Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:19 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Apandi Ali Tidak Layak Sebagai AG, Perlu letak Jawatan Atau Dipecat

Posted: 09 Sep 2016 02:18 AM PDT

Khairuddin serah video peguam negara berjoget dengan menteri

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mempertikaikan pelantikan Tan Sri Apandi Ali sebagai peguam negara, memfailkan afidavit bersama klip video peguam tertinggi negara itu sedang menari dengan beberapa menteri ketika perarakan Merdeka baru-baru ini, di mahkamah hari ini.


Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Khairuddin berkata anak guamnya melampirkannya dalam dokumen mahkamah mendesak Apandi meletakkan jawatan.

Haniff berkata video itu, sebagai bukti baharu difailkan 2 hari lalu walaupun Mahkamah Tinggi menetapkan 19 November untuk menyampaikan keputusannya terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan Khairuddin.

"Melihat kepada perkembangan terbaru ini, kami dan peguam kerajaan akan menemui hakim pada 19 September bagi pengurusan kes," katanya.

Pada Isnin, Khairuddin dan beberapa yang lain ke Pejabat Peguam Negara di Putrajaya untuk menyerahkan surat dan mendesak Apandi meletak jawatan selepas klip video menunjukkan beliau menari bersama menteri kanan menjadi viral di media sosial.

Khairuddin sebelum ini memfailkan semakan kehakiman untuk mengetepikan keputusan Apandi pada 26 Januari yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan kesalahan jenayah berhubung 3 kertas siasatan difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau turut mempersoalkan arahan Apandi kepada SPRM untuk menutup siasatan dan keengganannya membantu penyiasat mengumpul bukti di luar Malaysia.

Beliau juga mencabar pelantikan Apandi, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, sebagai peguam negara menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail.

Khairuddin memohon perintah mahkamah bagi suruhanjaya khas ditubuhkan untuk mengkaji dan mengenal pasti tindakan lanjut berhubung keputusan 3 kertas siasatan berkenaan.

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Majlis Peguam Malaysia memfailkan permohonan semakan kehakiman yang sama dan Hanipah dijangkakan menyampaikan keputusan pada 19 November. -FMT

VIDEO BERKAITAN


ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini:

Professionnya seorang yang bertaraf tinggi, seorang peguam Negara yang juga seorang bekas hakim. Tetapi boleh menari-nari bersama-sama dengan beberapa menteri yang dikaitkan dengan kumpulan Najib, tanpa malu dan segan silu di khalayak umum.

Peguam Negara inilah juga yang telah membersihkan nama Najib dalam isu RM2.6 bilion, enggan untuk membuka lakukan siasatan semula kes 1MDB dan yang bersungguh-sungguh mahu mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang di mahkamah di atas tuduhan membeli rumah di bawah harga pasaran.

Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Bagaimana ia dilihat ditegakkan apabila Peguam Negara didapati bersama-sama sang menteri menari-nari seperti seolah-olah menteri itu bersih semuanya?

Apakah hari kemerdekaan merupakan hari untuknya meluahkan rasa gembira kepada dunia konon dirasakan telah berjaya menjalankan tugasnya sebagai Peguam Negara?

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Seseorang yang telah melakukan kesalahan akan terus menonjolkan dirinya melakukan kesalahan demi kesalahan yang tidak mungkin dapat dia memebendungnya.


Pejabat Perdana Menteri (PMO) begitu galak menyingkir dan memecat menteri dan pegawai tertinggi termasuk bekas Peguam Negara, iaitu Abdul Ghani Patail dan mengantikannya dengan Apandi Ali yang rakyat umum melihat, penyingkiran dan pemecatan itu ada kaitan dengan 1MDB dan berita mengenai pendakwaan ke atas Najib.

Sekarang hukum kebenaran dan keadilan dari Allah berjalan dengan sendirinya. Orang yang menggantikan Ghani Patail itu sebenarnyalah TIDAK LAYAK kerana tidak tahu menjaga akhlak dan integriti diri apatah lagi terkinja-kinja di khalayak ramai.




FEATURED ADS


Comments (0)