Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:25 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Tindakan Jamal Sahkan UMNO Amal Politik Wang Kata Rais Yatim

Posted: 02 Sep 2016 03:40 AM PDT


Pembatalan janji Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos untuk membawa setiap ketua cawangannya bercuti dan ditukarkan dengan wang tunai berjumlah RM1,000 mengesahkan parti itu mengamalkan politik wang.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan itu sekali gus memalukan UMNO yang dilabel negatif sebahagian besar rakyat sekarang.

"Apa yang dilakukan Jamal seperti terma dalam politik wang, korupsi salah guna kuasa, membazir dan membeli pengaruh.

"Apabila Jamal membuat pengumuman itu, dengan sendirinya dia membuat kepastian tentang apa yang diserlahkan masyarakat terhadap UMNO.

"Ini merunsingkan saya jika tauladan ini dikemukakan kepada khalayak. UMNO akan sentiasa berada dalam kancah negatif khasnya mereka yang berada dalam barisan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada ketika ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rais mengulas pengumuman Jamal yang akan mengagihkan wang RM1,000 kepada setiap ketua cawangan dan termasuk 646 perwakilan UMNO.

Bagaimanapun Jamal di dalam sebuah portal dilaporkan berkata, pemberian wang itu adalah hasil sumbangan pihak tertentu dan tabungan yang dibuat mereka sebelum ini.

Jelasnya, sumbangan tersebut diperolehi bagi tujuan lawatan sambil belajar ke Dubai yang sepatutnya dijadualkan pada awal tahun ini.

Dalam pada itu Rais yang juga veteran UMNO mempersoalkan isu yang timbul pada masa pimpinan parti sedang berhadapan dengan tohmahan dan keadaan yang tidak menyenangkan.

"Tidak pernah seorang pemimpin UMNO di peringkat ketua bahagian yang membuat pengakuan seumpama itu ketika ini.

"Saya kena nasihatkan. Adakah selama ini anda guna duit untuk membuat lawatan, berfoya-foya kepentingan remeh dan sebagainya.

"Orang boleh membuat perbandingan. Mengapa tidak diguna duit itu kepada anak-anak yatim atau kegunaan kelas tambahan kepada masyarakat," ujarnya.

Katanya lagi, Majlis Tertinggi (MT) UMNO juga seharusnya mengambil teguran itu dan meminta mana-mana pemimpin parti menghentikan perbuatan seperti Jamal.

"Selama ini saya di dalam UMNO, tidak pernah ada seorang pemimpin yang mengaku mengagih duit secara menyeluruh. Jadi MT perlu berbuat sesuatu," jelasnya lapor AstroAwani


Pemuda Pas Kelantan Kesal UMNO Tidak Hadir Untuk Sokong RUU 355

Posted: 02 Sep 2016 12:29 AM PDT


Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli Shaari melahirkan rasa kesal dengan kegagalan Pemuda Umno Kelantan hadir pada majlis perisytiharan 'Deklarasi Kota Bharu' bagi menyatakan sokongan parti-parti politik Melayu-Islam di negeri itu terhadap Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), 30 Ogos lalu.

RUU 355 itu bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Oktober ini.

Malah Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat itu hairan dengan kegagalan wakil Pemuda Umno untuk hadir memandangkan Umno sudah secara rasmi menyatakan sokongan terhadap RUU 355.

"Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Ibrahim telah menyusun sidang media hari ini (30 Ogos) beberapa hari yang lepas.

"Ia merupakan satu detik bersejarah sekiranya berjaya dilaksanakan iaitu sayap-sayap anak muda di semua parti-parti yang dianggotai oleh masyarakat Melayu Islam di negeri ini iaitu Pas, Umno, PKR dan Amanah duduk semeja untuk bersetuju dengan satu tajuk yang penting.

"Kali ini tajuknya ialah sokongan terhadap Rang Undang-undang Akta 355," tulis Ahmad Fadhli di laman Facebooknya.

Lokasi program itu, ujarnya diadakan di sebuah hotel atas permintaan Pemuda Umno yang mahukan tempat berkecuali manakala masa juga ditentukan sayap Umno itu.

"Sepanjang saya sebagai Ketua DPPNK (Dewan Pemuda Pas Kelantan), belum pernah dewan hotel ditempah semata-mata untuk sebuah sidang media. Biasanya ia dibuat di bangunan DPPNK Syabab Point atau di mana-mana lokasi bersesuaian.

"Bahkan jika laporan polis dibuat, sidang media hanya dilaksanakan di tepi jalan sahaja. Hari ini, ratusan ringgit dibelanjakan untuk menyewa dewan hotel bagi memberi laluan kepada detik bersejarah, kelahiran Deklarasi Kota Bharu," ujarnya dalam tulisan bertajuk 'Nota kesal terhadap Pergerakan Pemuda Umno'.

Bagaimanapun beliau kecewa kerana semua wakil parti yang telah memberi persetujuan untuk menyokong RUU355 itu gagal hadir ke sidang media.

"Saya faham jika Ketua AMK Kelantan dan Ketua Pemuda Amanah Kelantan tidak hadir, kerana telah diketahui secara umum bahawa parti masing-masing belum memutuskan secara rasmi pendirian terhadap RUU355 ini.

"Boleh jadi bagi menghormati pendirian pucuk pimpinan, rombongan pemuda mereka tidak hadir. Alhamdulillah, Ketua AMK hadir kemudiannya walaupun sekadar untuk menurunkan tandatangan, ia sudah cukup baik," nukil beliau.



Menurutnya, program itu adalah platform terbaik untuk Pemuda Pas dan Pemuda Umno "bersalaman di hadapan kamera bagi menghiasi dada akhbar keesokan harinya".

"Bukankah Umno paling suka jika digambarkan bahawa Pas sedang berbaik dengan Umno?" soal beliau. Kegagalan Pemuda Umno untuk hadir, ujar beliau hanya menebalkan sangkaan tidak baik di kalangan masyarakat.

Beliau turut mempersoalkan komitmen Umno untuk memberi laluan kepada RUU355 ekoran sikap yang ditunjukkan Pemuda Umno Kelantan itu.

"Kita tunggu dan lihat. Adapun Pas, langkah kaki memartabatkan satu demi satu tuntutan syariat akan diteruskan.

"Biarpun hanya seorang diri memikul panji di tengah medan, percayalah Pas tidak akan berganjak dari kedudukan kakinya pada hari ini.

"Bersama sokongan Umno atau tidak, ke hadapan Pas melangkah," ujarnya lapor MalaysiaDateline


Ekonomi Negara: Nazir Pesan Hati-Hati, Najib Pula Ucap Syukur?

Posted: 01 Sep 2016 05:30 PM PDT


Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mengakui ekonomi Malaysia semakin perlahan dengan pertumbuhan sekitar empat peratus pada tahun ini.

"Dunia sekarang berada dalam era pertumbuhan struktural yang rendah. 'Hari bersuka ria' sudah berlalu dan ia akan mengambil banyak tahun untuk menyaksikan pertumbuhan tinggi kembali di dunia ini sekali lagi," dipetik daripada laporan sebuah akhbar hari ini.

Menurutnya, seluruh dunia terpaksa melalui pertumbuhan ekonomi perlahan kerana bebanan terlalu banyak hutang yang merupakan masalah asas sistem dunia hari ini.

Nazir berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Kebangsaan bersama Touch 'n Go di NZ Curry House di Wangsa Maju, ibu negara, semalam.

"Saya berpendapat kita sekarang berhadapan persekitaran luaran yang amat sukar. Maka berhati-hatilah. Jangan berbelanja berlebihan kerana keadaan akan menjadi sukar bagi Malaysia dan seluruh dunia," pesan Nazir.

Peringatan Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri itu hanya selepas dua hari CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) mengumumkan penutupan 23 cawangannya sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan operasi.

Bagaimanapun, lain pula dengan Najib Razak, ekonomi negara digambarkan dalam keadaan baik dengan memberitahu bahawa Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara telah berjaya mencapai angka 111 peratus KPI.

"Kini DTN (Dasar Transformasi Nasional) telah masuk tahun ketujuh pelaksanaannya, dan terus membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan.

"Ini semua bukan sekadar omong kosong, akan tetapi fakta dan angka pencapaian, diabsahkan serta dipersahihkan oleh badan penarafan berwibawa pada peringkat antarabangsa.

"Mutakhir ini, meskipun kita menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman ekonomi global, KDNK pada suku kedua tahun ini, Alhamdulillah, Malaysia tetap berjaya mencatat perkembangan sebanyak empat peratus," ujar Najib dalam Amanat Hari Kebangsaan 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam 31 0gos lalu lapor MalaysiaDateline


Comments (0)