Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:06 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka

DAP Kencing Kuat, Ismail Sabri Minta Rakyat Beri Semula Peluang BN Tadbir Pulau Pinang

Posted: 03 Sep 2016 05:30 AM PDT

Rakyat Pulau Pinang perlu memberi semula peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negeri ini selepas DAP gagal menyelesaikan isu-isu berbangkit sepanjang lapan tahun memerintah.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua manifesto yang dibuat DAP pada pilihan raya umum lepas, gagal ditunaikan malah manifesto itu semata-mata untuk parti itu merampas Pulau Pinang daripada BN.

"Sejak daripada mula lagi DAP menguasai kerajaan negeri, segala janji yang dibuat tidak pun dilaksanakan...tol, jambatan dan sebagainya merupakan janji pilihan raya, tidak dilaksanakan.

"Kononnya mereka ingin membentuk sebuah kerajaan yang bersih. Kalau kita tak sedar lagi tentang pembohongan oleh DAP ini, saya rasa kita ataupun Pulau Pinang akan menghadapi masalah...kerana segala janji tak ditunaikan, mereka hanya nak dapat undi," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru, di sini malam tadi.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata kerajaan DAP Pulau Pinang juga dilihat gagal membuktikan mereka sebuah parti yang bersih, telus dan amanah apabila turut berhadapan dengan isu rasuah.

Beliau berkata sudah tiba masanya pengundi Pulau Pinang mengembalikan tampuk kepimpinan kepada BN kerana DAP bukanlah parti yang terbaik mentadbir negeri ini setelah gagal menunaikan manifesto mereka selama dua penggal memerintah.

"Sebelum ini, gambaran yang diberikan oleh DAP bahawa mereka adalah kerajaan yang bersih...yang kotor hanya BN. Tapi hari ini nampak gayanya mereka lebih kotor.

"Lepas satu kes, satu kes. Kalau dulu manifestonya kerajaan bersih itu yang menyebabkan orang percaya kepada mereka, jadi saya rasa mereka tak perlu percaya lagi," katanya.

Terdahulu ketika merasmikan persidangan itu, Ismail Sabri menasihatkan anggota Umno supaya tidak mudah terperangkap dengan agenda pembangkang yang membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga memecah belahkan parti.

Beliau berkata anggota Umno tidak perlu hanya fokus kepada isu yang dibawa oleh pembangkang, sebaliknya memberi tumpuan kepada isu-isu yang membelenggu parti pembangkang.

"Tumpuan kita setahun lebih ini hanya pada isu 1MDB, tak buat kerja lain... sedangkan kita patut serang (Ketua Menteri) Lim Guan Eng, contohnya isu penyelewengan penjualan tanah, sepatutnya itu tumpuan kita..isu tambakan laut, isu bapa ADUN DAP patut kita mainkan," katanya.

Sementara itu, Umno Bahagian Bayan Baru membawa usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno.

Sementara itu, Umno Bahagian Bayan Baru membawa usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno lapor MMO

Polis Tangkap Polis Main Judi?

Posted: 03 Sep 2016 02:30 AM PDT

Seorang pegawai dan 20 anggota polis dari pelbagai unit dan bahagian ditahan dalam dua serbuan berasingan ke atas dua premis perjudian di Jalan Air Panas, di sini, tengah hari tadi.

Dalam serbuan sekitar jam 12.50 tengah hari itu, semua pegawai dan anggota terbabit ditahan bersama 12 orang awam yang dipercayai pelanggan serta sembilan penjaga kedua-dua premis berkenaan.

Serbuan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, turut membawa kepada rampasan 57 mesin judi atas talian dan 4 simulator berunsurkan perjudian.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas semua pegawai dan anggota polis yang ditahan sebelum tindakan susulan diambil.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam sebarang bentuk kesalahan seperti ini termasuk membabitkan pegawai dan anggota polis sendiri.

"Pihak JIPS akan sentiasa melakukan pemantauan secara berterusan terhadap aktiviti jenayah dan masalah sosial yang membabitkan warga kita (polis) sendiri," katanya ketika dihubungi BH

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189199

Kereta Ali Tinju Disembur Cat Merah Di Bukit Aman

Posted: 03 Sep 2016 12:21 AM PDT

Kenderaan Ali Tinju, bekas tentera dan juga aktivis politik, disembur cat merah sewaktu beliau memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Seorang ketua gerakan protes "baju merah" berkata perbuatan khianat itu berlaku di bangunan tempat letak kereta bertingkat di depan bangunan Bukit Aman di sini semalam.

Ali, atau nama asalnya Mohd Ali Baharom, memuat naik beberapa keping gambar kereta Toyota Camry miliknya yang disembur di bahagian sisi kiri dan kanan.

"Kereta saya kena cat merah… saya diminta hadir ke Bukit Aman oleh polis. Tempat letak kereta bertingkat Bukit Aman," katanya di Facebook malam tadi.

Ali disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas dakwaan sengaja mengaibkan atas niat mengganggu ketenteraman.

Isnin lalu, beliau dalam satu rakaman video di luar pejabat polis Dang Wangi menggesa polis "jangan makan tidur, makan tidur" dan segera menahan penganjur himpunan Tangkap MO1.

Himpunan anjuran mahasiswa diadakan Sabtu lalu di sini bagi mendesak 'Malaysia Official 1' atau MO1 ditangkap polis berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

MO1 disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang ingin merampas aset dua warga Malaysia yang didakwa menyalahguna dana 1MDB.

MO1 tidak dinamakan dalam dokumen tersebut tetapi Datuk Abdul Rahman Dahlan, menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata MO1 itu merujuk Datuk Seri Najib Razak.

Namun perdana menteri bukan subjek siasatan DOJ, tambahnya, yang juga pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional lapor MMO

Comments (0)