Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:02 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bebas Anwar: Muhyiddin pecahkan halangan terakhir kerjasama PH-PPBM?

Posted: 15 Sep 2016 07:24 PM PDT

Ikrar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk membebaskan Anwar Ibrahim dipercayai akan memudahkan kerjasama dengan Pakatan Harapan
mohamed-mustafa_anwar-muhyiddin_600
PETALING JAYA: Halangan terakhir kerjasama antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terhapus dengan ikrar Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara, menurut dua penganalisis politik.
Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak daripada Majlis Profesor Negara berkata isu pembebasan Anwar merupakan "halangan yang memisahkan PKR dan PPBM" manakala Prof Madya Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata kenyataan Muhyiddin itu akan menyebabkan PPBM "diterima ramai dalam Pakatan Harapan, terutamanya PKR".
Muhyiddin, yang merupakan Presiden PPBM, dilaporkan New Straits Times pada Rabu seabgai berkata partinya akan berusaha untuk membebaskan Anwar bersama Pakatan sekiranya pembangkang berjaya singkir BN dari Putrajaya.
Bercakap kepada FMT, Mustafa berkata ikrar itu langkah untuk memastikan PPBM diterima parti Pakatan Harapan dan memudahkan kerjasama.
Katanya langkah yang sama juga ketara dilihat dari tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan kepada Anwar yang mengambil tindakan undang-undang terhadap perlaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara.
Beliau menambah pengikut Muhyiddin barangkali akan menyokong langkah itu.
Awang Azman, yang mengingatkan PPBM dan PKR merupakan parti pecahan Umno, berpendapat ikrar Muhyiddin strategi untuk melancarkan hubungan antara kedua parti.
Katanya kerjasama politik tidak akan terhasil tanpa kepentingan bersama dan membebaskan Anwar merupakan kepentingan bersama parti PH.
Kenyataan Muhyiddin itu, tambahnya, menjadi isyarat partinya mahu berkongsi kepentingan itu.
Memandangkan kerjasama PPBM dan PH tidak lagi boleh disangkal, Umno mempunyai sebab untuk berasa risau, katanya.

Haron Din koma, hanya tunggu masa, kata anak

Posted: 15 Sep 2016 07:22 PM PDT

Mursyidul Am Pas sekarang menggunakan mesin sokongan hayat, menurut pesanan WhatsApp
haron-din_hospital_600
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang sedang menjalani rawatan jantung di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat dalam keadaan kritikal.
Perkara itu dimaklumkan anaknya, Hamdi Haron, melalui satu pesanan WhatsApp kepada Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan, yang dibaca FMT.
"Baba dalam keadaan koma, tolong sampaikan pada tuan guru ( Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan pemimpin PAS, doktor kata sudah tiada harapan.
"Pendarahan teruk, sekarang guna sokongan hayat, hanya tunggu masa untuk cabut mesin dan biar Baba pergi menemui Rabbul Alamin (Tuhan) dengan aman," katanya jam 2.45 pagi.
Pesanan yang sama memberitahu setakat 6.04 pagi ahli keluarga masih menunggu masa untuk mencabut sistem sokongan hayat Haron Din.
Haron Din dilaporkan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Amerika Syarikat pada 2 April 2012. Pada Mac lalu, Haron menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara.

Ahli, tokoh politik Pas Kelantan akan sertai Amanah malam ini

Posted: 15 Sep 2016 07:21 PM PDT


Dijangka ahli dan tokoh politik Pas akan menisytiharkan keluar parti untuk masuk Amanah pada majlis  sempena sambutan setahun Amanah  yang akan diadakan malam ini.Dijangka ahli dan tokoh politik Pas akan menisytiharkan keluar parti untuk masuk Amanah pada majlis sempena sambutan setahun Amanah yang akan diadakan malam ini.Dewan Undangan Negeri (Dun)  Salor hari ini dijangka akan menerima ahli baru Amanah dalam satu majlis ceramah perdana 'Harapan Baru Kelantan' yang diadakan dipejabat Adunnya Datuk Husam Musa malam ini.
Majlis itu akan turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bagi meraikan sempena setahun tertubuhnya Amanah di Kelantan.
"Bertarikh 16 September 2016, bertempat di Bangunan Salor, satu majlis Ceramah Perdana dan perisytiharan kemasukan beramai-ramai ahli baru ke dalam Amanah sempena sambutan setahun Amanah Kelantan.
"Majlis ceramah perdana ini akan diumumkan ahli yang telah menyertai Amanah bersekali dengan pimpinan mereka di dalam Pas," ujar Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Zahari Sidik dalam satu kenyataan.
Orang ramai juga dimaklumkan untuk bersama hadir menyaksikan peristiwa bersejarah perisytiharan tokoh politik pentng Kelantan yang menyertai Amanah.
"Kami di pihak Amanah Kelantan menjemput dan mempersilakan semua rakyat Kelantan hadir ke majlis ini seterusnya dapat bersama menjadi 'turning point' merealisasikan 'Harapan Baru Kelantan," ujarnya.
Pada 30 Ogos lalu bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa telah mengisytiharkan beliau masuk Amanah dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya selepas beliau dipecat dari Pas.
Selepas tiga hari beliau menyertai Amanah dua cawangan dibuka di Dun Salor.
Ini kerana sebelum itu pada 2 September Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar agar  mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan Pas agar keluar dari parti itu.
"Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar dari Pas, senang sahaja… Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah," katanya kepada wartawan di perkarangan Masjid Rusila seperti dilaporkan portal berita.
Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas naib presiden parti itu yang dipecat, Datuk Husam Musa menyertai Amanah.
Justeru majlis pada malam ini diadakan khusus untuk meraikan kehadiran beliau dalam Amanah Kelantan. Selain  pengumuman kemasukan ahli- ahli Pas bersama pimpinan mereka, majlis juga dijangka akan mengisytiharkan penyertaan pimpinan "hardcore" NGO yang menuntut 'Royalti' serta profesional dan pegawai kerajaan yang sudah bersedia untuk diumumkan bersama menyertai parti itu pada malam ini.
Majlis ini akan disiarkan secara langsung melalui youtube (http://tinyurl.com/mediaghb) dan facebook page (https://www.facebook.com/ghbmediatv).

DI SEBALIK UMNO SEMAKIN MENGECIL, SPR MUNCUL UMPAMA TALIAN HAYAT

Posted: 15 Sep 2016 09:35 AM PDT

Di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO, tidak ramai di antara mereka yang betul-betul mahu mengaku kewujudan PPBM adalah cabaran sebenar kepada kedudukan parti itu dalam pilihanraya akan datang.

Lebih ramai yang terus sombong bongkak dengan mengatakan PPBM bukan saingan yang sebenar, UMNO sudah biasa dengan cabaran, PPBM bakal senasib Semangat 46 dan macam-macam lagi.

Realitinya, dengan bermulanya PPBM mendaftarkan ahli-ahli baru sejak semalam, kedudukan UMNO dengan sendirinya makin mengecil. Pada hari pertama di Kuala Lumpur saja, sebanyak lebih 9000 borang telah diambil. 

Hari ini mungkin ribuan lagi yang telah mendaftar dan oleh kerana permintaan bertambah, walaupun esok merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia, pendaftaran terpaksa dibuka untuk kemudahan orangramai.

Serentak dengan itu, penyeleras negeri-negeri turut dilantik untuk memudahkan lagi proses pendaftaran ahli. Beberapa negeri kemudiannya melantik penyelaras di peringkat bahagian-bahagian pula.

Dengan itu, ahli PPBM akan terus bertambah hari demi hari. Sebahagian besar ahli PPBM adalah ahli UMNO. Secara automatiknya, UMNO makin kekurangan ahlinya.

Apabila ahli UMNO berpindah kepada PPBM, bermakna juga mereka tidak lagi mahu mengundi BN dalam pilihanraya akan datang. Jadinya, UMNO  akan berkurangan ahli, BN berkurangan undi.

Proses menjauhi UMNO dan BN ini akan berterusan selagi Najib terkepung dengan isu 1MDB dan Rosmah pula kekal dengan kegemaran suka membeli-belahnya. Dari masa ke semasa, mungkin lebih banyak lagi yang akan didedahkan kepada kita semua.

Semua itu menjadikan UMNO dan BN secara realitinya tidak selamat lagi untuk menggenggam kuasa yang ada. Kuasa yang mereka ada hanya menunggu masa saja untuk ditanggalkan oleh pengundi-pengundi yang semakin bijak dan tidak mudah lagi ditipu dengan bayangan permata, tetapi sebenarnya ia hanyalah kaca.
PPBM bersama Pakatan Harapan lebih diharap dan dipercayai untuk menjadi kerajaan baru menggantikan BN.

Dalam keadaan cemas itu, satu-satunya talian hayat yang tinggal bagi UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasanya ialah SPR. Sebab itu, serentak dengan terttubuhnya PPBM, secara tiba-tiba juga SPR mengumumkan syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya untuk dilaksanakan dalam pilihanraya umum akan datang.

Syor tersebut tidak melibatkan pertambahan bilangan kerusi, tetapi cuma perubahan nama dan sempadan kawasan pilihanraya semata-mata. Dengan yang demikian, ia tidak memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Parlimen, sebaliknya memadai dengan majoriti mudah saja.

Di setiap negeri, beberapa kawasan akan terlibat dengan perubahan persempadanan itu dengan Kuala Lumpur dan Terengganu menyaksikan semua kawasan akan diubah sempadannya.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah umum sokong Bersih 5

Posted: 15 Sep 2016 09:26 AM PDT

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan menyokong penganjuran Himpunan Bersih 5 pada​ 19 November depan.
Menurut Presidennya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu, demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman tidak akan membawa kepada huru-hara atau malapetaka kepada mana-mana negara.
Malah katanya, ia bukan perkara luar biasa kerana ada negara maju yang membenarkan rakyatnya berdemonstrasi atau tunjuk perasaan tanpa kekerasan.
"Di antara negara yang rakyatnya selalu berdemonstrasi termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman dan hampir seluruh negara EU. Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Indonesia juga tidak ketinggalan meraikan ruang demokrasi ini.
"Rakyat di negara-negara ini selalu keluar secara beramai-ramai menyatakan ketidaksukaan mereka terhadap sesuatu perkara atau sesuatu isu yang dilakukan oleh pemimpin di negara mereka, atau tunjuk perasaan terhadap kuasa besar atau mana-mana negara lain yang mengancam negara mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, perhimpunan aman bukanlah faktor penentu turun naik jumlah kedatangan pelabur ke negara ini.
"Pelabur-pelabur sentiasa datang kerana mereka tahu negara tersebut aman dan rakyat sentiasa diberi peluang untuk bertindak tanpa mengangkat senjata.
"Sebaliknya, negara-negara diktator yang tidak mengizinkan demonstrasi aman dan berakhir dengan peristiwa berdarah berlaku di negara-negara timur tengah. Negara itu tidak disukai oleh para pelabur," katanya lagi.

PAS Terengganu anggap cadangan persempadan semula satu konspirasi

Posted: 15 Sep 2016 09:23 AM PDT

Hanapiah MatHanapiah Mat

PAS Terengganu akan membuat bantahan besar-besaran terhadap persempadanan baru pilihan raya yang disifatkan sebagai tidak lojik.
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata ia adalah satu konspirasi yang sengaja dilakukan.
"Tidak masuk akal, kita akan adakan bantahan besar-besaran. Kita merasakan ada tangan-tangan ghaib dibelakang,
yang sengaja mahu DUN-DUN yang dimenangi PAS kalah,"tegasnya sebagaimana dilaporkan oleh Buletin Online, media milik Pas Terengganu.
ADUN Chukai itu berkata, PAS akan memanggil satu mesyuarat segera bagi membincangkan tindakan lanjut yang akan diambil menangani konspirasi itu.
Di Selangor, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menyifatkan persempadanan pilihan raya yang dipamirkan mulai hari ini adalah satu 'gerrymandering'.
Garrymandering adalah satu proses penyusunan kawasan pilihan raya untuk menguntungkan sesetengah pihak atau parti dengan cara mengubahsuai kawasan sempadannya.
"Cadangan ini mengesahkan ketakutan rakyat Malaysia selama ini bahawa SPR akan memenuhi objektifnya untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang kerajaan persekutuan," kata ahli parlimen Pertaling Jaya Utara (PJU) itu dalam kenyataannya.
Menurut Tony, contoh paling jelas adalah kawasan beliau sendiri PJU yang kini ditukarkan namanya kepada Damansara.
Dalam cadangan ini, kawasan parlimen "Petaling Jaya Utara (PJU)" akan dinamakan sebagai "Damansara" yang akan menjadi kawasan parlimen yang paling ramai pengundi iaitu 150,439, penambahan 76.2% dari 85,401 pengundi berdaftar semasa pilihan raya umum 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin ajak rakyat tunjuk kuasa ubah kerajaan yang lebih beramanah

Posted: 15 Sep 2016 09:21 AM PDT

Beliau terus mengutuk kerajaan semasa yang gagal mengurus ekonomi, rasuah bermaharajalela, keitirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan yang menggerunkan.
muhyiddin-malaysia
PETALING JAYA: Kerajaan baharu, beramanah dan berintergriti perlu dibentuk menerusi pilihan raya mengantikan pemerintahan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, pembentukan kerajaan baharu perlu memandangkan kerajaan BN tidak mampu memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat susulan terpalit dengan pelbagai skandal.
"Jika kerajaan tidak melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya terhadap rakyat, maka rakyat mempunyai pilihan untuk tidak lagi memberikan mandat kepada kerajaan," katanya dalam perutusan Sambutan Hari Malaysia Ke-53 hari ini.
Beliau juga berkata tiada gunanya menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang pecah amanah.
"Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha untuk memulihkan ekonomi negara, menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat, meringankan beban kos sara hidup, melaksanakan reformasi institusi dan mengurus negara secara beramanah dengan berpandukan prinsip tadbir urus yang baik," katanya.
Beliau juga terus mengutuk kerajaan semasa sebagai gagal mengurus ekonomi, rasuah bermaharajalela, keitirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan yang menggerunkan.
"Perbelanjaan kementerian dipotong menyebabkan projek pembangunan serta bantuan rakyat tidak dapat dilaksanakan. Anehnya, projek mewah yang tidak masuk akal dilaksanakan untuk menguntungkan kroni," katanya.

Hari Malaysia hari kelahiran musuh Tunku, Kuan Yew – Ku Seman

Posted: 15 Sep 2016 09:20 AM PDT

Kuan Yew menulis, Tunku tidak menyedari tarikh itu hari jadinya, jika tidak beliau pasti menukar tarikh tersebut kerana tidak mungkin ia menjadi hari yang baik bagi beliau.
ku-seman-tunku-abdul-rahman-kuan-yew-1
PETALING JAYA: Bekas pengarang akhbar arus perdana berbahasa Melayu, mendedahkan Tunku Abdul Rahman mungkin tidak memilih 16 September sebagai Hari Malaysia jika beliau sedar ia hari ulangtahun kelahiran musuh ketatnya, Lee Kuan Yew.
Ku Seman Ku Hussain dalam muat naik di Facebook miliknya berkata, ia tarikh yang lebih signifikan kepada rakyat Singapura yang menyambut ulang tahun ke-93 bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
"Kuan Yew pernah menulis, 'Tunku tidak menyedari bahawa tarikh itu (16.09.1963) harijadi saya yang ke 40. Kalau beliau tahu, sudah pasti menukar tarikh tersebut kerana hari jadi saya tidak mungkin boleh menjadi hari yang baik bagi Tunku'," tulis beliau memetik kata-kata Kuan Yew beberapa tahun dahulu.
Tarikh 16 September adalah hari untuk mengingatkan kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Malaya yang kemudiannya menjadi Malaysia.
Namun ketika sehingga baru-baru ini selepas Umno merudum pada Pilihan Raya Umum 2008, dan sebagai langkah mengambil hati parti komponen Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan BN, tarikh tersebut disambut semula.
"Tarikh asal penubuhan Malaysia adalah 31 Ogos 1957 seperti yang telah dipersetujui antara Tunku dan bekas Perdana Menteri Britain, Herald Macmillan. Tarikh 16 September hanya anjakan setelah mendapat tentangan hebat daripada Indonesia.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Pas Kelantan sahkan larang kakitangan sertai 'parti baru'

Posted: 15 Sep 2016 09:18 AM PDT

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan Wan Roslan Wan Hamat mengesahkan pihaknya mengeluarkan pekeliling bagi melarang kakitangan kerajaan negeri menyertai parti baru kerana bercanggah dasar sedia ada.
Katanya, semakan itu dikeluarkan memandangkan jawatan kakitangan berkenaan merupakan lantikan politik dan bukan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Itu surat lama, surat itu asli. Arahan itu dari kita orang. (Dah buat semakan) tak ada kakitangan yang masuk parti baru, mereka laporkan tidak ada.
"Kita cuma nak periksa, kerja dengan kerajaan mestilah ikut kerajaan," katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini sepucuk surat pekeliling bertarikh 9 September 2015 tersebar di media sosial yang mengarahkan tujuh jawatan pengarah dalam kerajaan negeri menyemak mana-mana kakitangan yang menyertai parti baru.
Gesaan itu ditujukan kepada Pengarah Pusat Kajian Strategik, Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dan Pengarah Urusetia Belia dan Sukan.
Selain itu ia turut dihantar kepada Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Pengarah Urusetia Penghulu dan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato Bentara Setia.
Wan Roslan berkata, hasil semakan mendapati tidak ada kakitangan jabatan berkenaan yang menyertai parti baru itu.
Beliau berkata, sekiranya pihaknya mendapati terdapat kakitangan tersebut menyertai parti baru, tindakan selanjutnya akan dibincangkan kelak.
"Jangan keliru. Kita buat semakan mana-mana kakitangan itu sebab nak dapatkan maklum balas…keputusan yang kita terima tak ada kakitangan yang masuk parti baru.
"Kalau ada yang sertai kita akan bincanglah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PPBM tidak mahu bincang pembebasan Anwar sekarang, kata Dr Mahathir

Posted: 15 Sep 2016 03:59 AM PDT

Dr Mahathir juga belum membuat keputusan menghadiri perhimpunan Bersih 5 dan tiada rancangan untuk berucap pada perhimpunan yang dijangka diadakan pada 19 Nov.
mahathir_anwar_bersatu_600
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan masanya belum tiba untuk membincangkan perjuangan membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas perdana menteri itu berkata agenda yang dinyatakan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidak dapat dijanjikan dan hanya akan dipertimbang sekiranya parti itu menakluki kerajaan.
"Segala rancangan yang ingin dibuat oleh semua parti itu akan datang kemudian. Pada masa ini kita tidak boleh janji kerana kita tidak ada kuasa.
"Kalau itu kehendak semua takkan kita nak kata tidak boleh pula. Kita akan lihat kemudian mengenai perjuangan (bebaskan Anwar) itu," kata Dr Mahathir di sini hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita di luar Mesyuarat Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) peringkat kebangsaan kali ke-55.
Dr Mahathir juga berkata beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri perhimpunan Bersih 5 dan tiada rancangan untuk berucap pada perhimpunan yang dijangka diadakan pada 19 Nov.
Sementara itu mesyuarat 2 hari Perkim itu yang berakhir hari ini memilih calon Ahli Majlis Kebangsaan.
Read More / Baca Lagi >>

Pengarah Pekak mohon maaf pada OKU

Posted: 15 Sep 2016 03:57 AM PDT

Tujuan menghasilkan Pekak bukanlah kerana menggalakkan penyalahgunaan dadah, sebaliknya saya mahu menunjukkan realiti sebenar yang masyarakat takut hendak hadam.
pekak
PETALING JAYA: Adakah filem tempatan 'Pekak' menghina golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan tidak bermoral?
Sejak ditayangkan di pawagam 1 September lalu, filem ini memenangi beberapa anugerah antaranya skrip terbaik dan pelakon terbaik (Zahiril Adzim) di Festival Filem Motivasi Antarabangsa yang diadakan di Rostov-on-Don, Rusia.
Ia dibintangi Amirul Affendi, Sharifah Amani dan Joe Flizzow.
Memetik laporan Malaysiakini, pengarah filem Pekak, Mohd Khairul Azri Md Noor memohon maaf kepada golongan OKU yang tersinggung dengan persembahan watak utama dalam filem itu.
"Saya minta maaf dengan sejujurnya kerana tidak berniat menyinggung atau mengguris perasaan mana-mana pihak, khususnya OKU. Jangan lihat pada aspek itu saja kerana saya tidak membenci OKU.
"Tujuan menghasilkan Pekak bukanlah kerana ingin menggalakkan penyalahgunaan dadah, sebaliknya saya mahu menunjukkan realiti sebenar yang masyarakat takut hendak hadam," katanya.
Sebelum ini, NGO dari Hear Me, mewakili ibu bapa yang memiliki kanak-kanak masalah pendengaran mendakwa filem itu tidak sesuai ditayangkan di pawagan.
Hal ini kerana, ia memaparkan aktiviti tidak bermoral seperti keganasan, kecurian, pergaulan antara jantina, penyalah gunaan dadah dan merokok.
Read More / Baca Lagi >>

Kehadiran Motley sekadar gimik politik - Armand Azha

Posted: 15 Sep 2016 03:55 AM PDT


Kehadiran peguam baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Amerika Syarikat tidak lebih sekadar gimik politik untuk meraih simpati.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, kehadiran Kimberley Motley itu juga akan 'menghangatkan' semula kes Anwar sebagai tahanan politik selain ada kaitan menarik sokongan perhimpunan BERSIH 5.
Armand Azha Abu Hanifah"Sepertimana kita tahu jika kita nilai dan hayati modus operandi mereka ini setiap kali nak buat BERSIH, mereka akan kembali memainkan isu Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik sedangkan majoriti rakyat Malaysia tahu beliau (Anwar) dijatuhkan hukuman kerana kesalahan moral dan didapati bersalah dalam sistem dan proses undang-undang negara," ujarnya lagi.
Menurut Armand Azha, kehadiran Motley itu juga seperti angan-anganperlu bagi parti pembangkang mendapatkan semula sokongan selepas mereka berpecah kerana perebutan kuasa.
"Saya nak nyatakan pada 'anjing salakan' baharu bernama Kimberley Motley..jangan masuk campur urus tadbir negara dan sistem undang-undang negara.
"Kerajaan mampu menjaga dan mentadbir negara Malaysia khususnya dalam sistem undang-undang negara," ujarnya.
Justeru, beliau menasihati Motley supaya menyelesaikan masalah yang banyak di negara sendiri daripada menggangu keamanan di negara ini.
"Saya nasihat agar Motley selesaikan isu-isu di negara Amerika Syarikat sendiri sebelum masuk campur urusan Malaysia," katanya.
Sementara itu, mengulas kenyataan bekas pemimpin UMNO yang kini menubuhkan parti baru yang juga menyatakan jika mereka dapat mengalahkan Barisan Nasional mereka akan membebaskann Anwar.
Walaupun tidak menyebut nama namun ia ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Adakah beliau (Muhyiddin) lupa kata-katabeliau sendiri ketika dalam UMNO dalam isu Anwar Ibrahim? Adakah kini bila tiada kuasa mula menukar pendirian hanya kerana hendak kekalkan kuasa, ibarat meludah ke langit hinggap kemuka kembali," ujarnya sambil mendakwa apa yang berlaku sekadar permainan politik kotor mereka untuk mencipta gelombang bagi BERSIH 5.

'Takkan Anwar seorang, lebih baik Muhyiddin bebaskan semua banduan' - Khairul Azwan

Posted: 15 Sep 2016 03:22 AM PDT

Rakyat muak dengan janji palsu, bahas Perjanjian Malaysia di Parlimen

Posted: 15 Sep 2016 03:18 AM PDT

Pemimpin PKR menggesa satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membahaskan Perjanjian Malaysia 1963.Naib Presidennya, Darell Leiking berkata, perjanjian itu adalah topik terhangat di Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun lalu dan kerajaan tidak boleh mengabaikannya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Ahli Parlimen Penampang itu berkata, sejak kebelakangan ini, ada pihak tertentu menunjukkan kesungguhan menubuhkan jawatankuasa, selepas janji diberikan jawatankuasa mengkaji isu Perjanjian Malaysia 1963 mungkin tidak dapat ditunaikan.
"Saya rasa rakyat sudah muak dengan jawatankuasa demi jawatankuasa yang ditubuhkan dan janji diberikan.
"Sudah sampai masanya untuk kita membahaskan isu ini di Parlimen. Sama ada kita bersetuju menubuhkan sebuah lagi jawatankuasa selepas perbahasan diadakan, itu perkara lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, parti komponen Barisan Nasional Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan penubuhan dua jawatankuasa untuk mengkaji isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963.
Leiking berkata, beliau akan memastikan semua 56 ahli Parlimen dari Sabah serta Sarawak menghadiri sidang khas Parlimen itu, tetapi ahli Parlimen BN perlu mengemukakan usul mengenai perkara itu.
Ini kerana, katanya, di bawah pentadbiran sedia ada, hanya usul yang dikemukakan BN akan diutamakan.
Beliau berkata, negara kini berada di persimpangan dan rakyat Sabah sudah melihat bagaimana rakyat Sarawak meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan terdesak sehingga menyebabkan semua permintaan Bumi Kenyalang perlu dipenuhi kerajaan pusat.
Katanya, Tan Sri Adenan Satem dengan jelas menghantar isyarat kepada Sabah untuk menyertai beliau dalam pergelutan mendapatkan lebih banyak autonomi, apabila ketua menteri Sarawak itu memberi amaran kepada BN ia mungkin kehilangan banyak kerusi Parlimen, jika Putrajaya enggan menurunkan kuasa kepada Sarawak.
"Kerajaan persekutuan yang sepatutnya memenuhi tanggungjawab mereka, cuba menenangkan kami dengan menjanjikan projek pembangunan besar kepada Sabah dan Sarawak, serta kata mereka beri banyak perhatian, mendengar dan memberi ini dan itu kepada kami."
Read More / Baca Lagi >>

Berterus-teranglah ekonomi semakin merosot, parah

Posted: 15 Sep 2016 03:15 AM PDT

Pelbagai isyarat menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia semskin merosot, malah mencemaskan. Harga barangan keperluan harian yang terus naik akibat pelbagai cukai, terutama GST, harga komoditi terus jatuh, demikian juga nilai ringgit semakin menjunam. Ini sangat memdihkan rakyat.

Kilang banyak yang sudah ditutup atau pindah ke negara lain, pengangguran siswazah terus meningkat dan lebih parah lagi para mahasiswa sedang 'mengikat perut' di mana keperluan asas makanan pun tidak cukup. Belum lagi masalah petani dan nelayan yang juga sangat terhempit kehidupan mereka.
Ini derita rakyat ketika para pemimpin negara seperti tidak ambil tahu keadaan yang sangat mencemaskan ini. Mereka seperti tidak merasakan derita rakyat. Pada ketika yang sama mereka terus bermewah-mewahan.
Rakyat diseru berjimat, hidup cara sederhana. Apalagi yang boleh dijimatkan ketika harga barang terus melambung menyebabkan nilai wang yang dibawa ke pasar dan tempat lain untuk keperluan ssusut sesusutnya.
Keadaan krisis ekonomi ini semakin parah dan tidak ada siapa yang boleh menafikannya, kecuali menolaknya dengan dalih untuk kepentingan politik yang tidak dapat diterima sama sekali lojiknya.
Menurut penganalisis ekonomi, keadaan ekonomi menjadi tambah meruncing sejak sembilan bulan terakhir sehingga Jun tahun ini. Dalam tempoh itu, hasil kerajaan lebih rendah daripada belanja mengurus. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Hasil kerajaan, kata penganalisis lagi, pada umumnya hanya cukup untuk belanja pengurusan. Kos pengurusan tinggi kerana bilangan kakitangan awam ramai dan gaji yang mereka terima boleh dikira lumayan berbanding jumlah penduduk dan hasil kerajaan. Tambahnya, bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan subsidi pun datang daripada sumber yang sama. Untuk membangunkan negara kerajaan terpaksa berhutang. Akibatnya hutang kerajaan sangat besar.
Read More / Baca Lagi >>

Sempena Hari Malaysia, Kit Siang gesa Anwar diberi pengampunan diraja

Posted: 15 Sep 2016 03:10 AM PDT


JOHOR BAHRU, 14 SEP: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berpandangan sambutan Hari Malaysia dua hari lagi harus menjadi agen penyatuan rakyat Malaysia dalam membina citra negara yang unggul.
Katanya, langkah untuk menjadikan Hari Malaysia yang diraikan untuk kali ke-53 tahun ini sebagai sebuah perayaan Hari Kebangsaan harus ditandai dengan pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara sebagai seorang tahanan politik.
anwar ibrahim"Tidak ada permulaan yang lebih baik dalam proses untuk menyatukan semua rakyat Malaysia untuk tujuan membina Malaysia yang unggul selain daripada pembebasan patriot dan pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tahanan penjara," katanya.
Justeru, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyeru supaya Anwar Ibrahim diberi pengampunan di-Raja dan dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada sambutan hari tersebut.
Desakan pembebasan Anwar Ibrahim kian memuncak sejak akhir-akhir ini. Terbaharu, peguam yang baru menyertai barisan pembelaan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Kimberley Motley mendapati terdapat banyak bukti untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
Awal tahun ini, Pengisytiharan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWGAD) juga telah mengiktiraf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mangsa tahanan politik.

Kenapa kita perlu ragu dengan RUU 355?

Posted: 15 Sep 2016 03:09 AM PDT

Kita perlu mula menganalisa maksud dan tujuan pindaan RUU 355 yang dicadangkan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang seawal kekalahan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-13. Ini penting kerana, kita mahu menunjukkan bahawa pindaan RUU 355 adalah satu langkah politik yang sebenanrya tidak ada kena mengena dengan agama, Tuhan dan daulah.
najib hadiPimpinan progresif utama PAS tewas di kerusi-kerusi seluruh negara pada PRU ke-13. Ini termasuk Mat Sabu, Salahudin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Mahfuz Omar. Kerusi-kerusi yang dijangka menang di Negeri Sembilan dan Johor habis melingkup semuanya.
Yang menang adalah kelompok-kelompok konservatif. Mereka kini menghiasi poster-poster PAS, setelah para pimpinan progresif disingkirkan dalam muktamar pada pertengahan tahun lalu. Mereka yang disingkirkan, kini membawa diri dalam parti baru diberi nama Parti Amanah Negara.
Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh, kita perlu diingatkan kembali kepada pertelingkahan dalaman Pakatan Rakyat yang terjadi pada sekitar suku ketiga tahun 2014 yang kemudian membawa kepada perbincangan hudud dalam sidang khas DUN Kelantan pada 29 Disember 2014, ketika sisa selut banjir masih basah di negeri itu.
Perbincangan tersebut timbul hasil umpan yang ditabur Datuk Seri Jamil Khir pada hujung Mac tahun yang sama, kononnya UMNO bersedia bekerjasama dengan PAS Kelantan bagi melaksanakan undang-undang hudud di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Umpan 'Unity Government' tersebut disifatkan mengena apabila Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 dipinda pada 19 Mac 2015, setelah Presiden PAS sendiri memberitahu Parlimen bahawa beliau akan mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian demi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Ini dilakukan dengan melanggar beberapa resolusi yang telah dibuat secara bersama, ketika masih ada Pakatan Rakyat; termasuklah keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulan sebelum itu supaya pindaan RUU 355 dibentangkan terlebih dahulu kepada Majlis.
Aneh dan kelakarnya, RUU yang mahu dibentang itu cuba dikemukakan kepada Parlimen beberapa kali, namun tidak berjaya dibentangkan; sehinggalah penghujung Mei tahun ini, apabila Haji Hadi melakukan serang hendap selepas Zohor, dengan bantuan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Setelah tiga kali cuba dibentangkan di Parlimen, Haji Hadi akhirnya diberi peluang oleh UMNO untuk membacakan usul persendiriannya itu. Kita menyaksikan siaran langsung bagaimana Ahli Parlimen Marang itu disoal oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sama ada usul tersebut akan dihuraikan pada hari tersebut atau pada sidang bulan Oktober.
Read More / Baca Lagi >>

Sempena Hari Malaysia, Guan Eng seru rakyat lawan rasuah pemerintah BN

Posted: 15 Sep 2016 03:09 AM PDT

GEORGETOWN, 15 SEP: Kegembiraan dalam menanti detik sambutan Hari Malaysia ke-53 yang akan tiba esok telah dicemari dengan pelbagai penyelewengan dan kebejatan berterusan barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai dasar dan melakukan tindak tanduk yang dilihat membelakangi hak asasi manusia dan amalan demokrasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
lim guan engKatanya, ia terlihat jelas dalam ugutan yang ditimbulkan kerajaan terhadap penganjuran BERSIH 5 pada 19 November nanti, selain dakwaan persempadanan semula secara terancang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dalam memastikan kemenangan berterusan BN.
"Malahan jaminan pendapatan hanya tinggal mimpi ekoran pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan kejatuhan nilai mata wang ringgit yang terjadi akibat skandal rasuah melibatkan 1MDB dan skandal derma RM4.2 bilion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mengkritik cadangan BN untuk memberikan kebenaran kepada pemaju perumahan dalam menyediakan pinjaman kepada pembeli, yang mana disifatkannya sebagai cubaan untuk menerapkan budaya 'Ah-long' dalam pentadbiran negara.
Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersatu padu menentang amalan rasuah kerajaan BN serta dasarnya yang telah memusnahkan ekonomi negara dan meragut kebebasan bersuara.
"Hanya apabila kita bersatu bersama-sama mempertahankan kebebasan kita, hak kita, maruah kita dan keselamatan ekonomi, barulah kita boleh kekal dalam kemajuan sebagai satu negara, satu bangsa," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Puteh itu.

Cadangan Noh jerut leher pembeli

Posted: 15 Sep 2016 03:00 AM PDT

Pembeli bakal berdepan tekanan jangka panjang jika cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar supaya pemaju diberi lesen pinjaman perumahan diguna pakai.
nurul2Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, hal itu kerana pembeli bakal dikenakan faedah riba melampau pada kadar 12 hingga 18 peratus yang dianggap tidak rasional dalam kemelut ekonomi semasa.

"Diakui tanggungan risiko kewangan akibat kadar faedah melampau yang diberikan kepada peminjam adalah tinggi seperti dicadangkan dan mungkin bakal membawa Malaysia ke arah krisis 'sub-prime mortgage' yang berlaku di Amerika Syarikat.
"Krisis itu menyebabkan keruntuhan sistem kewangan pada 2008 dan sewajarnya dijadikan pengajaran buat semua penggubal dasar," katanya dalam kenyataan.
Pada masa sama, Nurul Izzah berkata, kajian daripada Knight Frank's Global House Price Index menunjukkan harga rumah di Malaysia meningkat 7.2 peratus pada suku tahun kedua.
Katanya, nilai itu antara yang tertinggi di dunia berbanding Amerika Syarikat, England, Hong Kong juga Singapura.
"Data menunjukkan lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia berhutang RM6.53 bilion untuk memiliki rumah sendiri.
"Secara purata, setiap rakyat Malaysia berhutang RM208 juta tidak kira pangkat, status atau umur," katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Terdahulu, Noh dalam kenyataan mencadangkan perkara itu sebagai kaedah kononnya untuk membantu pembeli rumah yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank menangani masalah bayaran pendahuluan.
Sehingga kini, pelaksanannya masih pada peringkat perincian dan perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan, sebelum sebarang cadangan dibuat.

Kajian: Peniaga Cina hilang percaya prospek ekonomi negara

Posted: 15 Sep 2016 02:59 AM PDT

Kajian yang dijalankan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia (ACCCIM) mendapati sebahagian besar ahli komuniti perniagaan Cina mempunyai pandangan yang suram berhubung prospek ekonomi negara pada tahun 2016 dan 2017.
Ini di sebalik jaminan daripada kerajaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mampu mengemudi negara melalui ekonomi yang mencabar.
"Bagi tahun 2016, seramai 76.1 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka sama ada pesimis (19.1 peratus) atau agak pesimis (57 peratus)," kata laporan itu, yang dikeluarkan hari ini.
Laporan bertajuk 'Laporan siasatan ACCCIM mengenai keadaan situasai Malaysia bagi separuh pertama 2016' menyatakan hanya enam peratus daripada responden yakin atau optimistik dengan 2016, manakala 17.9 peratus lagi lebih kurang optimistik.

Bagaimanapun, jumlah yang bimbang tentang 2017 berkurangan dengan 65.3 peratus berkata mereka adalah sama ada pesimis atau agak pesimis mengenai ekonomi negara bagi tahun itu.
Kemerosotan ekonomi Malaysia
"Secara keseluruhannya, komuniti perniagaan Cina begitu pesimis mengenai prospek ekonomi Malaysia bagi tahun 2016 dan 2017.
"Keadaan bagaimanapun dijangka berputar balik dan bertambah baik pada 2018," kata laporan itu, sambil menambah bahawa lebih separuh daripada responden (54.5 peratus) optimis mengenai ekonomi Malaysia bagi 2018.
Laporan itu juga berkata, kebanyakan peniaga Cina berpandangan ekonomi Malaysia telah merosot pada separuh pertama tahun 2016.
Sementara itu, 64 peratus daripada responden percaya ekonomi negara mulai merosot manakala 33 peratus berkata ia tidak berubah.
"Bagaimanapun, peratusan responden yang percaya bahawa terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi adalah berterusan amat kecil," kata laporan itu.
Kebanyakan responden (41 peratus) menyalahkan dasar-dasar kerajaan sebagai punca utama kemerosotan ekonomi.

Antidemonstrasi yang buatkan pelabur lari

Posted: 15 Sep 2016 02:58 AM PDT

Demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman tidak akan membawa kepada huru-hara atau malapetaka kepada mana-mana negara.
Malah ada negara maju yang membenarkan rakyatnya berdemonstrasi atau tunjuk perasaan tanpa kekerasan dan negara itu dikategorikan sebagai aman dan selamat.
Antara negara yang rakyatnya selalu berdemonstrasi termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman dan hampir seluruh negara Kesatuan Eropah (EU).
Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Indonesia juga tidak ketinggalan meraikan ruang demokrasi ini.
Rakyat di negara-negara ini selalu keluar secara beramai-ramai menyatakan ketidaksukaan mereka terhadap sesuatu perkara atau sesuatu isu yang dilakukan oleh pemimpin negara mereka, atau tunjuk perasaan terhadap kuasa besar atau mana-mana negara lain yang mengancam negara mereka.
Sekalipun begitu, pelabur-pelabur sentiasa datang kerana mereka tahu negara tersebut aman dan rakyat sentiasa diberi peluang untuk bertindak tanpa mengangkat senjata.
Sebaliknya, negara-negara diktator yang tidak mengizinkan demonstrasi aman dan berakhir dengan peristiwa berdarah berlaku di negara-negara timur tengah.

Negara itu tidak disukai oleh para pelabur dan pemodal.
Yakin pada pasukan keselamatan
Oleh itu, sesiapa sahaja jangan cuba mengancam demonstrasi aman yang sering berlaku di Malaysia khasnya yang dianjurkan oleh pihak BERSIH.

Saya berkeyakinan penuh, keselamatan rakyat dan negara akan dapat dikawal oleh pasukan keselamatan, polis dan tentera.
Mereka yang mengancam himpunan aman itulah yang menyebabkan negara dipandang sebagai negara diktator dan pelabur-pelabur enggan datang dan meniaga secara besar-besaran di negara tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Konvoi BERSIH di seluruh negara

Posted: 15 Sep 2016 02:56 AM PDT

Pada 1 Oktober 2016, BERSIH 2.0 akan melancarkan Konvoi Bersih di seluruh negara. Pelancaran tersebut akan berlangsung secara serentak di 6 kawasan seperti berikut:
14354902_1182494391789309_5776214859762952050_n1. Utara Semenanjung (Kangar, Perlis)
2. Selatan Semenanjung (Johor Bahru, Johor)
3. Pantai Timur (Kota Bahru, Kelantan)
4. Pantai Barat (Lumut, Perak)
5. Sabah (Sandakan)
6. Sarawak (Miri)

Objektif Konvoi Bersih adalah untuk meningkat kesedaran tentang tuntutan Bersih mengenai reformasi institusi dan keparahan krisis 1MDB.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu keluar dan memulakan perbualan nasional tentang isu-isu ini kerana masa depan bersama kami akan terjejas.
Konvoi Bersih akan bergerak menuju ke Kuala Lumpur, dan akan mengambil masa selama tujuh minggu untuk berakhir. Obor BERSIH akan diserahkan dari bandar ke bandar, kampung ke kampung secara berganti-ganti (relay).
Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti pengedaran risalah, ceramah, dan perbualan dengan penduduk tempatan.
Konvoi BERSIH dianggarkan akan meliputi 246 bandar, pekan, dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.
Konvoi BERSIH akan berkemuncak pada perhimpunan BERSIH5 pada 19 November 2016 di Kuala Lumpur.

Persempadanan: 5 Parlimen & 6 DUN Selangor terlibat

Posted: 15 Sep 2016 02:55 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan sebanyak lima kawasan Parlimen di Selangor dan enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat dalam proses persempadanan semula.
Lima kawasan Parlimen diberikan nama baru itu adalah P.102 Bangi yang asalnya (Serdang), P.104 Subang (Kelana Jaya), P.105 Petaling Jaya (Petaling Jaya Selatan), P.106 Damansara (Petaling Jaya Utara) dan P.107 Sungai Buloh (Subang).
Manakala untuk kerusi DUN kawasan terlibat adalah N.16 Sungai Tua yang nama asalnya (Batu Caves), N.21 Pandan Indah (Chempaka), N.26 Sungai Ramal (Bangi), N.36 Bandar Utama (Damansara Utama), N.45 Bandar Baru Klang (Sungai Pinang) dan N52 Banting (Teluk Datuk).

P.102 Bangi yang diberi nama baru Serdang diwakili ahli parlimen dari DAP iaitu Ong Kian Ming, manakala P.106 yang diwakili Tony Pua ditukar nama kawasan daripada Petaling Jaya Utara kepada Damansara.
Tiga kawasan lain di Selangor diwakili KEADILAN iaitu, P.105 Petaling Jaya Selatan diwakili Hee Loy Sian diberi nama baru Petaling Jaya.
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen diberi nama baru kawasannya kepada Subang manakala Parlimen Subang yang diwakili P. Sivarasa dinamakan semula kepada Sungai Buloh.
Maklumat ini berdasarkan notis SPR di akhbar utama hari ini, yang disiarkan bawah Seksyen 4, Bahagian II, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
Antara lain, ia menyenaraikan jumlah pemilih dicadangkan setiap kawasan, perubahan nama dan sama ada sempadan kawasannya diubah.
Orang awam boleh menyemak dan membuat bantahan terhadap cadangan itu sehingga tamat waktu bekerja bermula 15 September sehingga 14 Oktober depan.
Menurut notis itu apa-apa representasi membantah syor dicadangkan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada SPR dan dialamatkan kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri seperti dinyatakan dalam Jadual Keempat.

PRU 14: Kerusi Parlimen bakal saksi satu lawan satu?

Posted: 15 Sep 2016 01:40 AM PDT

Bebaskan Anwar: "Semua itu akan datang kalau dapat jatuhkan Najib," kata Tun M

Posted: 15 Sep 2016 01:39 AM PDT

Comments (1)

Did you know you can shorten your urls with AdFly and get dollars from every click on your short urls.