Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:28 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Hati-hati Sokong Sesuatu Atas Nama Islam Pesan Dr. Asri

Posted: 07 Sep 2016 09:27 AM PDT


Orang ramai perlu berhati-hati sebelum menyokong mana-mana perkara atas nama Islam kerana bimbang ia menjurus ke arah yang salah.

Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebelum menyokong apa-apa perkara, penelitian perlu dilakukan untuk pemahaman sepenuhnya.

"Jika semua yang diberikan nama Islam ataupun kononnya ke arah perlaksanaan Islam itu kita disuruh sokong tanpa meneliti kesannya secara mendalam, maka dibimbangi nanti ramai yang menyokong Daesh.

"Berhati-hati dalam menyokong sesuatu atas nama Islam. Asalkan nama Islam dan mahu melaksanakan Islam lantas kita sokong, maka dibimbangi musnahlah kemanusiaan dan agama.

"Sebelum menyokong kita wajib bertanya, apakah versi Islam yang hendak dilaksanakan itu? Di tangan siapakah perlaksanaan itu akan diberikan?," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu pendapatnya itu susulan pada zaman ini ada pelbagai versi jenama Islam.

"Jenama Islam yang telah dimanipulasi jauh lebih banyak dibandingkan hakikat Islam yang merupakan rahmatan lil 'alamin (rahmat untuk semua pihak tanpa dibatasi latar kaum, kedudukan, tempat dan agama).

"Daesh juga kononnya sedang melaksanakan Islam versi mereka. Apa yang terjadi akhirnya? Apakah Islam bertambah mulia ataupun Islam dibenci dan dihina? Musnah nama agama dan rosak kemanusiaan serta hak asasi atas nama perlaksanaan Islam Daesh," katanya.

Sebelum ini, kenyataan mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mewajibkan semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong pindaan itu di Parlimen menerima pelbagai reaksi daripada pemimpin dan orang awam lapor Sinar



Siapa Disebalik Pertemuan Mahathir Dan Anwar?

Posted: 07 Sep 2016 05:31 AM PDT


Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara individu yang merancang pertemuan antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, kelmarin.

Menurut Mohamed Azmin, pertemuan itu merupakan usaha kolektif beberapa individu dalam usaha penyatuan parti-parti pembangkang.

"Ia usaha kolektif...saya sedang berusaha sebaik mungkin untuk bercakap dan bertemu dengan semua parti (pembangkang).

"Saya fikir ia satu perkembangan yang cukup besar pada masa kini, tetapi proses ini masih lagi berjalan dan saya harap kita akan dapat lihat keputusan yang baik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14," katanya kepada media selepas menghadiri Seminar "Copenhagen Solutions For Sustainable Cities" di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini.

Tambahnya, Anwar telah banyak kali menyatakan hasrat untuk bergerak ke hadapan dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia menerusi agenda reformasi.

UMNO usah panik

Pada masa sama, beliau mempersoal mengapa perlu pemimpin UMNO begitu gentar dan panik susulan pertemuan antara Tun Mahathir dan Anwar.

"Mengapa dia (Datuk Nur Jazlan) sibuk sangat? Saya rasa ini satu pertemuan yang baik untuk menyatupadukan umat dan rakyat Malaysia dan memperkukuhkan parti-parti pembangkang.

"Sebab itu UMNO agak gentar dan panik. Jadi mereka tidak perlu panik. Saya kira ini satu permulaan yang baik sebagai persiapan kita untuk menghadapi (PRU14)," katanya.

Tegas Mohamed Azmin, pembangkang hanya ada satu matlamat iaitu untuk menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi lapor AstroAwani



Kecewa Dengan UMNO, Cucu Bekas TPM Keluar UMNO..

Posted: 07 Sep 2016 12:59 AM PDT


Tariq Ismail yang merupakan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Ismail Abdul Rahman mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, walaupun tahu tindakannya itu akan mengecewakan sebahagian ahli keluarganya, beliau masih memilih Bersatu dan bukannya Umno kerana tidak lagi percaya kepada cara pengurusan parti itu.

"Ia mengenai perubahan dan kemajuan. Ia mengenai kepimpinan melalui teladan.

"Saya mengambil keputusan menyertai Bersatu bukan kerana saya marah, cemburu atau kecewa dengan Umno. Saya hanya tidak percaya dengan cara parti itu dikendalikan sekarang.

"Saya orang Melayu, tetapi saya juga progresif. Oleh itu, saya tidak percaya dengan (konsep Umno) melindungi Tuan Presiden (Datuk Seri Najib Razak)," katanya kepada FMT hari ini.

Ditanya kenapa beliau menyertai Bersatu yang hendak menjatuhkan parti di mana datuknya mengabdikan seluruh hidupnya,

Tariq berkata, Umno hari ini memerlukan perubahan yang hanya boleh dilakukan dari luar.

"Umno hari ini lebih baik menjadi syarikat berkaitan kerajaan kerana semua orang berada di dalam sana demi wangnya.

"Selagi mereka kekal berkuasa, mereka tidak akan berubah. Mereka menjadi begitu angkuh. Selain itu, ramai orang seperti (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengubah Umno dari dalam.

"Ia tidak berjaya dan tidak kira apa pun, golongan progresif dalam Umno akan 'dibunuh'," katanya.

Beliau berkata, Bersatu yang merupakan parti serpihan Umno akan kembali kepada perjuangan asal parti itu untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan, institusi diraja, hak Melayu dan Bumiputera.

"Ia bertujuan menyatukan semua dan menyedari sebagai rakyat Malaysia, kita semua mempunyai perbezaan unik dan kepelbagaian yang perlu diraikan.

"Untuk membolehkan semua orang mendapat hak mereka yang sepatutnya dan pada masa sama memperjuangkan nilai Melayu asal, termasuk integriti, kesopanan, maruah dan rasa hormat kepada orang lain," katanya.

Bersatu ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

Minggu lalu, Setiausaha penaja Bersatu, Kamarulazman Habibur Rahman dilaporkan berkata, pendaftaran parti itu dijangka diluluskan Jumaat ini, selepas jawatankuasa penaja memenuhi semua syarat ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) lapor FMT



Peguam Mahathir Dan Anwar Bergandingan Cabar Akta MKN

Posted: 06 Sep 2016 11:33 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan peguamnya untuk berurusan dengan pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cara terbaik untuk menyokong permohonan bekas ketua pembangkang itu untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Peguam Haniff Khatri Abdulla memberitahu Malaysiakini, beliau diberikan arahan itu semalam, sehari selepas Mahathir membuat penampilan mengejutkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan cubaan Anwar mendapatkan injunksi menghalang pelaksanaan akta itu.

"Saya diarahkan untuk berhubungan dengan peguam Anwar dan mempertimbangkan bagaimana Tun (Dr Mahathir) boleh menyumbang untuk mencabar Akta MKN ini.

"Saya akan berhubungan dengan mereka minggu depan," katanya merujuk kepada peguam N Surendran, Latheefa Koya dan Eric Paulsen yang bertindak bagi pihak Anwar dalam kes itu.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam berkata kedua-dua pemimpin itu bertemu selama kira-kira 30 minit dan Haniff mengesahkan bahawa mereka membincangkan, antara lain, kemungkinan Mahathir memfailkan afidavit sokongan bagi kes berkenaan.

"Kita (peguam) akan kaji semua opsyen yang dibenarkan," katanya.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu adalah yang pertama dalam tempoh 18 tahun selepas Dr Mahathir selaku perdana menteri ketika itu memecat Anwar yang adalah timbalannya.

Anwar kemudiannya dihumban ke penjara atas kesalahan meliwat dan penyalahgunaan kuasa yang dinafikannya.

Pertemuan Isnin lalu dilihat oleh mereka yang hadir di mahkamah sebagai Mahathir memberi sokongan moral kepada Anwar.

Malaysiakini difahamkan bahawa proses perdamaian telah bermula sejak beberapa bulan lalu, dalam usaha Mahathir meraih sokongan untuk pergerakan Deklarasi Rakyat yang diterajuinya bagi menumbangkan Najib.

Mereka yang hadir sama pada pertemuan berkenaan adalah Azmin, isteri Anwar dan Presiden PKR, datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ~ MalaysiaKini



Comments (0)