Followers

Nuffnang

.

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:33 PG | Posted in

sumber :-

.


Agong perlu menitah sendiri pertemuan dia dengan Dr Mahathir

Posted: 21 Sep 2016 07:23 PM PDT

ULASAN PAGI

Setelah menanti lebih lima bulan akhirnya Dr Mahathir Mohamad dapat juga menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk mempersembahkan tanda tanya yang dipunggut menerusi deklarasi rakyat. Pertemuan itu berlangsung di luar Istana Negara di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir merekod kehadirannya di Istana.
Mungkin Agong sibuk maka Mahathir terpaksa sabar menanti agak lama untuk menyerahkan dokumen rakyat berupa tanda tangan yang menyatakan kurang senang dengan isu bergeliwat di keliling Perdana Menteri Najib Razak itu.

Mauduk tanda tangan itu juga sebagai menunjukkan protes kepada Najib dan mendesak agar beliau berundur. Bagi penanda tangan itu (rakyat) sangat berharap Najib bertanggung jawab ke atas apa yang berlaku kini seperti skandal 1MDB, penyonglapan wang dana RM2.6 billion dan lain-lainnya yang merosakan imej negara dan reputasinya sebagai PM.

Dr Mahathir sudah pun menghadap dan menyerah dokumen berkenaan 15September lalu. Terpulang kepada budibicara Agong untuk meneliti dan mengambil tindakan lanjut berkaitan dokumen tersebut. Dokumen itu bukan sesuatu rekaan tetapi hakikat yang perlu dikaji dan ditaakulkan sebaik mungkin.

Yang jelas dan semua orang kena tahu, Agong memang tidak mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan seorang perdana menteri. Baginda dengan kuasa selaku Yang di-Pertua Agong menerusi peruntukan kuasa dalam Perlembagaan hanya boleh melantik seseorang jadi perdana menteri tetapi tidak boleh melucutkannya. Apakah peraturan ini satu kelemahan dan kepincangan yang boleh diperbaiki demi memantapkan sistem pentadbiran negara?

Yang boleh melucutkan jawatan Najib atau seorang perdana menteri ialah Parlimen. Sekiranya ada usul undi tidak percaya kepada Najib dan diluluskan maka beliau terpecat secara automatik. Ertinya selagi seorang perdana menteri boleh "membeli" parlimen, selagi itulah dia boleh terus menjadi PM sehingga tamat tempol sesuatu penggal parlimen.

Jadi kalau dengan penyempurnaan dekomen berkenaan mengharap Najib akan dipecat Agong ia sesuatu hasrat yang tidak akan tercapai sekalipun Najib benar-benar salah.

Rasanya Dr Mahathir dan lebih 1 juta mereka yang menanda tangan deklrasi itu menyedari akan hakikat ini. Cuma apa diharapkan ialah kalau-kalau ada budibicara (kuasa Yang di-Pertua Agong) untuk bertindak setelah meneliti kemunasabah dokumen itu. Sekiranya doklumen itu tidak "berpakai" ia boleh ditong-sampahkan begitu sahaja kemudian menjadi cebisan sejarah.

Apa juga diharapkan menerusi budibicara itu nanti sekiranya Agong berasakan perlu menitah sesuatu kepada memanda menterinya demi kebaikan bersama. Tidak ada suara dianggap keramat yang layak membuat teguran kepada perdana menteri dan akan didengar ialah Agong.

Itu sahaja yang diharapkan dan tidak lebih daripada itu. Penyerahan dokumen berkenaan atau aduan kepada Agong mengenai Najib adalah jalan terakhir setelah semua jalan, saluran dan institusi lain yang sepatutnya menjadi pelindung dan membela hak rakyat tertutup dan ditutup rapat oleh Najib dengan kuasa keperdana-menterian yang dimiliki.

Institusi-institusi, saluran atau kuasa rakyat dimaksudkan itu seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kehakiman dan lain-lainnya semua digunakan tetapi ia tidak memberi hasil lumayan. Kuasa prerogatif yang ada kepada PM menutup dan menyekat segala usaha itu. Contohnya apa dilakukan SPRM ditutup oleh Peguam Negara.

Maka itulah rakyat tidak mempunyai jalan lain bagi menyuarakan kebimbangan dan ketakutan mereka dengan apa yang berlaku melainkan kepada budibicara Sultan atau Agong. Kedudukan sultan dalam hati dan minda rakyat sangatlah tinggi sekali. Adalah sesuatu yang malang kalau nilai ini tidak dihormati dan dipedulikan pula oleh Sultan atau Agong.

Sebagai bangsa Melayu yang menghormati institusi raja sebagai payung maka mereka mengharap ada apa-apa perhatian dari Yang di-Pertua Agong berkaitan isu itu. Rakyat mempercayai Agong bersikap adil, saksama dan tidak cuba melindungi apa-apa kesalahan sesiapa pun. Kalau baginda tidak bersikap dan berpendirian demikian maka filsafah serta martabat dan darjatnya sebagai Raja sudah tidak ada lagi. Sia-sialah institusi itu dikekalkan dan rakyat mendaulatkannya.

Apabila Dr Mahathir diterima menghadap untuk menyerahkan dokumen deklarasi rakyat itu timbul berbagai-bagai cerita di sebaliknya. Ada coretan dari jauh yang melihat dengan mata kahsyaf melaporkan setiap pergerakan semasa pertemuan Dr Mahathir dengan Agong. Iya dilukiskan demikian rupa untuk menunjukkan laporan itu benar? Anih.

Coretan itu semua tidak boleh diyakini jauh sekali untuk dipercayai kerana ia tidak lebih daripada satu imeginasi yang dibayar dengan harga yang tinggi. Semua orang boleh menulis dan merekayasa seribu cerita indah dan menakjubkan daripada itu untuk dinikmati sendiri dan juga mempengaruhi orang lain agar terus bersimpati dan menyokong Najib. Apa butir bicara Agong dan apa kata-kata pandangan Dr Mahathir kepada Agong semasa menyerahkan dokumen itu hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Ia adalah pedepanan empat biji mata selama satu jam 15 minit.

Yang sahih mengenai apa-apa kelakuan dan kata bicara ketika pertemuan itu hanya daripada Dr Mahathir dan Agong sahaja. Orang lain tidak berhak dan tidak ada autoriti untuk menjelaskan dengan tuntas.

Justeru apabila Najib Razak tiba-tiba mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung hasil peremuan itu ia meragu dan mengelirukan. Kenapa harus dia yang mengeluarkan kenyataan berupa penjelasan itu? Najib tidak ada hak walaupun dia peredana menteri dimaklumkan dengan pertemuan itu kerana deklarasi itu bersabit dengan dirinya. Ia adalah eksklusif antara Agong dengan Dr Mahathir.

 Di sinilah wujud kepentingan diri yang menyebabkan boleh timbul prejudis terhadap apa yang dijelaskan itu. Kalau benar sekali pun orang boleh mempertikaikan akan kejujurannya. Sebaiknya Najib tidak mengeluarkan kenyataan penjelasan mengenai sikap Agong itu, semoleknya oleh pihak lain.

Bukan itu sahaja kenyataan Najib itu juga boleh mengelirukan dan ia boleh merendahkan taraf Yang di-Pertuan Agong. Menurut Najib Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memaklumkan kepadanya yang beliau (Agong) tidak boleh campur tangan urusan politik Dr Mahathir (PPBM). Kononya juga Agong menyatakan tindakan Dr Mahathir itu tidak mengikut perlembagaan.

Kalau benar Agong memaklum demikian yang deklarasi itu adalah urusan PPBM, naif sangatlah pengetahuan Agong dalam hal ini. Kalau benar begitu maka beliau diberi penjelasan yang salah. Agong telah dikelirukan mengenai deklarasi berkenaan. Deklarasi berkenaan bukan diuruskan oleh PPBM, tetapi ia dikendalikan oleh sebuah sekretarait yang dianggotai oleh pelbagai lapisan tokoh masyarakat. Deklarasi itu bukan projek sulung PPBM. PPBM baharu diluluskan belum sampai sebulan sedangkan gerakan mengutip tanda tangan dimulakan sejak Mei lalu.

Saya tidak fikir serendah itu pengetauan dan pengamatan Agong mengenai deklarasi rakyat itu.

Mengamati kepada kenyataan Najib itu jelas beliau cuba mengelirukan rakyat terhadap pertemuan berkenaan. Atau pun Agong terkhilaf dalam memahami deklarasi berkenaan. Boleh jadi juga ia senagaja diputarbelitkan oleh Najib menerusi kenyataan beliau itu. Percayalah kebenaran tidak boleh ditutup selindung.

Sebab itu saya katakan, penjelasan hasil perremuan atau senario pertemuan Dr Mahathir dengan Agong itu hendaklah dijelaskan sendiri oleh Agong. Tuanku perlu bertitah menceritakan duduk perkara sebenarnya dengan jujur hati dan penuh saksama. Kita tidak mahu peranan, bidang kuasa atau apa-apa perioriti yang ada kepada Agong disantap begitu sahaja oleh sang perdana menteri.

Bagaimana pun saya percaya selepas ini, Dr Mahathir akan menjelaskan perkara ini dari A hingga Z. Beliau akan menjelas balas kenyataan Najib itu. Secara tidak langsung Dr Mahathir kini sudah ada modal untuk digunakan pada sepanjang road show memperkenalkan partinya yang baharu dilulus itu. Kita nanti dan kita tunggu episod seterusnya yang baharu kini hendak bermula. [wm.kl.9:46 am 22/09/16]

Comments (0)