Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:53 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


PRK Pulak Di Pulau Pinang?

Posted: 27 Sep 2016 02:52 AM PDT


Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, jika mahkamah mendapati dia bersalah dan mengenakan hukuman berat terhadapnya kerana menghina mahkamah.




Peguam, M Visvanathan berkata, tidak menghormati pentadbiran keadilan adalah satu jenayah dan tiada undang-undang bertulis mengenai hukuman minimum mahupun maksimum.

"Mahkamah boleh mengenakan denda atau penjara atau melepaskan tertuduh dengan teguran, berdasarkan budi bicara mereka," katanya.

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen akan hilang kelayakan selama 5 tahun, jika dia sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

Peruntukan sama juga terkandung dalam undang-undang semua negeri.

"Lim mungkin hilang haknya sebagai ahli Parlimen dan adun jika mahkamah mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman berat," katanya sebagai menjawab tindakan setiausaha agung DAP itu menghina mahkamah.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada peguam negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Lim.

Peguam negara berkata, Lim mengeluarkan kenyataan media walaupun mengetahui tindakannya akan mengganggu pentadbiran keadilan, menghakis keyakinan awam terhadap badan kehakiman dan menghina maruah serta integriti mahkamah di negara ini.

Adun Air Puteh itu mendakwa 2 tuduhan rasuah adalah "konspirasi" terhadapnya dan juga "direka-reka".

Jun lalu, ahli Parlimen Bagan itu bersama ahli perniagaan, Phang Li Koon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi George Town.

Lim didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk menerima suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew.

Dia juga didakwa meluluskan permohonan Magnificent Emblem menukar status tanah pertanian bagi tujuan membina kediaman dan tuduhan ke-2 menggunakan kedudukannya membeli sebuah banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta – jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Visvanathan berkata, dahulu ada 1 kes di mana bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Wee Choo Keong hilang kelayakan kerana menghina mahkamah, kira-kira 20 tahun lalu.

Pada 14 April 1995, Mahkamah Agung ketika itu menjatuhkan denda RM7,000 kepada Wee kerana melanggar perintah menghalangnya mencetak, mengedar atau menerbitkan sebarang dakwaan tidak wajar terhadap MBf Holdings dan anak syarikatnya.

Wee bertanding pada Pilihan Raya Umum 1995 dan memenangi kerusi Bukit Bintang atas tiket DAP, tetapi calon BN, Lee Chong Meng memfailkan bantahan.

Hakim pilihan raya, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim membatalkan kemenangan Wee, memandangkan tindakannya menghina mahkamah adalah satu kesalahan jenayah.

Ahmad Fairuz kemudiannya mengumumkan Lee dipilih sebagai ahli Parlimen Bukit Bintang lapor FMT


Zahid Dicadang Ambil Kelas Bahasa Inggeris

Posted: 27 Sep 2016 12:14 AM PDT


Di sebalik kritikan diterima Datuk Seri Zahid Hamidi susulan ucapan dalam bahasa Inggeris di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), timbalan perdana menteri menerima galakan musuh politiknya.




Pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan memperlekeh usaha Zahid itu.

Bekas pendebat terbaik Asia berkata walaupun terdapat kesalahan sebutan, mesej yang hendak disampaikan masih boleh difahami.

"Beliau (Zahid) ada pilihan untuk bertutur dalam bahasa Malaysia tetapi tetap pilih untuk mengambil jalan yang lebih sukar," katanya.

Beliau berkata kini wujud keadaan tidak sihat apabila pihak yang bercakap dalam bahasa Inggeris secara tidak fasih diejek tetapi yang fasih pula dianggap "pengkhianat bangsa" atau "lidah penjajah".

"Kita cepat memperlekehkan usaha sesetengah rakyat Malaysia yang ingin mencuba "dunia" yang baru," katanya di Facebook.

Menceritakan pengalaman sendiri, Syed Saddiq berkata, beliau juga dulu gagap dan tidak fasih berbahasa Inggeris, tetapi kini sudah diberikan mandat untuk mengajar di lebih 25 negara.

Justeru beliau menasihatkan Zahid supaya jangan malu bertutur dalam bahasa itu lagi dan berdepan kritikan diterima.

"Buktikan bahasa pengkritik itu salah.

"Ambil kelas bahas Inggeris dan mula terlibat dalam suasana berbahasa Inggeris," katanya.

'Masalahnya isu kandungan'

Beliau juga menasihatkan Zahid memulakan dengan ayat-ayat pendek dan mengelakkan perkataan yang susah disebut.

"Secara peribadi saya tiada masalah dengan cubaannya bercakap dalam bahasa Inggeris," katanya.

"Saya lebih kecewa dengan isi kandungan ucapannya. Saya lebih kecewa dengan kegagalannya untuk lantang bersuara demi negara, agama dan bangsa."

Zahid dalam ucapannya antaranya mengajak dunia bersatu bagi menentang keganasan, yang menurut beliau, merampas kestabilan dan keselamatan di banyak negara.

Beliau juga menyentuh usaha pembangunan kemahiran untuk menjadikan Malaysia sebagai modal permulaan bagi Asia.

Ahmad Zahid juga mengetengahkan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan Malaysia (NBOS) yang membolehkan lebih 80 kementerian dan agensi bekerjasama bagi mewujudkan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik dan tersusun.

Bagaimanapun, beliau dilihat tidak fasih dan tersalah menyebut beberapa perkataan seperti "blue ocean" dan merujuk Datuk Seri Najib Razak sebagai "presiden".

Sedutan Ucapan itu kemudian dikongsi meluas di Internet, yang menyaksikan kebanyakan warga maya memperlekehkannya lapor MalaysiaKIni

BMW Milik Naib Ketua UMNO Bahagian JB Terbakar

Posted: 26 Sep 2016 08:19 PM PDT


Sebuah kereta BMW 5251 milik Naib Ketua Umno Bahagian Johor Bahru Datuk Yahya Jaafar musnah terbakar pada Isnin dipercayai akibat perbuatan khianat.




Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata kejadian itu pada awalnya disedari isteri beliau pada pukul 11.45 pagi ketika kenderaan itu diparkir di kawasan rumah mereka di Bandar Baru Uda, di sini.

Yahya juga merupakan Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru ketika itu pula tiada di rumah.

"Semasa kejadian, ada empat orang di rumah (termasuk isteri Yahya) dan mereka keluar apabila menyedari ada asap dan bunyi letupan kecil.

"Selepas diperiksa, didapati sebuah kereta BMW milik Yahya terbakar. Bagaimanapun, mereka sempat menyelamatkan dua buah kereta lain, masing-masing jenis Chrysler dan Audi Q5 yang diparkir berhampiran," katanya dalam kenyataan, di sini.

Mohd Taib berkata bomba dan unit forensik polis telah dipanggil ke lokasi kejadian tetapi tidak menemui sebarang objek atau bahan letupan, yang berkait dengannya.

"Di peringkat ini, siasatan di bawah Seksyen 386 Kanun Keseksaan yang menjuruskan kepada kes khianat dengan api," katanya lapor mStar

Comments (0)