Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:17 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


LRT Tersangkut Lagi, Kini Dalam Terowong KLCC, Menteri Ditempelak Tidur?

Posted: 11 Sep 2016 01:04 AM PDT

LRT Tersangkut Pula Dalam Terowong KLCC, Penumpang Sesak Nafas (Video)

SELEPAS gangguan perkhidmatan sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu, isu LRT sekali menjadi viral di laman sosial apabila salah sebuah tren dikatakan tersangkut dalam terowong dekat KLCC, mengakibatkan penumpang terperangkap kira-kira 30 minit.

Salah seorang penumpang yang berada dalam kejadian itu memberitahu di halaman Facebook miliknya sambil menyertakan beberapa video dan satu gambar yang berkaitan dengan kejadian itu.


Arif Rusli, melalui laman Facebook miliknya menggambarkan detik-detik yang disifatkan panik ketika terperangkap bersama penumpang lain dalam tren tersebut.

Menurutnya, pada tempoh 10 minit pertama lampu tren mula terpadam, hanya lampu kcemasan yang masih menyala namun penghawa dingin masih lagi berfungsi. Pada masa itu perasaannya masih lagi seperti biasa "OK".

Namun selepas kira-kira 15 minit semua lampu termasuk lampu kecemasan sudah tidak menyala ditambah dengan penghawa dingin juga tidak berfungsi menyebabkan dia dan para penumpang lain mulai panik.

"Kami mula sesak nafas, kerana panik anda akan sesak nafas dengan lebih cepat, kemudian kami buat keputusan untuk membuka tingkap udara, yang hanya boleh dibuka separuh" tulisnya.

"Bagaimanapun, oleh kerana kami berada dalam terowong, masih sukar untuk kami bernafas. Pada waktu itu orang ramai sudah mula menjerit untuk pecahkan pintu kaca. Lihat betapa terdesaknya kami," tulisnya lagi menceritakan detik cemas pada waktu itu.

"Selepas 35 minit tersangkut, rapiKL ambil keputusan untuk mengeluarkan kami. Lihat video di bawah..." tulisnya lagi.

Arif turut mempersoalkan adakah RapidKL dan Prasarana, penyedia perkhidmatan LRT tersebut tiada SOP (Standard Operating Procedure) terutama ketika berlaku kecemasan.

"Nak tanya sikit je. RapidKL aka Prasarana memang takde SOP ke? Terutama bila berlaku kecemasan. The fact that bila lampu and udara/oksigen takde, u guys should already be prepared to evacuate all of us! Bukan tunggu and try to fix the fucking bloody train for another 15 mins!!!

Nak kata Bangang macam kasar tapi itula hakikatnya. Bangang! Just imagine kalau ada warga emas, asthma, pregnant lady etc yang susah bernafas. Are you going to be responsible?

Seriously, your appointed in 2015 President & CEO Datuk Azmi Abdul Aziz should step down immediately! No improvement on your services yet fees raised ridiculously!

And what is SPAD doing? Liow Tiong Lai? Sleeping ?

Goodluck Malaysia"

Tulisnya lagi mengakhiri perkongsian tersebut.

Sebelum ini, perkhidmatan LRT tergendala sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu, turut menjadi viral di laman sosial. -edisirakyat.com






FEATURED ADS


Comments (0)