Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:10 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TUN M vs DS NAJIB

Posted: 07 Sep 2016 11:41 PM PDT

  

PROJEK TEROWONG PULAU PINANG BAKAL DIBATALKAN, SYARIKAT ASING TARIK DIRI

Posted: 07 Sep 2016 05:43 AM PDT

Salah satu pemegang saham Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang iaitu Beijing Urban Construction Group (BUCG) (M) Sdn Bhd menarik diri daripada terus menyertai projek berkenaan.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sidang media hari ini.
"Perubahan itu tidak akan menjejaskan projek berkenaan. Walaupun nama diubah, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami tidak mahu kontrator tidak bertanggungjawab menjadi sebahagian daripada projek terowong dasar laut, jadi kami benarkan BUCG tarik diri daripada konsortium itu," kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu pada sidang media di Komtar hari ini.
BUCG merupakan syarikat pembinaan yang terbabit dalam insiden besi penyangkut kren yang menghempap pemandu kereta di ibu negara, bulan lalu.
Pada 2013, kerajaan Pulau Pinang menyerahkan Projek Terowong Dasar Laut kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG), sebuah syarikat tujuan khas yang dibentuk lima syarikat – Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction, Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd.
Pengerusi konsortium itu, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dalam sepucuk surat kepada kerajaan negeri pada awal bulan ini menyatakan, BUCG dikeluarkan demi kepentingan dan reputasi konsortium, ekoran insiden kren di ibu negara itu.
"Kami sudah menyerahkan beberapa nama lain kepada Suruhanjaya Syarikat untuk penukaran nama, susulan penarikan BUCG," katanya dalam surat kepada pejabat setiausaha kerajaan negeri.
Zarul Ahmad dalam kenyataan sebelum ini menyebut secara terperinci pemilikan saham syarikat-syarikat dalam projek berkenaan.
"Rakan kongsi syarikat itu Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd dengan ekuiti 70% dan modal berbayar masing-masing sebanyak RM3.5 juta dan RM4 bilion.
"Beijing Urban Construction Group pula dengan ekuiti 10% dan modal berbayar RM 541 juta, Sri Tinggi Sdn Bhd ekuiti 10% dan modal berbayar RM 3.7 juta dan Juteras Sdn Bhd dengan ekuiti 10% dan modal berbayar RM1 juta," katanya.
Bagaimanapun, kedudukan pemegang saham itu dipertikai oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.
Cheng Guan berkata berdasarkan carian yang beliau lakukan pada bulan Mei 2016, menunjukkan Zenith Construction Sdn Bhd yang dipengerusikan Zarul Ahmad merupakan pemegang saham terbesar kerana ia memiliki 99.13 peratus ekuiti, BUCG (0.0057 peratus) dan Juteras Sdn Bhd (0.863 peratus).
"Bukan sahaja BUCG memiliki kepentingan begitu kecil iaitu 0.0057 peratus, malah China Railway Construction pula nampaknya hilang langsung sebagai pemegang saham.
"Struktur pemegangan saham semasa CZBUCG nampaknya sangat berbeza daripada cadangan RFP (Permintaan Untuk Perancangan) mereka dan apa yang dikatakan kerajaan Pulau Pinang suatu masa dulu," dedahnya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen berkaitan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Pulau Pinang.
Pada 3 Jun, Cheng Guan membuat laporan di pejabat sama dan meminta SPRM menyiasat sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam urusan projek itu.

Comments (0)