Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:09 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Amanah tidak akan melutut, tolak politik siku dan lutut

Posted: 18 Sep 2016 10:03 PM PDT

Shazni Munir Shazni Munir Pemuda Amanah Nasional menyifatkan mereka tidak akan mudah melutut atau berputus asa dalam memposisikan parti itu sebagai wadah perjuangan Islam di negara ini.
Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Amanah dalam konteks lebih besar berjuang dengan visi untuk merealisasikan konsep Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin.
Mengulas dakwaan kononnya Amanah akan melutut mengiktiraf kekuatan Pas seperti disebutkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau berkata, kenyataan itu tidak berfaedah kepada rakyat.
"Apa manfaatnya kepada rakyat dengan kata-kata angkuh begitu?
"Sejujurnya kita ingin katakan bahawa tugas kita jauh lebih besar daripada melayan 'ahli nujum politik' seperti itu," tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Menurutnya, kenyataan berbaur bongkak itu juga secara tidak langsung menggambarkan hilangnya iltizam politik dalam membantu agenda perubahan yang lebih sejahtera kepada rakyat.
"Dengarlah suara perubahan yang diingini rakyat. Bukan dengan lontaran kasar yang akhirnya mengundang jelik anak muda kepada politik Islam," ujarnya.
Mengulas lanjut ulang tahun pertama penubuhan Amanah pada bulan ini, Shazni berkata, parti itu sama sekali tidak mengamalkan politik samseng sebaliknya sentiasa berusaha memperjuangkan hak dan keadilan segenap lapisan rakyat.
"Amanah akan sentiasa memastikan setiap langkah politik yang diambil menyantuni keseluruhan sisi hidup rakyat.
"Kita juga tidak bersikap mementingkan diri sendiri, apatah lagi ingin 'melututsikukan' mana-mana pihak," tegas Shazni lagi yang juga Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Nasional.

Persempadanan semula 2016 "paling teruk"

Posted: 18 Sep 2016 05:33 PM PDT


Garrymandaring yang asal... susun sempadan untuk kepentingan diri.Garrymandaring yang asal... susun sempadan untuk kepentingan diri.Cadangan persempadanan semula yang dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang disifatkan sebagai garrymandaring paling teruk dalam sejarah.
Garrymandering adalah satu proses penyusunan kawasan pilihan raya untuk menguntungkan sesetengah pihak atau parti dengan cara mengubahsuai kawasan sempadannya.
Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR perlu memberikan penjelasan penuh kenapa cadangan ini sangat tidak wajar dan adil kepada prinsip 'satu pengundi, satu undi, satu nilai' berbanding dengan persempadanan sebelum ini.
Dengan Damansara di Selangor dicadangkan sebagai kawasan paling besar pengundi iaitu 150,439, ia 218% lebih esar dari kota setiap parlimen iaitu 68,814 pengundi.
Selain Damansara, Kit Siang menamakan 13 super parlimen di negara ini apabila setiap satu mempunyai lebih dari 100,000 pengundi, terlalu jauh berbanding kota 68,814 pengundi secara purata setiap parlimen.


Persempadanan semula 2016 paling teruk, kata Lim Kit Siang.
Kawasan dengan jumlah pengundi paling ramai.
Damansara 150,439
Bangi 146,168
Klang 141,275
Petaling Jaya 129,363
Subang 128,330
Gelang Patah 112,081
Kota Raja 121,126
Pasir Gudang 108,156
Kota Melaka 105,067
Kuala Terengganu 101,875
Sungai Petani 101,829
Tumpat 101,318
Kapar 100,456

PKR cadang 5 perkara 'selamatkan' Malaysia

Posted: 18 Sep 2016 05:32 PM PDT

Nurul Izzah AnwarAhli Parlimen PKR, Nurul Izzah Anwar, menyeru orang ramai bersuara demi menyelamatkan masa depan negara.
Menurutnya, masyarakat perlu memastikan suara mereka didengar selain mengetahui hak-hak mereka sebagai rakyat.
"Rakyat harus tolak proses persempadanan semula oleh SPR sehingga satu suruhanjaya sempadan berasingan dan bebas ditubuhkan selaras dengan cadangan PSC mengenai Reformasi Pilihan Raya.
"Selain itu, dapatkan maklumat penempatan mengundi anda dengan segera serta failkan aduan sekiranya dipindahkan tanpa sebab," katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Nurul Izzah turut menekankan rakyat seharusnya mengambil maklum dan mempertahankan hak demokratik mereka dalam isu persempadanan semula ini.
Beliau turut mengajak orang ramai untuk menyokong petisyen mereka kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membetulkan tindakan SPR yang dianggap merupakan satu pengkhianatan buat negara.
Tambahnya lagi, Selangor dan PKR akan mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada semua pihak yang terbabit.
"Tiada siapa harus bertolak ansur dengan penipuan pilihan raya yang sistematik dan tiada kompromi akan diberikan kepada mereka yang terlibat," katanya lagi.

Tukar Najib bukan tukar empat MB, tegas netizen

Posted: 18 Sep 2016 05:31 PM PDT


Pengguna di media sosial mendesak supaya Perdana Menteri ditukarPengguna di media sosial mendesak supaya Perdana Menteri ditukar
Rata-rata pengguna di media sosial mendesak supaya Perdana Menteri ditukar.
Demikian reaksi mereka terhadap kemungkinan Najib Razak akan menukar empat Menteri Besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut Iqbal Nasir, Najib yang sepatutnya ditukar kerana membawa banyak masalah kepada rakyat manakala Shafiek Abdat menganggap rakyat lebih seronok jika Najib turut ditukar.
Sementara itu, Johari Shamsuddin menyifatkan jangkaan pertukaran menteri besar di Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan itu tidak banyak beza.
"Hanya untuk BN. Kaki balun dengan kaki bedal. Dua kali lima. Harap nak tengok BN tersingkir satu penggal saja.
"Bagi pada PH (Pakatan Harapan). Tengok macam mana punya sembang selama ni," ujar Johari lagi sambil memberitahu sudah jenuh dan meluat dengan BN hingga ke tahap maksimum.
Bagi Abd Rahim Kamarudin pula, kerajaan sedia ada juga sewajarnya ditukar tidak cukup menukar Menteri Besar sahaja.
"Tukar semua. Hapuskan rasuah, salah guna kuasa. Reformasi," tegasnya lagi.
Jangkaan Najib akan menukar empat Menteri Besar terbabit dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Star, Ahad.

Kalau nak melutut duduk dalam Pas sajalah, tegas Salahuddin

Posted: 18 Sep 2016 05:29 PM PDT

Salahuddin berkata Amanah telah berjaya dibuktikan bukan parti serpihanSalahuddin berkata Amanah telah berjaya dibuktikan bukan parti serpihan
Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan ditubuhkan jika mahu melutut pada Pas, tegas Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub.
"Kalau nak melutut duduk dalam Pas sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja.
"Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan Amanah," ujarnya mengulas dakwaan Presiden Pas, Hadi Awang kononnya Amanah akan melutut mengiktiraf kekuatan Pas.
Mengulas lanjut, Salahuddin menyifatkan Amanah telah berjaya dibuktikan bukan parti serpihan seperti Hamim dan Berjasa.
"Amanah hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat.
"Bagi saya ucapan itu lahir daripada cemburu melihat kejayaan Amanah dalam tempoh yang singkat.
"Harapan untuk lihat Amanah ini parti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) Hamim dan Berjasa itu tidak kesampaian," tambahnya lagi.
Hadi juga dilapor Mingguan Malaysia hari ini menganggap Amanah hanya 'cakap kosong yang tidak berpijak di bumi nyata' berhubung kemasukan ribuan ahli Pas Kelantan untuk menyertai Amanah.
Dalam perkembangan berkaitan, kepimpinan Amanah menyatakan menerima lebih 1,500 keahlian baru daripada penyokong Pas di Kelantan pada Majlis Perisytiharan Keluar Pas dan Masuk Amanah di Salor, Sabtu lalu.
Program Amanah itu pula kebetulan berlangsung serentak dengan Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355' di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan.

Kimberly tidak gentar Jamal mahu halau pulang ke AS

Posted: 18 Sep 2016 05:27 PM PDT

Ugutan Jamal memperlihatkan seolah Anwar tidak bersalah dan harus dibebaskan, kata peguam hak asasi itu.
jamal-kimberly
PETALING JAYA: Peguam Amerika Syarikat , Kimberly Motley tidak gentar dengan ugutan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang mahu menghalaunya pulang ke negara asal bulan depan.
Menurutnya, sepanjang kariernya sebagai peguam hak asasi manusia, ini bukanlah kali pertama beliau menerima ugutan dan kecaman seperti yang dilakukan Jamal.
"Anwar adalah seorang tahanan politik dan seharusnya dibebaskan. Saya menghormati hak bersuara dan Jamal mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan saya.
"Saya juga mempunyai hak kebebasan bersuara dan menjadi hak saya untuk tidak mendengar ancaman Jamal dan sesiapa lagi yang mengarut," katanya kepada FMT menerusi kirimin e-mel.
Kimberley sebelum ini merupakan satu-satunya peguam wanita warga asing berkhidmat di Afghanistan, negara konflik yang terkenal dengan pemakaian burqa dan layanan buruk terhadap wanita.
Pada 15 September lepas Jamal menggesa orang ramai supaya hadir di Mahkamah Persekutuan bulan depan untuk menghalau Kimberly yang terbabit dalam usaha bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon semakan kehakiman ke atas pensabitannya.
Anwar sekarang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas dakwaan salahlaku seks. Pendengaran ditetapkan 12 Oktober.
"Tindakan Jamal itu menunjukkan bahawa Anwar tidak bersalah dan seharusnya dibebaskan," kata Kimberley.
"Saya percaya tindakan Jamal cuba menafikan hak peguam Anwar sepatutnya membimbangkan seluruh rakyat Malaysia dan dunia yang menghargai nilai kebenaran dan keadilan.
"Malah tingkah laku Jamal menghalang Anwar mendapatkan haknya menunjukkan karakter dan kekurangan dalam dirinya, terutamanya dalam isu keadilan."
Kimberly menasihatkan Jamal, sebagai seorang pemimpin tempatan, supaya menunjukkan contoh untuk diikuti rakyat Malaysia. Katanya Jamal perlu menunjukkan minat untuk menghargai undang-undang dan keadilan.
Read More / Baca Lagi >>

Semakan Kehakiman: Jika gagal, peguam usaha Anwar diletak tahanan rumah

Posted: 18 Sep 2016 05:25 PM PDT

Pasukan peguam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berusaha mengurangkan hukuman kepada tahanan rumah jika gagal mendapatkan pembebasannya selepas permohonan semakan kehakiman bulan depan.
"Sudah tentu kita mahu beliau dibebaskan dan cuba mendapatkan pembebasannya. Jika ia tidak berfungsi, kami akan cuba untuk tahanan rumah yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia," kata peguam Anwar, Kimberley Motley kepada The Australian.
Pasukan Anwar akan mengetengahkan kekurangan bukti DNA dan keterangannya liwat yang tidak konsisten oleh penuduh Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam rayuan pada 12 Oktober, kata Motley yang dilantik bulan ini.
Motley yang menemui Anwar minggu lalu walaupun mendapat rintangan pada awalnya berkata berkata Anwar adalah "jelas bersedia untuk (permohonan semakan kehakiman) tetapi dia tidak menjangkakan kemenangan".
"Setiap langkah adalah perjuangan. Ada banyak gangguan berlaku,"beliau dilaporkan berkata.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos minggu lalu mengancam untuk mengadakan demonstrasi terhadap peguam Amerika itu di Mahkamah Persekutuan pada 12 Oktober depan.
Ini berikutan gesaan Motley agar orang ramai menghadiri permohonan semakan kehakiman berkenaan.
Peguam Anwar, Latheefa Koya mengutuk "ancaman" Jamal sebagai satu percubaan untuk "campur tangan" dalam proses kehakiman.
Anwar melantik Motley, seorang peguam hak asasi manusia terkenal untuk membantu dalam beberapa kes termasuk permohonan semakan kehakiman beliau pada Februari 2015 berhubung sabitan liwat.
Bekas pemimpin pembangkang itu sentiasa mengekalkan bahawa pertuduhan liwat, termasuk yang pertama terhadapnya pada tahun 1999 direka oleh pesaing politiknya.
Bagaimanapun, kerajaan menafikan perkara itu dan Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun.

"Najib curi 2.6 Billion Duit Rakyat, Tun Mahathir curi Hati Rakyat" ~ Ainina

Posted: 18 Sep 2016 05:21 PM PDT

Kami tak mahu melutut pada PAS sebab itu tubuh Amanah - Salahuddin Ayub

Posted: 18 Sep 2016 05:19 PM PDT

AWAS!! Jika Negara Ramai ULAMA PENGAMPU,Siap Sedialah Saat Kehancuran Negara

Posted: 18 Sep 2016 05:19 PM PDT

RAMAI TAK SEDAR!! Sistem Pendidikan Negara Hanya Melahirkan Ramai KULI Dan HAMBA PTPTN

Posted: 18 Sep 2016 05:35 AM PDT

Kumpulan Deklarasi Rakyat mahu mengadap Raja-raja Melayu

Posted: 18 Sep 2016 04:54 AM PDT

Kumpulan Deklarasi Rakyat akan menghantar petisyen kepada Majlis Raja-raja dalam usaha menuntut pembaharuan, termasuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata petisyen tersebut adalah petisyen sama diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini dan akan disampaikan melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu.
"Selain itu, usaha juga akan dibuat untuk menghadap mana-mana Raja Melayu yang sanggup berjumpa dengan wakil Deklarasi Rakyat," katanya selepas menghadiri mesyuarat Deklarasi Rakyat di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan hari ini.
Menurut Kadir, mesyuarat itu adalah taklimat kepada kumpulan itu mengenai pertemuan Mahathir dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah.
Mahathir menyerahkan petisyen yang didakwa ditandatangani lebih sejuta rakyat Malaysia kepada Agong di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 15 September lalu.
Kadir berkata mesyuarat itu turut menyentuh mengenai titah Raja-raja Melayu pada 6 Oktober tahun lalu yang mahukan kerajaan menyelesaikan siasatan berkaitan 1MDB.
Ia termasuk gesaan pada 17 Februari agar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat beberapa pindaan ke atas Akta Majlis Keselamatan Negara.
Akta berkenaan yang dikatakan akan menghakis kuasa Agong diluluskan pada 4 Ogos tanpa persetujuan baginda.
"Mesyuarat berpendapat kerajaan telah mengingkari dan tidak mempedulikan titah Raja-raja mengenai 1MDB dan Akta MKN," kata Kadir.
Terdahulu penulis blog Raja Petra mendakwa Mahathir tidak dapat meyakinkan Agong mengenai kesahihan kesemua 1.4 juta tandatangan dalam petisyen Deklarasi Rakyat bagi menggesa perdana menteri meletak jawatan.
Read More / Baca Lagi >>

Persempadanan Bantu BN Tawan Kerusi Tewas

Posted: 18 Sep 2016 04:51 AM PDT

"Rakyat Akan Hancur Menderita Angkara Najib"

Posted: 18 Sep 2016 04:11 AM PDT

PRU14 bakal menyaksikan samada Teori RAHMAN menjadi kenyataan atau sebaliknya..

ITULAH NAJIB, UMNO & Munafik Berpisah Tiada !!!

Posted: 18 Sep 2016 04:09 AM PDT

Bila berada di luar negara di hadapan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-12 di Jakarta harini punyalah gebang saran tolak ejen kuasa asing..

TETAPI hakikatnya KERAjaan di bawahnya sendiri bayar RM76.8 juta kpd ejen APCO-yahudi tak kesah pula..

Sukar tafsir pendirian Pas - Prof Dr Nasrudin

Posted: 18 Sep 2016 03:40 AM PDT

Pas
Pembangkang perlu mengetepikan kepentingan parti masing-masing buat sementara waktu jika mereka mahu membentuk semula kesepakatan bagi melawan BN pada PRU akan datang.
Penganalisis politik, , Prof Dr Nasrudin Mohammed, bagaimanapun, menjangkakan kesepakatan itu sukar diwujudkan semula hanya disebabkan Pas.
"Saya melihat susah untuk menentukan dan mentafsir pendirian Pas buat masa sekarang kerana kadang-kala kita nampak mereka cenderung bersama BN, sudi bertolak-ansur dengan rakan pembangkang lain dan ada masanya memilih untuk bersendirian.
"Tapi saya percaya jika pembangkang tumpu kepada usaha menjatuhkan BN dan ketepikan idealisme perjuangan mereka dan masalah dalaman lain, ia boleh memberi keuntungan kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis dalam Umno sendiri," katanya kepada Sinar Harian.
Nasruddin yang juga Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan berkata demikian ketika diminta mengulas usaha menemukan semua parti pembangkang di meja rundingan untuk memperhalusi kerjasama dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.
Jumaat lalu, Setiausaha Kerja Eksekutif Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata kepada Sinar Harian,  bahawa satu perjumpaan akan diatur bagi memastikan rundingan secara rasmi mengenai strategi tersebut dicapai antara parti-parti pembangkang termasuk Pas.
Mengenai soal pembahagian kerusi dan pemilihan calon pula, Nasrudin berkata, ia bukan satu isu besar yang perlu dibimbangkan kerana masalah itu juga turut berlaku kepada BN.
Katanya, pembangkang perlu memikirkan formula khusus untuk menentukan siapa calon yang akan bertanding dan paling utama ia adalah calon boleh menang.
"Spekulasi pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi sudah banyak kita dengar dan ini masa sesuai untuk pembangkang bertindak.
Read More / Baca Lagi >>

Sokongan Muhyiddin terhadap Anwar 'lumrah' orang disisih - Dr Chandra

Posted: 18 Sep 2016 03:35 AM PDT

Rafizi: 1MDB Tak Beban Jika Tun M, Muhyiddin Bertindak Awal

Posted: 18 Sep 2016 03:34 AM PDT

Apa lagi Mahathir mahu, soal Nazri

Posted: 18 Sep 2016 03:32 AM PDT

Nazri berkata, bekas perdana menteri itu sudah mendapat semua yang dimintanya.
nazri mahathir
JELEBU: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berjanji akan memastikan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat semua alat yang diperlukan untuk menjatuhkan perdana menteri mengikut undang-undang.
"Saya beri jaminan bagi pihak perdana menteri Malaysia, apa juga permintaan Tun Mahathir yang legit, ikut undang-undang nak menjatuhkan PM, kita (kerajaan) akan beri. Parti kita dah beri. Nak apa lagi?
"Esok kalau Dr Mahathir nak buat demonstrasi jalanan, tolong beritahu saya. Saya akan meyakinkan pihak polis untuk beri peluang kepadanya berdemonstrasi, walaupun masa dia jadi PM dulu, dia tak pernah pun bagi kita buat sedemikian.
"Apa lagi yang dia fikir dia perlukan untuk hadapi pilihan raya umum akan datang?" soal Nazri dalam satu temubual dengan FMT.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, kerajaan sudah meluluskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan Dr Mahathir kerana tahu "pembangkang tidak mahu beliau".
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, satu-satunya perkara yang tidak diberikan kerajaan kepada bekas perdana menteri itu ialah wang.
Nazri berkata demikian sebagai mengulas pertemuan pemimpin berusia 91 tahun itu dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada Khamis lalu.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberitahu FMT, Dr Mahathir menyerahkan Deklarasi Rakyat yang mengandungi 1.4 juta tandatangan bagi mendesak pengunduran Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Raja Petra reka cerita, kata Khairuddin

Posted: 18 Sep 2016 03:26 AM PDT

Khairuddin berkata, beliau tidak tahu butiran perbincangan kerana pertemuan Khamis lalu hanya antara Agong dan Dr Mahathir, tiada orang lain.
khairuddin-mahathir-raja-petra
PETALING JAYA: Raja Petra Kamarudin didakwa memalsukan perkara yang berlaku dalam pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Yang di-Pertuan Agong, kata penyokong setia bekas perdana menteri itu.
Raja Petra menyifatkan pertemuan itu "satu bencana" buat bekas perdana menteri, apabila Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah secara tersirat mempersoalkan kesahihan 1.4 juta tandatangan dalam deklarasi untuk menyingkirkan perdana menteri.
Beliau mendakwa Agong juga didakwa merujuk kepada spekulasi Dr Mahathir pada Mei lalu yang baginda serta sultan "diletakkan di bawah tahanan rumah" oleh kerajaan persekutuan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Raja Petra adalah penipu.
Katanya, beliau yang menemani Dr Mahathir ke Istana Anak Bukit di Alor Setar tidak tahu apa yang berlaku, bagaimana Raja Petra yang tinggal di luar negara boleh tahu isi kandungan perbincangan mereka.
"Pertemuan hari itu hanya antara Yang di-Pertuan Agong dan Mahathir, tiada orang lain.
"Saya pun tidak tahu butiran perbincangan. Saya boleh jamin tiada orang lain tahu apa yang dibincangkan," katanya sambil menambah amat melucukan Raja Petra yang tinggal di Britain tahu setiap perkataan dalam perbincangan itu.
Sehubungan itu, beliau mencabar Raja Petra kembali ke tanah air dan bersemuka dengannya.
"Apa sahaja anda mahu kata, buatlah secara bersemuka, seperti saya lawan Najib Razak," katanya.
Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu dipecat selepas menyertai kempen Dr Mahathir menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Umno dan perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Persempadanan semula untungkan BN

Posted: 18 Sep 2016 03:09 AM PDT

Usaha persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas mendatangkan keuntungan kepada BN.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata,  tindakan itu juga melanggar semangat demokrasi dan prinsip keadilan dalam proses pilihan raya.
"Saya menggesa agar pengundi yang terkesan akibat pemindahan mendadak di kerusi-kerusi Parlimen dan Dun untuk segera memasukkan bantahan mereka.
"Walaupun ramai yang mungkin bertanya ke mana hala tuju negara selepas ini, atau apakah kita mampu menyelesaikan masalah-masalah besar seperti dialami sekarang, saya percaya ramai juga yang masih menaruh harapan bahawa wujud masa depan yang lebih baik buat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, SPR memaklumkan akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri-negeri Tanah Melayu berlandaskan peruntukkan Fasal 2 Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.
SPR juga akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Sabah selaras dengan pindaan Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang telah diwartakan pada 18 Ogos 2016.
Katanya, rakyat harus terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan melawan kezaliman.
"Saya percaya dengan iltizam rakyat untuk menentukan masa depan negara yang lebih cerah, sekali gus mengatasi keruncingan yang melanda," katanya.

'Pembangkang akan atasi halangan persempadanan semula'

Posted: 18 Sep 2016 03:02 AM PDT

Walaupun cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat tidak memihak kepada pembangkang, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata pembangkang akan menyesuaikan diri dan mengatasi halangan ini.
Katanya, parti-parti pembangkang telah berbuat demikian sebelum ini selepas mengalami kemerosotan pada pilihan raya umum 2004 yang diadakan selepas persempadanan semula setahun sebelum itu.
Tian Chua berkata pembangkang terus membuat kemunculan semula pada pilihan raya umum 2008.
Walaupun begitu, beliau memberi amaran bahawa akan ada kesan jangka panjang terhadap kehidupan rakyat Malaysia kerana BN akan cuba 'membeli masa' dan kekal berkuasa.
"Isunya bukan persaingan antara pembangkang dan parti pemerintah. Isunya ialah bagaimana kita mewujudkan sistem perwakilan yang mencerminkan semangat perlembagaan dan Malaysia.
"Persoalannya sekarang ialah BN boleh menggunakan ini dalam usaha untuk mengalahkan pembangkang sekarang, tetapi akibat daripadanya - walaupun pembangkang akhirnya menang - kita akan melihat polarisasi di Malaysia.
"Inilah sebabnya semua rakan-rakan saya berkata ia bukan mengenai sama ada kita boleh menang atau tidak.
"Kita boleh bekerja keras untuk menang, tetapi persoalannya adalah, apakah jenis Malaysia yang kita akan dapat lihat?" kata Chua pada sidang media hari ini.

Gerakan sukar menang jika cadangan SPR dilaksana

Posted: 18 Sep 2016 03:00 AM PDT

Bantahan akan dikemukakan selepas ketua-ketua cawangan menyerahkan laporan kesan cadangan persempadanan SPR di kawasan masing-masing
mah-siew-kong-gerakan-spr
JOHOR BAHRU: Langkah persempadanan semula dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikhuatiri akan menjejaskan peluang parti Gerakan untuk mengekal dan memenangi kerusi yang 'telah lama diusahakan'.
Presidennya, Datuk Mah Siew Keong berkata antara kerusi yang diharapkan untuk dimenangi pada pilihan raya akan datang ialah kerusi melibatkan kawasan Parlimen Beruas (kini ditukar kepada Ayer Tawar), Teluk Intan dan Taiping di Perak.
"Kita telah membuat simulasi di beberapa kawasan, yang mana kita telah bekerja keras dan jangkakan ada peluang kemenangan. Namun, selepas pertukaran sempadan, kita bimbang mungkin ia terjejas.
"Oleh itu, parti akan bermesyuarat pada minggu depan, dengan ketua-ketua cawangan sudah pun diarah untuk membuat laporan dan selepas itu, barulah bantahan dikemukakan kepada SPR," katanya sebagai mengulas isu itu dalam sidang media, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Johor.
Mah berkata tindakan SPR itu tidak adil dan merugikan.
SPR baru-baru ini mengumumkan untuk melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Negeri-Negeri Semenanjung dan Sabah, bermula pada Khamis (15 Sept).
Kajian itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembangaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Sempadan baharu SPR wujudkan wilayah Melayu, Cina, kata presiden MCA

Posted: 18 Sep 2016 02:58 AM PDT

Kawasan pilihan raya yang sihat perlu mempunyai komposisi kaum yang pelbagai, tegas Liow Tiong Lai
liow-andy-keen
PETALING JAYA: Perubahan kawasan pilihan raya yang dicadangkan boleh membawa kepada dominasi satu-satu kaum di sesetengah kawasan, menurut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beberapa kerusi majoriti Melayu akan mempunyai lebih ramai orang Melayu, manakala kawasan pilihan raya majoriti Cina akan mempunyai lebih ramai orang Cina.
"Ini tidak sihat untuk masyarakat pelbagai kaum, ia akan mendorong ke arah menjadi negara teokrasi," katanya dipetik.
Tiong Lai berkata kawasan pilihan raya yang sihat harus mempunyai komposisi kaum yang pelbagai.
Pemimpin MCA akan bermesyuarat pada Selasa depan untuk meneliti cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menamakan dan menentu sempadan baharu kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.
Timbalannya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata partinya mengarahkan semua 85 bahagian melaporkan kesan penentuan sempadan baharu.
Ka Siong mengepalai jawatankuasa pemandu pilihan raya MCA yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Gerakan turut mempertikaikan penentuan semula sempadan itu kerana keutamaan nampaknya diberikan kepada dominasi kaum, bukannya campuran kaum yang seimbang.
"Semenanjung Malaysia kini berdepan keadaan di mana etnik Melayu menguasai parti pemerintah, manakala minoriti termasuk orang Cina, hampir semuanya pergi kepada pembangkang.
"Keadaan itu tidak membantu keharmonian antara etnik," kata Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong.
Pada pilihan raya umum 2008 dan 2013, MCA selaku parti Cina dan Gerakan menunjukkan prestasi merudum, tewas kepada calon DAP dan PKR.
Cadangan perubahan ke atas kawasan pilihan raya di Semenanjung Malaysia dan Sabah dipamerkan kepada umum sehingga 14 Oktober.
Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kumpulan sekurang-kurangnya 100 orang boleh mengemukakan bantahan.

PKR akan hantar petisyen bantah persempadanan semula pada Agong

Posted: 18 Sep 2016 02:57 AM PDT

PKR akan menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa bertentangan prinsip termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata persempadanan semula perlu ditolak sehingga suruhanjaya bebas ditubuhkan seperti dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada tahun 2012.
Beliau berkata PKR dan kerajaan Selangor akan berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai perkara itu bagi melihat kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Beliau mendakwa di bawah cadangan SPR, BN boleh menang hampir 10 peratus daripada 222 kerusi parlimen tanpa mendapat undi tambahan.
Selangor juga akan menghadapi risiko jatuh kepada BN, walaupun Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menguasai 65 peratus sokongan popular rakyat di negeri itu, katanya.
"Persempadanan semula ini bukan sahaja menyebabkan BN berada di tampuk pemerintahan selesa, tetapi berupaya untuk 2/3 majoriti di parlimen.
"Dengan mengandaikan tahap sokongan yang sama dan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang, persempadanan semula baru SPR boleh menyebabkan pembangkang menangung kesan di beberapa kerusi utama, di samping tidak memenangi sebarang kerusi baru sama sekali.
"Menurut pengiraan kami, persempadanan semula yang baru meninggalkan pembangkang dengan kemungkinan kurang daripada satu pertiga kerusi Parlimen (kurang daripada 74 kerusi).
"Membiarkan kerajaan yang sedia ada mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen adalah seumpama menyerahkan cek kosong ke dalam tangan BN," katanya.

Comments (0)