Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:23 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Tiga hari tambang percuma LRT laluan Kelana Jaya bermula Selasa

Posted: 11 Sep 2016 11:38 PM PDT

ASTRO AWANI


Tiga hari tambang percuma LRT laluan Kelana Jaya bermula Selasa
Laluan Kelana Jaya berintegrasi dengan laluan Sri Petaling di stesen Masjid Jamek dan Putra Heights. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Pengguna tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dari stesen Gombak hingga Putra Heights berpeluang menikmati tambang percuma selama tiga hari mulai Selasa ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata penumpang yang menukar laluan ke Sri Petaling, Ampang, Monorel, BRT Sunway di stesen bersepadu hanya perlu membayar perbezaan tambang perjalanan bagi ketiga-tiga laluan itu.

"Sama juga sekiranya penumpang datang dari laluan BRT Sunway, Sri Petaling, Ampang dan monorel yang ingin meneruskan perjalanan ke laluan Kelana Jaya, tambang percuma akan diberikan bagi sektor perjalanan di laluan Kelana Jaya," tambah kenyataan itu.

Laluan Kelana Jaya berintegrasi dengan laluan Sri Petaling di stesen Masjid Jamek dan Putra Heights.

Menurut kenyataan itu, bagi laluan BRT Sunway yang dikendalikan anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad, Rapid Bus Sdn Bhd, yang terhubung dengan laluan Kelana Jaya di stesen USJ 7, pengguna dengan bayaran tunai boleh mendapatkan token percuma di kaunter khidmat pelanggan.

Pengguna dengan bayaran tanpa tunai pula boleh menggunakan kad tanpa tunai seperti biasa, manakala pengguna dari laluan Kelana Jaya ke Sri Petaling, Ampang, Monorel, BRT Sunway boleh menggunakan kad tanpa tunai atau token dari mesin TVM.
 
Selain itu, Prasarana turut memberikan diskaun tambang sebanyak 50 peratus kepada pengguna perkhidmatan LRT, monorel dan BRT sebelum 7 pagi mulai 16 September ini. 
 
 

Pemalsuan dokumen: Bank Rakyat jalankan siasatan dalaman

Posted: 11 Sep 2016 11:14 PM PDT

ASTRO AWANI


Pemalsuan dokumen: Bank Rakyat jalankan siasatan dalaman
Menurut kenyataan Bank Rakyat hari ini, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka sekiranya didapati bersalah termasuk ditamatkan perkhidmatan. -Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap enam orang pekerja bank itu yang didakwa terlibat dalam pemalsuan dokumen bagi kelulusan pembiayaan peribadi di cawangan Likas dan Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut kenyataan bank itu di sini hari ini, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka sekiranya didapati bersalah termasuk ditamatkan perkhidmatan.

"Pada masa yang sama, operasi perbankan Bank Rakyat tetap berjalan seperti biasa dan tidak terjejas berikutan isu tersebut," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut Bank Rakyat akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kota Kinabalu menahan tujuh pegawai dan seorang bekas pegawai sebuah bank kerana disyaki memalsukan dokumen pinjaman bank. -Bernama

Bukan tugu, Perdana Menteri perlu diganti baru

Posted: 11 Sep 2016 11:04 PM PDT

 
Oleh Arif Atan


Aktivis mahasiswa membantah pengumuman kerajaan untuk memperindah kawasan Taman Tugu dengan kos keseluruhan projek mencecah RM650 juta seperti diumumkan Perdana Menteri, 5 September lalu.

"Apa signifikan projek-projek seperti Tugu Negara ini mendapat dana sebegitu besar berbanding dengan mengisi perut rakyat? Projek menaik taraf Tugu Negara adalah satu lagi projek yang dilihat tidak ada kepentingan semasa oleh anak muda dan mahasiswa khususnya.

"Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, yang tidak kukuh dan memerlukan naik taraf itu bukanlah Tugu Negara, tapi kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang perlu diganti baru," bidas Jurucakap Tangkap Malaysia Official 1 (MO1), Anis Syafiqah Md Yusof dalam kenyataannya hari ini.

Menurutnya, mahasiswa berpendapat Najib sudah kontang idea dalam menguruskan kewangan sehingga negara sedang mengalami krisis ekonomi selain kemelut politik yang dahsyat yang dibimbangi menghakis keyakinan pelabur.

"Tak perlu lagi kita cerita bab ketirisan, kehilangan duit setiap tahun yang dilaporkan oleh Audit Negara. Saya kira itu kita semua sudah maklum. Yang kita tidak maklum dan tertanya-tanya kenapa individu sebegini masih kekal memegang tampuk kepimpinan negara?" bidasnya.

Mengulas lanjut projek yang dibangunkan oleh Khazanah Nasional itu, beliau berpendapat Najib tidak menyedari setiap tahun sebanyak 56 peratus daripada kira-kira 400,000 graduan di negara ini gagal mendapatkan pekerjaan.

"Adakah susah sangat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib nak menilai kepentingan yang lebih utama?
Bagaimana boleh wujud di benak fikiran Perdana Menteri untuk memperuntukkan RM650 Juta kepada sebuah tugu yang masih elok dan kukuh berdiri?

"Kenapa tidak tercapai di akal pimpinan kerajaan sekarang untuk menyelesaikan isu yang berkait rapat dengan rakyat khususnya mahasiswa dan anak muda ini?" soalnya.

Sehubungan itu, Anis mengingatkan Najib yang juga Presiden Umno itu tentang janji untuk menangani kos sara hidup rakyat seperti terkandung pada manifesto BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Malangnya kebanyakan mekanisme yang diguna bersifat jangka pendek dan tidak mampu menyelesaikan kemelut ekonomi rakyat secara total.

"Sebagai contoh, kenaikan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan baucer buku hanya mampu menyelesaikan masalah mahasiswa dan anak muda selama sebulan dua, kemudian mahasiswa dihadiahkan dengan harga barang naik, cukai GST dan sekarang RM650 juta pula bakal dihadiahkan kepada sebuah monument," tegas Anis lagi.

Mukhriz jangka pemimpin bahagian Kedah pula keluar Umno

Posted: 11 Sep 2016 10:59 PM PDT

 
Oleh Zikri Kamarulzaman


Lebih ramai pemimpin Umno bahagian dijangka keluar parti, kali ini di Kedah. Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata "sebilangan" pemimpin bahagian memaklumkannya beliau bahawa mereka sudah tidak lagi mampu bersabar, dan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Umno.

"Dan cara mereka keluar parti adalah mengumumkan pada mesyuarat (perwakilan bahagian) tahunan," kata Mukhriz kepada pemberita di Puchong malam semalam. 
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau menjangka ada pemimpin bahagian Umno Kedah yang akan meninggalkan parti itu susulan pengunduran dua veteran parti dari Johor semalam.

Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar parti semasa mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing.

Ini berlaku sehari selepas pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cetusan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan.

Mukhriz berkata, walaupun sesetengah mereka akan meninggalkan Umno dengan pengumuman secara terbuka semasa mesyuarat perwakilan masing-masing, ada yang memilih untuk tidak menghebahkan tindakan mereka itu.

"Sesetengah mereka tidak bersedia untuk menimbulkan konflik pada majlis seperti itu, jadi mereka menyokong kita tetapi kekal dalam Umno.

"Ataupun mereka meninggalkan parti secara senyap dan bukan seperti cara yang terbuka," katanya.

Mukhriz berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh kumpulan pemberontak Umno, Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) untuk memperkenalkan BERSATU.

Turut berucap pada ceramah itu adalah aktivis belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam ucapannya Syed Saddiq menekankan kepentingan penyertaan belia pada pilihan raya, dan menggesa mereka untuk mendaftar sebagai pengundi.

Beliau berkata, kurang daripada separuh golongan muda yang layak mengundi di Malaysia adalah pengundi berdaftar.~Mkini


Deritalah M'sia jika idea Noh diterima

Posted: 11 Sep 2016 10:57 PM PDT


 
Oleh Amran Ahmad 


Boleh dikatakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar layak dikritik, dibidas malah diherdik sekalipun atas cadangan beliau untuk memberikan lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan.

Ini kerana bukan saja portal propembangkang dan ahli-ahli parlimen pembangkang mengkritik cadangan Noh itu, malah bantahan turut disuarakan portal prokerajaan dan pelbagai organisasi lain. 
 
Rata-rata pelbagai pihak menyuarakan sentimen dan maklum balas negatif terhadap cadangan Noh yang disifatkan bukan saja tidak menyelesaikan masalah, malah menambahkan lagi kerumitan di kalangan rakyat negara ini yang belum memiliki rumah.

Antara yang ketara menyuarakan pandangan sedemikian ialah bekas presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Ng Seing Liong yang menegaskan pemaju perumahan lebih suka menggunakan dana sedia ada untuk membina lebih banyak rumah berbanding memberi pinjaman kepada pembeli.

Pendapat Ng disokong ketua pelaburan untuk Pengurus Amanah Pelaburan Hartanah Axis Berhad dan bekas presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker.

Katanya, pemaju sepatutnya memberikan fokus kepada pembinaan harta tanah.

Terikat bayaran jangka panjang

Pembeli pula katanya tentu tidak mampu untuk berasa gembira dengan cadangan sedemikian kerana beban hutang akan bertambah.

Ia kerana faedah setinggi 18 peratus yang akan dikenakan syarikat pemaju adalah lebih tinggi berbanding kadar ditawarkan bank tempatan untuk pinjaman perumahan.

Jika pembeli tidak mengambil pinjaman penuh (100 peratus) sekalipun daripada pemaju perumahan, dengan kadar 18 peratus itu mereka akan terbeban, ditambah pula dengan tanggungan baki pinjaman yang diambil dari bank tempatan.

Bayangkan seorang pembeli yang mengimpikan memiliki sebuah rumah tetapi kemampuan semasanya terhad cuma menyediakan deposit 10 peratus kepada pemaju.

Pihak bank pula sekadar meluluskan pinjaman sebanyak 70 peratus daripada harga rumah berkenaan selepas mencongak tahap kemampuan kewangan pemohon tersebut.

Ini bermakna pembeli terpaksa mendapatkan pinjaman bagi pembiayaan 20 peratus lagi daripada pemaju dengan kadar faedah 18 peratus.

Dalam keadaan ini, pembeli tersebut terikat dengan bayaran ansuran bulanan jangka yang panjang kepada pihak bank daripada pinjaman 70 peratus tadi.

Pada masa sama, pembeli juga terpaksa menanggung bayaran ansuran yang tinggi bagi pinjaman 20 peratus pada pemaju dengan kadar faedah 18 peratus.

Bagi segmen pembeli berpendapatan sederhana yang ingin membeli rumah pula, persoalan utama yang timbul ialah sama ada mereka mampu untuk membayar dua pinjaman sekaligus dalam tempoh sebulan bagi memiliki seunit rumah untuk tempoh yang lama.

Keadaan akan bertambah buruk jika pembeli mengambil pinjaman penuh (100 peratus) daripada pemaju, kerana jumlah hutang tersebut akan menjadi empat hingga enam kali ganda berbanding nilai pinjaman pokok.

Sewa sampai bila-bila

Ini bermakna kadar bayaran ansuran bulanan - untuk suatu tempoh yang lama juga - akan menjadi lebih tinggi daripada sepatutnya.

Akhirnya ia akan menyebabkan harga harta tanah di Malaysia menjadi semakin mahal di masa depan.

Dalam kenaikan gaji tahunan pekerja tempatan yang kian mengecil serta peningkatan harga barangan serta perkhidmatan yang seolah-olah tidak terkawal pada masa ini, hasrat untuk memiliki rumah mungkin sekadar angan-angan terutama di kalangan mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah.


 
 
Masakan tidak, jika tidak mampu membayar kedua-dua ansuran tersebut (dalam kes seperti yang disebutkan di atas), pastinya bank dan pemaju berhak untuk merampas rumah tersebut daripada pemiliknya dan kemudian akan melelongkan harta tersebut.
Ternyata, rakyat negara ini akan bertambahlah menderita untuk menjalani kehidupan jika cadangan Noh itu menjadi realiti.

Dengan Bajet 2017 bakal dibentangkan pada Oktober ini dan khabar angin pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada suku pertama tahun depan, wajar untuk kerajaan menjadi lebih kreatif dan realitistik menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam suasana kehidupan hari ini yang sangat kompleks dan sofistikated, keperluan asas secara realitinya bukan sekadar memiliki rumah sebagai tempat berteduh, malah rakyat turut dihimpit dengan keperluan untuk memiliki kenderaan, insurans kesihatan dan pendidikan serta simpanan menjelang hari tua.

Itu belum termasuk menyediakan dana membawa anak-anak berjalan-jalan ke pusat peranginan setiap kali tibanya musim cuti sekolah atau membayar bil-bil telekomunikasi bulanan dan sebagainya.

Justeru, daripada menanggung hutang yang berlipat kali ganda akibat membeli rumah menggunakan cadangan - disifatkan Rafizi Ramli sebagai "paling gila" dalam hal perumahan dan kewangan negara - mungkin pilihan yang lebih baik ialah menyewa saja sampai bila-bila.


Sekolah satu murid di Selangor dipindah

Posted: 11 Sep 2016 10:47 PM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Bukit Fraser yang hanya mempunyai seorang murid akan berpindah tidak lama lagi.

China Press melaporkan, sekolah itu pada masa ini merupakan satu-satunya sekolah di Selangor yang mempunyai seorang murid.

Murid tunggal kini berada di darjah empat dan ayahnya telah bersetuju supaya anaknya ditukar ke sekolah lain sekiranya SRJKC Bukit Fraser dipindahkan.

Disebabkan bakal dipindah, pihak sekolah turut menghentikan usaha untuk mengambil pelajar baharu.
Sekolah yang terletak di kawasan sempadan Pahang dan Selangor itu gagal mendaftarkan pelajar darjah satu sejak 2015, menjadikan kemelut kekurangan pelajar semakin runsing.

Riwayat sekolah itu bagaimanapun dijangka dapat disambung apabila lembaga pengelola sekolah menerima tawaran daripada pemaju untuk berpindah.

Lokasi awal yang ditawarkan ialah Kajang tetapi selepas mengambil kira kewujudan SRJKC lain di tempat tersebut, maka Jenjarom telah dicadangkan.

Perbincangan masih dijalankan, tetapi SRJKC Bukit Fraser dijangka dipindah dalam tempoh dua atau tiga tahun.


ROS serah sijil kelulusan pendaftaran parti kepada PPBM

Posted: 11 Sep 2016 10:29 PM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini menyerahkan sijil kelulusan pendaftaran kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Presiden Penaja PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima sijil tersebut sebelum itu hadir bersama anggota jawatankuasa penaja PPBM ke ROS di sini bagi memberi penjelasan berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu.

Muhyiddin berterima kasih kepada ROS dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi kelulusan pendaftaran untuk parti itu dalam tempoh 30 hari.

Muhyiddin sebelum ini menyerahkan permohonan bagi mendaftarkan parti itu pada 9 Ogos lalu.

Seorang pegawai ROS yang dihubungi Bernama menyatakan bahawa kelulusan tersebut diberikan setelah pihaknya berpuas hati dengan penjelasan daripada pihak PPBM berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu.

Semalam, Ahmad Zahid berkata kelulusan rasmi akan diberikan selepas pihak PPBM memberi penjelasan berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu kepada ROS.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PPBM yang ditemui media di ROS berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Katanya usaha sedang dilaksanakan agar semua parti pembangkang bergabung dalam satu pakatan supaya tidak akan ada pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum nanti.-- BERNAMA


Pastikan 90 peratus India sokong BN dalam PRU-14 - TPM

Posted: 11 Sep 2016 10:27 PM PDT

 
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disambut meriah ketika hadir merasmikan Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti di Kuala Lumpur hari ini.
 
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disambut meriah ketika hadir merasmikan Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti di Kuala Lumpur hari ini.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) dan parti-parti bersekutu India dalam komponen Barisan Nasional (BN) supaya lebih relevan dalam menyatukan komuniti India di negara ini.

Beliau turut menyatakan hasratnya yang mahu melihat Makkal Sakti dan parti komponen BN lain terus bersatu untuk memastikan 90 peratus pengundi India menyokong BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

"Setiap pemimpin ada cabarannya kerana putaran hayat, putaran politik yang dihadapi setiap lima tahun sekali agak mencabar ujiannya untuk kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tetapi Najib dengan keikhlasan yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan semua bangsa termasuk kaum India membawa beberapa langkah penyelesaian masalah dalam bentuk transformasi.

"Ia berjaya menampakkan hasil menerusi inisiatif parti bersekutu BN termasuk Makkal Sakti mengembalikan pengundi India 65 peratus kepaada BN pada PRU13 dan dan PRK sebelum ini.

"Jika ia boleh dicapai saya mahu lihat lagi ia diterjemah kepada 90 peratus menjelang PRU-14 dengan semangat bersatu dalam BN khususnya Makkal Sakti perlu menyumbang BN bersatu dengan parti india dalam komponen BN demi menyatukan komuniti India," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 Makkal Sakti yang turut dihadiri Setiausaha Agung BN dan UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini hari ini.

Dalam perhimpunan itu, Ahmad Zahid turut meluluskan permintaan sebuah bas untuk kemudahan parti itu dengan kelulusan kewangan BN dengan disertai tepukan gemuruh 2,212 perwakilan parti.

Beliau juga menggesa para pemimpin pati komponen supaya mengemaskini diri dengan pengetahuan ideologi politik yang lebih relevan untuk mengelak BN ketinggalan.

"Semai semangat kerjasama semasa komponen BN supaya melibatkan gandakan gerak kerja daripada sekarang untuk PRU akan datang," ujarnya.

Timbalan Presiden BN itu juga memuji kewujudan Makkal Sakti sebagai sebuah parti pada asasnya kini berjaya membuktikan peranan sebagai institusi sosial India sambil berharap lebih 200,000 ahlinya bekerjasama rapat dengan komponen BN demi pengukuhan parti peringkat nasional.

"Hanya BN yang relevan sentiasa dalam membela dan menyelesaikan kaum India dan bangsa majmuk secara umum demi kesejahteraan lebih cerah dan terjamin. Kita mengharapkan persoalan dan masalah masyarakat India terus dibela hanya menerusi BN yang lebih relevan khususnya masalah kewarganegaraan yang masih berterusan.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN), saya turut beri prioriti kepada isu tersebut sehinggakan Jabatan Pendaftaran Negara telah menerima 5,894 permohonan dan 1,131 daripadanya telah diluluskan manakala 750 ditolak, 4,013 permohonan dalam proses," ujarnya lagi.--MalaysiaGazette


Tahun ini lembu korban tak laris macam dulu

Posted: 11 Sep 2016 10:25 PM PDT



Biasanya setiap tahun kira-kira 250 hingga 300 ekor lembu sudah dalam tangan terutama Hari Raya Korban tetapi tahun ini bilangan yang dijual separuh sahaja daripada jumlah biasa.

Itu luahan pemilik ternakan lembu daging, Mohamad Sharif Ghulam Nabi kerana ramai pelanggan memberi alasan masalah ekonomi dan kewangan menjadi halangan kepada mereka sekarang.

"Sepanjang 10 tahun kebelakangan ini permintaan semakin berkurangan setiap tahun. Tahun ini (2016) merupakan tahun yang paling ketara permintaan berkurangan berikutan masalah ekonomi dan harga meningkat," ujarnya kepada Malaysia Gazette di sini hari ini.

Menurut Mohamad Sharif, trend itu dirasai oleh semua penternak termasuk kepadanya yang sudah berpengalaman meneruskan perniagaan keluarga sejak 30 tahun lalu dan mempunyai ladang di pinggir ibu kota.

Beliau juga biasa dengan permintaan terutama bagi majlis akikah dan hari raya korban setiap tahun.

"Minat bermula dari mengikut bapa pergi uruskan lembu-lembu di ladang dan terus serius dalam bidang perniagaan dan ia perniagaan keluarga," ujarnya.

Jenis lembu pedaging yang dibekalkan pihaknya ialah Lembu Lembu Baka Brahman, Lembu Baka Kedah-Kelantan, Lembu Baka Local Indian Dairy dan Lembu Baka Friesian Sahiwal.

Anggaran harga mengikut saiz dan cukup syarat untuk dikorbankan atau akikah dan harga bermula dari RM3,600 hingga RM4,000.

Sesiapa berminat boleh menghubunginya di talian 013-337 3580.--MalaysiaGazette


2 emas Malaysia rekod baru paralimpik

Posted: 11 Sep 2016 10:08 PM PDT

 
BERNAMA
 
 
Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, melakar sejarah tersendiri selepas memenangi dua pingat emas, setiap satunya mencipta rekod dunia dan rekod paralimpik.

Pingat emas pertama negara diperoleh menerusi pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy). Dalam acara yang berlangsung di Stadium Olimpik itu,

Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadam rekod Sukan Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25s yang dilakukan di Beijing pada 2008.

Pingat perak dimenangi Yang Yifei dari China dengan catatan 12.20s dan gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Rodrigo Parreira da Silva dengan 12.54s. Selepas majlis penyampaian hadiah, Mohamad Ridzuan, yang mempunyai kesukaran untuk bertutur, menangis tanpa henti dan terpaksa ditenangkan oleh ketua jurulatihnya, R.Jaganathan.

Kejayaan Mohamad Ridzuan kemudiannya disusuli Muhammad Ziyad Zolkefli melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran). Lebih manis, pemenang pingat gangsa pada edisi ke-14 di London,
telah mencipta rekod baharu dunia dalam percubaan pertamanya dengan jarak 16.40m, sekali gus memadam rekod dunia dan rekod Paralimpik milik Todd Hodgetts dari Australia iaitu 16.29m juga di London.

Atlet berusia 26 tahun itu meneruskan rentak kecemerlangan dan terus memperbaiki rekod dunia dengan jarak 16.84m pada percubaan kelimanya.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong saya. Tak lupa juga kepada famili saya, rakan-rakan saya, ISN, MSN dan media yang menyokong saya.

"Inilah hadiah saya untuk kalian semua... gambar yang viral yang saya pegang kertas 'Doakan untuk kami di Paralimpik' inilah hasilnya. Terima kasih banyak-banyak untuk rakyat Malaysia," katanya dalam satu rakaman video. Pingat perak menjadi milik Dimitrios Senikidis dari Greece dengan 16.17m dan gangsa milik Hodgetts dengan 15.82m. - MalaysiaGazette


Cadangan Noh tak pernah dibincang dalam kabinet - TPM

Posted: 11 Sep 2016 10:08 PM PDT


Noh Omar
Noh Omar


Cadangan supaya pemaju perumahan diberi lesen pemberi pinjaman kewangan untuk membantu pembbeli rumah yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank tidak pernah dibincangkan dalam Kabinet.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan perkara itu sambil berkata pihaknya menantikan penjelasan berhubung cadangan yang dibangkitkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

"Cadangan itu tidak pernaj dibincangkan dalam kabinet dan kita telah memintanya (Noh) memberikan penjelasan berhubung cadangan itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 Makkal Sakti di Menara Kembar Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan itu yang dibangkitkan oleh Noh beberapa hari lalu yang kemudiannya menjadi kontroversi di media-media sosial.

Pada Khamis, Noh mencadangkan supaya pemaju berminat boleh menyerahkan permohonan lesen pemberi pinjaman wang di bawah Akta pemberi Pinjam Wang (Pindaan 2011) Akta 400, dibawah bidang kuasa kementerian itu.

Dengan pelaksanaan itu nanti, pemaju boleh membantu pembeli rumah dengan pembiayaan 100 peratus atau sebahagian dengan syarat kadar faedah tidak lebih 18 peratus setahun.

Pengumuman Noh Omar itu menerima bantahan pelbagai pihak walaupun bertujuan untuk memberi pembeli pilihan tambahan. --MalaysiaGazette


Comments (0)