Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:47 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO & GAMBAR] Berduyun Rakyat Kelantan Ikut Husam Sertai AMANAH

Posted: 18 Sep 2016 01:13 AM PDT

Malam tadi (16 September 2016) bertempat di pejabat Dun Salor, tecatat satu sejarah indah dimana berduyun-duyun rakyat Kelantan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) mengikut jejak langkah ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang telah mengistiharkan menyertai parti itu di Cyberjaya beberapa minggu lalu.

Ia sekali gus menafikan kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sebelum ini yang menyatakan "tiada ahli PAS ikut jejak Husam".

Haji Abdul Hadi seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan sebelum ini menegaskan:
"Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam)."


Namun kehadiran sebegitu ramai rakayt Kelantan malam tadi membuktikan kenyataan presiden PAS itu tidak benar.

Diantara beberapa tokoh terkenal negeri Kelantan yang menyertai AMANAH ialah dua orang adik kepada Allahyarham Ustaz Yahya Othman (bekas Ketua Lujnah Tarbiah PAS Pusat) iaitu Abdul Kadir Othman (bekas Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Dr. Abdullah Tahir Othman (seorang professor matematik), berserta dengan cicit Tok Kenali, Prof Dr. Wan Ahmad Kamil bin Abdullah.

Mantan ADUN Dabor Sdra Arifibillah Ibrahim, mantan Pen Setiausaha PAS Kawasan Tanah Merah Datuk Sobar Hussin, bekas calon PAS Manek Urai Ustaz Zamsuri Md. Nasir, dua orang bekas exco Pemuda Rantau Panjang Mohd Ainuddin Shamad bin Daud dan Ramizu Ali dan bekas ketua pemuda UMNO Gua Musang, Aziz Awang,

Turut juga menyertai AMANAH ialah beberapa petugas yang pernah berkhidmat dengan Allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat sewaktu Allahyarham menjadi Menteri Besar Kelantan iaitu Hj Anual Bakri Haron dan Dr. Mohd Fauzi Zakaria, yang masing-masing pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar kepada TG Nik Aziz.

Bekas Ketua Risikan PAS Kelantan, Major(B) Mohd ismail, bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan yang juga bekas AJK PAS Pusat, Ustaz Hafiz Musa, bekas ahli Majlis Daerah Ketereh Wan Rosli Wan Abd kadir, bekas Pegawai Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan Ustaz Hamid Derami.

Selain dari itu, terdapat beberapa aktivis NGO dan professional turut menyertai AMANAH seperti aktivis R Sdra Hishamuddin Ghazali (Sham Ghaz), beberapa orang pendidik IPTA/IPTS dari kalangan professor seperti Prof Nurul Azman Alias, Prof Mokhtar Nor dan Prof. Dr. Chia Hock Peng.

Pihak AMANAH juga turut menerima beratus-ratus borang permohonan untuk menjadi ahli AMANAH dari kawasan-kawasan dan majlis penyerahan sijil keahlian yang telah siap diproses turut diserahkan pada malam berkenaan.

Sementara itu, pemilik tanah yang menjadi tapak bangunan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Salor, Rosli Ibrahim mencadangkan agar Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub memecat salah seorang exconya kerana bercakap bohong, lapor Malaysia Dateline.

"Pecatlah Datuk Mat (MB Kelantan), malu kepada orang exco macam ni," kata Rosli merujuk seorang exco kerajaan negeri Kelantan yang mendakwa tanah tapak bangunan pusat khidmat Dun Salor itu adalah milik kerajaan negeri.


Menurut Rosli, bekas setiausaha Semangat 46 Kelantan itu, tanah tapak bangunan pejabat itu beliau beli dengan harga RM5,800 dari seorang bernama Minah binti Musa.

Kemudian beliau memberikan tanah itu atas nama isterinya Haripah binti Dollah.

"Memanglah milik 'pah'. Tetapi bukan 'pas'," kata Rosli dalam ceramahnya di perkarangan pejabat Adun Salor itu.

Rosli berkata, beliau kemudiannya menyerahkan tapak itu kepada Datuk Husam Musa untuk dibina bangunan yang ada sekarang.

Sehubungan itu, Rosli meminta semua pihak tidak lagi membuat dakwaan yang bukan-bukan terhadap tapak tanah tersebut. -Greenboc






VIDEO





FEATURED ADS


Comments (0)