Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:59 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KHAIRUDDIN MENGAMOK

Posted: 30 Sep 2016 09:30 PM PDT

khai

AIDCNews – 30/9/16 – Bukan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mempersoalkan kenapa jawatan timbalan presiden parti itu tidak diisi walaupun sudah 3 minggu diluluskan pendaftarannya.
Khairuddin yang dilihat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut persoal kenapa Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya dilantik sebagai naib Presiden dan bukannya Timbalan Presiden parti itu.
"Majoriti rakyat yang buat permohonan untuk jadi ahli parti Bersatu khususnya generasi muda masih menunggu kepimpinan protem menamakan Muhkriz sebagai timbalan presiden secara rasmi, barulah ramai lagi 'gen Y' akan menganggotai parti Bersatu," kata Khairuddin dilaporFMT.
Desakan itu dibuat ketika spekulasi pemimpin PPBM semakin tidak puas hati terhadap kepimpinan Muhyiddin yang dilihat suka bertindak bersendirian.
FMT baru-baru ini memetik sumber yang mendakwa Muhyiddin tidak mahu berbincangdengan beberapa pemimpin utama, termasuk Mukhriz, di samping sikapnya mengenepikan "orang Mahathir".
"Pemberontakan besar-besaran bakal meletus dalam PPBM," dakwa sumber portal itu.
Khairuddin menegaskan perlantikan Mukhriz sebagai timbalan Presiden perlu dilakukan kerana ia merupakan sesuatu yang sudah dijanjikan sejak awal.
"Dalam apa jua keadaan kepimpinan protem mesti menrealisasikan impian dan kehendak rakyat serta generasi muda yang mahukan Muhkriz dinamakan secepat mungkin sebagai timbalan presiden parti Bersatu.
"Semua berharap presiden protem dan pengerusi parti jangan mungkir janji," katanya.
Khairuddin, yang terlibat daripada peringkat awal dalam pergerakan Deklarasi Rakyat yang dipimpin Dr Mahathir beberapa bulan sebelum penubuhan PPBM, memilih tidak menyertai parti baharu pimpinan Muhyiddin itu.
Malah Khairuddin dilaporkan FMT akan mempertimbangkan untuk menyertai sama ada PKR atau DAP.
"Tiada komen," jawab Khairuddin secara ringkas ketika dihubungi FMT.
Khairuddin juga dikatakan tidak setuju Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi PPBM, terlalu bertolak ansur dengan Muhyiddin.
Keadaan itu dikatakan hampir memaksa Khairuddin, yang selama ini belum menyertai PPBM walaupun aktif dalam Deklarasi Rakyat sebelum ini, untuk mempertimbangkan menyertai PKR atau DAP meneruskan perjuangannya menentang Datuk Seri Najib Razak.
Khairuddin yang sebelum ini lantang bersuara bagaimanapun semakin tidak menonjol sejak pendaftaran PPBM diluluskan awal bulan ini.
Beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dikatakan menjadi "orang tengah" yang mengatur pertemuan bersejarah Dr Mahathir dan bekas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, di Mahkamah Tinggi pada 5 September lepas.

PENGAJARAN KATA PAS: DIA SURUH KITA PASANG POSTER DIA TAPI DIA TIDAK UNDI KITA

Posted: 30 Sep 2016 05:00 PM PDT

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim berkata, pihaknya lebih selesa bekerjasama dengan parti yang menerima baik ideologi dan agenda mereka.
"Bagi PAS, lebih mudah bekerjasama dengan sekutu yang jujur berbanding mereka yang mahu mengambil kesempatan ke atas kami," katanya.
Tuan Ibrahim turut menyindir sebuah "pakatan politik" yang berbuat demikian semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum ini dan pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Terdapat parti sekutu ini yang mengerahkan semua calon mereka tetapi jentera parti langsung tidak kelihatan.
"Lebih buruk lagi, parti itu menyuruh kami sendiri memasang semua poster calon dan bendera parti mereka di kawasan PAS.
"Kami tidak kisah jika parti itu baru berusia setahun atau dua tahun tetapi parti berkenaan sudah lama dan hanya muncul ketika pilihan raya," ujar beliau.
Tuan Ibrahim turut berasa hairan dengan parti pembangkang itu yang mahu PAS bersetuju dengan pembahagian kerusi, tetapi turut menuduh pihaknya bekerjasama dengan UMNO.
"PAS dijadikan "punching-bag" (karung tinju), kami diserang dengan segala penipuan yang mendakwa kami akan bekerjasama dengan UMNO dan kami adalah "dedak" daripada UMNO.
"Ketika kami diasak sebegitu, mereka masih berharap untuk bekerjasama dengan kami. Sungguh menghairankan," katanya.
PAS kini tidak lagi berfungsi dalam Pakatan Rakyat ekoran perbalahan dengan DAP tetapi masih lagi bersekutu dengan PKR yang memerintah kerajaan Selangor bersama.
Selepas pembentukan Pakatan Harapan yang menggandingkan PKR, DAP dan serpihan parti PAS, Parti Amanah Negara (PAN), PAS menjalinkan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Namun situasi semakin rumit apabila parti baharu yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) ditubuhkan.
Tun Mahathir menyeru semua parti pembangkang termasuk PAS untuk bekerjasama bagi menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
PAS bagaimanapun enggan menyerahkan mana-mana kerusi mereka kepada Pribumi.

Comments (0)