Posted by Unknown | Posted on 12:38 PG | Posted in
sumber :-
Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- ANINA MINTA MAAF KE ATAS PM NAJIB ISU SAMAN ?, ANINA TERPAKSA BAYAR SENDIRI KOS GUAMAN ! KASIHAN DIA...
- MENJELANG PRU14, DAP WARNING PKR TINGGALKAN PAS ATAU DAP AKAN TINGGAL PKR !!!
- KAJANG, SERDANG, PUTRAJAYA, DENGKIL, SEPANG, CYBERJAYA, BANGI HAMPIR KERINGA AIR KERANA AZMIN BELI HUTANG SYARIKAT AIR
Posted: 26 Sep 2016 08:30 PM PDT Anina telah membuat rayuan terhadap pembatalan saman oleh Mahkamah TInggi pada 31 Disember tahun lalu. Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Seri Najib, mengesahkan bahawa Anina telah memfailkan notis untuk menarik balik rayuan saman itu di Mahkamah Rayuan bulan ini. Anina bersetuju untuk membayar kos guaman sejumlah RM5,000. Pada 28 Ogos, Anina memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib dan Setiausaha Eksekutif Datuk Ab Rauf Yusoh, antara lain, bagi menuntut sebahagian daripada derma RM2.6 bilion (AS$650 juta) yang dikatakan dimasukkan oleh presiden parti ke dalam akaun peribadinya di Singapura. Datuk Seri Najib dan Ab Rauf kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan saman atas sebab ia remeh dan menyusahkan, serta Anina tidak mempunyai hak di bawah undang-undang untuk menyaman kerana dia bukan seorang pegawai awam parti UMNO. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan pembatalan Datuk Seri Najib dan Ab Rauf itu selepas membuat keputusan bahawa Anina tidak mempunyai locus standi bagi memulakan tindakan undang-undang kerana dia bukan pegawai awam ataupun menyandang sebarang jawatan dalam UMNO. |
MENJELANG PRU14, DAP WARNING PKR TINGGALKAN PAS ATAU DAP AKAN TINGGAL PKR !!! Posted: 26 Sep 2016 05:08 PM PDT ![]() Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu Tian Khiew memberi kata dua kepada Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meninggalkan PAS atau menghadapi masalah dari pihak DAP. Ronnie Liu juga menggesa Azmin supaya memberikan sokongan padu kepada Parti Amanah Negara (PAN) untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan di negeri itu. "Pakatan Harapan adalah harapan kita semua. PAS sudah tolak Pakatan Harapan selepas menolak DAP dan Amanah. "Tapi rakyat dan penyokong keliru apabila Azmin masih mahu bekerjasama dengan PAS. Rakyat tak akan percaya kepada Pakatan Harapan jika keadaan ini diteruskan," ujarnya ketika dihubungi portal pro PAN, Malaysia Dateline hari ini. Ronnie Liu yang juga pemimpin DAP Klang turut membuat gesaan radikal iaitu mendesak tiga exco DAP keluar daripada kerajaan negeri jika Azmin masih terus berdegil mahu memilih PAS. DAP Klang juga katanya mahu pilihan raya mengejut diadakan di Negeri Selangor sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dipamirkan oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) diluluskan. Menurutnya, berdasarkan kajian DAP, Pakatan Harapan bakal kehilangan negeri Selangor jika persempadanan pilihan raya itu diluluskan. |
Posted: 26 Sep 2016 01:34 AM PDT |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Comments (0)
Catat Ulasan