Followers

Nuffnang

.

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:50 PG | Posted in

sumber :-

.


Walaupun satu undi Hishamuddin boleh rempuh Zahid

Posted: 27 Sep 2016 03:21 AM PDT

BUAL PETANG

Hari ini Institut Darul Ehsan (IDE) Selangor mengemukakan hasil kajian persepsi pengundi di Selangor berhubung siapakah tokoh dalam Umno yang popular menjadi pengganti Najib Razak.

Hishamuddin Hussein
Zahid Hamidi
Empat tokoh diletakkan IDE untuk ditinjau dari kalangan 1,761 respondan. Mereka ialah Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Mustapa Mohamed dan Annuar Musa.

Kajian itu mendapati Hishamuddin paling popular dengan mendapat 32 peratus undi didikuti oleh Zahid mendapat 31 peratus undi. Bezanya hanya satu undi sahaja. Disebabkan negara kita menerima kaedah (undi pendahulu) maka Hishamuddin dikira menang. Besar maknya satu peratus itu bagi Hishamuddin pada saat dia sedang "beragun" (berlawan) dengan Zahid.


Dari tahap usia respondan yang memilih Hishamuddin berumur 31 hingga 50 tahun. Ertinya orang pertengahan usia sukakan kepada anak bekas PM ke 3 itu. Yang memilih Zahid pula respondan berusia 51 hingga 61 tahun. Gambaran yang diperolehi itu kedudukan Hishamuddin untuk jadi pengganti Najib selesa sekiranya ramai menjadi perwakilan G7 dalam perhimpunan agung Umno berumur dibawa 51 tahun.

Tahap usia memilih Khairy pula 21 hingga 30 tahun.  Ini menjelaskan naluri anak muda mereka lebih serasi dengan tokoh sebaya dengan mereka. Fenomena ini tidak akan berpihak kepada Khairy kerana biasanya yang menjadi perwakilan Umno mereka berusia lanjut. Ahli Umno sukar untuk memberi laluan kepada orang muda sebagai perwakilan sebab itu ada sesetengah perwakilan sudah menghadiri perhimpunan lebih 12 kali dan semua gigi sudah luruh.

Kedudukan sama dengan perwakilan dalam parti agama. Ada perwakilan sudah menghadiri muktamar lebih daripada 15 kali sampai serban sudah jadi macam pembugkus kacang butir carit marit, berlubang-lubang macam jala. (Maaf).

Inilah cara orang Melayu main politik. Perwakilan pula akan menentukan pemimpin tertinggi mereka.

Dalam kajian itu Mustapa mendapat 6 peratus melebihi 2 peratus berbanding Annuar mendapat 4 peratus. Peletakan dua tokoh dari Kelantan ini saya kira saja-saja untuk meramaikan calon undian sahaja, atau sebagai sengaja untuk merendah-rendahkan mereka khasnya Annuar. Annuar yang akhir-akhir ini banyak bercakap membela Najib Razak ternyata tidak mendapat undi banyak. Perolehan sebanyak 4 peratus itu tidak berbaloi dengan kerja-kerja membodek Najib sehingga menampakkan akan ketololannya.

Mungkin faktor usia dan keusangan dalam Umno menyebabkan keduanya tercorot. Mustapa sudah berusia melebihi 67 tahun manakala Annuar pula dianggap sudah usang berusang dalam Umno bukan kerana usia tetapi disebabkan penglibatan beliau dalam Umno dan menjadi wakil rakyat sejak dari remaja lagi.

Menurut seorang kawan saya dalam Umno jawatan apa lagi yang Annuar tidak pegang, semua dirembatnya, menjadi Adun, MP, senator, menteri, Pengerusi Kada, Pengerusi Umno negeri dan sebagainya, kini Pengerusi Mara pula. Itulah maksud keusangannya.

Walaupun kajian persepsi badan dipimpin Prof Mohamed Redhuan Othman itu terbatas kepada pengundi di Selangor, tetapi ia menggambarkan kilau persepsi pengundi dalam Umno di seluruh negara. Apa yang berlaku di Selangor itu, itulah lakaran untuk seluruh negara. Hari ini pun daripada cakap-cakap di kedai mamak, coffe house dalam whatsat grup, nama Hishamuddin berada di atas untuk menjadi pengganti Najib. Hishamuddin banyak disebut bakal menjadi PM berbanding dengan Zahid.

Ada beberapa faktor di luar sana menyokong kenapa Hishmuddin akan dilantik Najib sebagai penggantinya. Hubungan darah dagingnya dengan Najib menjadi faktor utama. Hubungan sepupu menjadi "kabel" besar kepada Menteri Pertahanan itu. Najib dikatakan lebih mempercayai sepupunya itu daripada Zahid yang hanya sebagai rakan seperjuangan.

Khabarnya sewaktu "beristikharah"(?) untuk mencari pengganti Muhyiddin Yassin dulu, Najib sudah mendapat hidayat terdengar suara nama Hishamuddin Hussein. Teapi tepaksa membatalkan kerana mendapat bantahan oleh seseorang yang mengkontrol politiknya dan menjaga segala-galanya. Jadi niat itu tidak menjadi lalu membuka peluang kepada Zahid.

Ketika menghitung itu Najib dikatakan tidak mengambil kira undi tertinggi dalam perebutan jawatan Naib Presiden, tetapi yang diutamakan darah daging dan marga.

Baru-baru ini pun semasa Najib hendak merombak kabinet telah terdengar khabar yang Hishamuddin akan diangkat menjadi TPM, atau pun Zahid akan ditukar portfolio. Ia sebagai isyarat atau cakap-cakap menunjukkan Hishamuddin akan ke atas.

Ketika itu telah ramai pembodek dan broker politik berhilir mudik ke majlis-majlis berbuka puasa anjuran Hishamuddin. Ada yang sanggup meninggalkan majlis anjuran Zahid kerana ingin menjukkan muka kepada Hishamuddin. Majlis berbuka anjuran Hishamuddin di hotel Istana "penuh pena" (sesak). Katanya sudah ada yang membawa bungai malar untuk dikalung dileher Hishamuddin.

Keadaan itu menunjukkan bahawa pertarungan pengaruh secara senyap sedang berlangsung di antara Hishmuddin dengan Zahid. Mungkin keduanya tidak tahu menahu tetapi orang bawahan masing-masing sudah menggerakkannya. Perang saraf sudah bermula. Desas desus atau pun cakap-cakap itu menjadikan keduanya dalam hubungan tidak begitu aman. Baik Zahid maupun Hishamuddin tetap mencurigai antara satu sama lain.

Lebih-lebih Zahid yang sudah ada pengalaman macam mana beliau pernah dilanggar oleh Hishamuddin sewaktu dalam Pergerakan Pemuda Umno dahulu. Kuasa dan jawatanb Zahid sebagai ketua dikodeta oleh Hishamuddin alasan Zahid menyokong gerakan Reformasi dibawa Anwar Ibrahim. Gara-gara itu Zahid merana beberapa tahun.

Peristiwa itu tetap diingati Zahid dan walaupun dia berkedudukan lebih atas sedikit dari Hishamuddin hari ini namun ia bukan lesen untuk goyang kaki.

Bayangan populariti mereka berdua itu juga dapat diukur kepada jemputan merasmikan mesyuarat Umno bahagian yang sudah dan sedang berlangsung sekarang. Keduanya sama banyak mendapat jemputan ini menunjukkan pengaruh dan popularitinya sekata. Justeru hasil kajian persepsi yang dijalankan oleh IDE itu figure yang boleh dipegangi.

Saya tidak berapa arif mengenai pengaruh mereka di negeri-negeri lain. Tetapi di Kelantan pengaruh mereka sama banyak. Daripada 14 bahagian Umno di Kelantan tujuh menyokong Zahid manakala tujuh lagi menyokong Hishamuddin. Kedudukan ini memberi gambnaran sengit.

Dan hasil kajian IDE itu juga munasabah kalau ia meletakkan Hishmuddin di atas. Setidak-tidaknya "kekalahan" Zahid itu itu menunjukkan kegagalannya mencapai prestasi sepatutnya sebagai TPM. Kalau hendak dikira beliau jauh meninggalkan Hishmuddin kerana dengan kedudukan itu dia boleh meraih sokongan. Tetapi kerana pencapaiannya tidak bagus menyebabkan kendudukan sebagai orang nombor 2 tidak banyak membantunya.

Apakah dengan bertolak dari kajian IDE dan gamban lain yang diberikan itu Hishamuddin kini sudah ada modal untuk bersiap sedia merempuh Zahid sekali lagi kemudian turut sama menyamai rekod kekandanya Najib menjadi PM selepas ini? Adakah? Saya akan mendalami perkara ini dalam buku yangh sedang dalam penulisan kini. [wm.kl.6:00 pm 27/09/16]

Comments (0)