Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:27 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Cadangan Bodoh Noh Omar Dibidas Rafizi..

Posted: 09 Sep 2016 12:20 AM PDT


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar untuk memberikan lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan merupakan keputusan paling gila mengenai perumahan dan kewangan negara.

Beliau yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR berkata, melesenkan 'along' dan meluaskan riba dengan kadar faedah 12 hingga 18 peratus adalah satu bentuk penghambaan kewangan.

"Mana-mana peminjam yang mengambil pembiayaan rumah pada kadar ini samalah seperti menjadi hamba kepada pemberi pinjaman sehingga ke akhir hayat kerana jumlah bayar balik adalah di antara empat hingga enam kali ganda dari jumlah yang dipinjam.

"Oleh itu, saya akan mengikuti dengan dekat isu ini dan akan mula menghuraikan dengan terperinci mengenai masalah perumahan rakyat bermula minggu depan. 

"Saya juga akan berusaha agar risiko-risiko akibat dari keputusan memberi lesen pembiayaan kepada pemaju besar ini difahami rakyat secepat mungkin dan mula menyiarkan video ringkas menerangkan perkara ini kepada orang ramai petang ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Noh berkata, kerajaan mempertimbangkan cadangan itu untuk membantu pembeli rumah yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank dan menangani masalah bayaran pendahuluan.
"Justeru itu saya mencadangkan supaya pemaju perumahan berkelayakan terutama syarikat mempunyai sumber kewangan yang banyak, seperti Sunway Group, EcoWorld, Mah Sing dan Glomac, diberi lesen pemberi pinjam wang.

"Ia akan hanya terhad kepada penyediaan pembiayaan akhir untuk pembeli rumah berkelayakan, yang mengalami kesukaran memperoleh pinjaman dari bank," tambah Noh lagi.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor pula menyambut baik cadangan itu bagi membantu usaha pemilikan aset.

Fateh Iskandar berkata, cadangan itu harus dilihat dari sudut positif bagi membantu pemaju yang membangkitkan kesukaran bakal pembeli mendapatkan kemudahan pinjaman berkenaan.

Mengulas lanjut, Rafizi menambah, pihaknya semakin cenderong untuk mengesyaki cadangan tersebut bukanlah keputusan pertimbangan dasar tetapi satu skim untuk mendapatkan dana pilihan raya umum ke-14 (PRU14) untuk Barisan Nasional (BN).

"Satu-satunya faktor mengekang Datuk Seri Najib Razak mengadakan PRU14 lebih awal ialah kekurangan dana memandangkan apa-apa dana yang diselewengkan dari 1MDB kini dibekukan di negara-negara lain.

"Dengan belanja PRU14 yang mencecah beberapa billion ringgit, Najib dan kepimpinan Umno mesti mencari sumber baru," tambah beliau.

Justeru, beliau khuatir sekiranya cadangan kerajaan pusat ini adalah jalan belakang ke arah itu dan sebagai balasan, kumpulan pemaju besar yang diberikan lesen perlu 'menderma' sejumlah yang besar kepada BN.

"Jika satu lesen menarik derma sebanyak RM100 juta (iaitu jumlah yang kecil bagi satu lesen institusi kewangan), lima lesen mampu menarik 'derma' politik sehingga RM500 juta," jelasnya lagi. 

Selain itu, jika cadangan itu dilaksanakan, negara berdepan dengan risiko-risiko lain yang akan membunuh rakyat dan membunuh ekonomi ekoran potensi wujudnya risiko kewangan 'sub-prima' dan lebih ramai rakyat yang tidak mampu memiliki rumah lapor Malaysiakini


Pilihanraya Umum Dijangka Mac Tahun Depan Lapor Bloomberg

Posted: 08 Sep 2016 07:33 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengadakan pilihan raya umum (PRU) lebih awal daripada 2018, menurut Bloomberg memetik beberapa sumber rapat dalam Umno.

Malah, Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mac, menurut sekurang-kurangnya 2 sumber parti.

"Mengapa tidak. Pembangkang tidak sehaluan. Kami bersedia sepenuhnya menghadapi pilihan raya," laporan itu memetik seorang pemimpin Umno bahagian.




Najib dan beberapa pemimpin kanan Umno juga menjelajah di seluruh negara menghadiri mesyuarat parti dan menggesa ahli melipatganda usaha menarik sokongan generasi muda, menurut laporan Bloomberg.

Kononnya kemenangan PRU untuk Najib dikatakan boleh mematahkan segala spekulasi beliau akan gagal mengharungi dakwaan skandal yang membuatkan pelabur asing tertanya-tanya mengenai masa depan politiknya.

Penganalisis bagaimanapun tak pasti sama ada rancangan Najib mengadakan PRU seawal tahun depan sesuatu yang baik untuknya, di sebalik masalah berkait 1MDB dan ekonomi merudum.

"Sebaik-baiknya, mereka mahu mengadakan pilihan raya apabila rakyat mula merasakan mereka lebih selesa dari segi kewangan," kata Sholto Byrnes dari Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa.

Berikut adalah laporannya..

Murmurs of Early Malaysia Election After Najib Weathers Storms

There's the whisper of an early election in the air in Malaysia.

Prime Minister Najib Razak and senior officials of his ruling United Malays National Organisation have used dozens of annual party events across the country in recent weeks to exhort members -- the bulk of whom are ethnic Malays -- to get out and meet potential voters, especially younger ones.

Amid repeated references to the next general election, it's raising speculation Malaysians will head to the polls before the due date of the middle of 2018. Some senior UMNO officials say it could be as soon as March.

Najib, 63, has weathered more than a year of turmoil amid political attacks over a funding scandal that left foreign investors wondering at times if he would survive in the job. Getting an election win under his belt could dispel doubts about his ability to lead, while providing him with a new mandate to implement economic reforms for a long-touted goal of becoming a developed nation by 2020.

"March has been talked about," said an UMNO division leader from a southern state, who asked not to be identified, citing the confidential nature of the information. "And why not? The opposition is not together. We are ready as we can be for elections."

Another UMNO division leader from a different state also said March was being discussed. The two officials asked not to be identified as the talks are private. They also noted no decision has been taken on the election timing.

UMNO leaders are making plans to appeal to the youth and urban vote, with a suggestion by Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi that the party adopt a "hipster" culture. A component party of the UMNO-led Barisan Nasional coalition said it will announce candidates in October, rather than wait until the "very last minute" to unveil its team.




Analysts are mixed on whether it makes sense for Najib to hold the vote next year, or wait until nearer the 2018 deadline to dissolve parliament.

One factor that could tilt the balance for a snap poll is the fractured opposition, which has struggled this year in by-elections and a state poll. But some say weakening growth and the spotlight of global probes into billions allegedly embezzled from state investment company 1Malaysia Development Bhd. are reasons for Najib to delay.

Please continue yours reading HERE

Comments (0)