Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:39 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Ali Tinju Kantoi!! FMT Dedah Rakaman Temubual..

Posted: 21 Sep 2016 04:53 AM PDT


"Saya tidak bersalah. Saya tidak habiskan ayat saya (dan media) tidak mempunyai sebarang rakaman atau video yang memetik saya mengeluarkan apa-apa (ugutan),"

"Komen saya bukannya ugutan ... Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya dan tidak ada keperluan untuk saya minta maaf," kata Ali Tinju y.ang dipetik The Sun.

Mohd Ali, yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, sedang disiasat polis berhubung ugutan jenayah selepas beliau dipetik sebagai berkata Maria "tidak akan berjalan di atas bumi" berikutan pengumuman bahawa perhimpunan BERSIH 5 akan diadakan pada 19 November ini

Bagaimanapun Ali Tinju kantoi, bila mana FMT menyiarkan rakaman perbualannya dengan wartawa..

Berikut adalah transkrip temubual tersebut..



Journalist: Will you hold a counter-rally (to Bersih 5)?

Ali Tinju: Saya akan adakan dalam masa terdekat ini, dan kita akan perhatikan perjalanan beliau. Itu kita punya, kita akan buat serang hendap lah.

Journalist: Serang hendap? Dalam bentuk satu lagi perhimpunan jalanan juga ataupun exercise pinggang?

Ali Tinju: Itu you perhatikan lah. Di rumah, ataupun (inaudible) kita tengok dia. Dia jangan cuba buat kacau-bilau dalam Malaysia ni. Kita punya ahli ni banyak ahli-ahli perniagaan di Kuala Lumpur. Peniaga-peniaga di Kuala Lumpur ni banyak menjadi ahli Gerakan Merah. So mereka mempertikaikan lah kenapa di Kuala Lumpur, kenapa tak nak buat di Pulau Pinang, kenapa dia tak nak buat di Selangor? Kita akan serang hendap dia la. Tunggu masa serang hendap la. Saya tak kisah masuk penjara 10 tahun pun tak kisah.

Journalist: Nak confirm, Tuan ada rancang untuk buat counter-perhimpunan jalanan tak? Mungkin pada hari sama dengan Bersih 5?

Ali Tinju: Kita akan turunkan orang-orang kita, kita membuat protes terhadap kuning pada hari yang sama. Tetapi dalam masa terdekat ni saya akan serang hendap Maria Chin.

Journalist: Dekat rumah?

Ali Tinju: Mungkin dekat rumah, mungkin kat kedai, mungkin kat mana-mana.

Journalist: Tapi serang hendap tu untuk buat exercise pinggang ke macam mana?

Ali Tinju: Tunggu jelah. Tunggu dan lihat lah.

Journalist: Tapi exercise pinggang tu akan diadakan di depan rumah Maria Chin?

Ali Tinju: Dia akan rasa tidak akan aman. Dia tidak akan senang duduklah selepas ini. Mungkin dia akan bawa bodyguard dua tiga orang ke, enam orang ke, 10 orang ke untuk kawal dia. Tapi mereka ingat, 10 orang pun kita datang sebat la. Walaupun bodyguard dia 10 ke 20, kita akan sebat lah. Tunggu lah, kita akan serang hendap dia. Dia tidak aman, orang yang berniaga pun sama dengan dia tidak aman.

Journalist: Kenapa?

Ali Tinju: Dia melakukan perbuatan pada 19 haribulan 11 untuk membuat himpunan akan menyusahkan orang-orang Kuala Lumpur meniaga, orang nak beli-belah, pelancong pun rasa takut nak datang, dan rasa negara ini seperti tidak aman dan tidak selamat. So Maria Chin pun tidak akan selamat selepas ini.

Journalist: Maria Chin cakap kalau Tuan buat exercise pinggang dia akan sediakan air untuk Tuan. Boleh saya dapatkan comment?

Ali Tinju: Dia kena ingat, saya takut dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera. Jangan cabar kami nanti kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala ke bawah jalan.

Journalist: Maknanya macam angkat mayat?

Ali Tinju: Itu you saksikan akan terjadi dalam masa terdekat.

Journalist: Tuan tak takut penjara? Atau tindakan polis?

Ali Tinju: Tak apa, itu undang-undang mahkamah menjatuhkan hukuman bukan dia yang menjatuhkan hukuman. Tetapi, Maria akan bertanggungjawab segala-galanya.

Journalist: (Maknanya) Dia akan menerima balasan?

Ali Tinju: Dia pasang 10 commando pun, 10 bodyguard pun, bodyguard dia akan tumbang. Ini serang hendap.

Journalist: Jadi Tuan bagi amaran kepada Maria Chin untuk berhati-hatilah maknanya?

Ali Tinju: Yes, yes, yes, yes. Jangan rasa seorang hero untuk membuat kacau-bilau dalam negara. Kami menentang sehabis-habis keras.

Journalist: Ada apa-apa lagi Tuan nak tambah?

Ali Tinju: Takpe, saya ingat saya akan bagi dia satu pil untuk dia insaf.

Journalist: Satu pil untuk dia insaf? Pil apa Tuan?

Ali Tinju: Yes. Tunggu, warna merah.

Journalist: Pil warna merah? Baju merah la maknanya?

Ali Tinju: Pil warna merah dia akan tahu itu pil.

Journalist: Pil tu baju merah ye?

Ali Tinju: Pil tu warna merah.

Journalist: Dalam bentuk Gerakan baju merah ke macam mana?

Ali Tinju: Takde, Takde. Pil tu warna merah, dia akan ingat sampai mati.

Ni rakaman audionya..





Marah Rosmah Dihina, Media Umno Gesa Gantung Kerjasama Dengan UNESCO

Posted: 20 Sep 2016 09:44 PM PDT


Media milik Umno, MyKMU, mencadangkan agar kerajaan Malaysia menggantung semua kerjasama dengan The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (Unesco) sehingga Ketua Pengarahnya, Irina Bokova memohon maaf secara terbuka.

Mereka juga perlu memberi penjelasan yang masuk akal dalam kontroversi membabitkan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor, kata editor laman Kelab Maya Umno itu.

"Menteri Pelajaran Malaysia juga perlu menggantung sementara pejabat Unesco Malaysia yang berada di bawah pembiayaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Beranikah Datuk Seri Mahadzhir Khalid melakukan?" soal editor laman itu.

Menurut laman itu, tindakan Irina Bokova menjemput Datin Seri Rosmah mengambil anugerah penghormatan khas pada satu majlis yang dianjurkan bersama oleh Unesco pada 22 September 2016 tetapi kemudiannya membatalkan, hanya kerana pertanyaan Wall Street Journal dan The New York Times mengenai pembiayaan PERMATA, adalah sesuatu yang kurang ajar.

Unesco sebagai sebuah pertubuhan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab ke atas keilmuan dan ketamadunan tidak menunjukkan sikap organisasi yang bertamadun apabila menarik balik jemputan yang telah tersebar hanya kerana pertanyaan media tertentu, katanya lagi.

Laman ini juga mendakwa, tindakan menarik anugerah ini adalah konspirasi menjatuhkan perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya.

"Apapun, kita tidak nampak bagaimana perkara ini boleh menjejaskan Perdana Menteri mahupun Rosmah sendiri. Yang nyata ini semua adalah sebahagian daripada konspirasi yang dirancang dan apa pun yang berkaitan konspirasi, semuanya tidak betul.

"Lagipun, bukan Rosmah yang terhegeh-hegeh mahukan anugerah tersebut, ia adalah mereka yang berkenaan sendiri nak bagi, kemudian mereka berkenaan juga yang membatalkannya kerana termakan dengan hasutan media asing upahan Mahathir," kata tulisan itu.

ROSMAH TOLAK



Sementara itu, Rosmah Mansor dan Program Permata Negara (PERMATA) menolak menerima anugerah 'Lead by Example' yang ditunda ke tahun depan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan petang semalam berkata Rosmah memutuskan untuk mengelak perhatian daripada kerja-kerja membantu kanak-kanak di Malaysia.

Pada 18 September, menurut kenyataan itu, wakil tetap Malaysia ke Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima e-mel daripada Prof Tudor Parfit, yang mempengerusikan lembaga penasihat akademik di jawatankuasa penganjur acara itu.

"Praffit menyebut (dalam e-mail) bahawa anugerah itu akan ditangguh ke 2017 kerana apa yang digelarnya sebagai 'gangguan' daripada Wall Street Journal dan New York Times berkaitan penajaan PERMATA," menurut PMO.

Rosmah pada mulanya dikatakan akan menerima anugerah itu di New York pada Khamis 22 September ini, tetapi dikeluarkan daripada senarai pada saat-saat akhir.

PMO juga berkata kedua-dua pihak PERMATA dan Rosmah tidak memohon untuk anugerah itu.

Pejabat itu berkata, pada 8 September lalu, Irina Bokova atas kapasitinya sebagai ketua pengarah Unesco, menghantar surat kepada perdana menteri, Rosmah dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Surat itu menyebut, kata PMO, bahawa Rosmah diberi anugerah sanjungan khas dalam acara yang dianjurkan bersama oleh Unesco pada 22 September ini.

"Ini sebagai penghargaan terhadap usaha kerajaan Malaysia untuk melawan keganasan melalui sistem pendidikan, dan terutamanya pendekatan PERMATA yang diasaskan pada 2007 oleh Rosmah," katanya,

PMO juga berkata PERMATA ditaja sepenuhnya bawah peruntukan kerajaan dan telus, serta laporan tahunannya diluluskan oleh parlimen.

"Segala perbelanjaan mengikut prosedur kewangan kerajaan.

"Ini bukan sahaja rekod awam, tetapi boleh dijelaskan dengan segera sama ada kami atau PERMATA ditanya sebelum penangguhan anugerah itu," tambahnya.

PMO juga menyelar pihak yang cuba mempolitikkan kerja-kerja PERMATA yang disifatkan sebagai badan contoh untuk meningkatkan kualiti kanak-kanak lapor MalaysiaDateline



PBA Lembab Kata Guan Eng?

Posted: 20 Sep 2016 05:30 PM PDT


Kerajaan negeri Pulau Pinang menegur pihak pengurusan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) kerana gagal mengatasi masalah kebocoran paip besar 900mm di Pantai Jerejak dengan segera serta gagal memberikan maklumat betul bilakah bekalan air akan disambung balik.

Kerajaan negeri agak tidak puas hati tentang respons dan kerja pembaikan dan akan mengarahkan satu laporan penuh, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan negeri akan meneliti laporan ini dan mengesyorkan langkah yang diambil untuk memperbaiki sistem sedia ada yang ketara gagal memenuhi keperluan semasa untuk membuat pembaikan secepat mungkin serta pemberian maklumat yang tepat kepada pengguna dan orang awam.

"PBAPP kena ingat bahawa ramai pengguna di seluruh Daerah Barat-Daya terjejas dengan kebocoran paip 900 mm ini serta kilang-kilang di kawasan FIZ," katanya.

Maklumat yang kurang tepat juga, katanya, telah menyukarkan proses kerja kilang-kilang selain daripada menyusahkan pengguna-pengguna.

Sungguhpun benar bahawa tempoh terputusnya bekalan air tidak melebihi 48 jam, sepertimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara(SPAN), tempoh masa pembaikan yang begitu panjang adalah sesuatu yang dikesali, katanya.

"PBAPP kena pertingkatkan prestasi mereka selaras dengan ekspektasi orang awam ke atas PBAPP sebagai pengusaha air yang terbaik dalam negara," katanya lapor MalaysiaDateline



Comments (0)