Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:07 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Persempadanan Semula Hanya Untungkan BN

Posted: 18 Sep 2016 03:00 AM PDT


Usaha persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas mendatangkan keuntungan kepada BN.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan itu juga melanggar semangat demokrasi dan prinsip keadilan dalam proses pilihan raya.

"Saya menggesa agar pengundi yang terkesan akibat pemindahan mendadak di kerusi-kerusi Parlimen dan Dun untuk segera memasukkan bantahan mereka.

"Walaupun ramai yang mungkin bertanya ke mana hala tuju negara selepas ini, atau apakah kita mampu menyelesaikan masalah-masalah besar seperti dialami sekarang, saya percaya ramai juga yang masih menaruh harapan bahawa wujud masa depan yang lebih baik buat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, SPR memaklumkan akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri-negeri Tanah Melayu berlandaskan peruntukkan Fasal 2 Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.

SPR juga akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Sabah selaras dengan pindaan Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang telah diwartakan pada 18 Ogos 2016.

Katanya, rakyat harus terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan melawan kezaliman.

"Saya percaya dengan iltizam rakyat untuk menentukan masa depan negara yang lebih cerah, sekali gus mengatasi keruncingan yang melanda," katanya lapor SInar



10 ADUN PAS Akan Setrai Husam Dalam AMANAH?

Posted: 17 Sep 2016 11:49 PM PDT


Pengerusi Parti Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, yang sebelum ini mendakwa 10 wakil rakyat Kelantan akan turut bersama Adun Salor Datuk Husam Musa menyertai parti Amanah mendedahkan perihal itu dalam satu ceramahnya baru-baru ini.

Dedahnya, 10 wakil rakyat Kelantan yang di maksudkannya ialah Husam kali sepuluh, (iaitu bermaksud seorang Husam mewakili sepuluh orang wakil rakyat).

"Ambo (saya) merasakan tidak ada cara lain maka ambo mendesak dan mencabar Pas supaya pecat Husam. Ambo mencabar Pas dan ambo menyatakan dalam cabaran ambo, kalau pecat Husam, ambo bawa 10 wakil rakyat bersama dengan dia. Dari sudut politik, ini adalah cabaran. Oleh kerana kalau kita tak buat begitu, dia takse nak lepas Husam.

"Baik. Jadi mana hok kata 10 orang?

"Malam ni ambo nak buka satu rahsia bahawa 10 orang hok hadir bersama Datuk Husam tu adalah Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam.Hei, Datuk Husam ni 10 orang wakil rakyat naik baru sama dengan dia seorang. Ni lah 10 nya," katanya petik sebuah rakaman video ucapannya.

Mengulas lanjut, Wan Rahim berkata, sekiranya sesiapa yang tidak percaya dengan kata-katanya ini, maka mereka boleh saksikan sendiri pada siri Dewan Undangan Negeri Kelantan nanti.

"Kalau adik kakak tak percaya, nanti tengok Sidang Dun Kelantan, bulan 10, bulan 11 ni, Datuk Husam akan bangun seorang sebagai Adun Amanah Negeri Kelantan.

"Seorang dia tu, cuba banding dengan 12 orang Adun Umno pembangkang yang ada dalam dewan. Cuba banding dengan 10 orang lagi wakil rakyat penyokong kerajaan. Jadi, bakpo nak faham payahnya? Hat ni lah 10 orangnya, sebab dia seorang tu serupo dengan 10 orang orang lain. Selesai!"

Ketika ini Pas Kelantan memerintah dengan 32 kerusi, satu PKR manakala Umno 12 dan satu daripada Husam lapor Sinarhttps://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8838254200333784750#allposts/src=dashboard



Jeff Ooi Nafi Persenda Haron Din

Posted: 17 Sep 2016 09:30 AM PDT


Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun menafikan dakwaan mempersendakan kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din melalui kenyataan di Twitternya, semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jeff Ooi mendakwa kenyataan itu disunting pihak lain dan bukan daripadanya.

"Terus terang, saya bukan peminat beliau (Haron Din). Oleh kerana beliau adalah sebahagian daripada rakan PR suatu masa dahulu, saya ingin mengucapkan selamat tinggal.

"Saya tidak berniat untuk menulis sesuatu yang tidak baik terhadap beliau dan keluarga," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, gambar yang diviralkan kononnya beliau mempersendakan Allahyarham Haron Din adalah tidak benar dan didakwa daripada sumber yang meragukan seperti manipulasi 'photoshop'.

"Saya sentiasa mengawal sebarang penyebaran maklumat melalui Facebook dan Twitter saya yang boleh disemak secara online.

"Sumber-sumber lain bukan daripada saya," katanya.



Comments (0)