sebenar beliau meletakan jawatan tepat dan wajar pada pandangan rakyat dan memberi kesan yang sangat buruk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Husni tidak terus menjatuhkan hukuman bahwa kes 1MDB itu satu jenayah kerana beliau tidaklah berada di posisi membolehkan beliau mengetahui hasil siasatan pihak berkuasa mengenai kes tersebut. Jadi mana mungkin Husni boleh mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan kapasitinya selaku bekas Menteri Kewangan. Cuma apa yang diluahkan Husni sebenarnya sedikit sebanyak telah membuka pekong Najib. Dengan pengunduran beliau yang sebelum itu Wahid Omar, secara tidak langsung menggambarkan adanya sesuatu perkara yang tidak menggembirakan dalam Kabinet Najib selama ini. Taraf Najib sebagai seorang "suspect" semakin tinggi.
Rakyat di lapangan sedang merasai keadaan sebenar dari kekalutan ekonomi dan politik terutama para kontraktor yang mencari peluang baru dan juga usahawan-usahawan yang menunggu bayaran dan ahli-ahli perniagaan yang merasai kesan dari tertutup peluang-peluang baru dan sebagainya kerana peruntukan yang terhad dan dibataskan.Pelajar-pelajar juga merasakan sakitnya.
Rakyat mempunyai keyakinan bahawa kestabilan negara akan dapat dipulihkan hanya apabila Najib dan Rosmah berundur.Pemulihan tidak mungkin berlaku dengan serta merta kerana kerosakan yang berlaku terutama yang menjejaskan maruah, integriti dan keyakinan di dalam dan luar negara sangat teruk tetapi rakyat tetap percaya ada kebaikan kepada negara jika Najib berundur.
Maruah negara tidak akan pulih hanya semata-mata kerana media tempatan membesar-besarkan Rosmah dianugerah "Lead By Example" daripada UNESCO kerana dalam negara cerita buruknya lebih banyak dari cerita baiknya.

Permintaan Justo pulang ke Switzerland ditolak

Posted: 19 Sep 2016 06:44 PM PDT

Menteri kehakiman Thailand berkata permintaan Justo untuk menghabiskan hukuman penjara di negara asalnya dinafikan selaras dengan undang-undang Thailand.

BANGKOK: Keputusan menolak permintaan bekas pekerja PetroSaudi International, Andre Xavier Justo, untuk menjalani baki hukuman penjara di negaranya Switzerland, adalah 'selaras dengan undang-undang Thai'.
Menteri Kehakiman Thailand, Jen Paiboon Koomchaya berkata di bawah undang-undang negara itu, seseorang yang memohon dipindahkan bagi menjalani baki tempoh hukuman penjaranya, mestilah mempunyai "tidak kurang setahun baki" tempoh hukumannya.
"Tetapi baki penggal penjara banduan ini (Justo) ialah 9 bulan, yang tidak memenuhi syarat undang-undang perjanjian pemindahan (banduan).
"Keputusan Jabatan Koreksional adalah selaras dengan perjalanan undang-undang," katanya.
Paiboon menafikan dakwaan portal berita 'Sarawak Report' dan sebuah akhbar Switzerland 'Le Temps' kononnya Bangkok membuat keputusan itu kerana tekanan pihak luar.
"Bagaimana sebuah negara lain boleh campur tangan dalam urusan dalam negeri kami. Hakikatnya ialah beliau (Justo) tinggal 9 bulan lagi hukuman penjaranya," kata menteri itu.
Justo mengaku bersalah pada 17 Ogos tahun lepas cuba mengugut PetroSaudi International, yang mempunyai urusan dengan 1Malaysia Development Berhad.
Mahkamah itu memerintahkan hukuman penjara bermula pada 22 Jun, hari Justo ditangkap di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thai yang membawa hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun dan denda antara 2,000 baht (RM222) dan 20,000 baht (RM2,223).

Apa Persamaan TV3suku dan Umno ??!!

Posted: 19 Sep 2016 06:41 PM PDT



Hadi sebenarnya cemburu pada AMANAH – Salahuddin Ayub

Posted: 19 Sep 2016 06:40 PM PDT

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan 'melutut' kepadanya suatu hari nanti hanya kerana sebab cemburu.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata Hadi sebenarnya cemburu dengan kejayaan parti itu dalam tempoh yang singkat tidak seperti parti serpihan PAS yang lain seperti HAMIM dan BERJASA.
"Bagi saya ucapan itu lahir daripada ucapan cemburu melihat kejayaan AMANAH dalam tempoh yang singkat telah berjaya membuktikan bahawa dia bukan parti seperti HAMIM dan BERJASA.
"Jadi harapan (Hadi) untuk lihat AMANAH ini parti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) HAMIM dan BERJASA itu tidak kesampaian.
"Sebaliknya AMANAH hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam Hadi berkata bahawa beliau yakin AMANAH akan 'melutut' suatu hari nanti dan mengiktiraf kekuatan parti Islam itu di persada politik negara.
Menurut Abdul Hadi, parti-parti lain yang menjadi sekutu AMANAH pula terpaksa bergantung pada PAS untuk meraih sokongan rakyat memandangkan komitmen yang tinggi anggota partinya.
Justeru, Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, dakwaan ribuan ahli PAS Kelantan yang menyertai AMANAH dilihat hanya sebagai 'cakap sokong yang tidak berpijak di bumi nyata'.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata tindakan tidak mahu melutut kepada PAS menyebabkan tertubuhnya AMANAH.
"Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan AMANAH.
"Kalau nak melutut duduk dalam PAS sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja," katanya.
Hadi mengeluarkan kenyataan itu dalam Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355' di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan.
Dalam Majlis Perisytiharan Keluar PAS dan Masuk AMANAH di Salor yang diadakan serentak dengan Program Munajat Perdana itu, kepimpinan AMANAH mendakwa menerima lebih 1,500 keahlian baru daripada penyokong PAS di negeri berkenaan.
AMANAH ditubuhkan selepas sebahagian pemimpin PAS tidak berpuas hati dengan Hadi sehingga dituduh menyebabkan kematian Pakatan Rakyat.

"Saya dah lama maafkan semua orang," kata Anwar

Posted: 19 Sep 2016 05:52 AM PDT

INI MEMANG GILER!! Najib JUAL Tanah Kem Tentera Udara Sungai Besi,Kini Milik CHINA

Posted: 19 Sep 2016 05:51 AM PDT

AWAS SEMUA!! Najib dan Malaysia Sedang DIPERHATIKAN Kuasa-Kuasa Besar Dunia

Posted: 19 Sep 2016 05:50 AM PDT

1MDB bukan masalah besar ??

Posted: 19 Sep 2016 05:05 AM PDT

Hutang 1MDB masih RM50 bilion..
BUKAN MASALAH BESAR??

Sampai tergadai aset2 negara kpd Komunis-China..
BUKAN MASALAH BESAR??

Nama Malaysia dah busuk ke serata dunia angkara skandal 1MDB..
BUKAN MASALAH BESAR??

Duit 1MDB diperguna utk bayar hutang judi LAS VEGAS US$11 juta..
BUKAN MASALAH BESAR??

Negara dipimpin oleh penyangak & perompak 'berlesen'..
BUKAN MASALAH BESAR??

ALANGKAH LEBIH BAIK Ahmad Maslan kurang berkata, kerana asal aja kluar dari mulut beliau PASTI BAU BODOH !!!

Kena Tarik Balik....!!!

Posted: 19 Sep 2016 05:03 AM PDT

Harap maklonggg.. anugerah yang didakwa dari UNESCO adalah kesilapan tak disengajakan.. sebenarnya dari JAYAJUSCO..

ANUGERAH DITARIK BALIK, PENJELASAN ROSMAH AMAT2 DIPERLUKAN

Posted: 19 Sep 2016 04:56 AM PDT

Berikut adalah petikan berita yang disiarkan secara meluas pada 17 September 2016 yang lalu:-

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah "Lead By Example" oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Unesco.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Unesco Malaysia, Alias Ahmad berkata, anugerah itu diberikan  atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah program Permata.

"Pengiktirafan ini sekaligus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, anugerah  sempena Persidangan Agung ke 71 PBB itu julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan manusia sejagat.

Kata kenyataan itu lagi, anugerah akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-Wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 September ini di Muzium Keseniaan Metropolitan, New York.

Bagaimanapun, laporan New York Times hari ini  menyebut bahawa Unesco mengumumkan penarikan balik gelaran yang sepatutnya diberikan kepada Rosmah itu.

Punca ia ditarik balik ialah berkaitan dana Permata yang didakwa meragukan dan walaupun pihak penganjur tidak menyedari wujud sebarang salah laku, mereka juga tidak cukup masa untuk membuat pemeriksaan.

Penarikan balik gelaran itu tentu saja mengecewakan Rosmah yang mungkin sudah bersiap-siap untuk berlepas ke New York, walaupun Najib tidak hadir ke persidangan PBB kali ini dan mewakilkan Zahid Hamidi mengetuai delegasi Malaysia.
Persoalannya, mengapa dana Permata tiba-tiba diragui?

Apakah keraguan mengenai dana Permata itu ada kaitan juga dengan wang 1MDB yang dilaporkan hilang selama ini?
Read More / Baca Lagi >>

Umno pun ‘tak puas hati’ persempadanan semula kawasan, kata Noh

Posted: 19 Sep 2016 04:41 AM PDT

Katanya, ini kerana ia dijangka mengurangkan jumlah pengundi Melayu di beberapa kawasan dulunya majoriti pengundi Melayu yang tinggi di Selangor.
noh-omar
PUTRAJAYA: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar menyelar sikap pembangkang kerana tidak memahami proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, selain asyik menyalahkan kerajaan berhubung perkara itu.
Beliau berkata usul persempadanan semula dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu turut menyebabkan Umno tidak berpuas hati kerana ia dijangka mengurangkan jumlah pengundi Melayu di beberapa kawasan dulunya mempunyai majoriti pengundi Melayu yang tinggi di Selangor.
"Contohnya di Ampang, kalau dulu, satu kerusi Parlimen dan 2 Dewan Undangan Negeri (Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa), ketiga-tiga Umno bertanding.
"Tapi dengan persempadanan baharu ini, saya rasa Umno mungkin tidak dapat 3 kerusi itu di Ampang," katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat pembangkang mengadakan pilihan raya di Selangor berikutan usul persempadanan itu.
Noh, yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Kepada Presiden Tribunal baharu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) di kementeriannya di sini, hari ini.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini, memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.
Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan 1 kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang.
Read More / Baca Lagi >>

Persempadanan semula tidak berperlembagaan, berat sebelah

Posted: 19 Sep 2016 03:48 AM PDT


Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin AbdullahKetua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah
Pakatan Harapan menyifatkan persempadanan semula kawasan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berperlembagaan dan berat sebelah.
"Kami pandang berat, kesal dan mengutuk langkah persempadanan semula yang dilakukan SPR pada anggapan kami tak berperlembagaan dan berat sebelah," tegas Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.
Menurutnya syor persempadanan semula yang mulai dipamerkan SPR selama sebulan sejak 15 September lalu hanya menguntungkan BN seperti terbukti pada sejarah pilihan raya sebelum ini.
"Ia juga akan untungkan BN. Sejarah pilihan raya, setiap kali selepas persempadanan semula, BN menang dengan lebih baik," jelasnya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir, Anwar Sepakat Tolak Akta MKN

Posted: 19 Sep 2016 03:34 AM PDT

Mahathir tidak yakin kemampuan Muhyiddin raih sokongan untuk PPBM - Lokman Adam

Posted: 19 Sep 2016 03:32 AM PDT

Peguam Jenayah: Tiada peruntukan undang-undang membolehkan Anwar ditahan di rumah

Posted: 19 Sep 2016 02:42 AM PDT

Peguam jenayah menolak kemungkinan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dikenakan tahanan rumah.
Baljit-SidhuPETALING JAYA: Tiada undang-undang di Malaysia yang membenarkan pesalah diletakkan di bawah tahanan rumah, kata seorang peguam jenayah.
"Tidak ada peruntukan seperti itu sama ada dalam Kanun Prosedur Jenayah atau Akta Penjara yang membenarkan seseorang pesalah menjalani hukuman penjara di rumah," kata Baljit Sidhu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas satu laporan dalam majalah Weekend Australian yang menyatakan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon untuk tahanan rumah jika usaha mengetepikan sabitan kesalahan liwat terhadap bekas ketua pembangkang itu tidak berjaya.
Peguam Amerika Syarikat, Kimberly Motley dipetik sebagai berkata peguam Anwar akan sekali lagi membangkitkan isu kekurangan bukti DNA dan keterangan Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten, dalam permohonan semakan pada 12 Oktober.
Baljit, yang juga pensyarah undang-undang berkata tahanan rumah hanya diperuntukkan di AS dan negara Komanwel lain seperti Australia dan Pakistan.
"Di Malaysia, mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah undang-undang dan habis semua proses rayuan perlu menjalani hukuman di penjara," katanya.
Baljit berkata seingat beliau hanya ada 1 kes membabitkan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikenakan tahanan rumah tetapi secara bersyarat.
Katanya, kes tahanan ISA itu perlu dibezakan dengan banduan yang disabitkan bersalah.
"Pesalah itu ditahan tanpa dibicarakan dan menteri dalam negeri mempunyai budi bicara untuk memerintahkan tahanan di rumah," katanya.
Awal tahun ini, kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) juga mendesak supaya Anwar diberikan tahanan rumah bagi membolehkan beliau menerima rawatan perubatan yang tidak ada di penjara.
Dalam satu kenyataan sempena setahun sabitan dan hukuman penjara terhadap Anwar, Pengarah Eksekutif LFL Eric Paulsen berkata pemenjaraan Anwar sangat menjejaskan reputasi Malaysia.
Pemimpin PKR itu pada masa ini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di penjara Sungai Buloh kerana meliwat Saiful yang juga bekas pembantunya pada 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)