Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SITI SALAHKAN ANWAR KERANA PUNCA BAWA FAHAMAN WAHABI KE MALAYSIA

Posted: 29 Sep 2016 08:00 PM PDT

Siti Kassim menyalahkan Ketua Pembangkang yang kini sedang merengkok di penjara Sungai Buloh, Anwar Ibrahim kerana telah membawa Islamisasi ke Malaysia pada tahun 1970-an dan ketika berada dalam kerajaan.
Siti Kassim mendakwa dia adalah "orang yang paling gembira" apabila Anwar ditangkap pada tahun 1998.
"Saya tidak bergurau, pada waktu itu saya rasa Malaysia selamat. Malangnya, sudah tentu ramai orang yang sudah pun dipengaruhi olehnya ketika itu.
"Dia yang bersalah, dia yang membawa Islamisasi ke Malaysia. Tidak salah untuk membawa masuk perkara yang baik, tetapi dia membawa masuk fahaman Islam Wahabi.
"Mengapa anda mahu untuk membawa tafsiran fahaman Wahabi dalam Islam? Mereka mencampur-aduk budaya Arab ke dalam Islam," katanya.

SENGKETA RAFIZI-ANWAR SEMAKIN MELEBAR: RAFIZI DAKWA ANWAR BUKAN TOKOH YANG SEBENAR

Posted: 29 Sep 2016 05:07 PM PDT

Lanjutan isu ini semalam http://mymassa.blogspot.my/2016/09/surat-rafizi-anwar-jawab-suku-mukasurat.html , Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menambah lebar perseteruannya dengan Anwar apabila Rafizi secara terbuka menafikan Anwar Ibrahim merupakan pelopor Islamisasi di Malaysia sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Menurutnya, jika ada pihak yang mendakwa proses Islamisasi yang berlaku dalam negara sekarang ini disebabkan Anwar, mereka adalah golongan yang jahil.
"Orang yang mengatakan Anwar bertanggungjawab untuk keadaan hari ini jelas jahil fakta dan latar belakang zaman itu," kata Rafizi
"Jadi bagi sesiapa untuk mengatakan Anwar bertanggungjawab untuk apa yang berlaku pada hari ini dalah jelas (mereka) jahil mengetahui fakta-fakta dan latar belakang zaman itu,"kata Rafizi ketika dihubungi Malay Mail Online.
Rafizi berkata demikian sebagai membidas kenyataan aktivis LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender), Siti Kasim yang mendakwa Anwar merupakan pelopor Islamisasi pada tahun 1970-an ketika menjadi Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) dan seterusnya dalam UMNO pada tahun 1980-an dan 1990-an.
Beliau turut mendakwa perjuangan Islam yang dibawa Anwar adalah konsisten dari dulu sampai sekarang iaitu pembawa moderat Islam dan menafikan Anwar merupakan pemimpin Islam bercorak fundamentalisme.
"Saya tidak bersetuju dengan dia (Siti Kassim)…Saya tidak setuju terutamanya dalam keadaan sekarang ia semakin jelas seperti kekurangan pemimpin Islam (bercorak moderat) yang telah memberi ruang (kepada pemimpin Islam) yang bercorak konfrontasi dan kurang inklusif dalam masyarakat Islam.
"Sebenarnya kekurangan jenis kepimpinan Islam gaya Anwar yang membawa kita seperti hari ini,"katanya.
Rafizi menegaskan Anwar seorang pemimpin Islam moderat yang kekal dalam pendirian toleransi walaupun bekas Presiden ABIM itu pernah teruja dengan Revolusi Iran 1979.
Beliau turut membandingkan pendekatan Islam gaya Anwar pada masa lalu dengan gaya Islam PAS yang memperkenalkan kepimpinan ulama mencontohi Iran.
Rafizi juga turut mengungkit bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada awal tahun 1980-an hanya menerima undang-undang Islam dan menolak Perlembagaan dan undang-undang negara kerana ia mewarisi undang-undang British.
Sebaliknya Anwar dakwa Rafizi, bukan pembawa Islam secara syumul (keseluruhan), hanya memperkenalkan konsep Islam dari perspektif keadilan dan memberi tumpuan kepada isu-isu harian seperti kemiskinan dan rasuah.

SKANDAL SEKS AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT PKR , TUNGGU PENDEDAHAN SEBENAR SETIAUSAHA AGUNG

Posted: 29 Sep 2016 04:52 PM PDT

Bukan Rafizi, Kita Tunggu Penerangan Setiausaha Agong PKR Mengenai Skandal Seks Ahli Majlis Pimpnan Pusat PKR
Seorang Ahli Parlimen PKR yang duduk serumah dengan peguam perempuan PKR tanpa ada ikatan perkahwinan.

"Wakil parlimen PKR duduk serumah dengan peguam pompuan PKR???? Hangpa berjimat cermat ka main kongsi bilik nie? Jabatan agama tak buat kerja ke? Cekup la.. Buh penampar sorang satu.. Bala bala..

"Patut la sedap sangat lawan undang-undang Islam nak dilaksanakan.. Nie rupanya kerja korang…," kata Mohd Sobri dalam Facebook sekejap tadi.

Mohd Sobri membuat ulasan itu berdasarkan pendedahan terbaharu ahli PKR yang dipecat keahlian Badrul Hisham Saharin hari ini.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa telah menerima rakaman visual 'pasangan' tersebut.

"Baru meneliti detail termasuk visual mengenai skandal seorang peguam (Islam) dan seorang ahli parlimen (Hindu) duduk serumah dan kedua-duanya pasangan lelaki dan perempuan ini ialah pimpinan pusat parti….," dedah Chegubard.

Menurut Chegubard 'pasangan ahli pimpinan parti pusat' itu juga sebelum ini sering mengkritik dan menyerangnya berikutan pendedahan isu yang berkaitan dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Respon saya mudah, mereka antara teruk menfitnah dan menyerang saya… namun saya katakan pada pemberi maklumat terima kasih… saya tidak menyerang orang dengan isu peribadi.. walaupun mereka giat menyerang saya dengan cara kotor….

"Kalau saya nak serang pun mengenai prestasinya selaku wakil rakyat yang tidak 'tengok' kawasan…

"Cuma kepada watak itu yang saya sangat yakin membaca status ini, ingatlah jangan suka berkokok tak tentu hala kalau ekor sendiri bergelumang taik.


"Walaupun hangpa gerakkan siap timbalan ketua AMK PJS dan lain-lain fitnah cheGuBard tapi che'GuBard masih waras tidak bermain politik serangan peribadi,"katanya lagi

Comments (0)