Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:25 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PANGKAH LAH LAGI BN !!!.. UNDI LAH LAGI BN !!!

Posted: 14 Sep 2016 06:44 PM PDT

HEBAT Najib Razak urus tadbir kewangan negara.. Hinggakan hutang KERAjaan BN dah melampaui SATU SETENGAH KALI GANDA baki Rizab Bank Negara yg tinggal skrg..

PANGKAH LAH LAGI BN !!!.. UNDI LAH LAGI BN !!!

Rakyat M'sia sememangnya kaya raya berada di landasan yang betul DAN TAK KESAH kos sara hidup tinggi akibat gara2 GST 6%, hutang negara terus meningkat, penyelewengan, rasuah terus berleluasa, korang TETAP SETIA PANGKAH BN..

BERKEMBANG TANG MANA !!.. Berkembang makin menipu ka !!..

Posted: 14 Sep 2016 06:42 PM PDT

BONGKAR !!!.. Sekali lagi kita ditipu Gabenor Bank Negara yg baru katanya hari ini ekonomi negara telah berkembang..

RUPA2NYA ekonomi negara kita TELAH SUSUT MEROSOT dlm tempoh 6 SUKU TAHUNAN BERTURUT-TURUT !!

Tahap pemikiran kepala hotak Umno;

Posted: 14 Sep 2016 06:40 PM PDT

Harap Najib cepat2 lantik spesis ini jadi menteri.

Jawab dengan ikhlas, sepanjang Najib jadi PM..

Posted: 14 Sep 2016 06:39 PM PDT

.. berikan 3 patah perkataan bila ANDA lihat wajah Najib Razak.

Syiah tetap Islam, kata mufti Pulau Pinang

Posted: 14 Sep 2016 06:32 PM PDT

Wan Salim berkata umat Islam tidak boleh mudah mengkafirkan orang lain.
Datuk-Dr-Wan-Salim-Wan-Mohd-Noor
PETALING JAYA: Aliran Syiah tetap sebahagian daripada Islam walaupun mempunyai perbezaan besar dengan aliran Sunnah, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
"Walaupun Syiah memiliki perbezaan agak jauh, selagi cara mereka sembahyang dan menghadap kiblat sama dengan kita, mereka sebahagian daripada kita.
"Kita tidak boleh kafirkan mereka. Hadis Rasulullah pun ada sebut," katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau merujuk hadis dari sahabat Nabi, Anas bin Malik, seperti diriwayatkan dalam kumpulan hadis Sahih Bukhari: "Rasulullah bersabda, barangsiapa solat seperti kita, menghadap kiblat seperti kita, dan memakan haiwan sembelihan seperti kita, maka dialah orang Muslim yang berada di bawah perlindungan Allah dan Rasul-Nya".
Pandangan mufti itu berbeza daripada pendirian pihak berkuasa agama di Malaysia yang menganggap Syiah menyimpang daripada Islam.
Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 menyatakan Syiah sebagai ajaran "sesat" dan tidak boleh diamalkan.
Wan Salim diminta mengulas masalah perbezaan fahaman di kalangan umat Islam yang turut mencorak pergolakan di Timur Tengah pada masa ini.
Minggu lalu, Islamic Rennaisance Front (IRF) menganjurkan seminar "Islam tanpa Sektarianisme" yang juga membincangkan persoalan yang sama.
Kita sibuk dengan pembahagian
Mengikut Wan Salim, sikap taksub dan amalan "takfiri" (mengkafirkan umat Islam yang berbeza pandangan) oleh pihak tertentu menyebabkan berlakunya pembunuhan sesama umat Islam.
Katanya lagi, sikap saling mengkafirkan atas perbezaan mazhab itu hanya bermanfaat kepada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada perpecahan umat Islam.
"Kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan sesama Islam. Itu hanya menguntungkan pihak yang memusuhi Islam. Mereka tidak mengira sama ada anda Sunni, Syiah atau Wahabi," katanya merujuk salah satu aliran yang menjadi ikutan rasmi di Arab Saudi.
"Kita sahaja yang sibuk dengan pembahagian sebegini."
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir ahli pertama Bersatu

Posted: 14 Sep 2016 06:25 PM PDT

Mahathir ahli pertama BersatuBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi ahl terawal mendaftarkan diri sebagai ahli seumur hidup parti Bersatu.
Menerusi Facebook rasmi parti itu, gambar Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu sedang mengisi borang di muat naik.
Netizen memberi pelbagai rekasi terhadap gambar berkenaan seperti berharap usaha Mahathir itu mendapat sokongan dari rakyat.
Terdapat juga reaksi mencemuh tindakan Mahathir menubuhkan parti baharu dengan mendakwa beliau memecahbelahkan Melayu.
Selain itu beberapa gambar pemimpin Bersatu mengisi borang keahlian seumur hidup turut dimuat naik seperti presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Setiausaha Kerja Eksekutif, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Srikandi parti, Anina Saaduddin.
Selain itu turut di muat naik adalah suasana orang ramai di pusat pendaftaran Bersatu di Bukit Damansara.
Sementara itu Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (Pendaftaran) Bersatu, Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi memaklumkan pendaftaran ahli Bersatu secara terus boleh dilakukan di Suite 2.01, Epicure, No1, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
"Manakala pendaftaran secara atas talian dijangka diaktifkan pada minggu ketiga bulan September.
"Nama-nama penyelaras pendaftaran di peringkat negeri akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

1 lawan 1: Pas setuju, tapi ‎sejauh mana mampu buat - Dr Mahfodz

Posted: 14 Sep 2016 06:24 PM PDT


Mahfodz Mohamed 

Pas pada asasnya setuju dengan konsep satu lawan satu  malah yakin parti pembangkang akan menang besar ia digunakan menentang BN.
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, bagaimanapun berkata, parti itu tidak pasti sejauh mana strategi tersebut mampu direalisasikan.
"Saya ingat semua pembangkang bersetuju dan berhasrat supaya tak ada tiga penjuru. Memang kita harapkan untuk jatuhkan BN dengan satu lawan satu.
"Jika berlaku begitu (satu lawan satu) kemungkinan besar (pembangkang) akan menang. Tetapi sama ada ia akan berlaku atau tidak, itu Wallahualam," katanya kepada Sinar Harian, semalam,
Kelmarin, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah menyatakan sekiranya  pembangkang sepakat memilih formula satu lawan satu, ia boleh mengancam kedudukan Umno.
Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, setakat ini Pas tidak mengadakan  perbincangan mengenai perkara itu dengan mana-mana parti pembangkang yang lain.
"Cuma yang kita dah ada kerjasama ialah dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan). Apa yang pasti, kita tak akan buat hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Yang lain-lain, termasuk Bersatu itu ada kemungkinanlah. Tetapi setakat ini lah, tak tahulah (akan datang) sebab politik ini semua boleh kalau dah sampai masanya," katanya.
Mengenai halangan untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah, beliau berkata, Pas menyerahkan kepada kebijaksanaan PKR untuk menentukan memandangkan parti itu mempunyai hubungan dengan kedua-dua belah pihak.
"Kalau ada keperluan kita akan bincang secara dalaman dan dengan PKR," katanya.

Perangi ekstremis perlu pendekatan baharu, kata Dr Mahathir

Posted: 14 Sep 2016 06:23 PM PDT

Tanpa ilmu pengetahuan, umat Islam tidak akan dapat bersaing dengan negara besar dunia.
mahathir-extreme
KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu mengkaji semula pendekatan mereka mengenai Islam terutamanya dari segi kesederhanaan bagi memerangi ekstremis agama, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata mesej Islam sebenar harus diperjelaskan bagi menangani fahaman dan ideologi ekstremisme.
Selain itu, umat Islam perlu menitikberatkan ilmu pengetahuan dan bukannya menekankan kepada aspek keagamaan semata-mata kerana Islam tidak terhad kepada solat sahaja, kata Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) itu merasmikan mesyuarat agung tahunan yang ke-55 badan itu, malam semalam.
"Kita (umat Islam) tidak boleh melupakan aspek pendidikan, tanpa ilmu pengetahuan ummah tidak akan dapat bersaing dengan negara-negara besar dunia.
"Tetapi malangnya pada hari ini orang Islam lebih gemar berperang sesama sendiri dan menggunakan keganasan. Ini bukan Islam sebenar," katanya.
Mesyuarat 2 hari bermula hari ini dihadiri lebih 200 perwakilan Perkim di seluruh negara, dan pada majlis itu Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria dianugerahi Tokoh Pendakwah Unggul Perkim 2016 di atas usahanya mengembangkan ajaran Islam.
Turut hadir Setiausaha Agung Kehormat Perkim Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Dr Mahathir tidak tahu menahu permintaan Nurul Nuha

Posted: 14 Sep 2016 06:22 PM PDT

Tun Dr Mahathir (kanan) tidak tahu Nurul Nuha (kiri) membuat kenyataan agar beliau memohon maaf secara terbuka kepada  Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tun Dr Mahathir (kanan) tidak tahu Nurul Nuha (kiri) membuat kenyataan agar beliau memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan terpinga-pinga ketika diajukan soalan berhubung permintaan anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha yang mahu bekas perdana menteri itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Malah, Dr Mahathir dipetik berkata, beliau tidak tahu tentang perkara berkenaan.
"Tak tahu," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di ibu negara, malam tadi seperti dilapor Malaysiakini.
Semalam portal itu memetik laporan The Malay Mail Online yang melaporkan Nurul Nuha mahu Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan lampau terhadap bapanya yang kini meringkuk di penjara.
Menurut Nurul Nuha, Mahathir mesti bertanggungjawab terhadap dakwaan rasuah dan liwat terhadap Anwar pada tahun 1998 sebelum berfikir tentang membentuk sebarang pakatan dengan PKR melalui parti barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Senaman punggung: Ali Tinju gengster kampung, tidak layak cakap pasal demokrasi

Posted: 14 Sep 2016 06:20 PM PDT


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Seri  Khairuddin Abu Hassan membidas kenyataan Presiden Gerakan Merah Mohd Ali Baharom yang mahu mengadakan 'senaman punggung' di hadapan rumah Maria Chin Abdullah sebagai satu ugutan yang tidak  berlandaskan demokrasi.
 Beliau berkata, pemimpin gerakan baju merah itu hanya seorang penyangak dan gengster kampung yang tidak layak untuk bercakap soal demokrasi dan undang-undang.
"Penyangak dan gangster kampungan Ali Tinju berperangai macam orang yang tidak bertamadun dan kini dia nak bercakap mengenai amalan demokrasi serta keluhuran undang-undang?
"Jangan nampak samseng dia saja.. nak asyik jual nama bekas tentera untuk mengugut orang lain," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairuddin membuat kenyataan demikian ekoran semalam, Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) yang dipimpin Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju mahu mengadakan 'senaman punggung' di hadapan kediaman Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah pada 19 September ini.
Maria sebelum itu mengumumkan akan menganjurkan himpunan Bersih 5 bagi tujuan bantahan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Ali Baharom dan kumpulan gerakan merahnya ketika mengadakan 'senaman punggung' di hadapan rumah Ambiga empat tahun lalu bercadang akan berbuat demikian di rumah Maria Chin pada 19 September ini.Ali Baharom dan kumpulan gerakan merahnya ketika mengadakan 'senaman punggung' di hadapan rumah Ambiga empat tahun lalu bercadang akan berbuat demikian di rumah Maria Chin pada 19 September ini.Dalam siri pertama 'senaman punggung' Ali Tinju yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM)  melakukannya pada Bersih 3 dengan cara  beraksi sambil membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung ke arah kediaman bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga empat tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Ali Tinju ugut Maria tak jalan di bumi lagi

Posted: 14 Sep 2016 06:18 PM PDT

Maria Chin bagaimanapun komited kepada usaha mendesak reformasi institusi di Malaysia
ali-tinju-maria-chin-1
PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin perlu berwaspada atau beliau nanti "tidak akan berjalan di atas bumi", kata pemimpin Gerakan Merah Ali Tinju.
Bekas anggota tentera itu, yang nama sebenarnya Mohd Ali Baharom, memberi amaran selepas Maria mengumumkan tunjuk perasaan Bersih 5 akan diadakan 19 November nanti.
"Kita akan serang hendap dia. Tengok masa. Saya tak kisah masuk penjara. 10 tahun pun tak kisah.
"Tunggu dan lihat. Dia tak akan rasa aman, walaupun pengawal peribadi 10 ke 20 orang, kita akan sebat.
"Dia kena ingat. Saya takut dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera.
"Jangan cabar kami. Nanti kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala dia ke bawah jalan," katanya kepada FMT hari ini.
Sementara itu, Ali berkata kumpulannya mungkin akan menganjurkan sesi senaman di depan kediaman Maria untuk menguatkan pinggul mereka.
Dia tidak menceritakan rancangannya itu dengan lebih lanjut, sebaliknya memaklumkan FMT dia merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan sekiranya Bersih meneruskan rancangan 19 November itu. Katanya, Bersih 5 beri masalah kepada rutin harian orang lain.
"Kenapa dia pulak nak jadi hero. Kalau kamu semua tak puas hati dengan kerajaan yang memerintah, kamu semua tunggu PRU-14 lah. Negara kita ada undang-undang, kena hormati undang-undang.
"Kita akan turunkan orang-orang kita dan buat tunjuk perasaan terhadap 'Kuning' pada hari yang sama.
"Tetapi dalam masa terdekat ini saya akan serang hendap Maria Chin. Mungkin kat rumah, mungkin kat kedai, mungkin kat mana-mana.
"Perbuatan pada 19 November untuk buat himpunan akan menyusahkan orang berniaga, orang nak beli belah, pelancong pun rasa takut nak datang, dan rasa negara ini seperti tidak aman dan tidak selamat. Jadi Maria Chin pun tidak akan selamat selepas ini."
Ditanya mengenai tindakan undang-undang sekiranya dia menyebabkan bahaya menimpa Maria atau pada orang yang menjaga keselamatannya, Ali berkata perkara itu terletak pada mahkamah, bukan Maria.
Read More / Baca Lagi >>

Polis digesa siasat ugutan ‘tak jalan di bumi’ Ali Tinju terhadap Maria

Posted: 14 Sep 2016 06:17 PM PDT

Ramkarpal berkata polis mempunyai kuasa secukupnya melakukan siasatan walaupun tanpa laporan polis.
ramkarpal
PETALING JAYA: Polis digesa segera menyiasat ugutan yang dibuat terhadap Maria Chin Abdullah oleh ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom, yang memberi amaran kepada pengerusi Bersih 2.0 itu supaya berwaspada atau "tidak akan berjalan di atas bumi".
Ahli Parlimen DAP Ramkarpal Singh berkata jika benar kenyataan yang dibuat Ali, yang juga dikenali Ali Tinju, ia jelas satu kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Jenayah.
"Saya menggesa Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) memulakan siasatan ke atas kenyataan Ali Tinju secepat mungkin," katanya.
Maria bagaimanapun memberitahu FMT beliau mahu memberikan tumpuan terhadap perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan pada 19 November nanti.
Ramkarpal berkata kenyataan Ali sudah memadai bagi pihak polis menjalankan siasatan.
"Sama ada Maria mahu membuat laporan polis atau tidak bukan isu kerana polis mempunyai kuasa secukupnya memulakan siasatan walaupun tanpa laporan polis," kata Ramkarpal kepada FMT.
Semalam, FMT memetik Ali Tinju sebagai berkata beliau tidak kisah sekiranya terpaksa masuk penjara bagi menghalang Maria, susulan pengumuman Bersih 2.0 untuk menganjurkan perhimpunan ke-5 di Kuala Lumpur pada 19 November.
"Kita akan serang hendap dia. Tengok masa. Saya tak kisah masuk penjara. 10 tahun pun tak kisah.
"Tunggu dan lihat. Dia tak akan rasa aman, walaupun pengawal peribadi 10 ke 20 orang, kita akan sebat. Dia kena ingat. Saya takut dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera," katanya.
Beliau turut membuat ugutan lebih spesifik: "Nanti kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala dia ke bawah jalan."

Muhyiddin DEDAHKAN Nama Individu UMNO Yang Sudah MENGAKU MO1 MEMANG Najib

Posted: 14 Sep 2016 05:57 AM PDT

BARU SEDAR!! Rakyat Sabah Sarawak Pun BENCI Dah DENGAR JANJI-JANJI Najib BN - Tun M

Posted: 14 Sep 2016 05:56 AM PDT

Jamal perlekeh BERSIH 5, tak percaya 19 Nov

Posted: 14 Sep 2016 05:50 AM PDT

Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mad Yunos percaya himpunan BERSIH 5 yang dijadual berlangsung pada 19 November depan akan ditangguhkan ke satu tarikh baru.
Jamal berkata, ini kerana sudah setahun berlalu Maria menyimpan hasrat untuk mengadakan himpunan itu namun baru sekarang beliau mendapat tarikhnya.
"Bagi saya, apa yang diumumkan oleh kumpulan 'binatang sarkis' ini adalah satu perkara yang kelakarlah untuk BERSIH 5, dah setahun dia umum, hari ini beritahu nak adakan pada 19 November.
"Saya percaya tarikh tersebut tak akan jadi, mereka akan ubah tarikh itu. Sengaja propaganda untuk meracuni pemikiran rakyat, jadi dalam masa dua bulan ini sempatlah mereka nak menipu rakyat untuk turun ke jalan raya," kata Jamal kepada Malaysiakini.
Jamal berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Maria bahawa BERSIH 5 akan diadakan pada 19 November depan yang dilihat bakal memberi tekanan kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Jamal berkata, jika dilihat pada tarikh yang diumumkan Maria iaitu pada 19 November depan, kumpulan tersebut mempunyai masa sekitar dua bulan bagi menganjurkan himpunan itu.
Justeru, Maria disifatkan masih mempunyai masa untuk meracuni pemikiran rakyat agar turun ke jalan raya.
"Kalau tengok tarikh hari ini dia ada 2 bulan lagi jadi sempatlah mereka untuk menipu rakyat kerana (himpunan MO1) sebelum ini tak dapat sambutan dari rakyat dan orang ramai untuk menyertai mereka.
"Dimana BERSIH yang sepatutnya berdemo untuk MO1 telah mempergunakan mahasiswa untuk 'test market'. Jadi, sebab itu mereka menangguhkan jauh kehadapan tarikh himpunan ini bagi tujuan mereka sempat menipu rakyat dan orang ramai serta menghasut orang ramai untuk turun ke jalan raya menyertai mereka," kata Jamal.
Read More / Baca Lagi >>

PPBM sudah lantik wakil negeri edar borang ahli

Posted: 14 Sep 2016 05:47 AM PDT


Tun  Dr Mahathir Mohamad ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika mengisi borang kehalian pagi tadi.Tun Dr Mahathir Mohamad ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika mengisi borang kehalian pagi tadi.
Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi ahli terawal mendaftar sebagai ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) har ini.
Parti Pribumi itu mula mengedarkan borang keahlian mereka hari ini dan menjadikan pejabat Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara sebagai pusat pendaftaran.
Menurut Facebook parti itu malam ini, memaklumkan baru sahaja selesai urusan perlantikan wakil setiap negeri.
"Malam ini akan diumumkan WAKIL SETIAP NEGERI beserta nombor telefon. Sebarang urusan keahlian boleh menghubungi wakil-wakil negeri yang akan diumumkan.
"Selain borang fizikal melalui wakil-wakil tersebut, mulai minggu hadapan, borang secara atas talian dan aplikasi telefon pintar akan dilancarkan. Maka, bagi mereka yang mempunyai smart phone boleh mendaftar melalui aplikasi dan website yang akan diumumkan kelak, ujar kenyataan dilaman itu.
Dr Mahathir  dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini menjadi anggota terawal mendaftar sebagai anggota seumur hidup dan membayar yuran RM100.
Diikuti Muhyiddin, Kamarulazman Habibur Rahman,Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Anina Saadudin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengisi borang pendaftaran ahli seumur hidup yang mana foto-foto mereka  turut dimuat naik ke laman sosial  rasmi parti itu, selain gambar orang ramai yang mengerumuni tempat itu.
PPBM juga mendapat anggota bukan bumiputera pertama mereka hari ini.
Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 8 September dilapor sudah meluluskan permohonan parti itu.
Walaupun kaunter sepatutnya dibuka pada jam 11 pagi hari ini, orang awam sudah mula memenuhi pusat pendaftaran pusat, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Bagi orang ramai yang ingin mendaftar sebagai ahli boleh hadir di Suite 2.01, Epicure, No.1 Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.

HANYA DENGAN SEDIA SERTAI SATU LAWAN SATU, PAS DAPAT BUKTIKAN TIDAK PERNAH TERIMA RM90 JUTA

Posted: 14 Sep 2016 05:45 AM PDT

Ada dua perkara yang menjadi pertanyaan ramai mengenai Pas sekarang ini:-

- Apakah Pas akan bersama dengan parti-parti pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN atau kekal bersendirian dan menjadikan pertandingan tiga penjuru yang dalam ertikata lain memberi kelebihan kepada Najib Razak, UMNO dan BN dalam PRU 14 akan datang?

- Bilakah saman terhadap Sarawak Report yang diumumkan lebih sebulan lalu oleh Hadi Awang sendiri akan menjadi kenyataan?
Meskipun beberapa pemimpin Pas ada menyatakan keinginan untuk melihat pertandingan satu lawan satu berhadapan dengan BN dalam PRU 14 akan datang, kenyataan yang serupa belum pernah keluar daripada mulut Hadi Awang selaku Presiden Pas atau Mursyidul Amnya, Dr Haron Din.

Ini menjadikan pendirian Pas masih menjadi tanda-tanya sama ada parti itu benar-benar mahu menumbangkan BN atau sebenarnya ingin menjadi "tongkat penyelamat" kepada kedudukan Najib, UMNO dan BN.

Sepertimana yang selalu diulang oleh Tun Mahathir Mohamad, parti-parti pembangkang yang tidak sedia berpakat untuk bertanding satu lawan satu menentang BN, ia adalah sama seperti memberi pertolongan kepada Najib yang sedang berhadapan dengan skandal kewangan berkaitan dirinya.

Sehingga ini, beberapa pemimpin kanan Pas seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad, Iskandar Samad, Mustaffa Ali dan lain-lain nampak bersetuju dengan pendirian Tun Mahathir itu, cuma Hadi Awang dan Dr Haron Din yang merupakan "pemberi kata putus" berkaitan hala tuju parti itu, kekal tidak berbunyi dan berdiam diri.

Maka, pendirian Pas masih dianggap misteri dan tidak menentu.

Dalam waktu yang sama, Pas juga berhadapan dengan dakwaan menerima bantuan kewangan sebanyak RM90 juta daripada Najib yang dibuat oleh Sarawak Report, tidak lama sebelum ini.

Berikutan itu, Hadi Awang pada 13 Ogos lalu mengumumkan bahawa Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report dengan melantik seorang peguam kanan di London bagi tujuan tersebut.

Katanya lagi, proses itu akan dilakukan dalam tempoh sebulan daripada sekarang.

Oleh kerana hari ini sudah 14 September, bermakna sudah lebih sebulan masa berlalu dan masih tidak kedengaran apa-apa perkembangan mengenai saman itu.

Apakah ia akan tetap diteruskan, masih dalam proses rundingan dengan peguam atau sudah dibatalkan sebagaimana ura-ura saman Najib terhadap WSJ sebelum ini yang hanya gah dan berdentum-dentum di permulaan, tetapi akhirnya sunyi sepi sehingga sekarang?

Jika Pas berdiam diri dan tidak meneruskan saman, tanggapan ramai ialah mungkin benar parti itu atau pemimpin tertentunya ada menerima bantuan kewangan daripada Najib sepertimana yang didakwa Sarawak Report itu.
Read More / Baca Lagi >>

Hari Selasa dah tak boleh jadi mungkin Khamis sesuai untuk samang IBT?

Posted: 14 Sep 2016 05:18 AM PDT

Belum sempat @NajibRazak bernafas bila media Korea 'memuji suaminya' semalam, hari ini sekali lagi jadi perhatian dunia!

International Business Times (IBT) dengan selamba melaporkan perompak wang rakyat ini mengguna wang 1MDB untuk kekal awet muda sampai ke liang lahad!

PENIPU@BOHONG BUDAYA UMNO...!!!

Posted: 14 Sep 2016 05:10 AM PDT

Camna dia boleh jadi menteri kewangan negara, basic math pon dah failed...

Tu blom masuk bab kenal NAJIB MUGHALLAZAH.. ooopps silap NAJIS MUGHALLAZAH...

Bohong Punya bohong... Belit Punya Belit.. Sudah jadi bertimbun-bertimbun, kita pun sudah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar....

Biar rakyat menilaikannya sendiri bila JANJI DICAPATI..

Posted: 14 Sep 2016 05:08 AM PDT

APA DAH JADI PADA PAS NAK SAMAN SARAWAK REPORT 'KURANG SEBULAN' yg keluar kenyataan dari Naib Ketua Ulama Sedunia sebulan yg lepas ??!!!

Adakah ia sudah mirip SEPERTI JANJI SAMAN HARI SELASA WSJ-NAJIB ???

Siapa KEPALA PEROMPAK sebenarnya..??

Posted: 14 Sep 2016 05:06 AM PDT

MANA ADA kepala perompak mengaku dirinya kepala perompak !!

#MO1, ayah tiri kepada penerbit filem porno ITU SIAPA ??!!

ADA BERANI KA Macha !!!

Posted: 14 Sep 2016 05:04 AM PDT

Macha... WSJ ada dokumen...ada receipt ada bukti.. kalo tak puas hati, samanlah WSJ !!!.. biar seluruh rakyat M'sia dan dunia dapat lihat bahan bukti 'Imelda Marcos M'sia' disiarkan ke seluruh dunia...

RUGI LAGI: PAKCIK MAKCIK FELDA SEDAR TAK !!!

Posted: 14 Sep 2016 05:02 AM PDT

Sekali lagi lidah siar fitnah Umno catat kerugian buat 5 TAHUN BERTURUT-TURUT...

Mana nak berkat dlm bisnes jika juara & KERAP KALAH SAMAN FITNAH..

TERBARU..!! Selepas TV3 RM200,000, Nizar bakal terima sekali lagi RM200,000 lagi dari Utusan pula.

Bila kebodohan mengatasi akal inilah hasilnya..

Posted: 14 Sep 2016 05:01 AM PDT

Menipu & putar belit fakta adalah makanan ruji bagi Umno..

AKHIRNYA, hingga kini spesis ini sukar dikesan lagi terus membisu.

Peguam AS saran media lawat Anwar di penjara

Posted: 14 Sep 2016 04:58 AM PDT

Perlembagaan Persekutuan membenarkan sesiapa sahaja bertemu bekas ketua pembangkang itu, jelas beliau.
Kimberley-Motley
PETALING JAYA: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan pengamal media melihat sendiri keadaan bekas ketua pembangkang di Penjara Sungai Buloh.
Kimberley Motley menjelaskan Perlembagaan Persekutuan dan jaminan kebebasan bersuara yang termaktub membenarkan sesiapa sahaja bertemu Ketua Umum PKR itu.
"Saya menyarankan anda sebagai pengamal media bercakap sendiri dengan Anwar dan mendapatkan jawapan sendiri mengenai soalan-soalan terhadap Anwar," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Penjara Sungai Buloh petang tadi.
Beliau menjawab soalam pemberita mengenai keadan dalam sel Anwar. Peguam warga Amerika Syarikat itu tidak melihat sel kerana beliau dan anak guamnya berbincang di bilik khusus untuk peguam.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabit kesalahan atas tuduhan salah laku seks terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)