Followers

Nuffnang

MASTER DEDAH

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:39 PTG | Posted in

sumber :-

MASTER DEDAH


SKANDAL TANAH 68054 BUKTI TERBARU PENGLIBATAN AZMIN MB SELANGOR?

Posted: 01 Sep 2016 12:35 PM PDT



1. 26 Ogos lalu CheGuBard Mendedahkan proksi Azmin Ali MB Selangor Zainol Abidin Mohamed Ketua AMK Gombak ( Azmin Ali Ketua Cabang) yang juga Pengarah Projek Salak Land Development Sdn Bhd pemilik tanah Lot 68054 di kawasan Paya Indah Wetlands.


2. CheGuBard turut mendedahkan Mesej aplikasi"whatapps" antara bukti "arahan" kepada Exco Kerajaan Negeri dan penjawat awam bagi mendapat kelulusan pertukaran status 68054 daripada Pertanian kepada bangunan kediaman (pembangunan ) walaupun terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetlands di mana 4 MB Selangor ( 22 tahun) tidak meluluskan kawasan itu. Namun sejak Azmin MB semua pantas berubah kerana Zainol Abidin adalah orang kuat dalam Cabang Gombak.



3. Semua urusan itu diuruskan oleh Zainol Abidin yang mempunyai akses kepada MB Selangor. Jika tidak bagaimana beliau mendapat kandungan fail mesyuarat Exco? Tentunya fail rahsia itu diperolehi melalui pejabat Menteri Besar. Para pegawai MB bersekongkol dengan Zainol. Zainol yang juga adalah Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya tentulah memahami selok belok pengurusan ubah suai Rancangan Tempatan ( RT), status tanah, kewangan hinggalah kepada Kebenaran Merancang! Untuk makluman Zainol bukan pertama kali ditahan SPRM sebelum ini adalah kes rasuah PBT

4. Tentulah seseorang dari Salak Land Development Sdn Bhd telah berurusan dengannya bagi urusan pertukaran status tanah sehingga melantik Zainol sebagai Pengarah Projek. Itulah hebatnya kuasa wang!

5. Hari ini terdapat usaha untuk menutup semua maklumat yang ada. Fail-fail penglibatan atau sokongan MB. Malah ada yang panik kini mula pujuk exco-exco supaya jangan mengaku terima mesej tersebut. Tetapi mereka ingat SPRM bodoh. Mereka lupa rekod Whatapps dan mesej boleh diperolehi semula oleh alat canggih SPRM.

6. Berapa jutakah komisen yang Zainol dan MB Selangor terima dari projek ini? Katanya Salak Land Development Sdn Bhd bakal membina projek GDV bilion ringgit di tapak tanah 68054 ini. Malah Rancangan Tempatan Zon Tanah diubah semata-mata kerana syarikat Salak Land. Lihat cara saja hidup Zainol kaya raya memiliki kereta mewah "hummer" walaupun beliau Ahli Majlis PBT


7. Kronologi skandal lot tanah 68054 menunjukkan Zainol Abidin proksi MB Selangor mempunyai hubungan berkepentingan untuk mempengaruhi keputusan MB dan Exco dalam MMKN.

◽️ 24 Januari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2015 mengesahkan Pengubahan Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020. Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah dalam RT Kuala Langat. Tapak BPK 1.15 Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan #Perumahan.


◽️ 9 Februari 2015:
- Majlis Daerah Kuala Langat mengesahkan tiada halangan untuk sebagaimana MMKN 3/2015. Penukaran status tanah Pertanian kepada Bangunan Kediaman. - sebelum itu 6 Februari 2015 tidak menyokong cadangan ini.


◻️ 17 Februari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin Ali MB meluluskan pertukaran status selepas Pengezonan semula itu. Terbukti mesej whatapps mendedahkan segalanya!


8. Menurut sumber dalaman isu ini nampak menggusarkan Azmin Ali. Ramai yang terlibat termasuk Elizabeth Wong Exco berkaitan Alam Sekitar. Laporan kepada SPRM baru-baru ini sangat menekan Azmin Ali. Apakah Azmin bakal kena? Katanya Azmin bakal ditahan untuk siasatan Hari Raya Haji ini. Semakin menarik.

sumber/kredit: Page Jeneral M

Comments (0)