Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:28 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Timbalan Mufti Perak Kata Kenyataannya Mengenai Tugu Diputar Belit?

Posted: 06 Sep 2016 07:35 AM PDT


Sebelum ini kecoh di laman sosial dengan kenyataan Zamri berhubung tugu berbentuk burung helang. Pembinaan tugu sedemikian katanya adalah haram di sisi Islam kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup iaitu burung helang.

Tak cukup dengan tugu berbentuk helang itu dengan tugu negara sekali netizen minta dirobohkan sebab bentuknya menyerupai orang..

Tiba-tiba hari ini Timbalan Harussani ni kata kenyataan dia diputar belit..kat mana yang diputar belit aku pun tak tahu..

Katanya "Isunya adalah isu setempat di Perak dan tidak berkaitan dengan replika burung helang di Pulau Langkawi mahupun tugu negara tetapi isu ini digunakan oleh media-media yang memutarbelitkan dan mengalihkan dari isu sebenar,"

Ish... takkanlah hukum Allah itu terbatas kepada sempadan negeri kot?

Laporan berkaitan..

IPOH – Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim kesal apabila larangan pembinaan replika berbentuk haiwan diputarbelitkan oleh media hingga mengalih isu sebenar yang diajukan kepada Jabatan Mufti Perak.

Menurutnya, larangan pembinaan replika haiwan secara sempurna itu adalah menjawab pertanyaan sebuah agensi kerajaan tempatan di negeri ini dan tidak merujuk kepada replika burung helang di Pulau Langkawi mahupun Tugu Negara.

"Sebagai sebuah jabatan yang diamanahkan untuk memberi nasihat dan panduan maka, satu panduan dan nasihat diperlukan oleh sebuah kerajaan tempatan diajukan kepada kami untuk membina sebuah replika di penempatan baharu.

"Isunya adalah isu setempat di Perak dan tidak berkaitan dengan replika burung helang di Pulau Langkawi mahupun tugu negara tetapi isu ini digunakan oleh media-media yang memutarbelitkan dan mengalihkan dari isu sebenar," katanya.

Zamri berkata, tidak timbul isu merobohkan monumen-monumen berkenaan berikutan ia di bawah kuasa pihak di negeri masing-masing.

Katanya, pihaknya menasihatkan pihak berkuasa tempatan tidak membina replika haiwan secara sempurna kecuali untuk permainan kanak-kanak atau tujuan pendidikan.

"Kalau pun cadangan itu mahu diteruskan maka hendaklah dibina dengan sifatnya yang tidak sempurna. Namun, jika monumen sedia ada tidak mahu dirobohkan, masih menjadi kewajipan pihak berkuasa negeri untuk memastikan tiada perbuatan syirik berlaku.

"Bersesuaian dengan kehendak nas-nas yang ada, juga saranan qaedah sad az zar'iah dan kalaupun ada perbincangan ulama mengenainya, maka keluar dari khilaf adalah lebih utama iaitu tidak lagi membina replika mahupun bangunan berhala di dalam sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama negara," katanya lapor SInar

Setelah Kutip Berbillion RM Dari GST.. Masih Tak Cukup Duit Untuk Bina Hospital?

Posted: 06 Sep 2016 02:20 AM PDT


Hairan betul ni.. dulu semasa nak dipotong subsidi minyak kata Najib subsidi yang dipotong itu akan digunakan oleh Kerajaan untuk membantu rakyat dengan membina lebih banyak kemudahan untuk rakyat..

Begitu juga semasa telah dilaksanakan GST.. Najib sendiri berkata tanpa GST kerajaan tidak mampu membina lebih banyak sekolah, hospital atau pusat kesihatan di kawasan pedalaman dan luar bandar.. bacalah di SINI

Ahmad Maslan pulak berkata menerusi kutipan cukai GST yang dikuatkuasakan, negara dijangka memperolehi hasil sebanyak RM23 bilion berbanding hasil cukai sebelum pelaksanaan GST iaitu hanya RM13 bilion.



"Kita bernasib baik melaksanakannya (GST) untuk membolehkan kita membina lebih banyak kemudahan asas termasuk jalan, jambatan, sekolah, klinik, hospital, masjid, surau dan bangunan kerajaan, yang dijangka memerlukan peruntukan berbilion ringgit,"

Tetapi setelah mengutip lebih dari RM30 Billion pada tahun 2015 dan kutipan bersih yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan bagi tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM27.01 bilion..

Masih tak cukup duit???

Baca ni..

ALOR SETAR – Rancangan pembinaan Hospital Pendang bernilai RM200 juta yang diluluskan menerusi Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diteruskan. 
Bekas Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, perkara itu penting bagi menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. 
"Saya difahamkan rancangan pembinaan Hospital Pendang yang tertangguh sejak sekian lama akan disemak semula walaupun pada sebelum ini Perdana Menteri telah meluluskan pembinaannya. 
"Kita akui semakan itu terpaksa dibuat kerana kerajaan tidak mencukupi duit, tapi kita harap kerajaan dapat teruskan juga projek tersebut," katanya, semalam. 
Menurutnya, rancangan pembinaan hospital itu juga pernah mendapat perhatian oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 
Ditanya mengenai penjimatan yang akan dilakukan kerajaan, beliau yang juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah tidak menolak kemungkinan penjimatan akan dibuat melibatkan pelbagai peringkat dalam projek tersebut akibat kegawatan ekonomi negara yang serius.

Tuanku Abdul Halim semasa titah ucapan perasmian Dun Kedah pada 2011 pernah menzahirkan rasa kesal akibat rancangan untuk membina Hospital Pendang dan Hospital Bandar Baharu masih belum dilaksanakan. 
Titah baginda, rakyat di dua daerah berkenaan menghadapi kesukaran kerana perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan daripada hospital di luar daerah tersebut. 
Baginda berharap tindakan susulan dapat diambil bagi menyediakan kemudahan hospital berkenaan. Difahamkan, rancangan pembinaan Hospital Pendang pada awalnya diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Bajet 2006. 
Ketika kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), beberapa projek besar termasuk Hospital Pendang terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan peruntukan. 
Projek itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam RMK10 menerusi kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) lapor Sinar di SINI

Dulu kaata tak cukup duit untuk bina Hospital kalau tak laksanakan GST.. dah laksanakan GST pun tak cukup duit apa cerita ni??



Setelah Kena Maki, Barack Obama Batalkan Pertemuan

Posted: 05 Sep 2016 11:00 PM PDT


Presiden Amerika Syarikat Barack Obama membatalkan pertemuan sulungnya dengan Rodrigo Duterte selepas presiden Filipina itu mengeluarkan kata-kata kesat padanya, kata jurucakap Rumah Putih.

Duterte semalam menggelar Obama sebagai "son of a bitch" (anak haram), sehari sebelum pertemuan yang dijadual di Laos, tempat pemimpin-pemimpin Asia Tenggara menghadiri sidang kemuncak tahunan.

Duterte seorang pemimpin popular Filipina yang terkenal dengan kenyataan-kenyataan penuh warna-warni serta kempen menentang dadah di negara itu.

Rumah Putih berkata Obama tidak merancang melontarkan kebimbangannya terhadap isu-isu hak asasi manusia di Filipina ketika bertemu Duterte.

Pentadbiran Duterte dalam perang dadahnya sejak mengambil alih tampuk kuasa pada Mei lalu menyaksikan kes pembunuhan tanpa melalui proses mahkamah.

"Kita akan teruskan sehingga pengeluar dadah terakhir terbunuh," beliau dipetik sebagai berkata oleh Reuters lapor Malaysiakini



Lokman Noor Adam Akui Anwar Hebat Ketika Diluar Penjara..

Posted: 05 Sep 2016 08:17 PM PDT


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak sehebat semasa bekas Ketua Pembangkang itu berada di luar penjara satu masa dahulu.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Lokman Noor Adam berkata Anwar sekarang sudah tidak lagi mampu menyatukan blok pembangkang selain pertemuan itu dianggap hanya sia-sia.
Tegasnya, Dr Mahathir yang terkenal dengan keegoannya juga kini hilang segala-galanya apabila memberi sokongan kepada individu yang pernah digelar peliwat dan pengkhianat negara.



"Saya hendak ingatkan Tun Mahathir bahawa Anwar pada PRU ke-13 dan sekarang sangat beza, Anwar di luar penjara dahulu lebih hebat daripada di dalam penjara.

"Semasa Anwar dibebaskan dahulu, dia berjaya menyatukan DAP, PAS dan PKR, tetapi apabila dia dipenjarakan, PAS tidak lagi bersama Pakatan Harapan.

"Maknanya usaha Tun M ini sia-sia. Kehadirannya ke mahkamah dan sanggup membuang ego tiada hasilnya kerana Anwar sendiri sudah tidak mampu menyatukan pembangkang," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Lokman mengulas kemunculan Dr Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin untuk menghadiri pendengaran kes permohonan yang difailkan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Pertemuan di antara dua tokoh politik itu adalah yang pertama sejak 18 tahun. Dalam pada itu, Lokman mengakui terkejut dengan tindakan terdesak Dr Mahathir yang memberi sokongan kepada Anwar demi merealisasikan hasratnya menjatuhkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ada beberapa sebab Tun Mahathir ambil keputusan hendak jumpa Anwar. Tun Mahathir sedar untuk parti barunya menyaingi UMNO, ia perlu dilakukan dengan mengadakan pertandingan satu lawan satu dan Tun Mahathir sedar pembangkang tidak 100 peratus menerimanya," ujarnya.

Dalam pada itu, Lokman melihat kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan memastikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14 kelak.

"Saya tahu kerana pernah berada bersama pembangkang ketika dalam perbincangan pengagihan kerusi. Perkara yang sama akan dilalui Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mereka perlu yakinkan rakyat untuk mengganti UMNO.

"Mereka perlu bertanding kerusi yang mencukupi lebih daripada PKR, DAP, Amanah atau Pas. Apabila Pribumi meminta kerusi lebih, percakaran sesama mereka akan menjadi klimaks dan perpecahan mereka menyebabkan BN kembali memerintah negara dengan majoriti dua pertiga," tegasnya lapor AstroAwani



Comments (0)