Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:02 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Rumah Kos Sederhana Rendah "The Rise" - Adakah Rejim DAP Pulau Pinang Bermain Silap Mata?

Posted: 08 Sep 2016 12:15 AM PDT


Jadual di atas adalah harga bagi semua jenis rumah yang ditawarkan oleh Zubicon Sdn Bhd, pemaju yang menjalankan projek The Rise di Jalan SP Chelliah secara "usahasama" dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) adalah pemilik tanah dan Penang Development Centre (PDC) bertindak sebagai pentadbir projek.

Rejim DAP Pulalu Pinang menerusi lidah parti The Rocket, baca di sini, mendakwa "sebanyak 320 rumah kos sederhana rendah (KSR) berharga RM140,000 seunit di The Rise dekat Jalan S.P Chelliah telah dibeli kerajaan negeri untuk dijual semula kepada pembeli bumiputera sahaja dengan harga semurah RM72,500 seunit."
Persoalan Pertama, kenapa Rejim DAP Pulau Pinang membayar RM140,000 untuk seunit rumah KSR yang harga silingnya hanya RM 72,500 seunit?
Mengikut polisi perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, siling harga bagi rumah dalam kategori Mampu Milik Kategori B atau Kos Sederhana Rendah (KSR) hanyalah RM72,500 sahaja. Menurut The Rocket lagi, "Guan Eng berkata, kerajaan negeri telah mengeluarkan sejumlah RM44.6 juta daripada dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (Tabung Bumiputera) untuk membeli semua 320 unit rumah KSR itu."
Persoalan Kedua, kenapa Rejim DAP Pulau Pinang menggunakan wang dari Tabung Amanah Perumahan Bumiputera untuk membayar pemaju dan MBPP sejumlah RM44.6juta untuk 320 unit rumah KSR yang kononnya akan dijual semula kepada pembeli Bumiputera sahaja?
Persoalan Ketiga, sejak bilakah harga rumah Kos Sederhana Rendah (KSR) atau Rumah Mampu Milik Kategori B mengikut takrifan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dinaikkan ke RM140,000 seunit?
Menurut portal The Rocket itu lagi, "Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, langkah berkenaan diharap mampu memastikan lebih 30 peratus kuota bumiputera yang diperuntukkan dalam projek perumahan di tengah-tengah bandaraya."
Persoalan Keempat, jumah unit rumah yang akan dimajukan oleh Zubicon Sdn Bhd adalah 1,900 unit, walaupun laporan Buletin Mutiara pada tahun 2015 melaporkan jumlah rumah yang akan dibina adalah 2,093 unit. Bagi Rejim DAP yang gagal dalam matematik dan MS Excel, 320/1,900 adalah bersamaan 16.84% sahaja manakala 320/2,093 adalah 15.29% sahaja. Mana datangnya 30 peratus? Tau kira atau tidak ni?

Apakah Pandangan Siti Zabedah Kasim Mengenai Pindaan Akta 355 Mewakili Rakan-Rakannya Di Dalam DAP?

Posted: 07 Sep 2016 06:58 PM PDT



Siti Zabedah Kasim seperti kenyataannya di dalam laman Facebook beliau tidak menyesal kerana menunjukkan jari tengahnya kepada hadirin dalam wacana rang undang-undang Mahkamah Syariah Isnin lepas. Menurut Siti, jari tengahnya ditujukan khas untuk 'Islamis jahat' dan 'si bodoh yang dicuci otak' yang hadir memenuhi 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi'.
"Sudah banyak forum yang saya sertai. Saya pernah ajukan soalan yang mengesankan tetapi saya tak sangka suatu hari nanti saya akan tunjuk jari pada penonton wacana. Saya tak menyesal tunjuk jari. Bagi saya, Islamis jahat layak terima lebih daripada itu. Kasar? Biadab? Sejak bila seorang wanita tak boleh berlaku kasar dan biadab terhadap orang jahat dan si bodoh yang dicuci otak?"
Menurut Siti Zabedah, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, salah seorang pembahas di wacana itu, cuba kelirukan penonton semasa menjelaskan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355. Katanya, pembahas daripada PAS dan UMNO bertegas ia bukan rang undang-undang hudud. 

Walaupun bukan rang undang-undang hudud tetapi ada kena mengena dengan hudud. Beliau menambah, tanpa rang undang-undang menghadkan hukuman mahkamah syariah, mereka tidak akan dapat menjalankan hukuman yang tertulis dalam enakmen hudud mereka.

Takiyuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan itu, menjelaskan pindaan bertujuan menambah kuasa mahkamah syariah berhubung kesalahan yang dinyatakan dalam Akta 1965. Siti Zabedah bagaimanapun mendakwa rang undang-undang yang dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang memberi kuasa tanpa batas kepada mahkamah syariah untuk mengenakan hukuman hudud yang lain.

Siti Zabedah mungkin membawa suara tegas NGO COMANGO menetang sebarang perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Apakah penolakan penambahbaikan skop bidang kuasa jenayah mahkamah syariah ini turut didalangi oleh parti-parti politik bukan Islam seperti DAP? Apakah peranan BERSIH di dalam hal ini? Apakah BERSIH akan turut menuntut agar Pindaan Akta 355 ini dibatalkan semasa perhimpunan haram jalanan yang dicadang akan dibuat November ini?

Comments (0)