Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:27 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Rakyat Selangor Tak Kenal Amanah?.. Kenapa?

Posted: 28 Sep 2016 05:34 AM PDT


Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendedahkan, sebanyak 35 peratus responden di negeri ini daripada 1,761 pengundi yang ditemui bagi kajian Isu dan Persepsi Pengundi Selangor mengakui kenal dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, data itu berbeza dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Bila kita buat kaji selidik, kita tanya mereka pernah dengar Bersatu atau tidak? Hampir 35 peratus responden kita pernah dengar.

"Berbeza dengan Amanah. Data Amanah ini saya tidak mahu sebut. Tapi peratusannya lebih rendah daripada Bersatu. Angkanya ada tapi saya tidak sebut," katanya pada sidang media selepas sesi pembentangan di sini, semalam.

Menurutnya, parti baharu yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menerima bantuan promosi melalui media arus perdana.

"Berita tentang Bersatu, TV3, RTM keluar sebab ada Tun Mahathir. Berbeza dengan Amanah. Mahu tak mahu kita kena akui masyarakat kita dipengaruhi media.

"Ditambah pula mahu atau tidak, kita mesti terima hakikat Tun Mahathir merupakan orang yang dikenali dan pernah menyumbang kepada negara," katanya.

Katanya, generasi muda hari ini melihat Bapa Pemodenan itu sebagai ikon.

"Kalau tuan-tuan lihat buku sekolah, ada bahagian yang menjelaskan tentang sumbangan Tun M dalam pembangunan negara. Maknanya generasi hari ini diberitahu Tun M itu memberi sumbangan besar kepada negara.

"Generasi muda melihat Tun Mahathir ini sebagai ikon. Walaupun beliau di pihak pembangkang tapi auranya masih ada," katanya lapor Sinar

Tanpa Isu 1MDB Pun BN Akan Gagal Tawan Selangor

Posted: 28 Sep 2016 03:30 AM PDT


Penyokong Barisan Nasional (BN) berbangsa Melayu akan beralih arah sekiranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlanjutan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Presiden Perkasa.

Datuk Ibrahim Ali berkata percaya BN akan terus gagal menawan Selangor sekiranya isu 1MDB dicanangkan pada waktu kempen, namun ia bukanlah prasyarat kemenangan pakatan parti pemerintah negeri.

Ini kerana status quo tidak akan berubah sekiranya corak pengundian orang Melayu pada PRU13 berulang dalam pilihan raya akan datang.

"Melayu yang tolak BN pada PRU13, saya tidak fikir mereka akan kembali undi BN sebab PRU13 mereka sudah tolak. Sewaktu PRU13, mereka tolak BN dan pada masa itu belum ada isu 1MDB dan GST. Itu pun BN kalah teruk.

"Kalau setakat penyokong Melayu BN yang undi BN pada PRU13 menyokong dan undi BN pada PRU14, maka BN akan gagal tawan Selangor," katanya.

Semalam, tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati pengundi BN akan terus menyokong BN walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang merupakan pengerusi BN, terpalit kontroversi 1MDB.

Tinjauan melibatkan 1,761 pengundi di 56 kawasan pilihan raya di Selangor.

Tinjauan juga mendapati penyokong BN berbangsa Melayu percaya isu 1MDB tidak akan menjejaskan negara.

Namun begitu, sebanyak 40% penyokong BN di Selangor mahu tindakan undang-undang diambil terhadap individu misteri Malaysian Official One (MO1) yang disebut dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Ibrahim berkata, perkara yang perlu diperhatikan sama ada pengundi Melayu akan menerima penjelasan BN berhubung isu 1MDB pada pilihan raya nanti.

"Adakah penjelasan yang dibuat oleh pemimpin Umno dan BN mengenai isu 1MDB diterima rakyat Selangor termasuk pengundi Melayu hingga boleh menyakinkan mereka semula untuk mengundi BN," katanya.

Pada PRU13 lalu, BN hanya memenangi 12 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat melalui gabungan DAP, PAS dan PKR memperolehi 44 kerusi DUN sekaligus berjaya membentu kerajaan negeri dengan bilangan kerusi majoriti.

Dalam tinjauan lain melibatkan 711 pengundi muda Melayu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata sampal menunjukkan kecenderungan yang mirip kepada pengundi Melayu atas pagar yang menolak BN, DAP dan tidak berminat dengan PAS lapor FMT.

Tian Chua Dihukum Penjara 3 Bulan

Posted: 27 Sep 2016 11:34 PM PDT


Anggota Parlimen Batu Tian Chua didapati bersalah menghasut oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu tiga tahun lalu.





"Melihat kepada fakta kes saya berpuas hati tertuduh telah mengeluarkan kenyataan berniat menghasut," katanya.

Zulqarnain juga secara khusus merujuk perkataan "bangkit" dan "turun ke jalan raya" diucap Tian pada sebuah forum bersifat menghasut.

Selepas beberapa perbincangan, hakim memutuskan Tian dipenjara tiga bulan dan denda RM1,800.

Bagaimanapun pelaksanaan hukuman itu dibenarkan ditangguh sementara pihak peguam bela membuat rayuan.

Melalui peruntukan undang-undang Tian - atau nama sebenarnya Chua Tian Chang - boleh dikenakan denda maksium RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tian akan hilang kelayakan sebagai anggota parlimen jika didenda lebih daripada RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Sabitan dan hukuman begitu juga akan menghilangkan kelayakannya untuk bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

Peguam N Surendran dan Latheefa Koya berkata mereka akan membuat rayuan kerana percaya Tian tidak sepatutnya disabitkan kesalahan.

Surendran bagaimanapun menyatakan jika rayuan itu ditolak dan Tian menjalani hukuman, kedudukannya sebagai anggota parlimen tidak terjejas.

Sementara itu Tian berkata pihak berkuasa tersilap apabila menyangka rakyat akan berdiam diri dengan ancaman Akta Hasutan yang dianggapnya "undang-undang yang tidak adil".

"Kami adalah wakil kepada rakyat dan pemimpin pembangkang. Kami perlu menerima keadaan ini sebahagian daripada risiko yang perlu dihadapi," katanya kepada media selepas penghakiman.

Tian didakwa membuat ucapan berkenaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor pada 13 Mei 2013.

Turut berucap di majlis itu Hishamudin Rais, Adam Adli, Safwan Anang, Datuk Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim yang turut didakwa mengikut akta sama.

Julia Ibrahim dan Jasmee Hameeza Jaafar bertindak sebagai timbalan pendakwa raya lapor Malaysiakini

Comments (0)