Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:04 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SINGAPURA BERBANGGA TOP 5 NEGARA TERBERSIH DI DUNIA, TETAPI KENAPA JADI PUSAT PEMBIAKAN ZIKA !

Posted: 02 Sep 2016 12:36 AM PDT

zika

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan ciri yang sama dengan penyakit demam denggi.
Selain nymuk Aedes, ia juga berpunca daripada hubungan seks dan pemindahan darah.
Singapura dilaporkan telah menjadi lubuk merebaknya virus itu di mana setakat ini sebanyak 115 kes telah dikenal pasti.
Kesan penularan virus itu, tiga negara, Australia, Taiwan, dan Korea Selatan telah mengeluarkan 'amaran lawatan' (travel warning) kepada warganegara mereka yang akan berkunjung ke Singapura.
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini mengesahkan seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang yang dikenal pasti dijangkiti virus Zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura menjadi kes pertama wabak itu di negara ini.
Dr S Subramaniam, berkata wanita berkenaan berada di Singapura selama tiga hari bermula 19 Ogos lalu bagi melawat anak perempuannya yang disahkan dijangkiti Zika di Singapura.
Jelas beliau, selepas pulang dari negara berkenaan, wanita berusia 58 tahun itu mengalami beberapa gejala Zika seperti demam serta ruam di beberapa anggota badan dan mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 30 Ogos lalu.
"Pengamal perubatan yang mengesyaki wanita berkenaan dijangkiti Zika kemudian merujuk beliau ke Hospital Sungai Buloh untuk pengesahan.
"Ujian kencing pesakit pada 31 Ogos lalu adalah positif untuk Zika manakala ujian darah pesakit masih menunggu keputusan. "Punca jangkitan disyaki berlaku di Singapura di mana pesakit mula mengalami tanda-tanda Zika pada hari yang sama dengan anaknya mula sakit di Singapura.
"Suami pesakit dan ahli keluarga yang tinggal serumah bersamanya sehingga kini masih belum menunjukkan simptom jangkitan Zika," katanya pada sidang media di kementeriannya hari ini.
Tambah beliau, kementeriannya sudah mengambil langkah kawalan di kawasan perumahan wanita berkenaan di Taman Botanik bagi mengawal penularan virus berkenaan.
Selain itu, bagi tempoh 21 hingga 28 Ogos iaitu sekembalinya dari Singapura, pesakit melawat beberapa kawasan di daerah Klang dan Kuala Lumpur, sekali gus mendorong Kementerian Kesihatan memulakan kawalan vektor di kawasan kediaman kes dan tempat yang dilawati pesakit.
"Langkah kawalan yang dilaksanakan termasuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes, membasmi larva nyamuk dan semburan kabus racun serangga selain mereka yang mempunyai hubungan terdekat pesakit diperiksa serta dipantau sama ada mengalami demam atau simptom Zika yang lain.
"Kes pertama Zika yang dilaporkan di Malaysia menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dengan melawat tempat yang mengalami wabak seperti Singapura dan orang ramai perlu meningkatkan usaha menghapuskan nyamuk Aedes yang menjadi vektor pembawa penyakit Zika, denggi dan Chikungunya ini.
"Mereka yang berkunjung ke negara yang mengalami wabak Zika atau mempunyai simptom penyakit ini perlu segera menjalani pemeriksaan darah supaya penularan wabak ini dapat dibendung," katanya.

Comments (0)