Followers

Nuffnang

Politik Harian

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:35 PG | Posted in

sumber :-

Politik Harian


Ahli UMNO perlu setia bersama parti - @Khairykj

Posted: 10 Sep 2016 03:57 AM PDT

Anggota UMNO perlu menetapkan pendirian setia kepada parti dengan tidak menjadi golongan atas pagar kerana sokongan dalam politik tidak boleh dibahagi dua, tegas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata terdapat segelintir anggota UMNO yang menggunakan alasan hormat dan terhutang budi untuk memberikan sokongan kepada bekas pemimpin parti sehingga wujud perasaan berbelah-bahagi.

"Kena buat pilihan, tidak boleh berada di atas pagar... kita ahli UMNO mesti sokong pemimpin UMNO sepenuh jiwa dan raga kita," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sik di Sik Sabtu. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sik Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Katanya walaupun tidak menafikan jasa bekas pemimpin tersebut namun tindakan mereka menubuhkan parti baharu jelas memberi isyarat bahawa mereka ingin melawan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Walau bagaimana hebat dan popularnya seseorang pemimpin itu, namun tanpa parti yang kuat, ia hanyalah sia-sia sahaja. Dalam politik tiada tempat untuk pemain individu, yang bergerak tanpa parti. Perlu ada gandingan hebat parti dan pemimpin," katanya.

Sementara itu, Khairy yang juga menteri belia dan sukan turut mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk kemudahan sukan di daerah Sik.

-Bernama

Ketua lulusan Oxford tak kisah amal politik kampung! - @Khairykj

Posted: 09 Sep 2016 08:59 AM PDT

Ya dia kelulusan Oxford malah dia tak kisah jika di katakan berpolitik cara kampung,  kematangan politiknya semakin terselah dan disanjunggi semua lapisan masyarakat, tak kira bangsa ataupun agama....

Apa da hal jika dikatakan berpolitik secara kampung yang penting nasib kaum melayu sentiasa terbela. Dah bertahun-tahun menjadi Ahli Parlimen Rembau.. sudah pasti KJ lebih arif menangani masalah yang dihadapi masyarakat luar bandar.

Tak perlu diulas dengan panjang lagi, sebut je nama KJ semua orang tahu cara politik KJ... bukan sahaja di kampung malah KJ juga disegani diperingkat antarabangsa. KJ juga popular di kalangan generasi muda sebagai IKON orang muda... Aku kata.. Hang jangan nak buat lawak Zam...




Berikut petikan AstroAwaniOnline..

Pemuda UMNO tidak kisah dikatakan masih berpolitik cara kampung demi memastikan nasib kaum Melayu sentiasa terbela.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata paling penting perjuangan memartabatkan Melayu tidak sekali-kali meminggirkan hak bangsa-bangsa lain.

Katanya, UMNO sehingga kini masih diterima pemuda kampung.

"Kita (UMNO) kuat di kawasan luar bandar dan kalau politik kekampungan itu lebih serasi dengan politik orang kampung, kita teruskanlah politik kampung itu. Lagi pun orang kampung sayang UMNO.

"Yang menjadi cabaran ialah bagaimana untuk mendapatkan sokongan orang muda di kawasan bandar luar bandar ini. Insya Allah kita ada kekuatan sendiri," kata Khairy Jamaluddin.

Jelasnya, Pemuda UMNO kini berhadapan cabaran menarik sokongan anak muda di kawasan bandar.

Katanya, cabaran itu perlu diambil serius oleh semua jentera dalam usaha memenangi hati pemuda bandar.

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bachok pada Jumaat.

Khairy Jamaluddin mengulas kenyataan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyelarnya dengan berkongsi pandangan berhubung desakan seorang pemimpin MCA supaya UMNO tidak lagi menggunakan taktik menakut-nakutkan bangsa lain untuk memenangi hati pengundi Melayu.

Ia susulan kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang menunjukkan bahawa UMNO, khususnya sayap Pemuda, tidak lagi sejajar dengan perkembangan minda generasi baru.

Comments (0)