Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:10 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kes Senator UMNO Didakwa Ugut Bunuh Dirujuk Ke Timbalan Pendakwa Raya

Posted: 21 Sep 2016 11:00 PM PDT


Kes senator yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadap dua orang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Gombak sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata polis ketika ini hanya menunggu keputusan untuk tindakan seterusnya.

"Kertas siasatan telah siap dan telah dirujuk pada TPR pada 5 September 2016. Belum ada keputusan dari pihak TPR," katanya..

Sebelum ini FMT telah melaporkan..

KUALA LUMPUR: Dua ahli jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Gombak hari ini mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang ahli Dewan Negara.

Mohd Farouk Mohamad Ramli dan Azmi Iswan berkata mereka menerima ugutan itu daripada salah seorang pemimpin Umno bahagian itu, ketika Persidangan Puteri Umno Gombak pada 14 Ogos lalu.

"Eh marilah, yang mati dah mati dah, ni ada lagi yang nak mati… 3 tahun aku dah tahan," menurut Farouk memetik kata-kata senator berkenaan.

"Sambil menjerit dia berkata dan terus nak menyerang saya," katanya kepada wartawan hari ini. Farouk berkata laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selayang pada 15 Ogos, tetapi masih belum ada tindakan.

Azmi mendakwa beliau turut menerima ugutan pada hari dan tempat yang sama, selesai persidangan.

"Dia cakap, Mi apa yang kau tak puas hati. Dia bawa saya ke tempat lain," katanya.

Azmi berkata dia sebelum ini mempersoalkan kehadiran senator tersebut mewakili Umno Gombak ke Persidangan Umno Petaling Jaya Selatan.

Azmi berkata sedang mempertimbangkan membawa perkara terbabit kepada Biro Pengaduan Umno. Sementara itu, usaha FMT menghubungi senator terbabit masih buntu.



PAS Serah Dokumen Bagi Diteliti Peguam Untuk Saman Sarawak Report

Posted: 21 Sep 2016 09:44 PM PDT


PAS telah menyerahkan semua dokumen berkaitan tindakan parti itu untuk menyaman Sarawak Report, kepada peguamnya untuk penelitian, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan. 

Beliau berkata peguam yang dilantik oleh parti itu akan mengkaji dokumen berkenaan manakala dokumen tambahan akan diberikan sekiranya diperlukan.

"Antara dokumen yang diberikan kepada peguam, dua hari lepas ialah kenyataan balas penafian daripada pemimpin PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya ketika ditemui di sini, Rabu.

Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Bharu ditanya perkembangan tindakan parti itu untuk menyaman portal berita berkenaan yang berpangkalan di London berhubung dakwaan berunsur fitnah terhadap PAS.

Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, sekali gus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut lapor MalaysiaGazette



Comments (0)