Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:36 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kita akan bincang dengan Anwar hasrat BERSATU - Azmin

Posted: 11 Sep 2016 10:00 PM PDT

AZMINTimbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin berkata, pihaknya akan berbincang bersama Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mahu menjalinkan kerjasama.
"Sudah tentu kita perlu bekerjasama. Kita akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar," katanya ketika ditemui selepas solat Aidiladha di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah.

Terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dilaporkan berkata, beliau mengakui BERSATU memerlukan kebenaran Anwar sebelum menjalinkan sebarang kerjasama erat dengan KEADILAN.
Katanya, pertemuan Anwar bersama Mahathir di mahkamah tempoh hari diharapkan dapat membuka jalan ke arah itu.

Korban bererti kebersamaan lawan kleptokrasi, kata Anwar

Posted: 11 Sep 2016 09:56 PM PDT

Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara menggesa rakyat untuk menghayati pengertian nilai-nilai pengorbanan dalam melawan kemungkaran, penganiayaan dan amalan rasuah yang berleluasa dalam negara.
Dalam perutusan Aidil Adha, hari ini, Ketua Umum PKR mahu setiap rakyat mengambil iktibar kesabaran Nabi Ibrahim dan Ismail, bahawa keikhlasan, ketaatan dan kecintaan kepada Allah lebih utama dari diri sendiri dan anak pinak.
"Erti pengorbanan dalam konteks yang lebih luas adalah kebersamaan kita untuk bangkit menentang kebobrokan, amalan nepotisme serta kronisme dan sekarang telah ada istilah terkini kleptokrasi.
"Inilah yang diperjuangkan sekian lama," kata Anwar dalam perutusan Aidiladha bersama dengan isterinya yang juga adalah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Buktinya, kata mereka, parti Umno hari ini berpecah dengan semua yang meninggalkan parti Melayu itu berkata, Umno sudah lari dari asas perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.
Menurut mereka, Umno hanya memenuhkan tembolok penguasa dengan melahap harta milik rakyat dan negara.
"Kita mesti melawan kemungkaran, penganiayaan dan amalan rasuah yang berleluasa dalam negara.
"Penguasa yang menzalimi rakyat, menindas rakyat dengan pelbagai cukai yang tidak munasabah seperti GST, menjarah harta negara menerusi skandal 1MDB yang memalukan negara di mata dunia, tidak harus kita diamkan.
"Allah menyuruh kita memperbetulkan kemungkaran dengan tangan, mulut atau sekurang-kurangnya membenci di dalam hati, yang merupakan selemah-lemah iman," kata mereka.
Justeru, bersempena dengan Aidiladha ini, Anwar bersama Wan Azizah mengajak rakyat untuk bersama memperjuangkan keadilan.
"Kita mengajak rakyat Malaysia untuk bersama dengan kita, memperjuangkan keadilan dalam erti kata sebenar.
"Kembalikan tampuk politik, perancangan ekonomi dan sistem sosial kita di landasan yang betul, untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, dari kalangan berbilang kaum dan agama," kata mereka.

'BERSIH 5 jangan main-main, Maria Chin binatang sarkis' - Jamal Md Yunos

Posted: 11 Sep 2016 09:49 PM PDT

HUSNI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI....

Posted: 11 Sep 2016 07:42 PM PDT

Ramai yang nampaknya teruja dengan temubual bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah dengan sebuah akhbar yang seolah-olah menggambarkan perletakan jawatannya pada bulan Jun baru-baru ini ada kena mengenai dengan kemelut 1MDB.

Husni  yang menjadi Menteri Kewangan Kedua sejak 2009 juga mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang penubuhan 1MDB dan kemudian menggambarkan tekanan darahnya yang meningkat sehingga terpaksa berjuma berjumpa doktor, adalah juga disebabkan permasalahan berkaitan syarikat pelaburan tersebut.

Bagi yang terlupa, kata-kata Husni ini memang mengasyikkan dan membuai perasaan, tambahan lagi sebelum ini beliau juga mengatakan mahu ke Jordan bagi mendalami pengajian Al-Quran. 

Dengan meletakkan jawatan, Husni cuba menggambarkan beliau telah menemui jalan kebenaran. Agama memang sellau dijadikan candu untuk mengkhayalkan orang lain. Hakikatnya, Husni adalah watak yang tidak boleh dipercayai.
Sepertimana yang ditulis dalam blog ini pada 27 Jun 2016, sebaik berita perletakan jawatannya diumumkan, maklumat yang dekat dengan Husni memaklumkan, perletakan jawatannya adalah disebabkan keengganannya ditukarkan ke kementerian lain.

Beliau sebenarnya tidak secara sukarela ingin berhenti atau mengundurkan diri, tetapi semata-mata tidak setuju apabila Najib mahu menukarkannya ke kementerian lain.  Difahamkan Najib mahu Husni mengambil alih tempah Abdul Wahid Omar sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap EPU.

Berikutan itu, disebabkan patah hati dan kecewa dengan pertukaran kementerian yang seolah-olah turun gred, Husni melepaskan semua jawatannya dalam UMNO.

Kemudian, pada 3 Julai 2016, melalui kenyataannya kepada media, Husni sendiri mengesahkan perletakan jawatannya ialah kerana enggan ditukarkan ke kementerian lain.

Katanya, beliau berhasrat mahu mengakhiri kariernya di Kementerian Kewangan serta ingin bersara selepas PRU 14 akan datang dan dengan itu merasakannya, pertukaran ke kementerian lain adalah tidak efektif baginya.

Tidak timbul sama sekali rungutan berkaitan 1MDB atau diserang darah tinggi kerana terbeban menanggung permasalahan syarikat pelaburan yang dikaitkan dengan Najib dan Jho Low itu.
Read More / Baca Lagi >>

Peristiwa salam menyalam

Posted: 11 Sep 2016 07:34 PM PDT

I realized he was singing, or rather screaming, a song, he was trying to get us to hear him and join him, he was singing an Italian revolutionary song that was in our repertory and very popular at the time: Avanti popolo, a la riscossa, bandiera rossa, bandiera rossa…" – Milan Kundera, The Joke.
5 September 2016. Media sedang menyiarkan imej seteru lama bersalaman antara satu sama lain. Facebook jadi riuh. Yang mana pernah tersinggung dengan ilmu politik melaung-laungkan, "Dalam politik, semuanya mungkin." Justeru digesa pula jangan naik hairan. Dengan pilihan kata 'hairan' ini, saya membayangkan masyarakat sampai menjadi tercengang-cengang melihat peristiwa itu. Naik tercengang dengan peristiwa bersejarah ini. Apakah ini petanda bara reformasi yang mungkin boleh bernyala kembali? Sudah lunturkah Mahathirisme?
Saya fikir, masyarakat tidak lagi dalam kehairanan yang sangat-sangat. Peristiwa-peristiwa ajaib dan keputusan-keputusan aneh yang kerap dibuat oleh pemerintah — secara konsisten — mungkin telah melalikan (mungkin melelahkan) banyak orang. Mungkin kita sudah jadi tepu. Macam harga minyak yang berubah-ubah, kita mungkin tidak lagi teruja untuk beratur panjang membuat pembelian panik di stesen-stesen minyak. Yang realiti di depan mata mungkin harga rumah yang melambung, jumlah suapan nasi dalam mulut, atau enjin kereta tak boleh hidup, atau; realiti dalam dunia hyperreality — jumlah Pokemon yang berjaya ditangkap. Hairan kita hanyalah terangkum dalam, "Mengapa sampai sedemikian rupa?"
Generasi Bersih
Menjelang musim pilihanraya, kita dapati politik semasa akan ditafsir oleh penganalisis dalam dan luar negara untuk melihat keperluan 'sebenar' masyarakat. Sentimen yang terkenal sudah tentu akan melibatkan hal-hal integriti dan isu-isu politik. Namun secara kasarnya, hal ekonomi lebih menjadi tumpuan. Abdul Rahman Dahalan sendiri mengakui kepentingan bahasa yang lebih mudah untuk menarik minat orang ramai terhadap perkembangan ekonomi.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2015, jumlah belia di Malaysia adalah seramai 13.88 juta. Jumlah ini mewakili 45.8% daripada 30.26 juta penduduk di Malaysia. Melalui sumber yang sama, kita kecilkan pula kepada jumlah belia yang berumur antara 15‒30 tahun. Hasilnya didapati, kelompok yang berada di dalam julat umur ini dianggarkan sebanyak 8.097 juta.
Dalam julat inilah belia-belia dikelompokkan sebagai generasi Millenial dan Generasi Y atau yang disebut dalam kajian Mohd Hariszuan (2014) sebagai, 'Generasi Bersih'. Disebabkan itu, hal ekonomi bukanlah hal main-main. Pengaruh-pengaruh ekonomi termasuklah impaknya terhadap anak-anak generasi ini. Hal beli rumah atau beli kereta misalnya. Hal mahu bikin kehidupan.
Daripada segi politik, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa tidak banyak kenangan dan pengalaman yang betul-betul berkesan — yang dapat dirasai sendiri oleh kelompok generasi Bersih ini. Malah, ketika peristiwa Reformasi berlaku pada tahun 1998 dahulu, anak-anak generasi ini mungkin masih sibuk bergelut antara dilema pergi mengaji atau menonton Power Rangers. Tidak mustahil, mungkin ada kelompok dalam generasi Bersih yang mungkin tidak pernah memahami pun sejarah-sejarah sebelum peristiwa bersalam-salam ini, misalnya peristiwa usung tilam, peristiwa mata lebam, Sukma Darmawan dan lain-lain.
Seperti juga kelompok Generasi X (30‒52 tahun) yang mungkin belum sempat memahami sepenuhnya pergelutan pemerintah terdahulu mencapai kemerdekaan, (ketika bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan) hal yang sama juga berlaku kepada generasi Bersih ini. Malah mungkin lebih menyedihkan lagi, generasi ini tidak pernah mempunyai pengalaman langsung berada dibawah pentadbiran politik yang benar-benar ampuh dan berkaliber. Anak-anak ini adalah sebuah eksperimentasi baik daripada segi pendidikan dan pentadbiran.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan biar semangat sumbar itu menghina dirimu, mahasiswa

Posted: 11 Sep 2016 07:32 PM PDT

image

"Rudy, kamu harus jadi seperti mata air. Kalau kamu baik, pasti sekitarmu juga akan baik. Tapi kalau kamu kotor, pastinya disekelilingmu akan mati", Alwi Abdul Jalil Habibie, filem Rudy Habibie (2016).
Rata-rata universiti awam sedang menerima kehadiran pelajar baru. Gerbang universiti kini kembali diwarnai oleh semangat baru, semangat yang gila dan luar biasa. Tetapi malang jika semangat yang gila ini gagal dipandukan ke landasan yang tulus.
Lebih malang lagi jika semangat ini dimajnunkan oleh pembesar universiti semata-mata untuk mengejar gelaran dan pangkat seperti Doktor, Prof. dan bermacam lagi gelaran pembesaran diri.
Dakyah orang besar-besar universiti di minggu orientasi sering menjadi racun yang akan mematikan nilai kesucian ilmu. Mereka berkempen kepada pelajar supaya segera menamatkan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi hingga mendapat gelaran yang besar-besar.
Lebih jijik lagi apabila mereka berbangga-bangga mempromosi pakaian gelaran yang disarung mereka dihadapan sekalian pelajar. Maka fitrah pelajar sejak awal lagi dinanahkan dengan semangat hipokrit berkalungkan kebendaan.
Pendidikan menjadikan manusia bersikap luhur, membumi dan rendah diri. Pendidikan adalah tunas dan benih, maka selayaknya ia dibajai dengan semangat yang suci serta jauh dari tipu daya material. Pendidikan adalah penyembuh kepada sengsara masyarakat yang hidup dalam lembah hina kejahilan.
Ilmu adalah cinta yang tidak pernah terpuas. Ilmu seharusnya menjadikan manusia buas dan tak pernah cukup. Insan terdidik dan benar-benar memperhambakan diri kepada ilmu tidak akan terhijab dengan gelaran-gelaran yang meninggi diri pada zahir dan menghina diri jika tidak dihayati dengan jujur.
Pakaian orang berilmu itu bersulamkan semangat jiwa besar, prinsip hidup, nilai manusiawi, intergriti dan pelbagai lagi sikap yang membawa rahmat kepada alam. Maka sejak awal lagi bahtera kehidupan mahasiswa perlu dipasakkan dengan sikap kritikal, terbuka, analitikal, dan disedarkan akan bahaya bebalisme, pandirisme yang menjadi bongkah kecelakaan ditengah lautan universiti.
Zaman di universiti perlu diselimuti kegersangan untuk meneroka lautan ilmu dengan ikhlas. Dalam masa yang sama tanggungjawab terhadap masyarakat dan sikap prihatin tidak boleh dipinggirkan dan dipandang enteng. Tanggungjawab untuk memerdekakan masyarakat daripada jajahan kejahilan merupakan salah-satu daripada tanggungjawab utama mahasiswa. Mahasiswa tidak pantas hanya berbatu di kamar.
Mereka adalah jantung hati revolusi jiwa, revolusi mental. Justeru, syarahan sulung orang besar universiti sepatutnya melahirkan persoalan dan pilihan; adakah mereka mahu berdiri sebagai siswa yang mulia atau siswa yang hina ?
Mahasiswa tidak harus termakan dengan omong-omongan orang besar universiti dan termandul dengan ugutan undang-undang yang menumpulkan semangat. Mereka harus berani mempertahankan apa yang mereka percaya dengan cara yang cermat dan hikmah.
Singkapilah sejarah mahasiswa barat sekitar tahun 1960 yang bangun dan protes Perang Vietnam dan akhirnya terlahirlah beberapa protes di Georgia. Seterusnya diikuti pada akhir tahun 1960 dan awal 1970 memperlihatkan pelbagai demonstrasi anti-perang berlaku di Atlanta.
Read More / Baca Lagi >>

‘Pembangkang, Dr M sedia bersama jika MCA keluar BN’

Posted: 11 Sep 2016 07:30 PM PDT

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, pembangkang dan juga parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedia menimbang kerjasama dengan MCA jika parti Cina itu meninggalkan BN.
Ini susulan tindakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang membidas MCA dan mencabarnya meninggalkan BN.
"Mungkin jika MCA bertindak sebagai sebuah parti bebas, parti-parti pembangkang dan mungkin juga parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad akan berminat untuk bekerjasama dengan mereka untuk menewaskan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata MCA harus menerima cadangan Nazri dan meninggalkan BN serta juga melepaskan semua jawatan kerajaan termasuk sebagai menteri, exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan dan jawatan lain.
"Mereka yang enggan berbuat demikian wajar dilihat sebagai pengkhianat terhadap perjuangan MCA dan hanya mementingkan poket dan tembolok sendiri," katanya.
Lim berkata, bidasan Nazri ke atas MCA mengesahkan persepsi bahawa MCA adalah budak suruhan Umno.
"MCA akan mendiamkan diri ketika Umno mengeluarkan arahan, kerana inilah caranya BN beroperasi. MCA akan ditendang keluar sekiranya ia tidak lagi berperanan sebagai 'khadam' kepada Umno.
"MCA adalah parti yang kecil dan langsung tidak penting di mata Umno. Ia juga tidak relevan di mata pengundi Cina dan MCA hanya menang dalam pilihan raya kerana ia diselamatkan oleh Umno dengan membenarkannya bertanding di beberapa kerusi majoriti Melayu.
"Justeru, MCA bukanlah berada di kedudukan untuk membuat sebarang permintaan terhadap Umno. Pimpinan MCA hanya boleh bertanya 'berapa tinggi?' apabila diarah Umno supaya melompat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri: Saya baik dengan Lim kerana DAP, bukan MCA ada sokongan Cina

Posted: 11 Sep 2016 07:02 PM PDT

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau lebih rapat dengan DAP berbanding MCA kerana parti yang memerintah di Pulau Pinang itu memiliki sokongan masyarakat Cina.
Beliau berkata demikian sebagai menjawap bidasan ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyindir bahawa Nazri kelihatan lebih rapat dengan DAP di sebalik memenangi pilihan raya umum di bawah BN, yang dibantu oleh semua parti komponen termasuk MCA.
"Saya baik dengan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng kerana saya hormati demokrasi, kerana masyarakat Cina pilih Lim dan DAP jadi saya kena menghormati demokrasi dan mereka.
"Si Ti saya nak hormat kenapa, rakyat pun tolak dia. Dan saya yakin kalau dia bertanding pun rakyat tolak dia sebab orang Cina cukup benci dengan orang macam ini," katanya kepada Malaysiakini.
Nazri menambah bahawa beliau mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dengan
kpemimpinan tertinggi MCA tetapi cuba dirosakkan oleh ahli-ahli MCA tertentu.
"Pemimpin MCA yang saya kenali cukup baik dan kita bekerjasama baik dengan mereka.
"Tapi budak-budak macam ni rosakkan hubungan. Tapi hubungan kita dengan presiden, naib presiden sngat baik dan intim," katanya.
Nazri seterusnya menuduh Ti cuba mencari populariti kerana ingin membuat kemunculan semula pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya dapat tahu dia (Ti) kena gugur masa bertanding di Kuantan dulu, (Datuk Seri) Chua Soi Lek buang dia dulu.
Read More / Baca Lagi >>

AirAsia: 3 wira paralimpik Malaysia terbang percuma seumur hidup

Posted: 11 Sep 2016 06:58 PM PDT

Tony melalui Facebook dan Twitternya mengumumkan ganjaran itu dan mengucapkan tahniah kepada tiga atlet paralimpik negara yang berjaya menyumbang tiga pingat emas dalam tempoh 24 jam.
tony
PETALING JAYA: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia memberi ganjaran penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet kelainan upaya negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui Facebook dan Twitternya, pada Ahad, mengumumkan ganjaran itu dan mengucapkan tahniah kepada tiga wira paralimpik negara yang berjaya menyumbang tiga pingat emas dalam tempoh 24 jam.
Setakat ini, Malaysia mengumpul tiga pingat emas yang dimenangi tiga atlet olahraga negara sejak kelmarin, masing-masing daripada Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) serta Abdul Latif Romly melalui acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran), semalam.
Lebih manis apabila tiga atlet paralimpik itu turut memecahkan rekod kejohanan dan dunia.
Pada 24 Ogos lalu, Tony mengumumkan AirAsia memberi penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet Asean yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Manakala pemenang pingat perak dan gangsa dari Asean turut diberikan penerbangan percuma masing-masing untuk tempoh 5 dan 2 tahun.
"Atlet yang layak akan dapat terbang ke lebih 120 destinasi dalam rangkaian meluas AirAsia dan AirAsia X di Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika," katanya yang dipetik Bernama, bulan lalu.

Biar orang lain rancang bajet 2017, kata Kadir kepada Najib

Posted: 11 Sep 2016 06:58 PM PDT

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin membidas cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengendalikan ekonomi negara dan percaya hanya dengan menukar kerajaan BN mampu memulihkan keadaan semula.
Mengulas sebuah artikel dalam The Star hari ini mengenai bagaimana pusat asuhan kanak-kanak bergelut untuk terus berdaya saing, Kadir berkata tindakan tergesa-gesa Najib melaksanakan dasar gaji minimum adalah satu malapetaka.
Katanya, kes taska itu mencerminkan bagaimana syarikat kecil tidak mampu gaji dan pengguna pula terbeban untuk membayar kos tambahan yang berpunca daripada tindakan tersebut.
"Dalam ketaksubannya dengan ekonomi berpendapatan tinggi, (Najib) menguatkuasakan gaji minimum di seluruh negara pada 1 Julai tahun ini walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak.
"Ini di sebalik mengetahui bahawa kebanyakan majikan tidak berupaya membayar kadar yang ditetapkan.
"Atas sebab ini sahaja, beliau tidak lagi layak untuk terus menjadi perdana menteri.
"Anggap ini sebagai maklum balas terhadap permintaannya untuk mendapatkan input awam bagi bajet 2017.
"Biar orang lain merancang bajet," kata Kadir secara sinis dalam satu catatan blog.
Najib, yang juga memegang jawatan menteri kewangan di sebalik kritikan akan membentangkan bajet 2017 pada sidang Parlimen akan datang.

MCA nasihat Nazri jangan angkuh, bertindak melampau

Posted: 11 Sep 2016 06:47 PM PDT

Ti Lian Ker berkata, Nazri perlu mengenangkan sumbangan parti komponen BN.
nazri ti lian kerPETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz diingatkan tidak angkuh dan bertindak melampau dengan mengkritik parti komponen Barisan Nasional tanpa mengenangkan sumbangan mereka sebelum ini, kata jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.
"Nazri menjadi sombong seperti biasa. Beliau adalah aset dan liabiliti kepada BN. Beliau tidak sempurna dan kini bertindak melampau.
"Beliau boleh menunjukkan keangkuhannya kerana menjadi menteri sebagai hasil daripada asas kukuh (dibina) semua parti komponen BN. Pencapaian BN adalah hasil usaha semua parti komponen diterajui Umno hari ini," kata ahli jawatankuasa pusat MCA itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu baru-baru ini mengkritik parti komponen BN, iaitu MCA, MIC dan Gerakan tidak akan menjadi dominan seperti Umno kerana tidak mampu memilih calon tempatan yang boleh menang pada pilihan raya.
Nazri berkata, kelemahan terbesar parti komponen BN adalah mereka bertegas menggunakan 'calon payung terjun' untuk bertanding menyebabkan calon BN yang bukan penduduk tempatan 'terpisah' dengan pengundi setempat.
"Itulah perbezaan antara Umno, MCA, MIC dan Gerakan. Pada pilihan raya akan datang, mereka lebih suka memberi kerusi kepada pemegang jawatan kerana keutamaan mereka adalah pemilihan parti, mereka mahu pemimpin dipilih menjadi wakil rakyat," kata Nazri.
Ti bagaimanapun menepis kenyataan Nazri dengan mempersoalkan pemimpin Umno itu jika beliau sedia berbuat demikian.
"Adakah beliau sedia bertanding tanpa logo BN? Bolehkah beliau menjadi menteri jika tiada Barisan Nasional? Adakah beliau akan melompat parti seperti Anwar atau Mahathir dengan membentuk atau menyertai parti baharu untuk mencabar BN, jika beliau bukan seorang menteri?
"Sebagai kapten kapal, anda tidak menghiraukan usaha anak kapal atau mempamerkan keangkuhan diri tanpa rasa malu atau rendah diri.
Read More / Baca Lagi >>

Kritikan pada SS Datuk Mufti perlu atas objektiviti

Posted: 11 Sep 2016 06:40 PM PDT

Dr. Mujahid Yusuf RawaDr. Mujahid Yusuf Rawa
Penyataan saya dalam Sinar Harian pada 5hb September telah menimbulkan berbagai spekulasi dalam media sosial. Ia ekoran dari teguran saya kepada Mufti Wilayah Persekutuan dalam artikelnya antara lain menyeru ahli parlimen muslim wajib menyokong pindaan RUU 355 yang dibawa oleh ahli parlimen Marang dalam usul persendiriannya pada sesi parlimen yang lalu. Entah bagaimana gaya pelaporan itu ditulis begitu rupa menyebabkan salah tanggap 'gaya saya' menegur. Saya telah pun memohon maaf dalam artikel saya atas kekeliruan ini.
Hebohlah dalam media sosial 'mengutuk' saya dan menambahlah dalam senarai label cliché 'anti-ulamak' anti-ruu 355' tak hormat mufti dll. Saya berdiam diri 3 hari tapi mengikuti respons dalam media sosial yang bertubi-tubi 'menyerang' saya. Diam saya diam berisi, pada waktu yang sama, saya menyiapkan artikel untuk menjawab tulisan SS Mufti supaya asas teguran saya diperincikan secara objektif dan intelek. Saya tidak mengharapkan para pentaksub untuk memahami tulisan saya kerana mereka tiada nilai ilmiah yang amat kritikal untuk perdebatan sihat. Artikel saya bertujuan untuk difahami oleh mereka yang bersedia membaca, berfikir dan menilai hujahan bebas dari virus buta-tuli (atau buta-perut) yang telah mengambil ramai mangsanya dalam alam media sosial hari ini.
Semangat kritikan saya pada SS Datuk Mufti WP adalah atas objektiviti dan bukan merendah-rendahkan keperibadian si penulis mahupun institusi yang diwakilinya. Saya berhati-hati memilih ayat dan perkataan serta membina struktur penulisan atas premis yang jelas. Pada waktu yang sama, saya menghubungi sdr Khairol Najib selaku petugas sepenuh masa parti Amanah untuk berhubung dengan Pejabat Mufti Wilayah bagi tujuan kunjungan mahabbah sambil menjelaskan keadaan yang mengelirukan.
Selesai penulisan 2 hari, saya bersedia ke KL untuk memenuhi temujanji yang berjaya dibuat. Kereta saya meluru ke pejabat Mufti terletak di bangunan tinggi atas bukit bersebelahan mesjid negara. Kami bertemu di tingkat bawah bersama Naib Ketua Pemuda dan ajk Pemuda Amanah, Ketua Wanita Muda, Peguam dari biro undang-undang Kanun dan beberapa pegawai media Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Persiap jentera parti, KEADILAN fokus perbincangan satu lawan satu

Posted: 11 Sep 2016 06:34 PM PDT

KEADILAN sedia mempersiapkan seluruh kekuatan jentera parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum 14 (PRU14), kata Timbalan Presidennya, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, tumpuan dan fokus jentera parti untuk memastikan Umno-Barisan Nasional ditumbangkan sekali gus mandat pemerintahan beralih kepada komponen pembangkang.
Bagaimanapun katanya, fokus tersebut turut tertumpu kepada perbincangan rapat bersama rakan pembangkang ke arah permuafakatan menjelang PRU depan.
"Kami bersedia dengan gerak kerja di peringkat akar umbi, cabang dan negeri terhadap sebarang kemungkinan PRU dalam masa terdekat ini.
"Untuk tempoh ini saja kita terus mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan pembangkang, Parti Bersatu dan hubungan kita bersama PAS.
"Namun pilihan itu tetap ada untuk pastikan pertembungan satu lawan satu kerana saya sentiasa optimis ke arah itu," katanya.
Beliau mengulas laporan media antarabangsa, Bloomberg yang memetik Ketua Bahagian Umno yang tidak dinamakan bahawa PRU akan diadakan awal tahun ini.
Namun sehingga kini, tiada sebarang maklumat lanjut atau mana-mana pimpinan tertinggi Umno tampil mengulas berhubung dakwaan tersebut.
Bercakap lanjut, Azmin yang juga Dato' Menteri Besar berkata, permuafakatan dalam gabungan pembangkang boleh dicapai demi manfaat rakyat.
"Saya kira (permuafakatan) boleh dicapai menerusi suatu pembincangan dan muafakat atas kepentingan dan kerangka lebih besar, bagi melakukan perubahan di peringkat negara," katanya.

Orang ramai dinasihat daftar sebelum Oktober untuk peluang mengundi

Posted: 11 Sep 2016 06:32 PM PDT

SPROrang ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi sebelum berakhir September ini dibimbangi bakal terlepas peluang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan sebelum pertengahan 2017.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata hal ini berikutan beliau dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal menggunakan senarai daftar pemilih dikemaskini sehingga September sekiranya pilihan raya diadakan pada setengah tahun pertama 2017.

"Saya nasihatkan bagi mereka yang dah cukup umur supaya mendaftar sebelum Oktober ini bagi membolehkan nama mereka tersenarai dalam daftar pengundi jika pilihan raya diadakan pada Mac nanti.
"Kalau mereka lewat kemungkinan mereka tidak dapat mengundi melainkan kalau pilihan raya diadakan lebih lewat lagi," kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Jelasnya, kegagalan orang ramai mengundi dalam pilihan raya nanti hanya merugikan berikutan rakyat mempunyai hak untuk menentukan pilihan dalam pilihan raya seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Katanya, undian rakyat dalam pilihan raya menjadi lebih penting dalam menentukan hala tuju negara ketika berhadapan dengan pelbagai kemelut getir yang tentunya melibatkan nasib rakyat.

Guan Eng: Tiada permit pembinaan untuk pemaju jika sedia pinjaman

Posted: 11 Sep 2016 06:31 PM PDT

Lim Guan Eng berkata, mungkin cadangan itu bertujuan membantu pembeli rumah mendapatkan pinjaman, namun ia bukan cara betul untuk menyelesaikan masalah.
lim-guan-eng-perumahan
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan mengeluarkan permit pembinaan kepada pemaju yang menawarkan pinjaman perumahan kepada pembeli, kata Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, pinjaman perumahan sepatutnya dikendalikan Bank Negara dan tanggungjawab pemaju adalah untuk membina hartanah, bukannya memberi pinjaman berfaedah tinggi kepada pembeli rumah.
"Jika pemaju mendapat lesen pinjaman wang, mereka akan mengenakan faedah tinggi kepada pembeli rumah," katanya selepas melancarkan kempen sifar sisa di Taman Bagan Lalang, semalam.
Khamis lalu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mencadangkan pemaju memohon lesen pinjaman wang untuk membantu pembeli rumah yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank.
Katanya, kadar faedah akan dihadkan kepada maksimum 18% tanpa cagaran dan minimum 12% dengan cagaran.
Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani bagaimanapun menolak cadangan yang turut dikritik Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan dan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak yang mengakui inisiatif itu akan menyebabkan pembeli berdepan risiko krisis hutang.
Read More / Baca Lagi >>

PERUTUSAN AIDILADHA PRESIDEN KEADILAN 1437H/2016

Posted: 11 Sep 2016 06:26 PM PDT


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk merayakan AidilAdha bagi tahun 1437 Hijrah ini.

Bagi pihak seluruh warga KEADILAN, kita harapkan agar rakyat Malaysia merayakan dengan rasa bahagia di samping keluarga, serta bersederhana dan berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Aidil Adha adalah masa yang memberikan makna dan pengertian berupa nilai-nilai pengorbanan yang diangkat dari sejarah dan kisah Nabi Ibrahim alaihissalam serta anaknya Nabi Ismail alaihissalam.

Agar setiap dari kita mengambil iktibar kesabaran Nabi Ibrahim dan Ismail, bahawa keikhlasan, ketaatan dan kecintaan kepada Allah lebih utama dari diri sendiri dan anak pinak. Jika setiap daripada kita menghayati kisah ini, kita seharusnya mampu berusaha untuk mencontohi sifat kesabaran dan ketaqwaan terhadap Allah. Khususnya dalam konteks ibadah kepada-Nya.

Kita mesti melawan kemungkaran, penganiayaan dan amalan rasuah yang berleluasa dalam negara. Penguasa yang menzalimi rakyat, menindas rakyat dengan pelbagai cukai yang tidak munasabah seperti GST, menjarah harta negara menerusi skandal 1MDB yang memalukan negara di mata dunia, tidak harus kita diamkan. Allah menyuruh kita memperbetulkan kemungkaran dgn tangan, mulut atau sekurang-kurangnya membenci di dalam hati, yang merupakan selemah-lemah iman.

Erti pengorbanan dalam konteks yang lebih luas adalah kebersamaan kita untuk bangkit menentang kebobrokan, amalan nepotisme serta kronisme dan sekarang telah ada istilah terkini kleptokrasi. Inilah yang diperjuangkan oleh DSAI sekian lama. Buktinya, parti Umno yang berpecah hari ini, semua yang meninggalkan Umno berkata, parti itu sudah lari dari asas perjuangan untuk agama, bangsa dan negara, hanya memenuhkan tembolok penguasa dengan melahap harta milik rakyat dan negara.

Justeru, bersempena dengan Aidiladha ini, kita mengajak rakyat Malaysia untuk bersama dengan kita, memperjuangkan keadilan dalam erti kata sebenar dan mengembalikan tampuk politik, perancangan ekonomi dan sistem sosial kita di landasan yang betul, untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, dari kalangan berbilang kaum dan agama.

Salam Aidiladha.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Walillahilhamd.
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
10 Zulhijjah 1437H

Atlet lompat jauh sumbang emas ke-3 Malaysia di Paralimpik Rio

Posted: 11 Sep 2016 05:45 PM PDT

Latif memperbaharui rekod dunia 7.35m yang diciptanya sendiri pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lalu, dengan lompatan 7.6m pada cubaan kelima di Stadium Olimpik, semalam.
Abdul-Latif-Romly
KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik Malaysia terus cemerlang di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, apabila Abdul Latif Romly meraih pingat emas ketiga negara serta mencipta rekod dunia baharu.
Atlet berusia 19 tahun dari Kangar, Perlis itu yang beraksi dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) mencatat jarak 7.60 meter pada lompatan kelima beliau di Stadium Olimpik, Rio de Janeiro, semalam.
Rekod dunia terdahulu iaitu 7.35m adalah milik beliau sendiri yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lalu, manakala rekod Sukan Paralimpik 7.25m dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol yang dilakukan pada edisi 2012 di London.
Abdul Latif mula membuat lompatan terbaik pada cubaan kedua dengan 7.47m selepas lompatan pertama dibatalkan atas kesilapan teknikal.
Beliau terus memperbaiki jarak pada lompatan seterusnya dengan 7.54m, tetapi percubaan keempat hanya 6.79m, sebelum Latif menamatkan saingan pada 7.60m yang tidak mampu dicabar peserta lain.
Pingat perak acara itu diraih Zoran Talic dari Croatia dengan 7.12m dan gangsa menjadi milik Dmytro Prudnikov dari Ukraine dengan 6.99m.
Kelmarin (awal pagi Ahad waktu Malaysia), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbang dua pingat emas pertama negara menerusi acara 100m T36 (celebral palsy) dan lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) yang masing-masing mencipta rekod kejohanan serta dunia yang baharu.

Bakar buku perlembagaan: Rushdan isytihar keluar Umno sertai PPBM

Posted: 11 Sep 2016 07:27 AM PDT


Rushdan Muhamed Rushdan Muhamed Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Muhamed akhirnya membuat keputusan untuk keluar daripada Umno semalam.
Beliau mengisytiharkan keluar daripada Umno dalam Program Jelajah selamatkan Malaysia 'Bicara Rakyat Bersatu' anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di padang berhampiran Surau Al Mustofa Ampangan, Negeri Sembilan dihadapan 3,000 penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia, (PPBM) semalam.
PPBM telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (Ros) pada 9 September lalu dalam siri jelajah kali pertama diadakan di Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad  dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Pada malam bersejarah ini dihadapan ribuan rakyat Ampangan sebagai ahli Umno dan Ketua Cawangan malam ini saya  mengumumkan keluar daripada parti Umno.
"Saya mengumumkan untuk jadi ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia," ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Rushdan adalah ahli Umno Cawangan Rista Villa, Bahagian Sepang itu telah dipanggil membela diri oleh Lembaga Disiplin Umno pada 26 Jun lalu kerana, tindakannya membakar buku perlembagaan Umno di Rumah Kelab Universiti Malaya.
Beliau dianggap telah bersekongkol dengan parti pembangkang dalam sidang akhbar Deklarasi Rakyat yang mendesak Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak meletakkan jawatan.
Beliau juga didapati melakukan kesalahan yang dianggap berat dan serius kerana secara terbuka telah membakar Buku Perlembagaan Umno yang kemudiannya menjadi viral di internet kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan parti.
Bagaimapan sehingga kini tindakan tata tertib tidak dikenakan ke atas beliau walaupun beliau telah memberikan keterangan bela diri kepada Lembagfa Disiplin Umno pada 26 Jun lalu.
Mengulas mengenai tiadanya sebarang tindakan dikenakan oleh parti terhadapnya setelah dipanggil membela diri, Rushdan berkata mungkin Umno kini semakin gentar kerana ramai ahli umno yang mahu bertindak keluar parti.
"Saya rasa mungkin Umno takut...saya rasa merekat akut kekurangan satu ahli, jika mereka buang saya jadi tidak sampai 3juta jadi 2,999,000 ahli Umno sahaja
"Jadi pada tarikh bersejarah pada malam ni (semalam) untuk keluar daripada Umno dan jadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia seumur hidup," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Umno bantah digantung 6 tahun

Posted: 11 Sep 2016 07:19 AM PDT

Mohd Rafiq Naizamohideen berkata kedudukannya dalam exco Pemuda juga ditarik kerana pembabitannya dalam satu forum untuk Tun Dr Mahathir Mohamad tahun lalu yang dibatalkan.
Mohd RafiqPETALING JAYA: Seorang ahli Pemuda Umno hari ini mendakwa keahliannya digantung daripada parti untuk selama 6 tahun kerana satu acara membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohd Rafiq Naizamohideen berkata jawatannya dalam exco Pemuda Umno juga ditarik balik.
Katanya, beliau bercadang untuk membuat rayuan terhadap tindakan parti itu yang dikatakan berpunca daripada cubaan untuk sabotaj Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Umno Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Rafiq berkata tindakan itu diambil susulan beliau sepatutnya terbabit dalam rancangan mengadakan forum Bicara Negarawan, tahun lalu yang menampilkan Dr Mahathir.
Pada masa itu, bekas perdana menteri itu dalam jelajah ke seluruh negara menghadiri forum umum dalam kempen menyingkirkan Najib sebagai presiden dan perdana menteri.
Rafiq dipetik sebagai berkata Dr Mahathir dijadualkan mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai masa depan Umno dan PRU14.
Bagaimanapun, katanya acara itu tidak jadi diadakan dan jemputan awal kepada Dr Mahathir dibuat ketika beliau masih ahli Umno.
Dr Mahathir keluar parti pada awal tahun ini.
Rafiq berkata beliau kemudian mendesak penganjur membatalkan acara itu kerana bimbang mereka tidak akan dapat mengawal apa yang Dr Mahathir akan cakap, lapor Malaysiakini.
Katanya, beliau kemudian dirujuk kepada jawatankuasa disiplin Umno selepas Idris membangkitkan lagi isu berkenaan, setahun selepas itu.
Read More / Baca Lagi >>

CEPAT ATAU LAMBAT TARIKH PILIHANRAYA, KEPUTUSAN TIDAK BANYAK BERBEZA

Posted: 11 Sep 2016 06:02 AM PDT

Beberapa bulan sebelum ini, berikutan Najib Razak dilihat tidak lagi tergugat kedudukannya kerana semua musuh-musuhnya sudah dikeluarkan daripada UMNO, dibayangkan beliau akan mengadakan pilihanraya umum secara mengejut untuk memastikan pegangannya terhadap kuasa terus berlanjutan.

Jangkaannya ialah beliau dikhabar-anginkan akan memanggil pilihanraya mengejut atau "snap election" pada Mac atau April 2017.

Bagaimanapun, apabila timbul isu saman Jabatan Kehakiman AS berkaitan dana 1MDB yang dilencongkan, isu pilihanraya mengejut itu senyap daripada diperkatakan.

Wujudnya saman itu dilihat  telah memberi kesan yang besar kepada "mood"  pengundi, khususnya di bandar, kalangan orang muda dan mereka yang ada telefon pintar dalam genggaman. Maka, diberitakan tidak mungkin Najib berani mengawalkan tarikh pilihanraya.

Sehari dua ini, setelah Tun Mahathir Mohamad bersalaman dengan Anwar Ibrahim dan kemudian diikuti dengan lulusnya pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM, sekali lagi timbul kemungkinan Najib akan mengadakan pilihanraya secara mengejut.

Tarikh yang disebut tetap tidak berubah, iaitu sebelum April 2017. Najib dikatakan tidak mungkin menangguhkan lagi tarikh pilihanraya kerana ia akan memberi ruang kepada PPBM untuk bertapak dengan lebih kukuh.

Najib kini dikatakan terdesak untuk memanggil pilihanraya sebelum PPBM dapat menyusun struktur partinya di peringkat negeri dan bahagian-bahagian. Selain itu, parti-parti pembangkang masih berpecah, belum ada kata putus dari segi pembahagian kerusi dan kesepakatan satu lawan satu juga belum muktamad. Ini menjadikan suatu kelebihan bagi BN jika diadakan pilihanraya secara tiba-tiba.

Lagi Najib menangguhkan tarikh pilihanraya atau menunggunya sehingga Mei 2018 iaitu tarikh akhir yang dibenarkan, dikatakan lebih banyak isu bakal timbul dan menambah-sukarkan lagi peluang BN. Saman Jabatan Kehakiman AS mungkin sudah ada keputusannya dan beralih kepada tindakan jenayah pula, manakala beberapa negara lain yang sedang menyiasat 1MDB juga tidak mustahil ada tindakannya masing-masing. Tentu saja, ia merupakan "detik maut" bagi BN ketika itu nanti.

Oleh itu, melewatkan pilihanraya dikatakan bukanlah pilihan yang baik bagi Najib. Kalau mahu menang dan terus berkuasa, kena dipercepatkan, demikian antara ungkapan pakar-pakar politik di kedai-kedai kopi dan coffee house hotel di seluruh negara.

Benarkah begitu?

PRU 14 sebenarnya adalah menentukan pilihan berkaitan Najib. Semua isu yang terbentang dalam negara adalah berkaitan dengannya. Tidak ada isu yang terlepas kaitannya dengan Najib. 1MDB, derma ribu-ribu juta, Jho Low, Riza Aziz, Rosmah, penyelewengan, penyonglapan, rasuah, pembaziran, kemewahan, hutang, OSA, Akta MKN dan segala macam lainnya adalah segala-galanya berkaitan dengan Najib.

Belum pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini menghadapi sebegini sarat isu membeliti dirinya dalam tempoh sesingkat cuma tujuh tahun memegang kuasa. Dengan itu, Najib boleh ditafsir dengan bermacam-macam kelemahan berkaitan diri dan kepimpinannya.
Read More / Baca Lagi >>

RoS sedia pertimbang permohonan baru blok pembangkang

Posted: 11 Sep 2016 05:55 AM PDT

SANGAT SETUJU!! Nurul Izzah BONGKAR Punca-punca DERITA Orang Bandar

Posted: 11 Sep 2016 05:53 AM PDT

Cadangan Noh tidak pernah dibincang di peringkat kabinet, kata Zahid

Posted: 11 Sep 2016 05:53 AM PDT

'Dua veteran UMNO keluar parti memang terkenal bersama dengan PBBM' - Zahid

Posted: 11 Sep 2016 05:52 AM PDT

"Saya percaya Tun M telah hilang akal," kata Presiden Makkal Sakti

Posted: 11 Sep 2016 05:51 AM PDT

Comments (0)