Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:55 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Kami Tidak Tubuh AMANAH Jika Bukan Kerana Disuruh Melutut....

Posted: 18 Sep 2016 11:17 PM PDT

Kami tak mahu melutut pada PAS sebab itu tubuh Amanah - Salahuddin Ayub

Saya dan kawan-kawan tidak akan tubuhkan Amanah kalau mahu melutut pada PAS itu reaksi Timbalan Presiden Amanah, demikian Salahuddin Ayub selepas diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semalam, Hadi berkata Amanah akan melutut kepada PAS dan mengiktiraf kekuatan parti itu suatu hari nanti.

Ketika itu juga parti-parti yang menjadi sekutu Amanah terpaksa bergantung pada PAS untuk meraih sokongan rakyat, dakwa Hadi lagi.



"Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan Amanah," kata Salahuddin.

"Kalau nak melutut duduk dalam PAS sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja.

"Bagi saya ucapan itu lahir daripada ucapan cemburu melihat kejayaan Amanah dalam tempoh yang singkat telah berjaya membuktikan bahawa dia bukan parti seperti Hamim dan Berjasa.

"Jadi harapan untuk lihat Amanah ini parti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) HAMIM dan BERJASA itu tidak kesampaian.

"Sebaliknya Amanah hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat," tambah Salahuddin .

Salahuddin berkata parti pas kini tidak senang duduk berikutan sambutan di kalangan penyokong yang diterima Amanah amat memberangsangkan.

"Setakat ini kita telah berjaya dapatkan ahli hampir 80 ribu orang dalam tempoh setahun.

"Kita telah tubuhkan 156 kawasan Parlimen.

"Hari ini juga kita dapatkan 300 cawangan-cawangan baru di seluruh negara.

"Kita sasar dalam tempoh pertengahan tahun hadapan kita akan capai target kita lebih kurang 1000 cawangan.

"Jadi ini sebenarnya yang merisaukan Haji Hadi terutama pergolakan mutakhir PAS Kelantan dan juga sambutan luar biasa terhadap porgram Datuk Husam Musa di Kelantan," ujar Salahuddin.

Pemimpin PAS sebelum ini menolak laporan Amanah diterima baik di Kelantan.

ULASAN GB

Jika bukan kerana disuruh melutut kepada nafsu serakah kumpulan yang gila jawatan di dalam PAS yang menang melalui konspirasi dan kaedah cai, bekas pemimpin-pemimpin dan ahli PAS tak tubuh Parti Amanah Negara!

Apa yang sebenarnya tersirat di sebalik kata-kata "Amanah akan melutut kepada PAS" oleh Presiden PAS, haji Abdul Hadi Awang menggambarkan sikap Haji Hadi sendiri yang sebenarnya dilanda resah gelisah terhadap kewujudan AMANAH.

Keduanya ia menzahirkan sikap autokratik pemimpin itu sendiri. Mahu semua orang tunduk dan patuh kepada kehendaknya semata-mata. Lantarannya juga beliau sebelum ini sanggup untuk menghancurkan Pakatan Rakyat kerana beliau tidak boleh bekerjasama dengan orang lain dan tidak boleh menjadi rakan di dalam mana-mana pasukan.

Beliau enggan untuk menerima hakikat betapa sudah ramai pemimpin dan ahli PAS yang sudah berhijrah ke AMANAH. Tetapi semalam beliau mendakwa "dakwaan ribuan anggota PAS Kelantan yang menyertai AMANAH dilihat hanya 'cakap sokong yang tidak berpijak di bumi nyata".

"Cakap kosong yang tidak berpijak di bumi nyata", katanya sedangkan umum mengetahui bahawa kata-katanya sebelum ini bahawa "tiada ahli PAS mengikuti jejak langkah Husam" ternyata meleset apabila rakyat Kelantan berduyun-duyun menyertai Amanah.

Beliau dilanda dengan sindrom penafian, satu sindrom yang sering melanda pemimpin yang berkuasa dan kini menjangkiti pemimpin tertinggi PAS itu.

Tidak mengapalah untuk beliau menafikan fakta bahawa sudah beribu ahli PAS menyertai AMANAH. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Dan ahli AMANAH adalah mereka yang tidak melutut kepada sesiapa kecuali kepada Allah s.w.t.

Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,
dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya jika kami berkata demikian, kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."
(QS Al-Kahfi 13-14)





FEATURED ADS


Comments (0)