Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:02 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Johor: Syor Persempadanan Kawasan Pilihanraya 2016

Posted: 16 Sep 2016 05:01 PM PDT







































Read More / Baca Lagi >>

WP Labuan: Syor Persempadanan Kawasan Pilihanraya 2016

Posted: 16 Sep 2016 04:39 PM PDT






Read More / Baca Lagi >>

WP Putrjaya: Syor Persempadanan Kawasan Pilihanraya 2016

Posted: 16 Sep 2016 04:36 PM PDT












WP Kuala Lumpur: Syor Persempadanan Kawasan Pilihanraya 2016

Posted: 16 Sep 2016 04:34 PM PDT







Read More / Baca Lagi >>

Belasungkawa - Haron Din (1940-2016)

Posted: 16 Sep 2016 11:39 AM PDT

Setelah sekian lama menghidapi penyakit jantung, Musyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menghembuskan nafas terakhirnya hari
ini di Hospital Stanford University, San Francisco.
Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di sisi
anggota keluarganya.
Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din serta dua lelaki dan tiga perempuan.
Allahyarham dilahirkan pada 18 Ogos 1940, di Bohor Mali, Kangar, Perlis
kepada pasangan guru Al-Quran dan merupakan anak ketiga daripada 10 beradik yang mendalami ajaran Islam.
Selain dikenali sebagai pemimpin PAS, Haron juga terkenal sebagai tokoh pendidik kekeluargaan Islam dan pengamal perubatan Islam.
Allahyarham menyandang jawatan Mursyidul Am PAS pada Mac tahun lepas bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yan meninggal dunia pada Februari akibat kanser prostat.
Haron bergiat aktif dalam PAS sejak 1974 ketika berusia 34 tahun sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).
Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.
Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah,
Bohor Mali, Madrasah al-'Alawiyah al-Diniah, Al-Kuliah al-Islamiah sebelum menyambung pelajaran di Kolej al-Islamiah Klang, Selangor dan Kolej Islam Malaya.
Allahyarham kemudian melanjutkan pengajian dalam jurusan Pendidikan di Universiti Kaherah sebelum menyambungnya di peringkat doktor falsafah dalam jurusan Syariah di Universiti Darul Ulum, Kaherah.
Selepas kembali ke tanah air, beliau kemudian bertugas sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan meneruskan khidmatnya dalam perubatan Islam.
Read More / Baca Lagi >>

BERSATU bukan ancaman kepada Umno, kata BMI Research

Posted: 16 Sep 2016 11:34 AM PDT

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan memberi ancaman sama ada kepada Umno atau BN pada pilihan raya umum akan datang, menurut kumpulan penganalisis antarabangsa.
BMI Research yang merupakan anak syarikat Fitch Ratings berkata, parti serpihan Umno yang baru ditubuhkan akan bertungkus-lumus untuk membezakan BERSATU dengan parti pembangkang lain.
"Cabaran-cabaran sedia ada dengan itu menjuruskan bahawa BERSATU buat masa sekarang tidak menimbulkan ancaman sama ada Umno atau BN dalam pilihan raya 2018 kerana parti itu masih belum mencapai persefahaman dengan parti-parti politik lain," kata BMI dalam analisis risiko politik yang disiarkan semalam.
Laporan itu menambah, parti baru itu tidak mempunyai sokongan akar umbi walaupun bergantung kepada populariti pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Tambahan pula, BERSATU nampaknya hanya mempunyai dua kawasan berpengaruh di Pagoh dan Kedah yang berpunca daripada populariti peribadi Mahathir dan Muhyiddin sebagai kubu kuat tradisi," jelasnya.
BERSATU ditubuhkan oleh Mahathir dan Muhyiddin bertujuan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Pertemuan Dr Mahathir dengan Agong sia-sia, bidas pimpinan BN

Posted: 16 Sep 2016 11:28 AM PDT

Hanya 3 cara untuk menjatuhkan Najib, Pilihan Raya Umum (PRU), undi tidak percaya di Dewan Rakyat dan parti Umno itu sendiri meminta Perdana Menteri disingkir.
Dr Mahathir dengan AgongPETALING JAYA: Pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam hanya sia-sia.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Bung Moktar Radin berkata tindakan Dr Mahathir itu sekadar memenuhi syarat Deklarasi Rakyat menyerahkan tandatangan kepada Agong.
"Dr Mahathir sedar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat dijatuhkan dengan Deklarasi Rakyat. Pertemuan itu tidak akan membawa apa-apa makna mahupun perubahan dalam politik negara," katanya kepada FMT.
Semalam, Dr Mahathir mengadap Agung dan menyerahkan 1.4 juta tandatangan mendesak Najib meletak jawatan.
Pertemuan itu diadakan di Istana Anak Bukit di Alor Setar, Kedah pada jam 4.30 petang dengan ditemani bekas Naib Pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan disahkan pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof ketika dihubungi FMT
Selain itu, Bung berkata hanya 3 cara sahaja yang boleh menjatuhkan Najib iaitu Pilihan Raya Umum (PRU), undi tidak percaya di Dewan Rakyat dan parti Umno itu sendiri meminta Perdana Menteri disingkir.
Sebaliknya, demontrasi jalanan, memorandum atau Deklarasi Rakyat tidak akan memudaratkan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.
"Jadi, rakyat jangan terpangaruh dengan khabar angin yang tidak berasas," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ancaman Jamal terhadap peguam AS 'hanyutkan' kapal Umno

Posted: 16 Sep 2016 11:25 AM PDT

Ancaman Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos terhadap peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley telah 'menghanyutkan' parti itu sehingga karam.
Latheefa Koya yang turut menganggotai pasukan peguam Anwar berkata demikian sebagai mengulas ancaman Jamal untuk mengadakan demonstrasi bantahan terhadap Motley.
"Ini adalah satu percubaan yang secara terang-terangan bertujuan menakut-nakutkan dan menghalang Motley daripada menjalankan tugasnya sebagai penasihat undang-undang antarabangsa.
"Dengan mengancam untuk mengadakan bantahan di Mahkamah Persekutuan pada 12 Oktober 2016, Jamal dan Umno telah melemahkan sistem perundangan dan campur tangan dalam proses kehakiman," kata Latheefa dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, ini adalah satu lagi bukti konspirasi politik terhadap Anwar.
Jamal semalam mahu mengadakan perhimpunan di luar Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Tumbang Najib saja atau Umno sekaligus, The Economist tanya Dr M

Posted: 16 Sep 2016 11:23 AM PDT

Bekas teraju utama Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berdiri teguh di belakang pembangkang dalam perjuangan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Bagaimanapun, majalah ekonomi berpengaruh The Economist menerusi sebuah artikel mempersoalkan sama ada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan memberi komitmen sepenuhnya untuk menjatuhkan Umno.
"Salah satu kebimbangan besar di kalangan pembangkang ialah sejauh mana Mahathir sanggup menongkah arus. Tiada siapa yang meragui betapa beliau begitu tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Apa yang tidak begitu pasti ialah sama ada, jika diberi pilihan, sama ada beliau dan partinya akan berhenti di tahap menumbangkan Umno sekaligus," jelas majalah terkemuka itu.
Atikel tersebut dengan tajuk "Mahathir Mohamad. Can a leopard change its spots?" mengingatkan banyak kumpulan serpihan Umno pada masa lalu akhirnya menyertai semula parti itu.
Bagaimanapun, ia memetik Mahathir yang pernah berkata bahawa beliau tidak nampak 'ada jalan untuk BERSATU mempertimbang untuk membiarkan Umno dalam kerajaan, walaupun di bawah pemimpin baru '.
The Economist turut menyatakan walaupun Mahathir mempunyai ramai peminat terutama di kalangan golongan muda yang tidak kenal pemerintahan 22 tahun beliau selaku Perdana Menteri, untuk menang banyak kerusi akan menjadi sukar kepada BERSATU.

Ahli akademik tidak yakin SPR buat persempadanan ikut ‘seorang satu undi’

Posted: 16 Sep 2016 11:17 AM PDT

Kegagalan SPR menyelesaikan masalah persempadanan menyebabkan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya sebelum ini walaupun tewas dari segi bilangan undi.
Azmi SharomKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mungkin menyelesaikan masalah persempadanan berdasarkan prinsip "seorang satu undi" menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata ahli akademik Dr Azmi Sharom.
Menurut pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) itu, kegagalan SPR menyelesaikan masalah persempadanan secara keseluruhan menyebabkan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya sebelum ini walaupun tewas dari segi bilangan undi.
"SPR tidak begitu peka dan prihatin terhadap prinsip 'seorang satu undi' yang merupakan keutamaan dalam sesebuah negara demokrasi.
"Lihat sahaja pada persempadanan kawasan yang jauh bezanya. Kawasan dengan hampir 200,000 pengundi hanya satu kerusi, manakala kawasan sekecil Putrajaya juga diletakkan satu kerusi," katanya kepada pemberita di UM petang ini.
Sebelum ini, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah akan dilaksana bermula Khamis ini.
Kajian semula itu dilaksana mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang minta SPR jelaskan kerusi lebih 100,000 pengundi

Posted: 16 Sep 2016 11:15 AM PDT

Kit Siang menyifatkan persempadanan pilihan raya semasa di Semenanjung satu 'penyelewengan mandat perlembagaan SPR'.
lim kit siangKUALA PUMPUR: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan status 13 kerusi Parlimen di Semenanjung yang mempunyai lebih 100,000 pengundi setiap satu kawasan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018.
Beliau menerusi satu kenyataan mendedahkan 6 kerusi di Selangor, 2 di Johor dan selebihnya di Melaka, Kedah, Kelantan dan Terengganu dengan pengundi yang ramai.
Ekoran itu, Kit Siang menyifatkan persempadanan pilihan raya sebelum ini di Semenanjung sebagai melanggar mandat yang diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada SPR.
Tegasnya, Perkara 113 Perlembagaan menuntut salah pembahagian ditangani, bukannya dimanipulasi.
Pada 2013, Pengerusi SPR ketika itu, Abdul Aziz Mohd Yusuf memetik Jadual ke-13 Perlembagaan sebagai jaminan tidak akan ada kerusi yang mempunyai lebih 100,000 pengundi, kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Beliau berkata, SPR kini bertanggungjawab untuk membuktikan ia bukan helah untuk mengekalkan Umno berkuasa.
Beliau menyatakan 3 sebab untuk SPR membuat penjelasan.
Pertama, dedahkan pada akhir 2013 bekas Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman, melakukan persempadanan semula untuk memastikan Umno kekal berkuasa.
Kedua, kajian awal persempadanan semula direka semata-mata untuk memastikan Umno mendapat kelebihan.
Read More / Baca Lagi >>

TIADA SALAHNYA MUHYIDDIN MAHU BEBASKAN ANWAR, MALAH IA SENADA DENGAN KEINGINAN TUN M

Posted: 16 Sep 2016 11:10 AM PDT

Apabila Muhyiddin Yassin menyatakan PPBM turut bersetuju untuk menjadikan pembebasan Anwar Ibrahim sebagai agenda bersamanya, pelbagai spekulasi dan andaian timbul daripada kenyataan beliau itu.

Ada yang setuju dan melihat langkah itu akan menjadikan hubungan PPBM dengan PKR dan Pakatan Harapan lebih akrab, tetapi ada juga yang mencemuhnya sambil menyindir, kenapa hanya Anwar yang mahu dibebaskan?

Dalam kenyataan yang disebut oleh Muhyddin, beliau mengatakan usaha membebaskan Anwar itu ialah agenda yang hanya boleh dilakukan selepas PRU 14 akan datang, dengan syarat PPBM menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Lantaran itu, katanya, rakyat perlu membantu menumbangkan BN terlebih dahulu jika ingin melihat Anwar dibebaskan. Maknanya, ia bukanlah perkara yang boleh dilakukan sebelum pertukaran kerajaan.

Kenyataan Muhyiddin itu kalau dihalusi tidak ada yang janggalnya, malah senada juga dengan Tun Mahathir semalam yang mengatakan ia hanya dapat dipertimbangkan jika pihaknya dapat menakluk kerajaan.

"Pada masa ini kita tak boleh janji sebab tidak ada kuasa. Tetapi kalau itu kehendak semua, takkan kita nak kata tak boleh pula. Kita akan lihat kemudian mengenai pembebasan Anwar itu," ujar Tun Mahathir lagi yang baru-baru sudah bertemu dan bersalaman dengan bekas timbalannya itu.
Sebagai Presiden PPBM, Muhyiddin memang kena menunjukkan komitmen dan kebersamaannya dalam isu perjuangan untuk membebaskan Anwar kerana beliau sebelum ini sudah pun diterima "secara politiknya" oleh Anwar sendiri sebagai bakal Perdana Menteri kiranya BN dapat ditumbangkan.

Pada 30 Julai lalu, Muhyiddin dan PKR telah mengumumkan persetujuan untuk mengadakan program jelajah bersama ke seluruh negara berkaitan 1MDB. Dalam sidang media itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali hadir mewakili PKR bersama dengan Munyiddin.
Read More / Baca Lagi >>

Sambutan 'meletup', Bersatu ulang cetak borang keahlian

Posted: 16 Sep 2016 11:08 AM PDT

Anina Saaduddin
Anina Saaduddin
SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengulang cetak borang keahlian berikutan sambutan keahlian parti luar biasa yang diterima pihaknya.
Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin berkata, pihaknya tidak menang tangan mengurus kemasukan ahli baharu ke dalam parti, selain turut mengulang cetak borang keahlian berkali-kali untuk memenuhi permintaan masyarakat.
Kata Anina lagi, sejak penyertaan ahli dibuka kepada umum, parti itu menerima kemasukan ahli mencecah 200, 000 setakat ini.
"Tak cukup borang, kami perlu sentiasa ulang cetak. Sambutan keahlian Bersatu memang meletup!
"Kami tak menang tangan mengurus kemasukan ahli, ditambah pula dengan pendaftaran yang kami terima secara atas talian," jawab Anina ketika dihubungi Sinar Online.
Bersatu membuka penyertaan kepada semua warganegara Malaysia melalui dua jenis keahlian iaitu ahli biasa dan ahli bersekutu.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi ahli biasa, ia terbuka kepada semua warganegara yang berstatus Pribumi iaitu Melayu dan Bumiputera termasuk Orang Asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak.
Sementara warganegara Malaysia yang lain boleh menyertai parti itu sebagai ahli bersekutu.

Aktiviti 'R' akan dihidupkan semula

Posted: 16 Sep 2016 11:06 AM PDT

Syam Ghaz isytihar sertai AmanahSyam Ghaz isytihar sertai Amanah
Badan pejuang isu royalti Kelantan 'R' akan dihidupkan semula bersama dengan Parti Amanah Negara (Amanah), kata jawatankuasa pengasas NGO itu, Hishamudin Ghazali.
Pengumuman itu dibuat oleh Hishamudin yang lebih dikenali dengan nama Sham Ghaz dalam ceramah perdana di pusat khidmat Dun Salor malam ini.
Menurut Sham Ghaz, R seumpama mati apabila penaung mereka, Datuk Husam Musa tidak dilantik lagi sebagai exco kerajaan negeri selepas Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi menjadi menteri besar.
"Saya sendiri telah ditamatkan dari sebuah GLC milik kerajaan negeri," kata Sham Ghaz sebagai penceramah pertama malam ini.
Menurut Sham Ghaz, ada tiga tunggak utama punca sokongan rakyat kepada Pas di Kelantan dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.
Isu itu adalah tuntutan royalti oleh NGO R, cadangan pembinaan lebuhraya dan stadium oleh Datuk Husam Musa dan usaha membawa balik pengundi luar melalui pertandingan Husam di Putrajaya.

Mahathir kini jadi musuh Umno

Posted: 16 Sep 2016 11:05 AM PDT

Mahathir kini jadi musuh Umno
Tajuddin (berbaju Melayu hijau) bersalam dengan penduduk yang hadir pada Majlis Jamuan Perdana Aidil Adha 1437 Hijrah dan Penyampaian Insentif NKEA Padi Kawasan Sungai Manik / Labu Kubong 2016, malam tadi.
SUNGAI MANIK - Secara sedar atau tidak, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya pemimpin Umno telah menjadi musuh kepada ahli Umno di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, tindakan Mahathir menubuhkan Bersatu untuk menjatuhkan Umno dan BN akan memberi kesan kepada orang Melayu.
"Kita sudah mula lihat Bersatu di bawah pimpinan Mahathir telah mula berkempen di sana-sini dengan tujuan menumbangkan kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Kerana itu saya menyeru kepada semua pemimpin dan ahli Umno agar berwaspada kerana Bersatu berkempen dengan menyebarkan dakyah yang merupakan tuduhan yang diasak tohmahan," katanya selepas Majlis Jamuan Perdana Aidil Adha 1437 Hijrah dan Penyampaian Insentif NKEA Padi Kawasan Sungai Manik / Labu Kubong 2016, malam tadi.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, jika semua pemimpin dan ahli Umno tidak bersedia menghadapi situasi berkenaan, berkemungkinan dakyah dan tohmahan yang dibuat Bersatu akan merebak luas seluruh negara dan mendapat sokongan rakyat.
"Adalah malang sekali jika ia berlaku kerana apa yang dibawa oleh Bersatu tidak membawa kebaikan kepada Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
"Dari ucapan dia (Mahathir) yang saya lihat melalui video sudah sampai satu tahap di mana dia memang ingin menjatuhkan Umno dan BN," katanya.
Tambahnya ahli serta penyokong Umno perlu menyedari perkara ini dan mengambil tindakan yang tepat bagi memastikan apa yang dirancang Mahathir gagal dilaksanakan.
"Adalah malang sekali dia yang dahulunya pemimpin Umno tanpa sedar atau tidak dia kini menjadi musuh kepada Umno.
"Kepada semua ahli Umno, Tun M telah menjadi musuh nombor satu kepada kita atas tindakannya itu," katanya.

Mahathir mengadap Agong, serah Deklarasi Rakyat

Posted: 16 Sep 2016 11:04 AM PDT

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam untuk menyerahkan memorandum 'Selamatkan Malaysia'.
Salah seorang orang kanannya, Datuk Khairuddin Abu Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah petang semalam.
"Ia adalah satu pertemuan empat mata antara kedua-duanya. Mahathir tiba kira-kira pukul 4.30 petang dan mesyuarat itu berlangsung kira-kira satu jam lima belas minit," kata Khairuddin.
Bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu berkata Mahathir membawa Deklarasi Selamatkan Malaysia dan dokumen yang didakwa ditandatangani 1.3 juta rakyat Malaysia.
Deklarasi itu merupakan usaha oleh bekas pemimpin Umno, pembangkang dan NGO untuk menggesa pembaharuan institusi dan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri.
Antara lain, deklarasi itu mendakwa Najib terbabit dalam skandal kewangan melibatkan syarikat pelaburan negara 1MDB.
Najib menafikan dakwaan rasuah terhadapnya, sebaliknya mendakwa ia merupakan komplot untuk menjatuhkannya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan salah laku dalam skandal berkenaan.
Mahathir sebelum ini mengadu beliau tidak dibenarkan mengadap Agong untuk menyerahkan deklarasi tersebut.
Sumber yang rapat dengan Mahathir itu berkata mereka dimaklumkan bahawa Agong membenarkan Mahathir mengadap baginda pada hari Rabu.
Katanya, Mahathir tidak mengulas mengenai pertemuan tersebut selepas meninggalkan istana.

MB Kelantan dicadangkan pecat seorang exconya kerana cakap bohong

Posted: 16 Sep 2016 10:54 AM PDT

Haji Rosli IbrahimHaji Rosli Ibrahim
Pemilik tanah yang menjadi tapak bangunan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Salor, Rosli Ibrahim mencadangkan agar Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub memecat salah seorang exconya kerana bercakap bohong.
"Pecatlah Datuk Mat (MB Kelantan), malu kepada orang exco macam ni," kata Rosli merujuk seorang exco kerajaan negeri Kelantan yang mendakwa tanah tapak bangunan pusat khidmat Dun Salor itu adalah milik kerajaan negeri.
Menurut Rosli, bekas setiausaha Semangat 46 Kelantan itu, tanah tapak bangunan pejabat itu beliau beli dengan harga RM5,800 dari seorang bernama Minah binti Musa.
Kemudian beliau memberikan tanah itu atas nama isterinya Haripah binti Dollah.
"Memanglah milik 'pah'. Tetapi bukan 'pas'," kata Rosli dalam ceramahnya di perkarangan pejabat Adun Salor itu.
Rosli berkata, beliau kemudiannya menyerahkan tapak itu kepada Datuk Husam Musa untuk dibina bangunan yang ada sekarang.
Sehubungan itu, Rosli meminta semua pihak tidak lagi membuat dakwaan yang bukan-bukan terhadap tapak tanah tersebut.
"Kalau ada yang buat dakwaan lagi, siaplah," kata Rosli yang memberikan amaran agar dakwaan liar tidak lagi dibuat ke atas tanah itu.

Comments (0)