Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:32 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kenapa Ahli Pas Duduk Dalam Gelap Dengar Ceramah Amanah?

Posted: 26 Sep 2016 04:31 AM PDT


Program ceramah sempena pelancaran Amanah Parlimen Larut malam tadi rupa-rupanya turut dihadiri ramai ahli dan penyokong Pas.



Demikian diakui Ketua Amanah Taiping, Mohd Saad Ismail berhubung sambutan hangat dalam program dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Batu Kurau.

"Saya pergi jumpa sahabat lama daripada Pas, bersalam juga peluk mereka. Baru tahu ramai yang duduk dalam gelap.

"Maklumlah Parlimen Larut ini kawasan menantu Presiden Pas. Ustaz Akmal Kamaruddin anak kepada Ustaz Kamaruddin Awang Basir iaitu besan Haji Hadi Awang," ujarnya.

Beliau berkata, kehadiran kira-kira 1,000 penduduk setempat agak memberangsangkan bagi kawasan seperti pekan Batu Kurau.

"Soal sokong atau tidak perkara kedua. Kesediaan mereka duduk dan mendengar sampai habis memberikan satu harapan baru kepada Amanah khususnya dan Pakatan Harapan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kerjasama Pakatan Harapan akan terus kukuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

"Tahniah kepada Amanah, PKR, DAP dan Bersatu yang nampak mantap kerjasama semalam," tambah Saad lagi.

Turut hadir Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan Ketua Angkatan Wanita (Awan) Perak, Zuhairah Mohd Ghazali.

Program berkenaan juga menyaksikan orang ramai mengambil peluang mendaftarkan keahlian dalam Amanah.

Terdahulu, Saad memberitahu, slot sembang petang Mohamad Sabu diadakan bersama penduduk setempat di Kampung Bukit Torak di Dun Selama, Perak pada sebelah siangnya.


Laporan penuh dan lagi gambar lihatlah di SINI

Isu 1MDB Agak Merosakkan, Kata Adik Najib

Posted: 26 Sep 2016 01:57 AM PDT


Dalam wawancara dengan majalah Euromoney, pengerusi bank CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkongsi pandangannya berkaitan dakwaan skandal 1MDB dan kontroversi yang turut melanda dirinya.


Berdepan soalan berkaitan kesan kontroversi itu terhadap Malaysia dan di peringkat antarabangsa, Nazir berkata keadaan sekarang paling sukar mewakili Malaysia.

Beliau menyifatkannya sebagai "agak merosakkan".

"Pelabur sekarang ada pilihan. Mereka ada banyak pilihan. Dan Malaysia, malah dengan semua perkara sama pun, ada cabarannya, kerana kita ekonomi yang sangat kecil, kita ada kekuatan tetapi kita juga ada kelemahan ini, kita agak kecil.

Katanya, dibandingkannya dengan Indonesia sahaja, yang pasarannya melibatkan 200 juta orang, skala di Malaysia cuma 10 peratus daripada itu.

"Saya sentiasa sebut bahawa Malaysia mesti bekerja lebih kuat, lebih kuat daripada pasaran lebih besar.

"Dan dalam keadaan seperti ini... apabila pelabur lihat sesuatu macam kemelut 1MDB, dan tidak faham, mereka akan persoal sama ada Malaysia membiarkan amalan tadbir urus yang lemah...," katanya.

Mengulas pendedahan yang mengaitkan beliau dengan isu 1MDB, yang membuatkannya bercuti semasa siasatan dalaman CIMB, Nazir berkata beliau kesal terjebak dalam keadaan itu.

"Kita ada amalan, peraturan dan undang-undang tersendiri, jadi dalam kerangka itu saya tahu saya tidak baut salah," katanya.

"Tetapi apabila berita itu keluar di WSJ, pemerhati luar tertanya-tanya: Apa semua ini? Jadi Itu sebabnya saya perlu bertindak bersihkan nama saya.

"Dan sebabnya kenapa berita ini timbul kerana persoalan berkaitan kesahan dana yang diberikan kepada saya, sebab itu dia jadi berita.

"Tanpa semua itu, tiadalah berita," katanya.

Menjawab soalan, Nazir berkata beliau percaya wang yang dibantu disalurkan bagi pihak abangnya adalah derma kempen lapor MalaysiaKini

Logo Halal Tambahan Hanya Mencari Untung?

Posted: 25 Sep 2016 10:24 PM PDT


Rancangan memperkenalkan piawaian halal baru khususnya produk yang dihasilkan syarikat milik umat Islam tidak perlu kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.



Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya pihak terlibat berusaha meningkatkan kualiti produk halal.

"Sepatutnya kita tingkatkan kualiti halal yang sedia ada bukannya menambahkan lagi jumlah logo halal," kata Abdul Rahman kepada FMT.

Menurutnya, sijil halal yang diperkenalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah sempurna dan diyakini seluruh dunia.

"Logo sedia ada (oleh Jakim) sudah ada jaminan oleh kerajaan dan Jakim, malah orang percaya seluruh dunia.

"Biar Jakim sahaja yang tentukan status halal itu supaya memudahkan orang ramai tidak was-was malah memudahkan kerja pihak berkuasa untuk membuat pemantuan."

Sabtu lepas, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) dan Risda dilaporkan bakal melancarkan logo halal baharu awal tahun depan khusus bagi produk keluaran Muslim.

Menurut Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin, ia bertujuan mengesahkan produk itu keluaran usahawan Muslim selepas, sebagai tambahan kepada sijil halal yang dikeluarkan Jakim.

Abdul Rahman turut tidak menolak rancangan itu mungkin bertujuan memperolehi keuntungan atas nama Islam.

"Saya nampak begitu (ingin mencari keuntungan).

"Kalau dulu sebelum Jakim ambil alih, status halal diserah kepada pihak swasta, sebab swasta akan cari keuntungan.

"Jadi saya rasa di bawah kerajaan dan Jakim ini sudah elok, kerana bebas daripada keuntungan," katanya lapor FMT



Comments (0)