Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:13 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Setahun AMANAH, Jom Kita Ke Muar Johor!

Posted: 23 Sep 2016 01:30 AM PDT

Bermula malam ini nanti, Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengadakan Sambutan Setahun AMANAH di Muar Johor sehingga 24 hb September 2016 ini.

Majlis sambutan akan di adakan di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong, Muar Johor dengan pelbagai aktiviti menarik untuk sekalian rakyat.

Muar merupakan tempat dimana benih AMANAH tersemai buat kali pertama di hadapan rakyat.


Di dalam satu perhimpunan di Bakri, Muar pada 16 Jun 2015, ribuan rakyat pelbagai kaum dari seluruh negara telah membanjiri majlis yang pada awalnya dinamakan "Himpunan Jasamu Dikenang" yang bertukar menjadi "Perjuangan BARU Bermula" di mana pada malam itu berbelas bekas pimpinan PAS hadir terutama dari kumpulan profesional yang disingkirkan di dalam pemilihan di muktamar PAS 2015 hadir untuk berhimpun sekaligus menjadikan Muar sebagai tapak awal dan saksi kepada pemulaan sebuah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Diantara yang memberikan ceramahnya pada malam itu ialah Sdra Mazlan Aliman, Dr. Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Suhaizan Kayat, Datuk Dr. Mujahid Yusuf, Hanipa Maidin, Dato Seri Nizar Jamaluddin, Dato Mahfuz Omar, Dr.Dzulkefly Ahmad, Dr. Siti Mariah, Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu.

Selain mereka, terdapat beberapa tokoh lain yang turut hadir termasuklah Dato Kamaruddin Jaafar, Dato Mohammad Taib, Asmuni Awi, YM Tengku Puji, Adly Zahari, Rosly Omar, Faiz Fadzil dan lain-lain.

Rata-rata penceramah malam itu menyatakan bahawa melalui Pakatan Rakyat, kita akan dapat tumbangkan kerajaan UMNO BN kerana telah terbukti didalam pilihanraya yang lalu bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan UMNO BN telah terus merosot dan menurun dengan kewujudan Pakatan Rakyat.

Yang jelas, semangat pimpinan dari kalangan profesional ini tidak terjejas sedikit pun dengan penyingkiran mereka dari saf kepimpinan PAS baru-baru ini.

Mereka telah dikalahkan dengan grand design kumpulaqn tertentu di dalam PAS melalui perbuatan fitnah, cai, makian, cacian, boo serta segala jenis akhlak yang tidak islamik yang dilakukan oleh kalangan yang mendakwa diri mereka sebagai pro-ulama dan perbuatan serta tindakan melampau mereka lansung tidak dibendung oleh pemimpin tertinggi PAS semasa itu.

Rakyat yang hadir berulang-ulang kali menjerit dan meminta sebuah parti Islam yang baharu ditubuhkan segera di setiap kali penceramah berceramah, bagi menggantikan PAS yang dilihat sudah tidak lagi diyakini mampu untuk melawan kerajaan UMNO BN setelah semua jawatan diboloti oleh pro-ulama dan telah bertindak untuk mengeruhkan hubungan dengan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apatah lagi dengan usul yang diluluskan tanpa bahas memutuskan kerjasama dengan DAP.

Malah ada ura-ura pimpinan PAS yang baru akan membawa PAS bersama UMNO apabila Presiden PAS membuat kenyataan "UMNO tidak seburuk Firaun." Ini diperkuatkan dengan kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa yang menyatakan "inilah saat terbaik untuk PAS-UMNO bersatu," yang mana kenyataannya lansung tidak disanggah oleh mana-mana pemimpin PAS yang baru ketika itu.

Harapan dan cita-cita rakyat itu nampaknya seperti bakal ditunaikan apabila bekas Timbalan presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu di dalam ucapannya memberikan indikasi dengan kata-katanya:

"Kami akan mencari wadah, wadah itu sebagai kenderaan untuk membela Islam, rakyat dan menentang kezaliman."

Pernyataan itu disambut dengan laungan takbir lebih 5,000 hadirin sebagai tanda bersetuju.

Maka lahirlah NGO Gerakan Harapan Baru.

Tidak beberapa lama selepas itu sebuah parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara atau akronimnya AMANAH dilancarkan di Shah Alam pada 16 September 2015 yang pimpinannya terdiri daripada pemimpin utama beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan selain PAS dengan ribuan hadirin memenuhi dewan di mana AMANAH dilancarkan.

Esok pula bermula sambutan SETAHUN AMANAH di Muar, sekaligus menyangkal kenyataan beberapa pemimpin parti sejarah yang menyatakan AMANAH hanya akan hidup beberapa bulan sahaja.

Jom sama-sama kita raikan, jom sama-sama kita semarakkan pengibaran panji-panji kebenaran dan keadilan bersama-sama dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan untuk sama-sama kita mengubah lanskap pemerintahan negara di dalam pilihanraya akan datang ini.


VIDEO




(perhatian: jika video diatas gagal ditonton melalui handfon sila tonton melalui komputer/tablet.
ia sedang diperbaiki kerana menghadapi masalah codec.)





FEATURED ADS


Comments (0)