Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:53 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Himpunan BERSIH 5 pada 19 November 2016

Posted: 13 Sep 2016 10:03 PM PDT

Tarikh perhimpunan besar BERSIH 5 ditetapkan pada Sabtu, 19 November depan.

Hanya satu cara bebaskan Anwar

Posted: 13 Sep 2016 09:40 PM PDT

Semakan penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan terhadap keputusannya sendiri merupakan tugas yang besar tetapi bukan mustahil, kata peguam jenayah.
Datuk-N.-Sivananthan
KUALA LUMPUR: Satu-satunya cara Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibebaskan dari penjara ialah dengan dakwaan liwat terhadapnya dibatalkan panel baharu Mahkamah Persekutuan, menurut seorang peguam jenayah.
Bagaimanapun, Datuk N. Sivananthan berkata peguam bekas ketua pembangkang itu perlu terlebih dulu meyakinkan mahkamah yang sabitan terhadap dakwaan itu tahun lalu adalah tidak adil.
"Peguamnya perlu membuktikan keputusan itu tidak sah, berat sebelah atau prejudis," kata Sivananthan yang merupakan peguam di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Katanya, mahkamah hanya akan mengetepikan keputusan sebelum ini jika ia berpuas hati syarat ketat dipenuhi di bawah Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995.
Susulan itu, katanya mahkamah akan mendengar rayuan dan pada peringkat inilah peguam Anwar dapat memberikan hujah mereka berdasarkan fakta dan undang-undang.
Anwar memfailkan semakan kehakiman tahun lalu dan Mahkamah Persekutuan dijangka mendengarnya pada 12 Oktober.
"Beliau boleh dibebaskan hanya jika panel hakim baharu membenarkan rayuannya dan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan," kata Sivananthan yang bagaimanapun berkata setahunya, perkara seumpama itu belum pernah berlaku dalam sesuatu kes jenayah.
"Ia tugas yang berat tetapi tidak ada apa-apa yang mustahil," katanya.
Semalam, peguam hak asasi dari Amerika Syarikat Kimberley Motley dilaporkan berkata Anwar tidak melakukan sebarang jenayah
Motley, yang mendakwa beliau dipilih mewakili Anwar tanpa apa-apa bayaran guaman, turut berkata akan bercakap di seluruh dunia tentang layanan yang diberikan terhadap Anwar di bawah sistem perundangan Malaysia.
Motley sebelum ini dilarang bertemu pemimpin PKR itu, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Peguam, K. Ramu mengingatkan Motley yang Anwar didapati bersalah oleh mahkamah tertinggi di Malaysia dan ia bukan rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan mahkamah lebih rendah.
"Perjuangan terakhir Anwar ialah di dalam Mahkamah Persekutuan. Sia-sia membuat kenyataan dia tidak bersalah atau mahu melancarkan kempen antarabangsa," katanya kepada FMT.
Ramu berkata Motley bukan peguam berdaftar di Malaysia dan bukan juga sebahagian barisan peguam Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

‘Tahanan politik Afghanistan dilayan lebih baik daripada Anwar’

Posted: 13 Sep 2016 09:38 PM PDT

Berurusan dengan tahanan politik adalah lebih mudah di Afghanistan berbanding Malaysia, kata peguam tersohor Amerika Syarikat, Kimberley Motley.
Motley, anggota terbaru pasukan peguam bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata di Afghanistan, beliau tidak akan dinafikan akses kepada anak guamnya.
"Malaysia adalah tempat yang indah. Kecuali hakikat, bahawa saya telah dinafikan akses berjumpa dengan Anwar, penduduk di sini sangat baik.
"(Tetapi) mengejutkan Afghanistan lebih mudah daripada sini, untuk berkata sesuatu. Sebagai contoh, saya boleh berjumpa dengan orang yang saya wakili," kata Motley kepada Malaysiakini dalam satu wawancara semalam.
Katanya, ada kala tahanan politik di Afghanistan juga diberi akses kepada media.
Walaupun media di negara ini masih dapat bercakap dengan Anwar, namun sering-kali ini dilakukan dengan wartawan menjerit soalan ketika beliau diiringi di dalam atau di luar mahkamah.
"Dalam banyak cara, apa yang berlaku di Afghanistan, sistem undang-undang mereka lebih baik berbanding layanan ke atas Anwar oleh sistem undang-undang di Malaysia.
"Saya mempunyai masalah dengan kerajaan (Afghanistan), jangan salah faham, tetapi dari segi mendapat akses kepada pelanggan saya, yang tidak pernah ada masalah di Afghanistan," katanya.
Antara kes tersukar
Ini menurutnya, menjadikan pembabitannya dengan kes Anwar sebagai lima kes teratas yang sukar untuk bermula yang pernah dikendalikannya.
Motley, seorang graduan lulusan Marquette Law School pada tahun 2003, berkhidmat di Amerika Syarikat dan Afghanistan.
Beliau juga telah menjalankan kerja penyelidikan dalam bidang keadilan juvana yang mendapat laporkan di peringkat antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2017: Kerajaan jangan korban sektor pendidikan dan kesihatan

Posted: 13 Sep 2016 09:37 PM PDT


Dr Dzulkefly Ahmad Dr Dzulkefly Ahmad Kerajaan tidak boleh mengabaikan atau berkompromi terhadap sektor yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat dan generasi akan datang dalam penyediaan Bajet 2017 yang akan dibentang pada Oktober depan, kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, amat penting sektor seperti pendidikan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur diberi keutamaan dalam pelaksanaan bajet tahun hadapan.
Kerajaan katanya juga, tidak boleh selesa dengan pengumuman tentang pendapatan isi rumah yang meningkat sebanyak RM1, 141 kepada RM6, 141 sebulan, kajian Keadaan Isi Rumah ll  sepertimana Laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
Kerajaan  tidak perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan RM3000 ke bawah meminjam tujuh kali nisbah pendapatan mereka untuk menyara keluarga mereka, mengikut kata penganalisis ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam, katanya.
Lebih penting adalah ketidakserataan (jurang) pendapatan dan kekayaan. Sebagai contoh, Dr Dzulkefly memetik kenyataan Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Mokhtar yang menekankan ketidakseimbangan di segi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan simpanan (Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Ternyata ketara ramai rakyat tidak menyimpan secukupnya untuk tempoh persaraan selama 20 tahun kerana terlalu banyak berhutang. Mereka ini terdedah kepada episod kejutan ekonomi (economic shocks) seperti krisis ekonomi dan kemelesetan.
Walaupun KRI mengiktiraf jangka hayat bertambah, namun kenaikan harga makanan khususnya, adalah lebih ketara dan membimbangkan berbanding inflasi secara menyeluruh mengikut Pengarah Urusannya.
Justeru Dr Zulkefly yang juga mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mengesa peruntukan belanjawan 2017 itu mestilah memastikan keutamaan dan keseimbangan bagi menangani keperluan utama rakyat.
Kerajaan sebelum ini sudah pun membuat pemotongan biasiswa dalam sektor pendidikan diharap tidak membuat pemotongan sama dalam Bajet 2017.Kerajaan sebelum ini sudah pun membuat pemotongan biasiswa dalam sektor pendidikan diharap tidak membuat pemotongan sama dalam Bajet 2017."Strategi perdana menteri adalah untuk mengalakkan rakyat berbelanja sebagai memacu pertumbuhan melalui perbelanjaan domestik dan isi rumah.
"Namun jangan korbankan masa depan rakyat dengan bebanan hutang. Lebih mustahak adalah untuk pastikan keutamaan rakyat dan kepentingan generasi akan datang seperti dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.
"Persoalan biasiswa terkorban kerana dana tidak cukup sementara projek mewah diteruskan. Peruntukan asas sekolah pun tidak diperuntukkan secukupnya sehingga ada menteri tuntut PIBG untuk peruntukan dana kegiatan sekolah," ujarnya kepada Malaysia Dateline ketika diminta pandangan mengenai cadangan penyediaan Bajet 2017 kepada kerajaan.
Perbelanjaan keterlaluan Kerajaan
Perbelanjaan kerajaan untuk 'refurbish' Tugu Peringatan kepada Taman Tugu adalah keterlaluan disaat ketidak tentuan ekonomi global dan domestik.Perbelanjaan kerajaan untuk 'refurbish' Tugu Peringatan kepada Taman Tugu adalah keterlaluan disaat ketidak tentuan ekonomi global dan domestik.Terkini, ujarnya lagi, perbelanjaan kerajaan untuk 'refurbish' Tugu Peringatan kepada Taman Tugu, yang dikatakan kerajaan akan berbelanja sebanyak RM650juta adalah 'keterlaluan'.
"Sedangkan kerajaan sebelum ini sudah pun membuat pemotongan dalam sektor pendidikan dan kesihatan.
Read More / Baca Lagi >>

KEAHLIAN PPBM - 10 PERATUS DARIPADA KEAHLIAN UMNO SUDAH MEMADAI.....

Posted: 13 Sep 2016 09:36 PM PDT

Sepertimana yang diberitahu kepada umum sebelum ini, pendaftaran untuk menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM akan bermula hari ini.

Buat permulaan, pendaftaran keahlian secara "walk in" boleh dilakukan di alamat berikut - Suite 2.01, Epicure, No 1, Jalan Medan Setia 1,  Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Dalam waktu terdekat ini juga, penyelaras di peringkat negeri akan diumumkan untuk memudahkan lagi proses mendaftarkan keahlian di luar Lembah Kelang.

Selain itu, pada minggu ketiga bulan September pula, pendaftaran keahlian secara online dijangka akan diaktifkan.

Beberapa kelompok seperti Whatsapp grup, Facebook, kumpulan dan individu tertentu turut menampakkan ingin bergerak mencari keahlian secara sukarela dan "demi perjuangan"  bagi memastikan kejayaan PPBM.

Berdasarkan respon hangat masyarakat, pengaruh Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan lain-lain pemimpin yang dipecat, kebencian terhadap UMNO, rasa meluat kepada Najib Razak, menyampah dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang terus sombong dan angkuh, keghairahan ingin menjatuhkan BN dan pelbagai sebab lainnya, adalah dijangka dan tidak mengejutkan kiranya keahlian PPBM akan mendapat sambutan yang luar biasa.

Semua orang tahu PPBM bertujuan ingin mengalahkan UMNO dan memecahkan undi Melayu di kawasan di mana parti itu selama ini bertanding atau bertapak. Sebab itu, PPBM ditubuhkan mirip UMNO kerana ia adalah alternatif kepada UMNO yang ketika ini sudah menjadi parti untuk mempertahankan Najib semata-mata.

Oleh yang demikian, dalam waktu terdekat atau sekurang-kurangnya sebelum berlabuhnya tirai tahun 2016, berapa ahli yang munasabah yang perlu didaftarkan oleh PPBM?
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa tak nafi, ini bermakna dakwaan WSJ benar - MP Segambut

Posted: 13 Sep 2016 09:34 PM PDT

Nurul Nuha mahu Tun M buat pengakuan maaf terbuka kepada Anwar

Posted: 13 Sep 2016 09:18 PM PDT

Nurul Nuha  berkata permohonan maaf  terbuka akan mengurangkan penderitaan yang mereka sekeluarga lalui selama 18 tahun ini.Nurul Nuha berkata permohonan maaf terbuka akan mengurangkan penderitaan yang mereka sekeluarga lalui selama 18 tahun ini.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengakui kesalahan-kesalahan masa lalu terhadap pemimpin pembangkang, kata Nurul Nuha Anwar.
Nurul Nuha anak kedua kepada bekas timbalan perdana menteri itu berkata, Dr Mahathir mesti mengakui dakwaan rasuah dan liwat "yang direka-reka" terhadap Anwar pada tahun 1998 sebelum berfikir mengenai sebarang bentuk pakatan dengan Ketua Umum PKR itu.
"Sebagai seorang anak gadis yang menyaksikan azab yang tidak terkira bapa saya lalui 18 tahun yang lalu, hasrat peribadi saya adalah supaya Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka dan mengakui dakwaan berkenaan adalah rekaan.
"Saya rasa ini akan mengurangkan penderitaan yang kami lalui sebagai sebuah keluarga. Ia bukannya akan menjadi lebih mudah, tetapi kamu perlu menjadi lebih kuat,"kata Nurul Nuha kepada Malay Mail Online seperti dipetik.
Dr Mahathir muncul di mahkamah pada 5 September lalu untuk kes yang melibatkan Anwar, yang telah memfailkan injunksi interim di Mahkamah Tinggi, untuk menghentikan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 daripada dikuatkuasakan.
Kedua-dua pemimpin enggan mengulas sama ada pertemuan bersejarah itu , merupakan satu bentuk langkah perdamaian.
Dr Mahathir memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, dan beliau kemudiannya dipenjarakan dan didakwa dengan tuduhan liwat dan rasuah.
Read More / Baca Lagi >>

SEKARANG SIAPA YANG LEBIH FIR’AUN? – 2

Posted: 13 Sep 2016 09:17 PM PDT


Dalam Al Quran, terdapat banyak cerita mengenai tabiat dan fi'il geng2 yang melakukan kejahatan dan rasuah. Pertembungan antara golongan yang ada kuasa dengan golongan yang ditindas, saikoloji penindas dan yang dizalimi adalah antara isu2 yang dapat dilihat dan dipelajari dalam kisah firaun dan nabi musa as.
Firaun bukan nama khusus seseoang raja – tapi ianya gelaran keatas pemerintahan yang zalim, ganas, dan buas. Maka, istilah firaun boleh dipakai dalam mana2 zaman untuk merujuk kepada pemimpin dan kerajaan yang ganas dan buas.
Malaysia hari ini, berada dalam keadaan yang demikian.
Banyak lagi pengajaran politik ada dalam surah ke 7 Al Quran itu. Bermula dari ayat 103.
Senjata paling ampuh dalam tangan rakyat yang ditindas dan dizalimi oleh pemerintah yang buas, ialah kebenaran.
Mesti ada saf pemimpin yang berani berdepan dengan penguasa yang zalim.
Mereka menjuarai kebenaran dan golongan yang ditindas.
Kekuatan kumpulan ini bukan datang dari kedudukan atau jawatan- tapi datang dari kebenaran misi mereka.
Dalam kumpulan yang ditindas mesti ada disiplin dan kesetiaan kepada prinsip2 kebenaran.
Pemimpin juga mesti tegas dan menjaga disiplin pengikut.
Sementara kejayaan adalah kerana pertolongan dan bantuan rabbul alamin, kegagalan berpunca dari perbuatan sendiri.
Dari pihak pemerintah yang buas , kita pelajari beberapa perkara. Ketua pemerintahan yang buas, menganggap dirinya maha kuat. Bahkan mencapai taraf Tuhan. Keliling nya, ada kumpulan dedalu yang hidup menghisap hayat dari institusi pemerintahan. Mereka terdiri dari pemuka2 pemerintahan- tukang sihir, penasihat, pengipas dan satu pasukan yang sentiasa bersedia membuli dan mengkasari rakyat jelata. Antara pembodek dan pengipas ada yang mempunyai hati yang bersih- apabila kebenaran dilihat dan diterima, mereka sanggup berpaling tadah dari Firaun.
Didalam  kumpulan pemuka2 Firaun ada kumpulan kecil yang tebal dosa mereka dan memang tidak boleh diselamatkan. Mereka melihat yang berpaling tadah sebagai pesalah. Mereka akan menasihati Firaun melakukan kezaliman, kaki dan tangan dipotong dan dibunuh diatas tiang salib. Potong tangan dan kaki secara bersilang ini rupa2 nya telah dilakukan oleh Firaun beribu tahun yang lampau. Ada suatu kumpulan dalam masyarakat kita mahukan hukuman seperti itu dipraktikkan.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa yang fir’aun sekarang?

Posted: 13 Sep 2016 09:16 PM PDT

Dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pekan, Najib telah mengistiharkan dia tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah. Bergema tepukan perwakilan bila Najib sebut demikian. Gegak gempita, goga dewan UMNO Pekan. Macam halilintar membelah bumi.
Semua orang Islam pun berkata demikian seperti juga penganut2 agama lain. Mereka tidak takut kepada sesiapa melainkan Tuhan2 mereka.
Najib bukanlah pemimpin yang pertama menyebut demikian. Fir'aun tidak takut kepada sesiapa melainkan, akhirnya kepada Allah jua. Ketika mahu ditelan laut , Fir'aun mengakui hanya takut dan tunduk kepada Allah.
Tapi Allah berfirman bahawa sudah terlewat. Sebab bila ada kuasa, Fir'aun angkuh dan sombong. Dia menindas dan menzalimi rakyat nya. Hukuman nya ialah hukuman mutlak. Undang2 Fir'aun menindas rakyat.
Suatu ketika dahulu orang menyebut Mahathir sebagai orang zalim. sebutan keatas Dr Mahathir ialah maha Fir'aun.
Jelas disini, Fir'aun adalah lambang pemimpin yang zalim, menindas dan menzalimi rakyat.
Bukan gelaran Idi Amin, bukan papa doc Duvalier, bukan Pinochet atau Kim Il Jong. Atau Stalin dan lain2 lagi. Gelaran Fir'aun lebih tepat.
Zaman Najib kita ada POTA, POCA, SOSMA dan akta MKN. Akta hasutan masih terpakai. Tujuan Najib ialah menggunakan akta2 ini keatas sesiapa yang mengancam dan dianggap ancaman kepada kedudukan PM yang bersifat kefir'aunan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Bila di depan rakyat punyalah nasihat rakyat jangan boros berbelanja...

Posted: 13 Sep 2016 09:13 PM PDT

TETAPI diri sendiri boros sampai puluhan jutaan ringgit apa cerita !!!

Gila ke apa.. beli bag, bershopping sampai RM24 juta !!

79 ekor lembu PPK vs. 60,000 ekor lembu NFC

Posted: 13 Sep 2016 09:10 PM PDT

Kes Rasuah | Pengurus besar PPK Rompin didakwa dek syarikat bini bekal 79 lembu. TETAPI kes #NFC Shahrizat lagi dahsyat.. 60,000 lembu entah di mana & RM250 juta lesap. Dalang lembu-kondo masih bebas berkeliaran..

Satu kebanggaan negara yg tak boleh disangkal..

Posted: 13 Sep 2016 09:09 PM PDT

AKHBAR INDONESIA, Apr. 1, 2016

"Istri Najib Shopping Pakai Duit Negara
Habis Miliaran untuk Borong Baju dan Perhiasan"

MANA ADA DALAM SEJARAH BINI PM MALAYSIA yg boleh buat macam Rosmah ni..

Peguam US: "Tahanan politik di Afghanistan dilayan lebih baik dari Anwar di Malaysia"

Posted: 13 Sep 2016 08:59 PM PDT

RINGGIT TAKES DIRECT HIT: NAJIB’S POLITICAL IMPASSE, 1MDB ARBITRATION, LOW OIL PRICES CHASE INVESTORS AWAY

Posted: 13 Sep 2016 05:43 PM PDT

Malaysia's ringgit fell to the lowest in more than two months as a decline in oil prices and a controversy involving a troubled state fund damped demand for the nation's assets.
The currency weakened as domestic financial markets reopened after a holiday on Monday even as Asian peers including the South Korean won climbed following comments from Federal Reserve Governor Lael Brainard that damped speculation U.S. interest rates will rise this month. Brent crude dropped 0.7 percent, erasing a gain Monday and adding to the pressure on the ringgit. Malaysia said it's confident of winning in an arbitration hearing where state investment company 1Malaysia Development Bhd. is facing a claim for $6.5 billion from Abu Dhabi's sovereign wealth fund.
"The ringgit is getting no joy from the oil markets right now," said Stephen Innes, a senior trader at Oanda Asia Pacific Pte in Singapore. "The 1MDB political risk is still at the forefront."
The ringgit retreated 0.6 percent to 4.0945 per dollar as of 9:19 a.m. in Kuala Lumpur and reached 4.0975, the weakest since June 28, according to prices from local banks compiled by Bloomberg. The won advanced 0.5 percent to 1,108.05 against the greenback.

1MDB and International Petroleum Investment Co. PJSC are locked in a tussle that spilled over to repayments on bonds issued by the Malaysian company. 1MDB and its sole shareholder — Malaysia's Ministry of Finance — haven't performed their obligations toward IPIC, the Abu Dhabi fund said in a London stock exchange filing in June.

AFTER HUSNI, 3 MORE READY TO JUMP ‘PIRATE SHIP’ NAJIB: WHO NEXT – ‘MO1 LOOSE LIPS’ RAHMAN DAHLAN, ‘GRAFT-TAINTED’ KU NAN?

Posted: 13 Sep 2016 05:33 PM PDT

My Apologies To Husni, Welcome To The 'Enemy Of The State' Club.
(Epiphany means to 'suddenly see the light'. Apa pasal M'kini wants to use big words, orang tak faham lah.)
This is from M'kini here : http://www.malaysiakini.com/news/355413
Husni tells of 1MDB epiphany prompting him to quit post
"Everyone knows you are not involved in 1MDB.
Why are you feeling stressed over 1MDB issue?"
words of BNM official led Husni Hanadzlah to resign
and dissociate himself from 1MDB
tasked with resolving 1MDB controversy
Husni said under heavy stress for several months
stress caused Husni to suffer prolonged high blood pressure
contemplated resigning since Jan '16, could not do it.
meeting in Laos, he fell ill due to rising blood pressure.
"I can't attend meeting," Husni quoted saying.
opened my heart… things do not involve me
relieved (after resigning)
1MDB no longer disturbs my mind and heart
Sign from Allah
elevated blood pressure for five hours sign from Allah.
Husni abruptly resigned in June, from all party positions.
He lamented about "hypocrites" who dealt with corruption
criticised when he proposed to improve M'sia's corruption index.
first time Husni spoke openly about his departure
previously downplayed resignation linked to 1MDB

My comments : Husni is not cut out to tell lies. What saved him? Was it his education? Maybe. It is more likely that he came to see the light earlier in his life – maybe he read something or heard something that made a positive impresssion on him. To be honest or try to be honest. (I know some of you may not agree.)
Why are there so many thieves in this gomen?
Recently I heard more bad things about THREE influential mamaks in the gomen. (There are MORE than THREE). And one of them is really, really bad.
It appears that after an initial panic attack last year over this 1MDB (he told someone he did not want to go to jail) one of the anney is now back to playing politics way beyond his position. People are watching you anney.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB DEAD MAN WALKING, WIFE ROSMAH NOT TOO FAR BEHIND: WORLD ABUZZ AS DETAILS OF DUO’S ABUSES LEAK OUT

Posted: 13 Sep 2016 05:32 PM PDT


When I see Najib today I think of those final moments of Saddam's life when they were putting the noose around his neck…
Saddam's Final MomentsOf Gaddafi's final moments of life…….
Why, you may ask me, do I put such gruesome images on steadyaku47?
Why indeed!
Like many of you, I have grown tired and angry at the excesses of Najib Razak in his relentless quest to feed the greed of his wife, himself, those around him and of Umno.
More angry than tired but nevertheless this marathon of pillaging and plundering by these two have gone on for far too long.

If he will not listen to our pleas to stop, if he will still ignore the attempts by his peers in the opposition to cease his criminal acts, and if, despite the attempts by foreign governments to bring to justice Najib and those who were complicit with Najib Razak in the plundering and pillaging of our nation's wealth….then maybe it is time he sees what has happened to leaders who steal from their own people!
It is time he is confronted with the hard facts – not if retribution does catch up with him and Kak Rosmah, but when retribution finally catches up with him.
When it does, his end, like Gaddafi and Saddam will be presided over by the very people he has trampled over in his search for insane wealth that greed demands.
Even today Najib is already a dead man walking!
Read More / Baca Lagi >>

BAD NEWS FOR MALAYSIA: GLOBAL OIL GLUT SET TO LAST UNTIL AT LEAST MID 2017 – IEA

Posted: 13 Sep 2016 05:30 PM PDT


Paris  – A global oil glut that has hurt producers but means cheaper pump prices for consumers looks set to go on at least six months longer than previously thought, the International Energy Agency said Tuesday.
The IEA said demand growth was slowing while supply was rising, meaning the glut was now due to go on "at least through the first half of next year".
The Paris-based body had earlier seen the oil oversupply disappearing in the latter part of 2016.
The timing of the world oil market's return to balance is "the big question", the IEA said in its monthly report, adding that current prices — above $45 — would suggest supply falling and strong demand growth.
"However, the opposite now seems to be happening," it said. "Demand growth is slowing and supply is rising."
China and India, which had been key drivers recently of demand growth, are "wobbling", it said, while a slowdown in the US and economic concerns in developing countries have also contributed to the surprise development.
Global oil demand is now expected to grow by 1.3 mb/d (mb/d) in 2016, to 96.1 mb/d, from its original forecast of 1.4 mb/d growth.
On the supply side, output fell in August, led by producers outside of the Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) cartel.
But, said the IEA, OPEC production edged up last month to a near-record supply level which "just about offset steep non-OPEC declines".
As a result of the stubborn supply glut, producers have been hurt by a plunge in crude prices from around $100 in mid-2014 to 13-year lows of below $30 at the start of this year.

Dihalang Bertemu Anwar: Penasihat undang-undang mahu penjelasan KDN

Posted: 13 Sep 2016 05:25 PM PDT


Kimberley Motley, penasihat undang-undang antarabangsa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dilantik, hari ini cuba mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengapa beliau tidak dibenarkan bertemu bekas ketua pembangkang itu di Penjara Sungai Buloh.
Ketika ditemui di perkarangan KDN di sini, Motley berkata beliau diberitahu bahawa pegawai berkenaan tidak berada di pejabat bagi memberi penerangan kepadanya.
Motley, yang berpejabat di Amerika Syarikat dan dijadual meninggalkan Malaysia esok, berkata beliau akan cuba menemui Anwar pada prosiding mahkamah berikutnya.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

ROSMAH GOES BONKERS: UPSET AT US$6MIL EXPOSE ON HER HANDBAGS, NAJIB’S WIFE FIRES ‘BRAIN-DAMAGED’ ‘KERUAK MISSILE’ AT WSJ

Posted: 13 Sep 2016 05:20 PM PDT

Watch Out WSJ – Rosmah Launches (Brain-Damaged) Keruak Missile
At best, Hillary Clinton was having only pneumonia (and nothing else), which is highly unlikely. At worst, she is having Parkinson's or Alzheimer's or something equivalent, which is consistent with her needs for Provigil, hidden "EarPods", freezing, dizziness or fainting, rigidity, tremor, slowed movement and whatnot.
Either way, Democrats are not taking any chances and the party was reportedly calling for "high-level secret meetings" to consider a possible replacement for brain-damaged Hillary Clinton. Speculations are on overdrive that Vice President Joe Biden would be the likely choice to run at the top of the Democrat ticket, with Bernie Sanders' team also lobbying for it.
But U.S. Democratic Party is not the only one running in panic after Hillary's 911 dramas, revealing the seriousness of her brain-damaged. Malaysia UMNO party is also running like a headless chicken after the Wall Street Journal revealed how self-proclaimed First Lady Rosmah Mansor spent a fortune on luxuries.
Rosmah, the wife of Prime Minister Najib Razak, was allegedly spent at least US$6 million (£4.5 million; RM24.7 million) between 2008 and 2015 on clothing, shoes and jewelry from London's Harrods department store, Saks Fifth Avenue of New York and elsewhere. Rosmah doesn't have a regular job but depends on her husband's annual salary of US$100,000.
hillary-clinton-medically-unfit-provigil-drug-parkinsons-or-alzheimers

corrupt-first-lady-imelda-marcos-and-rosmah-mansor
Even if Najib Razak, Rosmah Mansor and family members somehow do not spend a penny, and save every single dollar of the salary because they have a habit of saving, as Rosmah wrote in her 2013 autobiography, it would take the family 60 years to accumulate US$6 million so that she can lavishly spend the money on clothing, shoes and jewelry.
Yes, the cash flow in the Razak family didn't make sense at all, and that's precisely the WSJ's plan from the beginning – to hustle the Razak family. First, it was Najib Razak, followed by stepson Riza Aziz, then brother Nazir Razak and now Rosmah Mansor. Soon, it could be Najib's in-law – notorious Maira Nazarbayev.
Maira Nazarbayeva Refuses to Pay Belkin Hermes Bags
Last year, Maira Nazarbayev was reportedly took a dozen of Hermes handbags worth US$401,912.50 from the Financial District business Samilor in 2014 and 2015, but had refused to pay. Instead she threatened the business owner – "You know who my son is! He is son-in-law of the Prime Minister of Malaysia! I will hurt you and your family if you sue me!"
It isn't a bombshell telling all and sundry that Rosmah Mansor spent US$6 million between 2008 and 2015 on clothing, shoes and jewelry. But coming from a 127-year-old newspaper, the largest in the United States by circulation – 2.4 million copies (including nearly 900,000 digital subscriptions) – speaks volumes about the great humiliation to Rosmah.
 Rosmah Mansor RM24 Million Diamond Ring
Can you imagine when WSJ decides to write another embarrassing article about Rosmah spending RM24 million on a diamond ring, using suspicious money, which is also a piece of old news? The problem with insulting narcissistic like Rosmah is she normally goes bonkers and starts harassing ministers for retaliation. If she controls nuclear weapons, she will launch nuclear missile at the WSJ.
Without such WMD – Weapon of Mass Destruction – Rosmah was reduced to launching Keruak Missile, a reference to Minister of Communications and Multimedia Salleh Said Keruak. Known for his blind loyalty and great polishing job, Mr. Keruak rubbished the WSJ allegations and even challenged the media to stand in Malaysia's next general election.
Read More / Baca Lagi >>

AFTER HER SON RIZA, DOJ NAILS ROSMAH’S ‘COFFIN’: IT WAS ROSMAH WHO INTRODUCED JHO LOW TO NAJIB, THEY HAVE BEEN ‘IN CAHOOTS’ FOR LONG TIME

Posted: 13 Sep 2016 05:18 PM PDT

This is from the International Business Times : http://www.ibtimes.com/malaysia-1mdb-scandal-prime-minister-najib-razaks-wife-rosmah-mansor-spent-6-million-2414448
Malaysia 1MDB Scandal: Najib's Wife Rosmah Spent US$6M Credit Cards, Report Says
 – Rosmah spent US$6m amid corruption allegations surrounding 1MDB
 – Wall Street Journal reported Monday, citing newly revealed documents.
 – Rosmah made purchases at European, American jewelry, fashion stores in 2014
 – Najib paid using credit cards that drew on 1MDB funds.
 – documents show US$6m spent from 2008 to 2015 on clothes, shoes and jewelry
 – Harrods in London, Saks Fifth Avenue in New York, Journal reported.
 – she hadn't held a regular paying job
 – Najib annual salary of US$100,000.
 – source with direct knowledge told WSJ, Rosmah introduced Najib to Jho Low.
 – According to U.S. officials, Low is at the center of 1MDB scandal.
 – Journal pointed out that in her autobiography, Rosmah said she has a habit of saving.
 – "I have bought some jewelry and dresses with my own money.
 – Najib' said his family's spending was proportionate with his inheritance from his father
 – In Feb 2015, Najib's four brothers said father did not leave a big estate.
 – U.S. DOJ said over US$3.5b misappropriated from 1MDB
 – fraud committed over a four-year period.
 – Najib linked to corruption – US$681m traced to bank accounts owned by him.
 – corruption allegations made in July 2015 report by WSJ
 – money from Falcon Private Bank in Singapore to accounts in Malaysia.
My comments : To Team Najib, herein is a great opportunity to save the Bugis' ass.
"source with direct knowledge told WSJ, Rosmah introduced Najib to Jho Low".
You have known for a long time, now the US DOJ knows, even the Wall Street Journal knows, the whole world knows that this crap began with FLOP, her son and that Jho Low fellow. From Day 1 (T'gganu Investment Authority), these were the main movers behind this whole scandal. Here is something direct from the WSJ :
A decade ago ! ! So Jho Low helped Rosmah and her son set up a BVI company since 2006 !! Najib became PM only in 2009 !! They have been in cahoots for a long time.

And Bugis bought into it, hook, line and sinker.
Herein is a great opportunity to save the Bugis' ass. The time will soon come when you must demonise Jho Low first. You will probably use the 'China jahat' thing. Go ahead. That is the easiest option. You have to fry Jho Low first.
Next up (a tad more difficult) you may wish to demonise FLOP, maybe during plea bargaining (Ha ha ha).
Or at the very least when Boogey's defense lawyer does the summing up.
'Yang Ariff, my client was completely dependent on an overinflated floatation device to stay afloat. He had no control over his actions. Yang Ariff, we blame that bloated whale carcass. My client is not to be blamed.'
You know, words like that lah.
Kekawan, the end is nigh. It is coming closer. Tick tock tick tock.
This is how I read it folks : information from the United States Dept of Justice's investigation into 1MDB is being deliberately leaked to the Wall Street Journal.
In the US it is a really, really serious crime to wrongly acquire confidential information. If you are interested you can go and read articles like this : "Crimes Reports" and the Leak Referral
Read More / Baca Lagi >>

Dadah percuma untuk remaja, mana Pemadam dan PBT?, soal Tenaganita

Posted: 13 Sep 2016 05:16 PM PDT

Aegile Fernandez pertikai kewujudan sistem sokongan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia untuk remaja dan pelajar, yang sedang diumpan 'gula-gula' dari jelitawan sindiket dadah.
drugs
PETALING JAYA: Pengedar dadah sentiasa mencuba taktik baharu untuk menarik golongan remaja, namun Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kelihatan pasif menanganinya.
Ketika dihubungi FMT hari ini, Pengarah Program Tenaganita Aegile Fernandez mempertikaikan kewujudan sistem sokongan Pemadam khusus untuk melindungi golongan remaja.
"Mana Pemadam? Kita tengok tak ada fungsi. Pemadam perlu lihat sekolah, komuniti, tempat dalam bandar.
"Pemadam mesti ada sistem sokongan. Tak ada sistem sokongan untuk golongan remaja akan menyebabkan mereka ikut jalan yang salah," tegasnya.
Beliau mengulas laporan China Press semalam yang melaporkan pengedar dadah menggunakan jelitawan sebagai umpan untuk mencari pelanggan dalam kalangan remaja dan pelajar, menerusi media sosial Facebook atu aplikasi sosial seperti WeChat.
Menurut laporan itu, gadis cantik akan cuba mendekati dan mengajak mangsa keluar, sebelum memancing remaja dengan memberi "gula-gula percuma" supaya bakal pelanggan akan mencuba dadah percuma.
Seorang pekerja sosial di Pusat Pemulihan Bethany, Batu Pahat, yang dipetik akhbar itu berkata, sindiket mengunakan pelbagai kod untuk berhubung dengan pelanggan muda mereka, bagi mengelakkan kegiatan haram dikesan pihak berkuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Agama tanpa faham etika, punca umat Islam mendahului masalah sosial

Posted: 13 Sep 2016 05:15 PM PDT

Pendidikan agama di negara ini tidak menekankan aspek falsafah dan nilai etika di sebaliknya, dan ini antara punca umat Islam mendahului masyarakat lain dalam perkara seperti kehamilan luar nikah.
Dr-Ahmad-Farouk-Musa-1
PETALING JAYA: Pendidikan agama tanpa pemahaman betul mengenai nilai dan falsafah moral di sebaliknya tidak mampu menangangi seks di luar nikah di kalangan pasangan Islam, menurut seorang aktivis.
Dr Ahmad Farouk Musa, yang mengepelai Islamic Renaissance Front, berkata sekiranya pendidikan agama dijadikan ukuran, bilangan anak luar nikah di kalangan pasangan Islam secara logiknya lebih rendah daripada bukan Islam.
"Saya tidak ada statistik semasa, tetapi pada 2012, lebih 50% daripada anak luar nikah adalah keturunan Melayu.
"Jika dilihat kurikulum sekolah, murid Islam sudah pun mengikuti pendidikan Islam sementara bukan Islam pendidikan moral," katanya kepada FMT.
Beliau mengulas laporan Berita Harian semalam memetik statistik Jabatan Pendaftaran Negara yang menunjukkan 159,725 bayi luar nikah dilahirkan ibu beragama Islam sejak 2013.
Ia mengundang komen Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang berpendapat masalah itu berpunca daripada pendidikan agama dan moral yang cetek, di samping mencadangkan Kementerian Pelajaran meningkatkan jumlah masa pengajaran Pendidikan Islam dan Moral di semua peringkat sekolah.
Dr Farouk bagaimanapun berkata pendidikan agama seperti yang diajar sekarang perlu dinilai semula dari segi kekurangannya.
"Kita sekarang lebih berminat tentang halal dan haram, bukan soal etika atau akhlak, atau nilai falsafah di sebalik sesuatu ibadah," katanya, sambil memberi contoh bagaimana umat Islam zaman ini tidak mengendahkan perihal kebersihan walaupun ia ditekankan sebelum apa-apa ibadat ritual.
"Puncanya adalah kerana kita tidak faham etika dan moral di sebalik ajaran itu.
"Kita belajar mengenai ibadat tetapi bukan mengenai nilai falsafah dan moralnya, lalu kita tidak menterjemahkannya ke dalam kehidupan harian dan itulah kekurangan dalam masyarakat ini," kata Dr Farouk.
Menurutnya, dalam menangani masalah hamil di luar nikah, ia memerlukan kaedah dalam pelbagai bidang disiplin termasuk pendidikan seks.
Katanya, ramai remaja masih jahil mengenai kehamilan, dan amat penting isu itu ditangani secara terbuka termasuk memberi mereka pengajaran mengelakkan kehamilan dan mengawal diri.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam Amerika dakwa banyak bukti Anwar tidak meliwat

Posted: 13 Sep 2016 05:14 PM PDT

Peguam Anwar dari Amerika, Kimberly Motley yang dilantik untuk mengkaji balik kes terhadap Anwar.Peguam Anwar dari Amerika, Kimberly Motley yang dilantik untuk mengkaji balik kes terhadap Anwar.
Peguam dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley percaya terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun tidak melakukan liwat.
"Baik, maksud saya Anwar tidak melakukannya," kata peguam itu apabila ditanya rancangannya untuk mencabar sabitan itu, lapor Malaysiakini.
Sebagai contoh, Motley menegaskan bahawa penuduh Mohd Saiful Bukhari Azlan bertemu pegawai kerajaan dua hari sebelum kejadian yang dikatakan itu.
"Terdapat keterangan kononnya DNA ditemui pada pakaian mangsa yang dikatakan itu yang berbeza daripada pakaian yang dipakainya semasa dia kata dia diliwat.
"Kenyataan mangsa dikatakan menjadi sangat tidak konsisten dari awal hingga akhir, DNA tidak konsisten dari awal hingga akhir, DNA diganggu oleh pegawai polis dalam kerajaan ... Itu adalah keterangan di mahkamah dan kami gembira untuk berkongsi semua dokumentasi dengan anda ...
"Satu perkara bahawa kenyataan Anwar, versi beliau mengenai apa yang telah berlaku, perkara yang benar dari Anwar sentiasa konsisten. Dan itu adalah perkara tentang kebenaran bukan? Yang benar tetap sama dan penipuan berubah-ubah," katanya kepada pemberita di Putrajaya petang tadi.
Anwar melantik peguam hak asasi manusia yang terkenal itu untuk membantunya dalam beberapa kes termasuk kajian beliau daripada Februari 2015 mengenai sabitan liwat.
Bekas pemimpin pembangkang itu sentiasa mengekalkan bahawa pertuduhan liwat itu, sama dengan yang pertama dihadapinya pada tahun 1999 dan telah direka oleh pesaing politiknya.
Bagaimanapun, kerajaan menafikan perkara ini.

WSJ interview Anwar

Posted: 13 Sep 2016 05:11 PM PDT

Shocking "Anwar Conspiracy" - Peguam tersohor Amerika Syarikat, Kimberly Motley

Posted: 13 Sep 2016 05:07 PM PDT

Comments (0)